You are on page 1of 8

Segugus Harapan

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt kita dapat menganjurkan program


‘Malam Air Mata Palestin’ dengan kerjasama ipada pelbagai pihak yang pri-
hatin khususnya di Negeri Sembilan ini untuk bersama melaksanakan satu
tanggungjawab yang murni, demi membela nasib umat yang seagama den-
gan kita.

Membela Palestin juga bererti membela Islam kerana ia bukan sekadar


tanah milik bangsa Palestin atau mana-mana bangsa, juga bukan orang-
orang Islam dahulu sahaja tetapi Palestin adalah tanah milik keseluruhan
umat Islam, samada generasi dahulunya, kini dan yang akan datang.

‘Malam Air Mata Palestin’ adalah manifestasi keprihatinan, kemanusiaan dan


keinsafan terhadap erti persaudaraan sejagat sesame Muslim yang
diasaskan di atas tautan aqidah yang satu. Realiti Umat Islam di Palestin kini
adalah amat pahit lagi menyedihkan sebagaimana yang kita saksikan di
dada-dada akhbar dan lensa media. Yahudi Zionis membunuh dan menyik-
sa mereka, memusnahkan rumah kediaman dan ladang-ladang pertanian
serta berusaha menjadikan umat Islam merana dengan dihalau dari kam-
pung-kampung halaman mereka dengan segala sarana keganansan.

Justeru itu sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama menyemai rasa pri-
hatin dan menginsafi penderitaan yang mereka alami. Pelbagai bentuk sum-
bangan boleh kita berikan samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran dan
kewangan. Paling minimumnya, kita boleh menyedarkan kepada masyarakat
tentang isu ini selain mendoakan kesejahteraan barisan pejuang gigih dan
rakyat Palestin yang menderita.

Akhir kata, isu Palestin adalah isu penting umat Islam. Mereka perlu dibantu
untuk mengembalikan kembali maruah dan harga diri Umat Islam secara
keseluruhannya. Dengan kesempatan bersama program ‘Malam Air Mata
Palestin’ ini, marilah kita menghayati keperitan dan kesusahan mereka den-
gan menyumbang dalam perbagai cara demi kelangsungan kehidupan dan
perjuangan mereka serta mempastikan kelangsungan Islam itu sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Zainur Rashid bin Zainuddin


Pengarah, Malam Air Mata Palestin
Aturcara Program

2.00 petang Pameran & Jualan bermula

5-6.30 petang Persembahan Nasyid Palestin dari Sekolah-sekolah


Jemputan

Tayangan Multimedia Kelab Remaja ISMA (KRIM)

7.30 mlm Solat Maghrib

8.00 mlm Kata-kata aluan Pengerusi Majlis.

8.05 mlm Ucapan Aluan - Ust Abdullah Zaik Abdul Rahman


Presiden ISMA merangkap Pengerusi Eksekutif Aman
Palestin

8.15 mlm Ucapan Perasmian


- Ust Mohd Fadzil Hj Abu Kasim
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
JHEINS

8.25 mlm Nasyid Nazrey Johani

8.55 mlm Ceramah Multimedia


– Ust Mejar Nadzri Bin Musman
Perunding Aman Palestin merangkap Pengarah KRIM

9.15 mlm Tayangan Multimedia & Kutipan Dana

9.25 mlm Pidato Palestin


– Sheikh Saud Abu Mahfudz
Ahli Lembaga Muassasah Al Quds, Beirut
Ketua Biro Al Quds, Jordan
Terjemahan oleh Ust Abd. Halim Abdullah
KPN ISMA Negeri Sembilan

10.25 mlm Penyampaian Sumbangan & Cenderamata

10.35 mlm Nasyid Penutup Nazrey Johani

11.00 mlm Bersurai.


Kenapa Palestin?
Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin?
Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa
iaitu qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah
masjid kedua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang
ketiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambun-
gan untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa.

Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya
dibuka oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf
milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan
keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apa-
bila bumi ini dinodai kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh
Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti bahawa isu
Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang Arab sahaja bahkan isu
Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?

Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal


Palestin?
Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin
hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun
dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di
bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini.
Tidak dinafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama 4 abad sekitar zaman
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka telah hancur disebabkan kerosakan
ciptaan mereka sendiri sehingga mereka disingkirkan dari bumi rebutan ini.

Kenapa umat Islam memusuhi Yahudi?


Sesungguhnya kita tidak memusuhi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau
beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan telah membuktikan keadilan Islam kepada
semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa yang lain. Mereka pernah hidup
bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati
perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh
semua bangsa di dunia disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka
seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya.

Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan
dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir pen-
duduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pem-
bunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang
sombong ini.

Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian?


Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan
Islam. Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya adalah pertarungan berse-
jarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah
saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan cubaan untuk mera-
cuni makanan baginda. Mereka juga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk
memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq. Selepas itu mereka melakukan berba-
gai konspirasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan memecah-belahkan umat Islam di
dalam searah peradaban dunia yag panjang.

Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah lebih daripada 90 peratus tanah milik umat Islam.
Kenapa Palestin?
Lebih daripada 6.45 juta rakyat Palestin menjadi pelarian. Perjanjian demi perjanjian damai
dilakukan tetapi Yahudi Zionis terus melakukan penjajahan , penangkapan dan penderaan,
penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Bagaimanakah
dengan nasib malang mereka yang telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah wajar
umat yang dizalimi ini memohon dan menagih perdamaian daripada penjajah yang sombong
lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di dunia ini?

Bukankah orang-orang Arab sepatutnya menolong mereka?


Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu
ini adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulullah saw sendiri yang telah mengatur
strategi untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seorang rasul untuk orang-orang Arab
sahaja bahkan untuk umat manusia di seluruh dunia.

Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah
dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan
Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat
Yahudi Zionis.

Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin?
Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantu-
an . Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik
menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Suasana
di Palestin amat berbeza sekali. Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, pen-
duduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan
berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak
kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga turut disekat sejak sekian lama.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk
membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim
yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah dian-
cam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.

Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?


Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin
atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana.
Diantaranya:
• Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua
bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya.
• Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan
bebanan mereka setidak-tidaknya.
• Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada
dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elek-
tronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya.
• Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah
pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin.
• Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk men-
cari redhaNya.

Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini,
adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana
adalah sebahagian daripada kita?
Tokoh Undangan

Sheikh Saud Abu Mahfidz

Tarikh lahir : 1952


Tempat lahir : Bi’ru Sab’ah, Selatan Palestin

Pakar Perunding Hal Ehwal Palestin


Penyelidik dalam bidang kajian baitul Maqdis
Ahli Lembaga Muasasah Al Quds, Beirut, Lubnan
Pemegang Amanah yayasan Al Quds, Beirut, Lubnan
Ketua Biro Al Quds dan Masjid Al Aqsa, Amman Jordan
Pengarah Urusan, Akhbar Mingguan As Sabeel, Jordan
Ahli Jawatankuasa Program

Pengerusi Bersama:
Ust Abdul Halim Abdullah - KPN ISMA NS
Ust Mohd Fadzil Hj Abu Kassim - KPP Bhg Dakwah, JHEAINS
En Kamal Amran Kamaruddin - Setiausaha MAINS

Pengarah Dr Zainur Rashid Zainuddin

Timb Pengarah 1 Sdr Omar Kassim

Timb Pengarah 2 Ustazah Razidah Adam

Setiausaha Sdr Razman Jalil

Bendahari En Ghazali Zainal Abidin

Ahli Jawatankuasa

Promosi Sdr Mohd Firdaus Sabturani


Pentas En Zaim Bin Shaari
Sambutan Ust Mohd Azizee
Dr M Faid
Dr Nor Izam
Protokol Ust Mohammad Hatta Hj Ghazali
Penerbitan / cenderamata Pn Suria Irdayu Ahmad Zaidi
Pameran & Jualan Shahrul Nizam
Ustazah Murni Buchik
Makanan Ustazah Johara Bt Suleiman
Pn Salbiah Ismail
Kutipan Dana Ust Yusri Salleh
Keselamatan & Parking RELA
PA Sistem En Mohd Anuar Juda / Mustafa Kamil
Multimedia & Rakaman Sdr Mohd Helmi Jamil
Sukarelawan Sdr Zakry Mohd Zin
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Badan-badan Berkanun
NGO Dakwah Negeri Sembilan
Nazrey Johani &
Pasukan Nasyid Sekolah-sekolah Jemputan
Pasukan Polis & RELA
Para Dermawan
Para Sukarelawan
Semua yang terlibat terhadap kelangsungan program MAP
sama ada secara langsung atau tidak langsung

Untuk Maklumat Lanjut, Hubungi:


IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 32A, Jalan Bunga Raya 9, Senawang Business Centre,
Taman Tasik Jaya, 70450 Seremban, N. Sembilan
Hubungi: 013 - 381 4688 (Setiausaha ISMA NS).

You might also like