You are on page 1of 34

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pemangkin pembangunan sekolah Tamil

2012/11/04

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dilihat bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan sekolah Tamil di negara ini, kata Penyelaras Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil, Prof Dr N S Rajendran. Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat dengan 11 anjakan strategik pelan itu yang antaranya menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa mampu melonjakkan kecemerlangan sekolah Tamil pada masa depan. "Maklumbalas kita peroleh daripada orang ramai dalam usaha kita membentuk Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil menunjukkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mendapat maklum balas positif daripada pihak berkepentingan sekolah Tamil seperti guru besar, bekas murid dan badan bukan kerajaan. "Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil yang kita akan bentang nanti juga adalah sesuatu yang bergerak seiring, sehati dan sejiwa dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia," katanya. Pada 11 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara. Rajendran berkata, usaha mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan yang merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia itu membolehkan penyampaian pembelajaran di sekolah Tamil ditingkatkan. "Meningkatkan keberkesanan penyampaian pembelajaran oleh guru kepada murid merupakan salah satu daripada perkara di mana pihak berkepentingan sekolah Tamil mahu lihat dalam pelan kita buat. "Kerajaan pada masa ini berada pada landasan yang baik kerana kini sekolah Tamil mempunyai lebih 9,000 guru yang mengajar kira-kira 100,000 murid. Ini nisbah yang mencukupi bagi penyampaian pembelajaran berkesan," katanya. Beliau yang juga pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata, usaha memastikan setiap murid mashir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris membolehkan murid sekolah Tamil memperoleh lebih banyak ilmu dalam bahasa itu. "Ini membolehkan murid sekolah Tamil mendapat ilmu bertaraf antarabangsa. Namun selain bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, kita mohon tambahan iaitu memastikan setiap murid mahir dalam bahasa ibunda mereka," katanya.

Gabungan Dua Kementerian Pacu Transformasi Pendidikan Negara Muhyiddin


PUTRAJAYA, 20 Ogos (Bernama) -- Penggabungan Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kementerian Pelajaran yang membentuk Kementerian Pendidikan akan memacu transformasi pendidikan agar dasar pendidikan negara mampu menandingi standard pendidikan antarabangsa menjelang tahun 2020. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penggabungan itu akan menjamin kesinambungan dasar dan program dalam sistem pendidikan negara yang lebih berkualiti dan dinamik. "Ini merupakan langkah besar diambil oleh kerajaan dalam memperjuangkan kelangsungan pendidikan negara dan ia wajar dikekalkan di bawah satu bumbung memandangkan ia akan memudahkan pentadbiran. "Menerusi penggabungan ini, perencanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan diperkukuhkan. "Mobiliti modal insan dalam bidang pendidikan akan berlaku dengan lebih rancak dan berkesan apabila ahli-ahli akademik bekerjasama dengan tenaga pengajar sekolah dalam menentukan hala tuju pendidikan negara," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, ketika merasmikan Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) 2011 dan 2012 di sini Selasa. Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara 2012 kepada Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim (Universiti Malaya) dan Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latif Ibrahim (Universiti Industri Selangor) manakala Prof Emeritus Datuk Dr Asmah Omar dari Universiti Malaya merupakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2011. Ketiga-tiga pemenang membawa pulang wang tunai RM200,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama pada majlis ini ialah Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan-timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad; dan Ketua Setiausaha II, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang. Muhyiddin berkata semua peringkat pendidikan akan menikmati perkongsian sumber dan kepakaran bagi memastikan bidang pendidikan dapat diurus dengan lebih cekap yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau berkata usaha-usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembleng dengan lebih menyeluruh untuk menghasilkan lonjakan berganda dalam pendidikan negara. "Transformasi pendidikan yang mengandungi nilai pengantarabangsaan dengan mengambil contoh model sistem pendidikan negara maju perlu diaplikasikan oleh Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan struktur kurikulum pendidikan dan pengajian tinggi. "Kolaborasi antara pendidik di peringkat sekolah dan pengajian tinggi pastinya akan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu yang akan menentukan kemajuan dan kemakmuran masa depan negara," katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata penyelidikan di universiti berupaya menghasilkan lebih ramai modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran sains dan teknikal. "Hal ini dapat dicapai melalui jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak yang dapat mendorong dan memangkinkan pembangunan inovasi secara menyeluruh. "Hasil penyelidikan yang diperoleh tidak hanya memberi impak atau kelebihan kepada kepentingan penyelidik semata-mata tetapi dapat dikongsi bersama pihak lain melalui pengkomersialan," katanya. Beliau menambah bahawa produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan Malaysia berjaya

dikomersialkan dan pastinya memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi negara. Berikut adalah senarai penerima AAN 2012:

Anugerah Tokoh Akademik Negara: Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim (Universiti Malaya) dan Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latif Ibrahim (Universiti Industri Selangor). Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal: Dr Ng Eng Poh (Universiti Sains Malaysia) dan Dr Siti Nurazira Mohd Daud (Universiti Sains Islam Malaysia). Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk: Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail (Universiti Teknologi Malaysia). Anugerah Seni dan Kreativiti (Kategori Seni Persembahan) Dr Joanne Yeoh Pei Sze (Universiti Putra Malaysia) dan (Kategori Seni Visual) Junaidi Awang (Universiti Teknologi Mara) dan (Kategori Penulisan Kreatif) Prof Dr Muliyadi Mahamood (Universiti Teknologi Mara). Senarai Anugerah Tokoh Akademik penerima Negara: Prof Emeritus Datuk Dr AAN Asmah Omar (Universiti 2011: Malaya).

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang sains sosial/sastera): Prof Dr Gurdial Singh Nijar (Universiti Malaya). Anugerah Penerbitan Buku: Dr Nik Haslinda Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia).

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk: Prof Dr Mohd Hair Bejo (Universiti Putra Malaysia). Anugerah Seni dan Kreativiti (Kategori Seni Persembahan): Prof Madya Abdul Razak Mohaideen (Universiti Teknologi Mara). Anugerah Ahli Akademik Harapan: Prof Dr Mohd Adzir Mahdi (Universiti Putra Malaysia).

-- BERNAMA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia [Dibentangkan Pada 11/09/2012] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Blueprint) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara. Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperincikan anjakan yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut. Laporan berkenaan dibentang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Menurut dokumen itu, Kementerian Pelajaran berharap usaha tersebut akan memperjelaskan kepada masyarakat usaha mengubah sistem pendidikan negara dan akan mendapatkan maklum balas daripada komuniti mengenai laporan awal berkenaan sebelum pelan dimuktamadkan pada Disember 2012 ini.

3 Gelombang Transformasi PPP 2013-2025 yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 13 tahun dan membabitkan tiga fasa (gelombang) dijangka bakal menempatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan sistem yang dimiliki negara membangun. Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dengan Gelombang 1 (2012-

2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Fasa atau gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka. Antara perkara yang boleh dijangka dalam Gelombang Pertama pelaksanaan pelan tersebut mulai 2013 hingga 2015 adalah peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah. Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaannya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa. Gelombang Kedua mulai tahun 2016 hingga 2020 akan menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baru. Bahagianbahagian di Kementerian Pelajaran pula akan distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia. Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan. Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pelan itu juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam ciri kualiti utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: 1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa; 2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris; 3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni; 4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan; 5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah; 6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;

7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia; 8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian; 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta; 10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja; 11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum. Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baharu tersebut. Laporan pelan pembangunan itu dihasilkan selepas Kementerian Pelajaran membentuk Panel Dialog Pendidikan Negara yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Wan Zahid Wan Noordin dan kemudian menerima sebanyak 7,039 syor daripada 12,000 peserta menerusi siri jelajah di seluruh negara. Laporan itu kemudian dinilai oleh Panel Bebas Malaysia dan Antarabangsa, selain mendapat input daripada kajian yang dijalankan institusi pengajian tinggi tempatan, Bank Dunia serta Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan. Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan. Kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semakan. Sumber: BERNAMA, BHarian Artikel 1 , BHarian Artikel 2, Utusan dan Kosmo INFO: 9 Bidang Keutamaan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan: Dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan bidang itu ialah: * Memartabatkan profesion perguruan * Meningkatkan kepemimpinan sekolah * Meningkatkan kualiti sekolah

* Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran * Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa * Pembabitan ibu bapa, swasta dan sosial sebagai rakan kongsi * Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja * Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber * Membina kemampuan dan keutamaan sistem penyampaian Sumber: BHarian Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan KPM, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan. Antara perkara yang boleh dijangka daripada pelaksanaannya adalah: Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015. * Peningkatan dalam kemahiran guru * Kualiti pengajaran * Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah * Mutu kepimpinan sekolah Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020 * Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu. * Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia. Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025 * Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Sumber: Utusan Sekilas Pelan Pembangunan Pendidikan: Pelajar pintar selesaikan UPSR dalam lima tahun dan SPM empat tahun. Peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan beri fokus kemahiran berfikir aras tinggi. Contoh, 80 peratus soalan UPSR berbentuk pemikiran aras tinggi. Sastera Inggeris diwajibkan di sekolah menengah. Penjenamaan semula Tingkatan Enam - kelonggaran pemakaian pakaian seragam, Majlis Pelajar ditubuh.

Bahasa Malaysia standard di SK atau SJK mulai Tahun Empat pada 2014. Kelas peralihan mansuh 2017. Insentif bagi guru besar/pengetua di luar bandar dan sekolah berprestasi rendah, antaranya elaun, laluan pantas kenaikan pangkat. Guru cemerlang boleh dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 lebih cepat berbanding purata ketika ini 25 tahun. Guru yang mencatat prestasi rendah selepas bimbingan, akan diberi tugas lain seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum. Sumber: BHarian

Pendidikan Baru Lahirkan Modal Insan Bertaraf Dunia Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam wawancara khas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025, memberikan sepatah jawapan untuk menyimpulkan matlamat utama semua pembaharuan yang bakal diperkenalkan itu kualiti. Tanpa menafikan sumbangan besar beberapa pembaharuan ke atas dasar pendidikan sebelum ini dalam memacu pembangunan negara sejak merdeka, perubahan pesat dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara bukan saja memerlukan pelan lebih menyeluruh dan tahan diuji, tetapi bersandarkan kajian, pandangan dan hasrat semua pihak berkepentingan, dari ibu bapa, murid sehinggalah kerajaan dan industri. Sejak merdeka, bidang pendidikan menyaksikan beberapa transformasi bagi menangani masalah dan memenuhi matlamat negara. Penyata Razak 1956 misalnya, digubal bagi merapatkan jurang antara kaum dan memupuk perpaduan nasional melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan. Bina sahsiah seimbang

Teras perpaduan nasional dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi oleh Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 dan 1979. Pelaksanaan pelbagai perakuan dalam laporan itu memberi sumbangan besar kepada usaha memupuk dan memperkukuhkan perpaduan nasional. Pada 1988 pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan untuk memupuk nilai murni generasi baru melalui pembinaan sahsiah yang seimbang. Melalui falsafah itu, pendidikan dijadikan alat utama untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Transformasi ketiga dalam sistem pendidikan kita tercetus apabila kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Untuk itu, penguasaan ilmu sains dan teknologi diberi keutamaan tanpa mengetepikan pendidikan yang holistik dan bersepadu. Laporan awal PPP 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah permulaan satu lagi fasa transformasi pendidikan untuk menganjak kedudukan kita daripada negara membangun berpendapatan sederhana kepada negara maju berpendapatan tinggi. Bagi mencapai hasrat itu, negara memerlukan modal insan yang kreatif dan inovatif serta berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Seperti kata Muhyiddin, modal insan yang berdaya saing pada peringkat antarabangsa hanya lahir melalui pendidikan bertaraf dunia. Justeru, beliau menyasarkan dalam 15 tahun akan datang, sistem pendidikan Malaysia bakal meraih kejayaan seperti Korea Selatan, Finland, Jepun, New Zealand dan Singapura. Kumpul pandangan pelbagai pihak Satu perkara yang menarik mengenai proses transformasi pendidikan kali ini ialah penyertaan rakyat pelbagai lapisan dalam memberikan pandangan dan cadangan melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang diadakan sebaik PPP dilancarkan pada April 2012 lalu. Pada masa sama, Kementerian Pelajaran juga mendapatkan pandangan rakyat melalui Twitter, Facebook dan laman web. Kerajaan juga mengambil kira pandangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia, hasil kajian 12 panel bebas, empat panel antarabangsa yang dilantik, laporan daripada enam institusi pengajian tinggi awam dan sembilan makmal pendidikan. Dalam kata lain, kerajaan menyediakan ruang seluas-luasnya kepada semua pihak untuk menyatakan pandangan dalam proses transformasi pendidikan kali ini. Seharusnya tidak berlaku lagi rumah siap pahat berbunyi apabila ia dilaksanakan tahun 2013 depan.

Sistem pendidikan negara wajar menyediakan murid untuk bersaing secara kompetetif bukan hanya di peringkat dalam negara malah berkemampuan menyahut cabaran dalam skop global. Pegawai Bahagian Pengurusan Projek Kementerian Pendidikan, Dr. Hayati Ismail berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang bakal dilancarkan Ogos ini adalah pendekatan terbaik dan mampu mengubah senario pendidikan negara ke tahap antarabangsa setanding dengan negara-negara maju. "Walau bagaimanapun, pelaksanaan PPPM hanya mencapai matlamat jika dilakukan dengan penglibatan aktif daripada pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti demi membentuk satu ekosistem pembelajaran yang terbaik. "Kita tidak boleh lagi melihat sekolah sebagai satu institusi tunggal untuk kita membentuk anak-anak kita kerana sistem pendidikan sekarang memerlukan satu ekosistem ''Hal ini demikian kerana, anak-anak kita hanya berada di sekolah 14 peratus daripada masa mereka setahun manakala baki 86 peratus masa mereka digunakan bersama keluarga serta masyarakat," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Konvensyen Pendidikan Melayu dan Bumiputera: Di mana Anak Kita? dalam sesi forum mengenai topik Meritokrasi Dalam Pengambilan Pelajar Melayu dan Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Kesannya Kepada Pembangunan Sumber Manusia, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Konvensyen sehari anjuran Yayasan Pelajaran Mara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu dihadiri kira-kira 1,000 peserta terdiri murid sekolah dan penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). PPPM yang dirangka secara strategik meliputi 11 Anjakan termasuklah penyediaan akses, penguasaan kemahiran berbahasa dan penghayatan nilai. Pelan komprehensif itu diiktiraf badan dunia Unesco kerana melakukan 'public engagement' di samping mengandungi pelan strategik perlaksanaannya. Kementerian Pendidikan telah menjalankan sesi dialog terbuka di setiap negeri, mengadakan persidangan meja bulat, menerima 7,000 syor daripada umum mengenai keperluan dan kesesuaian yang perlu dimuatkan pada pelaksanaan pelan tersebut. Pelaksanaan PPPM berlangsung mengikut tiga gelombang perubahan bermula gelombang pertama tahun ini sehingga tahun 2015 diikuti lima tahun seterusnya dan gelombang ketiga bermula tahun 2020 hingga 2025. Menurut Hayati, impak pelaksanaan pelan itu mengambil masa panjang dan memerlukan masa untuk melihat hasil perubahan ke atas senario pendidikan negara yang memerlukan pelbagai pengubahsuaian. Beliau menambah, PPPM juga dihasratkan untuk memberi impak besar kepada masyarakat Melayu sejajar dengan senario di sekolah kebangsaan ketika ini. "Perkara ini adalah wajar sejajar dengan senario semasa di sekolah kebangsaan yang menunjukkan majoriti muridnya dan 85 peratus gurunya ialah Melayu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130701/pe_02/Pelan-PembangunanPendidikan-pastikan-sistem-kita-setaraf-negara-maju#ixzz2dModyXeY Utusan Melayu (M) Bhd

ASAS-ASAS PERANCANGAN STRATEGIK

1. Kekuatan 1. Sekolah mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi bagi melaksanakan program-program yang melibatkan bilangan murid yang ramai. 2. 95% tenaga pengajar sekolah ini tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah. Kesemua dari kalangan mereka merupakan generasi pendidik yang bermotivasi tinggi dan berusia diawal 40an. 3. Hampir 100% pelajar sekolah ini tinggal dikawasan perumahan bertaraf sederhana yang ada disekeliling kawasan sekolah. 4. Kebanyakan ibubapa penjaga murid sekolah ini mempunyai latar belakang pendidikan yang sederhana dan tahap sosio-ekonomi yang baik. 2. Kelemahan 2.1 Pentadbir dan Tenaga Pengajar sekolah ini mempunyai kurang pengalaman dari aspek pengajaran dan pembelajaran kerana ramai dikalangan mereka baru menceburi dunia pendidikan. 2.2 Murid-murid sekolah ini kurang mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek pembelajaran, seperti kurang memahami Bahasa Inggeris. 3. Peluang 3.1 Tahap pencapaian akademik sekolah ini, InsyaAllah boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa, sekiranya ada program yang terancang dan bersistematik. 3.2 Pihak Pentadbiran dengan kerjasama yang erat dan padu dari tenaga pengajar mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang, berdasarkan pencapaian sedia ada pelajar-pelajar ini tidaklah terlalu kritikal. 4. Halangan 4.1 Tenaga Pengajar yang kurang, mengikut keperluan opsyen. Pentadbiran tidak mampu menyusun agihan tugas mengajar sepertimana yang diperlukan. 4.2 Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti luar, yang boleh mengganggu penumpuan atau penyertaan pelajar dalam aktiviti atau program-program sekolah. 4.3 Faktor kewangan, dimana sekolah terpaksa membelanjakan separuh daripada peruntukan LPBT bagi menampung bayaran bil-bil letrik dan air yang tinggi, disebabkan kepincangan sistem pendawaian letrik.
Posted by keyboard man at 9:09 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PENDAHULUAN Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan. Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai objektif dan matlamat penubuhannya. DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR 1.1 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :

Opsyen pengkh-ususan mereka. Pengetahuan dan kepakaran. Pengalaman bertugas.

1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut :

Mata pelajaran opsyen Dua mata pelajaran elektif

1.3 Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan mempertingkatkan tahap :

Kelayakan akademik dan ikhtisas Pengetahuan Pengalaman Kemahiran

1.4 Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses pengajaran & pembelajaran yang boleh meningkatkan :

Minat pelajar Pencapaian pelajar

1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui :

Idea-idea individu Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.

DASAR 2 : PENEMPATAN PELAJAR

2.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM 2.2 Semua pelajar Tahun Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas secara rambang tetapi seimbang dari aspek :

Jantina Bangsa dan agama

2.3 Semua pelajar Tahun Dua hingga Tahun Lima akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :

Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun sebelumnya. Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai tahap potensi baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan perbezaan pengambilan mata pelajaran Moral dan Agama juga diambil kira. 2.4 Semua pelajar Tahun 6 yang terlibat dengan Peperiksaan Awam ditempatkan ke kelas mengikut criteria :

Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan potensi cemerlang. ( Ke arah Pencapaian Kualiti ) Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan sederhana. ( Ke arah Pencapaian Kuantiti ) Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan kritikal. ( Dipulihkan untuk membantu pencapaian kuantiti ) 2.5 Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas berdasarkan kriteria berikut :

Pencapaian akademiknya Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas

DASAR 3 : PENEMPATAN GURU DISESUATU KELAS 3.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru berdasarkan kriteria berikut :

Keperluan strategi sekolah Kepakaran yang dimiliki setiap guru Pengalaman mengajar setiap guru Minat atau permintaan seseorang guru DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 4 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR 4.1 Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara teliti dan terkini, meliputi perkara berikut :

Butiran Peribadi Rancangan Pengajaran Tahunan Rancangan Pengajaran Harian Senarai Buku Rujukan Senarai Nama Pelajar Maklumat Aktiviti Penilaian 4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut : Hendaklah ditaip. Disediakan mengikut format ( Minggu / Tajuk / Objektif / Kemahiran / Catatan ). Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal Persekolahan Sesi penggal pertama perlu disediakan sebelum minggu ketiga bulan Januari. Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan. Sesi penggal kedua perlu disediakan pada minggu ketiga bulan April. Diserahkan kepada Guru Besa untuk pengesahan. 4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria : Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan aktiviti Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan pembelajaran 4.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut : Pada setiap hari Jumaat Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti ke dalam buku rekodnya

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM DASAR 5 : LATIHAN MURID 5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam, yang boleh diperolehi dari :

Kedai Koperasi Sekolah Dibalut dengan pembalut plastik Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran

Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker 5.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu masa, bagi setiap mata pelajaran utama berikut : Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Agama Islam / Moral 5.3 Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis : Hari ( Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris ) Tarikh ( Dengan lengkap dan kalendar Islam ) Arahan Latihan 5.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut: Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar Kepelbagaian bentuk dan format latihan Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata pelajaran utama Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan pelajar DASAR PENGURUSAN KURIKULUM DASAR 5 : LATIHAN MURID 5.5 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan berikut :

Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera Diperiksa dengan teliti Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah Diberikan komen yang membina Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan Dicatitkan tarikh pemeriksaan Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan untuk pengesahan Guru Besar atau Guru Kanan 5.6 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut: Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Guru Besar Kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian Cemerlang sahaja DASAR 6 : PENILAIAN

6.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan system seperti berikut :

Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target ) Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun ) Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka bagi setiap mata pelajaran utama Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira bagi tujuan pelaporan prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun 6.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut : Pemerhatian Penghasilan Kerja Buku Latihan DASAR 7 : PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 7.1 Program Enam Tahun Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap kategori berikut :

Bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam Bagi setiap mata pelajaran utama Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar Diwujudkan fail bagi setiap kelas 7.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata Pelajaran Utama, yang merangkumi perkara berikut : Matlamat dan Objektif Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan Analisis Pencapaian Post Mortem dan Penambahbaikan DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN 8.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar bagi setiap kelas berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama. 8.2 Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada 1 orang pelajar terbaik secara keseluruhan bagi setiap aliran. 8.3 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada 2 orang pelajar yang mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.

8.4 Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. 8.5 Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada 2 orang pelajar yang mencapai pencapaian tertinggi dalam pernyataan aktiviti sukan. 8.6 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada 2 orang pelajar yang aktif dalam aktiviti persatuan dan beruniform. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN 8.7 Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada 2 orang pelajar atau pasukan yang mencapai tahap tertinggi ( peringkat negeri atau kebangsaan ). 8.8 Anugerah Kecemerlangan Sahsiah diberikan kepada 2 orang pelajar yang mempunyai kriteria berikut :1. Disiplin yang tinggi 2. Berbudi bahasa 3. Rajin ke sekolah 4. Berketrampilan sebagai pemimpin 8.9 Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang memperolehi keputusan Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( UPSR ). 8.10 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut:1. Semua Penerima Anugerah 2. Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah 3. Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah 4. Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah 5. Guru-guru, staf sokongan yang menaburkan bakti cemerlang 8.11 Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada bulan Januari setiap tahun. MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KURIKULUM Pengurusan Kurikulum Sekolah Kebangsaan ................. telahpun menggariskan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat berikut adalah :1. Penguasaan Kemahiran Asas dalam semua mata pelajran diakhir persekolahan Tahap Satu. 2. Pelajar berkebolehan menggunakan kemahiran belajar yang didedahkan bagi memenuhi keperluan pencarian ilmu. 3. Menguasai seberapa banyak perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris diakhir Tahap Satu. 4. Menguasai sifir dengan baik diakhir Pembelajaran Tahap Satu.

5. Menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan bermula dari tahun empat bagi semua mata pelajaran utama ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains ). 6. Mencatatkan keputusan dalam peperiksaan awam ( UPSR ) seperti berikut : 80% Lulus Keseluruhan ( Semua Mata pelajaran ) pada setiap tahun. 20% Bilangan pelajar yang mendapat 5A setiap tahun. 7. Tiada murid yang bermasalah Buta 3M diakhir Tahun 3. 8. Semua murid lulus Penilaian Asas Fardhu Ain ( PAFA ) dan Penilaian Kerja Amali.
Posted by keyboard man at 9:08 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

1. Pengurusan Tenaga Pengajar 1. Memilih guru-guru yang benar-benar sesuai bagi mengajar sesuatu kelas atau mata pelajaran. 2. Menggalakkan guru menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan dalam proses P&P mereka. 3. Memberikan peluang kepada guru-guru mendalami atau mempelajari pelbagai ilmu berkaitan pendidikan melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel atau penyertaan dalam seminar-seminar. 4. Mengadakan kursus dalam setiap kali balik atau selesai menghadiri sebarang kursus. 5. Meminimakan bilangan mata pelajaran yang mereka ajar. 6. Mengagihkan tugas mengajar secara seimbang dan adil kepada semua guru. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM 2. Pengurusan Pelajar 1. Memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 40 orang dalam sesuatu kelas. 2. Pelajar dalam kelas Tahap Satu adalah seimbang dari segi tahap pencapaian akademik. 3. Pelajar dalam kelas Tahap Dua adalah berdasarkan pencapaian semasa mereka bagi lima mata pelajaran utama mengikut hirarki berikut : Bahasa Inggeris Matematik Sains Bahasa Melayu Penulisan Bahasa Melayu Pemahaman

Pelajar-pelajar ini akan dikumpulkan ke dalam kelas Cemerlang, Lulus dan Potensi Lulus setiap kali selepas diadakan penilaian pada MAC, MEI dan OGOS. Jadual Kedatangan tidak diubah. 3. Sistem Penilaian 3.1 Sekolah melaksanakan penilaian secara formal sebanyak 4 kali setahun iaitu seperti jadual berikut :3.1.1 Penilaian Satu ( MAC ) Menentukan TOV dan Sasaran 3.1.2 Pertengahan Tahun ( MEI ) . Melihat pencapaian pelajar 3.1.3 Penilaian Dua ( OGOS ) .. Melihat pencapaian pelajar 3.1.4 Akhir Tahun ( OKTOBER ) Pencapaian pelajar sebenar bertujuan penganugerahan 3.2 Mewujudkan unsur-unsur penilaian berterusan dan daya saing yang sihat dikalangan pelajar melalui kaedah :3.2.1 10% markah dari penilaian satu dicampurkan 90% markah dari pertengahan tahun bagi tujuan Pelaporan Pertengahan Tahun. 3.2.2 10% markah dari penilaian dua dicampurkan 90% markah dari penilaian akhir tahun bagi tujuan Pelaporan Akhir Tahun. 3.3 Guru-guru dipertanggungjawab sepenuhnya bagi menggubal soalan-soakan bagi setiap peringkat penilaian dengan peranan penting dimainkan oleh setiap Panitia yang terlibat. 3.4 Analisa Keputusan Penuh perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata pelajaran. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM 4. Pengurusan Pelajar 4.1 Memastikan guru melaksanakan proses P&P secara maksimum. 4.2 Memastikan proses P&P tetap berjalan walaupun ketiadaa guru, dengan cara melaksanakan jadual guru ganti. 4.3 Proses P&P tidak diganggu dengan mesyuarat-mesyuarat. 4.4 Menggalakkan guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam melaksanakan proses P&P. 4.5 Menggalakkan guru menetapkan kuantiti latihan yang diberikan kepada murid bagi setiap mata pelajaran utama.

4.6 Menyediakan rancangan pengajaran tahunan mengikut peringkat penguasaan murid. 4.7 Melaksanakan Konsep Pembelajaran Masteri dan Minimum Adequate Slybus. 5. Melaksanakan Pelbagai Program Berterusan 5.1 Melaksanakan Program Pemantauan Head Count bagi kelas tahun 4, 5 dan 6. 5.2 Melaksanakan program Walking Dictionary bagi membolehkan murid menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. 5.3 Melaksanakan Program HELP bagi pengajaran Pendidikan Jasmani, Muzik dan Pendidikan Seni. Program ini melibatkan arahan-arahan yang mudah dalam P&P dituturkan dalam Bahasa Inggeris oleh guru. 5.4 Melaksanakan Program Pembelajaran Berbantukan Pusat Sumber Sekolah. 5.5 Melaksanakan Program Talking Board semasa proses P&P dikelas bagi kebanyakan mata pelajara. 5.6 Melaksanakan Program Kelas Bimbingan bagi membimbing murid yang lambat menguasai kemahiran, diluar jadul waktu. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM 6. Menambah Kemudahan Fizikal Dan Peralatan Pembelajaran 6.1 Berusaha mewujudkan bilik-bilik pembelajaran khas untuk Bahasa Inggeris ( SAL ) dan Bilik Matematik. 6.2 Menambah bahan-bahan pengajaran & pembelajaran melalui perancangan dan maklumat dari Panitia Mata Pelajaran. 6.3 Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran bukan formal melalui Program Keceriaan Sekolah seperti :6.3.1 Lukisan Mural 6.3.2 Pelabelan Peralatan Dan Sudut-Sudut 6.3.3 Penulisan Kata-kata Hikmat di kelas atau sudut-sudut tertentu. 7. Program Penetapan Sasaran Pencapaian 7.1 Konsep Semua pelajar yang belajar di sekolah ini telah ditetapkan sasaran tertentu untuk mereka capai bagi semua mata pelajaran utama untuk semua aliran dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. 7.2 Matlamat Supaya semua pelahar berusaha seberapa daya untuk mencapai tahap yang ditetapkan. Sebagai satu Sasaran Kerja Tahunan bagi semua guru, dengan

harapan guru sedar ada hala tuju yang hendak dicapai semasa melaksanakan proses P&P. Sebagai satu program untuk membuat perancangan yang lebik baik dimasa-masa akan datang. Sebagai satu program untuk membabitkan ibubapa atau penjaga supaya lebih memberikan perhatian terhadap pencapaian atau pembelajaran anak-anak mereka. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM 8. Penyusunan Takwim Induk Pengurusan Kurikulum Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 PERSEDIAAN Agihan Tugas Mengajar Pembinaan Jadual Waktu Persediaan Rancangan Mengajar MESYUARAT J/Kuasa Kurikulum Sekolah J/Kuasa Pusat Sumber J/Kuasa Kecemerlangan UPSR J/Kuasa Program Akademik J/Kuasa Penilaian & Peperiksaan J/Kuasa Jadual Waktu Panitia Mata Pelajaran J/Kuasa ICT PELAKSANAAN /PEMANTAUAN PROGRAM Pelaksanaan Proses P&P Penyediaan Head Count Pemeriksaan Buku Latihan Penilaian & Peperiksaan Pencerapan Proses P&P PELAKSANAAN PROGRAM SOKONGAN AKADEMIK

Minggu Bahasa Melayu Minggu Bahasa Inggeris Minggu Sains & Teknologi Minggu Matematik Minggu PSS Kelas Tambahan Kelas Bimbingan

PROGRAM KEMAJUAN STAF (BENGKEL & KURSUS ) Pemeriksaan Kertas BI Pemeriksaan Kertas BM Pemeriksaan Kertas M3 Bengkel Pembinaan JPU Orientasi Perubahan Sukatan X Kursus Kemahiran ICT STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM 10. Pemantapan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Panitia Mata Pelajaran merupakan elemen penting dalam pengurusan kurikulum yang berkesan.Oleh itu peranan panitia mata pelajaran perlu digerakkan secara aktif dan berfokus melalui aktiviti-aktiviti atau perancangan berikut :10.1 Mengadakan mesyuarat secara berkala. Sama ada secara formal atau tidak formal. 10.2 Mempunyai perancangan tahunan yang memfokuskan kepada aktiviti pemantapan keilmuan guru-guru. 10.3 Menyelaraskan aktiviti-aktiviti utama dan program-program berterusan yang dirancang. 10.4 Membuat kajian tindakan berdasarkan kajian kes-kes yang dialami.

10.5 Mengesyorkan apa-apa program baru yang perlu dilaksanakan untuk peningkatan minat dan kebolehan murid dalam sesuatu mata pelajaran. 11. Penghargaan Memberikan penghargaan kepada murid merupakan satu aspek motivasi yang berkesan dalam usaha memupuk semangat murid-murid. Oleh itu pelbagai bentuk penghargaan perlu diamalkan oleh guru atau sekolah. Diantaranya adalah :11.1 Penghargaan berbentuk kata-kata perangsang ditulis dalam buku latihan murid. 11.2 Pemberian barang-barang kepada murid yang menunjukkan peningkatan prestasi boleh dilaksanakan oleh guru-guru. 11.3 Penghargaan berbentuk keistimewaan tertentu diberikan kepada murid yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran mereka.
Posted by keyboard man at 9:04 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR 1.1 Semua guru dan kakitangan disekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar. 1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat. 1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang. DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR 2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum, tanpa sekatan. 2.2 Setiap pelajar disekolah ini akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran. 2.3 Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik. 2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku Peraturan Sekolah pada setiap masa. 2.5 Setiap pelajar dikehendaki hadir pada hari Pendaftaran Sekolah. DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR

3.1 Pelajar yang sering atau selalu melanggar Peraturan Sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. 3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah. 3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan Nasihat dan Bimbingan dalam menangani permasalahan disiplin. 3.4 Ibubapa atau penjaga, pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab diperlukan menulis surat kepada Guru Kelas. DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR 4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan. 4.2 Semua pelajar akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR 5.1 Sekolah akan mempastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui programprogram yang dirancang seperti :

Pemeriksaan Gigi dan Mata Pemeriksaan Kesihatan Sekolah Program RMT Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan Ceramah dan kempen

5.2 Kebenaran diberikan kepada penjaga untuk membawa pelajar-pelajar yang sakit mendapatkan rawatan di hospital. 5.3 Pelajar yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan dan penjagaan yang sempurna di bilik rawatan. Penjaga akan dihubungi. 5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu, terhadap kes-kes kecemasan yang kronik. 5.5 Pemeriksaan kesihatan seperti rambut, kuku dan sebagainya akan sering dilaksanakan. 5.6 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR 6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk diperingkat sekolah. 6.2 Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada mana-mana individu, kumpulan yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini. 6.3 Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua bentuk hebahan terhadap sebarang keburukan setiap individu pelajar di sekolah ini. 6.4 Pihak sekolah akan cuba membantu pelajar-pelajar yang cemerlang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik di tempat belajar yang lebih sempurna. MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Sahsiah Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Jana telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut adalah :1. Mempastikan pelajar di sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini. 2. Mempastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi Peraturan Sekolah. 3. Mempastikan pelajar sekolah ini mengamalkan Budaya Hidup Sihat. 4. Mempastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru. 5. Mempastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut :i. Ponteng Sekolah ii. Merokok iii. Terlibat Dalam Pergaduhan iv. Kelakuan Lucah v. Kurang Ajar atau Biadap vi. Merosakkan Harta Awam 6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya. 7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murid melalui pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh sekolah. 8. Mempastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta sekolah. 9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.

Posted by keyboard man at 9:01 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR 1. Sistem Pendaftaran Pelajar 1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran Pelajar secara serentak dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. 1.2 Hari Pendaftaran Pelajar dijalankan 2 atau 3 hari sebelum sesi persekolahan sebenar. 1.3 Para pelajar diminta membawa Borang Maklumat Murid dan Borang Maklumat Penjaga semasa hadir ke Hari Pendaftaran pelajar. 1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari Pendaftaran Pelajar adalah seperti berikut :1.4.1 Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan Borang Maklumat Murid dan Borang Maklumat Penjaga. 1.4.2 Pembayaran Yuran Persekolahan. 1.4.3 Pengagihan Buku Teks. 1.4.4 Taklimat Sistem Pentadbiran Sekolah kepada ibubapa atau penjaga. 1.5 Menggunakan Jadual Kedatangan Sementara sehinga akhir Januari. 1.6 Memasukkan data murid ke dalam Buku Rekod Pendaftaran Sekolah sebelum akhir bulan Februari. 2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah 2.1 Semua pelajar perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah. 2.2 Membuat pelantikan Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6. 2.3 Bilangan Pengawas Sekolah adalah 8% daripada bilangan keseluruhan pelajar pada tahun semasa. 2.4 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :2.4.1 Pencalonan dari guru kelas 2.4.2 Temuduga oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah 2.4.3 Kursus Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab

2.4.4 Tempoh Percubaan sepanjang bulan Januari 2.4.5 Majlis Watikah Pelantikan 2.5 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR 3. Pelaksanaan Program-Program Kesihatan 3.1 Mempastikan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan menepati sasaran dan matlamat pelaksanaannya seperti berikut :3.1.1 Bilangan murid yang terlibat 3.1.2 Pemilihan murid yang tepat 3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat 3.2 Mempastikan pelajar menggunakan sepenuhnya WAKTU REHAT secara berfaedah seperti berikut :3.2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera 3.2.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan 3.2.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya 3.2.4 Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari Pusat Sumber 3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :3.3.1 Pemeriksaan Mata 3.3.2 Pemeriksaan Gigi 3.3.3 Pemeriksaan Kuku dan Rambut 3.3.4 Pemeriksaan Kesihatan oleh Unit Kesihatan Sekolah 3.4 Mempastikan pengurusan kantin dan persekitaran sekolah sentiasa bersih. 3.4.1 Pekerja kantin mendapatkan suntikan dari Jabatan Kesihatan 3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti 3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri

3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan 3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas 3.5.2 Gotong-royong 3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya. 4. Mempertingkatkan Peranan Guru-guru 4.1 Guru perlu sentiasa memberikan layanan yang adil kepada semua pelajar dalam sebarang tindakan yang diambil. 4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK bukan MENGHUKUM. 4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.
Posted by keyboard man at 8:51 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR 5. Mewujudkan Sesi Kaunseling dan Motivasi 5.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling melalui aktiviti berikut :5.1.1 Perjumpaan khas dengan Guru Kaunseling 5.1.2 Lawatan khas Guru Kaunseling ke rumah. 6. Pelaksanaan Modul-Modul Dalam Program SEKOLAH SELAMAT 6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN. 6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan perkara-perkara berikut :- 6.2.1 Keselamatan Jalanraya 6.2.2 Keselamatan Dalam Negeri ( Kes Jenayah Juvana ) 6.2.3 Keselamatan

7. Penggalakan Penyertaan Aktiviti Luar 7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti :7.1.1 Menyertai Pertandingan Melukis dan Mewarna 7.1.2 Menyertai Pertandingan Kokurikulum Akademik 7.1.3 Menyertai Rombongan atau Lawatan Belajar 7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :7.2.1 Pembacaan di Pusat Sumber 7.2.2 Menghadiri Kelas Tambahan dan Tuisyen 7.2.3 Program bersama keluarga STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM 8. Penyusunan Takwim Induk Pengurusan Hal Ehwal Murid Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 PERSEDIAAN Agihan Tugas X X Senarai Murid ke Kelas X X Pendaftaran Pelajar X Edaran Borang SPBT X Pemilihan Pengawas Pemilihan Peserta RMT X Perancangan Program Transisi X Pemilihan Murid Layak SPBT MESYUARAT J/Kuasa Induk HEM X J/Kuasa Disiplin X J/Kuasa Pendaftaran X X J/Kuasa RMT & Kantin J/Kuasa Kebajikan J/Kuasa Keselamatan J/Kuasa Bimbingan X X X J/Kuasa SPBT X X J/Kuasa Kesihatan X X J/Kuasa Motivasi X X J/Kuasa Aktiviti Luar X X X J/Kuasa Kebersihan X X X PELAKSANAAN / PEMANTAUAN PROGRAM Pelaksanaan RMT Kawad Keselamatan Pemeriksaan Mata Pemeriksaan Gigi Pemeriksaan Kuku & Rambut Pemeriksaan Kesihatan Pengisian Buku Daftar Rekod Murid X X X Pendaftaran Tahun 1 Program Motivasi Murid Pertandingan Kebersihan Kelas Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Kempen Anti Dadah
Posted by keyboard man at 8:38 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR 1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan gelaran Guru Penasihat.

1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :

Persatuan Beruniform Sukan dan Permainan

1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :

Menggubal perlembagaan Melantik Jawatankuasa Merekod Kehadiran Pelajar Melaksanakan aktiviti harian Membuat penilaian Menyediakan laporan

DASAR 2 : PENYERTAAN PELAJAR 2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :1. 2. 3. Persatuan Beruniform Sukan dan Permainan

2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah. 2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan. DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN 3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan dijalankan pada petang Khamis secara bergilir. 3.2 Kegiatan Sukan dan Permainan dijalankan mengikut jadual berikut:

Hari Isnin untuk pelajar Tahun 4 bagi kegiatan Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Olahraga Hari Selasa untuk pelajar Tahun 5 bagi kegiatan Hoki, Bola Baling, Ping Pong dan Badminton Hari Rabu untuk pelajar Tahun6 bagi kegiatan Bola Tampar, Ragbi Sentuh, Permainan Tradisional dan Olahraga 3.3 Semua kegiatan akan bermula jam 4.30 hingga 5.30 petang.

3.4 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :

Cuaca buruk ( Hujan lebat atau ribut petir ) Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah Atas arahan Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum

DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH 4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon Daerah atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan. 4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program Sasaran, iaitu :

Sepak Takraw, Ping Pong dan Olahraga Koir, Choral Speaking dan Tilawah

4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang tertinggi melalui :

Latihan yang bersistematik Kelengkapan yang sempurna Pertandingan dalaman Penyertaan yang aktif

DASAR 5 : PENGHARGAAN 5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :

Barangan atau Wang Tunai Sijil Penghargaan Sekolah

5.2 Mewujudkan Anugerah Khas Atlet Harapan kepada pelajar yang cemerlang pencapaian dalam sukan dan permainan.
Posted by keyboard man at 8:26 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan dalam Sistem Pendidikan kita. Dimana murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti

kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat berikut :1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. 2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran serta memupuk semangat juang yang tinggi. 3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan yang berfaedah. 4. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai jenis permainan. 5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang erat. 6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi kehidupan seharian dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam aktivitiaktiviti berikut:6.1 Sukan dan rekreasi 6.2 Kegiatan Badan Sukarela 6.3 Program-program kemasyarakatan 7. Mempastikan sekolah mempunyai identiti dalam aktiviti kokurikulum melalui pencapaian cemerlang dalam permainan dan aktiviti berikut :7.1 Sepak Takraw 7.2 Ping Pong 7.3 Musabaqah, Tahfiz dan Bercerita Kisah Al Quran 7.4 Choral Speaking 8. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan kokurikulum diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan. 9. Mempastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum diperingkat zon, daerah dan negeri.
Posted by keyboard man at 7:39 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar 1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan ketiga-tiga bidang kokurikulum berikut :1.1.1 Sukan dan Permainan 1.1.2 Bdan Beruniform 1.1.3 Persatuan / Kelab 1.2 Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk melaksanakan aktiviti. 1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti melalui :1.3.1 menyertai kursus-kursus 1.3.2 penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan 2. Penyertaan Murid 2.1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap bidang kegiatan kokurikulum yang ditawarkan berikut :2.1.1 Bidang Sukan dan Permainan 2.1.2 Bidang Beruniform 2.1.3 Bidang Persatuan / Kelab 2.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti permainan dan persatuan yang ditawarkan kepada mereka. 2.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform. Pilihan ini kekal sehingga tamat persekolahan rendah. 2.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam manamana aktiviti Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had. 2.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam Rekod Pelaporan Murid.
Posted by keyboard man at 7:38 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM 3. Penjadualan Kegiatan 3.1 Kegiatan Kokurikulum di sekolah ini dijalankan secara berasingan mengikut aliran seperti berikut :1. 3.1.1 Tahun Empat pada hari Selasa setiap minggu 2. 3.1.2 Tahun Lima pada hari Rabu setiap minggu 3. 3.1.3 Tahun Enam pada hari Khamis setiap minggu 4. 3.1.4 Hari Isnin dan Jumaat diberi ruang untuk latihan Pasukan Sekolah 3.2 Masa bermula kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut :5. 3.2.1 Jam 3.30 hingga 4.30 ( Aktiviti Persatuann atau Beruniform ) 6. 3.2.2 Jam 4.30 hingga 5.30 ( Aktiviti Permainan ) Nota : Penjadualan kegiatan di atas dibuat setelah mengambil padangan dari Ibubapa, guru-guru dan beberapa aspek lain yang munasabah. 4. Penawaran Aktiviti bagi Bidang Kegiatan Kepada Murid 4.1 Murid Tahun Empat ditawarkan aktiviti permainan seperti berikut :7. 4.1.1 Bola Sepak 8. 4.1.2 Bola Jaring 9. 4.1.3 Olahraga 10. 4.1.4 Sepak Takraw 4.2 Murid Tahun Lima ditawarkan aktiviti permainan seperi berikut :11. 4.2.1 Sepak Takraw 12. 4.2.2 Badminton 13. 4.2.3 Olahraga 14. 4.2.4 Ping Pong 4.3 Murid Tahun Enam ditawarkan aktiviti permainan seperti berikut :15. 4.3.1 Ping Pong 16. 4.3.2 Hoki 17. 4.3.3 Bola Baling 18. 4.3.4 Olahraga 4.4 Semua murid ditawarkan aktiviti beruniform seperti berikut :19. 4.4.1 Pengakap Muda 20. 4.4.2 Bulan Sabit Merah 21. 4.4.3 Puteri Islam
Posted by keyboard man at 7:32 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM 5. Peningkatan Kemudahan Fizikal

1. Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut :2. Padang yang mencukupi ukuran dan baik 3. Gelanggang permainan yang sentiasa diurus 4. Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi serta memenuhi keperluan sejajar dengan bilangan murid. 5. Menyediakan tempat penyimpanan alatan yang mudah diuruskan seta mudah diambil apabila diperlukan. 6. Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah 1. Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri. 2. Bagi menjamin kejayaan penyertaan,latihan pasukan sekolah yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan. 3. Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid atau pasukan sekolah yang cemerlang. 7. Penganugerahan 1. Bagi menarik perhatian semua murid system penganugerahan kokurikulum perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :I.Tokoh Kokurikulum Sekolah II.Olahragawan dan Olahragawati Sekolah III.Juara Sukan Tahunan IV.Pasukan Terbaik Sekolah 2. Penganugerahan in disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan.

You might also like