You are on page 1of 2

CERPEN PEMAIN CATUR PRAKTIS 1 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri. Uk berbisik suatu khabar buruk, kononnya Um tekun menelaah buku besar dan tebal mengenai permainan catur yang dibeli dengan harga mahal dari luar negara. Untuk apa? Uj mengerutkan dahi. Dia benar-benar tidak senang dengan bisikan tersebut. Khabarnya Um mahu mengatasi kehandalan Uj. Untuk apa? Apalagi kalau bukan rasa hormat dan sanjungan keluarga? Siapa Um yang hendak mengalahkan aku? Aku, Uj, sudah memiliki gelaran IGM. Engkau tahu kan, Uk? Semua orang pun tahu. Um baru tiga tahun lalu berjaya meraih gelaran NM. Kemudian dengan pertolongan dan pengaruh Uj, barulah Um mendapat FM. Semua keluarga kita tahu, dia belum pun berjaya memiliki IM. Jadi siapakah Um kalau hendak menewaskan Uj pemilik IGM? Uk menjadi batu api membakar perasaan Uj. Dia tidak sabar menunggu Abang Uj menyerahkan kuasa. Itulah hakikat yang sebenar. Dengan berang, Uj memaksa Um supaya mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan keluarga. Tujuannya cuma satu: untuk memperlihatkan bahawa Um masih terlalu mentah jika dibandingkan dengan dia. Dia masih wajar dihormati dan disanjungi. Perjalanan Um masih jauh jika dibandingkan dengan Uj. (i) Berdasarkan petikan, nyatakan khabar buruk yang dibisikkan oleh Uk kepada Uj ? catur - Um ingin mengatasi kehandalan Uj - Um tidak sabar menunggu Uj menyerahkan kuasa kepadanya. (ii) Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Uk? (3 markah) - menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut - memanggil Um untuk bersemuka - bertanyakan hal yang sebenar kepada Um sendiri (iii) Huraikan satu perwatakan Uj berdasarkan petikan di atas, dan satuperwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [2 markah] Perwatakan Uj berdasarkan petikan - Seorang yang bangga dengan kedudukannya, - dia berbangga dengan kemahiran bermain catur yang dimilikinya - Seorang yang panas baran - Uj berasa berang apabila mendengar kata-kata Uk lantas memaksa Um mengadakan perlawanan secara terbuka. Perwatakan lain dalam cerpen - Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga - Uj berusaha melatih adiknya Um bermain catur agar dapat meneruskan legasi keluarga mereka dalam permainan itu. - Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu menaikkan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia. (2 markah) - Um kononnya tekun menelaah buku besar mengenai permainan

- Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi penguasaan keluarganya. PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupur dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet. Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar. Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja? Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan. (i) Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu? - ibu sedih - berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak - menelan air mata hiba - ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin ahmar (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga? - Saling menghormati - Saling memahami - Saling mengasihi - Bertolak ansur / bertoleransi (iii) Huraikan satu persoalan Persoalan daripada petikan - perpecahan dalam keluarga Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja - sikap mementingkan diri sendiri Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik. [2 markah] Persoalan daripada keseluruhan cerpen - kepentingan sukan sukan catur boleh memperkenalkan nama atau keturunan sesebuah keluarga - kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. (4 MARKAH) (3 markah) (2 markah)

- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam (2 markah) PRAKTIS 3 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kita ialah zuriat kebanggaan, kerana mampu meneruskan tradisi keluarga menjadi pemain catur yang disegani. Uj memberi kuliah panjang kepada Um yang ketika itu masih muda remaja. Tapi Um tidak tahu apa-apa tentang catur. Um Cuma pandai main dam sedikit-sedikit. Dam haji dan dam apit. Itu saja. Um merenung mata Uj yang tersorok di bawah cermin hitam yang dipakai Uj siang malam. Pandai main dam ialah permulaan kepada catur. Uj menentang mata muda adiknya yang gemerlap dengan cahaya kepintaran. Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj. Yang dia nampak Um sahaja punya bakat anugerah alam semula jadi. Um akan lebih mudah dibentuk. Tegal itu Uj hanya akan mengasuh Um. Diharap Um dapat menjadi tonggak keluarga menggantikannya apabila dia tiada nanti. Adik-adik yang lain boleh saja diketepikan. Um bertuah kerana diberi hak mutlak berbuat begitu. Itulah hak keistimewaan Uj sebagai ketua keluarga yang dihormati. (i) Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur. - Um juga mudah dibentuk / dilatih (ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur. ( 3 markah) - Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur. - kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada masyarakat. - Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam permainan catur melalui sokongan dan galakan. (iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. Latar masyarakat dalam petikan - masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjulang kegemilangan keluarga dalam permainan catur Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen - Masyarakat yang kaya-raya - Uj dan adik-beradiknya menggaji dua orang doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit PRAKTIS 4 Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (4 MARKAH) (2 markah) - Um mempunyai bakat semula jadi dalam permainan catur.

Sumpah tidak begitu, Uj. Mengapa Um mesti melawan abang? Um, bagi Abang Uj cuma seperti David the Gnome dalam siri kartun Awang Kenit itu. Um sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. Biarpun muka dan mata Um merenung buah-buah catur yang berwarna hitam dan putih ini, tetapi Um tidak di situ. Fikiran Um melayang jauh. Um memikir bagaimana hendak mengubati ibu yang sedang menderita sakit darah tinggi. Ibu? Itu tugas doktor memikirkannya. Kita sudah gaji dua orang doktor keluarga. Kita bayar saja bil yang disuakan nanti. Apa perlu Um memikir? Um bukan seorang doktor. Kemarahan Uj yang cuba disimpan dan disembunyikan terjengul juga. Derai bahang suaranya melibas telinga Um. Uj tahu. Begitu juga Us, Uk, Ur dan seluruh adik-beradik serta saudara-mara daripada institusi keluarga besar dan unggul yang di bawah penerajuan Uj. Uj memang amat menyenangi Um. Um ditatang dalam dulang emas, kata Us yang terasa dikuak ke tepi untuk memberi laluan kepada Um mengatasi semua abang-abangnya yang lain. Um dididik dengan sepenuh kudrat. Apa saja yang tidak diajarkan kepada Um. Termasuk ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga. (i) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Uj melayan Um dengan baik berbanding adik-beradiknya yang lain? - Um ditatang dalam dulang emas - Um dididik dengan sepenuh kudrat - Um diajarkan semua ilmu termasuk ilmu bermain catur. (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu? - Sentiasa menunjukkan kemesraan kepada ibu - Sentiasa taat dan patuh kepada ibu - Sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan ibu - Mendoakan kesejahteraan ibu (iii) Jelaskan satu nilai yang Satu nilai daripada petikan - Nilai keprihatinan seorang anak terhadap ibunya - Um prihatin terhadap penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh ibunya. - Nilai tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya - Uj telah menggaji dua orang doktor untuk merawat penyakit yang dihidapi oleh ibunya. [2 markah] Satu nilai daripada keseluruhan cerpen - Nilai keberanian dalam menyahut cabaran - Um berani menyahut cabaran abangnya, Uj untuk bertanding dalam permainan catur. - Nilai kegigihan untuk mencapai sesuatu matlamat - Um telah gigih berusaha dengan menelaah buku tentang permainan catur bagi mencapai hasratnya untuk menjadi pemain catur yang terkenal. - Nilai kasih sayang sesama adik-beradik - Uj menyayangi adiknya Um. [2 markah] anda peroleh daripada petikan [3 markah] [2 markah]

dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.

You might also like