You are on page 1of 2

Laporan Ceramah Ceramah yang dianjurkan oleh guru pelatih Program Pensiswazahan Guru semester 4 untuk Program Bina

Insan Guru II telah berjaya diadakan pada 11 Mac 2013. Ceramah itu bertempat di dewan SJK ( C ) Yik Chiao Bukit Pelandok. Ceramah bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.30 petang. Penceramah yang diundang ialah Dr Lim Boon Kiong dari A Zon Educare Advisory . Ceramah ini telah disertai guru seramai 30 orang dari sekolah ini dan undangan guru dari sekolah lain. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh Dr Lim Boon Kiong ialah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisma. Ceramah ini telah membawa banyak informasi yang amat berguna kepada guru yang hadir pada hari itu. Dr Lim merupakan penceramah yang amat berjaya kerana guru-guru termasuk pensyarah pembimbing yang hadir untuk ceramah ini tertarik dengan cara penyampaian ceramah beliau. Beliau banyak mendedahkan ciriciri yang ada pada seseorang guru semasa memberi layanan kepada murid- murid. Sebagai seorang guru, sifat-sifat yang ada pada guru tersebut seharusnya peramah dan mudah didampingi murid- murid. Guru juga perlu sentiasa menghayati kebolehan dan kebakatan yang ada pada murid- murid. Ini kerana potensi setiap murid berbeza, ada di antara mereka mungkin tidak berminat untuk belajar, tetapi menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang sukan dan permainan. Oleh itu, guru harus membantu mereka mencari minat mereka yang tersirat agar mereka berasa seronok untuk belajar. Guru juga perlu peka bahawa sifat dan perangai setiap murid adalah berbeza. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya membuat perbandingan antara muridmurid dan sentiasa bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Seterusnya, cara guru berkomunikasi dengan murid juga amat penting. Guru harus sentiasa cermat dengan penggunaan pertuturan kata. Jangan menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan murid- murid seperti bodoh, lembab, pergi mati dan sebagainya. Murid- murid akan dipengaruhi oleh tutur kata yang disebut itu.
7

Selain itu, guru perlu membina imej yang baik di kalangan murid- murid. Guru perlu berhati-hati dengan hak yang ada pada dirinya. Sebagai contoh, jangan meruntuhkan harga diri seseorang murid seperti memberi hukuman denda yang berat dan berupaya memalukan mereka. Seterusnya, memarahi murid- murid dengan kata- kata yang tidak sopan dan berketerlaluan. Tingkah laku ini bukan sahaja meruntuhkan akhlak yang ada pada guru tersebut, malah murid- murid juga tidak suka dan berasa takut untuk berinteraksi dengan guru. Sebagai seorang guru yang berprofesional, kita perlu mengelakkan diri daripada menyindir dan mengkritik murid- murid di kalangan layak. Pertuturan kata seseorang guru haruslah sopan untuk menunjukkan keperibadian guru tersebut. Pertuturan yang negatif atau tidak bermoral akan menyebabkan keruntuhan akhlak guru di kalangan murid. Untuk menjadi seorang guru yang sentiasa dihormati dan disayangi anak- anak murid, seseorang guru perlu memberi layanan yang adil dan sepatutnya berserta dengan nilai menghormati dan bersopan kepada anak- anak muridnya agar profesionalisma seseorang guru itu dapat dilihat dan dinilai oleh anakanak muridnya. Sebelum mengakhiri ceramah, Dr Lim juga menasihati para guru agar bersikap peramah terhadap setiap murid. Guru- guru juga perlu sentiasa menghormati setiap murid yang menuntut ilmu di dalam bilik darjah itu. Di samping itu, untuk berkomunikasi dengan murid- murid, guru seharusnya mempunyai pelbagai kegemaran. Penampilan guru juga amat penting kerana penampilan yang selesa dan menarik boleh menarik perhatian murid untuk menumpukan perhatian semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Tingkah laku dan pertuturan guru harus dijaga kerana murid- murid mudah terikut- ikut dengan perbuatan dan pertuturan guru. Untuk menambat hati murid juga, seseorang guru seharusnya sentiasa peka dan memahami masalah yang dihadapi murid- muridnya. Sekiranya semua yang disebutkan diatas dapat dilaksanakan oleh guru, maka guru tersebut berupaya menjadi guru kegemaran setiap murid.

You might also like