You are on page 1of 31

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

1.0

PENGENALAN.

Membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah.Ini diakuai sendiri oleh Tuku Abdul Rahman dimana beliau berkata bahawa; "...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kitaterpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga. (Sumber:http://www.malaysiamerdeka.gov.my)

Tambahan lagi, latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan rakyat tempatan mampu mentadbir negara sendiri pada masa akan datang. Dalam pada itu, rakyat pelbagai kaum juga harus bekerjasama dan bermuafakat untuk memastikan kemerdekaan dapat dicapai. Justru, adalah tidak dapat dinafikan bahawa kebijakasanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya mencapai kemerdekaan negara melalui rundingan tanpa pertumpahan darah sepertimana negera lain di dunia ini wajar kita hargai dan teladani. Perkara ini harus menjadi panduan untuk kita terus mengekalkan keadaan aman dan damai yang kita kecapi sekarang, agar dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, kerjasama politik di Tanah Melayu bermula selepas Perang Dunia Kedua. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi, namun jalinan kerjasama ini ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang menemui jalan buntu. Keterbukaan berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan kerjasama

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan All Malayan Council Of Joint Action (AMCJA) pada tahun 1947 dan toleransi ini berjaya melahirkan Perlembagan Rakyat. Walaubagaimanapun, cadangan menuntut kemerdekaan ini ditolak oleh pihak British kerana PUTERA dan AMCJA ini dikatakan golongan radikal atau parti politik yang berhaluan kiri yang sentiasa bertindak agresif terhadap pentadbiran British. Seterusnya, apabila lahir pula kerjasama politik kumpulan moderate iaitu United Malayan National Organization (UMNO) dengan Malayan Chinese Association (MCA) yang lebih dikenali sebagai PERIKATAN pada tahun 1949 telah
1

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

memperlihatkan usaha menunutut kemerdekaan Tanah Melayu mula membuahkan hasil apabila kerjasama politik pelbagai kamu ini lebih bersifat demokrasi untuk mengelakkan berlaku sebarang pergolakan diantara kaum. Kerjasama ini telah membuka mata pihak British bahawa orang Melayu bersama-sama kaum lain yang bukan Melayu boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita memperuangkan negera ke arah bekerjaan sendiri. Justru, kerjasama politik membawa maksud usaha sama parti politik pelbagai kaum yang berkepentingan untuk sesuatu tujuan yang sama. Dalam konteks perbincangan ini, tujuan yang dimaksudkan ialah merujuk kepada tujuan mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Walaupun jalinan kerjasama politik di Tanah Melayu dimulakan oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dengan All Malayan Council Of Joint Action (AMCJA) pada tahun 1947, namun perbincangan ini hanya berfokus kepada kerjasama politik bermula setelah penubuhan Community Liaison Committiee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949. Ini kerana, bermula daripada penubuhan CLC ini sehingga wujudnya kerjasama politik diantara UMNO yang merupakan parti kaum Melayu manakala MCA yang merupakan parti kaum cina yang telah berjaya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu menjelang tahun 1957. Selain itu, perbincangan ini hanya menyentuh secara sepintas lalu berkaitan dengan kerjasama awal yang diwujudkan oleh PUTERA dengan AMCJA kerana kedua-dua parti politik ini dikatakan parti politik yang berhaluan kiri. Mereka juga dikatakan golongan yang radikal menyebabkan perjuangan menuntut kemerdekaan tidak mendapat sokongan daripada pihak British. Berbeza dengan kerjasama yang diusahakan oleh parti politik selepas mereka iaitu UMNO dan MCA yang disifatkan lebih moderate dan bertoleransi menyebabkan perjuangan mereka mendapat pengiktirafan daripada pihak British. Dengan itu, pihak Bristish juga telah memberikan galakkan dengan memberikan syarat bahawa kerjasama diantara kaum sangat penting jika ingin mendapatkan kemerdekaan. Perkara ini semakin membakar semangat pejuang-pejuang yang menunutut ke arah berkerajaan

sendiri terutamanya daripada golongan kaum Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman dan Dato Inn Jaafar bersama-sama dengan kaum laum lain yang terdapat d Tanah
2

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

Melayu pada ketika itu. British memberi syarat sedemikian, bertujuan untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyakat. British juga berpendapat, bahawa hal ini juga bertujuan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Tanah Melayu.Ini adalah kerana, pihak British telah banyak membuat pelaburan di Tanah Melayu terutamanya dalam bidanng perlombongan bijih timah, getah, dan perdagangan.Bijih timah dan getah yang dieksport dari Tanah Melayu ke Amerika Syarikat telah membantu untuk memperkukuhkan sistem kewangan British iaitu blok sterling. Oleh itu, British amat menjaga kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Jika tidak, kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu akan terjejas sekiranya mereka menentang gerakan nasionalis. Selain itu, pihak British juga sedar bahawa mereka tidak akan dapat untuk menghapuskan pemberontakan komunis tanpa kerjasama daripada penduduk Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu semestinya tidak akan memberikan kerjasama kepada pihak British sekiranya usaha mereka untuk berjuang ke arah perpaduan dan seterusnya mencapai kemerdekaan tidak disokong oleh pihak British. Oleh yang demikian, usaha mereka ini telah disokong oleh pihak Bristish yang juga telah memberikan syarat supaya kerjasama diantara kaum adalah sangat penting jika ingin mendapatkan kemerdekaan.

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

2.0

PARTI-PARTI POLITIK PELBAGAI KAUM YANG BEKERJASAMA DALAM PROSES KEMERDEKAAN.

Memandangkan focus perbincangan ini adalah lebih kepada kerjasama politik yang di bersifat moderate, banyak toleransi dan tujuan utama kerjasama adalah untuk mendapat pengiktirafan British untuk mencapai kemerdekaan, maka parti-parti politik yang terlibat adalah seperti berikut:

2.1

CLC

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949. Pada peringkat awal CLC hanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina sahaja. Orang Melayu diwakili oleh Parti UMNO diketuai oleh Dato Onn Bin Jaafar manakala orang Cina di wakili oleh Parti MCA yang diketuai olehTun Tan Cheng Lock. Mulai Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah. Pengerusi CLC ialah Dato E.E.C Thuraisingam dan penasihatnya ialah Sir Malcom Macdonald, GabenorJeneral Asia Tenggara.Tujuannya penubuhan CLC adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum.

2.2

UMNO

Apabila Malayan Union yang ditubuhkan oleh Bristish mendapat tentangan daripada penduduk tempatan.Kongres bersetuju dengan cadangan untuk

menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentang dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 yang bertempat di Johor Bharu. Dalam Kongres Dato Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini bertujuan untuk (i) Menentang Malayan Union, (ii) Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu, (iii)Mengadakan satu organisasi sosial, (iv)Menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu, (v)Memajukan pendidikan orang Melayu dan
4

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

(vi)Melindungi kepentingan orang Melayu. UMNO juga memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, disamping memelihara dan

mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi RajaRaja Melayu. Semasa UMNO dibawah pucuk pimpinan Dato Onn Bin Jaafar, parti pernah membuka keahlian kepada orang bukan Melayu untuk menggalakkan pelbilang kaum dapat berinteraksi sesame sendiri seterusnya membentuk perpaduan, namun tidak mendapat sambutan kaum lain.

2.3

MCA

Parti MCA atau The Malayan Chinese Association adalah perti yang pertama bekerjasama dengan UMNO. Diawal penubuhannya pada 1949, MIC ini dipimpin oleh Tun Tan Cheng Lock dan golongan yang menyertai parti ini terdiri daripada golongan peniaga dan pengusah lombong seperti colonel Lee Han Shik dan Leog Yew Koh.Tujuaan penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan orang cina. Disamping itu, parti juga pernah menyokong perjuangan Dato Onn Bin Jaafar dan IMP tentang kerjasama kaum dalam sebuah parti. Sokongan kearah perpaduan kaum yang membawa kepada kerjasama kaum tidak hanya terhenti setakat itu sahaja apabila parti juga menyokong usaha tersebut dengan menyertai Parti Perikatan.

2.4

MIC

Kongres Indian Se-Malaysia juga telah ditubuhkan pada 1946 dan diketuai oleh K.L.Devaser.Parti ini digerakkan oleh golongan professional dan disokong oleh Kongres Kebangsaan India.Penubuhan parti ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan orang India walaupun pada awal penubuhanya kurang mendapat sokongan daripada kaum India sendir. Sama seperti MCA, parti MIC juga telah menyokong perjuangan Dato Onn Jaafar di IMP tentang kerjasama aum dalam sesebuah parti. Sokongan itu terbukti apabila pada tahun 1955, MIC mengambil keputusan untuk menyertai Parti Perikatan bersama-sama dengan MCA dan UMNO.

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

2.5

IMP

Parti ini ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar selepas keluar dari UMNO pada tahun 1951.Parti ini mementingkan kerjasama antara kaum dalam sebuah unit parti. IMP telah membuka keahliannya kepada rakyat Tanah Melayu tanpa mengira kaum. Alam usaha mewujudkan perpaduan, parti IMP telah menegakkan konsep kerjasama kaum dalam satu parti dan membuka keahlian kepada sema kaum.Walaubagaimanaoun, penubuhan parti ini kurang mendapat sokongan dan sambutan daripada pelbagai kaum dan juga UMNO.Jadi parti ini terpaksa dibuburkan pada 1953.

2.6

Parti Negara

Kembali memperjuangkan kepentingan orang Melayu merupakan matlamat utama parti ini.Tokoh yang menubuhkan parti ini adalah Dato Onn Bib Jaafar selepas beliau membubarkan Independent Malayan Parti atau Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1954. Sama seperti parti IMP, parti ini juga telah berusaha mewujudkan perpaduan dengan membuka keahlian kepada semua kaum yang ada di Tanah Melayu dengan harapan semua kaum dapat bersatu dalam satu perti politik yang sama. Selain itu juga, parti telah menerima kerakyatan jos solidengan syarat ibu atau bapa telah menjadi warganegara Malaysia.

2.7

PAS

PAS telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan terbuka kepada semua umat Islam di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan bangsa. Itu merupakan salah satu usaha PAS dalam menwujudkan perpaduan dikalangan kaum.Pada awal penubuhannya, parti ini dipimpim oleh Haji Ahmad Fuad. Sokongan PAS dalam mewujudkan perpaduan juga disusuli dengan penyertaan parti dalam Konvensi National tajaan UMNO pada taun 1954.

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

3.

Kerjasama parti-parti politik pelbagai kaum membawa kearah kemerdekaan Tanah Melayu.
KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

Ke arah mencapai perpaduan kaum

Kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Usaha Parti-Parti Politik mewujudkan perpaduan kaum: i. UMNO ii. MIC iii. MCA iv. IMP v. PAS vi. Parti Negara

Pendidikan Ke arah Perpaduan dengan mewujudkan: i. Laporan Barnes 1951. ii. Lapaoran FennWu 1951. iii. Ordinan Pelajaran 1952. iv. Laporan Razak 1956.

Sistem Ahli 1951 Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan

Pembentukan Parti Perikatan Pilihan Raya Majlis Bandaran

Pilihan Raya Majlis Perudangan Persekutuan (MPP)

PROSES KEMERDEKAAN

3.1

KE ARAH MENCAPAI PERPADUAN Usaha kearah mencapai perpaduan kaum seterusnya disusuli dengan

usaha kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri merupakan titik permulaan kearah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu. Namun, sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan dengan proses kemerdekaan, kita harus meneliti terlebih dahulu perkara-perkara yang berlaku semasa usaha ke arah mencapai perpaduan kaum dan usaha kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri giat dilaksanakan. Kedua-dua

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

usaha ini merupakan perintis dalam membawa kepada proses kemerdekaan Tanah Melayu. Diantara usaha awal yang diambil kearah mencapai perpaduan adalah dengan Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949.Penubuhan CLC ini adalah bertujuan untuk mewujudkan persefahaman diantara kaum. Persefahaman ini sangat penting kerana tanpa persefahaman antara kaum bukan sahaja perpaduan tidak dapat dicapai tetapi pertelingkahan atau pergaduhan mungkin akan berlaku dikalangan kaum yang terdapat di Tanah Malayu pada ketika itu. Sekiranya ini berlaku, impian untukmenjalinkan kerjasama ke arah berkerajaan sendiri tidak mungkin menjadi kenyataan.Oleh itu,CLC telah mengadakan beberapa rundingan dengan UMNO dan rundingan tersebut dijalankan selama dua tahun.Dalam rundingan tersebut, UMNO telah mengemukakan memorandumnya untuk mempertahankan ketuanan Melayu, namun CLC menolak tuntutan tersebut.Walaubagaimanapun, satu kompromi telah dibuat antara UMNO dengan CLC untuk mengatasi kebuntuan rundingan tersebut.Hasil daripada kompromi ini, beberapa perkara penting telah dipersetujui. Perkara-perkara tersebut merangkumi kerakyatan

Persekutuan dilonggarkan, orang Melayu diberikan bantuan dari segi ekonomi dan pendidikan, dan setiap proses pilihan raya harus diadakan daripada peringkat Majlis Bandaran, Negeri dan Majlis Perundingan Persekutuan. Dalam usaha ke arah untuk melahirkan perpaduan kaum, beberapa buah parti politik telah ditubuhkan juga. Sepertimana yang telah

dibincangkan sebelum ini, antara parti politik tersebut adalah seperti Independence Of Malaya Party (IMP) dan Parti Negara. Sehubungan dengan itu, Menteri Besar British dan Parti Negara telah mengadakan Konferensi Nasional pada bulan 1954 sebagai usaha untuk melahirkan kerjasama politik. Walaubagaimanapun, tiga buah parti iaitu UMNO, MCA dan MIC kemudian telah bekerjasama menubuhkan Parti Perikatan. Selain itu, pada
8

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

peringkat awal, Persatuan Islam Se-Malaya

(PAS) juga telah cuba

bekerjasama dengan UMNO dalam Konvensi Nasional pada bulan Ogos 1954. Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional adalah medan

perbincangan pelbagai parti politik untuk mencari penyelesaian bagi merealisasikan perpaduan kaum. Persidangan itu juga telah membincangkan kepentingan mengadakan pilihan raya. Setelah penubuhan CLC, usaha parti-parti politik dalam mewujudkan perpaduan kaum diteruskan bagi memastikan kemerdekaan Tanah Melayu dapat menjadi kenyataan sepertimana yang diimpikan.Diantaranya ialah UMNO, ketika ditadbir oleh Dato Onn Bin Jaafar, telah banyak berusaha mewujudkan perpaduan kaum dengan membuka keahlian parti UMNO kepada semua kaum bukan Melayu. Selain itu, UMNO juga telah melonggarkan syarat kerakyatan Persekutuan dan Negeri. Seterusnya UMNO juga yang mencadangkan Sistem Ahli Apabila UMNO dibawah

pentadbiran Tunku Abdul Rahaman, beliau telah memupuk perpaduan bagi mewujudkan kerjasama kaum dengan membentuk Parti Parikatan yang menggabungkan tiga parti politik utama iaitu UMNO, MCA dan MIC. MCA ketika itu berada dibawah pimpinan Tun Tan Chin Lock manakala MIC dibawah pimpinan K.L Devaser juga berusaha mewujudkan perpaduan agar terjalinnya kerjasaman politik pelbagai kaum.Dengan itu, kedua-dua pemimpin tersebut telah menyokong idea perjuangan Dato Onn Bin Jaafar dan IMP mengenai kerjasama kaum dalam sebuah parti.Sokongan itu terbukti apabila pada 1955, kedua-dua parti ini menganggotai Parti Perikatan. Pada tahun 1951 apabila Dato Onn Jaafar menubuhkan IMP, beliau sekali lagi menegakkan konsep kerjasama kaum dalam satu parti dan sekali lagi beliau telah membuka keahlian IMP kepada semua

kaum.Walaubagaimanapun, IMP tidak berapa mendapat sambutan daripada masyarakat. Disamping itu juga, PAS tidak ketinggalan dalam mewujudkan kerjasama politik apabila parti ini juga telah membuka keahlian kepada semua orang bukan islam tanpa mengira bangsa. Selain itu, pada tahun
9

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

1951 PAS telah menyertai Konvensi Nasional tajaan UMNO. Namun, apabila IMP tidak mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat, Dato Onn Bin Jaafar telah menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954 dan sekali lagi beliau telah membuka keahlian kepada semua kaum. Parti ini juga mendukung konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti.Dalam soal kerakyatan, Parti Negara menerima kerakyatan jus soli dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi warganegara Tanah Malayu. Jelas menunjukkan, bahawa segala usaha tersebut adalah untuk mewujudkan perpaduan kaum.Daripada mewujudkan perpaduan kaum, kesemua usaha murni ini merupakan langkah awal untuk melahirkan dasar kerjasama pelbagai kaum dalam politik di Tanah Melayu. Antara tokoh yang paling awal menyedari kepentingan kerjasama pelbagai kaum ini adalah Dato Onn Bin Jaafar dimana beliau yang menubuhkan IMP. Manakala, Tunku Abdul Rahman pula adalah tokoh yang telah memulakan kerjasama parti dalam sebuah mengabungan parti-parti politik tersebut dengan pembentukan Parti Perikatan. Walaupun parti-parti politik penyumbang utama dalam usaha mewujudkan perpaduan tetapi, harus diingat bahawa sistem pendidikan juga memainkan peranan. Memandangkan sistem pendidikan di Tanah melayu pada ketika itu terdiri daripada lima jenis sekolah iaitu sekolah vernakular Melayu, vernakular Tamil,vernakular Cinadan sistem aliran Inggeris. Perbeza aliran ini menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial sehingga menghalang perpaduan kaum.Ini kerana, jika diteliti kita dapati setiap sistem pendidikan ini mempunyai perbezaan yang ketara dalam semua

aspek.Perbezaan ini tidak dapat melahirkan semangat bersatu padu dan persefahaman antara rakyat.Justru, bagi merapatkan jurang perbezaan pendidikan dan membentuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk Tanah Malayu, beberapa Laporan pelajaran telah dikeluarkan.Antaranya ialah Laporan Pelajaran yang mencadangkan untuk melahirkan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Melalui sistem ini, pengendalian sistem pendidikan yang seragam sukatan pelajaran dan penggunaan bahasa kebangsaan di
10

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

Tanah Melayu supaya setiap pelajar dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama.Dengan itu, Laporan Pelajaran telah menjadikan Laporan Barnes 1951 sebagai asas kepada laporan pendidikan seterusnya.Dalam laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah

menengah.Akan tetapi, Laporan Feen-Wu 1951 telah menolak cadangan tersebut dengan menuntut bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina.Ini menyebabkan matlamat menjadikan sitem pendidikan sebagai alat perpaduan tidak dapat dilaksanakan.Oleh yang demikian, Ordinan Pelajaran 1952 telah diadakan dan menerima cadangan Laporan Barnes 1951.Seterusnya, Laporan Razak1956 juga menerima cadangan laporan Barnes tetapi demi menjaga keharmonian politik, Laporan Razak juga telah membenarkan bahasa vernakular hanya digunakanselama 10 tahun selepas merdeka.Ini bermaksud, sebelum mencapai kemerdekan, sekolah aliran vernakular ini diminta menggunzkan bahasa Melayu.Hasil persetujuan tersebut, maka semangat perpaduan mula disemai apabila sekolah aliran berbeza ini beransur-ansur menjadi sekolah umum yang menggunkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Namun, seperti yang dijanjikan, selepas 10 tahun mencapai kemerdekaan, sekolah vernakular ini dibenarkan semula untuk menggunakan bahasa vernakular masing-masing.

3.2

KERJASAMA KAUM KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI.

Di

antara

prasyarat

bagi

Persekutuan

Tanah

Melayu

untuk

berkerajaan sendiri ialah kerjasama kaum.Oleh itu, dasar kerjasama kaum telah menjadi pegangan dalam setiap langkah menuju ke arah berkerajaan sendiri.Terdapat beberapa langkah telah diambil oleh Tanah Melayu untuk mewujudkan kerjasama kaum.Salah satu daripadanya ialah melalui Sistem Ahli yangdiperkenalkan pada April 1951. Terdapat 2 tujuan utama Sistem
11

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

Ahli diperkenalkan ialah untuk melatih orang melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu dan juga untuk memupuk perpaduan. Dalam erti kata lain, Sistem Ahli merupakan satu langkah yang penting kea rah mewujudkan perpaduan. Penubuhan Sistem Ahli ini adalah merupakan cetusan idea daripada Dato Onn Jaafar dan disokong oleh oleh pihak British serta Raja-raja Melayu. Sistem Ahli ialah merupakan satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai pentadbir penjajah (British) dan tokoh-tokoh politik. Anggota yang dilantik dalam sistem ini dikenali sebagai Ahli dan boleh diibaratkan senagai menteri. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja

Melayu.Ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. Keanggotaan dalam Sistem Ahli ini terdiri daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada semua kaum di persekutuan Tanah Melayu (3 orang Melayu, seorang Cina dan seorang India) dan 4 orang pegawai British. Di antara yang dilantik untuk memegang jawatan dalam Sistem Ahli ialah Dato Mahmud Mat (Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan), Tunku Yaacob ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Ahli Pertanian dan Perhutanan), Dato Onn Jaafar (Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri), Dr. Lee Tiang Keng (Ahli Kesihatan) dan E.E.C Thuraisingam (Ahli Pelajaran).Melalui sistem ini, tokoh-tokoh politik diberi peluang bertanggungjawab dan menggunakan kuasa politik dalam bidang tertentu. Di samping itu juga, pada tahun 1955, Dr. Ismail Abdul Rahman, iaitu wakil daripada UMNO dan H.S Lee, iaitu wakil MCA telah dilantik untuk menjadi anggota Sistem Ahli. Tujuan pelantikan itu dibuat adalah untuk mencerminkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, kerjasama di antara kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan disemai di peringkat tertinggi dalam politik negara yang masih dan terus diamalkan sehingga ke hari ini. Kerjasama kaum juga dipupuk melalui kelonggaran syarat

kerakyatan Persekutuan. Jawatankuasa Hubungan antara Kaum yang ditubuhkan pada tahun 1949 adalah bertujuan untuk melonggarkan syarat
12

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.Tujuan kelonggaran ini adalah untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya mereka mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu.Di samping itu, kelonggaran ini juga bertujuan untuk mengelakkan golongan imigran daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya. Kelonggaran syarat ini telah dibuat pada 2 peringkat iaitu pada peringkat Persekutuan dan peringkat negeri. Di peringkat persekutuan, syarat kerakyatan dilonggarkan melalui 3 cara iaitu melalui kuat kuasa undang-undang, melalui permohonan dan juga melalui naturalisasi.

Kelonggaran syarat kerakyatan persekutuan melalui undang-undang telah dikuatkuasakan untuk seseorang rakyat sultan di mana-mana negeri Melayu dan seorang warganegara British dan koloni-koloninya yang lahir di Negerinegeri Selat. Kelonggaran syarat kerakyatan melalui permohonan pula akan diberi kepada seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik, dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan. Seterusnya, kelonggaran syarat kerakyatan juga diberikan melalui naturalisasi. Melalui proses naturalisasi, kerakyatan akan diberikan kepada seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun dari 12 tahun secara berturutturut. Manakala, Syarat Kerakyatan Negeri 1951 pula terbahagi kepada 2 iaitu dilaksanakan secara kuat kuasa undang-undang dan secara

permohonan. Melalui syarat kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang, orang asli di negeri-negeri Melayu, orang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu dan orang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu di mana salah seorang daripada ibu bapanya dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu akan diberi kerakyatan. Manakala, melalui syarat kerakyatan secara permohonan, seseorang individu tersebut boleh memohon untuk menjadi warganegara sekiranya telah mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah taat setia kepada raja dan melepaskan kewarganegaraan yang asal. Kesan daripada kelonggaran
13

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

syarat kerakyatan ini, maka rakyat persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja terdiri daripada golongan orang Melayu dan orang asli, tetapi terdiri juga daripada golongan imigran.Golongan imigran ini kebanyakannya terdiri daripada orang Cina dan India. Kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri juga dipupuk melalui Pembentukan Parti Perikatan.Pemimpin ketiga-tiga buah Parti terbesar iaitu UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti Perikatan akan dapat melahirkan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kerjasama di antara parti-parti ini telah mendapat sokongan daripada pihak British. Ini adalah kerana melalui kerjasama yang wujud di antara ketiga-tiga parti ini, ianya akan mewujudkan suasana politik yang stabil dan dapat menjaga kepentingan ekonomi persekutuan Tanah Melayu. Maka, dengan ini, ekonomi Persekutuan Tanah Melayu akan terjamin. Kerjasama antara kaum ternyata merupakan satu pakatan politik yang murni sehingga melahirkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu.Pada tahun 1952, Pakatan UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah bergabung dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur.Pakatan ini telah Berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Di samping itu juga, pemimpin utama UMNO dan MCA juga menyambut baik pakatan ini dan berazam untuk membentuk pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu. Pada tahun 1954, satu Konvensi Nasional yang membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA telah diadakan.Setahun kemudian, iaitu pada tahun 1955, MIC telah menyertai Parti Perikatan iaitu UMNOMCA-MIC. Pada tahun 1951, pilihanraya peringkat tempatan iaitu pilihanraya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri.Pilihanraya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada bulan Disember 1951.Dalam pilihanraya ini, parti radikal yang dianggotai oleh pelbagai kaum telah memenangi 6 daripada 9 buah kerusi yang dipertandingkan. Pada bulan
14

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

Februari 1952, Pilihanraya Majlis Bandaran telah diadakn Kuala Lumpur dimana parti UMNO dan MCA telah menjalinkan kerjasama bagi menghadapi pilihanraya tersebut. Hasil daripada kerjasama tersebut, UMNO-MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Selain daripada itu, pilihanraya Majlis Bandaran juga telah diadakan di bandar-bandar utama yang lain seperti Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Kerjasama yang ditunjukkan oleh parti UMNO-MCA dalam pilihanraya ini telah meyakinkan penduduk bandar-bandar lain di Persekutuan Tanah Melayu dan ini terbukti apabila UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran yang dipertandingkan.Kemenangan ini telah Berjaya melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954. Selepas pilihanraya Majlis Bandaran, pilihanraya Negeri juga mula diperkenalkan pada tahun 1954 untuk memberi peluang yang lebih luas kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang bakal memerintah. Dalam pilihanraya negeri ini, parti Perikatan UMNO-MCA telah Berjaya memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.Kemenangan ini telah membuktikan bahawa masyarakat menerima kerjasama antara kaum dalam politik tanah air.Konsep kerjasama ini juga telah mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap parti Perikatan sehingga ke hari ini. Seterusnya, pada tahun 1954, pihak British telah menubuhkan jawatankuasa pilihanraya yang terdiri daripada pegawai kanan British dan wakil parti-parti politik. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah sebagai langkah untuk melanjutkan proses berkerajaan sendiri. Pihak British telah memperuntukkan 100 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan (MPP), iaitu 52 kerusi dipilih melalui pilihanraya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Sebelum pilihanraya diadakan, setiap parti politik telah mengadakan kempen pilihanraya, iaitu selepas hari penamaan calon pada 15 Julai 1955.Dalam kempen tersebut, Parti Perikatan telah mengeluarkan manifestonya untuk meraih sokongan. Terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Manifesto Parti Perikatan iaitu: 1)Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun, 2)Mewajibkan pendidikan rendah,
15

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

3)Melindungi hak raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, 4)Menamatkan darurat dan 5)Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan. Pada 27 Julai 1955, pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah diadakan di mana Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor.Salah satu daripadanya ialah sikap tolak-ansur parti-parti yang bertanding dalam pembahagian pilihanraya.Kemenangan ini juga disebabkan oleh kebijaksanaan pemimpin parti berunding dalam

menyelesaikan masalah politik.Faktor ketiga ialah kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik Negara.Faktor keempat ialah kerana kesepakatan semua kaum untuk menolak pengaruh Parti Komunis Malaya.Faktor persekutuan kelima Tanah ialah Melayu disebabkan yang oleh semangat untuk penduduk mencapai

berkobar-kobar

kemerdekaan. Selain itu juga, kemenangan parti perikatan juga adalah kerana manifesto pilihanraya diterima umum. Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap pilihanraya yang diadakan disebabkan oleh dasar kerjasama di antara beberapa buah parti politik. Ini membuktikan bahawa dasar kerjasama di antara kaum mampu meyakinkan pihak British bahawa Persekutuan Tanah Melayu telah bersedia untuk memilih pemimpin dan berkerajaan sendiri yang akan menguruskan pentadbiran negara selepas merdeka nanti. Oleh itu, dasar kerjasama kaum dan politik adalah merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang bangsa di Negara kita dan wajar didukung oleh setiap warganegara yang mencintai kedamaian di sesebuah negara.

3.3

PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.

Proses mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu bukanlah satu proses yang mudah sekiranya pelbagai kaum yang berada di Tanah melayu pada ketika itu
16

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

tidak mengamalkan nilai kerjasama dan bersatu padu. Namun, apa yang dapat kita lihat pada ketika itu ialah adanya tolak ansur terutamanya antara parti-parti politik dalam membahagikan kerusi kemenangan dan berkongsi kuasa, kebijaksanaan dan kepimpinan wakil-wakil politik, serta kesepakatan di antara mereka untuk mewujudkan negara yang merdeka. Tambahan pula, Parti Perikatan yang menerajui sistem politik negara pada masa itu telah memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya 1955 dan mampu memberikan kepercayaan penuh kepada penduduk tempatan untuk membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Rentetan dengan Kemenangan Parti Perikatan itu, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk barisan kabinet pertama. Perjuangan parti ini bukan setakat untuk memenangi setiap pilihan raya, malahan tujuan utama adalah ingin mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Dengan itu, satu rundingan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman bersama

dengan Majlis Raja-raja melayu. Melalui rundingan tersebut, satu rombongan merdeka telah dbentuk. Rombongan ke London ini diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sendiri bersama dengan wakil Parti Perikatan yang lain iaitu DatoAbdul Razak bin Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman dan H.S. Lee. Sementara empat orang wakil Raja-raja Melayu terdiri daripada DatoPanglima Bukit Gantang, DatoNik Ahmad Kamil, Abdul Aziz Othman dan DatoMohd Seth. (Lew Hee Men, 2012) Rundingan ini yang berlangsung selama tiga minggu dan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd.Rundingan ini berjaya mencapai persetujuan di antara kedua-dua pihak dan perjanjian kemerdekaan telah dimeterai pada 8 Februari 1956. Antara persetujuan yang terkandung dalam perjanjian London ini ialah kerajaan British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dengan syarat selepas merdeka, Tanah Melayu akan kekal sebagai lingkungan Komanwel dan mengamalkan pemerintahan secara demokrasi. Selain itu, suruhanjaya bebas akan ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Merdeka. Parti Perikatan tidak boleh mengambil alih perniagaan British di Tanah Melayu dan pegawai tinggi British akan digantikan dengan menteri-menteri
17

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

perikatan. Sementara itu antara kandungan lain perjanjian ini ialah dalam aspek pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan pusat diteruskan dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan (Chong Voon Sei, 2012). Setelah temeterainya Perjanjian London dahulu, para pemimpin memikirkan perlunya satu suruhanjaya dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.Dengan itu, Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Mac 1956 yang diketuai oleh Lord Willam Reid dan dianggotai oleh Tuan Abdul Hamid (Pakistan), Tuan B. Malik (India), Sir Ivor Jennings (England) dan Sir William Mackell (Australia). Penggubalan Perlembagaan bagi negara ini adalah berdasarkan kepada pemerintahan demokrasi berparlimen. Antara kandungan yang terdapat dalam perlembagaan ini ialah pembentukan sebuah kerajaan berpusat dan berlandaskan konsep demokrasi, menjamin kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain dan melantik seorang ketua negara dari kalangan Raja-raja Melayu. Kesan daripada pembentukan perlembagaan ini telah mendorong kepada penghantaran satu memorandum oleh Parti perikatan.Namun begitu, sebahagian sahaja memorandum yang diterima dan mendapat tolak ansur daripada pihak MCA dan MIC seperti berkaitan dengan pemberian hak istimewa orang melayu dan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi.Sementara itu, bagi pihak UMNO, mereka pula bersetuju dengan penggunaan prinsip jus soli dalam memberikan taraf kerakyatan kepada kaum bukan melayu. Setelah melalui pelbagai pindaan, akhirnya Rang Perlembagaan Kemerdekaan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957. Rang Perlembagaan 1957 merupakan satu usaha yang penting dalam memberi persediaan awal kepada rakyat Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan sendiri selepas mencapai kemerdekaan nanti.Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, mentadbir negara sendiri adalah satu tujuan utama selepas dibelenggu oleh penjajah sekian lama (Suhaiza Bt Ibrahim, 2007).Dengan itu, atas keyakinan untuk memerintah negara sendiri, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan bagi Tanah

18

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

Melayu pada 31 Ogos 1957 di padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka (Sumber: Arkib Negara Malaysia). Apabila tibanya tarikh 31 Ogos 1957, bermula satu detik sejarah bagi Tanah Melayu. Laungan sebanyak tujuh kali Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman bersama-sama penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum bangkit dengan satu semangat yang membara untuk memerintah negara

sendiri.Kepercayaan penduduk tempatan terhadap kerjasama parti-parti politik dan perpaduan antara kaum-kaum ketika itu telah membuahkan hasil bahawa perjuangan mereka adalah tidak sia-sia. Kemerdekaan ini menandakan bahawa pucuk pimpinan negara akhirnya diserahkan semula oleh penjajah kepada pemerintah tempatan setelah hampir 446 tahun dijajah oleh kuasa asing. Setiap langkah yang diatur dan dirancang oleh pemimpin negara pada masa itu adalah bertujuan membangunkan semula penduduk dari aspek sosial, ekonomi, politik dan juga mewujudkan suasana hidup yang harmoni, tenteram dan bersatu padu antara pelbagai kaum dalam satu negara (Suhaiza Bt Ibrahim, 2007).

3.0

RUMUSAN/KESIMPULAN/PENUTUP

Apabila direnung kembali kronologi bagaimana Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai, perkara yang perlu diberi perhatian semestinya bermula daripada usaha kearah perpaduan kaum diikuti oleh usaha kearah kerjasama pelbagai kaum yang seterusnya membawa kepada proses memperjuangkan Kemerdekaan Tanah Melayu. Justru, jika diteliti pelbagai usaha telah dilakukan agar Kemerdekaan yang diimpikan oleh penduduk Tanah Melayu bukan lagi omong kosong semata-mata. Disamping itu, tuntutan kemerdekaan yang lebih bersifat demokrasi tanpa pertumpahan darah merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan harus diteladani. Ini menunjukkan bahawa rundingan secara damai merupakan suatu langkah yang amat produktif dalam mengetengahkan sesuatu tuntutan mahupun pandangan dan bukanlah melalui kekerasan semata-mata ataupun perjuangan yang bersifat agresif sehingga

menimbulkan provokasi yang melampau sehingga mengorbankan nyawa.

19

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

4.0

REFLEKSI AHLI KUMPULAN. Tugasan Kerjasama Politik Pelbagai Kaum Dan Proses Kemerdekan Tanah Melayu bukanlah sesuatu yang baru bagi ahli kumpulan kami memandangkan sebelum ini kami pernah didedahkan dengan beberapa tajuk lain yang berkaitan. Selain itu, semasa di sekolah menengah juga terdapat sukatan yang ada menyentuh dengan agak teliti berkaitan dengan tajuk ini. Ini telah

memberi kelebihan kepada ahli kumpulan kami dalam memahani dengan lebih mendalam berkaitan tajuk ini. Selain itu, maklumat berkaitan dengan tugasan ini juga mudah diperolehi memandangkan tajuk ini agak terkenal dan sering dibincangkan dalam blog-blog berkaitan sejarah. Dengan itu, kami berpendapat bahawa tajuk ini telah mendapat sambutan dalam perbincangkan kerana ia memberi ruang kepada pelbagai pihak untuk mengetengahkan pendapat mengikut persepsi masing-masing. Ini kerana, tajuk ini mempunyai kaitan dengan isu-isu semasa yang melibatkan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia lebih-lebih lagi pada konteks masa kini. Selain itu, bahan rujukan juga boleh didapati menerusilaman-laman web kerajaan dan ini telah menyakinkan kami bahawa segala maklumat yang diperoleh adalah terbukti kesahihanya kerana kami percaya maklumat yang terkandung di dalam laman web kerajaan adalah terbukti kerana telah digazedkan sebagai fakta sejarah. Disamping itu, ahli kumpulan kami amat teruja membuat kajian berkaitan dengan tajuk ini kerana banyak pengetahuan baru telah kami perolehi untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan kami tentang tajuk ini. Tambahan lagi, banyak pengajaran yang dapat diteladani berdasarkan peristiwa peristiwa yang usaha sepajang memperjuangkan kemerdekaan, contoh kami menyedari betapa pentingnya perpaduan kaum untuk negera kita yang terdiri daripada berbilang bangsa agar kita dapat hidup aman dan harmoni. Walaubagaimanapun, ahli kumpulan kami agak sukar mendapat peristiwaperistiwa gambar yang berkaitan dengan tajuk perbincangan kami ini. Kami mendapati bahawa maklumat berkaitan tajuk ini adalah lebih berbentuk fakta semata-mata. Oleh itu, agak sukar untuk kami memberi gambaran sebenar tentang peristiwa-peristiwa penting seperti aktiviti atau peristiwa berkaitan dengan
20

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

kerjasama politik pelbagai kaum ini.Kekangan-kekangan lain seperti pertindahan fakta dalam sumber-sumber yang kami perolehi menyebabkan kami terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk meneliti semula fakta tersebut dan tidak mengambilnya secara bulat-bulat untuk dijadikan rujukan kepada tugasan kami ini. Selain itu, dengan masa yang agak terhad juga, kami terpaksa menginterpretasi beberapa fakta sejarah tersebut yang kami rasa agak mengelirukan kemudian menterjemahkannya ke dalam bentuk fakta yang mudah difahami untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan sesetengah pihak. Ini sedikit sebanyak telah memberi tekaanan kepada ahli kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini.

21

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

5.0

BIBLIOGRAFI

1. Chong Voon Sei,2012.Sejarah PMR. SAP publications (M) Sdn Bhd 2. Lew Hee Men, Zamri Zakaria, Mansor Hasan, 2012. Success Sejarah PMR.Oxford Fajar Sdn. Bhn. 3. Norizan Yusoff, 2009. Sejarah Malaysia.Federal Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd. 4. Sabihah Osman, Muzaffar Tate, Ishak Ibrahim, 2000. Sejarah Tingkatan 3 5. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala 6. Lumpur. 7. Suhaiza Binti Alias, 2007. Malaysia negara kita.MDC Publishers Sdn. Bhd. 8. http://ajijoi.blogspot.com/2011/06/kerjasama-politik-antara-kaum-rakyat.html 9. http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-3/bab-4-kerjasama-kaum-ke-arahkemerdekaan/ 10. http://www.slideboom.com/presentations/293430/Bab-4-%3A-Kerjasama-antaraKaum-ke-Arah-Kemerdekaan. 11. http://www.arkib.gov.my/Kerjasama-Kaum 12. http://www.malaysiamerdeka.gov.my 13. http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Perikatan 14. http://pkpmsm1.tripod.com/politik.html

22

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

6.0 6.1

LAMPIRAN PARTI POLITIK PELBAGAI KAUM YANG MEMBENTUK PARTI PERIKATAN

UMNO

MIC

MCA

6.2

TOKOH PERPADUAN Dato Onn Bin Jaafar


Pengasas UMNO yang pertama. Mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di England. Memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Johor sebelum memimpin UMNO. Pernah dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1946.

Tunku Abdul Rahman


Pendidikan tinggi di Kolej St. Catharine di University Cambridge 1925 20 tahun Memegang jawatan sebagai Presiden UMNO selepas Dato Onn Bin Jaafar meletak jawatan. 31 Disember 1956, mengetuai misi ke London untukmembincangkan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Perdana Menteri Malaysia Pertama 1957

Tun Tan Cheng Lock.


Presiden parti pertama MCA 1949 Mendapat pendidikan tinggi di Raffles Institution, Singapura 1908 Memperkenal konsep jus soli bersyarat bagi bukan Melayu. Membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan (National Conventions) yang dianjurkan bersama UMNO pada 23 Ogos 1953 sehingga membentuk Parti Perikatan.

John A. Thivy.
Pengasas dan presiden pertama Parti MIC pada 8 Ogos 1946. Perpendidikan undang-undang.

23

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

6.3

PERISTIWA PILIHANRAYA TANAH MELAYU.

Pilihanraya pertama 1955 Para pengundi sedang menunggu giliran untuk mengundi.

Pilihanraya Majlis Perundangan.

24

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

6.4

RENTETAN PERISTIWA PENGIYSTHIHARAN TARIKH KEMERDEKAAN. Rombongan ke London Perjanjian London Suruhanjaya Reid Rang Perlembagaan Kemerdekaan Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957

Peristiwa-peristiwa bergambar; 01 Januari 1956 Rombongan Rundingan Kemerdekaan


Dari kiri: Datuk Ahmad Kamil, Datuk Dr Ismail, Datuk Hj Abdul Wahab, YTM Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohammad Seth, Kolonel Sir H.S. Lee, Dato' Abdul Aziz Majid dan Datuk Abdul Razak Barisan belakang: T.H. Tan(Setiusaha Wakil Perikatan) dan Abdul Kadis Shamsuddin (Setiuasaha wakil Rajaraja)

01 Januari 1956
Rombongan Kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia.

25

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

01 Januari 1956
Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.

01 Januari 1956
Keratan Akhbar Melayu, 6 Januari 1956 yang menunjukkan kapal laut M.V. Asia ke Karachi, Pakistan.

Keratan Akhbar Utusan Melayu, Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku sedang berbincang di Lancaster House.

8 Januari 1956
YTM Tunku dan Lennox Boyd (Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris) menandatangani Perjanjian Merdeka di London.

26

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

20 Februari 1956 (11.00 pagi)


YTM Tunku yang mengetuai Rombongan Kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dengan Malayan Airways.

20 Februari 1956
Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh lebih kurang 1,000 jawatankuasa penyambut daripada Parti Perikatan semasa tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman, Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Hj. Abdul Wahab Abdul Aziz dan Leong Yew Koh telah diarak dengan kereta berwarna hitam bernombor plat M 4442 dari Batu Berendam hingga ke Klebang untuk berehat di rumah Tan Cheng Lock.

20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.

27

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

20 Februari 1956 (3.30 petang)


Rombongan Kemerdekaan tiba di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Orang ramai melaungkan 'Merdeka'setibanya Rombongan Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
En Ghafar Baba, mempengerusikan perhimpunan raksasa di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku menjulang keris yang dihadiahkan oleh kaum ibu UMNO Melaka yang diwakili oleh Puan Zainab bt Samdin.

28

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

20 Februari 1956
Datuk Abdul Hamid Jumat, Ketua Cawangan UMNO Singapura sedang menyerahkan Peta Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura pada YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Orang ramai mendengar ucapan YTM Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Ucapan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Toh Muda Haji Abdul Wahab di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Ucapan wakil MCA Leong Yew Koh di Padang Bandar Hilir, Melaka.

29

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman membaca Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang disusun oleh En Senu Abdul Rahman, Tn Syed Nasir Ismail dan ditulis oleh En Ibrahim Mahmood (Pengarang Akhbar Merdeka

20 Februari 1956
Dr. Ismail (kiri) dan Dato' Abdul Razak (kanan) turut menandatangani pengisytiharan tarikh Kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
Watikah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Malayu yang ditandatangani oleh ahli-ahli Rombongan Merdeka di Padang Bandar Hilir, Melaka.

20 Februari 1956
YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA'.

30

KERJASAMA POLITIK PELBAGAI KAUM DAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

SJC 2203

20 Februari 1956
Rombongan Kemerdekaan berarak keluar selepas mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka. Keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 21 Februari 1956

31 Ogos 1957
Pengisytiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Merdeka.

31

You might also like