You are on page 1of 28

MASALAH KEMAHIRAN LISAN DI KALANGAN MURID Secara umunya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) mengalami masalah lisan, tetapi

yang membezakannya adalah tahap kecacatan mereka. Antara masalah lisan utama yang dihadapi oleh KKBP ialah: i. Pengguguran- menggugurkan huruf dalam sesuatu perkataan. Contohnya, laci disebut aci. ii. Penambahan- menambahkan huruf dalam perkataan. Contohnya, pensel menjadi penseli. iii. Penggantian- menggantikan huruf konsonan dalam sesuatu perkataan dengan huruf konsanan lain. Contohnya, belalang kepada berarang. iv. Sengau- pengeluaran udara melalui nasal yang disebabkan oleh sumbing atau keabnormalan alat artikulasi sehingga menjejaskan mutu bunyi yang dihasilkan. v. Gagap- pengulangan suku kata awal atau huruf awal dalam perkataan tanpa kawalan. Contohnya, meja kepada me-me-me-meja. Masalah ini disebabkan oleh masalah fungi otak. vi. Akolalia- masalah yang biasanya dialami oleh kanak-kanak Down Syndrome, iaitu mengulangi perkataan yang sama secara berulang-ulang. Contohnya, makan-makan-makanmakan-makan-makan. vii. Masalah intonasi suara- menggunakan intonasi yang salah pada masa, keadaan dan tempatnya. Contohnya, suara garau, serak, kecil dan pecah. viii. Perbendaharaan kata yang sedikit- disebabkan oleh tiada pendedahan awal di kalangan ahli keluarga. ix. Enggan bercakap-tiada keyakinan diri untuk mengeluarkan bahasa kerana mempunyai sejarah silam yang merendahkan motivasi diri. PENGENALAN Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya. Bab ini akan membincangkan tentang masalah bahasa dan komunikasi yang meliputi masalah bahasa, masalah pertuturan, dan masalah kefasihan. Perbincangan akan tertumpu kepada jenis masalah, punca masalah dan cara membantu kanak-kanak yang menghadapai masalah tersebut. Bagi anda yang telah mengambil mata pelajaran HBSL 1103: Pengenalan Pendidikan Kanakkanak Masalah Pembelajaran, anda akan dapati bahawa tajuk ini adalah sama dengan tajuk 3 (Kanak-kanak Masalah Komunikasi) dalam mata pelajaran tersebut. Ini kerana tajuk ini membicarakan perkara yang sama dan ditulis oleh penulis yang sama juga. OBJEKTIF Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. membezakan antara masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan; 2. mengenal pasti punca masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan; dan

3. menjelaskan cara-cara yang dapat dilakukan untuk membantu mengatasi masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan . GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

Masalah Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Pertuturan Kefasihan - jenis masalah - jenis masalah - jenis masalah - punca - punca - punca - cara membantu - cara membantu - cara membantu

2.1 Masalah Bahasa Definisi bahasa yang telah dibincangkan dalam tajuk 1 dengan jelas menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai; adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan. The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut; Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan

satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik). Bentuk bahasa a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataanperkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut. Kandungan Bahasa a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat. Fungsi Bahasa a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan. Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut; i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink untuk drink. ii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang salah (bahasa Inggeris). iii. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

iv. Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan. v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

Aktiviti 2.1 Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan masalah bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar anda dengan memberi contoh yang sesuai bagi setiap aspek bahasa di atas.

2.1.1 Punca Masalah Bahasa Antara punca masalah bahasa adalah: Kelewatan bahasa Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanakkanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya. Aphasia Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan. Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD) Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik. Setakat ini anda diharap sudah dapat memahami tentang masalah bahasa secara am. Anda

perlu membuat bacaan tambahan untuk menambahkan lagi maklumat dan pengetahuan anda tentang tajuk ini. Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran? Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran. Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti berikut: i. mengingat kembali perkataan ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza

Latihan 2.2 Dengan memberi contoh setiap masalah bahasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran, bincangkan langkah-langkah pengajaran yang anda boleh lakukan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut. 2.1.2 Intervensi Pengajaran Bahasa Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut: i. Ajar bahasa di dalam situasi Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun. ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya. iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan. v. Terangkan apa yang orang lain lakukan Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita. vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa. Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar. Latihan 2.3 Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi awal? Apakah bentuk intervensi awal yang boleh dilakjukan untk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa. 2.2 Masalah Pertuturan Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran. 2.2.1 Unsur-unsur pertuturan Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance), artikulasi, dan kelancaran.

a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti suara. b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring. c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi. 2.2.2 Kategori masalah pertuturan Apakah yang dikatakan pertuturan normal? Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat umur. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran. i. Masalah artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut: penggantian pengguguran pengubahan, dan penambahan Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya malan untuk makan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan lain-lain. Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal. a) Punca masalah artikulasi Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran. Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau. Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul. Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model.. b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang menghadapi masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak tersebut. Di antaranya adalah seperti terapi pertuturan, pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan (augmented communication). Terapi Pertuturan Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu, dalam kumpulan kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah pertuturan kanakkanak. Di antara strategi yang digunakan adalah: aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak . Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.

Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihanlatihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya r . Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r sebut. Pendekatan Interaktif Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanakkanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka. Komunikasi Tambahan Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran. ii. Masalah suara Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan. Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat . Oleh itu kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan n, m, dan ng . Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan. Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan petunjuk-petunjuk berikut: i. suara sengau ii. suara orang yang sesak nafas iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil

bercakap iv. suara sangat perlahan v. bercakap seperti berlagu vi. bercakap senada (monotone voice) vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan ix. bersusah payah menyebut perkataan ( cth: mengejip mata, muka berkerut, menggenggam tangan, dsb) Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui intervensi terapi pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini. Latihan 2.4 Dapatkan rajah alat artikulasi (pertuturan) dan bincangkan bagaimana setiap bahagian artikulasi itu memain peranan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi huruf. iii. Masalah kelancaran Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan. Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah: gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan beransuransur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran, Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga. Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari segi fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di antara ciri individu yang gagap adalah seperti berikut: Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan . Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama .

Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi. Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan, memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan tangan semasa bertutur. a) Punca masalah gagap Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan pendapat daripada beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah dirumuskan seperti berikut. Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanakkanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang. Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa. Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah kesihatan. Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan menghidap sesuatu penyakit. Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur. Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka. Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja. b) Panduan mengurangkan masalah gagap Morley M.E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu individu gagap mengatasi masalah mereka. Menyesuaikan diri dengan gagap Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang gagap. Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya mengalami masalah bercakap tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-masa tertentu. Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan menerima hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan

beremosi. 2Terapi mengurangkan ketegangan.(Relaxation therapy) Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan fizikal dan mental. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan dan ketenangan mental yang akan meningkatkan kecekapan dan keyakinan untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan. Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk Gagap. Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal gagap ketika berlaku. Perbincangan, cadangan, dan tugasan Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya yang berkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan berbagai-bagai masalah dan situasi lagi. Cadangan diberi bagaimana individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang diberi. Terapi kumpulan Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing. Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

Latihan 2.5 Apakah masalah sosio-emosi yanhg dihadapi oleh individu yang mengalami masalah gagap. Bincangkan.

2.2.3 Kesimpulan Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain bermasalah menguasai komponen bahasa seperti bentuk, kandungan, dan penggunaannya, terdapat ramai juga kanak-kanak masalah pembelajaran yang mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan komunikasi tidak boleh dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan, malu, rendah diri, takut

berhadapan dengan orang lain, dan mengasingkan diri.. Apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka. Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan komunikasi boleh diatasi melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil kira setiap ketidakupayaan yang kanak-kanak alami. Pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri daripada ibu bapa, guru, ahli terapi pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga kaunselor. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi satu kebiasaan dan sukar dipulihkan.

Rumusan 1. Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. 2. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik 3. Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa, aphasia, dan gangguan proses auditori pusat. 4. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu artikulasi, suara, dan kelancaran. 5. Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran. Kata Kunci Komunikasi Artikulasi Terapi Intervensi Mekanisme neuromuskular Bacaan/Rujukan Jalongo. M.R., (1992). Early Childhood Language Arts. Boston: Allyn and Bacon. Kirk, Gallgher, & Annastasiow, (1993). Educating Exceptional Children 7th . ed. Boston:

Houghton Mifflin Company. Reed. V.R., (1994). An Introduction to Children with Language Disorders. New York: Macmillan College Publishing Company. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

DEFINISI Maksud definisi menurut kamus dewan edisi ke 3 ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa dan lain-lain takrif. Dalam topik ini akan membincangkan definisi kanak-kanak berkeperluan khas dan definisi masalah bahasa dan komunikasi. Kanak-kanak berkeperluan khas Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanakkanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau

perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka: 1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanakkanak sebaya dengannya, 2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. 3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap

berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh

keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000). Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa. Masalah bahasa dan komunikasi Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.
Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan. Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu, murid berkeperluan khas mengalami masalah bahasa. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanakkanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah : 1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi. 2. Mempunyai suara yang kasar. 3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap. 4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit lain. 5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini

seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad. Masalah perkembangan bahasa pula mungkin terjadi dalam bahasa reseptif iaitu kemampuan memahami dan mengingat apa yang dikatakan oleh orang lain atau dalam bahasa ekspresif iaitu kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu : 1. Perkembangan lambat: melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek bahasa seperti pembentukan perkataan, ayat dan perbualan. Keadaan persekitaran rumah yang tidak menyumbang kepada masalah perkembangan bahasa meruapakan salah satu faktor lewat perkembangan bahasa. 2. Kecacatan bahasa. Ia dapat dikesan semasa aktivti pengajaran dijalankan. Kanak-kank ini dapat dikesan dengan tanda-tanda seperti ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan misalnya memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan. Mereka juga tidak menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat sesuatu nama dan percakapan mereka terganggu kerana tidak mengetahui perkataan untuk disebut. BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar cerdas. i) Bermasalah pendengaran Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu).

Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas ( Bee H. 1995). Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau keduakeduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran. ii) Bermasalah penglihatan Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan bahawa: Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu

diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992) iii) Bermasalah pembelajaran Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti berikut: lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.

Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain. iv) Pintar cerdas Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanakkanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Kanakkanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa. Dalam topik ini akan membincangkan mengenai dua kategori kanak-kanak berkeperluan khas di bawah masalah pembelajaran iaitu kanak-kanak yang mengalami sindrom down dan juga lembam. Antara yang akan dibincangkan termasuklah punca berlaku sindrom down dan lembam, ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini, masalah bahasa dan komunikasi, masalah lain yang dihadapi mereka dan lain-lain lagi. Sindrom down Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down iaitu orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Berdasarkan kajian, risiko melahirkan anak sindrom down menjadi tinggi dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas. Sindrom Down berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kromosom yang abnormal. Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel yang biasanya hanya mempunnyai dua salinan. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21.

Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal mereka jelas menunjukkan kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-lain lagi. Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi gemuk dan lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka. Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mereka juga mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down merupakan kanakkanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005). Masalah bahasa kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Pada hakikatnya, kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak terhadap perkembangan kanak-kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta kebolehan kognitif. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata (bahasa reseptif). Kajian ini mendapati kanak-kanak Sindrom Down merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa perkembangan kemahiran bahasa verbal disokong oleh penggunaan bahasa bukan verbal seperti gerak badan, bahasa isyarat, tanda, gambar postur dan sebagainya supaya dapat memperkembang bahasa kanak-kanak tersebut.

Lembam (Slow Learner) Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah. Jamila (2005) menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan. Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa. Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah. Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).

Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

Ciriciri kanak kanak lembam adalah pencapaian pelajaran atau akedemik berbeza. Kanak-kanak ini pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap dan sukar menerima arahan. Mereka tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat dan salah dan selalu bertukar-tukar huruf. Ketika membaca dan menulis, mereka akan meninggalkan huruf,sukukata atau perkataan dan kerap melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan. Tulisan kanak-kanak lembam selalunya buruk dan sukar dibaca apabila mereka menulis tanpa ketetapan sama ada menaik dan menurun, menulis huruf terbalik atau turutan dan arah yang salah. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Punca berlakunya masalah pembelajaran. Punca ini boleh pdibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi yang merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran , lembam lapisan otak dan sawan yang berpanjangan disfungsi urat saraf. kandungan plumbum yang tinggi dalam darah seseorang kanak -kanak wujudnya masalah pembelajaran. Kedua ialah punca psikososial Pengaruh sekitaran yang tidak sihat kurang rangsangan dan kurang perhatian ibu bapa kepada kanak-kanak dan juga kemiskinan hidup Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata. Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan

dengan jelas dan bunyi yang betul. Menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan . Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Selain itu, menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan purata panjang ujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul. Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki. Mereka jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami sesuatu. Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan. Dari segi sematik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa yang panjang untuk memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran mereka untuk bercakap.

KAEDAH INTERVENSI Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka.

Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid berkeperluan khas ini. Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut. Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai

kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah: 1. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata. 2. Kaedah reformulate. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkanmasa. 3. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan mem dan an. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin. Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa. Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus. Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu

ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.
Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin, dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh

menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah menekankan aktiviti seperti melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan

menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan. Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat

awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya. RUMUSAN Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh diubah lagi namun masalah pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri fizikal yang dialami disebabkan oleh faktor genetik iaitu mempunyai tiga pasang kromosom pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-lain lagi. Bagi masalah lembam pula terjadi disebabkan faktor baka dan juga persekitran. Baka yang diperoleh dari keturunan yang mempunyai masalah lembam akan diperturunkan kepada anak-anak. Faktor persekitaran pula memberi kesan kepada kanak-kanak menjadi lembam kerana tidak ada perhatian dan komunikasi daripada ibu bapa menyebabkan anak kurang terdedah dengan perkataan dan interaksi dengan orang lain. Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.

You might also like