You are on page 1of 4

Lokasi Prasekolah Cemerlang SK Mengkuang terletak di daerah Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Kedudukan kelas prasekolah ini berhampiran di padang sekolah SK Mengkuang. Kelas ini terdiri daripada 25 orang kanak-kanak prasekolah iaitu 4 orang berumur 5 tahun dan 21 orang lagi berumur 6 tahun. Rata-rata kanak-kanak prasekolah yang belajar disini adalah daripada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid bertanggungjawab mengendalikan prasekolah ini dibawah penyeliaan dan pemantauan daripada Guru Besar di bawah Kementerian Pelajaran Negeri. PERATURAN DAN GARIS PANDUAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAN KANAK KANAK DI PRASEKOLAH 1. Pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada kanak-kanak Prasekolah. Ianya bagi menjamin tumbesaran yang sempurna kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mengelakkan penyakit; 2. Meningkatkan amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang dikalangan kanak-kanak; 3. Menyelaras dan menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung 4. Mengendalikan dan mengamalkan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalanamalan murni yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. PERUNTUKAN DAN BELANJAWAN MAKANAN DI PRASEKOLAH Antara perkara-perkara yang diambil kira adalah seperti berikut : 1. Peruntukan yang diberikan bagi pemberian makanan seimbang adalah sebanyak RM 1.80 seorang kanak-kanak bagi setiap hari persekolahan. Sehubungan itu, jumlah peruntukan berkenaan hendaklah digunakan oleh guru dan pembantu pengurusan murid bagi pembelian makanan harian utama . 4. Dalam pengurusan pembelian makanan kanak-kanak, perkara-perkara di bawah ini hendaklah diambil perhatian :

Kadar tidak melebihi RM 1.80 seorang kanak-kanak sehari diperuntukkan untuk menyediakan makanan kanak-kanak sebanyak 2 kali sehari iaitu semasa sarapan pagi dan minum pagi atau makan tengahari dan minum petang untuk kelas sesi petang. Pemberian makanan adalah pada pukul 8.00 pagi dan pada pukul 10.00 pagi .Menu bersesuaian dengan piramid pemakanan seimbang seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Menggunakan jenis makanan tambahan yang bersesuaian seperti kismis, pop bijirin, koko crunch, cornflakes, quaker oat, nestum dan sebagainya bergantung kepada peruntukan; Mematuhi segala prosedur dan peraturan kewangan yang sedia ada dalam pengurusan perbelanjaan makanan. Tuntutan makanan bagi setiap bulan hendaklah dikumpulkan dan dihantar kepada Pengarah Jabatan Pelajaran negeri untuk bayaran pada tiaptiap akhir bulan.

PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN PEMBERIAN MAKANAN 1. Pembantu Pengurusan Murid bertanggungjawab menyediakan dan memasak makanan dan menghidangkan kepada kanak-kanak; 2. Pembantu Pengurusan Murid juga bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan dalam proses penyediaan dan pengendalian pemberian makanan kepada kanak-kanak, mementingkan kebersihan makanan dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyediakan dan menghidangkan makanan kepada kanak-kanak untuk mengelak keracunan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit; 4. Aspek-aspek penting yang diberi perhatian dalam penyediaan dan pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut :

Memilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis. Elakkan pengambilan kolesterol secara berlebihan dengan cara memberi kanak-kanak telur tidak lebih satu biji satu hari secara purata dan memasak makanan laut tidak lebih dua kali dalam seminggu; Memperuntukkan lebih makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan ini kurang mengandungi lemak, mempunyai serat dan membekalkan vitamin dan zat-zat yang sangat penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupun penyakit kronik; Kanak-kanak prasekolah juga diajar supaya tidak gemar kepada makanan yang masin. Cara mengurangkan penggunaan garam ialah :

i) Menggunakan sedikit sahaja garam di dalam masakan. ii) Mengelakkan penggunaan MSG (Monosodium Glutamate).

Minum banyak air kosong.

PENYEDIAAN MAKANAN DAN AGIHANNYA

Semasa menyediakan makanan pastikan : 1. Tangan dibasuh terlebih dahulu;

2. Menggunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan; 3. Peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih; 4. Sayuran dan buah-buahan dibasuh sebelum dipotong; 5. Selepas memasak, makanan diletakkan di tempat yang bersih dan tertutup; 6. Ruang masak dibersihkan; 7. Sisa makanan dibuang dengan cara yang bersih dan selamat; 8. Pembantu Pengurusan Murid berada dalam keadaan bersih semasa memasak.. Cara Menyediakan Makanan Bagi Mengekalkan Khasiatnya : 1. Tidak potong terlalu kecil; 2. Mesti dipotong sejurus sebelum dimasak; 3. Ayam dan daging dipotong sederhana besar; 4. Makanan yang hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut rasanya; 5. Tutup periuk atau kuali semasa memasak; 6. Gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan. Penjagaan Kebersihan Dan Suasana Semasa Makan : 1. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan; 2. Peralatan yang digunakan hendaklah bersih; 3. Kanak-kanak tidak berkongsi peralatan dan makanan; 4. Ruang makanan kemas dan bersih; 5. Menggalakkan kanak-kanak membantu semasa menyediakan dan menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan; 6. Semasa makan, Guru sentiasa bersama kanak-kanak; 7. Berbual dengan kanak-kanak tentang jenis dan khasiat makanan yang dimakannya; 31 8. Selepas makan, kanak-kanak prasekolah digalakkan menggosok gigi.

PANDUAN PEMILIHAN MAKANAN SEIMBANG DI PRASEKOLAH 1. Makanan berkhasiat yang dipilih berasaskan pemilihan makanan pelbagai berasaskan piramid makanan iaitu daripada 5 kumpulan utama makanan :

Bijirin; Sayur-sayuran dan buah-buahan; Daging; Susu atau hasil tenusu; dan Lemak dan gula.

2. Nutrien adalah penting bagi proses dalam badan seperti berikut :


Metabolisme tenaga; Petumbuhan Otot; Pembentukan Darah; Pembentukan Tulang; Perkembangan Otak.

You might also like