You are on page 1of 7

Rancangan Pengajaran

Rancangan Pengajaran Tahunan


Definisi Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (SPI Bil. 3/1999) Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan pengajaran untuk tempoh setahun (12 bulan). Rancangan kerja tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan.

Kepentingan
Pertama, dapat mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaranpembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara. Kedua, membantu memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dan murid. Ketiga, membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif. Keempat, memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kelima, berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. Keenam, memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

Ciri Utama Rancangan Pelajaran Tahunan


a. Berdasarkan Sukatan Pelajaran b. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran c. Merangkumi sepanjang tahun d. Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid e. Disusun berdasarkan takwim sekolah

Perkara dalam Lajur Rancangan Pelajaran Tahunan


a. Kelompok : Masa pelaksanaan ( tiga hingga empat minggu) b. Tema dan Tajuk c. Hasil Pembelajaran Khusus (HPK) d. Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum e. Catatan peperiksaan / ujian bulanan, Cuti Sekolah Program / Aktiviti Sekolah Laman web Bahan bantu belajar/ mengajar, lembaran pengurusan grafik (LPG). Hari sukan dan yang lain-lain.

Rancangan Pengajaran Harian


Definisi Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurangkurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. (SPI Bil. 3/1999)

Rancangan Pengajaran Semester/Bulanan


Rancangan kerja semester pula dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.

You might also like