P. 1
Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif

|Views: 120|Likes:
Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif

More info:

Published by: Dayangku Nurul Akmal Moss on Aug 30, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2013

pdf

text

original

Procedia - Social and Behavioral Sciences 00 (2010) 000–000

Procedia Social and Behavioral Sciences
www.elsevier.com/locate/procedia

International Conference on Learner Diversity 2010

Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia

Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozubi*
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43600, Selangor, Malaysia

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif dalam pendidikan arus perdana. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kajian lepas sebagai rujukan. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada 1987 dibawah Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif menitik beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid - murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu dilaksanakan kerana keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. Namun terdapat isu dan cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan keberkesanan Pendidikan Inklusif sepenuhnya dalam Pendidikan di Malaysia.
Keywords: Pendidikan Inklusif, Pendidikan Malaysia, Keperluan Khas

1. Pendahuluan Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal ( Lokman, 2009).

* Corresponding author. Tel.: +6019-3145373-; fax: . E-mail address: tiena_808@yahoo.com.

Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia. berupaya. terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting inklusif. 2. Dengan demikian. Pendidikan Khas menyediakan peluangpeluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatanperkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD) iii. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana. Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990. malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah (Supiah Saad.Noorizah Mohd. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah. pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Menurut Naim. mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya yang normal. 2006) . Noor et. berhaluan. 2006). teknik-teknik pengajaran. Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1. 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa. mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara” (Sabilah. 1. berdikari. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek berikut: a) Intelek b) Rohani c) Jasmani d) Emosi e) Sosial f) Bakat g) Nilai-nilai moral h) Estetika (Mohd Najib. Mereka ialah dalam kategori masalah : i. penguasaan kemahiran 3M Pada umumnya perkembangan fizikal. fizikal (cacat anggota) ii. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluankeperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.1 Murid Berkeperluan Khas di Aliran Perdana Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. 2006). ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. 2010). atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Bahan-bahan khas.al/ Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000 Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas. ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia) iv. Hallahan dan Kauffman. (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. beriman. menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Sejarah Pendidikan Inklusif Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran.

pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain. Intervensi awal c) KPWKM: 1. Ini kerana semua kanak. Seksyen 41). 3. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama. konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan. Pendidikan formal peringkat prasekolah. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas. pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H.1 Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas di Malaysia Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM). memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti berikut. Kementerian Pembangunan Wanita. dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8. Dalam Akta Pendidikan 1996.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti a) KPM: b) KKM: .masing termasuklah untuk golongan kurang upaya.kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Malahan mengasingkan kanak. Proses Saringan dan Diagnostik 2. Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. 2010). 3.Author name / Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000 2. memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi. Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanakkanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Keperluan Pendidikan Inklusif Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara.sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Intervensi awal d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education) Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002. Dengan termaterai dua dasar tersebut.ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas. 3. keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. Agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk golongan berkeperluan khas. rendah dan menengah. sosial. Perlembagaan Malaysia mengenai ‘Disabled Person Act 2002’ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002.1 Keperluan Kesamarataan hak asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. 1. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanakkanak. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Pendidikan tidak formal 2.

3. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak.0 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. liberal dan dinamik. c. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif. Noor et.sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat. sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine. ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu.3 Keperluan Sosial Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara.kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis. 1982).Noorizah Mohd. 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang dihadapi sering dihadapi termasuklah: a. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran. rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. moral dan etika. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas . Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar. Selain itu juga kajian Mohd Najib. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. . Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad. b. Kajian menunjukkan bahawa kanakkanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. sekolah dan kerajaan. keluarga. keadilan sosial.pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan.kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. guru. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak. 5. dan kekuatan rohani. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain. demokratik. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah.al/ Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000 Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan. takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita.

Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Kelengkapan asas juga tidak ada. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber. ia memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.Author name / Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000 d. dan bilik yang terlalu kecil. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka. 6. tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. atau tidak mencukupi. g. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing. Untuk kelas inklusif yang berjaya. f. Sebagai contoh. guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia. e. .0 Penutup Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. atau jawatan-jawatan lain. dekat dengan kantin.

19-33. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal.. “ Fundamentals of Special Education ”.Noorizah Mohd. Sabah: Annual Conference on Teacher Education. & Tompkins. 2008. R. 24. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. 1 (pp. Sabilah Binti Wahab. 2010.al/ Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000 RUJUKAN Akta Pendidikan 1996 Ainscow. 1999. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Ali. Noor et. 73-87. 2006. Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. 24. . Liew Ping Yee & Manisah Mohd. M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol. jil. Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. Jurnal Pendidikan 33. No. JR.A. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Supiah Saad. 3-6) Culatta.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->