You are on page 1of 9

Perbezaan antara Zaman Jahiliah dan Zaman Islam

Sebagaimana kita tahu bahawa Zaman Jahiliah telah berlaku mulai tempoh keruntuhan empangan maarid sehingga Zaman kedatangan Islam. Sekarang mari kita lihat perbezaan dan perubahan yang berlaku diantara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

Akhlak Kelas Masyarakat

Politik Ekonomi

Agama dan Kepercayaan

Aspek

Ilmu Pengetahuan

Kesusasteraan Maruah Wanita Peperangan

Hubungan Masyarakat

Aspek pertama yang kita akan lihat ialah aspek agama dan kepercayaan. Agama dan kepercayaan pada Zaman Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu Agama Samawi (agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi- nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri. Kepercayaan tahyul yang meliputi beberapa kepercayaan antaranya ialah

kepercayaan tangkal azimat, roh orang mati menjadi burung, percaya kepada ahli nujum, percaya kepada ahli sihir, percaya kepada binatang yang melintas di tengahtengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan, mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia, mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami

dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang dan membuat keputusan melalui anak panah. Selain daripada itu, ada juga diantara mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan. Ini dikatakan sebagai Agama penyembahan Cekarawala. Seterusnya mereka juga menyembah objek- objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat. Penyembahan ini dikategorikan dalam Kepercayaan Animisme. Terdapat juga diantara mereka yang menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Mereka bertanggapan bahawa makhluk- makhluk ini mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan dan menjamin keselamatan mereka. Penyembahan ini dinamakan sebagai Penyembahan Makhluk Halus (Polydemonisme). Pada masa itu juga terdapat penganut- penganut yang digelar sebagai Ahl-al-Saf ( ahlil-saf ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi. Ianya disebut sebagai Penyembahan Tuhan Padang Pasir. Pada Zaman Jahiliah juga terdapat pelbagai jenis agama yang telah memisahkan penduduknya kepada pelbagai kumpulan. Antaranya ialah Agama Majusi. Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Penduduk yang menganut agama ini akan menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik. Agama seterusnya ialah Agama Wathani dimana majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling

kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal. Agama Nasrani ialah agama yang telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Walaupun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun

penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab. Kemudian Agama Hanif dimana agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Agama yang terakhir yang kita akan lihat adalah Agama Yahudi. Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah. Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata. Selepas datangnya Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa maka muncullah Zaman Islam yang berpandukan kepada Rukun Islam sebanyak 5 perkara dan Rukun Iman sebanyak 6 perkara. Pada Zaman Islam ini mereka mula percaya bahawa Allah seorang sahaja tuhan yang perlu disembahkan. Aspek yang kedua ialah aspek akhlak. Masyarakat pada Zaman Jahiliah kebanyakkanya berkelakuan buruk berzina, minum arak, bunuh anak perempuan. Perkara- perkara ini merupakan perkara yang amat biasa kepada masyarakat Jahiliah manakala pada Zaman Islam pula Islam melarang umatnya melakukan perkaraperkara terkutuk itu. Islam juga menganjurkan nilai- nilai seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain supaya mereka berkelakuan baik. Aspek yang seterusnya ialah aspek politik dimana pada Zaman Jahiliah, tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Maka wilayahwilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara. Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi. Masyarakat pada Zaman ini mengamalkan sistem berkabilah dan taksub kepada assabiyah. Ia diketuai oleh syeikh kabilah dimana beberapa kumpulan keluarga membentuk khemah-khemah yang merupakan sebuah Hayy. Kumpulan HayyHayy ini membentuk kaum, dan beberapa kaum ini mewakili suatu qabilah dengan

ketuanya sendiri yang digelar Syeikh Qabilah. Seseorang Syeikh yang dilantik haruslah memiliki sifat-sifat keberanian, pemurah dan bijaksana. Malah ia haruslah juga seorang hartawan yang sudah berumur. Tugas-tugas seorang Syeikh meliputi menjaga keamanan qabilahnya di samping membuat perjanjian dengan qabilah-qabilah lain sekiranya timbul perselisihan. Jawatan Syeikh ini biasanya dapat diwarisi oleh anak-anaknya, dengan syarat pada dirinya terdapat kebolehan yang setanding kalau tidak pun melebihi bapanya. Bagaimanapun semuanya itu dari segi teorinya sahaja, sebab dalam praktisnya bagi suatu golongan yang kasar dan sukakan peperangan seperti mereka itu, sukarlah dapat merasai suatu pemerintahan yang teratur dan memuaskan. Adalah menjadi bawaan hidup mereka sendiri untuk bermusuh-musuhan dengan qabilah-qabilah lain meskipun kerana sebab-sebab yang kecil. Ini berbeza dengan golongan Hadari yang Iebih gemar kepada keamanan dan tunduk di bawah suatu kuasa pentadbiran yang tetap dan mantap. Sebagai golongan yang terlibat dalam perdagangan urusan ini selalunya melibatkan hubungan dengan bangsa- bangsa asing yang mempunyai peradaban tinggi. Jadi tentulah fikiran mereka lebih matang. Sebab itu dalam urusan pemerintahan mereka, terdapat badan atau jemaah yang mentadbirkannya dalam beberapa bidang. Di Makkah sendiri terdapat pembahagian-pembahagian tugas di bawah pimpinan dewan pusatnya sendiri, iaitu Barun-Nadwah. Walau bagaimanapun agak sukar juga untuk menentukan dengan pasti sistem politik yang diamalkan oleh golongan Hadari ini. Jikalau golongan Badawi

mengamalkan sistem politik qabilah, nampaknya golongan Hadari yang walaupun mempunyai sistem pentadbiran yang lebih tetap dan teratur, tetapi sistem politiknya beraneka ragam. Di Selatan, ia lebih cenderung kepada sistem beraja. Di Utara pula, khasnya di Hirah dan Ghassan, ia lebih merupakan sebuah negara naungan (protectorate) Parsi atau Rom. Ada pun di Makkah sendiri, ia bercorak aristokrasi, yakni sekumpulan bangsawan (Quraisy) mendominasi pentadbirannya.tetapi pada Zaman Islam pula Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas. Dalam Zaman Islam juga terdapat sistem pemerintahan yang teratur. Pemerintahan berlandaskan AlQuran dan Hadith. Selain daripada itu Kerajaan Islam Madinah juga wujud berasaskan

Piagam Madinah. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan Madinah. Aspek keempat adalah aspek ekonomi. Pada Zaman Jahiliah, Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi. Masyarakat pasa zaman tersebut menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan sebagainya manakala di Zaman Islam pula, Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli, dan menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan. Mereka juga

mengamalkan zakad dalam urusan jual beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli seperti arak dan patung berhala. Pada Zaman Islam juga Nabi s.a.w memperkenal dasar ekonomi Islam untuk memperbetulkan sifat- sifat masyarakat jahiliah tersebut. Ilmu pengetahuan merupakan aspek kelima yang akan diperbincangkan. Ilmu pengetahuan pada zaman Jahiliah tidak begitu cemerlang. Masyarakat pada zaman itu mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan. Walaupun begitu majoriti daripada mereka adalah buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Pada Zaman Islam pula terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam. Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir. Semua golongan masyarakat diwajibkan oleh Nabi s.a.w untuk menimba ilmu pengetahuan. Pelbagai surau dan masjid dijadikan sebagai sekolah untuk mendidik masyarakat daripada jahiliah. Aspek seterusnya ialah aspek keenam iaitu aspek kesusasteraan. Masyarakat arab jahiliah pandai Arab Jahiliyah pandai bersyair dan berkhutbah tetapi hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan zaman Islam. Oleh itu, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab al-Quran untuk dijadikan pedoman kepada manusia supaya dapat menandingi sastera Arab Jahiliah. Kesusasteraan Jahiliah membawa kepada pemujaan berlebihan dan membawa kepada pergaduhan. Menjelang Zaman Islam al-Quran telah menjadi pedoman kepada mereka untuk mengarang atau mendeklamasi puisi mereka dan kesusasteraan mereka ditukar menjadi kesusasteraan Islam.

Aspek ketujuh adalah aspek kelas masyarakat. Masyarakat pada Zaman Jahiliah telah mengamalkan sistem perhambaan dan semangat assabiyah. Mereka lebih mementingkan kedudukan dalam masyarakat. Wanita dan hamba pada ketika itu dianggap paling hina. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka. Pada Zaman Islam, masyarakat Islam lebih menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka. Seterusnya, aspek kelapan adalah aspek maruah wanita. Bangsa arab jahiliah memandang hina kepada kaum wanita di mana mereka merasa malu jika isteri melahirkan anak perempuan. Malah mereka sanggup membunuh atau menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbangkan keaiban dan kepapaan. Jika mereka membiarkan anak perempuan itu hidup maka dia akan dikerahkan untuk membuat pekerjaan yang berat dan tidak sesuai untuknya. Paling tinggi anak perempuan itu dijadikan alat untuk memuaskan nafsu buas lelaki dan dipermadukan tanpa batasan. Begitu jarang perempuan yang terpelihara kehormatan mereka di kalangan masyarakat arab. Perempuan yang telah ditinggalkan suami akan diasingkan di suatu tempat lain di mana dia mesti memakai pakaian yang seburuk-buruknya dan dilarang keras memakai bau-bauan selama setahun. Setelah cukup setahun maka akan dibawa kepada perempuan itu seekor kambing atau keldai yang bertujuan supaya dia menyentuhkan kemaluannya kepada binatang tersebut. Sesudah itu dia akan diberi pula kotoran unta yang kemudian akan dilemparkannya. Sesudah itu barulah dia boleh keluar dari rumahnya dan dibenarkan menjalankan aktiviti hidup sebagaimana biasa.

Sebahagian orang arab jahiliyah meletakkan perempuan atau isteri ke dalam kumpulan harta pusaka bapa atau suami iaitu setaraf dengan barangan pusaka yang lain. Oleh itu, anak lelaki yang menerima pusaka bapa boleh menagmbil balu bapanya sebagai pusaka. Mereka juga menjadikan wanita sebagai salah satu warisan yang akan diambil atau dipergunakan oleh pewaris secara paksa di mana ketika si anak mengenakan bajunya ke atas balu bapanya sambil berkata : " Aku mengambil dia ini sebagaimana aku menerima barangan pusaka bapaku ". Sehubungan dengan ini, ketika dia ingin mengahwininya maka dia akan terus menggaulinya tanpa maskahwin lagi atau pun bekas isteri bapanya boleh dikahwinkan dengan siapa sahaja yang dipersetujuinya. Manakala maskahwinnya diserah kepada siapa yang memperkahwinkannya atau pun dia tidak dibenarkan berkahwin terus agar dia dapat si anak dapat memiliki harta wanita tersebut selepas kematiannya. Menjadi adat mereka lagi bapa akan melarang anak perempuannya daripada berkahwin sehinggala si anak perempuan itu dapat meninggalkann untuknya apa-apa yang pernah dimilikinya. Demikian juga seorang suami yang menceraikan isterinya akan

menghalangnya daripada berkahwin lain sehingga dia dapat mengambil sesuatu hartanya mengikut kemahuannya. Iddah bagi perempuan yang dicerai tidak terbatas hadnya iaitu selagi mana bekas suaminya masih mahu mengambilnya kembali maka sehingga itu dia tidak membenarkan isterinya berkahwin dengan orang lain. Si suami bersikap bengis terhadap isterinya dan tidak menceraikannya sehingga ada juga yang tidak menyerah maskahwin kepada isterinya. Inilah antara penderaan terhadap kaum wanita yang begitu jelas kezalimannya.Perempuan yang sedang datang haid tidak boleh mendekati suaminya malah tidak dibenarkan makan bersama-samanya. Di zaman itu wanita mendapat penghormatan yang amat sedikit sekali, pada waktu-waktu tertentu di kalangan sebahagian kecil bangsa Arab. Ramai wanita dianiayai. Beberapa contoh terburuk perlakuan bahkan paling kejam ialah menguburkan bayi hidup-hidup. Bayi perempuan di kalangan Arab zama jahiliyah amat menyedihkan dan sangat hina. Banyak kes penguburan hidup-hidup bayi yang tidak berdosa berlaku. Selepas kedatangan Islam, nasib wanita mula terbela dan mendapat hak-hak mereka dalam bidang atau bahagian tertentu. Golongan wanita juga mula dipandang

tinggi dan hampir setaraf dengan golongan lelaki dalam bidang tertentu walaupun masih tidak melebihi lelaki. Pada prinsipnya tugas wanita banyak persamaannya dengan kewajipan yang dipikul suami. Namun dalam hal tertentu, terdapat tugas khusus yang hanya dapat dilakukan oleh wanita, sesuai dengan perwatakan dan kudrat kewanitaannya. Secara global, tugas wanita adalah sebagai seorang hamba kepada Allah SWT, sebagai isteri kepada suaminya, dan sebagai pendidik kepada anakanaknya. Aspek kesembilan adalah aspek peperangan. Masyarakat Zaman Jahiliah berperang kerana perkara-perkara yang kecil. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan pengkhianatan orang Yahudi. Aspek terakhir adalah aspek hubungan masyarakat. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan (semangat assabiyyah) kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa. Hubungan masyarakat pada Zaman Islam pula berbentuk jihad. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin. Persaudaraan Islam ini telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku.

Jadi sebagai kesimpulan kita boleh menafikan bahawa Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman Islam berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t.

You might also like