You are on page 1of 13

Bil Pantang Larang Alasan Rasionalnya

1 Dilarang bersiul dalam nanti ular masuk dalam Dikuatiri ular masuk
rumah rumah dalam rumah dan boleh
mendatangkan bahaya
2 Tak boleh duduk atas nanti dapat bisul. Bantal adalah tempat
bantal untuk meletak kepala
bukannya punggung.
3 Tak boleh duduk atas nanti dirasuk hantu. Pada waktu maghrib
tangga ketika Maghrib, sepatutnya kita
menunaikan solat fardhu
maghrib
4 Jika nampak air berpusar, alamat buaya bergerak Dikuatiri binatang
jangan hampiri, atau mengiring. merbahaya atau sesuatu
yang merbahaya akan
menimpa.
5 Jika sesat di hutan, nanti dimakan hantu Dikuatiri binatang buas
jangan tidur di tepi seperti buaya akan
sungai menyerang
6 Dilarang mencucuk nanti didatangi sial. Dikuatiri tercucuk jarum.
jarum pada waktu
malam,
7 Jangan tidur selepas nanti perut jadi buncit. Kerana proses
makan penghadaman dalam
perut kita mengambil
masa selama 2 jam.
8 Kalau makan nasi kena kalau tidak nasi akan Ini untuk mengelakkan
habiskan menangis berlakunya pembaziran
9 Jangan bergendang nanti harta habis dicuri Dikuatiri akan
dalam rumah, oleh orang mengganggu jiran dan
membuat bising di
rumah
10 Ibu hamil tidak boleh nanti anak gagap. dikhuatiri ibu hamil
melintas bawah akan tersendung dan
ampaian, jatuh, dan boleh
membahayakan
kandungan
11 Jangan melihat gerhana Nanti anak akan Melihat matahari
matahari bertompok hitam atau sewaktu gerhana
bermata juling. mampu menyebabkan
mata menjadi buta.
12 Jangan bergaduh dengan dikhuatiri mengalami Bagi menjaga
ibu mentua. kesulitan ketika kenteteraman keluarga,
melahirkan anak terutamanya apabila
tinggal bersama mertua
selepas melahirkan
anak.
13 Jangan mencaci atau dikhuatiri anak yang Agar menjaga
menceritakan kecacatan, bakal lahir juga akan pertuturan agar tidak
cacat. melukakan hati orang
lain.
14 Jangan memukul, dikhuatiri anak yang Bagi mengelakkan
mendera atau bakal lahir mengalami penganiayaan kepada
mencederakan mana- kecacatan. haiwan.
mana binatang,
15 Dilarang kencing atas dikatakan buruk Untuk
busut, kemaluan mengelakkanditegur
makhluk halus ataupun
penunggu busut
berkenaan

Bil Pantang Larang Alasan Rasionalnya


16 Dilarang memotong kuku Nanti umur pendek Untuk mengelakkan dari
pada waktu malam terpotong kuku
17 Dilarang mengintai orang nanti mata ketumbit Kerana kebiasaan ketika
mandi mandi orang tidak
berpakaian
18 Dilarang ketawa waktu nanti datang hantu Kita seharuslah
Maghrib menghormati waktu
orang tengah
menunaikan solat.
19 Tak boleh kencing berdiri nanti punggung dijamah Kerana jika kita kencing
hantu. berdiri proseder pundi
kencing kita tidak
berada dalam keadaan
yang betul.
20 Makan tidak basuh nanti lambat dapat Kita seharuslah
pinggan menantu membasuh pinggan kita
selepas kita makan.
21 Makan sisa anak anak akan degil. Kita seharuslah
mendahulukan orang
tua kita ketika makan.
22 Makan dalam pinggan dapat anak bibir Mengelakkan dari terkena
sumbing sumbing luka dari bekas yang
digunakan itu.
23 Tak boleh jelir lidah nanti lidah terpotong Menjelir lidah boleh
menyakitkan hati
seseorang.
24 Tak boleh menunjuk nanti jari kudung Dikuatiri tertunjuk orang
pelangi lain dan boleh
mengakibatkan salah
faham.
25 Tak boleh makan dalam dikatakan makan Dikuatiri makanan
gelap dengan iblis. tertumpah dari pinggan
dan mengakibatkan
pembaziran.
26 Jangan tidur di rumah takut terkena ilmu hitam Ia juga untuk menjaga
orang lain. nama baik keluarga.
27 Anak dara jangan nanti kahwin dengan untuk mengelak
menyanyi di dapur orang tua. masakan hangus kerana
leka menyanyi.
28 Jangan duduk di depan Lambat dapat jodoh Dikuatiri terlanggar
pintu orang yang membuka
atau menutup pintu
29 Jangan mandi pada Nanti sakit tulang Mandi pada waktu
waktu malam malam tidak baik untuk
kesihatan.

Masyarakat Melayu Merupakan etnik terbesar di Malaysia. Kaum


Melayu dapat dikaitkan kepada kaum Yunan China berdasarkan kepada kaum
Melayu-Proto dan Melayu-Deutro, yang memenuhi populasi kumpulan asal
Melayu-Polinesia. Kumpulan asal ini mula memenuhi semenanjung Tanah
Melayu sekitar 2000SM.

Semenjak kedatangan mereka, pelbagai budaya di semenanjung Melayu


mula terbentuk akibat pengaruh - termasuk daripada penduduk sekitar Jawa
dan Sumatera, kepulauan India, china, Timur Tengah. Ianya kerana lokasi
strategik untuk urusan perniagaan, menimbulkan variasi budaya dan identiti
sosial.

Islam merupakan agama utama bagi kebanyakkan orang Melayu


semenanjung. Walaubagaimanapun, Islam pada hari ini banyak dipengaruhi
oleh kepercayaan animisme dan juga Hindu. Kaum Melayu percaya kepada
kepercayaan tradisi, budaya dan ritual, gabungan budaya dalam kesenian,
perayaan dan juga sambutan penting.

Contoh sambutan atau aktiviti yang menunjukkan penggabungan budaya


adalah seperti upacara perkahwinan, dan juga menindik telinga. Kedua-
duanya menunjukkan percampuran antara agama Islam dan juga tradisi
Hindu.

Antara perayaan yang disambut oleh kaum Melayu ialah Hari Raya Puasa,
Hari Raya Korban, Awal Muharram, dan juga Maulidur Rasul.
Kaum Melayu, jika dibandingkan dengan kaum lain mendapat lebih
keistimewaan kerana status bumiputra. Bumiputra membawa maksud "anak
kandung", iaitu kaum yang asal di Malaysia.

Alat Muzik
Saron Gong Kompang

Tarian

Tarian Joget Melayu Tarian Zapin


Pakaian Tradisional

Baju Melayu Cekak Baju Kebaya


Musang
Rumah Tradisional orang melayu

Rumah Tradisional
Melayu Selangor

Rumah Tradisional
Melayu Melaka

P ermainan Tradisional

Wau Congkak

Senjata tradisional
Lembing Keris Tumbuk Lada
Bil Pantang Larang Sebab Rasionalnya

1 Tidak dibenarkan melakukan Dikhuatiri bayi yang lahir Amat merbahaya bagi
kerja-kerja seperti memaku akan mengalami kecacatan. perempuan yang
sedang hamil
melakukan kerja
pertukangan

2 wanita hamil perlu mengawal Ini bertujuan menghindari Kita haruslah menjaga
tingkah laku seperti tidak bayi dari terkena sial atau hati orang lain ketika
mengeluarkan kata-kata sumpahan. mengandung.
kesat

3 dilarang memukul binatang nanti anak akan Kita dilarang menyakiti


dan mencaci binatang menyerupai rupa binatang binatang.
tersebut.

4 konflik atau perselisihan perlu supaya kandungan tidak


dihindari mengalami sebarang
gangguan.

5 Dilarang memberi nama Nanti anak akan bertalam Ini adalah untuk
kepada bayi yang belum lahir dua muka. mengelakkan perasaan
semasa mengandung kecewa bila harapan
tidak tercapai.

6 Jangan terlalu kerap Dikuatiri bayi yang lahir Kerana kaum cina
menggosok perut kelak akan mempunyai sifat percaya perbuatan
yang manja menggosok perut
seperti membelai anak.

7 Dilarang sama sekali makan Dikuatiri bayi akan menjadi Dikuatiri anak yang
makanan yang menggatalkan besar dan ini akan dalam kandungan
seperti nenas dan mangga membuatkan ibu sukar mendapat banyak zat
serta tidak digalakkan makan untuk bersalin. makanan dan menjadi
banyak besar sehingga
menyukarkan ibunya
ketika kelahiran bayi
tersebut

8 Tahun baru cina jangan Nanti akan membawa sial Kerana dikuatiri tetamu
menyapu lantai rumah. dan rezeki yg dibawa datang ketika tuan
tetamu lari rumah lagi tengah
menyapu dan
perbuatan ini amat
tidak sopan.

9 Jangan menyucuk chopstick dipercayai seumpama Kerana bagi


pada makanan dalam membuat upacara masyarakat cina,
keadaan tegak penyembahan Syaitan menyucuk chopstick
pada makanan dalam
keadaan tegak adalah
tidak sopan.

10 Jangan cuci kain pada tahun Nanti dijangkiti penyakit Untuk mengelakkan
baru cina kulit orang yang datang
melawat ke rumah
tidak dilayan kerana
tuan rumah sibuk
bekerja

11 Jika ada kematian jangan Nanti di ganggu roh orang Kita seharusnya
bercermin dan semua cermin yang meninggal menghormati orang
muka mesti diterbalikan yang telah meninggal.

12 Jangan tulis sesuatu melambangkan sesuatu Masyarakat cina


perkataan yang tidak baik yang tidak baik. percaya warna merah
dengan menggunakan pen itu adalah warna
merah. bertuah mereka

13 Kalau jalan waktu malam, Dikuatiri ada makhluk lain Kita digalakkan untuk
jangan toleh belakang. mengikut kita. berjalan dengan cepat
pada waktu malam
agar tidak diganggu
oleh orang lain.

14 Dilarang lalu atau duduk di dikuatiri kecekakaan dan Dikuatiri tangga akan
bawah tangga mendapat sial. roboh dan menimpa
orang yang duduk
dibawahnya

15 Tidak boleh bercakap atau Dikuatiri umur akan Kerana boleh


mendengar cerita hantu menjadi pendek. menakutkan seseorang
ketika waktu malam terutamanya budak-
budak.

16 Dilarang membeli kasut baru pembawa malang bagi perkataan bahasa


sesetengah orang Cina Kantonis bagi "kasut"
sama bunyinya dengan
perkataan "kasar" atau
"sukar".

17 Dilarang mencaci atau dikuatiri akan dilaknat oleh kerana masyarakat cina
menghina naga dan babi dewa neraka. mengangap babi dan
naga adalah haiwan
suci bagi mereka

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來


西亞華人; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina
Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) ialah orang Cina luar
negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia.
Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di
Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia,
lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah
Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.

Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau
Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang
memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad
di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi
mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan
yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina
dikenali sebagai sinkheh (新客, "tetamu baru").

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat


ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan
orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan
orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia,
perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk
memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia
menganggap
"kecinaan"
mereka sebagai satu
identiti etnik, budaya
dan politik.

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi


Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan
oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi
negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian,
mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan
tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di
Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan
penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

TARIAN
PAKAIAN

ALAT
MUZIK

PERMAINAN TRADISIONAL
WARISAN DUNIA

PERAYAAN KAUM CINA

You might also like