You are on page 1of 42

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS PAHANG

MTE 3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK


DIKEMUKAKAN KEPADA : ENCIK MOHD. NORDIN BIN ABDULLAH PENYELARAS KURSUS MTE 3102 PEMULIHAN JABATAN SAINS DAN MATEMATIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR NAMA : LAU CHEIW YUET (920725-10-5590) : SARANYA A/P KALIAPPAN (910704-08-5798)

:MOHAMMAD KALIK BIN SU-UT (910423-13-5605)

UNIT AMBILAN SUBJEK

: PISMP PEMULIHAN SEMESTER 3 : JANUARI 2012 : KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK (MTE 3102)

TARIKH SERAHAN : 15 APRIL 2013

SENARAI KANDUNGAN

BIL

ISI

MUKA SURAT

1-3

HALAMAN JUDUL

PENGHARGAAN

1.0

PENGENALAN

6-8

TUGASAN PROJEK TONGGAK PERTAMA:PENYELESAIAN MASALAH TONGGAK KEDUA:KOMUNIKASI TONGGAK KETIGA: PENAAKULAN TONGGAK KEEMPAT: PERKAITAN MATEMATIK TONGGAK KELIMA: APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

9-12 13-19 20-22 23-27 28-31 32-34

RUMUSAN

35-37

BORANG KOLABORASI

38-41

REFLEKSI KENDIRI

42-52

BIBLIOGRAFI

53-55

Perkembangan kurikulum Matematik perlu memenuhi keperluan semasa sesebuah masyarakat di mana kurikulum tersebut digubal. Pengubalan tersebut bertujuan supaya masyarakat mempunyai sumber manusia yang berkesan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Menurut Pink (2006), kurun ke 21 memerlukan sumber manusia yang inovatif dan kreatif. Oleh itu, tugasan matematik dalam bilik darjah lebih mencapah dan mencabar serta memerlukan sifat yang lebih holistik. Penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan matematik dan aplikasi Teknologi Maklumat ialah lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik KSSR.

Berdasarkan penyertaan di atas, hurai dengan jelas serta berika contoh-contoh yang sesuai berkaitan dengan lima tonggak untuk diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam topik Pendaraban Tahun 2 KSSR.

2.0

Tonggak Pertama : Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah Matematik merupakan tonggak pertama dalam

pengajaran dan pembelajaran Matematik pada pendekatan bersepadu. Penyelesaian masalah adalah satu wacana yang telah lama diamalkan dalam kurikulum pendidikan matematik asas bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif dan juga inovatif. Kreativiti adalah sesebuah hasil daripada pemikiran yang sebegitu manakala inovasi bermakna berfikir dengan cara yang berbeza untuk membuat sesuatu. George Polya merupakan pelopor penyelesaian masalah Matematik. Beliau mencadangkan penyelesaian masalah ini adalah suatu pendekatan penyelesaian bagi sesuatu masalah dan boleh digunakan sebagai suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Cadangan beliau telah berjaya menggalakkan proses pemikiran yang lebih mendalam bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Model Polya telah menunjukkan penyelesaian masalah sebagai proses langkah demi langkah. Proses Model Polya ini melibatkan langkah-langkah seperti memahami masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi, dan menyemak semula penyelesaian. Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran

penyelesaian masalah ini, memperkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan matematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan ialah memudahkan masalah, teka dan cuba, melukis gambar rajah, mengenal pasti pola, membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem, membuat simulasi, mengguna analogi, bekerja ke belakang, menaakul secara mantik, mengguna algebra, dan sebagainya.

Kemahiran penyelesaian masalah juga harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid. Kemahiran ini merujuk kepada keupayaan membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu utama permasalahan, menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan mengeksplisitkan andaian yang dibuat, menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisa masalah yang lebih kecil dan khusus, bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang sama, menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun penyelesaian tidak ketara, serta meminta bantuan sekiranya memerlukan. Menurut Schoenfield, 1979; McCoy, 1994, banyak kajian berjaya membuktikan bahawa penggunaan heuristik yang berdasarkan Model Polya dalam menyelesaikan masalah matematik boleh mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik. Oleh itu, penyelesaikan masalah sebagai suatu tonggak pertama pengajaran dan pembelajaran matematik perlu menggalakkan penyelesaian sebagai suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik. : 1. Contoh soalan 12 x 21 = 252 112 x 211 = 23632 1112 x 2111 = 2347432 Tanpa menggunakan kalkulator, apakah hasil darab bagi 111112 x 211111? Langkah pertama: Memahami masalah Mengenal pasti corak atau pola dalam soalan tersebut seperti: 12 x 21 = 252 112 x 211 = 23632 1112 x 2111 = 2347432 111112 x 211111 = ?

Kesimpulan yang didapati: nombor jawapan tengah mesti mengikut susunan turutan mengikut nombor. Langkah kedua: Merancang penyelesaian Rancangan menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan kaedah mencari pola. Langkah ketiga: Pelaksanaan Perancangan Penyelesaian: 12 x 21 = 252 112 x 211 = 23632 1112 x 2111 = 2347432 11112 x 21111 = 234585432 111112 x 211111 = 23456965432 Langkah keempat: Menyemak Jawapan Menggunakan kalkulator untuk menyemak jawapan.

2. Contoh soalan: Seekor ayam mempunyai 2 kaki. 4 ekor ayam mempunyai berapa kaki? Langkah pertama: Memahami masalah a.) Seekor ayam = 2 kaki b.) 4 ekor ayam =? Kaki Langkah kedua: Merancang penyelesaian Strategi penyelesaian masalah yang digunakan untuk menyelesaikan soalan ini ialah dengan menggunakan kaedah melukis gambar. Langkah ketiga: Pelaksanaan Perancangan Penyelesaian: Langkah 1: Melukis seekor ayam dan menuliskan berapa kaki yang ada pada ayam tersebut.

2 kaki

Langkah 2: Melukis 4 ekor ayam. Menuliskan berapa kaki yang ada pada semua ayam.

2 kaki

2 kaki

2 kaki

2 kaki

Langkah 3: Mengira jumlah kaki yang ada pada keempat-empat ekor ayam tersebut dengan menggunakan operasi darab. 4 ayam x 2 kaki= 8 kaki Langkah Keempat: Menyemak semula Jawapan yang telah dibuat akan disemak semula dengan mengira tambahan jumlah kaki ayam yang telah dilukis dalam pelaksanaan perancangan langkah kedua tadi.

2 kaki = 8 kaki

2 kaki

2 kaki

2 kaki

3. Contoh soalan: Cari luas segi empat tepat berikut:

3 cm

5cm Langkah pertama: Memahami masalah Formula luas: p x l l

p = 5 cm l = 3 cm Luas segi empat tepat= ? cm2 Langkah kedua: Merancang penyelesaian

Strategi penyelesaian masalah yang digunakan untuk menyelesaikan soalan ini ialah dengan menggunakan formula. Langkah ketiga: Pelaksanaan Perancangan Luas segi empat tepat = p x l = 5 cm x 3 cm = 15 cm2

Langkah Keempat: Menyemak semula Menggunakan cara membilang petak untuk menyemak jawapan yang telah dibuat adalah betul atau salah.

1 6 11

2 7 12

3 8 13

4 9 14

5 10 15

Petak yang telah dibilang ialah 15. Luas segi empat tepat adalah 15 cm2.

TONGGAK KEDUA: KOMUNIKASI Matematik sebenarnya mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri. Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembelajaran matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, idea matematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik. Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan, penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual (dengan menggunakan carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu murid memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif. Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik adalah keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif, dan memahami dan mengaplikasi notasi matematik dengan betul. Murid perlu menggunakan laras bahasa dan simbol matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara matematik juga melibatkan penggunaan pelbagai media seperti carta, graf, manipulatif, kalkulator, komputer dan lain-lain. Murid seharusnya dapat menggunakan media yang berbeza tersebut bagi menjelaskan idea matematik dan menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Menurut Stacey (1993), beliau mencadangkan supaya peringkat terakhir pada pendekatan induktif bagi pengajaran dan pembelajaran matematik asas. Kebolehan mereka berkomunikasi tentang idea serta pemikiran matematik adalah suatu bukti emphirikal tentang penguasaan pengetahuan matematik murid. Cadangan beliau menunjukkan kepentingan berkomunikasi tentang idea matematik bagi peningkatan penguasaan terhadap pengetahuan dan kemahiran matematik. Langkah-langkah Model pendekatan induktif Stacey adalah mencari suatu pola nombor pada beberapa contoh spesifik, membuat konjektur matematik tentang pola nombor yang dicerap, membuat suatu generalisasi tentang pola nombor yang dicerap dan akhirnya komunikasi matematik. Begitu juga, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mencadangkan suatu hirarki bagi amalan komunikasi matematik. Cadangan ini bersifat eksplisit. Hirariki ini telah membuktikan terdapat amalan behaviorisme dalam KSSR. Hirarki komunikasi matematik KSSR yang utama ialah berkeupayaan mendengar secara berkesan, menulis idea matematik secara jelas dan tepat, dan menulis esei, pelaporan dan membuat pembentangan. Behaviorisme percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku jika

kelihatan perubahan tingkah laku yang jelas. Antara pelopor teori-teori pembelajaran tingkah laku ialah Pavlov (1849-1936) dan juga Skinner (1904-1936). Oleh itu, berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibu bapa, orang dewasa dan guru dapat membantu murid menggambarkan, menjelaskan dan memperkukuhkan idea dan pemahaman matematik mereka. Bagi memastikan berlakunya proses penjanaan, perkongsian dan peningkatan pemahaman, murid perlu diberi peluang untuk membahaskan idea matematik mereka secara analitis dan sistematik. Komunikasi yang melibatkan pelbagai perspektif dan sudut pendapat dapat membantu murid meningkatkan pemahaman matematik dengan lebih baik.

1. Contoh soalan: Tuliskan ayat matematik bagi darab di bawah.

Penyelesaian:

12

2. Contoh soalan: Tuliskan ayat matematik darab bagi pernyataan di bawah. 1. Ana membeli 6 beg epal. Setiap beg berisi 5 biji epal. Jumlah epal yang dibelinya ialah 30 biji.

Penyelesaian: Satu beg = 5 biji epal 6 beg = ? biji epal Ayat matematik : 6 x 5 = 30

3. Contoh soalan: Tuliskan ayat matematik darab bagi pernyataan di bawah. 4+4+4+4

Penyelesaian: 4+4+4+4 = 4 x 4 Ayat matematik: 4 x 4 = 16 Semak semula: 4+4+4+4 = 16.

TONGGAK KETIGA: PENAAKULAN MATEMATIK


Tonggak yang seterusnya ialah penaakulan Matematik. Penaakulan

Matematik/Mantik (mathematical or logical reasoning) merupakan satu aspek yang sangat penting dalam bidang matematik. Salah satu contoh yang sangat sesuai untuk membincangkan tentang matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan matematik kerana dalam penaakulan matematik, ia melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombor-nombor. Tujuan membina penaakulan matematik yang berasaskan pada logik ini adalah untuk membimbing minda ke arah berfikiran secara sistematik dan menghasilkan jawapan yang tepat dalam

membuatsesuatu keputusan. Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asas dalam membuat dan memahami Matematik. Penaakulan menggalakkan pelajar menjelaskan sebab untuk suatu perkembangan intelek dan proses atau konklusi yang diberi. Penaakulan juga penting kepada murid-murid untuk supaya mereka dapat mengembangkan bukan

sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Terdapat empat ciri utama yang sangat penting dalam penaakulan matematik ini iaitu mengecam penaakulan sebagai perkara penting dalam matematik, membuat dan menyiasat masalah matematik, memperkembangkan penaakulan dan bukti dalam permasalahan dan memilih serta menggunakan pelbagai cara penaakulan. Dalam proses penaakulan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh seorang guru. Melalui fakta-fakta, ciri-ciri atau model-model yang diberikan, murid boleh membuat hubungkait, membuat penyiasatan dengan tekaan atau telahan. Murid juga hendaklah dilatih untuk memberi penerangan mengikut logik akal dengan cara menganalisis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat justifikasi terhadap semua aktiviti yang dilaluinya. Guru seharusnya menggalakkan penemuan-penemuan baru dalam konsep penaakulan dan pembuktian ini supaya mereka dapat memahami konsep penaakulan

PENAAKULAN INDUKTIF

Teliti beberapa contoh/situasi yang spesifik

Perhatikan ciri yang sepunya

Buat satu kesimpulan

RAJAH : Aliran penaakulan induktif

PENAAKULAN SECARA DEDUKTIF


LANGKAH PENGGUNAAN Teliti situasi umum

Daripada situasi umum dapatkan contoh yang spesifik

RAJAH: Aliran penaakulan deduktif

1. Contoh soalan : Terdapat 6 paket berisi buah epal. Setiap paket mempunyai 2 biji epal merah dan 1 biji epal hijau. Berapa biji epalkah yang ada kesemuanya?

Dalam satu paket

Cara biasa : Jumlah buah epal = Jumlah buah epal merah + jumlah buah epal hijau Jumlah buah epal merah = 6 x 2 = 12 biji

Jumlah buah epal hijau = 6 x 1 = 6 biji

Jumlah biji epal = 12+6 = 18 biji

Nota : Murid menggangap bahawa jumlah buah epal merah dalam 6 paket bercampur dengan jumlah buah epal hijau dalam 6 paket adalah bersamaan dengan jumlah keseluruhan.

Cara penaakulan : Jumlah buah epal = Jumlah paket x Jumlah buah epal dalam 1 paket Jumlah buah epal dalam 1 paket = 2 + 1 = 3 biji Jumlah buah epal = 6 x 3 = 18 biji

Nota : Murid dapat berfikir secara kritis dan logik bahawa jumlah buah epal dalam 1 paket didarab dengan 6 paket adalah bersamaan dengan jumlah keseluruhan. Mereka akan menggunakan pendekatan induktif untuk menyelesaikan soalan tersebut. Perdekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.

2. Contoh soalan :

Apakah nombor seterusnya selepas 13 dalam siri berikut?

25, 23, 19, 13, _____

Cara : 25 23 = 2 23 19 = 4 19 13 = 6 13 8 = 5 Nota : Apabila mendapat soalan murid akan berfikir secara logik bahawa pola yang menurun dengan hasil darab dua. Mereka akan menggunakan pendekatan induktif untuk menyelesaikan soalan tersebut. Perdekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.

3. Contoh soalan

Selesaikan soalan dibawah :

5+5+5+5+5+5+5+5=

Nota : Dalam soalan murid akan berfikir secara logik bahawa pendaraban boleh dianggap sebagai penambahan berulang. Penambahan berulang bagi 5 sebanyak 8 kali. Satu cara lain bagi menerangkan pendaraban n x m (kedua-dua n dan m adalah nombor bulat) ialah terdapat n kumpulan objek, dan dalam setiap kumpulan, terdapat m objek. Maka, ungkapan 5 x 8 boleh dianggap sebagai 5 kumpulan bagi 8. Berdasarkan prinsip ini, murid akan jelas bahawa nilai bagi 5 x 8 adalah sama dengan nilai bagi 8 x 5. Dengan cara ini murid akan mendapat jawapan 40.

TONGGAK KEEMPAT: PERKAITAN MATEMATIK

Tonggak seterusnya ialah perkaitan Matematik. Dalam Kurikulum Matematik, perkaitan matematik perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan yang dipelajari dengan kehidupan seharian mereka. Ini kerana, matematik berada di sekeliling mereka. Oleh kerana kurikulum matematik terdiri daripada beberapa bidang yang saling berkait, maka dengan adanya perkaitan ini mereka tidak perlu banyak mengingat dan memahami konsep dan kemahiran secara berasingan. Terdapat 3 jenis perhubungan yang membina pengetahuan matematik iaitu perhubungan antara pelbagai konsep dan idea dalam matematik, perhubungan antara pelbagai benda yang berkaitan dengan matematik dan perhubungan matematik dan konteks-konteks lain sama ada dalam akademik mahupun dunia luar.

Tiga standard utama perhubungan dalam matematik iaitu mengenal dan menggunakan perhubungan antara semua idea matematik, menggunakan konsepkonsep ini dengan menghubungkaitkan dengan matematik dan yang terakhir adalah mengenal dan menggunakan konsep matematik dalam konteks lain. Seseorang murid yang mampu menghubung kaitkan pelbagai konsep matematik adalah mereka yang memahami matematik dengan mendalam dan menjadikan mereka sangat mahir dalam penyelesaian masalah matematik. Maka jelaslah bahawa perhubungan dalam matematik akan menjadikan pelajar lebih memahami perkara-perkara baru yang berkaitan dengan matematik. Secara tidak langsung,mereka akan belajar sesuatu yang lebih bermakna. Murid murid mempelajari matematik melalui kegiatan seharian mereka ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan aturan melalui perhubungan mereka dengan persekitaran mereka. Dari sinilah, guru-guru sepatutnya membuat kaitan antara aktiviti asas dengan proses pengajaran dan pembelajaran mereka supaya kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dapat difahami dengan lebih tepat dan mudah lagi.

Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami tentang kepentingan matematik.

1. Contoh soalan :

Cikgu Azmi membeli 4 kotak bola. Setiap kotak mengandungi 4 biji bola. Berapakah jumlah bola yang dibeli oleh Cikgu Azmi?

Dalam satu kotak

Cara biasa : Jumlah bola = 4 + 4 + 4 + 4 = 16 biji

Cara perkaitan Matematik : Jumlah bola= Jumlah kotak x Jumlah bola dalam 1 kotak =4x4 = 16 biji

Nota : Dalam tonggak ini murid dapat menghubungkait bahawa pendaraban adalah penambahan secara berulang - ulang. ( Repeated addition )

2. Contoh soalan :

10 16 4
Isikan dengan pola nombor yang betul.

8 12 `18
2, ___ , 6 , ___ , ___ , ___ , 14 , ___ , ___ . 1jjjj

Cara biasa : 2+2=4 4+2=6 6+2=8 8 + 2 = 10 10 + 2 = 12 12 + 2 = 14 14 + 2 = 16 16 + 2 = 18

Cara perkaitan matematik : 1x2= 2

2x2=4 3x2=6 4x2=8 5 x 2 = 10 6 x 2 = 12 7 x 2 = 14 8 x 2 = 16 9 x 2 = 18 Nota : Dalam mengaplikasikan tonggak ini, murid memahami dan mengingati sifir dua
terlebih dahulu. Maka setelah mendapat soalan murid-murid akan mengkaji kaitan antara nombor dengan nombor lain dalam pola supaya boleh mendapatkan perbezaan dengan tepat. Di sini mereka memahami bahawa pendaraban adalah penambahan secara berulang ulang. Setelah mereka membuat kaitan mereka akan menyelesaikan soalan tersebut. Mereka akan mendapat jawapan 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18.

3. Contoh soalan :

10 x 10 = 100 11 x 10 = 110 12 x 10 = 120 13 x 10 = 130 14 x 10 = 140 15 x 10 = ????

Nota : Dalam mengaplikasikan tonggak ini, murid memahami serta mengingat sifir sepuluh terlebih dahulu. Maka setelah mendapat soalan murid-murid akan mengkaji kaitan antara nombor dengan nombor lain dalam sifir sepuluh supaya boleh mendapatkan perbezaan dengan tepat. Di sini mereka memahami bahawa pendaraban adalah penambahan secara berulang ulang. Setelah mereka membuat kaitan mereka akan menyelesaikan soalan tersebut. Mereka akan mendapat jawapan 150.

TONGGAK KELIMA: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) Tall (1994) mencadangkan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) sebagai enabler pembelajaran prosep. Pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya menggunakan teknologi terkini untuk membantu murid memahami konsepkonsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Dunia kita sekarang menuju ke arah kemodenan. Guruguru harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Ini dapat membantu murid-murid untuk memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Sebagai contoh, penggunaan kalkulator, komputer, perisian pendidikan, serta laman-laman web dalam internet boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan bantuan alat teknologi yang bersesuaian, muridmurid mampu membuat penerokaan atas usaha mereka sendiri. Oleh itu guru seharusnya memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan lebih berkesan. Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran. Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Berdasarkan Standard Kurikulum Tmk Untuk Sekolah Rendah (draf 16/06/2010), Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah penyataan khusus tentang apa yang murid harus capai dalam pengetahuan TMK, kemahiran dan nilai dalam tempoh persekolahan. Standard ini juga berfungsi sebagai panduan kepada

guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran berbantukan teknologi. Suasana pembelajaran ini dapat menyediakan banyak peluang kepada murid untuk

memanfaatkan sumber TMK. Murid akan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang mengandungi kemahiran teknologi yang relevan.

Matlamat Standard Kurikulum TMK adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanakkanak yang akan kekal sepanjang hayat.

Penggunaan tmk dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak semestinya diguna pakai sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan TMK sebagai pengupaya pembelajaran membolehkan guru dan murid mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran dan mencapai standard kurikulum. Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan membentuk guru dan murid untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Berdasarkan Buku Panduan TMK Merentas Kurikulum, digariskan 7 Elemen Rujukan Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran TMK Tahun 2. Elemen 3.0 iaitu menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat. Di dalam bab pendaraban untuk Tahun 2 KSSR. Apa yang boleh dikaitkan dengan penggunaan TMK ialah murid mencari maklumat dalam bentuk teks dan imej berdasarkan kata kunci menggunakan enjin carian. Contohnya dalam Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi TAHUN 2, tajuk Menulis Ayat Matematik Bagi Operasi Darab, murid menggunakan TMK untuk mencari maklumat yang sesuai dengan pembelajaran. Selain itu, latihan tambahan yang terdapat dalam bidang ini boleh diperolehi dengan mudah seterusnya meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap tajuk yang dipelajari dengan mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat seperti di dalam elemen 3.0.

Bagi Standard Kandungan elemen 2.0 iaitu Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. Murid memilih sumber-sumber dari internet atau bahan yang telah disediakan oleh guru dalam bentuk TMK dan memindahkan maklumat dalam bentuk yang sesuai seperti perisian persembahan (MS Power Point). Contohnya dalam bab Menyelesaikan Masalah Harian Yang Melibatkan Sifir Darab, murid boleh mencari pelbagai masalah harian yang melibatkan sifir darab dan memindahkan dalam bentuk yang sesuai untuk dikongsi bersama murid lain dan guru. Di sini peranan guru untuk membimbing murid dan mengaplikasikan Standard Kandungan elemen 5.0 iaitu

Menggunakan TMK Untuk Penyelesaian Masalah Dan Membuat Keputusan. Murid membentangkan tugasan dengan menggunakan perisian aplikasi dan sumber TMK yang bersesuaian (MS Word atau MS PowerPoint).

Selain itu, penggunaan sumber TMK boleh juga membantu murid dalam menguasai sifir darab seperti yang terdapat di dalam sukatan pelajaran matematik KSSR Tahun 2 iaitu menyatakan secara spontan sifir darab. Dengan menggunakan sumber TMK, murid berasa gembira dan seronok untuk belajar. Secara tidak langsung isi pelajaran akan dapat dikuasai dengan cemerlang.

Pengintegrasian TMK merentas kurikulum membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru. Murid boleh mengguna dan memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka. Melalui penggunaan TMK, murid boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan. Kesimpulannya dengan mengintegrasikan TMK dalam kurikulum akan menghasilkan perkara-perkara berikut: Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran. Memberi peluang pembelajaran yang sama. Meningkatkan motivasi. Membolehkan pembelajaran kendiri. Mengakses maklumat yang sukar diperoleh. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan mencabar. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi. Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum. Meningkatkan kemahiran TMK.

Kesimpulannya, terdapat lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Tonggak pertama di kenali sebagai penyelesaian masalah dalam matematik. Berkaitan dengan penyelesaian masalah, kita perlu memahami maksud masalah dan penyelesaian masalah iaitu, masalah bermaksud satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah ialah proses yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Pelbagai strategi penyelesaian yang terlibat dalam teknik penyelesaian masalah ini. Antara cara yang selalu digunakan adalah kaedah (G. Polya) iaitu memahami soalan/masalah, merancang kaedah atau strategi, melaksanakan kaedah atau strategi yang dipilih, dan menyemak semula. Selain itu, terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan suatu masalah, antaranya ialah kaedah dari belakang, mencuba kaedah yang mudah, kaedah cuba jaya, melukis diagram, mengenalpasti pola, membuat jadual/carta, membuat simulasi, dan membuat analogi. Tonggak kedua ialah komunikasi matematik. Tonggak ini merangkumi pelbagai bentuk peluang komunikasi dalam pelbagai persekitaran supaya murid dapat menghubungkait media berbeza (bahan-bahan fizikal, gambar-gambar dan rajah) bagi menjelaskan idea matematik. Melalui komunikasi matematik ini, idea matematik boleh dikongsi dan diperjelaskan melalui perbincangan dan bertanya soalan oleh para pelajar.Terdapat 5 cara bagaimana komunikasi dapat dipupuk dan dipertingkatkan dalam kelas matematik iaitu, pertama proses mendengar, iaitu apabila individu bertindak balas terhadap apa yang didengarnya. Kedua proses membaca, iaitu pengumpulan maklumat daripada penyusunan perkaitan idea dan konsep. Ketiga proses visualisasi, iaitu pemerhatian, analisis dan sintesis yang dilakukan oleh individu diaplikasikan kedalam pengurusan grafik. Keempat komunikasi lisan,iaitu melibatkan aktiviti seperti mendengar, bercakap, membaca, dan memerhati dan Interaksi dua hala, guru-pelajar, pelajar-pelajar, pelajar-objek. Kelima ialah Komunikasi bertulis , iaitu idea-idea matematik dikongsi melalui tulisan. Tonggak ketiga ialah penaakulan matematik . Penaakulan adalah mengenali membuat generalisasi (tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu penemuan atau penyelesaian). Penaakulan adalah asas kepada pemahaman dan penyelesaian masalah matematik. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan logik ini harus diterapkan dalam pengajaran matematik supaya pelajar dapat mengenalasti, mencipta dan

membuat ramalan serta pembantahan matematik. Pelajar juga digalakkan untuk menjelaskan sebab untuk suatu proses atau konklusi yang diberi oleh mereka. Tujuannya ialah untuk memantapkan pelajar mencapai kesimpulan sendiri tanpa perlu mengharap kepada guru dan buku teks. Tonggak keempat ialah perkaitan matematik. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid-murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural, serta dapat mengaitkan topiktopik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kahidupan seharian mereka . Hal ini perlu supaya mereka tidak perlu menghafal semua formula yang ada dalam matematik. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan.Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan pengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah, murid lebih menyedari kegunaan matematik. Tonggak terakhir iaitu kelima ialah Aplikasi teknologi. Tugas guru berubah dari penyampai ilmu pengetahuan kepada menjadi fasilitator pembelajaran. Oleh sebab itu guru perlu menggunakan teknologi maklumat dengan seoptimum mungkin untuk membantu murid memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik.. Melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) akan menghasilkan pelajar yang dapat berfikiran abstrak, keatif dan berasa yakin untuk bekerja sendirian ataupun berkumpulan. Penggunaan teknologi memberi banyak kelebihan kepada pelajar antaranya memberi perhatian serta memotivasikan mereka, meransang sifat ingin tahu pelajar, dan membantu mempekembangkan kaedah penyelesaian masalah mereka. Dari sudut guru pula TMK membantu dari aspek berikut, meningkatkan tahap keberkeanan pengajaran dan pembelajaran, menghilangkan beban pengurusan , rekod keguruan bertambah baik, dan memberi ruang kepada guru untuk mendekati pelajar secara individu . Manakala dari sudut sekolah pula TMK membantu dari aspek berikut, meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kos pengajaran, dan meningkatkan kelengkapan kepada pelajar yang belajar bukan dalam bahasa ibunda mereka. Dengan berbantu penggunaan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan, dapat

meningkatkan dari segi pencapaian dan penguasaan hasil pembelajaran yang dikehendaki.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK (MTE 3102) NAMA PELAJAR : LAU CHEIW YUET MOHAMMAD KALIK BIN SU-UT SARANYA A/P KALIAPPAN UNIT : PISMP PEMULIHAN SEMESTER 3 : ENCIK MOHD. NORDIN BIN ABDULLAH

PENSYARAH PEMBIMBING

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

TANDATANGAN

04.03.2013 Menerima soalan tugasan dan taklimat ringkas daripada pensyarah.

Tugasan perlu dihantar selewatlewatnya 15 April 2013. ________________ (Encik Mohd. Nordin)

05.03.2013 Memahami kehendak soalan

Mencari maklumat dari internet dan buku-buku dari perpustakaan. ________________ (Lau Cheiw Yuet)

08.03.2013 dan mula mencari maklumat.

Cetakan maklumat Internet.

Membuat catatan rujukan. _________________ (Kalik)

________________ (Saranya)

09.03.2013 Menyediakan draf 17.03.2013 tugasan.

Mengkaji, menganalisis dan menyenaraikan segala maklumat yang terdapat dalam soalan tersebut. _________________ (Kalik) ________________ (Lau Cheiw Yuet)

________________ (Saranya) 18.03.2013 Membaiki draf 11.04.2013 Membetulkan semua kesalahan. ________________ (Lau Cheiw Yuet) Memulakan kerja menaip. _________________ Menyiapkan kerja menaip. (Kalik)

________________ (Saranya)

12.04.2013 Membuat semakan atau

Semua maklumat telah lengkap. ________________ (Lau Cheiw Yuet)

14.04.2013 sebarang tambahan maklumat tugasan. -

Lampiran dimasukkan. _________________

Tugasan telah dijilid dengan kemas.

(Kalik)

________________ (Saranya) 15.04.2013 Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing. Tugasan diterima dan direkodkan. ---------------------------(Encik Mohd. Nordin)

Bibliografi Dari buku: Kementerian Pelajaran Malaysia. ( 2011). Modul pengajaran dan pembelajaran matematik nombor dan operasi tahun 2 KSSR. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011). Buku Panduan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Merentas Kurikulum Kssr. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Tahun 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Abd Wahid Md. Raji Hamisan Rahmat Ismail Kamis Mohd Nor Mohamad Ong Chee Tiong. (2002). Matematik asas.UTM. Federal. (1983). Matematik. Federal Publisher. Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Utusan Publisher. Mok Soon Sang. (1988). Panduan mengajar matematik KBSR. Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang, Siew Fook Cheong. (1988). Pengajaran dan pembelajaran matematik untuk peringkat sekolah rendah. Longman. Mok Soon Sang, Siew Fook Cheong. (1986). Pengajaran dan pembelajaran matematik untuk peringkat sekolah rendah. Heinemann.
Dari jurnal: Steven G. Krantz, Goong Chen, Richard M. Aron. (2013). Journal of Mathematical Analysis and Applications. Elsevier B.V. John Wiley & Sons. (2013). International Journal for Numerical Methods. Wiley. John Wiley & Sons. (2013). Numerical Linear Algebra with Applications. Wiley.

Syaiful Hadi. (2013). Analisis Kemampuan Komunikasi Matematika Melalui Model Think Talk Write (TTW) Peserta Didik Smpn 1 Manyar Gresik. Universitas Muhammadiyah Gresik.

Dari laman web:


Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Modul PPG MTE 3102. Available at http://www.scribd.com/doc/82861608/Modul-PPG-MTE3102-1. 05.03.2013. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Bahagian Pembangunan Kurikulum. Available at http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php. Retrieved on 05.03.2013. Mazlan. (2011). Buku Teks Matematik Tahun 1 KSSR. Available at on Retrieved on

http://www.slideshare.net/mazlan81/halaman-buku-kssr. 05.03.2013.

Retrieved

KSSRONLINE. COM. (2010). KSSR. Available at http://www.kssronline.com/p/kssr.html. Retrieved on 05.03.2013. Ruhila. at (2011). Polyas Model. Available

http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2012/756-aplikasi/1020-

polyas-model. Retrieved on 05.03.2013. Nor Hasnida Che Md Ghazali. (2013). Komunikasi Dalam Pembelajaran Matematik. Available at

http://www.academia.edu/1747699/KOMUNIKASI_DALAM_PEMBELAJARAN_M ATEMATIK. Retrieved on 05.03.2013. Syaiful Hadi. (2013). Analisis Kemampuan Komunikasi Matematika Melalui Model Think Talk Write (TTW) Peserta Didik Smpn 1 Manyar Gresik. Available at http://ejournal.umm.ac.id/index.php/penmath/article/viewFile/611/633_umm_scie ntific_journal.pdf. Retrieved on 05.03.2013.

LAU CHEIW YUET REFLEKSI KENDIRI Selamat sejahtera kepada pensyarah saya, Encik Mohd. Nordin Bin Abdullah. Saya bernama Lau Cheiw Yuet yang telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini secara berkumpulan. Kerja kursus ini merupakan tugasan projek dan perlu dihantar pada 15 April 2013. Saya telah menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna walaupun saya mengatasi beberapa masalah semasa mencari maklumat dan dalam proses menyiapkan kerja kursus pendek ini. Kerja kursus ini adalah berasaskan Kurikulum Pendidikan Matematik (MTE 3102). Dalam kerja kursus ini, kami dikehendaki menghuraikan dan memberi contoh tentang lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik untuk

diaplikaiskan dalam satu topik matematik KSSR secara berkumpulan. Secara berkumpulan iaitu saya, Saranya dan Kalik hendaklah berbincang bersama-sama tentang kerja kursus ini. Setelah mendapat tugasan ini, kami mula berbincang tajuk soalan yang diberikan oleh pensyarah bimbingan kami. Kami cuba memahami kehendak soalan itu. Kami mengambil keputusan untuk memilik topik pendaraban dalam KSSR. Selepas penamatan kuliah, saya pergi ke perpustakaan untuk mencari bukubuku yang berkaitan dengan tonggak matematik. Saya ingin berkongsi buku-buku yang telah dipinjam dengan ahli kumpulan saya. Oleh kerana buku-buku yang perlu dipinjam terlalu banyak, saya meminta kawan-kawan saya untuk menggunakan kad matriknya meminjam buku-buku yang lain. Mereka juga sudi kerana mereka juga hendak meminjam buku-buku tersebut. Jadi, kami mengambil keputusan untuk mencetak semua buku yang dipinjam. Begitu juga, semasa balik ke rumah saya juga telah pergi kedai Popular untuk mencari buku rujukan yang berkenaan dengan kerja kursus saya ini. Dengan itu, saya berasa gembira kerana dapat berkongsi buku-buku dan maklumatmaklumat itu dari perpustakaan dan kedai buku. Sikap bertolak ansur dan berkongsi bersama telah dipupuk melalui proses ini. Begitu juga, saya juga mencari maklumat dari laman web. Untuk memastikan semua maklumat yang saya dapat adalah sah dan benar, saya mencari maklumat dari laman web yang menyatakan penerangan government , wikipedia dan sebagainya. Blogspot dan Scrib yang banyak muncul di laman web tidak akan saya ambil kerana

saya berpendapat bahawa maklumat yang ditulis itu tidak semestinya tepat dan betul. Saya hendaklah memastikan maklumat yang saya dapat adalah sah, tepat dan sahih. Saya berpendirian tegas untuk menyiapkan tugasan beserta kandungan yang benar, luas dan menyeluruh. Saya serius apabila melaksanakan tugasan kerana matlamat rubrik saya ialah gred A+. Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan dengan terbaik. Sikap saya ini adalah kelebihan saya dari PPISMP Pemulihan Semester satu apabila menjalankan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarahpensyarah. Oleh sebab saya terlalu berhati-hati dan serius dalam mencari maklumat, saya mendapati bahawa saya telah menggunakan terlalu banyak masa dalam mencari maklumat. Saya sangat sensitif semasa mencari maklumat. Dalam hal ini, saya telah menggunakan banyak masa sehingga ahli kumpulan saya terpaksa menunggu saya untuk berbincang bersama. Saya berasa serba salah kerana terlalu cerewet dalam mencari maklumat. Saya memberi tahu Saranya tentang masalah saya mencari maklumat, oleh sebab terlalu berhati-hati, saya berasa tertekan kerana mendapat sumber yang kurang dari laman web. Dengan itu, Saranya telah memujuk saya dan memberi sokongan positif kepada saya, dia memberi pendapat bahawa mencari maklumat yang berkaitan dahulu dan mencatatkannya. Kemudian baru kami berbincang maklumat yang patut diambil. Saya berasa lebih tenang hati dan lebih senang untuk mengumpul maklumat tersebut. Selepas kami berjumpa dan berkongsi maklumat yang dikumpul bersama, Saranya dan Kalik berbincang dengan saya tentang apa yang perlu diambil dan apa yang tidak perlu diambil. Melalui proses perbincangan ini, saya berasa kondusif dan berterima kasih banyak kepada mereka kerana mereka telah membantu saya dan menenangkan hati saya. Saya berasa tugasan ini menjadi lebih mudah dan cepat melalui kerjasama koperatif kami. Selepas mengumpul maklumat yang mencukupi dan membaca serta memahami maklumat yang didapat, saya mula menyediakan draf. Dalam proses ini, saya menghadapi masalah yang besar apabila hendak menggabungkan dan meringkaskan semua maklumat yang begitu banyak yang saya kumpul itu. Oleh sebab terlalu banyak maklumat yang dikumpul, saya berasa susah dan menggunakan masa yang banyak untuk meringkaskannya. Kemudian, Saranya telah berkongsi caranya dalam

menggabungkan dan meringkaskan maklumat. Saya cuba mengubah cara saya yang memerlukan masa yang banyak dan mengikut caranya. Dia mengajar saya

mengumpulkan dan menggabungkan semua isi-isi yang penting dari maklumat laman web dan buku dahulu dan masukkan ke dalam empat folder besar yang bernama tonggak pertama, tonggak kedua, tonggak ketiga, tonggak keempat, dan tonggak kelima itu, buka lagi folder-folder baru yang dari buku, dari laman web. Kemudian, masukkan isi-isi penting mengikut susunan tajuk folder-folder tersebut. Melalui proses ini, saya berasa sistem pengumpulan maklumat menjadi lebih tersusun dan mudah dibaca dan diringkaskan. Cara ini telah memudahkan kerja saya daripada menggunakan masa yang panjang untuk berfikirkannya. Selepas kami mengumpul maklumat, kami saling berkongsi maklumat yang dicari. Kami menerangkan tonggak-tonggak matematik itu dengan kefahaman sendiri antara satu sama lain. Kami juga berkongsi maklumat dan pendapat tentang apa yang dikumpul oleh kami. Saya berasa gembira apabila mengetahui tonggak-tonggak yang boleh diaplikasikan dalam KSSR dengan lebih mendalam lagi. Melalui penerangan dan perkongsian pengetahuan antara satu sama lain, saya berasa boleh memahami teoriteori tersebut dengan lebih mendalam lagi dan secara menyeluruh. Saya menjadi lebih berminat dan tidak sabar-sabar untuk mengaplikasikan tonggak-tonggak yang telah belajar seperti penyelesaian masalah dengan menggunakan Model Polya yang berserta dengan pelbagai strategi dalam Matematik saya. Begitu juga, saya ingin

mengaplikasikan dan menggunakannya semasa mengajar nanti. Oleh sebab murid pemulihan lebih lemah dalam menguasai Matematik, jadi saya akan mempelajari lebih mendalam lagi tentang cara-cara dan kepelbagaian penyelesaian masalah dan memahami lagi maksud matematik untuk dapat memikirkan cara yang terbaik semasa mengajar murid pemulihan pada masa yang akan datang. Saya berkeyakinan diri bahawa saya akan berusaha untuk mengajar mereka dengan menggunakan pelbagai strategi yang telah dipelajari melalui kerja kursus ini. Selepas tugasan ini berjaya disiapkan dengan sempurna, saya berasa sangat gembira dan bangga kerana hasil titik peluh kami telah disiapkan. Walaupun menggunakan masa yang banyak, tetapi tugasan ini telah mengeratkan hubungan saya dan ahli kumpulan saya. Saya berasa hubungan etnik kami memang dapat dieratkan dan ditingkatkan melalui sikap bekerjasama kami untuk menghasilkan tugasan ini dengan baik.

Dalam hasil menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa Saranya dan Kalik merupakan seorang ahli kumpulan yang sangat baik. Sebelum ini saya jarang bergaul dengan mereka, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah Matematik saya kerana memberikan saya kawan-kawan yang banyak membantu saya. Melalui tugasan ini, saya telah lebih mengenali sikap dan personaliti mereka dengan lebih mendalam. Selain itu saya mengambil keputusan untuk melepaskan tekanan dan meneruskan sikap mencari maklumat dengan serius tetapi jangan menggunakan masa yang banyak. Jika saya tidak dapat mencari maklumat dengan baik, saya akan menyatakan masalah saya kepada ahli kumpulan saya untuk mendapat penyelesaian jalan. Sikap bertolak ansur, bekerjasama dan bantu-membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini akan saya amalkan secara berterusan lagi. Hal ini demikian bukan sahaja membawa keuntungan kepada saya tetapi juga dapat membantu dan memberi kebaikan kepada orang ramai. Selain itu, saya juga akan menggunakan cara pengumpulan maklumat Saranya untuk memudahkan kerja saya. Hal ini demikian kerana saya berasa lebih senang untuk mengumpul maklumat dengan cepat, tepat dan baik. Melalui tugasan ini, saya dapat memikirkan contoh-contoh untuk

mengaplikasikannya dalam topik- topik KSSR. Saya berpendapat bahawa soalan kehendak tugasan ini sangat berkesan kerana melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk terus mempelajari dengan lebin mendalam lagi. Hal ini kerana disebabkan pensyarah saya, Encik Mohd. Nordin telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami. Setiap kali saya mendengar penjelasan beliau, saya boleh memahami apa yang hendak disampaikan oleh beliau dan memahami apa yang hendak dipelajari dalam subjek Kurikulum Pendidikan Matematik ini. Saya berasa seronok dan gembira kerana beliau telah menyediakan kerja kursus yang begitu berkesan kepada kami, dan selepas saya membuat kerja kursus ini, saya boleh lebih memahami tajuk ketiga yang dipelajari oleh saya pada semester ini. Konklusinya, sikap yang baik akan saya amalkan secara berterusan manakala sikap yang tidak baik dan membawa keburukan akan saya ubah dan buang untuk menjadikan saya seorang bakal guru yang lebih sempurna.

Refleksi

: Mohammad Kalik Bin Su-ut : 910423-13-5605

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dari-Nya dapat juga saya menyiapkan Tugasan Projek Kurikulum Pendidikan Matematik (MTE 3102) ini pada

masa yang ditetapkan. Tugasan ini telah diterima pada 4 Mac 2013 dan dihantar pada 15 April 2013. Selepas itu, kami telah diterangkan secara ringkas oleh pensyarah penasihat, En. Mohd Nordin Bin Abdullah spesifikasi yang diperlukan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan ini mengkehendaki kami untuk melaksanakan tugasan secara kumpulan tiga orang. Kami telah dibahagikan kepada 3 orang dalam satu kumpulan. Memandangkan ahli kelas PISMP Pemulihan tepat 24 orang, satu kumpulan terdiri

daripada 3 orang guru pelatih. Pada awal peringkat awal untuk menyiapkan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya, Saraniya A/P Kaliappan dan Lau Chiew Yuet telah menyediakan beberapa bahan dari sumber yang berbeza seperti buku, internet dan lainlain sebagai persiapan untuk menyiapkan tugasan ini.

Kurikulum Pendidikan Matematik (MTE 3102)

merupakan satu kerja kursus

projek yang mencabar dan menarik kepada saya. Hal ini disebabkan tugasan projek ini memerlukan kepakaran dalam mencari maklumat dari pelbagai aspek seperti internet, buku, jurnal dan sebagainya. Hal ini kerana maklumat yang dikehendaki tidak hanya bergantung kepada satu sumber sahaja. Seterusnya untuk membentuk satu kerja

kursus projek yang menarik dan lengkap hendaklah mendapatkan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai.

Tugasan Kerja Kursus Projek ini mengkehendaki kami membuat rujukan dari pelbagai sumber dan menghurai tentang lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik KSSR dan contoh-contoh yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran satu topic matematik KSSR.

Sebelum melaksanakan kerja kursus projek ini, saya dan ahli kumpulan telah mengumpul bahan-bahan yang diperoleh untuk dijadikan draf berdasarkan sumber

buku, internet, jurnal dan sebagainya. Sewaktu membuat tugasan, banyak masalah yang terpaksa saya hadapi antaranya ialah kekurangan waktu-waktu senggang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti dan kerja kursus yang lain. Alhamdulillah, ahli kumpulan saya banyak membantu saya dari segi persiapan draf dan penambahan maklumat.

Selain itu, masalah yang paling ketara ialah capaian internet yang terdapat di institut sangat lambat. Adakalanya saya terpaksa menunggu lama supaya kadar kelajuan internet di institut kembali lancar. Terdapat juga laman sesawang yang

berkaitan dengan tugasan tidak boleh dilayari atas sekatan dari pihak institut atas sebab-sebab tertentu. Seterusnya maklumat yang sahih daripada sumber internet sukar diperolehi. Namun, semua masalah ini dapat saya atasi setelah merancang jadual dan langkah kerja dengan lebih baik dan efektif. Pembahagian tugas juga dilakukan oleh kami untuk menyelesaikan Tugasa Projek ini. Kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpula banyak juga membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini kami telah menggunakan beberapa sumber untuk mendapatkan maklumat. Sumber yang paling utama ialah buku rujukan dan internet. Di samping itu, melalui perbincangan dengan rakan kumpulan, dan daripada pengetahuan yang sedia ada, kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai kerja kursus projek Kurikulum Pendidikan Matematik (MTE 3102) ini. Melalui

pemahaman tentang tujuan kursus wajib ini, saya dapat mengaitkan bahawa kursus ini bukan sahaja untuk melengkapkan jam kredit untuk semester ini bahkan secara tidak langsung saya dapat membayangkan pentingnya pengetahuan tentang lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik KSSR daripada pelbagai aspek. Ilmu ini juga akan saya terapkan kepada pelajar sekolah kelak dengan pemahaman yang sesuai supaya proses P&P lebih bermakna dan seterusnya membentuk anak muda yang berpengatahuan tinggi muda untuk masa hadapan tanah air yang tercinta. Akhir sekali, saya dapat simpulkan bahawa maklumat tentang pengetahuan terhadap Kursus Kurikulum Pendidikan Matematik (MTE 3102) ini sangat penting bagi memastikan guru dapat merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta mencapai hasil pembelajaran dalam kalangan murid

yang mempunyai latar belakang yang berbeza seterusnya mempengaruhi pencapaian dalam akademik. Melalui pengetahuan ini, saya dapat memahami dan melaksanakan cara pengurusan bilik darjah yang efektif semasa situasi sebenar di dalam kelas nanti. Memandangkan dunia kini semakin maju dengan pembangunan era dan teknologi, kita seharusnya mengorak langkah dengan mengeratkan lagi perpaduan demi

kesejahteraan negara.

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama penulis No. KP Tarikh

:.. :Mohammad Kalik Bin Su-ut : 910423-13-5605 : 15 APRIL 2013

You might also like