You are on page 1of 10

LAPORAN CERAMAH SEBELUM CERAMAH Sebelum berlangsungnya ceramah Latihan Dalam Perkhidmtan (LDP) .

Kami telah berbincang untuk memastikan tajuk ceramah adalah sesuai serta bermanfaat untuk disampaikan kepada semua staf Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Perkara yang paling penting dan perlu diberikan perhatian dalam pemilihan tajuk ceramah amatlah dititikberatkan . Tajuk ceramah yang akan disampaikan bersesuaian dengan profesion perguruan dan dapat meningkatkan pengetahuan serta kefahaman guru guru. Hasil daripada perbincangan , kami mengambil keputusan untuk memilih tajuk ceramah tentang Etiket Sosial dan Protokol .Tajuk yang dipilih ini amatlah sesuai untuk semua warga sekolah.Guru guru perlu lebih memahami beberapa protokol untuk berinteraksi antara individu atau masyarakat sekeliling. . Setelah tajuk dipilih , Kami berempat berbincang pula siapa yang sesuai untuk memberikan ceramah ini . Setelah berbincang kami memutuskan untuk menjemput Tn. Hj Md Rijani Bin Md Ibrahim selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat untuk menyampaikan ceramah berkaitan Etiket Sosial dan Protokol ini .Memandangkan beliau seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang ini serta amat menitikberatkan tentang protokol sesuatu majlis. LDP ceramah ini akan dijalankan pada hari Sabtu bertarikh 11Mei 2013 pada pukul 08.00 pagi hingga 10.30 pagi.

SEMASA CERAMAH Sebelum Majlis Ceramah bermula , semua guru perlu mendaftarkan kehadiran di tempat pendaftaran yang telah disediakan . Ceramah bermula pada 8.30 pagi dan disampaikan oleh Tn. Hj Md Rijani bin Md Ibrahim selaku Guru Besar Sekolah Permatang Tok Mahat . Tajuk Ceramah yang disampaikan ialah Etiket Sosial Dan Protokol . Dalam penyampaian Ceramah Etiket Sosial dan protokol dapat difahami bahawa Etiket Sosial bermaksud tingkah laku dan sopan santun yang dilakukan untuk berintergasi antara individu atau masyarakat sekeliling . Ia melibatkan tingkah laku, budi pekerti dan keyakinan diri yang baik dan diiktiraf serta diamalkan dalam masyarakat samaada dalam majlis rasmi atau tidak rasmi. Manakala , Protokol pula dapat difahami bahawa etika atau tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan upacara upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat atau status seseorang . Isi penyampaian ceramah ini terbahagi kepada tiga iaitu etiket dalam pergaulan , etiket dalam berpakaian dan etiket di meja makan. Dalam etiket pergaulan telah ditekankan tentang tatacara pergaulan yang lebih sopan dan disenangi. Sebagai guru kita perlu menunjukkan riak wajah yang mesra dan manis supaya mudah didekati oleh masyarakat dan warga sekolah. Dalam etiket berpakaian pula , sebagai guru kita perlu mengetahui adab berpakaian supaya penampilan lebih berkeyakinan dan bersopan bagi pakaian lelaki atau wanita . Kita juga perlu tahu menyesuaikan cara kita berpakaian ketika menghadiri majlis rasmi atau masjis tidak rasmi. Dalam etiket di meja makan pula ,kita perlu tahu tentang adab di meja makan yang sesuai serta tahu cara mengambil makanan dan penggunaan alatan kulinari yang sesuai. Sepanjang ceramah yang disampaikan saya dan rakan rakan telah memperolehi banyak ilmu tentang Etiket sosial dan Protokol. Ia sangat berguna kepada kami sebagai seorang guru bagi melahirkan guru yang berdedikasi.

GAMBAR CERAMAH ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL

Pendaftaran Kehadiran

Pendaftaran kehadiran

Pendaftaran Kehadiran

Pengacara Majlis

Tn.Hj Md Rijani Bin Md Ibrahim menyampaikan Ceramah Etiket Sosial dan Protokol

Tn.Hj Md Rijani Bin Md Ibrahim menyampaikan Ceramah Etiket Sosial dan Protokol

Slaid perbentangan Ceramah Etiket Sosial dan Protokol

Slaid perbentangan Ceramah Etiket Sosial dan Protokol

Guru guru tekun mendengar Ceramah yang di sampaikan

Guru guru tekun mendengar Ceramah yang di sampaikan

Guru guru tekun mendengar Ceramah yang di sampaikan

Penceramah menikmati hidangan setelah selesai majlis

Guru-guru menikmati jamuan yang disediakan

Guru-guru menikmati jamuan yang disediakan

You might also like