You are on page 1of 49

Falsafah

Cabang-cabang\ Falsafah
Metafizik (kajian realiti) Aksiologi (kajian nilai) Epistemologi (kajian ilmu) Logik (penaakulan)

Metafizik (Ontologi)
Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Metafizik cuba menjawab persoalanpersoalan yang jauh melampaui penyiasatan saintifik. Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

Metafizik mengutarakan soalansoalan seperti di bawah:


Apa itu kebenaran? Adakan Tuhan wujud? Siapa itu manusia? Apakah itu hidup? Apakah itu kebebasan manusia? Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja? Adakah manusia mempunyai akal?Apakah hubungan antara akal dan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian saintifik.

Setujukan anda?

Asiologi
Asiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud nilai. Cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi 2 aspek: (a) Etika (b) Estetika

(a) Etika Lebih mengutamakan apa yang

sepatutnya kita lakukan dan apa yang paling sesuai kita lakukan. Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu , masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada 3 bidang asas seperti yang berikut: Meta ethics - kajian tentang konsep etika Normative -kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika. Applied ethics-kajian tentang penggunaan nilai etika.

(b)Estetika
Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain, ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.

Epistemologi
Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ilmuatau sains dan logos yang bermakna keterangan. Ia berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.

Epistemologi tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah: Wahyu.Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada umum. Berasaskan pengalaman pancaindera.Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita.

Intuisi.Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Pandangan pakar bidang berkenaan.berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Logik.Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu. Kaedah saintifik.Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik.

Logik menerangkan hubungan antara ideaidea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Logik cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan. Secara umum, terdapat 2 jenis logik: (a) Logik induktif bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membawa kesimpulan umum yang menjelaskannya. (b) Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-

Logik

Mazhab-mazhab falsafah Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensialisme

Idealisme
Mazhab falsafah yang terawal wujud di barat. Memberi fokus kepada akal, jiwa dan kerohanian. Kebenaran,keindahan dan keadilan boleh dicari menggunakan penaakulan yang berterusan dengan penuh kesedaran bukan daripada kebendaan. Cabang metafizik mengikut mazhab idealisme percaya bahawa semua realiti yang ditransformasikan ke dalam bentuk fikiran dan kerohanian.

Dari epistemologi, fahaman idealisme berpendapat bahawa kebenaran adalah sebagai idea yang berada dalam alam pemikiran yang boleh bebas daripada pengalaman deria. Sesuatu pengetahuan adalah wujud dalam bentuk fikiran seperti ingatan,kefahaman,penaakulan dan sebagainya. Pengetahuan adalah rasional dan sistematik. Manusia boleh mendapat pengetahuan secara intuitif atau celik akal dan tidak semestinya dengan melalui pengalaman sahaja baru mengetahui akan sesuatu perkara.

Realisme
Juga dikenali sebagai materialisme. Mengenali dunia daripada objek serta jirim melalui pancaindera dan seterusnya mencari sebab musabab yang berkaitan dengan objek atau jirim tersebut. Kebenaran adalah bebas daripada penggunaan akal samata-mata. Manusia menemui sesuatu benda atau objek dikatakan melalui deria yang ada padannya.

Secara epistemologinya, mahzab ini berpendapat bahawa pengetahuan sebenar ialah sesuatu perkara yang bersesuaian dengan perkara itu sendiri dan bukannya teori, kefahaman atau ingatan atau suatu kefahaman yang kosong. Pengetahuan dalam hidup menyebabkan tertanamnya pelbagai perkara atau pengetahuan dalam otaknya.

Pragmatisme Juga dikenali sebagai empirisme,

fungsionalisme dan eksperimentalisme. Fokus falsafah ini ialah kepada pengalaman dan merujuk kepada eksperimentalisme yang berasaskan perubahan ,proses, relativiti serta pembinaan semula. Alam semesta adalah bersifat dinamik, berubah dari semasa ke semasa. Manusia pula mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Manusia perlu menyelesaikan masalahmasalah yang ditempuhi atau mendapat pengalaman semasa melalui proses.

Secara pemikiran sahaja tanpa pengalaman,realiti tidak dapat ditentukan. Pengetahuan adalah sebagai proses yang sentiasa berubah kerana persekitaran yang sentiasa berubah.

Wujud selepas Perang Dunia Kedua di Eropah. Bertentangan dengan idealisme mahupun realisme kerana lebih mengutamakan pengalaman yang diperoleh daripada deria seperti penglihatan, pendengara, rasa dan sebagainya. Tujuan falsafah ini adalah untuk membolehkan setiap individu mengembangkan sepenuhnya potensinya demi kesejahteraannya. Dari sudut metafizik, falsafah ini percaya bahawa realiti adalah sesuatu kewujudan individu.

Eksistensialisme

Eksistensialisme berpendapat bahawa pengetahuan individu adalah berpunca daripada pengalamannya dengan persekitaran, oleh yang demikian ia adalah bersifat relatif dan berubah-ubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Falsafah Pendidikan
Konsep Falsafah Konsep Falsafah Pendidikan

Konsep Pendidikan

Konsep falsafah boleh ditinjau dari 3 sudut.

Konsep Falsafah

Etimologi (Bahasa)

Terminologi (Istilah)

Praktikal

= basal drpd perkataan Yunani philos (cinta) & sophia (pengetahuan). = diertikan sbg cinta kepada pengetahuan atau hikmah. = Bagi E.D. Miller [Questions That Matter] (1984), falsafah bermaksud usaha utk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.

Ahli falsafah adalah orang yang: - Cinta kpd pengetahuan, - Menjadikan pengetahuan sbg tujuan hidup mereka, - Berikthiar mencari hakikat tentang sesuatu dan - Mentafsir pengalaman manusia utk memahami kebenaran.

Socrates

...ilmu pengetahuan yg merangkumi kebenaran. Terkandung di dlmnya spt metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi, politik dan estetika.

...ilmu pengetahuan yg membolehkan seseorang menuju ke arah pencapaian kebenaran semula jadi.
Plato

Descartes

...ilmu pengetahuan mengenai alam maujud (fizikal).

...segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus pendidikan.
Al-Farabi

L Falsafah berfikir scr bersungguh2, tidak terikat oleh tradisi & mpy ciri2 spt sistematik, radikal dan sejagat.
q Berfikir scr sistematik berfikir scr logik dan berurutan. q Berfikir scr radikal berfikir dgn mendalam dan menyelesaikannya dgn penuh tanggungjawab. q Befikir scr sejagat berfikir tidak terhad kpd aspek2 tertentu shj (merangkumi keseluruhannya).

Secara keseluruhannya, falsafah boleh dianggap sbg satu sistem idea yg komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna realiti di mana kita berada. Falsafah haruslah dijadikan sbg panduan hidup kita agar kita dapat menentukan hala tuju kita dan cara melayan orang lain.

Di bawah bidang pendidikan, falsafah memainkan peranan sbg panduan, arah tuju dan bimbingan.

Falsafah Pendidikan Negara arah tuju yg ingin dicapai dlm bidang pendidikan di Msia.

Pendidikan - basal drpd perkataan Latin, educare (memelihara/mengasuh) - aktiviti2 yg berkaitan dgn pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, korohanian dan jasmani manusia. - akitiviti persekolahan. - aktiviti2 yg mpy objektif, rancangan & organisasi utk mendidik murid2 spy menjadi insan yg berilmu pengetahuan, berakhlak mulia & menguasai kemahiran tertentu demi berupaya menyesuaikan diri dlm masyarakat pd masa depan.

Konsep Pendidikan
Mengikut

Tokoh-Tokoh Pendidik

Barat &&timur & Islam

Tokoh-tokoh barat

Pendidikan adalah suatu proses yg bertujuan utk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yg bersamaan dengan persekitaran sosial. Friedrich Froebel (1782-1852)

Pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. John Dewey (1859-1952)

Pendidikan yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dan pada setiap masa.

John Milton (1608-1674)

Tokoh-tokoh timur

Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan-santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dam rohani. Seseorang yang berpendididkan sedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Rabindranath Tagore (1861-1941) [India] Confucius (551-479 BC)

Tokoh-tokoh islam

Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspekaspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Is bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Yusuf al-Qaradawi Al-Ghazali

Peranan Pendidikan
~ menyediakan seseorang individu memainkan peranan yg positif dan berkesan dlm masyarakat.

~ agen utk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yg sesuai dlm kemajuan dan pembangunan semasa.
~ menyediakan ahli2 masyarakat utk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan utk pembangunan masyarakat itu.

Secara rumusnya,

Pendidikan ialah suatu proses atau aktivita yg berusaha utk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan Mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.

Fungsi Pendidikan
Proses sosialisasi
- Memberi peluang pelajar untuk belajar berinteraksi antara satu sama lain.

Pembentukan budaya
- Mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya.

Integrasi sosial
Penempatan sosial
- sekolah. Kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa hadapan.

Kepentingan Falsafah Pendidikan


Membantu seseorang guru utk memahami asas2 teoretikal berhubung dgn pendidikan (Proses P&P).

Membantu guru utk menilai what ought to be lalu membantu memupuk jenis guru yg diidankan serta jenis murid yg ingin dibentuk.

You might also like