You are on page 1of 5

Topik 3:

Teori-teori pendidikan seni


Oleh: Hassan Mohd Ghazali
Fakulti Seni dan Muzik

Seni sebagai mimesis


(Teori seni Plato)

Plato merupakan sorang ahli falsafah Yunani yang hidup tahun 428-348
SM, merupakan seorang penyair yang sangat produktif. Telah
menghasilkan banyak cerita dan puisi dalam bentuk dialog. Kebanyakan
persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog.
Persoalan seni yang dikemukakan oleh Plato di bincangkan dalam
bukunya bertajuk Republik X. Dalam buku tersebut adalah dialog antara
Socretes dan Glancon. Dalam dialog tersebut Plato dengan tegasnya
menyatakan bahawa seni adalah suatu ‘mimesis’. Beliau menggunakan
perkataan mimesis yang bermaksud imitasi atau peniruan. Dialog yang
dibincangkan dalam buku Republik X itu jelas merujuk kepada karya
catan, lukisan dan arca. Plato menjelaskan bahawa pelukis atau ahli catan
ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain.
Menurut Lok (1997) dalam bukunya Falsafah barat klasik Plato
dan Aristotle, menyatakan bahawa konsep mimesis yang diutarakan oleh
Plato boleh mempunyai maksud berikut:
1. mengulangi atau mengeluarkan semula kata-kata atau gerak
tangan atau perbuatan seseorang lain,
2. membuat suatu tiruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan
dengan benda atau objek,
3. berlagak seperti orang yang lain, dan
4. mewakili aksi-aksi manusia.
Dalam bukunya bertajuk Republik beliau membincangkan
berkenaan bagaimana perbezaan antara pembuat atau tukang dengan
pelukis yang mempunyai perbezaan dalam penghasilan karya, dan
menegaskan tentang konsep peniruan dari pelukis. Sebagai contoh petikan
dalam satu dialog tersebut berbunyi:
Kata ku: Tidak susah pun, ada sesuatu yang tukang itu boleh buat
di mana-mana pun, dan membuatnya dengan cekap pula. Kau
sendiri boleh buat. Kau ambil cermin, bawa ke mana-mana maka
dengan pantas dapat kau hasilkan matahari dan semua benda di

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 1


@ Hassan Mohd Ghazali
langit, di bumi, diri mu, bintang-bintang lain, alat-alat, pepohon
dan semua objek-objek yang kita sebut tadi.
Ya, tapi pantulan benda tersebut buat realiti dan kebenarannya.
Kata ku: Bagus, Kau sudah berjaya membantu hujah di saat yang
tepat. Aku kira pelukis tergolong ke dalam kelas penghasil ini
betul tak?
Betul
Aku fikir akan kau katakan bahawa ciptaannya tidak benar dan
betul. Tapi dapat ditegaskan bahawa pelukis juga menghasilkan
kerusi mengikut caranya sendiri, betul tak?
Katanya: Ya, dia juga boleh menghasilkan, rupa sebuah kerusi
Bagaimana pula tentang pembuat almari? Bukankah kau tadi
berkata bahawa dia tidak membuat idea atau bentuk yang kita kata
adalah kerusi yang sebenar, kerusi itu sendiri, tapi hanyalah
tiruan sebuah kerusi?
Ya, demikian ku katakan tadi
Jadi kalau dia tidak membuat benda yang sebenar maka dia
tidaklah boleh dikatakan pembuat perwujudan yang sebenar.
Tetapi dia adalah pembuat sesuatu yang menyerupai perwujudan
sebenar. Tapi kalau ada orang yang berkata bahawa perwujudan
itu di dalam ertinya yang sepenuh adalah tergolong ke dalam
karya pembuat almari atau bahawa perwujudan itu adalah
tergolong ke dalam karya tukang lain, maka dia berkata yang
tidak benar.
Dia berkata: Demikianlah pendapat orang-orang yang mahir di
dalam alasan begitu. Kita janganlah terperanjat bahawa ini juga
adalah merupakan satu bayang-bayang samar jika dibandingkan
dengan realiti.
Betul, Kita mesti jangan terperanjat
Jadi bolehkah kita gunakan contoh-contoh ini sendiri dalam usaha
mencari sifat asli peniru itu?
Katanya: Silakan
Kita ambil tiga buat kerusi, Yang pertama ialah yang ada di alam
nyata yang dibuat oleh Tuhan. Atau kalau tidak siapa lagi?
Kemudian yang kedua, kerusi yang dibuat oleh tukang kayu
Katanya: Ya, Dan ketiga ialah kerusi yang dilukis oleh pelukis.
Bukankah begitu?
Ya, Pelukis, tukang kerusi dan Tuhan. Ketiga-tiganya membuat
tiga jenis kerusi.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 2


@ Hassan Mohd Ghazali
Ya tiga
Tuhan membuat dan mencipta hanya sebuah kerusi, kerusi yang
sebenar. Mungkin inilah yang diinginkannya atau mungkin inilah
hasil dari desakan yang dikenakan ke atasnya supaya jangan
membuat lebih dari satu kerusi di alam nyata. Dua, atau lebih
kerusi tak pernah dicipta oleh Tuhan. Oleh sebab itu tak akan
wujud.
Dia bertanya: Kenapa pula?
Kata ku: Kalau Tuhan mencipta hanya dua kerusi, akan muncullah
kembali satu kerusi tersebut yang memiliki idea dan bentuk, dan
kerusi inilah yang benar dan sejati, sedangkan yang kedua-dua
lain itu tidak.
Katanya: Betul
Maka Tuhan tahu akan hal ini, dan dia ingin menjadikan pencipta
sebenar kerusi yang satu-satunya itu, dan bukan kerusi-kerusi
yang lain.
Katanya: Itulah yang cukup betul, sebab melalui dan di alam
semula jadilah Tuhan membuat kerusi tersebut, dan membuat
segala-galanya.
Dan bagaimana pula tentang tukang kayu? Bolehkah kita panggil
dia pencipta kerusi?
Boleh.
Juga bolehkah kita kata bahawa pelukis adalah pencipta dan
pembuat benda-benda macam itu juga?
Sama sekali tidak boleh.
Apakah mengikut pandangan kamu pelukis ini bersabit dengan
kerusi?
Katanya: Bahawa pelukis adalah peniru benda yang dihasilkan
oleh orang lain adalah nama yang cukup berpadanan dengannya.
Kata ku: Bagus sekali, penghasil sebuah yang ketiga kali terpisah
dari alam semula jadi kau namakan peniru?
Ya.
Berdasarkan dialog di atas Plato telah menjelaskan bahawa
pelukis adalah peniru kepada benda yang dihasilkan oleh tukang. Tukang
mendapat idea dari Tuhan. Oleh yang demikian hasilan karya oleh pelukis
itu bukanlah bentuk yang sebenar ia adalah peniru atau dipanggil mimesis.
Dalam kenyataan dialog di atas Tukang kayu adalah pencipta kerusi yang
mendapat idea dari Tuhan. Kerusi tersebut adalah dalam bentuk yang
sebenar atau 3 dimensi yang boleh diduduki. Sementara pelukis meniru
kerusi untuk dijadikan gambar (lukisan), maka peniruan itu bukanlah
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 3
@ Hassan Mohd Ghazali
sebenarnya kerusi. Maka, Plato mengatakan bahawa ada tiga buah kerusi
dari tiga sumber iaitu bentuk atau idea kerusi oleh Tuhan, perabot kerusi
oleh tukang kayu dan lukisan kerusi oleh pelukis.
Bagi Plato lukisan kerusi yang dihasilkan oleh pelukis adalah
bukan kerusi sebenar itu adalah cerminan sahaja. Oleh yang demikian ia
tidak boleh diterima dan satu yang tidak betul atau tidak benar. Plato tidak
menerima realiti yang dilukis oleh pelukis dan beliau menganggap karya
seni tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa-apa hal.
Plato juga berpendapat bahawa puisi-puisi yang dipuja oleh orang
Yunani pada zamannya sebagai yang baik. Bagi nya penyair-penyair ini
adalah berpura-pura arif, akan tetapi kesemuanya adalah palsu, yang
melekakan dan boleh melalaikan. Penyair mencipta puisi adalah atas
landasan pengaruh emosi semata-mata tidak bersandarkan kepada
pendalilan logik. Beliau suka kepada penulis-penulis yang menghasilkan
tulis tentang strategi peperangan, baginya itu adalah suatu yang mulia dan
memberi keberkatan kepada rakyat dalam peperangan.
Mimesis adalah peniruan, bukan sahaja merujuk kepada pelukis
malah kepada pemuisi, dan pelakon. Plato menegas akan bahasa ke
banyakkan penyair atau pelakon akan cuba meniru kelaluan dan kata-kata
dewa Yunani. Tetapi masalahnya ialah mereka memberi suatu gambaran
yang tidak tepat terhadap kelakuan aksi dan kata-kata dewa.
Dengan tegasnya Plato mengatakan bahawa seniman-seniman yang
dimaksudkan patut dibuang dari republik. Alasannya antara lain ialah:
1. Seorang seniman (seperti seorang pelukis atau ahli
catan) hanya menghasilkan tiruan daripada objek yang
terdapat di dalam dunia fizikal. Jadi ia bukan sumber
untuk pengetahuan. Jika kita ingin mengetahui ciri-ciri
sebuah kerusi, adalah lebih sesuai dan baik jika kita
mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau lukisan
kerusi itu.
2. Dalam teori bentuk-bentuk (Idea-idea) yang disampaikan
oleh Plato, beliau telah menegaskan bahawa objek dunia
fizikal hanya menyerupai bentuk-bentuk dalam dunia
bentuk-bentuk. Oleh itu kita hanya mendapat ilmu atau
pengalaman sebenar daripada bentuk-bentuk dan bukan
dari objek fizikal. Oleh sebab seseorang seniman hanya
meniru objek fizikal, maka hasilnya adalah dua kali
terpisah dari pengetahuan yang sebenar, dan
pengetahuan yang sebenar hanya boleh didapati melalui
penaakulan dan fikiran.
3. Karya seni boleh menipu kita. Seorang kanak-kanak atau
seorang dewasa yang boleh akan mempercayai bahawa
dia sedang berhadapan dengan sebuah kerusi semasa dia
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 4
@ Hassan Mohd Ghazali
melihat catan sebuah kerusi. Keadaan yang sama timbul
dengan puisi atau drama. (Lok , 1997)

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 5


@ Hassan Mohd Ghazali

You might also like