APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM.

BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR- PAKAR TENTANG KURIKULUM

Mohd Asnawi Satdimin Md Shufian Awang Avelyn Siang Nur Atiqah Basri

Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Teknik Dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris

(18 hb Oktober 2010)

ABSTRAK

Penulisan

ini

dilakukan

bertujuan

untuk

mengetahui

apakah

yang

dimaksudkan dengan kurikulum. Definisi kurikulum menurut kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsurunsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulum bermaksud semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Selain itu, terdapat juga perbincangan pendapat dan pandangan pakar- pakar mengenai kurikulum. Penulisan ini juga telah membincangkan mengenai definisi kurikulum, pendapat dan pandangan pakar berserta tokoh atau pengkaji berkaitan kurikulum. Antara lain, kajian ini juga membincangkan tentang kurikulum secara umum di Malaysia. Terdapat juga perbincangan secara umum mengenai kurikulum awal kanak- kanak di Malaysia.

pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. 2008). 1990). pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. Secara umumnya. . hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam bentuk yang praktikal. Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh. Dalam konteks kanak-kanak. ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science.PENGENALAN Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis. penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.

(Inlow. Terdapat juga pendapat dari sesetengah pakar yang mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan di peringkat sekolah dan dalam bidang pendidikan. 1975). 1992 dalam Zaini B. 1974).unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli.ahlinya. terdapat juga definisi yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai unsur kebudayaan. nilai. Abdullah. Falsafah dan Kurikulum Pendidikan). Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan. 1968 dalam Zaini B. 1992). Rancangan ini di bina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai usaha. Kurikulum ialah rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh pelbagai tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkaitan dengannya. Abdullah. (Saylor & Alexander. (Stenhouse. Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar. Semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah (Neagley & Evans.nilai dan norma. Falsafah dan Kurukulum Pendidikan). (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan. unsur. Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik.DEFINISI KURIKULUM Definisi kurikulum oleh kementerian Pendidikan Malaysia ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. Kurikulum ialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. 1976). Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai- . (Kerr. kemahiran. Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Selain itu.

Menurut J. aktiviti dan penilaian. (Burtonwood. PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR. Nilai budaya diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai matlamat pendidikan.bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat. nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya. Bersama-sama dengan objektif am diadakan kesempatan pembelajaran (KP) dan bersama-sama dengan objektif spesifik diwujudkan pusat penyusun (PP). Zais (1976). isi. 1986). mengusulkan kurikulum sebagai kesatuan yang tidak dapat dikesan tetapnya. memberikan pandangan dengan mengusulkan bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian dan pemerolehan yang bersifat rasional. Pengetahuan sentiasa berkembang . Model ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa sistem logik dalaman kurikulum adalah berdasarkan andaian falsafah yang menapis berbagai-bagai unsur dasar yang lain untuk mempengaruhi kurikulum dan komponennya. Seterusnya matlamat pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif am pendidikan. TOKOH ATAU PENGKAJI BERKAITAN KURIKULUM Menurut Robert S.I Goodlad (1966). Tiap-tiap komponen kurikulum berhubungan antara satu dengan yang lain seperti serpihan teka-teki ( puzzle) yang mesti dipadankan dengan tepat untuk mengeluarkan kurikulum yang tidak dapat dilihat bentuknya. Kesatuan ini terdiri daripada integrasi empat komponen iaitu tujuan. Budaya terdiri daripada pengetahuan melalui penyelidikan saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengatahuan yang diketahui umum kerana telah diwarisi ataupun diperoleh daripada penyelidikan. Akhirnya objektif am pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif spesifik pendididkan.

contohnya keperluan undang-undang. Kurukulum ialah rancangan tentang kesempatan pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektif spesifik yang berkaitan. matlamat dan objektif serta bidang. Seterusnya semua ini dipengaruhi oleh pembolehubah luaran. permintanan murid dan proses . mod instruksi dan proses penilaian. Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistem kurikulum yang dinamai subsistem perancangan kurikulum. pengesanan dan penilaian rancangan kurikulum sepenuhnya.sehingga perlu diajarkan kepada kumpulan demi kumpulan pelajar. Rancangan ini dikelaskan menurut bidang. nialai social. Logik dalaman menyeluruh jelas melibatkan urutan proses pengeluaran dengan input dan output yang terdiri daripada rancangan dan pelajar. menilai dan mengesan kurikulum merentasi masa. Rancangan dalan bidang tersebut menduga wujud kemajuan murid yang dinilai dan dijadikan maklum balas terhadap murid sebagai unsur input. Tiap-tiap bidang mempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum. Matlamat dan objektif dibina berdasarkan data tentang ilmu pengetahuan. mengembangkan. Sistem kurikulum mengeluarkan rancangan kesempatan pembelajaran untuk mencapai tujuan pendidikan yang dilonggokan menjadi berbagai-bagai bidang. Beberapa pemboleh ubah luaran kurikulum mempengaruhi pembinaan rancangan untuk setiap bidang. menyatakan bahawa sistem kurikulum bagi memperoleh murid sebagai input ke dalam kesempatan pembelajaran yang dibina melalui kurikulum. matlamat dan pembelajaran. Lantaran itu kurikulum bergerak dinamik merentasi masa. Subsistem perancangan kurikulum merupakan unsur yqng mengekalkan. Berdasarkan pandangan Saylor dan Alexander (1974). Subsistem ini melibatkan pengembangan.

Secara keseluruhannya model ini mengukur kefahaman tentang kurikulum tetapi tidak dapat meninggalkan kesan huraian yang jelas tentang logik dalaman kurikulum. pengalaman dan penilaian serta logik dalaman bagi modelnya juga melibatkan tindakan.2. fasa penilaian pemilihan isi (3). Kurikulum menurut model ini dinilai juga secara empiris untuk menjadikan hasilnya sekata dengan nilai. Oleh sebab kurikulum dibentuk oleh masyarakat. Perkembangan kurikulum mempunyai lima fasa.3 dan 4). mengusulkan bahawa kurikulum ialah hasil npembelajaran yang dihasratkan. Eksperimen ini bertujuan untuk menguji penentuan yang dilakukan dan memperoleh keputusan untuk menegaskan apakah penentuan tersebut memadai atau tidak. maka hasilnya perlulah sentiasa sekata dengan nilai. permintaan dan masalah masyarakat. proses ini perlu berorientasikan masyarakat. fasa penilaian pemilihan pengalaman pembelajaran (2). . Fasa penilaian ini juga sentiasa menyerap fasa lain yang telah disebutkan (1. fasa penilaian prinsip dan prosedur untuk menyusun serta menyepadukan pengalaman (4) dan akhirnya fasa penilaian (5). empiris eksperimen. iaitu proses pembinaan dan perkembangan kurikulum. mengusulkan bahawa carta aliran ialah proses kurikulum. Wheeler (1967). pemintaan dan masalah masyarakat. Menurutnya. isi. iaitu penilaiann pemerolahan tujuan (1).Manakala menurut Mouritz Johnson (1967). Wheeler (1967) memetakan berbagai-bagai pembolehubah yang berkait dengan tujuan. Ini kerana perkembangan kurikulum melibatkan pengumpulan dan penilaian data dan perumusan hipotesis untuk mengadakan eksperimen. Secara keseluruhannya. individu dan aspek warisan budaya yang menjadi tugas sekolah untuk memancarkannya kepada murid.

Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Matlamat pendidikan yang harus dicapai. (b) Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya. dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and Instruction . Berdasarkan huraian tersebut. adalah berdasaskan kepada objektif dan proses. iaitu: (a) Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru. Tyler mencadangkan empat perkara utama yang harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah.Model Kurilukum Tyler (1949). Mengikut beliau. objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaiatan. (c) Tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran. . iaitu: (a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar (b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar. Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalam sesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan obkektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. (d) Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Tyler member definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang. (b) Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan. Maka.

Di bawah kurikulum sekolah Dewey. objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism yang mengandungi lagik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiripenemuan. Jawatankuasa Kajian Kurilukum (1933-1941) USA.objektif utama. (c) Organisasi kaedah dan strategi. menyenaraikan empat kompenen utama berikut sebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah: (a) Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum. Dengan garis panduan daripada Loporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum. Selepas mengkaji Kurilukun Sekolah Dewey. Kursus PTK(Pengurusan Kurikulum). . Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurilukum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA dalam Mok Soon Seng. (d) Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran. (d) Penilaian untuk pencapaian objektif. beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap seperti berikut: (a) Diagnosis atas permintaan kurikulum. (b) Ringkasan objektif-objektif kurikulum. Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagai objektif.(c) Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasrkan objektifnya. (b) Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum.

(b) Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran. adalah berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum. (f) Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih. . Kursus PTK (Pengurusan Dan Kurikulum) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Sehubungan ini.(c) Pemilihan isi kandungan kurikulum. Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan. (e) Pemilihan pengalaman pembalajaran. Mengikut Peters. Model Kurikulum Stenhouse merangkumi aktiviti-aktiviti berikut: (a) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri. aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains. (g) Pengukuran dan penilaian. Model kurikulum Stenhouse (1975). Stenhouse mengusulkan pembentukan kurikulum berdasarkan prinsip-prinsip pemilihan isi kandungan dari segi kriteria dan tidak perlu bergantung kepada objektifnya. Maka. (d) Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih. Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966) dalam Mok Soon Seng.

(d) Aktiviti yang memerlukan pelajar. Stenhouse mencadangkan bahawa guru memainkan peranan sebagai penyelidik dan mengkaji masalah pendidikan dari semasa ke semasa dengan tujuan mempertingkatkan kualiti dan kemahiran mereka dalam perancangan serta perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kerjaya perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepada kemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam model kurikulum tersebut.(c) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing. Model Kurikulum Stenhouse. (f) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan. BINCANGKAN KURIKULUM SECARA UMUM DI MALAYSIA .pelajar menggunakan pengamatan dan gaya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru serta aplikasi dalam suatu proses intelek. jika dikaji banyak bergantung kepada kemahiran guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. piawai atau displin. (e) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan. Sehubungan ini. Ini adalah kerana Stenhouse menitikberatkan proses pengajaran guru lebih daripada pemilihan isi kandungan dalam kurikulum.

Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang diajar. Oleh sebab itu. kemahiran. dipetik dari Abdullah Sani. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. rohani. pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan seharian. Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi memenuhi matlamat pendidikan (Buku Laporan Jawatankuasa Kabinet. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah- . nilai. pelbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Isi pelajaran tetap merupakan teras kurikulum walaupun disusun dalam pelbagai cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran (Beuchamp 1968 dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004). norma. kurikulum kebangsaan merupakan suatu wadah program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan. unsur kebudayaan. kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah. 2005: 144). Berikutan itu. Di Malaysia. mental. dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996. dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani.1979. dan pelbagai cara penyusunan yang lain. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979). beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. dan wawasan negara. Apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaran yang diajar menerusi pelbagai mata pelajaran. matlamat pendidikan.

sambil memenuhi tuntutan . FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan. Tamil. Akta Pelajaran (1961). Hal ini penting bagi memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Reka bentuk kurikulum di Malaysia bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolahsekolah Melayu. dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan.sekolah menengah mulai tahun 1989. menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita. Bagi melihat kesan FPK yang ketara. Cina. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK sudah pasti memberi kesan yang positif. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi. Tamil.

Bahasa Inggeris. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan. 1994 halaman 100).untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Permainan Luar dan Matematik. Oleh yang demikian. Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Modul Asas pula terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia. Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Kurikulum Kebangsaan di Malaysia berasaskan keduadua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama penetapan standard dalam Kurikulum Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. Pendidikan Moral. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) Pendidikan Islam. Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan. Kurikulum di Malaysia juga dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. kemahiran dan nilai. Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam .

ABP ialah satu (Pusat Perkembangan Kurikulum pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur. teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran 2003). kritis dan inovatif. kebolehan. Hal ini berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikan masyarakat dan negara. Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahap perkembangan indidvidu supaya dapat merangsang pemikiran. Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Di samping itu. perkembangan diri. membina sikap positif. bakat serta minat murid. tahu dan buat serta amalkan.keenam-enam tunjang dan unsur kreatif. . Kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). Kurikulum ini berfokus kepada hasil pembelajaran iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu faham. Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan. penggubalan kurikulum di lakukan bagi menyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam sistem pendidikan. meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum.

menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu. kanak-kanak dapat mencapai perkembangan yang optimum. pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). bertema. BINCANGKAN SECARA UMUM KURIKULUM AWAL KANAK. belajar melalui bermain. pembangunan sosial dan emosi yang meliputi penggunaan pelbagai pendekatan untuk pembangunan pembelajaran dan bahasa. Ia merangkumi semua bidang yang kritikal dan penting untuk pembangunan kanak-kanak termasuklah pembangunan untuk kesejahteraan fizikal dan pergerakan motor. Belajar sambil bermain dikukuhkan dengan suasana yang merangsang pembelajaran melalui penerokaan dan perbincangan bersama orang dewasa yang berpengetahuan.Kurikulum standard kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh adalah sangat penting kerana ia dapat meneruskan kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan.KANAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. .

2010). Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002. Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika kerajaan. 2009). Sempena dengan perlaksanaan program pendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula .Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada tahun 1970-an yang pada ketika itu lebih dikenali dengan kindergarten atau tadika yang dilaksanakan secara lebih teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika itu hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS. Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996. Pembaharuan dalam kurikulum prasekolah kebangsaan ini diadakan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam menterjemahkan teori ke dalam dunia praktikal (Farida Yunus & Hasnah Toran. Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu kurikulum yang terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Pada tahun 2003. NGO's clan pihak swasta. NGO's dan swasta mulai 1 Januari 2003 (Laman Sesawang Prasekolah Baling Sik. Inisiatif terkini KPM adalah membangunkan panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang kemudiannya dikemas kinikan pada tahun 2010 untuk menghasilkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). bantuan kerajaan.

komponen perkembangan kognitif. komponen perkembangan fizikal. serta komponen kreativiti dan estetika (IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993).mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan prasekolah. bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan. komponen perkembangan sosioekonomi. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. komponen kerohanian dan moral. 2009). Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang digunapakai dalam rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti. Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Komponen kurikulum prasekolah berdasarkan garis panduan ini ialah komponen bahasa dan komunikasi. Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini. kaedah pegasuhan secara holistik. di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir . Ia dibentuk bagi memberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanakkanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Hal ini. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum.

penjagaan dan amalan asuhan (PERMATA Negara. sikap dan nilai. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. serta lestari dan sains teknologi (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). ketrampilan diri. kerohanian. perkembangan bahasa. komunikasi dan literasi awal. kemanusiaan. 2008). merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et al. perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri. pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA ialah skop kurikulum PERMATA meliputi perkembangan sosio emosi. Antara bentuk kurikulum standard prasekolah kebangsaan adalah meliputi komunikasi. bertema. pemakanan seimbang. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanakkanak. fizikal dan estetika. 2010). Kurikulum kebangsaan adalah berasaskan kepada Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dan kurikulum PERMATA. belajar melalui bermain. serta aspek asuhan meliputi keselamatan. sosioemosi. Kurikulum PERMATA mengandungi . sahsiah dan kerohanian.perkembangan kanak-kanak. menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu. perkembangan deria dan pemahaman dunia. Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif. komunikasi dan fizikal. Pada masa sekarang.

panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak. Semenjak dilancarkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan. berfokus dan terancang sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut. Kurikulum ini mencakupi aspekaspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. daripada 1353 yang dirancang untuk .131 buah kelas prasekolah. bermula pada Januari2010. Selain itu. 2009). kaedah pengasuhan secara holistik. berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992.garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang menguruskan Taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. kurikulum ini berkonsepkan permainan. Bagi melaksanakan keputusan tersebut. Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat. penerokaan.

sebanyak 987 buah telahpun beroperasi mengikut pecahan. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam bahasa. komunikasi dan literasi awal. sosioemosi. . Kurikulum PERMATA mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu perkembangan emosi. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pula digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun. Kurikulum PERMATA dirujuk daripada model Pen Green tetapi telah diperkayakan dengan ciri kebudayaan Malaysia. koordinasi motor dan pengurusan diri. perkembangan kognitif.beroperasi pada tahun 2010. fizikal serta kreativiti dan estetika. perkembangan bahasa. kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan murid menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia. rohani dan social. kerohanian dan moral. perkembangan pra matematik dan pemikiran logik. perkembangan fizikal. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspekaspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi. perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran. dan perkembangan daya kreativiti dan estetika.

jasmani. pihak NGO. rohani. Oleh itu. Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru. dan . atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-kanak. maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek.KESIMPULAN Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.

com/doc/18935544/Penyata-Razak Aminah Ayob. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kuala Lumpur. 2001( ms 1-98 dan 129. BIBLIOGRAFI Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan.1440).com/v2/wpcontent/uploads/ downloads/2010/07/1275279590. Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://www.scribd. Rohani Abdullah. Mastura Badzis. Akta pelajaran (1961). Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.peraturan Terpilih. Kurikulum Permata. Azizah Lebai Nordin dan Mahani Razali (2008). Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://skguarchempedak.pdf . Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan (2010). International Law Book Services.emosi.

http://ipgmkdriprasekolah. Farida Yunus & Hasnah Toran (2010). Pendidikan Prasekolah Di Malaysia. G. Diperolehi pada 3 ogos 2010 daripada http://ipgmkdriprasekolah.blogspot. (1986).my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid %202%202010/bil%207%20kajian%20adaptasi. New York: Wiley IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. London.ukm. 2009. Wisdor: NFERNelson Department of Education and Sciences (DES) (1990).pdf Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia (1996). HMSO. Educational Theory. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://pkukmweb. Husin & Siti Hajar Abd Aziz.html Ogos 2010 Johnson. The Culture Concept in Educational Studies. 127-140. hlm. The Development of a Conceptual System for Dealing with Problems of Curriculum and Instruction.Burtonwood. The Emergent In Curriculum. Inlow. Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise pada 28 . Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya Ke Atas Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Berumur 3 Hingga 6 Tahun.I.com/2009_06_01_archive. J. N. (1967). “ Definitions and Models in Curriculum Theory ”. (1966). M. Los Angeles: University of Califoenia Institute for Development and Educational Activities. Starting with Quality.blogspot.com Goodlad. 17. (2004). Kamarudin Hj. Pedagogi Asas Pendidikan.M (1966).

Alexander (1974) .M. (1967).D. Planning Curriculum for Schools.asp Pusat Perkembangan Kurikulum. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). J. Evans.mindamadani.G dan W. (2003).my/content/view/186/2/ Mohd Daud Hamzah (1994). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009. Neagley. R. Mastura Bazdis (2008).net/pra/news.jpm. PERMATA Negara. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Multimedia ES Resources Sdn Bhd: Kuala Lumpur.php Laporan Jawatankuasa Kabinet. (1979).L Dan N. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.permata. Mengkaji Pelaksanaan Dasar. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Pusat Perkembangan Kurikulum. Mok Soon Seng (2007). Saylor. Pengurusan Kurikulum. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Handbook For Effective Curicculum Development. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009) Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. New York: Holt. Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://www. Diperolehi pada 24 ogos 2010 dari http://www.my/kurikulum. . Reka Bentuk Kurikulum . Reka Bentuk Kurikulum Sekolah . Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://saabd. Kursus PTK (Pengurusan Kurikulum). Kurikulum Permata.

R. (1967).S. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan).K. “ General Techniques of Curriculum Planning” dlm. London: University of London. Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan: Petaling Jaya: Prentice Hall.W. pt.) American Education in the Postwar Period . Curriculum: Principles and Foundations. Basic Principles of Curriculum and Instrusction . 1. An Introduction to Curriculum Research and Development . Taba. Zaini B. . London: Heinemannn. Stenhouse.S. L. (1976). New York: Thomas Crowell.B. E. (1945). Abdullah (2002). Wheeler. University of Chicago. Curriculum Process. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls. Chicago. Tyler (ed. Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.(1949). H. Fourty-fourth Year Book of the National Society for the Study of Education. (1975). R. (1987). Tyler. Chicago: University Of Chicago. D. Zais.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.