P. 1
Langkah-langkah Untuk Menjadi Pelajar Yang Cemerlang

Langkah-langkah Untuk Menjadi Pelajar Yang Cemerlang

|Views: 219|Likes:
Published by Ping Leng Law

More info:

Published by: Ping Leng Law on Aug 27, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/06/2013

pdf

text

original

Anda telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Anda ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada guruguru anda seterusnya memberikan motivasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Tulis teks ucapan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang Dihormati para guru dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian. Rakan-rakan yang dihormati sekalian, Terlebih dahulu saya dengan segala besar hati, merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dan berkongsi idea dalam majlis yang sudah pastinya memberikan impaks yang positif kepada semua yang hadir. Sesungguhnya saya amat berbesar hati dan ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah bersusah payah mengadakan majlis meraikan kejayaan saya pada hari ini. Terima kasih daun keladi. Pada kesempatan yang amat berharga ini saya ingin berkongsi idea untuk menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk, “Ciri-ciri Pelajar Yang Cemerlang.” Guru-guru yang saya hormati, Terlebih dahulu sebelum meneroka lebih jauh, izinkan saya memberikan penghargaan istimewa pada para pendidik yang telah membimbing saya untuk menggapai kejayaan. Teringat saya kepada kata-kata orang bijaksana yang menyebut, guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain. Pada hari ini kata-kata bijaksana itu benar-benar menepati sasarannya, apabila anak didik tuantuan dan puan-puan yang sedang berdiri di sini adalah hasil jelmaan daripada kerja keras anda. Kejayaan saya bukan datang secara bergolek tanpa kerahan keringat daripada para guru sekalian. Saya menangis dan saya bergembira kerana kejayaan ini dan saya yakin siapalah saya di sini tanpa anda? Terima kasih cikgu! Rakan-rakan sekalian, Ciri-ciri pelajar cemerlang adalah bermaksud, keterampilan diri dalam aspek peribadi, kejayaan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta dapat membina interaksi sosial yang sihat dan berhemah tinggi. Peribahasa Melayu ada menyatakan, rajin dan usaha tangga kejayaan Selain itu, para pujangga pernah menyatakan, “Hidup tanpa cita-cita, ibarat sepohon rendang yang tidak berbuah.” Kedua-dua ungkapan peribahasa dan kata pujangga tersebut memperihalkan seseorang yang tidak mempunyai matlamat dan cita-cita adalah sia-sia sahaja dalam hidupnya. Pada masa ini cita-cita kita yang sebenarnya adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup khususnya dalam bidang akademik. Cita-cita yang bertapak kukuh dalam sanubari tidak akan menjadi kenyataan tanpa disertai usaha yang gigih. Kegigihan dan kesabaran semasa belajar menjadi indikator utama kepada setiap orang yang berjaya. Barangkali kita boleh berkongsi kebanggaan apabila melihat seseorang itu berjaya dalam peperiksaan. Sebaliknya pula, tidak ramai yang sanggup berkongsi kepenatan mengerah keringat dan memerah otak ketika belajar. Hakikatnya, saya ingin memberi nasihat apabila anda inginkan kejayaan bersedialah dengan mental dan fizikal yang digarapkan dengan

Dalam arena pendidikan pula. Sesungguhnya. Mereka pasti berlapang dada untuk mengajarkan kita ilmu dan sentiasa berdoa agar kita berjaya. “Apabila kita gagal merancang membuktikan kita merancang untuk gagal. Janganlah kita bertindak membelakangi mereka dalam setiap tindakan dan jauh sekali kita menjadi biadap terhadap mereka. Pencapaian akademik yang cemerlang sentiasa menjadi pengukur untuk menilai kekuatan seseorang pelajar itu. Dengan elok perangai kita mudah memperoleh rakan. Latar kehidupan kita sebagai pelajar ialah sekolah dan rumah. Bakal seseorang pelajar yang cemerlang semestinya pelajar yang tahu tempat dan latar asal jadinya. tidur. Walau bagaimanapun. Kita hendaklah menjadi manusia yang berdisiplin dan bersistem. Saudara/i. Sebagai pelajar. Sahsiah yang baik akan menunjukkan akhlak yang terpuji.” Peribadi yang baik menjadi modal tanpa wang membolehkan kita disenangi dan diterima baik oleh sesiapa sahaja. Penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum membolehkan seseorang pelajar itu menyesuaikan . Hal tersebut mampu memberi imbangan antara keterampilan mental. kita sedang memikul tugas berat untuk memperlengkap diri menjadi insan berilmu. Sentiasalah bermanis muka dan bersangka baik terhadap guru-guru kerana percikan liur basah mereka bakal menjadikan mutiara yang bernilai kepada kita. Setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu disertai dengan perancangan yang teliti dan perlu dilaksanakan dengan penuh iltizam. setiap kejayaan tidak akan datang bak yang bulat datang menggolek dan yang pipih datang melayang. berehat. rohani dan emosi.” Oleh itu. Rakan-rakan yang dikasihi. kita mudah berkomonikasi dengan sesiapa jua lantaran penampilan diri kita yang menyenangkan semua orang. pelajar cemerlang sering diukur berasaskan pencapaian akademik. Hubungan baik dan sikap patuh serta merendah diri khususnya kepada ibu bapa dan para guru adalah suatu perkara yang wajib kita lakukan. mencantikkan akhlak bercerminlah pada wajah. Adik kembar kepada akademik iaitu kokurikulum juga menjadi sumber terpenting yang perlu dikuasai pelajar yang cemerlang. Para intelek sentiasa mengingatkan diri kita tentang suatu falsafah yang berbunyi.ketabahan. Kita perlu kepada rutin yang teratur seperti masa makan. dan jadual belajar yang teratur. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang juga kita hendaklah memiliki ciri-ciri sahsiah yang boleh dikagumi. akademik bukanlah segala-galanya yang boleh menentukan pelajar itu unggul. jasmani. Ingatlah. Sementara itu keikhlasan dan doa mereka bakal memberi restu dan makbul daripada Allah. Bak kata filosof Imam Al Ghazali. “Mencantikkan wajah bersuluhlah pada cermin. Jadi pada kesempatan ini saya berseru kepada rakan-rakan agar bijak merancang supaya masa depan kita tidak dibayangi awan gelap. Kepada merekalah kita bernaung dan kepada merekalah kita memperoleh ilmu sebagai petunjuk dan arah tuju. Saudara/i. tiada pil atau mukjizat yang boleh menjadi jalan pintas untuk berjaya. Di sekolah pembimbing kita ialah para guru. Para akan berbangga apabila memiliki pelajar ang berperibadi mulia. manakala di rumah yang membimbing dan membentuk kita ialah ibu bapa dan kaum keluarga. tidak jauh seluang melaut akhirnya balik juga ke muara.

. Sebelum mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya. Pelajar juga dapat mempelajari selok-belok kepimpinan apabila terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum. Pelajar sentiasa terbuka minda dan sikapnya serta bijak menyelesaikan masalah. Hadirin sekalian. Terima kasih. Kalau ada sumur di ladang Boleh kita menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi Sekian selamat maju jaya.diri dengan pelbagai situasi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->