You are on page 1of 119

MADU ILMU CERPEN 1 : SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG MUHAMMAD ISA AL-JAMBULI TEMA Bertemakan tentang keinsafan seorang

g ibu yang terjebak dalam kancah maksiat. Zaniyah merupakan seorang gadis yang hidup bebas sehingga terlanjur dengan kekasihnya Zaney kemudiannya apabila dia disahkan hamil kekasihnya telah meninggalkannya. Setelah beliau melahirkan anaknya, Zaniyah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tetapi Zaniyah akhirnya sedar dan insaf apabila melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya daripada mati dibaham buaya. Akhirnya Zaniyah kembali mendapatkan anaknya semula.

PERSOALAN 1. Persoalan Pembuangan bayi yang tidak berdosa. Contoh; Zaniyah membuang anaknya yang baru dilahirkan dipinggir sungai hutan lembah dara kerana tidak sanggup menanggung malu kerana anak yang dilahirkannya adalah anak luar nikah. 2. Persoalan Kehamilan gadis tanpa ikatan perkahwinan, Contoh; Zaniyah hamil setelah menjalinkan hubungan intim dengan kekasihnya zaney tanpa Ikatan perkahwinan yang sah. 3. Persoalan Pergaulan bebas muda mudi, Contoh; Setelah Zaniyah ditinggalkan kekasihnya Zaniyah menjadi liar dengan berkawan dengan bohsia dan bohjan. 4. Persoalan Kasih Sayang dalam keluarga binatang Contoh; Hubungan kasih sayang dalam keluarga binatang menyebabkan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk memastikan anaknya selamat daripada dibaham buaya.

MADU ILMU 5. Persoalan Sikap tidak bertanggungjawab seorang lelaki, Contoh; Zaney merupakan buaya darat yang telah merosakkan Zaniyah sehingga Zaniyah hamil. Sikap ketidak bertanggungjawab Zaney ini terserlah apabila dia menghilangkan diri tanpa berita.

WATAK PERWATAKAN 1. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Zaniyah Watak utama Seorang gadis liar dan terlibat dalam dunia bohsia. Mementingkan budaya hedonism. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan Zaney sehingga mereka terlanjur Hamil anak luar nikah. Membuang anaknya sebaik sahaja dilahirkan di pinggir sungai hutan lembah dara. Akhirnya insaf dan mengambil semula anaknya setelah melihat pengorbanan ibu monyet terhadap anaknya daripada dibaham buaya. ix. Seorang yang sangat menjaga maruah diri. Contohnya selepas melahirkan anak dia sanggup membuang anaknya kerana tidak mahu maruahnya rosak. x. Seorang yang kuat semangat, berani, tabah, contohnya melahirkan anaknya seorang diri di dalam hutan. xi. Berasal dari kampung dan menetap di kota.

2. Zaney i. Mempunyai kekasih bernama zaniyah 2

MADU ILMU ii. iii. Telah terlanjur dengan Zaniyah Seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan akhirnya melarikan diri.

Teknik Plot 1. Teknik Dialog Contoh: percayalah , zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun. Aku kesiankan kau. Sebagai seorang kawan, aku berkewajipan mengingatkan kau. Zaney mempamerkan wajah simpatinya.

2. Teknik Pemerian Contoh; matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu

3. Teknik Imbas Kembali, Contoh; Zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya

LATAR a. Latar Masa i. berlaku pada waktu awal pagi ketika Zaniyah melahirkan anaknya.

MADU ILMU ii. iii.

b. Latar Tempat i. Di kota ii. Di pinggir sungai hutan lembah dara iii. iv.

c. Latar Masyarakat a. Masyarakat Kota, Contoh; Zaniyah merupakan gadis kampung yang hidup mencari rezeki di kota. b. Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya hedonisme. Contoh; Zaniyah merupakan gadis liar yang hidup dengan mementingkan keseronokan seperti bergaul bebas lelaki dengan perempuan. c. Masyarakat yang kejam Contoh; Zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya yang baru dilahirkan demi menjaga maruahnya. d. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab Contoh;

MADU ILMU Zaney merupakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan Zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya. e. Masyarakat yang jahil tentang agama Contoh; Zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan bohjan, terlanjur sehingga melahirkan anak dan cuba membuang anaknya itu. f. Masyarakat haiwan yang penyayang dan sanggup berkorban Contoh; Ibu monyet sangat menyayangi anaknya dan telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya NILAI 1. Nilai Kasih Sayang.

Contoh: Ibu monyet sangat menyayangi anaknya, buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya semasa mahu dibaham buaya.

2.

Nilai Keinsafan Contoh: Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya. Akhirnya Zaniyah pergi mengambil kembali anaknya. 2. Nilai Pengorbanan Contoh: Ibu monyet sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya. 3. Nilai Bertanggungjawab.

MADU ILMU Contoh: Zaniyah tidak bertanggungjawab membuang anaknya di dalam hutan dan berazam ingin merantau jauh agar segala perbuatan terkutuknya tidak diketahui sesiapa.

5.

Nilai Simpati Contoh: Zaney menasihati Zaniyah supaya tidak menjalinkan hubungan dengan suami orang.

6.

Nilai ketabahan Contoh: Zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat melahirkan anak seorang diri di hutan lembah dara walaupun risikonya tinggi.

PENGAJARAN 1. Kita mestilah insaf dan sedar setelah terlanjur melakukan dosa atau kesalahan. Contoh; Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya. Akhirnya Zaniyah pergi mengambil kembali anaknya. 2. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim. Contoh: Zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga terjebak dengan hubungan terlarang. 3. Kita janganlah mengamalkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan. Contoh: Zaniyah dan Zaney menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan sehingga Zaniyah hamil. 4. Kita hendaklah bertanggungjawab setelah merosakkan anak gadis orang. Contoh: Zaney menghilangkan diri setelah dia mendapat apa yang dia inginkan daripada Zaniyah 5. Kita mestilah menyayangi dan bekorban demi anak-anak.

MADU ILMU Contoh; ibu monyet sangat menyayangi anaknya. Buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya 6. Kita hendaklah menjaga maruah diri apabila merantau jauh atau berjauhan dengan ibu bapa. Contoh; Zaniyah gadis kampung berhijrah ke kota mencari rezeki tetapi telah mencemarkan nama baik keluarganya dengan terlibat dalam pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah.

SUDUT PANDANGAN pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga.

MADU ILMU CERPEN SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG (MUHAMMAD ISA al-JAMBULI)

Soalan struktur

1. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut : Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah.... (Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli) 7

MADU ILMU

a. Berikan tiga latar tempat yang terdapat dalam petikan. i) ii) iii) _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

b. Nyatakan teknik yang digunakan oleh pengarang dalam petikan. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________

2. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut :

Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah.... a. (Dipetikdi daripada Siapakah dia dalam petikan atas? Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli) ____________________________________________________________________ b. Nyatakan latar tempat di mana dia meninggalkan darah dagingnya dalam petikan di atas? _____________________________________________________________________ c. Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh watak dia di akhir cerpen ini.

MADU ILMU _____________________________________________________________________

3.

a) Muhammad

Nyatakan tema cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya

Isa al-Jambuli __________________________________________________________________ ____________________________________________________________ b) Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang. i. ii iii 4. Pengaruh kedudukan dan harta benda, campur kekuasaan dan kekacakan anak muda ini menyebabkan seorang wanita berdahi licin yang sudah bersuami mabuk kepayang. Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan Thailand. Dalam pertarungan hendak merebut kembali isterinya, sang suami terbunuh. Pembunuhan itu direstui oleh pihak berkuasa tentera Jepun apabila suami malang itu difitnahkan sebagai tali barut Inggeris. (Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli) _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

a) Namakan watak wanita berdahi licin yang dimaksudkan dalam petikan di atas. _____________________________________________________________________ b) Berikan tiga pengajaran yang diperoleh daripada petikan di atas. i. ii. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

MADU ILMU iii. _______________________________________________________________

5. i.

Berikan empat latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

ii. iii. iv.

6.

Lengkapkan jadual di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai

Petikan Percayalah, Zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun... Telah terpaku keputusan dalam hatinya... Kota neraka ini mesti segera ditinggalkan Para unggas melafazkan zikir masing-masing... Keruh air di hulu, maka keruhlah air di hilir, jernih air di hulu, maka jernihlah air di hilir Terlepas daripada menjadi mangsa buaya darat, Zaniyah menjadi pasangan belangkas darat kepada Zaney Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan yang datangnya dari hulu sungai itu. Darah dagingnya itu tentulah kesejukan sekarang. Anak monyet menjerit-jerit panik. Tidak putus-putus Kabus menyelimuti hutan Lembah Dara Terbelah. 7. Lengkapkan jadual di bawah dengan teknik plot yang sesuai

Gaya Bahasa

Petikan Percayalah, Zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun.

Teknik Plot

10

MADU ILMU Aku kesiankan kau. Sebagai seorang kawan, aku berkewajipan mengingatkan kau. Zaney mempamerkan wajah simpatinya. Aku ceritakan ini semata-mata untuk menyelamatkan kau daripada menjadi mangsa buaya darat itu. Nah lihatlah, ini gambar bininya! Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan yang dating dari hulu sungai itu. Bunyi jeritan yang semakin mendekati tempat duduknya itu berlarutan dan jelas mengandungi nada cemas. Matanya meliar ke sana sini, meninjau-ninjau ke hulu dan kehilir sungai itu. Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh berada di atas dahan kayu mati yang hanyut itu? Mana ibunya? Kenapa ibunya ... ha, itu ibunya? Serpihan daripada riwayat hitam bapa dan ibunya sekonyongkonyong terpercik ke benaknya. Zaman pendudukan Jepun di rantau ini memberi kesempatan kepada seorang anak muda yang gagah dan kacak untuk menempah kedudukan dan kuasa. Dalam keadaan kepalanya termengguk itu, Zaniyah termenung sayu. Tidak disedarinya air jernih menggenangi kolam matanya. Dia bingkas bangun, lantas cepat-cepat menyusuri sungai itu ke hilir semula.

SOALAN ESEI

1. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli :

11

MADU ILMU a. b. c. Bincangkan isu sosial yang terdapat dalam cerpen ini. Huraikan unsur pengajaran terkandung dalam cerpen ini. Sambungkan cerpen ini mengikut kreativiti anda.

2.

Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang: a. Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. b. Jelaskan perwatakan yang dimiliki oleh watak utama cerpen ini.

3.

Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa alJambuli daripada teks Madu Ilmu jelaskan: a) Plot cerpen ini. b) Pengajaran yang boleh dijadikan iktibar berpandukan cerpen ini.

SKEMA JAWAPAN CERPEN SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG (MUHAMMAD ISA al-JAMBULI) 4. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut :

Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah.... (Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli, m.s. 50) a) Berikan 3 latar tempat yang terdapat dalam petikan (3m) Di bawah pokok menggading besar 1m di pinggir sungai 1m di dalam hutan Lembah Dara Terbelah 1m di pinggir kota 1m 12

MADU ILMU b. Nyatakan teknik yang digunakan oleh pengarang dalam petikan. (1m) teknik pemerian 1m 5. Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir kota. Barulah dia berasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. Tadi dalam remang-remang pagi muda, cepat-cepat dia mengatur langkah.... (Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli, m.s. 50) d. Siapakah dia dalam petikan di atas? (1m) Zaniyah e. Mengapa dia meninggalkan darah dagingnya di dalam hutan Lembah Dara Terbelah? (1m) Kerana dia telah melahirkan anak luar nikah (1m) f. Apakah tindakan yang dilakukan oleh dia di akhir cerpen ini. (2m) Mengambil semula anak yang ditinggalkan (1m) / selepas melihat ibu monyet menyelamatkan anaknya daripada hanyut di sungai (1m) 6. a) Apakah tema cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa alJambuli (1m) Keruntuhan/ kerendahan nilai moral anak muda b) Berikan 3 persoalan yang terdapat dalam cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang(3m) - Kerendahan nilai moral manusia membawa kepada kepincangan kehidupan - Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah dilakukan - Kasih sayang ibu terhadap anak 7. Pengaruh kedudukan dan harta benda, campur kekuasaan dan kekacakan anak muda ini menyebabkan seorang wanita berdahi licin yang sudah bersuami mabuk kepayang. Lalu dia dengan mudah saja dilarikan oleh anak muda itu ke selatan Thailand. Dalam pertarungan hendak merebut kembali isterinya, sang suami terbunuh. Pembunuhan itu direstui oleh pihak berkuasa tentera Jepun apabila suami malang itu difitnahkan sebagai tali barut Inggeris.

13

MADU ILMU

(Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli, m.s. 54) c) Siapakah wanita berdahi licin yang dimaksudkan dalam petikan di atas(1m) Emak/ ibu Zaniyah d) Berikan tiga pengajaran yang diperoleh dari petikan di atas(3m) Janganlah kita mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kedudukan seseorang Sebagai isteri janganlah kita bersikap curang terhadap suami Kita mestilah mempertahankan hak kita walaupun terpaksa berkorban nyawa Janganlah kita menfitnah mereka yang tidak bersalah

8.

Berikan 4 latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini.(4m) Masyakat yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat Masyarakat yang tidak bertanggungjawab Masyarakat haiwan yang sayang akan anak Masyarakat remaja yang suka akan keseronokan

9.

Lengkapkan jadual di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai Petikan Gaya Bahasa Sinkope

Percayalah, Zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun... Telah terpaku keputusan dalam hatinya...

Inversi

14

MADU ILMU Kota neraka ini mesti segera ditinggalkan Para unggas melafazkan zikir masing-masing... Keruh air di hulu, maka keruhlah air di hilir, jernih air di hulu, maka jernihlah air di hilir Terlepas daripada menjadi mangsa buaya darat, Zaniyah menjadi pasangan belangkas darat kepada Zaney Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan yang datangnya dari hulu sungai itu. Darah dagingnya itu tentulah kesejukan sekarang. Peribahasa / Simpulan Bahasa Anak monyet menjerit-jerit panik. Tidak putus-putus Kabus menyelimuti hutan Lembah Dara Terbelah. Kata ganda Personifikasi Peribahasa / Simpulan Bahasa Personifikasi Metafora Personifikasi Repitisi

10.

Lengkapkan jadual di bawah dengan teknik plot yang sesuai Petikan Teknik Plot Dialog

Percayalah, Zan. Dia tu dah punya bini, dah punya anak pun. Aku kesiankan kau. Sebagai seorang kawan, aku berkewajipan mengingatkan kau. Zaney mempamerkan wajah simpatinya. Aku ceritakan ini semata-mata untuk menyelamatkan kau daripada menjadi mangsa buaya darat itu. Nah lihatlah, ini gambar bininya! Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan

Suspens 15

MADU ILMU yang dating dari hulu sungai itu. Bunyi jeritan yang semakin mendekati tempat duduknya itu berlarutan dan jelas mengandungi nada cemas. Matanya meliar ke sana sini, meninjau-ninjau ke hulu dan kehilir sungai itu. Anak monyetkah itu? Bagaimana anak monyet itu boleh berada di atas dahan kayu mati yang hanyut itu? Mana ibunya? Kenapa ibunya ... ha, itu ibunya? Serpihan daripada riwayat hitam bapa dan ibunya sekonyong-konyong terpercik ke benaknya. Zaman pendudukan Jepun di rantau ini memberi kesempatan kepada seorang anak muda yang gagah dan kacak untuk menempah kedudukan dan kuasa. Dalam keadaan kepalanya termengguk itu, Zaniyah termenung sayu. Tidak disedarinya air jernih menggenangi kolam matanya. Dia bingkas bangun, lantas cepat-cepat menyusuri sungai itu ke hilir semula. Pemerian Imbas Kembali Monolog

SOALAN ESEI 4. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli : a. b. c. Nyatakan 2 isu sosial dalam cerpen ini. (4m) Berikan 3 nilai murni dalam cerpen. (6m) Sambungkan cerpen ini mengikut kreativiti anda. (8m) a. 2 Isu sosial : Isu pembuangan bayi -2m Isu bohsia 2m Isu melepak 2m Isu hubungan seks tanpa nikah -2m Isu lari dari rumah 2m 16

MADU ILMU

b.3 nilai murni : i. ii. Bertanggungjawab Zaniyah perlu bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkannya -2m Kasih sayang Ibu monyet menyayangi anaknya -2m iii. Keinsafan Zaniyah insaf dan mengambil anaknya kembali-2m iv. Taat beragama Kita janganlah melakukan perkara yang dilarang oleh agama- 2m Kita janganlah bebas membuat hungan dengan lelaki -2m

b. Sambungan cerpen: Isi 2m Bahasa 2m Teknik 2m Kreativiti 2m

5.

Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang: (10m)

a. Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. -

Kerendahan moral manusia membawa kepada kepincangan kehidupan (1m)

Contoh: Kehidupan Zaniyah yang mengutamakan hedonistik dan bercampur dengan rakan-rakan yang tidak bermoral telah membawanya ke lembah kemaksiatan (1m) Manusia yang tidak bertanggungjawab (1m)

17

MADU ILMU Contoh: Zainey meninggalkan Zaniyah tanpa makluman menyebabkan Zaniyah menjadi liar / Zaniyah tidak bertanggungjawab apabila pada awalnya dia meninggalkan anak luar nikahnya di dalam hutan -1m Sikap curang isteri terhadap suami (1m)

Contoh: Ibu Zaniyah lari meninggalkan suaminya untuk mengikut lelaki yang lebih kacak dan berkedudukan (1m) Kasih sayang ibu terhadap anak (1m)

Contoh: Ibu monyet telah terkorban semasa cuba menyelamatkan anaknya yang dihanyut arus sungai.(1m) Keinsafan selepas melakukan kesalahan

Contoh: Zaniyah insaf akan kesalahannya meninggalkan bayinya di dalam hutan selepas menyaksikan peristiwa ibu monyet menyelamatkan anaknya (1m) b. Nyatakan watak utama serta perwatakannya (10m)

- Watak utama Zaniyah-2m - Perwatakan Gadis yang mudah terpedaya 1m Contoh: Zaniyah dengan mudah diperdaya oleh kekasihnya, dan Zaney -1m _ Seorang yang liar dan mudah terpengaruh dengan budaya tidak bermoral-1m Contoh: Zaniyah menjadi liar selepas ditinggalkan oleh Zaney-langsung tidak menjaga harga diri-menceburi alam hedonistik-intimkan hubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-rakan bohjan-1m

_Tidak bertanggungjawab-1m 18

MADU ILMU Contoh: Zaniyah sanggup membuang bayi yang baru dilahirkannya di dalam hutan Lembah Dara Terbelah-1m _Menginsafi kesalahan-1m Contoh: Zaniyah menangis dan memeterai azam untuk tidak menjadi seekor ibu manusia selepas menyaksikan peristiwa ibu monyet berkorban untuk menyelamatkan anaknya -1m

6.

Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa alJambuli daripada teks Madu Ilmu jelaskan: c) Plot cerpen Permulaan Zaniyah meninggalkan anak luar nikahnya di atas batu di bawah pokok menggading besar di dalam hutan Lembah Dara Terbelah. Dia berasa lega dan puas hati-2m (10m)

Perkembangan Zaniyah teringat kembali perbuatan tidak bertanggungjawab Zaney terhadap dirinya. Selepas ditinggalkan Zaney, dia menjadi liar dan melibatkan diri kealam hedonistik dan bergaul dengnan rakan-rakan yang tidak bermoral.2m

Perumitan Peristiwa hitam ibu bapanya telah menghantui Zaniyah. Zaniyah mengimbas kembali sejarah kelahirannya apabila dia melihat kea rah sampah sarap dan reba yang hanyut di dalam sungai. Zaniyah merupakan anak luar nikah setelah ibunya meninggalkan suami dan mengikut lelaki yang lebih kacak dan berkedudukan.-2m 19

MADU ILMU

Puncak/ Klimaks Zaniyah melihat seekor anak monyet yang kehilangan ibunya. Ibu monyet sedaya upaya cuba menyelamatkan anaknya. Anak monyet tersebut Berjaya diselamatkan tetapi ibu monyet telah menjadi mangsa kepada buaya dalam usaha menyelamatkan anaknya.-2m

Peleraian Zaniyah insaf dengan peristiwa kesungguhan ibu monyet menyelamatkan anaknya dan Zaniyah berasa sedih melihat anak monyet yang kehilangan ibunya. Zaniyah berazam tidak akan membiarkan anaknya terseksa.-2m

d) Pengajaran yang boleh dijadikan iktibar Kita hendaklah menghargai nyawa -2m

(10m)

Contoh: Zaniyah membuang bayi yang baru dilahirkannya di dalam hutan Lembah Dara Terbelah Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan -2m Contoh: Zaniyah melahirkan bayi luar nikah dan membuangnya Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak -2m Contoh: Ibu monyet sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan anak yang disayangi Kita perlulah menjaga maruah diri 2m Contoh: Zaniyah terlibat dalam gejala hedonistik dan rakan-rakan yang liar Kita janganlah melakukan perkara yang dilarang oleh agama- 2m Contoh: Ibu Zaniyah curang terhadap suami dan mengikut lelaki lain sehingga melahirkan anak luar nikah. Kita janganlah bebas membuat hungan dengan lelaki -2m Contoh: Zaniyah melahirkan anak luar nikah kerana hubungan bebasnya dengan lelaki.

CERPEN 2

:WARNA HATI SEORANG DATIN RAHMAN HAJI YUSOF 20

MADU ILMU TEMA PERSOALAN WATAK DAN PERWATAKAN Bertemakan tentang seorang Datin yang cuba menyatukan kembali keluarganya apabila kematian suaminya, Datuk. Persoalan kasih sayang Persoalan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Persoalan impian seorang Datuk

- Persoalan hubungan kekeluargaan yang renggang Datin Datuk Mempunyai empat orang isteri Mempunyai empat belas orang anak Seorang pemimpin yang berwibawa Isteri pertama Datuk Mempunyai tiga orang madu Mempunyai Sembilan orang anak Seorang yang penyabar Seorang yang pemaaf Seorang yang ikhlas

STRUKTUR PLOT

- Seorang yang tidak bertanggungjawab Permulaan Berita kematian datuk tersebar luas Kebanyakan ahli keluarganya telah pulang untuk memberikan penghormatan terakhir Perkembangan Datin berhasrat untuk mengenali semua madu dan anak-anak tirinya Namun, Datin tertunggu-tunggu kedatangan madu dan anak tirinya iaitu Zaleha dan anaknya Amri dan Taufik Puncak Kedatangan madu dan anak tirinya iaitu Zaleha dan anaknya Amri dan Taufik Penurunan Datin bersyukur bersyukur kerana ketiga-tiga anak tirinya sudi datang Peleraian Datin berhasrat untuk membina perhubungan yang lebih erat dan 21

MADU ILMU kukuh dengan madu dan anak-anak tirinya sebaik sahaja selesai LATAR MASA LATAR TEMPAT LATAR MASYARAKAT NILAI PENGAJARAN SUDUT PANDANGAN kenduri arwah. Awal pagi Waktu malam Waktu petang Rumah datuk Dapur rumah datuk Bilik rumah datuk Ruang rumah datuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Masyarakat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah Masyarakat yang ikhlas Masyarakat yang prihatin Masyarakat yang beragama islam Masyarakat yang pemaaf Nilai bertanggungjawab Nilai keikhlasan Nilai kasih sayang Nilai keinsafan Nilai hormat-menghormati Kita mestilah belajar daripada kesilapan yang telah kita lakukan agar tidak berulang kembali Kita haruslah memaafkan orang lain dengan ikhlas Kita haruslah menyayangi seluruh ahli keluarga kita walaupun mereka hanyalah madu dan anak tiri kita Sudut pandangan orang ketiga terbatas

SOALAN STRUKTUR 1. Pergilah wahai kekasihku, suamiku Walaupun aku berat untuk melepaskan, namun itu . takdir Ilahi. Sampai masanya aku akan pergi jua. Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin

22

MADU ILMU

a. Siapakah aku dalam petikan di atas? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ b. Nyatakan teknik plot yang digunakan dalam petikan di atas? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 2.

Bapa sudah tiada, bisiknya perlahan. Jangan buat nakal. Belajar rajin-rajin. Nanti ibu beri wang sekolah. Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin

a. Siapakah yang menuturkan dialog di atas? _____________________________________________________________________________ b. Gambarkan dua perwatakan bagi watak yang menuturkan dialog tersebut? _____________________________________________________________________________ c. Kepada siapa dialog tersebut dituturkan? _____________________________________________________________________________ 3.

Sejarah hidup suaminya penuh dengan suka duka. Suaminya dapat menyatupadukan pelbagai kaum di taman perumahan di situ, tapi gagal untuk mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri. Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin

Berikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas? _____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ Hantarkan ia ke bilik bapanya. Tak mengapalah. Jahara, ambil adik. Tidurkan di dalam bilik bapa. Jahara macam tidak mendengar teriakan ibu walaupun dia bersimpuh di depan pintu setelah selesai menghitung wang. Dia berpaling ke arah lain. Dia tidak mahu menentang wajah Siti 4. Halijah. Jahara, ambil adik ini. Jahara terus menulikan telinga.

23
Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin

MADU ILMU

Peristiwa di atas mencetuskan konflik dalaman bagi watak Jahara. Mengapakah Jahara mengingkari arahan ibunya. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 5.

Tunggu apa lagi? Melambat-lambatkan jenazah masuk kubur tak baik di sisi agama. Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin

a. Apakah maksud unsur gaya bahasa sinkope? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ b. Berikan contoh sinkof yang terdapat dalam petikan di atas. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________

6.

Malam belum begitu panjang perjalanannya. Para tamu di ruang tamu kini sedang membaca ayat-ayat suci, setelah selesai menunaikan solat maghrib. Keakraban jiran memanjangkan ikatan silaturahim. Pemergian Datuk meninggalkan jasa-jasa di taman perumahan itu seharusnya dijadikan contoh oleh yang tinggal. Begitulah! Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin

24

MADU ILMU

Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 7.

Datin mengusap kepala Zety, kemudian menoleh ke arah Zul. Nampaknya Datin begitu mesra dengan anak-anak ini walaupun baru pertama kali bersua. Barangkali sudah tertanam rasa kasih sayang dan kasihan belas terhadap mereka. Datin sendiri tidak tahu mengapa secepat itu hatinya berubah, malah menaruh rasa insaf yang mendalam di dalam dirinya. Dipetik daripada cerpen Warna Hati Seorang Datin

Berikan dua nilai dan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.

Nilai i. ii. SOALAN ESEI

Pengajaran

1. Plot ialah salah satu aspek dalam penulisan cepen. Berdasarkan cerpen Warna Hati Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof : (a) Berikan definisi plot. (b) Jelaskan binaan plot cerpen tersebut. (c) Huraikan unsur kejutan dalam cerpen tersebut.

2. Berdasarkan kepada cerpen Warna Hati Seorang Datin, karya Rahman Haji Yusof: (a) Huraikan watak dan perwatakan bagi watak utama dalam cerpen ini. (b) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerpen tersebut. (c) Jelaskan tema bagi cerpen tersebut (d) Jelaskan empat persoalan yang digarapkan oleh pengarang dalam cerpen tersebut.

25

MADU ILMU

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 1. a. Siti Halijah b. Teknik monolog dalaman 2. a. Datin b. -Seorang yang prihatin terhadap kebajikan anak tirinya -Seorang yang baik hati c. Zety 3. - Persoalan tentang hubungan kekeluargaan yang renggang - Persoalan kegagalan dalam membentuk keluarga bahagia dan harmoni 4. Jahara mengingkari arahan ibunya kerana tidak menyenangi sikap ibunya yang telah berbaik semula dengan isteri keempat Datuk, Siti Halijah. 5. a. Pemendekan kata dengan menggugurkan sebahagian daripada suku kata/ singkatan kata b. Contohnya tak. 6. 7. Nilai Kasih sayang Pengajaran Kita perlulah mempunyai perasaan kasih sayang yang tinggi sesama manusia ii. Keinsafan Kita perlulah menginsafi setiap kesalahan yang pernah kita lakukan - Latar masyarakat Melayu yang beragama Islam. - Masyarakat yang mengutamakan hubungan kejiranan

i.

26

MADU ILMU JAWAPAN SOALAN ESEI 1. (a) Plot ialah urutan peristiwa dari awal hingga akhir dalam sesebuah cerita yang berkaitan dengan perilaku watak-wataknya. (b) Permulaan: Cerpen dimulakan dengan berita kematian Datuk telah tersebar luas. Seluruh ahli keluarga Datuk telah pulang ke rumah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Datuk. Perkembangan: Siti Halijah berasa terkejut dengan kematian suaminya. Kedatangan Siti Halijah disambut baik dan mesra oleh Datin biarpun anak-anak Datin tidak menyukai semua balu Datuk. Perubahan kelakuan Datin terhadap Siti Halijah dan anak-anaknya tidak dapat diterima oleh Jahara serta adik-adiknya yang lain. Datin menyesal tidak mengajar anak-anaknya untuk menyayangi adik-beradiknya yang lain. Klimaks: Datin masih menanti kedatangan anak-anak Datuk yang tinggal di Sabah, Sarawak dan Kelantan. Datin mahu menangguhkan upacara pengebumian bagi memberikan ruang kepada anak-anak Datuk yang berada jauh untuk menatap jenazah Datuk buat kali terakhir. Penurunan: Kedatangan Amri, Zaleha dan Taufik selepas jenazah Datuk dikebumikan telah membawa pengertian yang besar kepada Datin. Datin berasa bersyukur dan gembira kerana ketiga-tiga anak tirinya masih sudi pulang walaupun tidak sempat melihat jenazah untuk kali terakhir. Peleraian: Dia berhasrat untuk membina satu perhubungan kekeluargaan yang kukuh pada masa akan datang. ( c) Unsur kejutan dalam cerpen dapat dipaparkan menerusi panggilan telefon yang diterima oleh Siti Halijah berkaitan dengan berita kematian Datuk daripada Datin sendiri. Siti Halijah amat berdebar menerima panggilan tersebut memandangkan hubungannya dengan Datin amat dingin. Siti Halijah hampir saja rebah apabila menerima perkhabaran tersebut. 2. (a) Watak utama ialah Datin. Merupakan isteri pertama Datuk Mempunyai tiga orang madu Mempunyai sembilan orang anak hasil perkahwinannya dengan Datuk

27

MADU ILMU Seorang yang penyabar. Contohnya Datin tetap sabar dan bertahan walaupun Datuk kerap melukakan hatinya semasa Datuk hidup. Seorang yang pemaaf. Datin telah memaafkan dan menerima madu-madunya dengan hati terbuka setelah kematian Datuk. Seorang yang baik hati dan mesra. Datin melayan anak-anak Siti Halijah dengan mesra sekali. (b) Nilai Nilai keinsafan. Contohnya keinsafan yang lahir dalam diri Datin untuk menyatupadukan keluarganya setelah kematian Datuk. Datin juga sudah boleh menerima madunya tanpa ada sebarang perasaan hasad dengki dan dendam. Nilai ketabahan. Contohnya ketabahan Datin, Siti Halijah serta ahli keluarga Datuk yang lain dalam menerima pemergian Datuk untuk selamanya. Nilai hormat-menghormati. Contohnya, masyarakat di kawasan tempat tinggal Datuk hormat menghormati walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. (c) Bertemakan tentang seorang Datin yang cuba menyatukan kembali keluarganya apabila kematian suaminya, Datuk. (d) - Persoalan hubungan kekeluargaan yang renggang - Berpunca daripada kegagalan seorang bapa untuk menyatukan anak-anak sendiri walaupun beliau seorang pemimpin yang berjaya menyatukan masyarakat. - Persoalan perpaduan kaum yang erat - Perpaduan wujud dalam sesebuah komuniti kerana terdapatnya seorang pemimpin yang bijaksana dan banyak menyumbang bakti kepada masyarakat. - Persoalan semangat kejiranan yang tinggi. - Apabila kematian Datuk, jiran tetangga membantu Datin untuk menguruskan hal pengebumian Datuk lantaran mengenang budi baik Datuk selaku pemimpin di kawasan perumahan tersebut.

28

MADU ILMU CERPEN 3 : BENAR KATA AYAH RIA ASMIRA

MADU ILMU: CERPEN BENAR KATA AYAH (RIA ASMIRA) TEMA Cerpen ini bertemakan perjuangan seorang ayah untuk mengubah sikap dan pendirian anaknya. Ayahnya mahu anaknya Karim menjadi insan yang memiliki jati diri Melayu yang kuat, cinta akan negaranya, menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikut dan menjadi tuan di tanah air sendiri. PERSOALAN 1. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Contoh: Kasih sayang ayah Karim terbukti menerusi pendekatannya dalam menasihati Karim dengan lembut tanpa menggunakan kekerasan agar Karim dapat mengubah cara kehidupannya yang tidak mahu bekerja dan hidup berpeleseran tanpa tujuan. 2. Persoalan perjuangan bangsa Melayu yang jauh keciciran. Contoh: Kegagalan bangsa Melayu untuk bersaing dengan bangsa asing akibat sikap bangsa Melayu itu sendiri yang tidak lagi berpegang kepada tuntutan agama, sikap malas serta tidak mahu berusaha dan bersaing dengan warga asing. 3. Persoalan kegigihan seorang usahawan memartabatkan bangsa. Contoh: Ayah Karim berusaha dengan gigih hingga menjadi usahawan yang berjaya dan mampu bersaing dengan usahawan asing. Dia juga berupaya menerajui syarikat-syarikat besar yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara seperti berjaya membangunkan mercu tanda kebanggaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas. 4. Persoalan kesediaan generasi muda berubah ke arah kebaikan. Contoh: Generasi muda perlu memantapkan jati diri dengan menimba ilmu pengetahuan selain daripada mencontohi akhlak Rasulullah SAW serta berpegang kepada budaya dan tatasusila bangsa Melayu yang mementingkan adab dan kesopanan. 5. Persoalan menghormati pandangan orang yang lebih tua. Contoh: Karim menerima teguran ayahnya tentang sikap malasnya yang boleh membawa kesan buruk kepada masa depannya. WATAK DAN PERWATAKAN

29

MADU ILMU 1. Karim Karim sebagai watak utama, digambarkan sebagai anak muda yang pemalas, tidak bekerja dan selalu berpeleseran tanpa tujuan. Karim juga seorang yang tidak mempunyai wawasan hidup semasa remajanya. Namun, dia mula berubah dan insaf setelah dinasihati oleh ayahnya. Akhirnya, Karim muncul sebagai seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya. Dia juga seorang anak yang mengenang jasa dan sentiasa bersemangat memperjuangkan bangsanya dalam bidang ekonomi. 2. Ayah Ayah kepada Karim yang mempunyai seorang isteri. Ayah merupakan seorang pemimpin besar dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Dia digambarkan sebagai seorang bapa yang penyayang, tidak putusasa menegur anaknya supaya bersikap lebih positif dalam hidupnya. Ayah juga merupakan seorang yang tegas dan mempunyai pegangan agama yang kuat. 3. Ibu Seorang wanita yang sangat menyayangi keluarganya dan ibu kepada Karim. Wanita ini meletakkan harapan yang tinggi terhadap Karim agar mencontohi keperibadian suaminya dalam memartabatkan bangsa Melayu. 4. Joned Sahabat Karim yang sering mengajaknya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Encik Khalid berkaitan tanggungjawab para belia di negara ini. 5. Pemandu Karim Seorang lelaki yang ditugaskan untuk membawa Karim menguruskan perjalanannya. Dia juga seorang yang setia mendengar cerita daripada Karim tentang kehebatan ayah. PLOT 1. Permulaan Ayah Karim memarahinya kerana sikapnya yang tidak mahu berubah. Karim digambarkan seorang yang suka membuang masa di rumah dan berpeleseran di rumah. 2. Perkembangan Ayah Karim memanggilnya ke pejabat dan menasihati agar Karim mengubah sikap dan membina wawasan hidup. Ayah Karim mahu menjadikan Karim sebagai seorang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. 3. Perumitan Karim mula menyedari akan setiap nasihat dan kata-kata ayahnya. Karim mula berfikir tentang situasi semasa berkaitan ekonomi dan pembangunan negara seperti sikap lalai bangsa telah 30

MADU ILMU menyebabkan kerugian pada masa ini dan pada masa akan datang. Ayahnya mahu Karim mewarisi tradisi perniagaan dan memperjuangkan nasib masa depan bangsanya. 4. Puncak (Klimaks) Karim teringat sewaktu ayahnya menitiskan air mata kerana ramai generasi kini yang lupa diri dan lalai terhadap kesenangan yang bersifat sementara. Seain itu, ramai remaja yang terpesong akidahnya kerana terpengaruh dengan budaya negatif.

5. Peleraian Karim berjaya menjadi seorang usahawan perniagaan yang berjaya atas dorongan ayahnya. Karim juga berjaya membina bangunan yang dinamakan sebagai Bangunan Karim dan Keluarga demi cintanya kepada bangsa Melayu. Dia juga berazam mengembangkan perniagaannya ke serata dunia. TEKNIK PENCERITAAN Teknik penceritaan merupakan satu kaedah atau cara pengarang menyampaikan cerita untuk menarik minat pembaca. Terdapat beberapa jenis teknik penceritaan dalam cerpen ini. 1. Dialog perbualan atau pertuturan antara watak-watak dalam cepen. Contoh: Perbualan antara ayah dengan Karim tentang kelewatannya bangun pagi (hlm. 81, perenggan 5) 2. Monolog bercakap dengan dirinya sendiri Contoh: Karim bermonolog dengan dirinya tentang kebijaksanaan Encik Khalid (hlm 88, perenggan 4) 3. Imbas kembali (sorotan kembali) mengingati semula peristiwa yang telah berlaku. Contoh: Karim mengingati semula pesanan ustaz Hanafi tentang kepentingan bekerja yang dituntut dalam Islam. (hlm 87, perenggan 4) 4. Kejutan atau suspen unsur ini digunakan untuk menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Contoh: Kemunculan ayah Karim di biliknya untuk mengejutkannya bangkit dari tidur. (hlm 80, perenggan 1). LATAR Latar Masa 1. Sekitar abad ke 21

31

MADU ILMU Contohnya: Kewujudan Menara Berkembar Petronas (KLCC) (hlm 87, perenggan 5) 2. Waktu Subuh Contoh: Karim bangun untuk mengerjkan solat subuh (hlm 80, perenggan 3) 3. Waktu Pagi Contoh: Karim dikejutkan oleh ayahnya pada suatu pagi (hlm 80, perenggan 1) 4. Waktu Malam Contoh: Pemandu Karim datang menjemputnya untuk pulang setelah mendapati hari sudah lewat. Latar Tempat 1. Bilik Karim Karim disergah oleh ayahnya ketika sedang tidur di biliknya. 2. Di pejabat ayah Karim diminta oleh ayahnya untuk datang ke pejabatnya bagi membincangkan masa depan Karim yang tidak mahu berdikari. 3. Di Padang Belia Daerah Pokok Sena Perhimpunan belia telah diadakan di Padang Belia Daeran Pokok Sena untuk mendengar ceramah Encik Khalid. Latar Masyarakat 1. Masyarakat kota yang mempunyai kesedaran yang tinggi. Karim dan ayahnya berusaha memajukan ekonomi negara demi kepentingan bangsa. 2. Masyarakat usahawan yang berjuang demi kemajuan bangsa, agama dan negara. Karim berusaha meneruskan perjuangan ayahnya, untuk memajukan ekonomi dan berusaha melebarkan empayar perniagaannya ke pelosok dunia. 3. Masyarakat yang lalai dengan kemewahan dunia Karim pada zaman remajanya yang lalai dengan kemewahan yang dimiliki keluarganya dan tidak mahu berusaha untuk memajukan diri. 4. Masyarakat remaja yang tiada wawasan hidup.

32

MADU ILMU Ayah Karim menyatakan kekecewaannya terhadap golongan remaja kini yang tidak menimba ilmu pengetahuan dan mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang dibawa dari barat sehingga merugikan bangsa itu sendiri. 5. Masyarakat kota yang hidup selesa akibat kemajuan ekonomi. Kesungguhan Karim untuk meneruskan kejayaan yang dimulakan oleh bapanya sehingga membawa kepada kecemerlangan syarikat perniagaannya. GAYA BAHASA 1. Diksi Bahasa ringkas, padat dan mudah difahami. Pemilihan kosa kata yang ringkas memudahkan pembaca memahami jalan cerita. Contoh: Penggunaan bahasa Jawa terdapat pada halaman 87, perenggan 5.

2. Ayat Pendek Dituturkan oleh watak-watak dalam cerpen. Misalnya pada halaman 83, baris 7 Ibu tiada. 3. Metafora Perbandingan secara langsung. Misalnya pada halaman 88, perenggan 3. 4. Hiperbola Perbandingan secara berlebih-lebihan bagi menggambarkan kelantangan suara ayah Karim mengejutkannya bangun dari tidur. Contohnya, halilintar membelah bumi. 5. Simile Perbandingan yang menggunakan kata bandingan macam, bagai, umpama, bak, seperti dan seumpamanya. Contohnya, halaman 80 perenggan 3 iaitu bagaikan halilintar membelah bumi. 6. Repetisi Unsur pengulangan kata digunakan pada baris halaman 84, baris 6. Misalnya pengulangan kata dah. Contoh yang kedua, frasa harapan ayah pada halaman 3, perenggan 2-4. 7. Sinkope Penyingkatan perkataan dalam kalangan watak. Contohnya, penggunaan kata dah pada halaman 84 perenggan 2. 8. Peribahasa 33

MADU ILMU Penggunaan peribahasa ditemukan pada halaman 84, baris 5 hingga 6, iaitu macam pahat dengan penukul. NILAI DAN PENGAJARAN NILAI 1. Nilai kerajinan Contohnya: kerajinan seorang remaja telah membuatkannya berjaya mencapai kejayaan. 2. Nilai berdikari Contohnya: Ayah menasihatkan Karim agar sentiasa berusaha dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. 3. Nilai pengorbanan Contohnya: Karim sanggup berkorban demi mencapai kejayaan yang disasarkan kepadanya. 4. Nilai bertanggungjawab Contohnya: setiap individu harus bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara. 5. Nilai bersatu padu Contohnya: Manusia yang bersatu padu akan mempunyai kelebihan untuk berjaya pada masa hadapan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperoleh sesuatu dengan usaha sendiri. 2. Kita hendaklah menjadikan individu yang berjaya sebagai model untuk dicontohi. 3. Kita hendaklah berfikiran terbuka dan bersedia menerima sebarang perubahan. 4. Kita hendaklah menghormati pandangan orang yang lebih tua daripada kita. 5. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama dalam menjalani kehidupan seharian.

SUDUT PANDANGAN
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.

34

MADU ILMU

Soalan: CERPEN BENAR KATA AYAH (RIA ASMIRA) Tema, Persoalan, Perwatakan dan Gaya Bahasa. 1. Ayah terus mengomel. Pedih telinga aku mendengarnya. Tetapi aku terpaksa akur. Dia tetap ayahku. Ayah yang mahu anaknya menjadi seorang yang berjaya. Ayah yang mahu anaknya pandai berdikari. Ayah yang tidak mahu anaknya menjadi hamba kepada negara sendiri. Ayah tidak mahu aku meminta-minta dalam kediaman sendiri. Ayah mahu aku bangun menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ayah mahu aku memegang tampuk ekonomi negara. Itulah impian ayah. Aku tahu ayah berjiwa besar. Ayah ingin melihat kejayaan aku menandingi bangsa lain di dunia ini. Besar harapan ayah itu tertanggung di pundak aku. (ms 82 perenggan 3) 35

MADU ILMU

(a)

Nyatakan tema berdasarkan petikan di atas. ___________________________________________________________________

(b)

Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________

(c)

Siapakah aku yang dimaksudkan dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________

(d)

Nyatakan dua perwatakan ayah seperti dalam petikan di atas. (i) _________________________________________________________________ (ii) _________________________________________________________________

(e)

Apakah maksud gaya bahasa repetisi? ___________________________________________________________________

(f)

Berikan satu contoh gaya bahasa repetisi yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________

Perwatakan dan Gaya Bahasa. 2. Kalau kau asyik nak makan tidur tanpa sebarang kerja, bukan di sini tempatnya. Di rumah ini semua orang bekerja. Jangan terlalu mengharap! (ms 82 perenggan 2) (a) Siapakah yang menuturkan dialog di atas. ___________________________________________________________________ (b) Berikan maksud gaya bahasa sinkope. ___________________________________________________________________

36

MADU ILMU (c) Senaraikan dua contoh gaya bahasa sinkope. (i) (ii) _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

Pengajaran dan nilai kemanusiaan. 3. Ayah tetap bangga jika anaknya menjadi orang yang berguna kepada negara, kepada bangsa dan agama. (ms 82 perenggan 5) (a) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ (b) Nyatakan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ Teknik plot dan gaya bahasa. 4. Apa maksud ayah berkata demikian? Ya, kau seorang anak muda. Hati muda macam ayah dulu juga! Terkontangkanting, tiada arah tuju. Jadi, sekarang ni kau perlu ada visi kau sendiri. Wawasan kau! Barulah hidup kita senang! (ms 85 perenggan 3)

(a) Apakah yang dimaksudkan teknik plot? ___________________________________________________________________ (b) Nyatakan dua teknik plot dan contoh yang terdapat dalam petikan di atas. i. ii. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

(c) Mengapakah watak ayah menyatakan dialog tersebut. ___________________________________________________________________ (d) Berikan tiga keindahan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas. 37

MADU ILMU i. ii. iii. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

Nilai Murni dan Persoalan. 5. Kau dah faham maksud ayah, bagus. Kau mesti ingat, perjuangan ini belum selesai di sini. Ayah berkorban untuk kamu bukan untuk ayah seorang sahaja! Siapa lagi kalau bukan kamu nanti akan menegakkan roh perjuangan ini? (ms 85 perenggan 4)

(a) Berikan dua unsur nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. i. ii. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

(b) Apakah persoalan yang ingin disampaikan pengarang dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ Latar masa 6. Segala kata ayah telah terpancar pada hari ini. Menara KLCC sebagai buktinya. (ms 87 perenggan 4)

(a) Nyatakan latar masa dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________

Teknik plot, latar tempat, nilai murni dalam diri watak, perwatakan dan gaya bahasa. 7. Aku merenung kata-kata Encik Khalid kembali semasa aku turut bertenggek di majlis perhimpunan belia peringkat daerah. Waktu itu, aku cuma pergi setelah diajak seorang kawan. Joned bersungguh-sungguh mengajak aku. Aku cuma menemani sahaja. Kalau tidak kerana Joned, aku masih mencari-cari lagi kebenaran kata ayah. Kali ini memang benar kata ayah kepadaku. Sah. Katakata ayah bukan hanya berselindung di sebalik topeng pengorbanannya. (ms 88 perenggan 2) 38

MADU ILMU

(a) Jelaskan satu teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ (b) Nyatakan latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ (c) Nyatakan nilai murni yang terdapat pada watak Joned dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ (d) Berikan satu contoh gaya bahasa metafora dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ (e) Nyatakan satu perbezaan antara watak Joned dan watak aku dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Perwatakan, gaya bahasa dan persoalan. 8. Encik Khalid memang tokoh yang tidak pernah lokek idea. Dia menceruskan untuk menitiwatak perjuangan yang belum selesai ini. dalam Perjuangan seorang (a)semangat Jelaskan persamaan Encik Khalid dan watak ayah petikan di atas. ayah. Aku menyalin kata-kata Encik Khalid dan memasukkan ke dalam saku fikirku. ___________________________________________________________________ (ms 88 perenggan 4)

(b) Berikan dua contoh gaya bahasa dalam petikan tersebut. ___________________________________________________________________ (c) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. 39

MADU ILMU ___________________________________________________________________ Latar Masyarakat, gaya bahasa dan perwatakan. 9. Ayah mahu melihat ratusan belia hari ini maju. Suara ayah seperti ingin menyatakan rasa terima kasihnya kepada kepimpinan belia hari ini. Ayah mahu anak-anak muda hari ini sedar daripada mimpi. Ayah mahu aku bangkitkan semangat mereka menempuh cabaran. (ms 91 perenggan 3)

(a) Jelaskan gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ (b) Senaraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ (c) Nyatakan nilai murni yang terdapat pada watak ayah seperti dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ Peristiwa dan teknik plot. 10. Karim, kaulihat sendiri. Negara kita hari ini sudah jauh ke depan. Kita boleh membangunkan industri pengeluaran kereta sendiri dan tak lama lagi kita akan bina industri motosikal pula. Kita akan bina kilang sendiri! (ms 90 perenggan 6) (a) Senaraikan dua kejayaan negara seperti yang digambarkan dalam petikan di atas. ______________________________________________________________________ ________________________________________________________________ (b) Nyatakan teknik plot dan contohnya yang terdapat dalam petikan. ______________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Mesej, gaya bahasa dan persoalan 40

MADU ILMU 11. Ayah kelihatan begitu sedih. Ayah berjuang begitu lama. Aku dapat mengingati peristiwa yang menyebabkan kesedihan ayah. Aku melihat banyak pemuda dan pemudi hari ini sudah tidak mementingkan pengorbanan seorang ayah. Mereka lebih senang berlepak di gedung batu. Mereka dihanyut arus gelombang kebebasan. Mereka meniru gaya Barat dan cuba membelakangkan budaya dan tatasusila Timur. Ayah bersedih pilu melihat sikap sesetengah belia muda remaja lebih tertumpu kepada bunga kehancuran. (ms 89 dan 90) (a) Jelaskan lima latar masyarakat yang ingin disampaikan pengarang dalam petikan di atas. i. ii. iii. iv. v. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

(b) Nyatakan dua gaya bahasa dan contoh yang ada dalam petikan di atas. i. ii. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

(c) Senaraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. i. ii. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Latar masa dan gaya bahasa 12. Aku lihat ayah masih duduk di kerusi memandang tepat ke arahku. Mata ayah sedikit berlinangan manik-manik jernih. (ms 85 perenggan 1) Bersemangat sekali aku lihat Encik Khalid memberi syarahan perdana di Padang Belia Daerah Pokok Sena. (ms 88 perenggan 4) 41

MADU ILMU

(a) Jelaskan latar tempat berlakunya peristiwa yang terdapat dalam cerpen. ________________________________________________________________ (b) Berikan dua unsur gaya bahasa dan contohnya. ________________________________________________________________ Latar masa dan teknik plot 13. Apa nak jadi dengan kau ni, hah? Orang pagi-pagi buta dah turun ke ladang, kau masih memerap di bilik! Nak berdengkur lagi? (ms 80 perenggan 1) Tuan, hari dah lewat ni. Kata tuan nak pulang sekarang? Saya dah sampai! (ms 92 perenggan 4)

(a) Jelaskan dua latar masa berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas. i. ii. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

(b) Huraikan satu teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas. ______________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Soalan esei: Kita kena menyelesaikan sebuah perjuangan untuk membangunkan semangat anak watan supaya berjaya! Belia hari ini perlu dididik dengan pelbagai teknologi untuk mengembangkan sayapnya mencapai harapan ayah! Belia wawasan 2020! (ms 92 perenggan 4) 1. Berdasarkan petikan cerpen Benar Kata Ayah, huraikan: (a) Mesej-mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang. 2. Berdasarkan keseluruhan cerpen Benar Kata Ayah, bincangkan: 42

MADU ILMU (a) (b) (c) Konflik-konflik yang dialami oleh watak-watak dalam cerpen tersebut. Latar masyarakat. Nilai murni yang ada pada watak Karim

SKEMA JAWAPAN: Cerpen Benar Kata Ayah Tema, Persoalan, Perwatakan dan Gaya Bahasa. 1. (a) Tema: Perjuangan seorang ayah untuk mengubah sikap dan pendirian anaknya. (b) (c) (d) Persoalan: Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Watak aku ialah Karim. Dua perwatakan ayah: (i) mempunyai wawasan. (ii) seorang bapa yang bertanggungjawab. (e) Maksud gaya bahasa repetisi: Pengulangan perkataan pada baris ayat yang biasanya secara berurutan. (f) Satu contoh gaya bahasa repetisi: Ayah mahu aku..Ayah mahu aku.

Perwatakan dan Gaya Bahasa. 2. (a) (b) Ayah Maksud gaya bahasa sinkope: Singkatan perkataan yang sering digunakan. (c) Dua contoh gaya bahasa sinkope:

43

MADU ILMU (i) Nak (ii) kau

Pengajaran dan nilai kemanusiaan. 3. (a) Satu pengajaran:

Kita mestilah menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara / kita mestilah mendengar nasihat daripada orang yang lebih tua. (b) Satu nilai kemanusiaan: Berwawasan

Teknik plot dan gaya bahasa. 4. (a) Teknik plot ialah kaedah atau cara pengarang menyampaikan cerita untuk menarik minat pembaca. (a) Dua teknik plot dan contoh: (i) Dialog (ii) Imbas muka (b) Supaya anaknya berubah dan mempunyai pendirian hidup supaya masa depan anaknya terjamin. (c) Tiga keindahan bahasa: i. Sinkope - kau ii. Simile macam iii. Kata ganda terkontang-kanting Nilai Murni dan Persoalan. 5. (a) Dua unsur nilai murni: i. Pengorbanan ii. Bercita-cita tinggi

44

MADU ILMU (b) Persoalan: Semangat perjuangan yang kental dalam menjalani kehidupan./

harapan dan impian seorang ayah supaya anaknya menjadi seorang pejuang sebuah kehidupan. Latar masa. 6. (a) Latar masa: Abad ke 21(adanya bangunan KLCC)

Teknik plot, latar tempat, nilai murni dalam diri watak, perwatakan dan gaya bahasa. 7. (a) Satu teknik plot: Teknik imbas kembali.

(b) Latar tempat: majlis perhimpunan belia. (c) Nilai murni yang terdapat pada watak Joned: bersungguh-sungguh. (d) Satu contoh gaya bahasa metafora: topeng pengorbanan (e) Satu perbezaan antara watak Joned dan watak aku: Joned bersungguh-sungguh untuk menghadiri perhimpunan belia manakala aku seorang yang kurang prihatin terhadap tujuan menghadiri perhimpunan belia tersebut. Perwatakan, gaya bahasa dan persoalan. 8. Persamaan watak Encik Khalid dan watak ayah: mementingkan perjuangan (a) Dua contoh gaya bahasa: i. ii. Kata ganda kata-kata Metafora saku fikirku / Sinkof - fikirku

(b) satu persoalan: Kegigihan seorang pejuang menyampaikan amanatnya supaya anak bangsa meneruskan perjuangan. Latar Masyarakat, gaya bahasa dan perwatakan.

45

MADU ILMU 9. (a) Gambaran masyarakat: Masyarakat pejuang yang inginkan kemajuan bangsa, agama dan negara. / Masyarakat yang prihatin terhadap nasib anak bangsanya. (b) Dua gaya bahasa: Simile seperti Kata ganda anak-anak

(c) Nilai murni yang terdapat pada watak ayah ialah semangat perjuangan. 10. (a) Dua kejayaan Negara: Negara telah jauh ke depan Membangunkan industri pengeluaran kereta sendiri

(b)Teknik plot dan contohnya: Imbas muka - menggambarkan kejayaan negara pada masa hadapan. 11. (a) masyarakat yang berkorban untuk kemajuan anak bangsa. - masyarakat yang lalai dengan kemewahan dunia. - masyarakat remaja yang tiada wawasan hidup. - masyarakat belia yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat. (b) i. repetisi : ayah .ayah ii. metafora : bunga kehancuran (c) - Kelalaian golongan muda akibat kemajuan ekonomi. - Pengaruh budaya Barat yang menyebabkan golongan muda tidak menghargai perjuangan golongan tua. 12. (a) (b) i. Pejabat ayah i. Sinkope: ke arahku ii. Di padang Belia Daerah Pokok Sena ii. Kata ganda : manik-manik jernih 46

MADU ILMU 13. (a) i. waktu pagi ii. Waktu malam

(b) Teknik dialog (ayah yang memarahi Karim kerana masih tidur / drebar Karim yang datang menjemput Karim dan mengatakan hari sudah lewat) Jawapan soalan esei: 1. (a) - Kita mestilah bersatu padu untuk memajukan anak bangsa. - Kita hendaklah bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa dengan menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada. - Kita mestilah mempunyai wawasan dan pendirian dalam kehidupan. 2. (a) - Konflik seorang ayah merubah pendirian seorang anak. - Konflik pertentangan pendapat antara golongan muda dan golongan tua. (b) - Masyarakat kota yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap kemajuan agama, bangsa dan negara. - Masyarakat remaja yang tiada wawasan hidup. - Masyarakat kota yang selesa akibat kemajuan ekonomi. (c) Nilai murni pada watak Karim: - nilai keinsafan - nilai kerajinan

CERPEN 4

GERSANG MASNIAH KALYUBI MADU ILMU CERPEN GERSANG Karya Masniah Kalyubi

47

MADU ILMU

TEMA Cerpen ini bertemakan kemanusiaan yang memperlihatkan kegigihan dan kekuatan kasih

sayang yang dimiliki oleh seorang lelaki tua, peminta sedekah. Meski pun lelaki tua ini telah berusia hampir 100 tahun dan telah bongkok tetapi naluri kemanusiaannya yang tinggi membuatkan dia gigih memelihara Sumi, bayi kecil yang dijumpainya di dalam tong sampah dengan penuh kasih sayang, tanpa mengira penderitaan dan kemelut yang dihadapinya semasa mencari rezeki, lelaki tua ini gigih mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan dia dan cucu terbuangnya iaitu, Sumi.

PERSOALAN Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi, memaparkan pelbagai persoalan antaranya ialah:1. Persoalan tentang kegigihan anggota masyarakat dalam mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka. Contohnya, lelaki tua iaitu datuk Sumi, gigih mencari rezeki walau pun terpaksa menjadi pemintah sedekah di jalanan. Dalam keadaan fizikalnya yang telah bongkok dan usianya yang mencecah hampir 100 tahun, lelaki tua ini tetap tekun meminta sedekah demi untuk dia dan cucunya meneruskan kehidupan.

2. Persoalan tentang kasih sayang. Contohnya, datuk tua amat menyayangi Sumi tanpa berbelah-bahagi walau pun dia menyedari asal-usul kehadiran Sumi sebagai anak terbuang dia tetap memelihara dan menjaga Sumi sebagai cucu kesayangannya. Datuk tua sentiasa memikirkan keperluan makanan dan kepentingan Sumi seperti ayah kandung yang amat mengasihi anaknya.

3. Persoalan tentang kemiskinan hidup. 48

MADU ILMU Contohnya, datuk tua terpaksa menyara kehidupan dia dan Sumi dengan menjadi

peminta sedekah di jalanan. Kemiskinan hidup datuk tua ini memaksa dia dan Sumi tinggal di kawasan setinggan dalam kota Kuala Lumpur dalam sebuah gubuk buruk yang akan dirobohkan pada bila-bila masa sahaja oleh pihak berkuasa.

4. Persoalan tentang keruntuhan moral dan pembuangan bayi. Contohnya, kelahiran bayi kecil Sumi adalah bukti keruntuhan moral anggota masyarakat yang semakin parah dan hilang haluan. Kerosakan akhlak masyarakat ini mengakibatkan insan yang tidak berdosa menjadi mangsa. Buktinya, Sumi bayi kecil yang tidak berdosa dibuang ke dalam tong sampah oleh manusia yang hilang akal dan pertimbangan kemanusiaan.

5. Persoalan tentang kemajuan pembangunan. Contohnya, datuk tua dan Sumi tinggal di tengah kota Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun. Pembangunan ini menyebabkan kawasan setinggan yang menjadi tempat tinggal segelintir anggota masyarakat yang diwakili oleh lelaki tua dan Sumi terpaksa dirobohkan untuk menjayakan pembangunan.

6. Persoalan tentang kesabaran dan ketabahan hidup golongan masyarakat setinggan. Contohnya, datuk tua adalah gambaran masyarakat setinggan yang sabar dan tabah menempuh kehidupan. Walau pun negara telah maju dan merdeka tetapi nasib mereka masih tidak terbela. Datuk tua ini dengan rela dan sabar menerima hakikat hidup yang ditempuhinya dan nekad untuk meneruskan kehidupan mereka.

1. Persoalan tentang keagamaan. Contohnya, datuk tua dengan redha menerima nasib yang menimpa dirinya apa bila gubuk buruk tempat tinggal dia dan Sumi dirobohkan, dia tetap percaya dan yakin bumi 49

MADU ILMU Allah yang luas ini sentiasa ada ruang untuk dia mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.

WATAK DAN PERWATAKAN 1. Datuk Tua

a. Digambarkan oleh pengarang sebagai watak utama dalam cerpen ini. b. Seorang peminta sedekah di kaki lima di bandar Kuala Lumpur. c. Usianya telah menjangkau hampir satu abad. d. Badannya kurus dan bongkok tetapi masih gigih dan mampu berdiri mencari rezeki dengan bantuan tongkat. e. Tinggal di kawasan setinggan dalam gubuk buruk bersama dengan cucunya Sumi. f. Seorang yang prihatin dan tinggi nilai kemanusiaannya apa bila dia dengan penuh kasih sayang memelihara Sumi yang dipungutnya dari dalam tong sampah seperti anaknya sendiri. g. Seorang yang tekun dan gigih berusaha, walau pun dia telah dimamah usia tetapi dia tetap berusaha mencari rezeki setiap hari demi untuk dirinya dan cucunya Sumi.

h. Seorang yang sentiasa bersyukur. Contohnya, dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan bantuan kepadanya walaupun jumlah sumbangan yang diterima dalam bentuk duit syiling sahaja..

50

MADU ILMU 2. Sumi a. Mangsa kezaliman ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, dia telah dibuang oleh ibu bapanya ke dalam tong sampah lima tahun dahulu dan nyawanya terselamat apabila berjaya dijumpai oleh datuk tua itu dalam keadaan yang hanya berbungkus kain lampin.

b. Bayi kecil yang dipelihara oleh datuk tua dengan penuh kasih sayang.

c. Umurnya telah menjangkau ke usia lima tahun.

d. Sumi adalah kanak-kanak yang periang dan digemari oleh dua orang kawan iaitu Utih dan Nana.

e. Sumi sangat menyayangi datuknya. Contohnya, semasa gubuk buruk tempat kediaman mereka diruntuhkan, datuk tua itu amat terkejut dan menyangka Sumi telah tertimbus dalam timbunan gubuk buruk itu. Walau pun, Sumi sakit dan keadaan badannya lemah, dia tetap menggagahkan diri mendapatkan datuk tua yang terkialkial sendirian menanggung penderitaan dan keperitan hidup.

f.

Sumi seorang kanak-kanak yang tidak pernah mengenali rupa kedua ibu bapanya. Dia tidak mempunyai keluarga kerana Sumi adalah mangsa daripada keruntuhan akhlak ibu bapa kota. Datuk tua merupakan tempat Sumi menumpang kasih.

g. Sumi tidak pernah menikmati kesenangan hidup. Dia ditinggalkan oleh ibu bapanya dalam tong sampah sebelum di selamatkan oleh seorang lelaki tua yang bekerja menampung hidupnya dengan meminta sedekah dan tidak mampu menyediakan kesenangan hidup untuk Sumi. 51

MADU ILMU

PLOT:

1. Permulaan Lelaki tua sedang mencari rezeki dengan cara menjadi peminta sedekah. Dia duduk di tepi jalan dan mengharapkan sumbangan serta belas ihsan daripada orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu untuk memberikannya sedikit duit syiling untuk dia meneruskan hidup dan menampung perbelanjaan keluarganya.

2. Perkembangan Lelaki tua mengeluh sendirian memikirkan nasibnya dan sikap kerajaan yang tidak adil kerana menghalaunya dari rumahnya atas alasan hendak mendirikan bangunan kawasan itu. di

3. Perumitan Lelaki tua teringat kembali kisah dia menemui Sumi di dalam tong sampah lima tahun yang lalu. Lelaki tua itu menyelamatkan Sumi daripada menjadi korban dengan cara mengambil dan memelihara Sumi seperti cucunya sendiri. Dia bekerja keras menyara hidupnya dan Sumi yang masih kecil itu.

4. Klimaks Pihak kerajaan telah merobohkan gubuk-gubuk buruk yang menjadi kediamannya selama ini. Lelaki tua itu menjadi lemah dan tidak bertenaga serta hilang kudrat meneruskan hidup kerana menyangkakan Sumi telah tertanam di bawah timbunan

52

MADU ILMU gubuk-gubuk buruk itu. Dia tersungkur semasa mencari Sumi di kawasan sekitar timbunan gubuk-gubuk buruk itu.

4. Peleraian Lelaki tua itu berasa amat sedih kerana rumahnya telah dirobohkan. Setelah menemui Sumi yang disangkanya tertimbun di bawah gubuk-gubuk buruk itu, dia bersemangat kembali untuk meneruskan hidup dan berasa amat yakin rezeki daripada Allah itu ada di mana-mana sahaja kerana bumi Allah ini sangat luas dan sentiasa ada ruang untuknya mencari rezeki meneruskan kehidupannya dan Sumi.

TEKNIK PENCERITAAN: 1. Pemerian Contohnya; a. Tatapannya merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan dan derap langkah kaki warga kota yang lewat di hadapannya. Pun ketika ada dentingan syiling yang terlontar di dalam tin susunya, tatapannya itu tetap tidak berubah. Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. b. Datuk tua bersama Sumi berjalan perlahan-lahan beredar. Tidak dihiraukannya lagi kebisingan itu. Tidak dipedulikan lagi jeritan-jeritan memilukan. Baginya semua itu sudah tidak bererti. Bumi Allah ini luas. Dia yakin itu. Untuk sekian lamanya, tiba-tiba bibir itu mengorak senyum. 2. Imbas Muka/ Flashforward Contohnya; a. Datuk tua sedang merenung dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dia merasakan petang itu merupakan petang bagi segala masalah.

53

MADU ILMU c. Datuk tua mengharapkan apabila Sumi sudah melalui peringkat

kedewasaan, dia dapat hidup sebagai anak merdeka dan berasa bangga hidup di atas bumi. 3. Imbas kembali / Flasback Contohnya; a. Datuk tua teringat akan kedatangan lelaki-lelaki asing yang memakai kemeja dan tali leher dengan cara jalan yang begitu gagah di kawasan deretan gubuk-gubuk buruk mereka di tebing sungai. b. Datuk tua teringat akan peristiwa dia menjumpai Sumi yang masih bayi di dalam tong sampah dengan hanya berbalut lampin buruk. c. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah pandai merajuk dan bertanya tentang ayah dan ibunya kandungnya. d. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah tiga hari terbaring di tikar mengkuang lusuh kerana sakit. e. Datuk tua teringat akan pesanan Sumi yang menyuruhnya balik cepat pada hari itu.

4.

Dialog Contohnya; Tanah ni tanah kerajaan, pak cik. Di tapak tanah ni akan dibina bangunan lapan puluh tingkat. Tapi encik Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!

5.

Monolog dalaman 54

MADU ILMU Contohnya; a. Dia bertanya kepada dirinya lagi. Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana? Hatinya menjerit. b. Mungkin ada rezeki lebih hari ini Sumi. Nanti tuk belikan limau. Hatinya berbicara.

6.

Monolog Contohnya; Tunggu ya cu, tuk pulang ni! Dia berbisik sendirian.

7.

Suspen Contohnya; Langkahnya semakin cepat. Sesekali dia tersepak batu-batu di jalanan. Semakin hampir ke tempat itu semakin kuat bunyi buldozer dan semakin lemah tubuh tuanya. Langkahnya mati tiba-tiba.

LATAR a. Latar Masa: Pada keseluruhannya, cerpen ini memakan masa yang agak pendek iaitu tidak melebihi satu hari. Walau bagaimana pun terdapat juga latar masa yang dinyatakan secara jelas dan nyata. Contohnya;

55

MADU ILMU i. Waktu tengah hari keadaan terik panas yang dilalui oleh datuk tua semasa mengemis di jalanan. ii. iii. Waktu sore/petang 5 tahun yang lalu Datuk tua menjumpai bayi yang berbalut dengan lampin di tong sampah. iv. 20 tahun yang lalu Detik permulaan datuk tua memulakan kehidupan sebagai seorang peminta sedekah. v. Zaman moden digambarkan melalui kehidupan masyarakat Bandar dan bangunan 80 tingkat yang akan dibangunkan oleh kerajaan. b. Latar Tempat: Pada keseluruhannya, latar tempat yang dipilih oleh pengarang adalah di Kuala Lumpur. Terdapat juga latar tempat yang dinyatakan dengan jelas. Contohnya; a. Kaki lima tempat datuk tua meminta sedekah. b. Gubuk buruk di kawasan rumah setinggan tempat datuk tua dan Sumi tinggal. c. Gubuk buruk di tebing sungai b. 1. Latar Masyarakat: Latar Masyarakat kota yang miskin. Contohnya; Datuk tua mencari rezeki untuk menyara kehidupan dengan hanya meminta sedekah. Dia dan Sumi tinggal di kawasan setinggan iaitu di gubuk buruk tebing sungai. 2. Masyarakat tua yang gigih berusaha Contohnya; 56

MADU ILMU Datuk tua yang sudah berusia menjangkau 100 tahun dan sudah bongkok masih meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan mengemis di jalanan walaupun sudah teramat tua. 3. Masyarakat kota yang murah hati dan berbelas kasihan. Contohnya Masih terdapat segelintir warga kota yang simpati dan bermurah hati dengan memberi sedekah kepada datuk tua. 4. Masyarakat yang penyayang. Contohnya; Datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri. 5. Masyarakat kota yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Contohnya; Ibu bapa Sumi mewakili masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membuang anak ke dalam tong sampah. 6. Masyarakat yang jahil tentang agama. Contohnya; Perbuatan ibu bapa Sumi yang membuangnya di tong sampah memperlihatkan kurangnya nilai agama dalam diri sehingga sanggup membuang darah daging sendiri. 7. Masyarakat kota yang sentiasa sibuk. Contohnya; Setiap hari masyarakat kota di Kuala Lumpur digambarkan sentiasa sibuk dengan hal dan pekerjaan masing-masing. 8. Masyarakat kota yang terabai dari segi kebajikan. Contohnya, datuk tua dalam keadaannya yang sudah menjangkau usia 100 tahun masih merempat di kota Kuala Lumpur mencari rezeki dengan meminta sedekah tanpa ada bantuan daripada mana-mana pihak untuk menempatkannya 57

MADU ILMU di rumah-rumah kebajikan orang-orang tua.

GAYA BAHASA Pemilihan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang merupakan bahasa sehari-hari yang mudah difahami oleh pembaca. Walau pun sesekali diselitkan dengan bahasa asing tetapi keindahan gaya bahasa jelas diperlihatkan oleh pengarang melalui gabungan unsur bahasa sastera seperti di bawah ini. Contohnya; 1. Simile - Hitam seperti malam. - Hatinya bagai digamit untuk melangkah pantas. 2. Personifikasi. - Hatinya menjerit. 3. Sinkof. - Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!

4. Hiperbola. - Mengalir air mata darah - Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. 5. Metafora - Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya.

6. Penggunaan bahasa asing. - Alhamdullilah. - Sore. - buldozer.

58

MADU ILMU 7. Retoris Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaunglaungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana?

8. Pengulangan kata Terbelelenggu oleh kemiskinan. Terbelenggu dengan undang-undang dunia ciptaan manusia yang tidak berhati perut. Tidak ada susu. Tidak ada kopi. Sudah pandai menanya. Sudah pandai merajuk.

9. Paradoks. - Siang ialah malam. Malam ialah siang. NILAI MURNI 1. Nilai Kasih sayang. Contohnya; Datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri. 2. Nilai Kemanusiaan. Contohnya; i. segelintir warga kota simpati dengan kesusahan yang dialami oleh datuk tua dengan penuh kemanusiaan bermurah hati menghulurkan sedekah. ii. Lelaki tua menyelamatkan Sumi yang dibuang ke dalam tong sampah oleh ibu bapanya. 3. Nilai Ketabahan. Contohnya; Datuk tua tabah menghadapi dugaan hidup walaupun terpaksa bergelut dengan penderitaan hidup. 59

MADU ILMU

4. Nilai Kesyukuran. Contohnya; Datuk tua sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterimanya hasil daripada meminta sedekah daripada orang lain. 5. Nilai Kegigihan. Contohnya; Datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.

6. Nilai bertanggungjawab. Contohnya; Datuk tua telah menunaikan tanggungjawab dengan menjaga dan membesarkan Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.

PENGAJARAN

1. 2. 3.

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan takdir hidup. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita hendaklah bertimbang rasa dan mempunyai belas kasihan terhadap kesusahan orang lain.

4. 5.

Kita haruslah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita. Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk setiap rezeki yang diberikan kepada kita. Kita hendaklah memberi kasih sayang yang baik terhadap anak-anak.

6.

60

MADU ILMU

SUDUT PANDANGAN

Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas Contohnya, pengarang tidak terlibat sama ada dengan persoalan-persoalan mahupun dengan watak, tetapi pengarang hanya meresap ke dalam cerita bagi mengetahui maklumat tentang diri watak dengan menggambarkan aspek-aspek penting sahaja.

MADU ILMU: CERPEN GERSANG (MASNIAH KALYUBI)

Soalan Struktur : Tema, persoalan, perwatakan, nilai dan pengajaran.

1. Warga kota tetap sibuk seperti tadi. Seperti selalunya. Malahan setiap detik dan ketika. Melewati seorang lelaki tua tidak bermaya. Menadah tangan dengan tin tuanya. Mencari nasi sesuap dua untuk diri dan cucunya. Satu perjuangan kehidupan. Bergelut dengan penderitaan. Walaupun cuma menadah tangan.

61

MADU ILMU

a) Berikan tema cerpen berdasarkan petikan di atas. __________________________________________________________________

b) Nyatakan satu persoalan yang ingin disampaikan pengarang seperti dalam petikan di atas. __________________________________________________________________

c) Berikan empat perwatakan lelaki tua seperti dalam petikan di atas. iii. iv. v. vi. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

d) Lengkapkan jadual nilai dan pengajaran di ruang yang disediakan berdasarkan petikan di atas.

Nilai

Pengajaran

ii.

Perwatakan, nilai murni, latar masa, teknik penulisan dan definisi. 62

MADU ILMU

2. Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdulillah! Dia menyeluk poket baju kusamnya mengeluarkan sapu tangan yang telah lusuh dan berbau kemudian mengesat peluh yang membasahi muka tuanya. Selesa. Sapu tangan dilipat dan dimasukkan kembali. (Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi)

(a) Siapakah dia dalam petikan di atas? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(b) Nyatakan satu nilai murni yang ada pada watak dia. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(c) Nyatakan latar masa berlakunya peristiwa dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

63

MADU ILMU (d) Nyatakan teknik penulisan yang digunakan pengarang berdasarkan petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(e) Berikan definisi teknik penulisan bagi jawapan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Binaan plot dan gaya bahasa.

3.

Begitulah seperti selalunya. Setiap kali apabila menyedari bunyi syiling itu berdenting, dia akan terus mendongak. Mendongak melihat keikhlasan yang tersirat daripada hati-hati warga kota yang sering ketandusan. Peri kemanusiaan yang begitu rapuh. Nilai budi yang hampir roboh. (Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi)

(a) Nyatakan satu binaan plot yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(b) Nyatakan binaan plot tersebut. ___________________________________________________________________

64

MADU ILMU ___________________________________________________________________

(c) Senaraikan tiga gaya bahasa dan contoh. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Persoalan, teknik plot dan perwatakan. 4.

Lima tahun dulu, dia menjumpai Sumi di dalam tong sampah. Masih berbalut dengan lampin. Lampin lusuh. Kalau terlambat sedikit, bayi kecil mongel itu pasti telah berada di dalam perut anjing. Dia tidak tahu siapa ayah dan ibu sumi. Tetapi dia tahu Sumi ialah mangsa kedurjanaan dan kemiskinan hidup. (Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi)

a) Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

65

MADU ILMU b) Nyatakan persoalan yang terdapat tersebut. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

c) Nyatakan satu teknik plot dan huraikan contohnya berdasarkan petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

d) Berikan dua perwatakan Sumi. i. ii. _____________________________________________________________ _ _____________________________________________________________ _

Persoalan dan latar masyarakat.

5. Semakin hampir ke tempat itu semakin kuat bunyi bulldozer dan semakin lemah tubuh tuanya. Langkahnya mati tiba-tiba. Sesusuk tubuh tua menggigil menyaksikan deretan gubuk-gubuk buruk menyembah bumi. Penghuni-penghuni hanya mampu memerhatikan gergasi besi menyodok gubuk-gubuk mereka. (Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi)

66

MADU ILMU

(a) Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(b) Nyatakan latar masyarakat yang cuba dipaparkan oleh pengarang yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 6. Lengkapkan jadual di bawah dengan memadankan nilai dan peristiwa yang diberikan.

Tiba-tiba saja dia berhenti. Teringat akan pesanan cucu tersayang. Dia membelok sebentar ke tempat orang menjual buah. Dua biji limau kecut dibeli dengan harga lima puluh sen. Dia segera beredar, meneruskan perjalanan pulang. Ketabahan/kesabaran

Keikhlasan 67

MADU ILMU Melewati seorang lelaki tua tidak bermaya. Menadah tangan dengan tin tuanya. Mencari nasi sesuap dua untuk diri dan cucunya. Satu perjuangan kehidupan. Bergelut dengan penderitaan. Walaupun cma menadah tangan.

Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdullilah! Kasih sayang

Rezeki Tuhan ada di mana-mana, Sumi! Datuk tua bersama Sumi perlahan-lahan beredar. Tidak dihiraukannya lagi kebisingan itu. Tidak dipedulikan lagi jeritan-jeritan yang memilukan. Baginya semua itu sudah tidak bererti. Bumi Allah ini luas. Dia yakin itu. Untuk sekian lamanya, tiba-tiba bibir itu mengorak senyum. Ketekunan

Sesusuk tubuh yang sedang membongkok diperhatikan. Dari kaki berkisar ke muka. Seraut wajah yang tidak dikenali. Tetapi daripada air muka dikenal pasti keikhlasan hati yang murni. Terima kasih cucuku! Kesyukuran

7. Berdasarkan cerpen Gersang, lengkapkan jadual berikut dengan memberikan unsur gaya bahasa bagi setiap peristiwa yang dinyatakan. 68

MADU ILMU

Peristiwa

Gaya Bahasa

Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. Hitam seperti malam!

Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua

Dengan berkemeja dan bertali leher, berjalan dengan gagah, malah lebih gagah daripada bangunan yang berada di depan matanya tika ini.

Kuala Lumpur, wajahmu kadangkala mengelirukan mata tua, hati muda.

8.

(a)

Nyatakan tiga jenis latar yang terdapat dalam cerpen Gersang karya Masni Kalyubi, berikan contoh. i. _______________________________________________________ Contoh : ________________________________________________ 69

MADU ILMU ________________________________________________

ii.

_______________________________________________________ Contoh : ________________________________________________ ________________________________________________

iii.

_______________________________________________________ Contoh : ________________________________________________ ________________________________________________

(b)

Nyatakan latar bagi peristiwa-peristiwa di bawah ini. i) Itulah cerita lelaki tua di kaki lima. ________________________________________________________

ii)

Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. ________________________________________________________

iii)

Suasana tampak tegang. Air muka setiap penduduk membayangkan kegelisahan yang sukar diselindung lagi. ________________________________________________________

iv)

Bunyi enjin buldozer sayup-sayup kedengaran dari arah deretan gubukgubuk buruk itu. ________________________________________________________

v)

Mungkin kerana terlalu lama duduk atau oleh sebab umurnya yang hampir menjangkau satu abad. 70

MADU ILMU ________________________________________________________

Soalan esei:

1. Huraikan perwatakan lelaki tua dalam cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi. . 2. Bincangkan binaan plot yang terdapat dalam cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi.

3. Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi.

SKIMA JAWAPAN: CERPEN GERSANG

Soalan Struktur

1.(a) Tema: ketinggian sikap tanggungjawab seorang pengemis tua yang sanggup berkorban dalam mengalami kepayahan hidup untuk menyara seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

(b) Kegigihan seorang tua mencari rezeki bagi meneruskan perjuangan hidup diri dan cucunya.

(c) Perwatakan lelaki tua: - seorang yang gigih

71

MADU ILMU - seorang yang bertanggung jawab - seorang lelaki tua yang sudah tidak bermaya - mencari rezeki dengan meminta sedekah.

(d)

Nilai i. kegigihan

Pengajaran Kita mestilah gigih meneruskan kehidupan walaupun banyak cabaran yang menduga.

ii.

tanggung jawab

Kita mestilah bertanggung jawab kepada diri sendiri dan juga amanah yang telah dipikul.

2.

(c) dia ialah lelaki tua

(d) Nilai kesyukuran. (e) Latar masa: waktu tengahari (f) Teknik pemerian (g) Maksud: Penceritaan secara langsung oleh pengarang kepada pembaca.

3. 72

MADU ILMU (a) Binaan plot permulaan. (b) Lelaki tua terpaksa mengemis di jalanan dan mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai untuk mencari rezeki demi menyambung kehidupannya.

(c) Dua gaya bahasa dan contoh: 4. Simile Repitisi Kata ganda seperti mendongak hati-hati

(a) (b)

Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan. Sumi dibuang kedalam tong sampah menunjukkan bahawa terdapat segelintir manusia yang tidak mempunyai sikap perikemanusiaan.

(c) (d)

Teknik plot: imbas kembali- sumi dijumpai dalam tong sampah lima tahun dahulu. Perwatakan Sumi: - seorang anak yang tidak mendapat kasih saying ibu bapa dan tidak pernah mengenal ibu bapanya.

- Mangsa ketidakprihatinan manusia akibat kemiskinan hidup. 5. (a) Persoalan: Pihak kerajaan yang mementingkan pembangunan sematamata. (b) Masyarakat yang menjadi mangsa akibat pembangunan masyarakat.

6. padanan nilai dan peristiwa:

73

MADU ILMU

Tiba-tiba saja dia berhenti. Teringat akan pesanan cucu tersayang. Dia membelok sebentar ke tempat orang menjual buah. Dua biji limau kecut dibeli dengan harga lima puluh sen. Dia segera beredar, meneruskan perjalanan pulang. Melewati seorang lelaki tua tidak bermaya. Menadah tangan dengan tin tuanya. Mencari nasi sesuap dua untuk diri dan cucunya. Satu perjuangan kehidupan. Bergelut dengan penderitaan. Walaupun cma menadah tangan. Dia mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdullilah! Rezeki Tuhan ada di mana-mana, Sumi! Datuk tua bersama Sumi perlahan-lahan beredar. Tidak dihiraukannya lagi kebisingan itu. Tidak dipedulikan lagi jeritan-jeritan yang memilukan. Baginya semua itu sudah tidak bererti. Bumi Allah ini luas. Dia yakin itu. Untuk sekian lamanya, tiba-tiba bibir itu mengorak senyum. Sesusuk tubuh yang sedang membongkok diperhatikan. Dari kaki berkisar ke muka. Seraut wajah yang tidak dikenali. Tetapi daripada air muka dikenal pasti keikhlasan hati yang murni. Terima kasih cucuku!

Kasih sayang

Ketekunan

Kesyukuran

Ketabahan/kesabaran

Keikhlasan

74

MADU ILMU

7. unsur gaya bahasa:

Peristiwa Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. Hitam seperti malam! Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua Dengan berkemeja dan bertali leher, berjalan dengan gagah, malah lebih gagah daripada bangunan yang berada di depan matanya tika ini. Kuala Lumpur, wajahmu kadangkala mengelirukan mata tua, hati muda. . Paradoks Sinkof Simile

Gaya Bahasa

Personifikasi

8. (a) tiga pembahagian latar dan maksud: (i) Latar Masa (masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa) (ii) Latar tempat (tempat berlakunya peristiwa) (iii) Latar masyarakat (menggambarkan semua golongan dan aktiviti masyarakat)

(b) latar bagi peristiwadi bawah: (i) latar tempat (ii) latar masa (iii) latar masyarakat

75

MADU ILMU (iv) latar masyarakat (v) latar masa

Soalan esei:

1. -

seorang peminta sedekah (meminta sedekah melalui ihsan warga kota) Seorang yang penyayang (membesarkan Sumi dengan penuh kasih sayang) Mempunyai sifat bertanggung jawab (menjaga Sumi yang telah dibuang oleh manusia yang kejam di dalam tong sampah)

2. Binaan plot: Permulaan : Lelaki tua yang terpaksa mengemis di jalanan dan mengharap belas ihsan

daripada orang ramai untuk mencari rezeki demi menyambung kehidupannya.

Perkembangan:

76

MADU ILMU Lelaki tua mengeluh sendirian atas sikap pihak kerajaan yang tidak adil kerana telah menghalaunya dari rumahnya kerana hendak mendirikan pembangunan di kawasan tersebut.

Perumitan: Lelaki tua yang teringat tentang peristiwa lima tahun lepas dia menjumpai Sumi di dalam tong sampah dan dia bertanggungjawab menjaga Sumi seperti cucunya sendiri. Lelaki itu terpaksa bekerja keras untuk menyara hidupnya dan Sumi yang masih kecil.

Klimaks: Pihak kerajaan telah merobohkan gubuk-gubuk buruk yang menjadi rumah lelaki tua dan penghuni-penghuni yang lain selama ini. Lelaki tua cuba menyelamatkan Sumi sewaktu jentera merobohkan gubuk-gubuk tersebut menyebabkan lelaki tua hilang tenaga dan keupayaannya. Peleraian: Lelaki tua itu berasa sedih dan sayu kerana tempat tinggalnya telah dirobohkan. Akan tetapi, lelaki tua itu kembali bersemangat dan yakin bahawa rezeki Tuhan itu ada di mana-mana sahaja. 3. Pengajaran:

i. Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain, cth: datuk tua amat menyayangi Sumi walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah.

ii. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang telah dilakukan oleh kita, cth: datuk tua berasa bertanggungjawab untuk menyara Sumi dan lebih berusaha untuk menambahkan pendapatan.

77

MADU ILMU iii. Kita perlulah menghindarkan budaya yang tidak bermoral kerana budaya ini akan membawa kemusnahan, cth: terdapat segolongan manusia yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan dan sanggup membuang anak mereka.

iv. Kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama agar dapat memandu kita melalui kehidupan yang lebih sempurna, cth: datuk tua yang reda dengan ketentuan Ilahi walaupun kehidupannya sukar dan kehilangan tempat berteduh

v. Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan, cth: sewajarnya ada pihak-pihak tertentu yang membantu orang-orang yang senasib datuk tua dalam menjalani kehidupan.

78

MADU ILMU

CERPEN 5 : 1. TEMA

TAGUNG WITER GUNIK

Bertemakan perjuangan seorang atuk mempertahankan alat muzik tradisional yang semakin dilupakan akibat kemajuan teknologi dan permainan maya dalam komputer. Aku cuba menghidupkan semula alat muzik tradisional tagung kepada generasi muda kerana tagung merupakan budaya tinggalan leluhur mereka. Aku kecewa dengan sikap cucu-cucunya yang tidak menghargai alat muzik tradisional dan tidak menghormati orang tua tetapi menghabiskan masa yang banyak dengan permainan di komputer. 2. PERSOALAN (a) Persoalan tentang kepupusan penggunaan alat muzik tradisional akibat perubahan zaman. Contoh : Tagung yang dulu digunakan dalam majlis keramaian semakin dilupakan oleh generasi muda. (b) Persoalan tentang kesedaran untuk menghargai warisan kebudayaan tradisional. Contoh : Ito memilih untuk membuat kajian tentang penggunaan alat muzik tagung dalam kebudayaan masyarakat di Borneo. (c) Persoalan tentang keruntuhan nilai murni akibat kemajuan teknologi. Contoh : Cucucucu aku tidak mempedulikannya yang sedang mencari pemalu tagung kerana memberi perhatian kepada permainan komputer. (d) Persoalan tentang pertentangan pandangan generasi muda dengan generasi tua. Contoh : : Ursula berasa malu dan marah dengan sikap ayahnya yang ingin mempertahankan permainan tagung dalam Pesta Kaamatan. 3. WATAK DAN PERWATAKAN 79

MADU ILMU (a) AKU Ayah kepada Ursula. Berbangsa Kadazandusun. Isterinya Leona telah meninggal dunia setahun yang lalu. Mempunyai empat orang cucu. Selalu menghabiskan masa di buaian. Kecewa dengan sikap generasi baru yang tidak lagi berminat dengan warisan budaya leluhur mereka. Seorang penempa dan pemain tagung yang handal ketika zaman mudanya. Seorang yang gigih mempertahankan alat muzik tradisional. Contoh : Aku cuba menghidupkan semula muzik tradisional tagung dengan memasukkan acara paluan tagung ketika sambutan Pesta Kaamatan. Aku juga mencadangkan pemuda Kadazandusun yang hendak berkahwin hendaklah memenuhi syarat iaitu pandai memalu tagung dan menjadikan tagung sebagai barang hantaran. Seorang yang penyabar. Contoh : Aku bersabar dengan sikap anak dan cucucucunya yang tidak menghormati orang tua.

(b) URSULA Anak tunggal aku. Hasil perkahwinannya dengan David, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uji, Ito, Atom dan Atin. Mempunyai kelulusan ijazah dari universiti. Seorang yang mudah mempercayai cerita orang lain. Contoh : Dia mempercayai bulat-bulat cerita Annie berhubung dengan sikap ayahnya ketika mesyuarat. Seorang yang tidak menyokong perjuangan ayahnya. Contoh : Ursula tidak menyokong cadangan ayahnya untuk menghidupkan semula tagung di kalangan masyarakat Kadazandusun. (c) ITO Anak lelaki sulung Ursula dan David. Belajar di universiti luar negara. Balik ke kampung ketika cuti semester dan hendak mengkaji tagung.

80

MADU ILMU Seorang yang penyayang. Contoh : Ito sangat menyayangi adik-adiknya dan membeli permainan komputer yang diminati oleh mereka. Ito juga sangat menyayangi aku Seorang yang menghargai warisan bangsanya. Contoh : Ito membuat keputusan untuk mengkaji tagung sebagai satu warisan budaya. (d) ATIN DAN ATOM Anak-anak Ursula dan David. Belajar di sekolah menengah. Gemar bermain permainan di komputer. Tidak menghormati orang tua. Contoh : Mereka tidak mengendahkan pertanyaan aku dan asyik bermain komputer. 4. PLOT TEKNIK PLOT (a) MONOLOG Monolog antara watak dengan dirinya sendiri dalam cerpen ini ini berlaku semasa aku sibuk mencari tagung yang tak tahu di mana. (b) IMBAS KEMBALI Aku mengingat kembali kenanganya mersama Leona, mendiang isterinya yang begitu menghargai tagung (c) KONFLIK Wujud konflik antara aku dengan ahli mesyuarat kerana mereka menolak cadangan aku untuk menghidupkan semula tagung. (d) KEJUTAN Pembaca dikejutkan apabila Ito pemuda yang telah melanjutkan pengajian ke luar negara memberitahu bahawa dia mahu membuat kajian tentang tagung dalam suasana aku telah berputus harapan kerana semua orang menolak cadangannya. BINAAN PLOT (a) PERMULAAN

81

MADU ILMU Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa aku mencari tutuntung. Aku tidak dipedulikan oleh dua orang cucunya iaitu Atom dan Atin kerana mereka sibuk bermain permainan di komputer. (b) PERKEMBANGAN Pengarang mengembangkan cerita dengan kekecewaan aku dengan sikap cucu cucunya yang tidak acuh dengan tagung. Cucu-cucunya lebih gemar bermain komputer. Pengarang turut menggarap teknik imbasan kembali apabila aku teringat mendiang isterinya Leona ketika dia memainkan alat muzik tradisional tagung. Aku turut teringat peristiwa dia menghadiri mesyuarat sempena Pesta Kaamatan. Aku telah mencadangkan supaya tagung dijadikan hantaran perkahwinan dan dan lelaki harus pandai memalu tagung. Ahli mesyuarat salah anggap dengan cadangan aku dan ada di antaranya beranggapan aku cuba mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya. Konflik semakin rumit apabila aku bertikam lidah dengan anaknya Ursula. Ursula malu dengan tindakan bapanya ketika mesyuarat. (c) KLIMAKS Cerita ini mencapai klimaks apabila Ito pulang bercuti dari pengajiannya di luar negara dan menyatakan hasratnya untuk mengkaji tagung sebagai warisan kebudayaan di Borneo. (d) PELERAIAN Aku bersyukur kerana Ito cucunya menghargai tagung sebagai warisan kebudayaan leluhurnya. (e) PENGAKHIRAN Pengarang mengakhiri cerita dengan aku yang rasa bangga kerana masih ada yang menghargai tagung. 5. LATAR MASA Pengarang tidak menggunakan latar masa yang spesifik dalam cerpen ini. Namun, pengarang memberi gambaran kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini 82

MADU ILMU berkisar kepada persiapan kaum Kadazandusun untuk membuat persiapan sambutan Pesta Kaamatan. 6. LATAR TEMPAT (a) RUMAH URSULA Aku mencari tutuntung tetapi tidak diendahkan oleh Atom dan Atin yang asyik bermain komputer. Aku mencari Uji cucu perempuannya untuk bertanyakan tutuntung. Bagaimanapun, aku teringat Uji telah mengikut ibunya ke lapangan terbang menyambut kedatangan Ito dari luar luar negara. (b) DI BUAIAN Tempat aku selalu menghabiskan masanya dan mengimbas kembali kenangannya bersama dengan mendiang isterinya Ursula. (c) BALAI RAYA Tempat mesyuarat untuk membuat persiapan menyambut Pesta Kaamatan. Aku mencadangkan supaya tagung dihidupkan kembali. Pemuda kampung yang hendak berkahwin hendaklah pandai memalu tagung dan menjadikan tagung sebagai hantaran perkahwinan. Cadangan aku telah diselahertikan oleh ahli mesyuarat dan beranggapan aku hendak mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya. 7. LATAR MASYARAKAT (a) Masyarakat yang menghargai alat muzik tradisional Contoh : Aku begitu mencintai kesenian warisan tradisional dan mahu menghidupkannya semula. (b) Masyarakat muda yang masih meminati muzik tradisional. Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang menjadi warisan bangsanya. (c) Masyarakat yang suka kepada muzik moden. Contoh : Pesta Kaamatan dan majlis perkahwinan meminggirkan pertunjukan tagung kerana dianggap tidak menarik lagi. (d) Masyarakat semakin lalai dengan perkembangan computer

83

MADU ILMU Contoh : Cucu-cucu aku begitu berminat dengan permainan komputer dan tidak tertarik dengan permintaan akunya untuk permainan tagung. (e) Masyarakat yang tidak menghormati orang tua Contoh : Perbezaan pendapat antara aku dengan Ursula yang menentang cadangan ayahnya untuk menghidupkan permainan muzik tagung. Begitu juga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Atin dan Atom yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada aku 8. NILAI (a) Nilai kesabaran. Contoh : Aku sentiasa bersabar dengan kerenah cucunya Atin dan Atom yang tidak mengendahkannya. Dia juga bersabar dengan tindakan ahli mesyuarat yang salah anggap dengan cadangannya, begitu jugan dengan tindakan Ursula anaknya yang menentang tagung. (b) Nilai kegigihan. Contoh : Aku gigih mempertahankan tagung sebagai satu warisan bangsanya. (c) Nilai tanggungjawab. Contoh : Aku bertanggungjawab untuk mempertahankan tagung pupus di kalangan generasi muda. (d) Nilai menghargai. Contoh : Ito merupakan cucu aku yang masih menghargai tagung di Borneo. 9. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah sentiasa menghargai warisan yang melambangkan jati diri bangsa. Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang dimainkan oleh aku. (b) Kita hendaklah sentiasa menghormati orang tua dan tidak melukakan hati mereka. Contoh : Atin dan Atom sepatutnya menghormati aku walaupun sibuk bermain komputer (c) Kita perlulah belajar mewarisi permainan alat muzik tradisional bagi kesinambungan warisan budaya pada masa akan datang. Contoh : Mesyuarat Pesta Kaamatan sepatutnya menerima cadangan aku agar tagung dibudayakan semula di kampung mereka. 84 dengan tindakannya yang mahu membuat kajian tagung sebagai warisan budaya masyarakat daripada terus

MADU ILMU (d) Kita perlulah mencontohi perjuangan insan yang mempertahankan warisan budaya daripada pupus ditelan zaman. Contoh : Perjuangan dan kegigihan aku mempertahankan tagung harus dicontohi. (e) Kita perlu memanfaatkan masa depan dengan sebaik-baiknya dengan melakukan perkara yang mendatangkan faedah. Contoh : Perjuangan aku untuk menghidupkan kembali permainan tagung perlu diajar kepada generasi muda agar tidak hilang. 10. SUDUT PANDANGAN SUDUT PANDANGAN ORANG PERTAMA Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama dengan menggunakan watak aku. Pengarang memfokuskan keadaan perasaan dan fikiran watak utama. Gambaran ini diberikan secara terperinci berbanding dengan gambaran terhadap watak lain. Pengarang juga turut mengalhkan fokus kepada watak sampingan seperti Ursula, Ito juga Atin dan Atom. 11. GAYA BAHASA (a) Kata ganda. Contoh : kartun-kartun, mengangguk-angguk, bersama-sama (b) Sinkof. Contoh : ku, nak, ni (c) Simpulan bahasa. Contoh : membuang muka (d) Personifikasi. Contoh : Permainan computer itu telah menelan roh jasad kedua-dua cucu itu. (e) Metafora. Contoh : Jejarum tawa, bongkah kelu (f) Pemilihan diksi Bahasa Inggeris. Contoh : band, survey, (g) Pemilihan diksi bahasa Kadazandusun. Contoh : tagung, aki (h) Inversi Contoh : Berhartakan warisan budaya sebagai kekayaan, memang kejam amat. Seapatutnya amat kejam. 85

MADU ILMU

SOALAN STRUKUTUR 1. Berdasarkan cerpen Tagung, karya Witer Gunik; (a) Nyatakan tema cerpen. (b) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen. 2.

Aku menggeleng. Permainan komputer itu telah menelan roh dua jasad kedua-dua cucuku itu. Kedua-duanya masih belajar di menengah rendah. Nampaknya cuti pertengahan semester benar-benar nampak? (a) Siapakah Aku dalam cerpen ini? (b) Nyatakan persamaan watak kedua-dua cucu aku. (c) Apakah yang dicari oleh aku? (d) Nyatakan satu perwatakan aku. dimanfaatkan oleh kedua-duanya untuk bertualang di dunia maya itu Betul kamu berdua tidak

3.

Aku melepaskan keluhan berat, lalu aku membawa diri ke buaian. Buaian itu nampaknya teman tunggalku di rumah Ursula ini. Tentunya tidak begitu jika aku boleh memalu tagung ku di stor itu. Tetapi, ah, bagaimana untuk aku melakukan begitu jika tuntungnya tidak ada? Barangkali mereka menyembunyikan tutuntung itu. Entah. Bukankah mereka asyik membuang muka dengan cintaku ini.

(a) Apakah maksud monolog dalaman? (b) Berikan satu contoh monolog dalaman berdasarkan petikan di atas. 86

MADU ILMU

5.

Sekembali aku di rumah, aku dimarahi pula oleh Ursula. Tadi Annie, isteri Lekinson baru telefon, dia cerita macam-macam tentang ayah dalam mesyuarat itu!

(a) Di manakah aku pergi sebelum kembali ke rumah? (b) Apakah yang diceritakan oleh Annie kepada Ursula? 6. (a) Apakah maksud latar tempat? (b) Berikan dua contoh latar tempat dalam cerpen ini. (c) Berikan tiga contoh latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. 7. Kita hidupkan semula tagung! Aku mencadangkan. Aku tidak dapat membendung rasa tidak puas hatiku terhadap cadangan mereka yang mahu mengetepikan warisan budaya dalam sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini.

(a) Nyatakan nilai yang terdapat dalam dialog di atas. (b) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam dialog ini. 8. Berhartakan warisan budaya sebagai kekayaan, memang kejam amat. Seperti badut, aku ditusuk pedih jejarum tawa daripada cucu-cucuku apabila aku melepaskan kalimat geram. Tak seorang pun tahu?

(a) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan ini.

9.

...menyembunyikan senyuman, aku dilamar kesedaran, ya sekurangkurangnya walaupun hanya... ...Bukankah lalang sepadang selalu bermula dengan sekuman? 87

MADU ILMU

. (a) Kenalpasti sudut pandangan yang sesuai bagi petikan di atas. SOALAN ESEI 1. Berdasarkan cerpen Tagung, karya Witer Gunik; (a) Nyatakan tema cerpen ini. (b) Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. 2. Berdasarkan cerpen Tagung, karya Witer Gunik; (a) Jelaskan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. (b) Berikan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini. 3. Berdasarkan cerpen Tagung, karya Witer Gunik; (a) Nyatakan empat perumitan yang dihadapi oleh watak utama pada bahagian perkembangan. (b) Huraikan teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini.

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 1. Bertemakan perjuangan seorang atuk mempertahankan alat muzik tradisional yang semakin dilupakan akibat kemajuan teknologi dan permainan maya dalam komputer. Aku cuba menghidupkan semula alat muzik tradisional tagung kepada generasi muda kerana tagung merupakan budaya tinggalan leluhur mereka. Aku kecewa dengan sikap cucu-cucunya yang tidak menghormati orang tua tetapi menghabiskan masa yang banyak dengan permainan di komputer.

2. (a) (b)

Kita hendaklah mempertahankan alat muzik tradisional. Kita janganlah terlalu terpengaruh dengan kemajuan teknologi komputer. 88

MADU ILMU (c) Kita hendaklah saling bertolak ansur dalam membuat sebarang keputusan.

3. (a) (b) (c) (d) 4. (a) (b)

Atuk Suka bermain komputer Tagung Sabar dengan kerenah cucu-cucunya. Watak berkata-kata di dalam hati. Bukankah mereka asyik membuang muka dengan cintaku ini.

5. (a) (b)

Mesyuarat sambutan Pesta Kaamatan. Setiap lelaki yang ingin berkahwin wajib pandai memalu tagung dan menjadikan tagung sebagai syarat hantaran perkahwinan.

6. (a) (b) (c)

Tempat berlakunya sesuatu peristiwa (I) (II) (I) (II) (III) Di dalam rumah Ursula. Balai raya Masyarakat yang menghargai alat muzik tradisional Masyarakat yang menyukai permainan moden. Masyarakat yang menyukai muzik moden. Nilai kegigihan (I) (II) Kita hendaklah sentiasa menghargai warisan budaya. Kita hendaklah mencontohi perjuangan insan yang mempertahankan warisan.

7. (a) (b)

8.

(a)

(I) (II) (III)

Sinkof. Contoh : ku, tak Metafora. Contoh : jejarum tawa Inversi. Contoh : kejam amat, sepatutnya amat kejam

9.

Sudut pandangan orang pertama.

JAWAPAN 89

MADU ILMU SOALAN ESEI 1. (a) Cerpen ini bertemakan tentang perjuangan untuk mempertahankan muzik tradisional yang menjadi warisan bangsa yang semakin dilupakan akibat kemajuan teknologi komputer. Aku kecewa apabila anak dan cucu-cucunya tidak berminat lagi dengan permainan tagung kerana mereka lebih meminati permainan moden. (b) Persolan tentang kepupusan penggunaan alat muzik tradisional akibat perubahan zaman. Contoh : Tagung yang dulu digunakan dalam majlis keramaian semakin dilukan oleh generasi muda Persoalan kesedaran untuk menghargai warisan kesenian tradisional. Contoh : Ito memilih untuk membuat kajian tentang permainan tagung dalam kebudayaan masyarakat di Borneo. Persoalan tentang keruntuhan nilai murni akibat kemajuan teknologi. Contoh : Cucu-cucu aku tidak mempedulikannya yang sedang mencari tagung kerana memberi perhatian kepada permainan komputer. Persoalan tentang pandangan generasi muda dengan generasi tua. Contoh : Ursula berasa malu dan marah dengan kedegilan ayahnya yang ingin mempertahankan permainan tagung dalam Pesta Kaamatan. Contoh : Tagung yang dulu digunakan dalam majlis keramaian. 2. (a) Masyarakat yang menghargai alat muzik tradisional Contoh : Aku begitu mencintai kesenian warisan tradisional dan mahu menghidupkannya semula tagung. Masyarakat muda yang masih meminati muzik tradisional. Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang menjadi warisan bangsanya. Masyarakat yang suka kepada muzik moden. Contoh : Pesta Kaamatan dan majlis perkahwinan meminggirkan pertunjukan tagung kerana dianggap tidak menarik lagi. Masyarakat semakin lalai dengan perkembangan komputer

90

MADU ILMU Contoh : Cucu-cucu aku begitu berminat dengan permainan komputer dan tidak tertarik dengan permintaan akunya untuk permainan tagung. Masyarakat yang tidak menghormati orang tua. Contoh : Perbezaan pendapat antara aku dengan Ursula yang menentang cadangan ayahnya untuk menghidupkan permainan muzik tagung. Begitu juga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Atin dan Atom yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada aku. Masyarakat yang tidak menghormati orang tua Contoh : perbezaan pendapat antara aku dengan Ursula yang menentang cadangan ayahnya untuk menghidupkan permainan muzik tagung. (b) Kita hendaklah sentiasa menghargai warisan yang melambangkan jati diri bangsa. Contoh : Ito mahu membuat kajian tentang tagung yang dimainkan oleh aku. Kita hendaklah sentiasa menghormati orang tua dan tidak melukakan hati mereka. Contoh : Atin dan Atom sepatutnya menghormati aku walaupun sibuk bermain komputer. Kita perlulah belajar mewarisi permainan alat muzik tradisional bagi kesinambungan warisan budaya pada masa akan datang. Contoh : Mesyuarat Pesta Kaamatan sepatutnya menerima cadangan aku agar tagung dibudayakan semula di kampung mereka. Kita perlulah mencontohi perjuangan insan yang mempertahankan warisan budaya daripada pupus ditelan zaman. Contoh : Perjuangan dan kegigihan aku mempertahankan tagung harus dicontohi. Kita perlu memanfaatkan masa depan dengan sebaik-baiknya dengan melakukan perkara yang mendatangkan faedah. Contoh : Perjuangan aku untuk menghidupkan kembali permainan tagung perlu diajar kepada generasi muda agar tidak hilang.

91

MADU ILMU 3. (a) Cucu-cucunya tidak berminat lagi dengan permainan tagung dan lebih suka bermain komputer. Permainan tagung terpaksa bersaing dengan muzik moden seperti band. Permintaan supaya tagung dihidupkan semula dalam masyarakat ditolak mentah-mentah oleh semua ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat beranggapan atuk cuba mengambil kesempatan untuk membuat tagung. Anaknya sendiri menentang persembahan tagung dalam pesta keamatan kerana dianggap untuk simpanan muzium sahaja. (b) Permulaan. Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa aku mencari tutuntung. Aku tidak dipedulikan oleh dua orang cucunya iaitu Atom dan Atin kerana mereka sibuk bermain permainan di komputer. Perkembangan. Pengarang mengembangkan cerita dengan kekecewaan aku dengan sikap cucu cucunya yang tidak acuh dengan tagung. Cucu-cucunya lebih gemar bermain komputer. Pengarang turut menggarap teknik imbasan kembali apabila aku teringat mendiang isterinya Leona ketika dia memainkan alat muzik tradisional tagung. Aku turut teringat peristiwa dia menghadiri mesyuarat sempena Pesta Kaamatan. Aku telah mencadangkan supaya tagung dijadikan hantaran perkahwinan dan dan lelaki harus pandai memalu tagung. Ahli mesyuarat salah anggap dengan cadangan aku dan ada di antaranya beranggapan aku cuba mengaut keuntungan hasil daripada cadangannya. Konflik semakin rumit apabila aku bertikam lidah dengan anaknya Ursula. Ursula malu dengan tindakan bapanya ketika mesyuarat.

92

MADU ILMU Cerita ini mencapai klimaks apabila Ito pulang bercuti dari pengajiannya di luar negara dan menyatakan hasratnya untuk mengkaji tagung sebagai warisan kebudayaan di Borneo. Peleraian. Aku bersyukur kerana Ito cucunya menghargai tagung sebagai warisan kebudayaan leluhurnya. Pengakhiran Pengarang mengakhiri cerita dengan aku yang rasa bangga kerana masih ada yang menghargai tagung.

93

MADU ILMU CERPEN 6 : SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM HASAN ALI

94

MADU ILMU TEMA: Mengisahkan tentang dukun Pak Badin yang berupaya mengemukakan idea bernas untuk mengubati pelbagai sindrom penyakit yang melanda masyarakat seluruh dunia pada hari ini. PERSOALAN: Persoalan keruntuhan jati diri dalam kalangan masyarakat. Persoalan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Persoalan pengaruh budaya barat. Watak dan Perwatakan Utama (Pak Badin) dukun berbangsa Melayu Seorang yang penyayang terhadap bangsanya mempunyai nilai jati diri Melayu yang kuat. Seorang yang beriman Seorang yang cerdik. SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan orang ketiga terbatas

TEKNIK PLOT: 1)Imbas Kembali demikian Pak Badin mengingat-ingat. 2)Dialog -Silakan, pak dukun Pengerusi mengangguk. LATAR: latar masa -waktu malam iaitu ketika solat Tahajud. SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM latar tempat - dewan persidangan - kampong -Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. latar masyarakat - masyarakat Melayu yang bijaksana . -masyarakat yang mudah terpengaruh dengan kebudayaan barat. NILAI: -Masyarakat yang - Nilai angkuh. bertanggungjawab -masyasrakat yang terhadap masyarakat. beriman - Nilai kasih sayang kepada masyarakat. - Nilai keadilan.

GAYABAHASA Diksi - bahasa Arab seperti zakat,nisab,haul, tahajud. Simile - peserta sidang kelihatan macam rupa mayat Repetasi - Ya,ya, fikiran berlian Sinkope - Tapi dengan bahasa Malaysia saja.

PENGAJARAN: Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai ketua dengan adil Kita hendaklah menyelesaikan masalah dengan bijaksana Kita mestilah menghindari diri kita daripada unsur negatif Kita mestilah berpegang teguh dengan ajaran agama. 95

MADU ILMU SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM 1. Memang bahasa Inggeris jadi bahasa kebangsaan dunia,tentunya dia terasa rendah kalau masih memerap dengan dunia bahasa Malaysia,demikian Pak Badin mengingatingat. Dipetik daripada cerpen Sidang Para Dukun Dan Sindrom a) Nyatakan satu teknik plot yang digunakan oleh penulis dalam petikan di atas. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ b) Berikan dua persoalan yang diperoleh daripada cerpen tersebut. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 2. Rupa-rupanya kerja dukun ini ada di mana-mana. Kata Pak Badin menyangkut suatu kemegahan dalam dirinya. Dipetik daripada cerpen Sidang Para Dukun Dan Sindrom a) Siapakah nama penutur dialog di atas. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ b) Berikan dua contoh latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 3. Lengkapkan jadual di bawah dengan gaya bahasa yang sesuai.

96

MADU ILMU

Petikan Peserta sidang senyap sekejap seperti mencari fikiran Ya, ya, fikiran berlian Tapi dengan bahasa Malaysia saja, tuan pengerusi, kata Pak Bidin sambil melihat keliling.

Gaya bahasa

4.

Pada malamnya, Pak Badin melakukan solat Tahajud, memohon kepada Tuhan Yang Maha Kuasa,merahmatkan suatu formula bagi mengubat sindrom-sindrom di tanah airnya! Dipetik daripada cerpen Sidang Para Dukun Dan Sindrom

a) Berikan satu perwatakan Pak Badin berdasarkan petikan dan satu berdasarkan dalam cerpen. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ b) Apakah sindrom yang berlaku di tanah air Pak Badin? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

SOALAN ESEI

1. Berdasarkan cerpen Sidang Para Dukun dan Sindrom karya Hasan Ali: a) Huraikan tema bagi cerpen tersebut.

97

MADU ILMU b) Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. c) Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

2. Berdasarkan cerpen Sidang Para Dukun dan Sindrom karya Hasan Ali: a) Huraikan lima gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. b) Huraikan lima nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini. JAWAPAN CERPEN SIDANG PARA DUKUN DAN SINDROM Soalan Struktur 1 a) Teknik Imbas Kembali

b) - Kemerosotan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat. - Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara. 2 a) Pak Badin b) Dewan Persidangan , Kampung Pak Badin 3 a) - Simile - Repetisi - Sinkope 4 a) Seorang yang beriman 4 b) Sindrom mengagungkan budaya barat

Soalan Esei 1a) Tema

98

MADU ILMU Mengisahkan Dukun Pak Badin yang berupaya mengemukakan idea bernas untuk mengubati pelbagai sindrom penyakit yang melanda masyarakat seluruh dunia. Contohnya dukun Pak Badin telah menjadi perhatian manusia seluruh dunia kerana kejayaannya menyelesaikan beberapa jenis sindrom yang telah melanda umat manusia pada abad ke-21.

b) Tiga persoalan ialah: c) Persoalan pengaruh budaya barat. Contohnya pengaruh bahasa inggeris dalam pertuturan Bahasa Melayu Persoalan kemerosotan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat. Contohnya Abdul Khalis merupakan watak yang melambangkan masyarakat yang merosot nilai jati diri hingga malu untuk berbahasa Melayu. Persoalan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara. Contohnya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Lima pengajaran 2 a) Kita mestilah memegang tanggungjawab dan amanah sebagai ketua dengan adil agar tidak menimbulkan sebarang persengketaan. Kita mestilah menyelesaikan sesuatu masalah dengan jalan penyelesaian yang betul. Kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama agar dapat memberi panduan kea rah kehidupan yang sempurna. Kita haruslah menghindarkan diri daripada unsur-unsur luar yang tidak memberi manfaat kepada bahasa dan bangsa. Kita haruslah mempunyai semangat sayang akan bangsa dan berusaha mempertahankannya. Lima gambaran masyarakat. Masyarakat Melayu yang bijaksana. Contohnya Dukun Pak Badin melambangkan masyarakat Melayu yang bijaksana dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat negara luar. Masyarakat yang mudah terpengaruh kepada nilai barat. Contohnya Abdul Khalis mudah terpengaruh dengan budaya barat sehingga malu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. 99

MADU ILMU Masyarakat yang angkuh dan bodoh sombong. Contohnya ketua satu yang menjadi Tuk Sidang kampung tidak mahu menerima cadangan yang baik daripada Pak Badin untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat di kampung Melayu. Masyarakat yang mempunyai pelbagai masalah. Contohnya pelbagai masalah diutarakan sewaktu menghadiri suatu seminar yang terbesar Kelab dukun Dunia. Masyarakat yang gigih berusaha. Contohnya Pak Badin gigih memohon kepada Tuhan agar diberikan formula untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakatnya. Masyarakat yang tidak mudah berputus asa. Contohnya Pak Badin berusaha memberikan formula untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakatnya. b) Lima nilai murni Nilai bertanggungjawab Pak Badin mempunyai nilai bertanggungjawab yang tinggi untuk menyelesaikan masalah dengan memberi pendekatan yang terbaik. Nilai kasih sayang Pak Badin sayang kepada masyarakatnya dengan sanggup mempertahankan tindakannya dengan penuh dengan adat dan budaya selari dengan kehendak agama. Nilai keadilan Pak Badin memberikan jalan penyelesaian yang wajar dengan masalah yang terdapat di negara para dukun yang lain. Nilai amanah Pak Badin amanah menjalankan tugasnya sebagai dukun. Nilai Cinta akan bangsa Pak Badin mempunyai nilai jati diri Melayu dan pegangan agama yang kuat

100

MADU ILMU

CERPEN 7:

RINDU TANAH MALAYA HASHIM LATIFF

1. PERSOALAN 2. WATAK DAN PERWATAKAN 3. PLOT 4. LATAR MASA 5. LATAR TEMPAT 6. LATAR MASYARAKAT 7. NILAI

101

MADU ILMU 8. PENGAJARAN 9. SUDUT PANDANGAN 10. GAYA BAHASA 11. GAYA BAHASA TEMA PERSOALAN - Persoalan ketabahan mengharungi hidup. - Persoalan semangat kejiranan

Bertemakan sekumpulan SOALAN pelajar Akademik Seni Kebangsaan yang menghabiskan musim cuti dengan melakukan lawatan kebajikan ke wilayah Sulu Filipina SUDUT PANDANGAN CERPEN 8 : Orang pertama

- Persoalan kasih-sayang dalam AMALIA FAUZA BOHARI DI BAWAH LANGIT TAKUT-TAKUT PENGAJARAN keluarga. Kita hendaklah prihatin -persoalan keikhlasan dengan penderitaan masyarakat yang dilanda peperangan Kita hendaklah bersyukur berada di negara yang sentiasa aman dan damai LATAR MASA Waktu tengah hari Waktu petang LATAR TEMPAT Kampung air Barangay Takut-takut Di rumah Rini Bandar Cotabato Kedai Koperasi ibu Bariah LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang tabah. Masyarakat yang prihatin Masyarakat yang penyayang TEKNIK PLOT

DI BAWAH LANGIT TAKUTTAKUT


NILAI Nilai keprihatinan Nilai keinsafan Nilai ketabahan Nilai kasih sayang WATAK Nilai kegigihan Nazim -pelajar jurusan teater. -Seorang yang ikhlas Ardani -pelajar jurusan kreatif -seorang yang ikhlas AMALIA FAUZA BOHARI

- Dailog , Contoh Baik-baik Dani. Memang ini saja.. 102 - Imbas Kembali. Contoh aku terkenangkan katakata - Pemerian, Contoh. Barangay Takut-Takut

- pemberita media -Seorang yang prihatin MADU ILMU

SOALAN STRUKTUR

1.

Dulu kehidupan mak cik sekeluarga susah. Kami terpaksa lari masuk hutan kerana sering diburu tentera kerajaan. Masa itu kalau mahu terus tinggal di Bandar pun kami bimbangkan serangan mengejut pihak tentera. Hidup kami sejak dulu lagi tak pernah senang. Jika ada suami pun masih terasa payahnya meneruskan hidup dan menyara anak-anak yang masih kecil dan ramai pula. Apatah lagi kebanyakan wanita di sini tak ada asas kemahiran hidup, Dipetak daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-Takut

a)

Siapakah mak cik dalam petikan di atas? ___________________________________________________________________

b)

Nyatakan teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang.

103

MADU ILMU ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ Di mana latar tempat peristiwa di atas? ___________________________________________________________________ c) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ d) Mengapa mereka diburu oleh tentera kerajaan? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 2. Berdasarkan kepada cerpen Di bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari: a) Senaraikan tiga persoalan ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

b)

Nyatakan tiga nilai kemanusiaan ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

c)

Nyatakan lima latar masyarakat

104

MADU ILMU ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 3. Berdasarkan kepada cerpen Di bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari: a) Nyatakan tema bagi cerpen tersebut. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

b)

Senaraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerpen tersebut. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

SOALAN ESEI 1. Berdasarkan cerpen Di bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari: a) b) Bincangkan perwatakan Rini. Jelaskan citra masyarakat dalam cerpen ini.

2.

Berdasarkan kepada cerpen Di bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari: a) b) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. Jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerpen tersebut.

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 1. a) Ibu Bariah b) teknik imbas kembali c) Bandar Cotabato d) - pengulangan kata kami 105

MADU ILMU - sinkope-tak - Kata ganda- anak-anak e) Kerana mereka mengadakan pemberontakan untuk menuntut wilayah autonomi daripada kerajaan Filipina 2. a) b) c) Masyarakat yang tabah Masyarakat yang prihatin Masyarakat yang penyayang Nilai keprihatinan Nilai keinsafan Nilai ketabahan Persoalan ketabahan mengharungi hidup Persoalan semangat kejiranan Persoalan kasih-sayang dalam keluarga.

3. a) Bertemakan sekumpulan pelajar Akademik Seni Kebangsaan yang menghabiskan musim cuti dengan melakukan lawatan kebajikan ke wilayah Sulu Filipina b) Kampung air Barangay Takut-takut Di rumah Rini Bandar Cotabato Kedai Koperasi ibu Bariah

JAWAPAN SOALAN ESEI 106

MADU ILMU 1. a) Rini merupakan anak sulung daripada enam beradik Anak yatim. Contoh, telah kematian ayah akibat peperangan Seorang yang pendiam. Contoh, dia hanya berdiam diri ketika bertemu rombongan sukarelawan dari Malaysia Seorang yang peramah. Contoh, dia mudah mesra dan tidak segan silu untuk menceritakan tentang keperitan dan tekanan hidupnya akibat peperangan Seorang yang bercita-cita tinggi. Contohnya, dia bercita-cita menjadi doktor setelah kematian adik bongsunya sarah akibat penyakit kolera Seorang yang penyayang. Contohnya Rini sangat menyayangi adik-adiknya.

b) -

Masyarakat yang tabah. Contoh Masyarakat Moro tabah menjalani kehidupan yang penuh dengan peperangan

Masyarakat yang prihatin. Contoh sukarelawan Malaysia mengagihkan pakaian kepada mangsa perang Masyarakat yang penyayang. Contoh Rini menyayangi adik-adiknya Masyarakat yang gigih mencari rezeki. Contoh kanak-kanak Moro melakukan apa saja untuk mencari rezeki Masyarakat yang ikhlas. Contoh Adriani dan sahabatnya pergi ke Filipina untuk menyampaikan sumbangan dengan penuh ikhlas

2. (a)

Persoalan ketabahan. Contohnya, Rini begitu tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidupnya yang serba daif dan kekurangan Persoalan keberanian. Contohnya, Nazim begitu berani ke Barangay Takut-Takut walaupun kawasan tersebut sering dilanda peperangan. Persoalan kesengsaraan. Rini dan keluarganya terpaksa hidup dalam keadaan sengsara dan serba daif selepas kematian ayahnya. Persoalan keikhlasan. Nazim dan kawan-kawannya begitu ikhlas menjadi sukarelawan untuk mengagihkan koleksi pakaian kepada penduduk di Barangay Takut-Takut.

2. (b) 107

MADU ILMU Kampung air keluarganya Di rumah Rini. Nazim dan Ardani menemubual Rini Bandar Cotabato. Ardani bertemu dengan Ibu Bariah iaitu seorang penyelia di Yayasan Wanita Bangsa Moro Kedai Koperasi ibu Bariah. Tempat Ibu Bariah bekerja sebagai penyelia Barangay Takut-takut. Contohnya, tempat tinggal Rini dan

CERPEN 9 : 1. TEMA

BAGAI HEMBUSAN BAYU SENJA JURI DURABI

Bertemakan percintaan yang terhalang disebabkan berlainan agama. Perhubungan Juliani dan Hardi terputus kerana dihalang oleh ibubapa juliani tidak bersetuju dia berkahwin dengan hardi yang berlainan agama dengannya. 2. PERSOALAN (a) Persoalan tentang ketaatan seorang anak kepada ibubapanya. Contoh : Perhubungan Juliani dan Hardi terputus kerana dihalang oleh ibubapa Juliani yang tidak bersetuju dia berkahwin dengan Hardi yang berlainan agama dengannya. Juliani akur dengan permintaan ibu dan bapanya. (b) Persoalan tentang sikap menghormati ibu bapa. Contoh : Juliani menghormati permintaan ibu dan bapanya untuk memutuskan perhubungan dengan Hardi dan sanggup dipindahkan tempat bekerja. (c) Persoalan tentang persahabatan. Contoh : Aziah adik Hardi telah menjalinkan persahabatan dengan Juliani sejak dari zaman persekolahan hinggalah mereka bekerja. (d) Persoalan tentang kekecewaan. Contoh : Hardi begitu kecewa dengan pemergian Juliani dan putusnya cinta antara merkeka. (e) Persoalan tentang kasih sayang. Contoh : Ikatan kasih sayang antara Hardi dan Juliani telah berputik semenjak pertemuan pertama mereka. Walaupun telah berpisah dan berjauhan, Juliani masih menyayangi Hardi. (f) Persoalan tentang sikap yang tidak mahu membelakangkan keluarga. 108

MADU ILMU Contoh : Juliani tidak bersetuju dengan cadangan Hardi untuk membawanya kahwin lari.

3. WATAK DAN PERWATAKAN (a) JULIANI Seorang gadis berbangsa Kadazan. Beragama Kristian. Bersahabat dengan Aziah adik Hardi sejak zaman persekolahan sehinggalah mereka bekerja di tempat yang sama iaitu Jabatan Pendaftaran negara. Bermuka bujur sirih, kulit kuning langsat, lesung pipit di pipi, berambut panjang ke paras bahu. Seorang yang tidak mahu membelakangkan ibu bapa. Contoh : cadangan Hardi untuk kahwin lari. Seorang yang mengagumi agama Islam. Contoh : Surat Juliani kepada Hardi menyatakan bahawa agama Islam boleh membawa insan ke arah kesejahteraan hidup. Seorang yang mentaati ibu bapa. Contoh : Juliani akur dengan permintaan ibu dan bapanya supaya memutuskan perhubungan dengan Hardi. (b) HARDI Pemuda Melayu. Beragama Islam. Mempunyai fizikal yang tinggi lampai. Mempunyai seorang adik bernama Aziah. Telahpun bekerja. Seorang yang sangat menyayangi Juliani. Seorang yang sanggup membelakangkan keluarga. Contoh : Hardi mengajak Juliani kahwin lari. Terpaksa berhadapan dengan kekecewaan dalam hidupnya disebabkan percintaan yang terhalang. Menolak

4. PLOT

109

MADU ILMU TEKNIK PLOT (a) IMBAS KEMBALI Hardi mengingat kembali detik-detik pertemuannya dengan Juliani yang akhirnya membibitkan perasaan cinta. Bagaimanapun, percintaan mereka hanya separuh jalan disebabkan ibu bapa Juliani menghalang perhubungan mereka. Hardi terpaksa berhadapan dengan kekecewaan. (b) MONOLOG LUARAN Contoh : Oh Julie, kau pergi jua rupanya! Sekarang aku sedar bahawa selama ini aku hanya membina istana di atas pasir. Aku hanya mengejar bebayangku sendiri, keluh hardi dalam-dalam sambil menumpukan pandangan ke arah laut yang sentiasa terbentang luas. (c) DIALOG Contoh : Sanggupkah Julie mengikutku? Tiba-tiba Hardi memecah keheningan suasana yang sejak tadi sunyi tanpa suara. Ke mana? Juliani menjadi kaget.

(d) PEMERIAN Contoh : Dan, kini Hardi merasakan bahawa bayu tidak berpuput lagi. Laut kematian irama. Bulan di dada langit berlindung di balik mega, semacam ketawa mengiringi keretakan cinta antara Hardi dengan Juliani. Hardi juga merasakan bahawa cinta juliani terhadapnya hanya bagai hembusan bayu senja.

(e) SURAT KIRIMAN Contoh : Salam rinduku untukmu, sesungguhnya tiada apa-apa yang dapat aku persembahkan buatmu selain doa bersama airmata buat mengiringi sebuah perjalanan dan kembara cinta yang retak. 110

MADU ILMU

Sekian, buatmu. Daripadaku, Julie.

BINAAN PLOT (a) PERMULAAN Pengarang memulakan cerita dengan peristiwa Hardi berjalan-jalan di tepi pantai seorang diri. Pengarang menggunakan teknik imbas kembali dengan perisitiwa Hardi terkenang bermulanya perkenalan di antara dia dan Juliani. Aziah adiknya telah mengajak Juliani berkunjung ke rumahnya. Hasil dari pertemuan itu, hubungan mereka semakin intim dan membibitkan perasaan kasih sayang.

(b) PERKEMBANGAN Pengarang mengembangkan cerita dengan peristiwa perhubungan Hardi dan Juliani berjalan lancar pada mulanya. Berputik kegusaran di hati Hardi kerana takut perhubungan mereka akan dihalang oleh keluarga Juliani disebabkan perbezaan agama. Hardi telah mengajak Juliani kahwin lari. Bagaimanapun, Juliani tidak mahu mereka membelakangkan keluarga dan meminta Hardi bersabar. Juliani telah menghilangkan diri tanpa khabar berita dan Hardi berasa risau.

(c) KLIMAKS Cerita ini mencapai klimak apabila Hardi menerima surat daripada Juliani.

111

MADU ILMU Juliani menyatakan kesediaannya untuk memeluk agama Islam dan dia sangat mencintai Hardi. Bagaimanpun, dia terpaksa akur dengan permintaan ibu dan bapanya untuk memutuskan perhubungan mereka dan berpindah tempat bekerja.

(d) PELERAIAN Hardi mengeluh seorang diri di tepi pantai mengenang kembali perhubungan separuh jalan antaranya dengan Juliani .

(e) PENGAKHIRAN Pengarang mengahiri cerita dengan kekecewaan Hardi dan dia terpaksa akur dengan takdirnya.

5. LATAR MASA (a) SENJA Hardi menyusuri pantai seorang diri sambil berjalan mundar-mandir. Hari semakin gelap dan kelihatan jalur merah di celah tompokan awan. Ketika itu, Hardi teringat perkenalannya dengan Juliani. (b) MALAM Hardi bertemu dengan Juliani di tepi pantai dan mengajak Juliani kahwin lari. Juliani gementar dengar permintaan Hardi. (c) TIGA BULAN Hardi resah kerana sudah tiga bulan tidak bertemu dengan Juliani mahupun mendengar khabar berita daripadanya. (d) ZAMAN MODEN

112

MADU ILMU Pengarang menggunakan latar zaman moden dengan kewujudan panggung wayang dan kehadiran para pelancong dari luar negara ke Pulau Singgah Mata.

6. LATAR TEMPAT (a) TEPI PANTAI Hardi berjalan mundar-mandi di tepi pantai dan teringat perkenalanya dengan Juliani. Hardi dan Juliani bertemu di tepi pantai pada satu malam yang disinari bulan dan Hardi mengajak Juliani kahwin lari.

(b) RUANG TAMU RUMAH HARDI Tempat bermulanya perkenalan antara Hardi dan Juliani ketika Aziah adiknya mengajak Juliani berkunjung ke rumah abangnya.

(c) PULAU SINGGAH MATA Pulau yang bertentangan dengan pantai yang selalu dikunjungi oleh Hardi dan Juliani. Pulau tersebut merupakan tempat tumpuan pelancong luar negeri disebabkan kecantikan panoramanya.

7. LATAR MASYARAKAT (a) Masyarakat yang mentaati orang tua. Contoh : Juliani akur dengan kehendak ibu dan bapanya supaya memutuskan perhubungan dengan Hardi. (b) Masyarakat yang menjalinkan persahabatan walaupun berlainan agama. Contoh : Aziah dan Juliani bersahabat dan menjadi kawan rapat sejak dari bangku sekolah sehinggalah ketika mereka sudah bekerja walaupun mereka berlainan agama.

113

MADU ILMU (c) Masyarakat yang berlainan agama, tetapi saling mencintai antara satu sama lain. Contoh : Hardi dan Juliani telah menjalinkan hubungan cinta walaupun mereka berlainan agama dan kepercayaan. (d) Masyarakat yang tegas dengan pendirian. Contoh : Juliani tegas dengan pendiriannya yang tidak mahu dia dan Hardi kahwin lari dan membelakangkan keluarga.

8. NILAI (a) Nilai kasih sayang. Contoh : Perasaan kasih sayang telah terjalin antara Hardi dan Juliani walaupun berlainan agama. (b) Nilai hormat-menghormati. Contoh : Aziah dan Juliani saling hormat menghormati walau pun berlainan agama sehingga persahabatan mereka berkekalan dari bangku sekolah hingga kea lam pekerjaan. (c) Nilai ketaatan. Contoh : Juliani taat dengan permintaan ibu dan bapanya supaya berpisah dengan Hardi.

9. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah menanamkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan kepercayaan. (b) Kita mestilah tabah dalam menghadapi cabaran hidup dan berhadaan dengan kekecewaan. (c) Kita mestilah menghormati keputusan ibu bapa dan mentaati mereka. (d) Kita janganlah membelakangkan keluarga dalam membuat sesuatu keputusan. (e) Kita hendaklah mementingkan hubungan kekeluargaan.

10. SUDUT PANDANGAN

114

MADU ILMU Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga dengan memfokuskan kepada watak Hardi. Pengarang dapat member gambaran fizikal dan perasaan Hardi. Pengarang turut memfokuskan watak Juliani dan Aziah dalam cerita ini.

11. GAYA BAHASA (a) Kata ganda. Contoh : tiba-tiba, mundar-mandir, berkobar-kobar (b) Simile. Contoh : Bulan di dada langit berlindung di balik mega, semacam ketawa mengiringi keretakan cinta antara hardi dengan Juliani. (c) Sinkof. Contoh : nak, ni, jua, ku (d) Simpulan bahasa. Contoh : mati akal, menconteng arang di maua (e) Personifikasi. Contoh : Rambut Juliani yang panjang hingga paras bahu itu menari-nari ditiup angin. (f) Repitisi perkataan. Contoh : Hari demi hari perkenalan Hardi dan Juliani semakin mesra, hingga akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara kedua-dua insan yang berlainan agama itu. (g) Hiperbola. Contoh : Deruan ombak yang sesekali menghempas dan menghanyutkan pasir-pasir yang amat setia diperlakukan begitu kejam oleh sang ombak yang tidak mengenal belas kasihan itu. (h) Ayat pendek. Contoh : Sekusut-kusutnya 115

MADU ILMU (i) Ayat panjang. Contoh : Salam rinduku untukmu, sesungguhnya tiada apa-apa yang dapat aku

persembahkan buatmu selain doa bersama airmata buat mengiringi sebuah perjalanan dan kembara cinta yang retak.

CERPEN BAGAI HEMBUSAN BAYU SENJA (JURI DURABI) SOALAN STRUKTUR 1. Hari demi hari perkenalan Hardi dan Juliani semakin mesra, hingga akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara kedua-dua insan yang berlainan agama itu. Dan, perkenalan mereka tidak berakhir begitu saja, bahkan mereka sudah pernah berjalan berdua-duaan.

(a) Nyatakan gaya bahasa dalam petikan di atas. (b) Apakah kesudahan percintaan Hardi dan Juliani? 2. Berdasarkan contoh dalam jadual dibawah, nyatakan teknik penceritaan yang digunakan. Contoh Teknik penceritaan

116

MADU ILMU

(a) Hardi teringat perkenalannya dengan Juliani. (b) Oh Julie, kau pergi jua rupanya! Sekarang aku sedar bahawa selama ini aku hanya membina istana di atas pasir. Aku hanya mengejar bebayangku sendiri, keluh hardi dalam-dalam sambil menumpukan pandangan ke arah laut yang sentiasa terbentang luas . (c) Sanggupkah Julie mengikutku? Tiba-tiba Hardi memecah keheningan suasana yang sejak tadi sunyi tanpa suara. Ke mana? Juliani menjadi kaget. (d) Hati Juliani tiba-tiba jadi gementar. Gementar bukan alangkepalang. SOALAN ESEI 1. Berdasarkan cerpen Bagai Hembusan Bayu Pagi, karya Juri Durabi; (a) Huraikan nilai yang terdapat dalam cerpen. (b) Jelaskan mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam cerpen Bagai Hembusan Bayu senja.

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 1. (a) Pengulangan kata. Contoh : hari Ayat panjang. Contoh : Hari demi hari perkenalan Hardi dan Juliani semakin mesra, hingga akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta antara kedua-dua insan yang berlainan agama itu. Kata ganda. Bontoh : bibit-bibit (b) Percintaan antara Hardi dan Juliani berakhir dengan perpisahan. 2. (a) Imbas kembali (b) Monolog luaran (c) Dialog (d) Pemerian JAWAPAN SOALAN ESEI 1. (a) Nilai kasih sayang. Contoh : Juliani dan Hardi saling sayang menyayangi antara satu sama lain. 117

MADU ILMU

Nilai ketaatan. Contoh : Juliani taat kepada ibubapanya dan sanggup memutuskan hubungan dengan Hardi. Nilai hormat-menghormati. Contoh : Aziah dan Juliani merupakan kawan rapat dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

(b) Kita hendaklah menanamkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan kepercayaan.

Kita mestilah tabah dalam menghadapi cabaran hidup dan berhadaan dengan kekecewaan.

Kita mestilah menghormati keputusan ibu bapa dan mentaati mereka.

Kita janganlah membelakangkan keluarga dalam membuat sesuatu keputusan.

Kita hendaklah mementingkan hubungan kekeluargaan.

118

MADU ILMU

119

You might also like