You are on page 1of 10

Topik 5:

Teori-teori pendidikan seni


Oleh: Hassan Mohd Ghazali
Fakulti Seni dan Muzik

Falsafah kesenian Melayu


(Pandangan Nakula tentang konsep kesenian Melayu)

Nakula nama sebenarnya ialah Abdullah bin Muhamed dilahirkan di


kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Pada awal
tahun 1956 berkhidmat sebagai guru agama di Maktab Sultan Ismail, Kota
Baharu. Beliau suka menyelidik dan mengkaji bidang-bidang agama,
sejarah, seni dan budaya, politik, astronomi dan falsafah. Di samping itu
beliau juga banyak menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa
Melayu seorang tokoh falsafah pemikiran konsep kesenian Melayu Islam.
Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui
falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut
beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut
terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman.
Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku.
Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting
iaitu sifat-sifat yang berikut:
1. Sifat-sifat ‘Jamal’ bererti sifat-sifat Keindahan yang sama dengan
‘Vishnu’ dalam bahasa Sanskrit.
2. Sifat-sifat ‘Jalal’ bererti sifat-sifat kehebatan yang sama dengan
‘Shiva’ dalam bahasa Sanskrit.
Tetapi sifat-sifat Jalal sentiasa tersembunyi kerana ditekan dan
dikuasai oleh sifat Jamal. Oleh yang demikian sifat-sifat Jamal lebih nyata.
Ini terbukti dalam gambaran hadis berbunyi, “ Allah Jamal (indah) dan
cintakan Jamal (Keindahan)”. Sifat Jamal lebih kepada konsep cinta, belas
kasihan dan sifat-sifat kebaikan sementara Sifat Jalal lebih kepada konsep
benci, marah dan sifat-sifat keburukan.
LAMBANG BUNGA TERATAI
Dalam mentafsirkan lambang, bentuk dan sesuatu motif, Nakula telah
mentafsirkan sebagai mempunyai suatu makna yang tersirat mengikut
falsafah Melayu. Bunga teratai adalah mempunyai makna yang tersirat.
Terdapat dua jenis lambang iaitu:
1. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Ketuhanan
2. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Kealaman
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 1
@ Hassan Mohd Ghazali
Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah ada lah lambang Zat Allah
yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang
dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”.
Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah
seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan
wujudnya bersama kudup.
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang
mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat
segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun
hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu
terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.

Tangkai bunga sebagai Kudup bunga sebagai lambang


lambang Zat Allah Hakikat Muhammadiyah

Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan


segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang
berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu
yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

Sekuntum bunga teratai yang


berkembang sebagai lambang
hakikat-hakikat segala sesuatu.

Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut


Nakula zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 2


@ Hassan Mohd Ghazali
berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai
akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan
manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar.
Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur
Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah
sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah
melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.

Sekuntum bunga teratai yang


berkembang sebagai lambang alam
besar.

Nakula juga dalam falsafahnya menyatakan bahawa bunga teratai adalah


lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan
tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau
bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut
beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam
upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu. Rajah di bawah
menunjukkan makna-makna tersirat pada kuntum bunga teratai.

7. Muhamad S.A.W
6. Alam Nyata

5. Alam Ghaib

4. Alam Ghaib lagi ghaib


2. Hakikat Muhammadiah

1. Zat Allah
3. Hakikat-hakikat segala sesuatu

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 3


@ Hassan Mohd Ghazali
LAMBANG WAU BULAN
Lambang Wau bulan merupakan simbul yang tersirat yang berasal dari
motif bunga teratai. Menurut Nakula lambang ini adalah berasal dari
pengambilan Sanjaya dari datuknya iaitu “bunga teratai”, kemudian
diubah suai hingga menjadi satu bentuk seperti wau. Menurutnya lagi
Sanjaya mengubah konsep-konsep bahagian-bahagian penting dari satu
tubuh manusia yang diperlambangkan pada teratai. Menurut Sanjaya
bahawa bahagian-bahagian penting dari suatu tubuh manusia itu adalah
ada tiga bahagian iaitu:
1. Kepala bersama tengkok
2. Dada bersama pinggang
3. Tangan bersama kaki
Lihat rajah dibawah menunjukkan bahagian bunga teratai yang
dilambangkan oleh Sanjaya:
Kepala-tengkok
Dada-pinggang

Tangan-kaki

Gambar rajah di sebelah


menunjukkan bahagian-bahagian
tubuh manusia yang disamakan
dengan bahagian bunga teratai
yang disebut oleh Sanjaya.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 4


@ Hassan Mohd Ghazali
MOTIF-MOTIF TRADISIONAL MELAYU
Nakula telah mengemukakan falsafah dan teori yang sama dalam motif-
motif tradisional kraf. Antaranya ialah motif dalam ukiran dan motif
dalam batik. Pendapat beliau mengatakan bahawa motif-motif dalam batik
adalah pengaruh dari motif ukiran, kerana itu beliau berkata kalau hendak
mencari motif-motif tersembunyi atau falsafah-falsafah motif-motif batik
itu, mestilah dicari pada falsafah motif-motif ukiran.
Beliau mengatakan bahawa keindahan dalam karya seni orang
Melayu adalah berteraskan kepada pangkalan atau bertitik-tolak kepada
aqidah ketuhanan. Zat Allah adalah zat yang disembah adalah yang ‘esa’
tiada dapat digambarkan atau diceritakan dan tiada dapat difikirkan oleh
akal. Zat Allah mempunyai 2 kelompok sifat iaitu:
1. Sifat-sifat keindahan (Jamal) Kebaikan
2. Sifat-sifat kehebatan (Jalal) Keburukan
Punca ‘keindahan’ juga datangnya dari Allah iaitu zat yang mempunyai
sifat ilmu (subjek) bertemu/melihat sesuatu yang ada dalam ilmunya
(Objek), maka yang lahir ialah Jamal (indah) dan berlaku penghayatan
kerana kedua-duanya berasal dari sifat esa ‘Ilmu Allah’. Nilai keindahan
seseorang dengan seseorang adalah berbeza bergantung pada:
• Tinggi rendahnya tahap penonjolan sifat Jamal dan Jalal
• Falsafah/estetika/kebudayaan sesuatu bangsa.
Sebagai contoh ditunjukkan dalam bentuk rajah di bawah:
Situasi 1: Kesesuaian -penghasilan

Tukang Ukir Bunga Bunga ukir Ukiran


(subjek) + ilmu (Objek) Hasilan
sifat Jamal + Zat Allah yang (manifestasi dari keindahan zat Allah)
Takwa bersifat indah

Situasi 2: Kesesuaian: penghayatan (apresiasi)

Ukiran Peminat Ukiran


(Objek) (subjek) + Ilmu +
sifat Jamal +
takwa

Manifestasi tukar ukir terhadap zat Allah yang maha esa.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 5


@ Hassan Mohd Ghazali
Situasi 3: Penyisihan (Penolakan)

Ukiran Individu
(Objek) (subjek) tanpa sifat Jamal yang
manifestasi tukang ukir terhadap menonjol, tanpa takwa atau
zat Allah yang inddah berlainan budaya/agama

Bagi melihat keindahan dapat dibuat melalui:


• Pendekatan Ilmu Ketuhanan (Ilmu - Kalum)
• Pendekatan Ilmu Hakikat (Ilmu – Hakikat)
Menurut beliau pendekatan falsafah bunga atau motif bagi kraf tradisi
Melayu ialah:
Tumbuh berpunca
Punca penuh rahsia
Tajam tidak menujah lawan
Lilit tidak memaut kawan
1. Tumbuh berpunca:
Berpunca dari Allah – Zat Allah tidak dapat digambarkan dan difikirkan
oleh akal manusia.
Dari Zat Allah di manifestasikan “Benih Alam” yang mempunyai sifat
hayat, ilmu iradat dan kudrat.
• Ilmu yang ada pada sifat “Benih Allah” iaitu sifat Allah
• Zat yang berilmu dinamakan “Alim” (subjek)
• Kandungan yang ada dalam ilmu dinamakan “Maklum” (objek)
• Objek-objek dan ilmunya dinamakan “Alam”.
2. Punca penuh rahsia
Rahsia dalam bahasa Arab disebut ‘Sirr’ iaitu Zat Allah dan sifatnya yang
disebut ‘Benih Alam’. Dari rahsia itu muncullah ‘Benih Alam’ dan dengan
sifat ‘Allah Yang Indah dan Cintakan Keindahan’.
Para pengukir melihat alam yang indah dengan pandangan ‘Syuhud’ (iaitu
melihat dengan akal dan kalbu) yang pada hakikat sebenarnya “Melihat
Keindahan Allah”.
Bunga-bungaan, daun-daunan yang melihat adalah pancaran keindahan
Allah – melihat dengan ilmu, melihat dengan iman – timbul rasa taqwaan
terhadap Allah.
Pandangan syuhud –menimbulkan penghayatan. Penghayatan menyedari
hakikat kebesaran dan kemuliaan Allah – pencipta Maha Agung dan Maha
Esa
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 6
@ Hassan Mohd Ghazali
3. Tajam tidak menujah lawan – Lilit tidak memaut kawan
Setelah dinyatakan sebelumnya Zat Allah mempunyai 2 kelopak sifat
iaitu:
3. Sifat-sifat keindahan (Jamal) Kebaikan
4. Sifat-sifat kehebatan (Jalal) Keburukan
Alam mewarisi kedu-dua sifat tersebut tetapi sifat indah itu lebih nyata
dan sifat kehebatan itu tersembunyi. Bagi insan yang pengasih, tenang dan
mencintai keindahan, sifat kehebatan akan terus terpendam dalam jiwanya.
Para pengukir adalah insan yang melihat alat dengan ‘syuhud’ – mencintai
keindahan dan mengharapkan keindahan dan keharmonian. Kerana alam
ini datang dari Allah.

Falsafah bunga ukir Melayu:


Tumbuh berpunca
Punca penuh rahsia
Tajam tidak menujah lawan
Lilit tidak memaut kawan

Nakula juga telah membicarakan bahawa setiap motif bunga mempunyai


susun galur yang berpunca dari benih-benih tertentu, antaranya ialah:
• Permulaan dari benih tertutup atau tersembunyi
• Permulaan dari satu benih nyata
• Permulaan dari dua benih nyata
• Permulaan dari pasu
• Permulaan dari benih bunga

Permulaan benih tertutup.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 7


@ Hassan Mohd Ghazali
Benih tertutup dengan daun hingga tiada kelihatan lagi serupa dengan
alam yang kita nampak, fenomenanya sahaja tanpa diketahui datang dari
mana. Sebagai contoh dalam motif di bawah:

Permulaan dari satu benih nyata


Satu benih melambangkan kelahiran alam ‘dari satu titik’. Dari benih ini
muncul alam yang terbahagi kepada dua sifat-sifat Jamal dan Jalal. Motif
di bawah adalah contoh.

Permulaan dari dua benih nyata

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 8


@ Hassan Mohd Ghazali
Dua benih yang melambangkan kelahiran alam dari dua sifat-sifat Jamal
dan sifat-sifat Jalal, tetapi semuanya harmoni menjadi suatu “keindahan”.
Motif di bawah adalah sebagai contoh:

Permulaan dari benih pasu


Kelahiran alam dari satu benih yang mengandungi di dalamnya sifat-sifat
Jamal dan sifat-sifat Jalal dari dalam satu pasu. Contoh motif adalah di
bawah:

Permulaan dari benih bunga

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 9


@ Hassan Mohd Ghazali
Kelahiran alam dari sifat-sifat Jamal yang perlambangan dengan bunga,
tetapi di dalamnya mengandungi sifat-sifat Jamal dan Jalal yang lahir
dalam alam nya. Contoh motif seperti di bawah.

KESIMPULAN
Nakula telah mengutarakan falsafah Melayu Islam dalam seni reka motif
tradisional Melayu. Pengutaraan falsafah yang diutarakan oleh beliau
terlah menjadi panduan kepada pengkaji dan penyelidik untuk mengkaji
falsafah motif dan kepentingan dalam masyarakat Melayu.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 10


@ Hassan Mohd Ghazali

You might also like