You are on page 1of 10

LUKISAN

Oleh: Hassan Mohd Ghazali


Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
e-mail: hassan@fsm.upsi.edu.my.

1. Pengenalan:

Lukisan merupakan topik amali kepada pelajar STPM dan menjadi satu
kertas wajib bagi peperiksaan samada calon persekolahan kerajaan atau
persendirian. Oleh yang demikian kepentingan memahami dan
kemahiran dalam teknik-teknik melukis sangatlah penting. Guru juga
perlu melatih pelajar-pelajar dengan beberapa teknik tertentu agar pelajar
boleh melukis dengan baik terutamanya persoalan asas dalam melukis.
Antara persoalan asas ialah penggunaan media, komposisi, perspektif,
pencahayaan dan membentuk. Walau bagaimanapun kepentingan latih
tubi dan latihan lakaran sangatlah penting pada peringkat permulaan.

2. Pengertian:
• Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang
asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’
adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to
drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
• Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang
menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan
rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.
• Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa
kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda
dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai
bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk
‘unforgerttabale fire’ yang dilukis oleh pelukis amator di Jepun pada
tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman bandar
Hiroshima.

Unforgettable Fire (1945)


Karya Yusuko Yamagata

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


• Secara langsung lukisan adalah satu displin seni yang boleh dikaitkan
dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik – Ini terbukti bahawa
pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya
visualisai, daya emosi dan daya astetika.
• Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah
milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconting di
atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai
meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.
• Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-
gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk
pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai
asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah.
• Pada dinding zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman
penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan ‘komik’
yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang
gemilang.
• Menutur Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan
lukisan, antaranya ialah:
o Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat
sesuatu peristiwa yang sebenar.
o Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa
o Tujuan sebagai alat komukikasi idea (mencari idea yang
terbaik)
o Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk
menghasilkan satu karya yang terbaik.

3. Beberapa jenis Lukisan

3.1. Lukisan Figuratif


• Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh
manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih
dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari
segi kadar banding adalah perkara yang menentukan keindahan
dalam karya lukisan figuratif.

3.2. Lukisan Kajian

• Lukisan berupa kajian adalah dilukis untuk mengkaji sesuatu benda.


Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu
melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.
Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


seperti timbuh-tumbuhan dan haiwan.

3.3. Lukisan Informasi


• Lukisan informasi adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada
pelanggan. Kebisaannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini
memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan
bersih.

3.4. Lukisan Teknikal


• Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan sainstifik.
Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana
keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat.
Contohnya melukis kenderaan dan alatan pengguna.

3.5. Lukisan Konseptual


• Lukisan konseptual jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan
imeginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru.
Misalnya sebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram
untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu
melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.
3.6. Lukisan Artistik
• Lukisan artistik adalah hanya tertumpu kepada keindahan dalam
pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamirkan
karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat
dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang
lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


3.7. Lukisan Ilustrasi
• Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan yang tergolong dalam
seni grafik. Lukisan ilustrasi dijadikan bahan untuk penerbitan, karton
dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis
ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.

4. Elemen Asas Lukisan


Perkara paling asas untuk mengetahui kebolehan melukis adalah
mengetahui elemen asas dalam lukisan. Elemen ini boleh digunakan
dalam semua jenis lukisan. Kepada guru-guru yang akan mengajar
lukisan STPM, anda perlu memberi penekanan kepada kesemua aspek
elemen asas ini kerana kesemua elemen ini adalah penentu bagi
kekuatan dalam sesebuah hasil karya seni lukisan.

Namun demikian penggunaan media juga penentu kepada kesesuaian


elemen dalam pengkaryaan. Misalnya penggunaan pen teknikal menjurus
kepada kekuatan penggunakan elemen garisan dan struktur. Walau
bagaimanapun penentuan subjek amat penting bagi penentu kepada
pemilihan media dan kekuatan elemen itu.

4.1. Kualiti Garisan


• Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil
karya lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ianya bukan sebuah hasil
karya lukisan sebaliknya menjadi karya catan. Hanya dengan garisan
yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya karya Sochu Suzuki
bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi
dapat menggambarkan seekor tikus. Ini lah kekuatan garisan.

Mouse (1980)
Karya Sochu Suzuki

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


• Sebenarnya kualiti garisan itu bukan tertumpu kepada kekuatan pada
sesuatu karya sahaja tetapi ianya boleh memberi kesan ilusi kepada
kita. Contoh karya ahli teori kognitif ‘Gestalt’ menghasilkan lukisan
garisan yang boleh memberi kesan ilusi kepada kita. (lihat gambar di
bawah)

Lukisan Teori Grstalt

• Kualiti garis memberi penegasan kepada subjek yang dilukis. Oleh


yang demikian kajian kepada garisan amat penting dalam sesi
pembelajaran topik ini. Garisan akan membentuk mod sesuatu karya.
Sebagai contoh dua karya yang sama temanya menggunakan bahan
yang berbeza dan menggunakan teknik garisan. Tentu sekali mod
kedua-dua karyanya tersebut.

4.2. Perspektif dan proposi


• Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang
sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal
kepada pelajar-pelajar. Pendedahan melukis diluar studio (bilik
lukisan) dapat menerangkan kedudukan perspektif yang betul.
Penekanan kepada Perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik
lelap dan perspektif pelbagai titik lelap perlu diajar pada pelajar.

4.3. Kesan Pencahayaan


• Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya
pengkarya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya.
Penggunaan kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di
samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut.
Perhatikan aspek-aspek yang penting bagi menentukan
pencahayaan.

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


4.4. Jalinan dan Gesture
• Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan
‘Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis-pelukis
terkenal akan mempelajari lukisan dengan teknik gesture dengan
membentuk lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan
imej yang hendak disampaikan.
• Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan
bergoris dan sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman
intensiti ton.

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


4.5. Corak dan reka bentuk
• Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan adalah
menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya
Jasper Johns bertajuk ‘Flag’ (1958) sebagai contoh karya lukisan
yang menekankan satu corak dan reka bentuk. Beliau menggunakan
pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak dan reka
bentuk sebagai lakaran yang bersahaja, tetapi mempunyai gaya
persembahan yang menarik.

4.6. Ruang
• Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna.
Pelukis-pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam
sebuah karya. Karya lukisan Cina menggunakan ‘ruang kelegaan’
sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh
digunakan dalam penghasilan karya lukisan:
• Ruang dalam
• Ruang cetak
• Ruang datar.
• Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan
dilukiskan.

4.7. Struktur
• Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan
struktur bentuk terlebih dahulu. Pelajar harus diajar membentuk
struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih
menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur
ialah lukisan teknik.

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


4.8. Bentuk
• Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara
perspektif, ton, jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelajar
didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri seperti bulat, empat segi,
kun dan sebagainya.

5. Media dan teknik lukisan


5.1. Media
• Pada untumnya guru pendidikan seni telahpun mengetahui media-
media yang sering digunakan dalam lukisan. Antara media yang biasa
digunakan ialah:
Media Kering Media Basah
Pensil Cat air
Charcoal (Arang) Dakwat
Berus Cat akrilik
Pastel Cat minyak
Pen ( semua jenis pen) Cat poster
Berus Cat tempera
Conte
Pensil warna

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


5.2. Teknik
• Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan
latihan yang berterusan. Guru harus menekankan pembelajaran
teknik-teknik melukis. Antaranya teknik yang paling popular ialah
teknik ‘Gesture’ yang menjadi satu identiti dalam karya lukisan. Walau
bagaimanapun banyak teknik-teknik boleh diterokai untuk
mendapatkan mutu karya yang baik.
• Antara teknik-teknik dalam karya lukisan ialah:
o Teknik Gesture
o Teknik Kontur
o Teknik Struktur
o Teknik titik

6. Proses penghasilan lukisan


• Guru-guru pendidikan seni telahpun sedia maklum mengenai proses
penghasilan karya lukisan. Walau bagaimanapun di sini saya
sertakan beberapa perkara yang penting untuk pelajar menghasilkan
karya lukisan. Penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis
lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang
dititik beratkan dalam proses penghasilan.
• Sebagainya guru harus mempunyai perancangan aktiviti melukis
sama da di studio atau luar studio. Bagi kerja-kerja studio
pengamatan akan menumpukan kepada pemokusan objek, komposisi
dan susunan objek yang akan dilukis. Manakala diluar studio
penekanan kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap, dan
melihat dari aspek perspektif serta pencahayaan.
• Aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan
antaranya:
• Ruang dan objek
• Subjek dan latar belakang
• Saiz dan kadar banding.
• Perkara-perkara ini adalah sebagai penilaian kepada sesuatu karya.

7. Penutup
Pembelajaran lukisan adalah bergantung kepada latih tubi yang dibuat.
Guru harus menyusun strategi agar latihan-latihan pemeringkatan dari
senang ke susah dibuat. Misalnya pada peringkat awal pelajar hanya

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.


didedahkan untuk melukis struktur -> ton -> jalinan dan seterusnya
kadarbanding dan perspektif.
Terdapat ramai pelajar begitu lemah dalam melukis. Oleh yang demikian
guru perlu membuat perancangan yang sistematik. Bagi guru yang
mempunyai internet, sila lihat laman web yang berkaitan dengan
pembelajaran lukisan.

Rujukan Buku:

Albert, G., Wolf, R. (1991).Basic Drawing Techniques. Cincinnati, Ohio: North Light
Books.

Betti, C., & Sale, T. (1997). Drawing A Contemporary Approach. USA: harcourt Brace
College Pub.

Bowen, R. (1992). Drawing Master Class. London: leopard Books.

Capon, R. (1995). Drawing Techniques. Morlborough: Crowood Press.

Dodson, B. (1995). Key to Drawing. Cincinnati, Ohio: North Light Books.

Matznan, S. (1995) Drawing Nature. Cincinnati, Ohio: North Light Books.

Smolucha, L. (1996). The Visual Art Companion, New Jersey: Prentice Hall.

Turner, J.R. (1995) Drawing with Comfidence. New York: Van Norstrand Reinhold.

Rujukan Internet:
1. Drawing Materials and Drawing Techniques a Guide and Glossary :
http://www.nyu.edu/classes/miller/guide/contents.html
2. Visual Thinking:
Sketchbooks from the Archives of American Art :
http://archivesofamericanart.si.edu/exhibits/sketchbk/sketchbk.htm
3. Colored Pencil Web Board: http://venus.beseen.com/boardroom/t/17045
4. Senarai pelukis-pelukis lukisan:
http://dir.yahoo.com/Arts/Visual_Arts/Drawing_and_Sketching/Artists/
5. Seattle p-i. com : http://seattlep-i.nwsource.com/visualart/

6. fineArt forum resource directory : http://www.msstate.edu/Fineart_Online/art-


resources/

 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

You might also like