You are on page 1of 9

KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Para ahli sejarah bertolak andaian bahawa kejadian sejarah mempunyai sebab yang boleh dikaji dan difahami.
Sesuatu

kejadian sejarah boleh berlaku secara tidak sengaja, tanpa sebab tertentu,atau tanpa dicetuskan oleh manusia sama ada secara langsung atau tidak langsunag.
Para

penulis sejarah berikhtiar untuk membebaskan sejarah dari konkongan unsur-unsur ketuhanan dan seterusnya menegakkan peranan manusia.
Usaha

mengkaji soal penjelasan menunjukkan kesedaran dalam kalangan ahli sejarah tentang wujudnya satu garis pemisah di antara tugas penceritaan dan tugas penjelasan.

H. Taine mentakrifkan kerja-kerja ahli sejarah : Terlebih dahulu mengesan fakta-fakta, kemudian mencari sebab-sebab. Tugas mengesan fakta : Mengambarkan butir seperti tempat, tarikh, nama orang yang terlibat Tugas mengesan sebab : Mendedahkan motif, niat, dorongan yang mencetuskan kejadian

Tugas ahli sejarah mengikut Profesor Dray : Menegakkan dan memahami fakta yang akan melibatkannya dalam penjelasan.

Pendekatan ahli sejarah terhadap soal penjelasan melibatkan pendedahan niat si pelaku yang mencetuskan kejadian yang dikaji itu.

Ahli sejarah berusaha dahulu untuk mengesan matlamat si pelaku sebagai cara memahami tindakan sejarah yang dikaji. Pendekatan ahli sejarah ini menimbulkan kesangsian sama ada setiap hal yang dirancangkan oleh si pelaku akan mencapai hasratnya. Pendedahan unsur penyebaban memerlukan para ahli sejarah memaparkan tujuan semua pihak yang terlibat dalam kajadian yang dikaji itu. Kefahaman ahli sejarah mengenai matlamat si pelaku memerlukan penyiasatan terhadap keadaan sekeliling yang mewujudkan matlamat itu. Soal penjelasan sepatutnya melukiskan dengan rapi suasana persekitaran yang mencetuskan kejadian yang dikaji itu kerana : Tujuan si pelaku tidak wujud dalam kekosongan dan mempunyai pertalian rapat dengan keadaan sekeliling seperti politik, ekonomi, ugama dan alam.

Para ahli sejarah berpegang kepada anggapan bahawa soal motif mesti didedahkan walaupun bukan motif tokoh khusus. Penekanan ahli sejarah kepada soal motif dan suasana mendedahkan satu keistimewaan yang wujud dalam penjelasan sejarah. Carr : ahli sejarah mengambil berbagai sebab. Pencetusan sesuatu kejadian sejarah biasanya bukan melibatkan satu pihak sahaj bahkan berbagai pihak yang bertindak mengikut kehendak masing-masing dan dalam lingkungan hubungan di antara satu sama lain. Pendedahan kehendak setiap pihak yang terlibat dalam kejadian yang dikaji tiu serta bagaimana hubungan di antara pihak tersebut membawa kepada keadaan yang dipandang sebagai matang untuk mencetuskan kejadian itu dan akhirnya menghasilkan satu penjelasan yang kompleks.

Ahli sejarah juga menilai kepentingan sebab-sebab yang diketengahkan itu mengikut keutamaan. Penilaian kepentingan faktor mengikut keutamaan menimbulkan masalah seperti masalah menentukan dengan tepat kepentingan sebab jamgka pendek berbanding dengan sebab jangka panjang. Walaupun ada persetujuan umum bahawa sebab jangka pendek bertindak sebagai catalyst yang hanya mempercepatkan pencetusan sesuatu kejadian sejarah, namun tidak munasabah untuk memandang hal ini sebagai satu hukum dalam penjelasan sejarah. Mengikut Gustavson, wujud dua aliran dalam kalangan ali sejarah berhubung dengan soal peranan individu dalam sejarah.

Aliran pertama, yang dikenali sebagai Great Man Theory : Pandangan bahawa tokoh-tokoh yang luar biasalah yang mencetuskan kejadian penting dalam sejarah, sama ada tokoh itu adalah negarawan, orang suci atau pemikir yang yang dikatakan mempunyai kecerdasan tinggi. Aliran kedua Melihat sejarah dari segi peranan kuasa impersonal tidak memandang tokoh sebagai berperanan giat dalam mencetuskan kejadian sejarah Bertindak sekadar melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh keadaan sosial. Kepentingan diberikan kepada peranan faktor sosioekonomi, ekonomi dan sosial sebagai penggerak sejarah sebenar.

Profesor Isaiah Berlin : Menolak sebarang bentuk determinisme sejarah, baik determinisme materialis yang dianjurkan oleh Marx dan Engels mahupun determinisme yang mengutamakna peranan tokoh. Melihat faktor sosioekonomi penting dalam kejadian sejarah kerana : Rakyat yang ramai tidak akan bergerak tanpa dorongan sosioekonomi Juga melihat peranan individu yang luar biasa kerana kepintaran atau daya tarikan mereka sebagai kuasa penentu dalam haluan perubahan yang berlaku itu. Semakin perinci kajian tentang sesutu kejadian sejarah, semakin luas jurang perbezaan pendapat di antara pengkaji.

Kewujudan unsur kepelbagaian dalam penjelasan sejarah mendedahkan satu perbezaan yang nyata denga jenis penjelasan yang wujud dalam sains semula jadi.

Mengikut pendapat aliran idealis yang diwakili oleh B.Croce dan R.G.Collingwood Para ahli sejarah tidak dapat mengikuti jejak langkah pakar sains semula jadi kerana meninjau perkara yang berbeza dan menggunakan pendekatan yang berbeza.

Dalam sejarah, Collingwood menyatakan bahawa : perkara yang dikaji itu ialah pemikiran reflektif manusia yang mencetuskan sesuatu kejadian sejarah. Hal-hal yang dikaji dalam sejarah adalah secara khusus atau idiografik.

Huraian aliran idealis dipertikaikan oleh aliran positivis yang dipimpin oleh Auguste Comte dan Henry Thomas Buckle. Tidak mengakui perbezaan dalam penjelasan sejarah dan sains semula jadi Berpendapat bahawa hukum am mampu digunakan dalam sejarah supaya meningkatkan taraf ilmu sejarah kepada paras yang dicapai oleh sains semula jadi

You might also like