You are on page 1of 15

2.

0 STRATIFIKASI SOSIAL (Social Stratification)

Stratifikasi sosial merupakan proses pembezaan individu-individu dalam masyarakat yang menyebabkan kemunculan satu hierarki yang terdiri daripada lapisan atau strata. yang berlainan kedudukannya. Stratifikasi sosial hasil daripada interaksi sosial dan merupakan suatu fenomena sosial yang agak meluas dalam semua masyarakat. Pada asasnya stratifikasi melibatkan keistimewaan yang berbeza-beza serta peluang hidup (life chances) yang berlainan. Golongan dalam lapisan sosial yang berlainan mempunyai keistimewaan dan peluang hidup yang berlainan (peluang hidup meliputi peluang untuk mencapai matlamat tertentu, peluang untuk menikmati kemudahan sosial dan sebagainya).

Menurut T.B. Bottomore, terdapat dua percubaan utama untuk memajukan satu teori stratifikasi sosial yang umum. Yang pertama ialah percubaan Karl Marx; walaupun teori itu tidak dikemukakan secara teratur dalam tulisan-tulisannya. Karl Marx melihat kelas daripada segi hubungannya dengan punca-punca pengeluaran. Beliau

membahagikan masyarakat kepada dua kelas utama yang bermusuhan-satu golongan penindas yang menguasai punca-punca pengeluaran dan satu lagi golongan yang tertindas.

Kelas yang berkuasa dan mempunyai punca-punca pengeluaran ialah kelas borjuisatau pemodal. Kelas yang tidak berada, tidak berkuasa dan seterusnya tertindas ialah kelas proletariat atau pekerja. Marx menekankan bahawa konflik di antara kedua-

dua kelas timbul daripada hubungan pengeluaran. Dengan berbuat demikian dia mengabaikan faktor-faktor bukan ekonomi yang mungkin juga memperlihatkan kepentingan-kepentingan yang bertentangan dan seterusnya menimbulkan konflik.

Percubaan kedua ialah teori stratifikasi seperti yang dikemukakan dalam tulisantulisim Davis dan Moore. Andaian asas mereka ialah stratifikasi merupakan ciri-ciri sejagat dalam semua masyarakat. Dalam tiap-tiap masyarakat wujud setengah-setengah jawatan atau kedudukan yang lebih penting daripada jawatan yang lain. Kedudukankedudukan ini memerlukan kemahiran khas yang hanya dapat diperolehi oleh segelintir individu yang mempunyai bakat tertentu. Latihan untuk memperolehi kemahiran tadi melibatkan pengorbanan masa dan perbelanjaan. Bagi mendorong individu yang berbakat supaya menjalani latihan, maka satu sistem ganjaran disediakan oleh masyarakat sebagai perangsang. Ganjaran yang berbagai bentuk (seperti wang atau status) itu dibahagikan secara berlainan berasaskan kepada kedudukan yang berlainan. Dengan itu maka timbullah stratifikasi sebagai satu mekanisme untuk mendorong anggota masyarakat memenuhi kedudukan yang berlainan itu.

Teori Davis dan Moore ini telah menimbulkan percanggahan pendapat di kalangan ahli sosiologi. Melvin Tumin, misalnya, pernah mengemukakan beberapa kritik, di antaranya, termasuklah bahawa stratifikasi sosial tidak semestinya berfungsi. Beliau juga menyatakan keraguannya terhadap andaian asas teori Davis dan Moore bahawa semua masyarakat disusunlapiskan.

Faktor-faktor yang menentukan kedudukan seseorang individu dalam sistem stratifikasi berubah daripada masyarakat ke masyarakat. Talcott Parsons mengemukakan enam ukuran yang menjadi dasar penilaian kedudukan seseorang individu dalam sistem stratifikasi di Amerika Syarikat. Ukuran-ukuran ini ialah keanggotaan dalam sesuatu unit kekeluargaan (keturunan, perkahwinan dan sebagainya), sifat-sifat peribadi, pencapaian, benda-benda yang dimiliki (seperti harta), kewibawaan dan kuasa. B. Barber mengemukakan satu senarai ukuran yang lebih teliti daripada ukuran Parsons. Ukuranukuran itu ialah peranan politik, peranan tentera, peranan agama, peranan ekonomi, peranan profesion kekayaan, keturunan, sifat-sifat peribadi dan kegiatan komuniti.

Satu percubaan untuk mengkaji sistem stratifikasi sosial dalam masyarakat Melayu telah dilakukan oleh S.Husin Ali. Penentuan status di Kampung Bagan, menurut S. Husin Ali, didasarkan kepada enam kriteria- sifat-sifat peribadi, pendidikan, agama, tanggungjawab dalam komuniti, pekerjaan dan kedudukan ekonomi.

Pada asasnya semua stratifikasi melibatkan unsur ketidaksamaan (inequality). Contoh bentuk-bentuk stratifikasi ialah sistem estet di Eropah dalam zaman pertengahan, sistem kasta dalam masyarakat Hindu yang bercorak tradisi dan sistem kelas dalam masyarakat moden

2.1 Stratifikasi Sosial : Kesamaan Dan Ketidaksamaan

Ahli-ahli sosiologi mengkaji semua perkara yang berlaku di sekolah. Berdasarkan pemerhatian mereka, perkara yang menonjol dan menjadi keutamaan ialah mengenai topik-topik kesamaan dan ketidaksamaan dalam peluang-peluang pendidikan

terutamanya menyelidiki faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidaksamaan pencapaian pendidikan seperti dari segi kelas sosial, etnik dan gender. Perkara-perkara berkenaan dibincangkan dalam teori-teori dan kajian-kajian pendidikan.

Perkembangan pendidikan selalunya dikaitkan dengan demokrasi rnassa. Pendemokrasian pendidikan pada keseluruhannya dikatakan akan memberi peluang yang saksama kepada semua orang untuk memperkembangkan kebolehan dan bakat. Pendidikan berhasrat untuk mencapai kesamarataan dengan membantu mengurangkan jurang kekayaan dan kekuasaan. Pandangan mengenai kesamaan adalah berbeza. Sesetengah pendapat agama mengatakan semua manusia dilahirkan sama. Kebanyakan perbincangan sosiologi memfokuskan kesamaan sebagai suatu aspek dalam konteks sosial.

Perbincangan berkenaan ketidaksamaan adalah berkaitan dengan stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial bermaksud susun lapis secara hirarki struktur masyarakat yang menunjukkan perbezaan antara individu-individu ataupun antara kumpulan-kumpulan yang secara umumnya berlaku dalam semua masyarakat. Tiap-tiap orang ataupun

kumpulan dalam lapisan sosial tertentu mempunyai peluang-peluang dan keistimewaan yang tertentu berbanding dengan yang berada pada lapisan yang lain. Akses kepada peluangpeluang dan ganjaran-ganjaran adalah berbeza antara mereka yang berada pada lapisan-Iapisan atau strata yang berlainan. Secara amnya terdapat dua cara untuk berada pada sesuatu lapisan iaitu secara warisan dan secara capaian.

Pada zaman feudal stratifikasi sosial umumnya membezakan kumpulan-kumpulan raja, pembesar, rakyat jelata dan hamba. Kebiasaannya faktor warisan menjadi penentu untuk berada pada sesuatu lapisan. Pada zaman moden pula stratifikasi sosial selalunya ditunjukkan dengan kewujudan kelas-kelas sosial dalam masyarakat. Karl Marx membincangkan stratifikasi dengan membahagikannya kepada dua kelas yang ekstrem iaitu borjuis dan proletariat. Max Weber pula mempunyai pandangan multidimensi apabila membincangkan stratifikasi berdasarkan kepada kelas, status dan parti. Stratifikasi sosial zaman moden hari ini juga dikaitkan dengan perkara-perkara bersangkutan dengan gender, kaum, pekerjaan, dan status sosioekonomi. Pada zaman moden kedudukan sosial seseorang boleh ditentukan oleh kedua-dua faktor warisan dan capaian. Di Amerika Syarikat, Beeghley (1978) mengenal pasti tiga elemen penting yang menyebabkan stratifikasi sosial moden iaitu pembahagian tugas, ketidaksamaan kerana perbezaan pendapatan dan sekatan-sekatan terhadap akses kepada peluang-peluang.

Ahli sosiologi selalu membayangkan konsep stratifikasi sosial dalam bentuk diagram yang menunjukkan tempat di atas diduduki oleh kelas yang lebih tinggi sementara yang paling bawah ialah kelas yang paling rendah. Sebagaimana yang

dilakarkan pada Rajah 1, stratifikasi zaman tradisional digambarkanberbentuk piramid sementara zaman moden berbentuk intan

STRATIFIKASI TRADISIONAL

STRATIFIKASI MODEN

Rajah 1: Perbezaan Antara Stratifikasi Moden dan Startifikasi Tradisional

Pada hari ini struktur kelas sosial merupakan sesuatu yang nyata di negara-negara maju kapitalis. Kelas sosial sebenamya telah menjadi ciri penting masyarakat moden. Sudah tentu perbezaan kelas sekarang tidak sebagaimana pandangan Marx terhadap borjuis dan proletariat. Kita hidup dalam masyarakat yang sangat kompleks. Menurut

Gollnick dan Chinn (1990), juga Waters (1991), sekarang terdapat empat kelas sosial yang utama dalam masyarakat moden. Kelas-kelas itu adalah kelas atasan, kelas menengah, kelas pekerja dan kelas bawahan. Kelas atasan terdiri daripada golongangolongan kaya, sarna ada kekayaan berbentuk wang ataupun aset harta. Kekayaan mereka boleh jadi yang diwarisi ataupun yang diperolehi. Kelas menengah pula terbahagi kepada dua. Pertamanya ialah golongan profesional dan pentadbir yang menjadi kumpulan elit kelas menengah. Keduanya ialah pekerja kolar putih yang antaranya termasuklah guruguru, jururawat, pensyarah dan kerani. Kelas pekerja yang sering digelar pekerja kolar bim mempakan mereka yang melakukan berbagaibagai bentuk kerja-kerja manual. Mereka adalah golongan subordinat dalam sistem kapitahs. Di bawah sekali ialah kelas bawahan. Auletta (1982) telah membahagikan kelas bawahan ini kepada empat kategori iaitu golongan miskin yang pasif (mengharapkan derma kebajikan), golongan hostile (penjenayah jalanan), golongan hustlers (memperolehi pendapatan secara haram tetapi tidak ganas) dan golongan traumatik (pemabuk, orang tidak berumah).

Sebagaimana yang telah disentuh, sosiologis di barat mendapati banyak berlaku ketidaksamaan dalam pendidikan. Banyak kajian menunjukkan latar belakang keluarga merupakan faktor penting pencapaian murid-murid di sekolah. Kajian James Coleman (1966) di Amerika Syarikat mendapati bahawa muridmurid sekolah mempunyai pencapaian yang berbeza antara kulit putih, Asia dan kulit hitam. Kajian itu juga mengaitkan pencapaian dengan kelengkapan sekolah yang tidak memuaskan, nisbah murid yang besar, serta bilik darjah dan bangunan yang daif di sekolah-sekolah kulit hitam. Namun Coleman menyimpulkan punca kelemahan berkenaan merupakan latar

belakang keluarga. Christopher Jencks (1972) juga merumuskan pendidikan dan pekerjaan adalah ditentukan terutamanya oleh latar belakang keluarga dan bukan oleh faktor sekolah.

Terdapat juga kajian yang lebih mengaitkan pencapaian murid dengan sumbangan pihak sekolah. Di Britain misalnya, Michael Rutter dan rakan-rakan (1979) menekankan faktor sekolah seperti kualiti interaksi guru dengan mood dan persediaan guru. Mengikut Rutter sekolah selalunya meneruskan ketidaksamaan sosial. Pelajar daripada keluarga yang berada memberi perhatian dan diberi perhatian. Pelajar keluarga berada memasuki sekolah yangberkualiti dan mempunyai guru yang baik serta bermotivasi. Rutter merumuskan sekolah boleh membantu pelajar miskin dengan menyediakan organisasi, persekitaran, iklim sosial, dan kualiti pembelajaran yang baik. Sekolah yang mempunyai iklim atau suasana pembelajaran yag baik tidak semestinya mempunyai kemudahan fizikal yang lengkap. Namun. kajian lain seperti yang dilakukan oleh Halsey dan rakanrakan (1980) di Britain juga mendapati pelajar yang berlatar belakangkan kelas sosial yang lebih baik mempunyai peluang yang berganda untuk mendapatkan pelajaran.

Sejak akhir-akhir ini, sosiologis di Britain semakin cenderung untuk menunjukkan ketidaksamaan bukan sahaja dari segi kelas malahanjuga dari segi 'kaum' (seperti Mac an Ghaill1988; Wright 1992; Gillbom 1990, 1995) dan gender (seperti Delamont 1980; Apple 1986; Macleod 1988). Oleh itu perdebatan juga timbul sarna ada faktor capaian dapat menandingi faktor warisan dalam menentukan kelas sosial. Keseluruhannya ketidaksamaan dalam pencapaian pendidikan dikatakan masih terus menonjol. Peranan

sistem pendidikan dalam mengekalkan struktur kelas dalam masyarakat masih jelas. Ketidaksamaan merupakan kemestian dalam mengkaji stratifikasi sosial dan kelas sosial. Perbincangan mengenai kesamaan dan ketidaksamaan pendidikan akan diperjelaskan lagi dalam teori-teori sosiologi pendidikan.

SRATIFIKASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

P.H.D

SARJANA

SARJANA MUDA MUDA DIPLOMA

SIJIL

SPM

PMR

UPSR

2.2 Tidak Kesamaan Dalam Pendidikan

Dari segi pengertian sosiologi, tidak kesamaan bermaksud sebagai keadaan dimana manusia tidak mendapat ganjaran sosial yang sama (Noran Fauziah Yaakub, 1967). Jadi, kemudahan di dalam pendidikan termasuk juga di dalam ganjaran sosial Seperti ganjaran dan kemudahan yang lain, masyarakat memang mengharapkan ganjaran sosial, yang diberikan oleh pihak kerajaan. Walaupun sesuatu negara cuba menyamakan dan memberikan pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan pendidikan kepada rakyatnya, namun masih tetap wujud ciri-ciri yang tidak dapat disamakan.

Keadaan ini boleh ber1aku kepada negara yang kaya, miskin dan juga negara yang begitu luas. Indonesia sebagai contoh sebuah negara yang luas dan berpulau-pulau menyebabkan masih ramai yang buta huruf serta tidak mendapat kemudahan pendidikan yang secukupnya, Begitu juga negara Amerika Syarikat yang dianggap maju namun sesetengah tempat ada juga murid-murid yang tidak dapat menerima kemudahan pendidikan yang mencukupi. Jadi secara umumnya ketidaksamaan dalam pcndidikan berdasarkan pelbagai aspek, iaitu:

Pencapaian akademik dan kokurikulum. Kebolehan individu yang berbeza. Kemudahan dan persekitaran sekolah. Lokasi sekolah yang berbeza-beza. Pengalaman dan kelayakan guru yang berbeza. Kurikulum yang berbeza berdasarkan aliran. Sijil yang diperolehi. Ujian sekolah yang berbeza-beza. Latar belakang sosioekonomi ibu bapa atau penjaga.

Untuk mcmberi taraf pendidikan yang sama rata kepada murid-murid adalah susah bagi sesebuah negara. Lebih-lebih lagi negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan latarbelakang sosioekonomi yang berbeza-beza. Jadi secara umumnya tcrdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya ketidaksamaan dalam pendidikan.

2.2.1 Kawasan Sekolah

Kedudukan kawasan sekolah adalah dianggap faktor yang utama boleh mempengaruhi ketidaksamaan dalam pendidikan. Memang kita tidak nafikan bahawa murid-murid yang belajar di sekolah luar bandar pencapaian mereka dalam setiap

peperiksaan adalah rendah jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang terdapat di luar bandar. Antara faktor-faktornya ialah sekolah luar bandar tidak mcmpunyai peralatan yang cukup, terdiri daripada latar belakang ibu bapa murid yang tidak berpendidikan, guru yang tidak aktif, murid yang tidak bermotivasi, bilangan guru yang tidak cukup dari juga tidak ada galakan yang kuat daripada ibu bapa dan guru.

2.2.2 Sikap Guru

Untuk memajukan murid, sebenarnya sikap dan insiatif guru terhadap muridmurid adalah penting. Untuk mengukur keberkesanan pengajaran seseorang guru adalah sesuatu perkara yang sukar. Guru adalah seperti manusia biasa, ada perasaan dan mempunyai cara gaya pekerjaan yang tersendiri. Kalau ia seronok mengajar di sesebuah sekolah maka ia akan mengajar dcngan bersungguh-sungguh. Sebaliknya kalau ia merasa bosan atau tidak suka mengajar oleh sebab diletakkan di daerah pendalaman maka ia akan mengajar sambil lewa atau tidak bersemangat.

2.3 Kepercayaan Yang Salah Dalam Pendidikan

2.3.1 Teori Kekurangan Budaya (Cultural Deprivation Theory)

Pencapaian murid-murid adalah tidak sama. Murid yang rajin berusaha kebanyakanya akan berjaya. Sementara itu murid-murid yang kurang berusaha akan terus ketinggalan. Sepatutnya guru tidak boleh menyalahkan kelemahan terhadap murid. Kelemahan tersebut mungkin disebabkan tiadanya galakan daripada ibu bapa sendiri dan taraf IQ serta keupayaan genetik yang rendah. Jadi apabila seseorang murid itu lemah dalam sesuatu pelajaran maka mata pelajaran yang lain akan terikut sama. Walau bagaimanapun sekiranya guru-guru pandai membimbing murid-murid yang dijangkakan lemah mungkin dalam jangka rnasa yang panjang mereka dapat meningkat tahap pencapaian akademik. Jadi murid-murid begini dianggap kurang beruntung dan tidak mendapat pencapaian yang baik di sekolah. Sebenarnya murid-murid tersebut boleh berjaya sekiranya guru mempunyai sikap yang positif terhadap murid. Selagi guru memandang rendah kepada murid yang berada di luar bandar dan IQ yang lemah selagi itulah murid-murid akan berada ditahap yang lemah.

Sebagaimana yang diketahui, kebanyakannya murid-murid di luar bandar pada masa dahulu dan sekarang boleh dikatakan lemah dalam mala pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan juga Sains. Kelemahan ini mungkin disebabkan keadaan persekitaran yang tidak menggalakkan murid untuk belajar dengan bersungguh sungguh. Persekitaran yang dimaksudkan itu ialah seperti tiadanya kemudahan pembelajaran di sekolah serta di rumah, ibu bapa tidak memberi tumpuan pembelajaran terhadap anakanak dan sebagainya. Sebaliknya murid-murid yang bersekolah di kawasan bandar adalah aktif, ada matlamat tertentu dan mempunyai sikap ayang berlumba-Iumba untuk maju.

2.3.2 Ujian IQ

Satu lagi kesalahan yang berlaku kepada sistem kepercayaan dalam pendidikan ialah guru cepat melabelkan murid selepas sesuatu ujian termasuklah ujian IQ. Ujian IQ yang diadakan pada peringkat sekolah rendah kadang-kadang sukar bagi seseorang guru dan ibu bapa untuk menentukan keupayaan tahap yang sebenarnya. Ada sesetengah murid yang dapat mengekalkan prestasi mereka dan ada juga yang tidak. Untuk menjuruskan murid-murid ke kelas atau ke aliran tertentu adalah terlampau awal. Oleh itu pihak sekolah patut mengambil kira kerana ada murid-murid yang berkembang lewat. Begitu juga murid-murid khasnya yang lelaki di peringkat sekolah rendah, kebanyakan daripada mereka suka bermain dan kurang menumpukan dengan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kala mereka memberi perhatian terhadap pelajaran, biasanya akan mendapat markah yang baik. Jadi ujian yang berbentuk IQ dan seakan-akan IQ adalah merupakan cara untuk membeza-bezakan murid dan bukan untuk membuat penilaian yang sebenarnya. Oleh itu sikap yang salah terhadap sistem kepercayaan perlu dikaji semula.

You might also like