You are on page 1of 30

Isu Tekanan Emosi Guru Akibat Bebanan Kerja

Disediakan oleh : Sua Shang Wei Pada masa kini, dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama ada dari segi pendidiknya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat ataupun isu-isu semasa yang sering membabitkan diri pendidik tersebut. Oleh itu, profesion perguruan sering dianggap oleh masyarakat bahawa bidang ini bukanlah satu tugas yang sukar dan rumit kerana kebanyakan mereka menganggap kerjaya guru hanya duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya sahaja. Selain itu, terdapat juga orang yang berpendapat bahawa guru hanya perlu membuat kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan mengisi boring yang berkaitan dengan murid. Justerunya, masyarakat kini sememangnya tidak begitu memahami secara mendalam terhadap profesion keguruan dan tanggungjawab yang dipikul oleh para guru. Namun begitu, di negara kita masih terdapat persoalan-persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru sering dibincangkan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai seorang guru merupakan salah satu profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab yang menyatakan bahawa guru umpama lilin yang membakar diri bukan sahaja di dalam masyarakat kita tetapi di negara-negara lain juga memandangkan tugas seseorang guru begitu banyak dan tanggungjawabnya adalah amat berat terutamanya terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh seseorang guru dalam era globalisasi ini. Di negara kita, antara cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik adalah cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Dengan itu, tanggungjawab dan tugas guru yang begitu mencabar telah memberikan tekanan stres secara tidak langsung dan menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan dilaporkan melalui media massa. Kebanyakan Kes yang berkaitan dengan guru adalah amat serius sehingga terdapat segelintir kes telah menyebabkan kecederaan dan kematian. Dalam kes Bisikan Misteri Arah Guru Amuk yang berlaku di SK Sabur, Kota Kinabalu adalah amat serius kerana guru tersebut telah mengamuk sehingga menggunakan pedang samurai dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk dua orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau. Walaupun tiada sebarang

kemalangan yang tidak diingini berlaku, akan tetapi tingkah laku guru tersebut yang kurang waras telah mengancam keselamatan rakan sejawat yang lain. Ini mungkin akan membawa sebarang kecederaan ke atas guru-guru yang tinggal bersamanya. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa terdapat suara perempuan yang sering mengganggunya sejak beberapa minggu lalu dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan sehingga mengamuk. Melalui pandangan masyarakat setempat yang bertahyul mungkin berpendapat bahawa guru tersebut memang diganggu oleh makhluk halus. Walaubagaimanapun, pandangan yang lebih saintifik mengenai kes ini berlaku mungkin disebabkan tekanan emosi yang telah dipendamkan dalam guru tersebut yang agak lama sehingga dia tidak dapat berfikir dengan waras dan mendakwa dirinya dapat mendengar bisikan misteri yang mengganggu ketenteramannya. Akibatnya, tekanan emosi yang serius ini telah menyebabkan guru berkenaan berfikiran tidak mempunyai kesedaran diri dan melakukan perbuatan yang tidak terkawal yang boleh mengancam keselamatan orang lain. Dengan itu, kes yang telah berlaku ini telah membuktikan bahawa pada zaman kini, para guru sentiasa menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Selain itu, pelbagai reformasi dalam bidang pendidikan dan masalah-masalah seperti masalah murid dan bebanan kerja pasti akan menyebabkan tekanan stres di kalangan guru. Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Menurut Mohd Salleh (1994), stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup. Di negara kita, fenomena stres di kalangan guru sering diperbincangkan dan dijadikan bahan kajian. Ini adalah bidang pendidikan pada hari ini semakin mendesak para guru untuk bekerja keras dengan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping itu, usaha peningkatan dan pelaksanaan tersebut telah menyebabkan guru-guru semakin tertekan dengan bebanan kerjaya pendidikan ini. Mengikut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan

kemurungan akibat daripada tugas sebagai seorang guru. Sementara itu, menurut Sapora Sipon (2007), stres terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Maka, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Oleh itu, guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Isu sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa negara kita ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari. Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid, perancang program-program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan banyak lagi. Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius. Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan

kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu, penyelesaian yang wajar harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid. Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Merujuk kepada isu guru tersebut telah mengalami kesukaran tidur sehingga dia mengamuk. Kesukaran tidur atau dikenali sebagai insomnia adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada tekanan stres. Selain itu, terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan kes sebegini berlaku. Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di tempat yang berhawa dingin. Tambahan pula, kemudahankemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan diri dan pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman akan menyebabkan guru tersebut semakin stres. Selain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan kepada emosi guru dan lamakelamaan ia akan menjadikan guru berasa stres. Punca-punca peribadi juga merupakan antara faktor guru mengalami tekanan emosi. Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu sokongan kepada guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat masalah komunikasi yang tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut. Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah menjadi keperluan yang biasa bagi semua orang. Oleh itu, perbelanjaan kehidupan seharian amatlah memerlukan wang yang secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru adalah rendah berbanding

dengan profesion yang lain. Dengan itu, masalah kewangan telah membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. Ini telah menyebabkan dia sukar untuk menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik kepada diri dan keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan stres. Berdasarkan faktor-faktor yang telah dibincangkan, banyak usaha dan rancangan untuk mencari penyelesaian yang sesuai hendaklah dijalankan agar mengatasi masalah beban guru sekolah agar isu ini tidak akan berterusan dan menjadi semakin serius. Jika tidak, ia akan membawa kesan yang buruk sehingga guru tidak suka akan kerja mereka dan secara tidak langsung ia mampu membawa kesan buruk yang akan menjejaskan imej keguruan. Maka, pihak yang berkenaan haruslah bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-isu guru mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja. Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya skop kerja guru dapat dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu, kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data dapat diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga mencadangkan agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu. Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru dan berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru. Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu guru bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas

sekolah oleh pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur dan kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar menyediakan suasana persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini, maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan. Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional, seterusnya merancang cara penyelesaian secara sistematik. Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya untuk kegunaan diri. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan yang boleh menangani stres. Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa

dengan melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di samping itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan. Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan juga merupakan salah satu cara bagi seseorang guru untuk menangani masalah tekanan stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau menjadi pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini, penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam kehidupan. Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau juga seharusnya dapat memahami kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. Bukan sahaja begitu, seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan memahami akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang terbaik ketika bekerja terutamanya menjalankan peranannya untuk menyampai ilmu pengetahuan dan merancang

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid-murid dapat mencapai objektif yang optimum. Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru dalam menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar akan kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah tersebut. Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti guru-guru yang mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain, seterusnya mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani sebarang isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan. Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban kerja kerana globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin sehingga menjejaskan kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya dalam kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi. Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier diri sebagai seorang guru. Sumber rujukan : Berita Harian- Bisikan Misteri Arah Guru Amuk

ISU 2 : GURU STRESS oleh ANIS BINTI ZAKARIA


ULASAN ARTIKEL
PENDAHULUAN Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994), Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Tambahan pula, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif.

Daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, maka boleh dikatakan tekanan terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor-faktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remehtemeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah. Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007). Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohamad Abdillah Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti punca sebenar dan jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai perkara yang dikenalpasti

menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan tugas, kerenah murid, kurang motivasi dan sebagainya. PERKEMBANGAN HUJAH-HUJAH Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru sekolah menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman mengenai punca sebenar berlakunya masalah stress dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009 menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden asrama mereka disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 28 Julai 2007). Setahun sebelum itu,seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ( Berita Harian, 20 Mei 2006 ). Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang

mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi. Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugastugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga. Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin mencabar.

Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang pemimpin atasan memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah apabila etika kepimpinan pengetua atau guru besar yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber manusianya. Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kenajiakn mereka sebaik-baiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan. Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk kepentingan peribadi pengetua semata-mata. Keputusankeputusan tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru. (Hamedah binti Wok Awang, 2004). Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk kegunaan peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru besar sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk pembangunan fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang terlibat dalam rasuah. Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana terdapat beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan tindakan tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. IMPLIKASI HUJAH-HUJAH Punca-punca seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhada guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk

memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan. Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disipilin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar akan mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik

mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guruguru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut. Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam kalangan guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja. Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan, beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti

gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap penghasilan sumber manusia. CADANGAN DAN RUMUSAN Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi mudarat kepada seluruh generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang baik mestilah sentiasa sedar akan kepentingan diri dan amanah yang dipikul mereka. Oleh yang demikian, guru mestilah memastikan diri mereka terlepas dari masalah stress yang memudaratkan ini. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah. Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan puncapunca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi

memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang. Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya. Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi akhirnya tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung terutamanya pensyarah, Puan Salina binti Mokhtar. Pada mulanya, tugasan ini dilihat sebagai satu tugasan yang sangat mencabar buat saya. Saya ditugaskan untuk menganalisis satu artikel dan membina satu laman blog untuk memuatkan artikel yang dihasilkan. Tugasan ini sangat mencabar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan blog, apatah lagi blog yang bersifat ilmiah seperti ini. Namun Alhamdulillah, tugasan berjaya disiapkan sepenuhnya. Kami berganding bahu mempelajari cara-cara membuat blog dengan menggunakan aplikasi atas talian yang sangat banyak di

laman sesawang. Kami bersama-sama meneroka maklumat-maklumat dan tutorial yang disediakan dan akhirnya tugasan tersebut berjaya dijalankan. Kami juga meminta bantuan rakan-rakan yang mahir dalam bidang ini untuk mengajar kami cara menghasilkan sebuah laman blog yang menarik dan berkualiti. Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah apabila berlaku kekangan masa dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, cuti hari raya yang diperuntukkan agak padat dengan jadual-jadual lain menyebabkan saya tergesa-gesa menyiapkan tugasan ini. Namun, berkat sokongan dan dorongan rakan-rakan sekumpulan, saya berjaya mengatasi masalah ini. Saya juga berpuas hati kerana berjaya menghasilkan satu penulisan artikel yang pada hemat saya sebuah artikel yang baik untuk menjadi rujukan semua pembaca. Pelbagai kemahiran baru yang diperolehi dalam tugasan ini. Antaranya ialah kemahiran menggunakan ICT sebagai medium menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat. Selain itu, kemahiran yang saya perolehi ialah kemahiran menganalisis sesuatu isu menggunakan bukti-bukti kukuh bagi memantapkan hujahhujah yang dilontarkan atau lebih dikenali sebagai penulisan ilmiah. Kemahiran ini juga sangat penting buat saya dalam usaha untuk menyelesaikan penulisan kajian tindakan pada semester ini. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi saya semangat baru untuk lebih giat menulis artikel ilmiah setelah memasuki alam kerjaya kelak. Seterusnya, menggunakan medium ICT sebagai wadah untuk menyebarkan idea dan penulisan tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pendidikan, tetapi juga membantu memajukan diri sendiri dalam bidang yang menjadi pilihan ini. Penulisan artikel ilmiah juga merupakan satu cara terbaik bagi seorang guru meluahkan masalah-masalah dan mengetengahkan isu-isu pendidikan kepada masyarakat umum. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengendalian Disiplin Remaja di Sekolah dan di Rumah. Penerbitan Multimedia. Kuala Lumpur
Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Kuala Lumpur

Azrul Hisham Abdul Manaf (2009), Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. UPM. Kuala Lumpur Chek Mat (2008). Ujian Psikologi & Pengurusan. Unipress Printer Sdn Bhd. 2008 Dr Sapura Sipon (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Kerajaan Dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta. Kertas Projek Bacelor Sains: Serdang. Universiti Putra Malaysia. Erkutlu, H.V. & Chafra, J. (2006), Relationship Between Leadership Power Bases And Job Stress Of Subordinates : Example From Boutique Hotels. Journal Management Research News, London Esah Sulaiman (2003), Modul Pengajaran : Asas Pedagogi. Skudai: Jabatan Asas Fontan, D. (1989), Managing Stress. British Psychological Society & Routledge Ltd Hamedah Wok Awang. (2004), Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru. PTS Millenia Sdn Bhd. Kuala Lumpur Ho, J. (1997), Corporate Wellness Programmes in Singapore: Effect on Stress, Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca Stress di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur. Leeds Publications
Mohd Abdillah Royo & Woo Sew Fun (2010), Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja ( Stress ) di Kalangan Guru-Guru SJK(C) : Satu Kajian. Universiti Teknologi Mara. Selangor Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education,London

Smither, R.D. (1994), The Physchology of Work And Human Performance (2nd ed.). Journal of Managerial Psychology Guru Alami Tekanan Mental & Emosi, Kata NUTP. (18 Ogos 2005). BERNAMA

Kementerian Akui Ada Masalah Kekurangan Guru. (17 Disember 2003). BERNAMA Tip Mengatasi Stres. (25 Jun 2006). Utusan Malaysia Guru Di Bandar Lebih Tertekan. (18 Disember 1997).Utusan Malaysia Tuala Wanita: 200 Pelajar Direndam Dalam Kolam Kotor. (28 Julai 2007). Utusan Malaysia. Ibu Bapa Punca Guru Tertekan. (23 Februari 2007). Berita Harian Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres .( 20 Mei 2006), Utusan Malaysia Lima Peratus Penjawat Awam Ponteng Kerja. (21 April 2009). Berita Harian Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja. (12 Mei 2008). Berita Harian Guru Ponteng : Tindakan Tegas akan Diambil. (12 Mei 2008). Berita Harian Pengetua Sekolah Yang Langgar Arahan Akan Dikenakan Tindakan Disiplin. (1 Jun 1997). BERNAMA Pengetua Salahguna Kuasa Akan Dikenakan Tindakan. (4 Mac 2000). BERNAMA
http://www.nutp.org/new/ms/ http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih-stres

ISU: Stress Di Kalangan Guru

STRESS DI KALANGAN GURU


Adakah kita tergolong ? Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi. Punca profesional 1. Persekitaran kerja Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara. 2. Perubahan Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan. Punca peribadi 1. Kesihatan Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga. 2. Perhubungan Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut. 3. Kewangan Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. 4. Taraf hidup Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan

memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar. 5. Aktiviti riadah Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993). Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut: 1. Kenal pasti reaksi emosional Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan. 2. Komitmen sosial Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orangorang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting. 3. Kehidupan fizikal Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. 4. Intelek Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993). Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca

kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya
Dicatat oleh raudah samsi di 1:04 PG

Isu Tekanan Dalam Profesion Perguruan (Berdasarkan artikel Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi yang ditulis oleh Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia, DR. SAPORA SIPON dalam Utusan Malaysia Online bertarikh 23 Julai 2007) Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju, seiring dengan maklumat bergerak pantas serta semuanya menuntut kesempurnaan dan komitmen yang tinggi daripada pelakunya, pastinya semua orang tidak dapat lari daripada mengalami tekanan. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekomplekasian kehidupan ini menyebabkan munculnya Sindrom Baru yang menyerang manusia iaitu tekanan atau secara khususnya lebih dikenali sebagai stres. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Seiring dengan itu, pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Menurut rencana dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk Guru Lebih Stres yang ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012, kajian menunjukkan bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Kedudukan ini berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat kelima. Malah Pengarah Urusan Great Life Physio dan Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata pula menyatakan bahawa, Seseorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas serta melakukan aktiviti sukan dan sebagainya. Jadi, tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan. Di Malaysia, fenomena tekanan dalam kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper, 1995 dan Mokhtar,1998). Kita sering mendengar dan terbaca di dada-dada akhbar tentang masalah-masalah dan tekanan-tekanan yang dialami oleh guru-guru masa kini contohnya seperti tekanan daripada pihak ibubapa mahupun pihak pentadbir. Tekanan-tekanan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru tersebut pastinya akan menyumbang kepada stres dan kadang-kala ke tahap yang lebih kritikal, iaitu penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Ini pastinya akan menyebabkan mutu dan kualiti perkhidmatan guru-guru terjejas selain turut memudaratkan kesihatan fizikal dan mental guru. Banyak kajian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa kerjaya sebagai seorang guru adalah antara salah satu kerjaya yang menyumbang kepada masalah stres tertinggi. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Berdasarkan analisis yang dilakukan pada artikel penulisan Dr. Sapora Sipon berjudul Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online pada 23/7/2007, didapati bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja dalam profesion perguruan. Antaranya ialah beban tugas, persekitaran tempat kerja,masalah disiplin murid, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber, masalah peribadi serta faktor geografi.

Bebanan kerja yang semakin meningkat dari semasa ke semasa juga menjadi penyebab utama bagi berlakunya tekanan yang lebih dikenali sebagai stres, dalam kalangan guru. Isu ini telah dibincangkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Ogos 2012 yang ditulis oleh Abdul Muin Sapidin, di mana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa bahawa, Tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat. Kerjaya seorang guru pada 20 tahun yang lampau mungkin tidak sama dengan kerjaya seorang guru pada masa kini. Secara amnya, mungkin kerjaya seorang guru itu kelihatan hanyalah sekadar menyampaikan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas namun sebenarnya tanggungjawab dan beban tugas seorang guru itu melebihi dan merangkumi segala-galanya bermula daripada mengajar dan mendidik murid-murid, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, tugas-tugas pengkeranian sehinggalah kepada kerja-kerja sampingan seperti mengecat, membuat garisan padang dan pelbagai jenis pekerjaan lagi. Bolehlah dikatakan bahawa seseorang guru itu sentiasa bertugas dan dilimpahi dengan pelbagai tanggungjawab bermula dari awal pagi sehinggalah kepada waktu petang. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa bebanan kerja yang semakin meningkat adalah antara salah satu punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Selain itu, persekitaran tempat kerja iaitu sekolah tempat guru-guru mengajar juga telah dikenalpasti antara punca-punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Persekitaran yang dimaksudkan ialah hubungan guru-guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid seperti yang telah diklasifikasikan oleh Dr. Sapora Sipon dalam rencana beliau. Ini menjelaskan bahawa hubungan baik guruguru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid pastinya akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan baik untuk guru. Namun begitu, seringkali kita mendengar guru-guru sering menghadapi masalah dan tekanan khususnya daripada pihak pentadbir dan ibubapa. Pihak pentadbir, khususnya Guru Besar seringkali dilaporkan menekan para guru supaya berusaha keras siang dan malam bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum tanpa mengira kekangan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan pelbagai karenah ibubapa yang bulat-bulat menyerahkan tanggungjawab sebagai penjaga, pengasuh dan pendidik kepada anakanak mereka tanpa menghulurkan bantuan kepada guru-guru khususnya dalam menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan anak-anak mereka. Tambahan pula, terdapat segelintir guru yang mempunyai masalah dengan rakan-rakan sejawat khususnya di kalangan guru perempuan yang suka berpuak-puak dan ini pastinya menyumbang kepada masalah stres di kalangan para guru. Selain itu, kadar masalah disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid, serta kegagalan guru-guru mengawal kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung juga menjadi salah satu punca berlakunya stres di kalangan guru-guru. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menghadapi tekanan. Guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas, misalnya pelajar hiperaktif yang suka berlari-lari di dalam kelas serta mengganggu rakan-rakan lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan juga merupakan satu lagi faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Terdapat guru-guru

yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guruguru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih tidak diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan suara seseorang guru demi kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi seiring dengan tekanan perasaan yang dialami. Selain itu, terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak. Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus juga perlu dihadiri oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut. Di samping itu, masalah peribadi turut menjadi punca atau sebab berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Masalah peribadi yang dimaksudkan di sini adalah seperti masalah rumahtangga ataupun masalah kesihatan yang berlaku di kalangan guru. Pastinya masalah-masalah yang berlaku dalam rumahtangga seperti penceraian mahupun masalah kesihatan seperti ditimpa penyakit-penyakit kronik menjadi salah satu sebab guru mengalami stres. Masalah-masalah ini kadangkala boleh membawa kepada sindrom kemurungan di kalangan guru dan mereka juga akan berasa kurang bersemangat semasa berada di sekolah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kenaikan pangkat yang terhad serta kadar gaji yang rendah turut menyumbang kepada tekanan perasaan yang seterusnya menjadi pencetus berlakunya masalah stres kepada seseorang guru. Kekangan kewangan disebabkan oleh gaji yang rendah pastinya menghalang guru-guru untuk mencapai status sosial yang baik dalam sesebuah masyarakat dan ini pastinya mengundang tekanan juga kepada para guru. Hal ini sememangnya berlaku di kalangan para guru khususnya guru-guru yang baru memasuki alam pekerjaan yang dilaporkan sukar untuk memberikan taraf hidup yang lebih baik kepada keluarga mereka khususnya untuk memiliki rumah dan kenderaan mewah yang sendiri. Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan tekanan kerja di kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan sempadan adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang agak unik dan perlu dibuat kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini dapat kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan di mana 35 peratus pelajar di sekolah berasal dari Sungai Golok, Thailand. Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri daripada pelajar Melayu dan mereka berulang-alik melalui jambatan dan sebahagian lagi datang dengan menaiki sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan tempat lain di Malaysia kerana sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat di Rantau Panjang. Selain daripada itu, satu lagi kelainan jika dibandingkan dengan tempat-tempat

lain ialah kegiatan penyeludupan yang menjadi sumber pendapatan penduduk di sini. Sebahagian besar penduduk di sini tidak menganggap kegiatan ini sebagai satu kesalahan, malah ia dianggap sebagai satu mata pencarian. Guru baru yang ditempatkan di sini memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan persekitaran sebegini dan guru lama di sini mungkin telah menerima aktiviti ini sebagai satu kenyataan. Maka, tidak mustahil sekiranya guru-guru yang ditempatkan di sini mengalami masalah tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat lain. Berdasarkan punca-punca yang telah dihuraikan, didapati bahawa tekanan guru boleh mengakibatkan perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dr. Sapora Sapian turut menerangkan dalam rencana beliau bahawa guru yang menghadapi tekanan tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak serta pengabaian kerja. Malah, guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Tindak balas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan juga boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya. Tekanan atau stres yang berterusan juga boleh menggugat emosi seseorang guru sehingga kadangkala bertindak di luar jangkaan. Misalnya seperti berita yang diulaskan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau, di mana seorang warden asrama mengarahkan ramai pelajar perempuan SMK Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan. Ini jelas menyatakan bahawa tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Perkara ini telah turut dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita Harian, 2011) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut laporan akhbar (Berita Harian, 2012) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau. Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun

semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti UPSR, kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Oleh hal yang demikian, kebijaksanaanlah yang menentukan dan membezakan seseorang individu itu dengan individu yang lain. Seorang guru yang bijak pastinya akan sentiasa berfikiran positif dan mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri untuk mengatasi dan menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka. Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru di sekolah. Cadangancadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Salah satu langkahnya ialah berasaskan usaha seseorang guru itu sendiri, iaitu dengan melaksanakan dan menguruskan segala kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih sistematik dan tersusun. Guru yang bijak pastinya mampu merangka strategi yang tersusun agar segala tanggungjawab atau kerja yang diamanahkan dapat dilakukan atau disiapkan dengan sempurna mengikut tarikh yang ditetapkan selaras dengan etika pengurusan masa yang patut dimiliki oleh setiap guru. Budaya menangguhkan kerja dan bersikap sambil lewa ketika menjalankan tugas haruslah dielakkan bagi mengelakkan bebanan kerja yang berlambak pada satu-satu masa. Guruguru juga boleh menolak tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir mahupun rakan sejawat dengan cara yang baik dan berhemah sekiranya merasakan beban tugas yang ditanggung adalah amat berat dan membebankan. Selain itu, para guru juga boleh menggunakan teknologi internet yang berkembang pesat pada masa kini untuk meluahkan perasaan dan menyatakan masalah yang dihadapi di dalam blog-blog atau forum-forum berkaitan guru bagi mendapatkan nasihat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman berkaitan masalah yang dihadapi. Pastinya perbincangan yang bermutu di antara guru-guru baru dengan guru-guru berpengalaman akan menghasilkan impak atau keputusan yang positif bagi menangani masalah stres yang berlaku di kalangan guru-guru di sekolah. Seterusnya, seseorang guru yang mengalami tekanan juga bolehlah mengambil pendekatan mengelakkan diri daripada individu-individu yang mengundang stres kepada mereka contohnya seperti mengelakkan diri daripada bercampur dengan rakan-rakan sejawat yang tidak sistematik dalam menjalankan tugas. Namun begitu, haruslah diingatkan bahawa guru-guru perlulah bertindak dengan bijak dalam apa jua tindakan yang dilakukan bagi mengelakkan diri daripada dituduh atau dianggap lari daripada menjalankan tugas. Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.. Aktiviti bersukan selain membantu mengeluarkan peluh serta menjadikan badan kita sihat dan cergas juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan para guru dengan masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau bermain bola pada waktu petang atau hujung minggu bersama rakan sejawat lain sekolah pastinya akan menghasilkan perbincangan-perbincangan serta pertukaran idea yang sihat di antara guru-guru dan masyarakat di mana perkara ini pastinya akan membantu para guru untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami. Ini adalah selaras dengan amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek

tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan juga terdiri daripada komuniti berbeza kaum di mana setiap individu menganuti agama serta kepercayaan mengikut kaum masing-masing. Maka, seseorang guru juga bolehlah berusaha mendekatkan diri dengan penciptaNya bagi mengurangkan masalah tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh para guru yang beragama Islam bolehlah memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta memperbanyakkan amalan zikir kerana kajian menunjukkan bahawa individu yang sentiasa mendekatkan diri dengan penciptaNya dapat menguruskan kehidupannya dengan lebih baik seterusnya mencapai kejayaan dalam setiap aspek kehidupan. Bagi guru-guru yang beragama lain pula, mereka juga boleh berdoa mengikut kepercayaan kaum masing-masing untuk mendapatkan ketenangan diri yang secara secara langsung dapat mengelakkan tekanan dalam diri seseorang guru. Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan peranan pihak pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan kerjasama semua guru di sekolah. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan mencabar ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah yang menjadi penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi yang akan datang. Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa mempersiapkan diri dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada mengikut perubahan semasa. Selain itu, seorang guru juga perlulah bijak menangani dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi di alam pekerjaan dengan bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang kepada masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres yang dialami

oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu memerlukan pengorbanan. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini.

(Sumber artikel : Utusan Malaysia Online, 23/7/2007, Artikel Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi) http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=R encana&pg=re_07.htm

You might also like