You are on page 1of 13

KOMUNIKASI VISUAL

Oleh: Hassan Mohd Ghazali


Pensyarah Komputer Grafik
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
e-mail: hasan@upsi.edu.my.

1. Pengenalan:

Topik ini lebih tertumpu kepada reka bentuk grafik dan reka bantuk digital
Multimedia. Pembelajaran bidang ini dikhusus kepada teori dan praktikal.
Dari aspek teori guru memerlukan perbincangan, lawatan dan kuliah.
Guru perlu mencari bahan-bahan melalui sumber internet (web), buku-
buku terkini dan majalah. Tumpuan adalah banyak kepada reka bentuk
digital samada dalam bidang grafik konvensional atau reka bentuk
menggunakan komputer (multimedia, animasi dan laman web).

2. Pengertian:
2.1. Reka bentuk Grafik:
• Perkataan Grafik adalah dari perkataan Greek iaitu ‘Graphikos’ yang
bermaksud: Boleh melukis dan mewarna.
• Penggunaan perkataan reka bentuk grafik atau ‘graphic designer’
mula diperkenalkan oleh William Addison dalam buku bertajuk
‘DWINGGINGS’ sekitar tahun 1922.
• Kamus Webstar: Grafik ialah seni halus dan seni gunaan dalam
gambaran dekoratif dan tulisan atau cetakan di atas permukaan datar
beserta dengan teknik dan ketukangan yang berkaitan dengannya.
• Smolucha L. (1997), dalam Buku ‘The Visual Art’ menyatakan
bahawa Seni Grafik merupa perkataan yang merujuk kepada banyak
cabang seni halus terutamanya dalam bidang percetakan. Dan
seterusnya beliau menyarankan reka bentuk grafik adalah lebih
sesuai dalam aplikasi bidang ‘commersial-industrial’ dan komunikasi
visual.
• Dalam buku ‘Enscylopaedia of Graphic Design+Designers’ Tulisan
Alan dan Isabella menyatakan istilah reka bentuk grafik adalah
merujuk kepada aktiviti yang melibatkan Tipografi, Ilustrasi, potografi,
percetakan, pemujukan, informasi dan instruksi.
• Pada umumnya reka bentuk grafik lebih menjurus kepada reka bentuk
visual yang berkepentingan komunikasi dengan audian.

1
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
2.2. Reka bentuk multimedia:
• Perkataan Multimedia merujuk kepada komunikasi yang
menggunakan audio, video, teks, grafik dan animasi yang
digabungkan dengan interaksi pengguna secara interaktif dan
dipersembahkan melalui teknologi komputer.
• Multimedia Interaktif ialah gabungan pelbagai media seperti video,
teks, audio, grafik dan animasi melalui komputer. Multimedia
interaktif dikaitkan dengan maklum balas. Secara khususnya
interaktif adalah komunikasi dua hala dalam komunikasi. Interaktif
ialah satu proses yang membenarkan pemprosesan maklumat yang
mendalam ke dalam minda audian.
• Reka bentuk multimedia ialah reka bentuk visual yang menggunakan
komputer dihasilkan melalui yang memenuhi ciri-ciri rekabentuk grafik
yang memasukkan unsur-unsur warna, imej, tipografi, susun atur dan
audio yang membenarkan keselesaan kepada penglihatan dan
pendengaran audian.
• Animasi merupakan elemen dalam multimedia. Animasi merupakan
satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah
hidup, dapat digerakkan, beraksi dan bercakap. Pengolahan animasi
adalah menerapkan unsur-unsur grafik dan seni halus bagi memberi
kesan ilusi pergerakan. Contohnya ialah kartun.

2.3. Elemen Visual


• Kepentingan eleman visual dalam sesuatu reka bentuk komunikasi
visual adalah amat penting. Dua elemen yang penting dalam sesuatu
reka bentuk komunikasi visual.
1. Imej/ gambar
2. Tipografi
a. Kedua-dua elemen ini menjadi faktor penyebab kepada wujudnya
komunikasi visual dengan audian. Pereka bentuk akan
mempersembahkan elemen visual ini melalui:
• Poster
• Media elektronik
• Bahan cetakan
• Bilboard
• Skrin multimedia dan sebagainya
• Pereka bentuk komunikasi visual perlu peka kepada pemilihan
komponen imej dan teks dalam sesuatu reka bentuk persembahan
agar ianya menepati ciri:
• Keterbacaan

2
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
• Kemesraan penglihatan audian
• Menarik minat untuk melihat
• Memokus
• Untuk memberi kefahaman dalam menentukan eleman visual dalam
komunikasi visual kita bahagikan kepada tiga bentuk visual dalam
sesuatu reka bentuk:
1. Visual realistik – Visual dalam bentuk yang nyata dan
asal seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan.
2. Visual analogik – Visual yang telah dipermudahkan
dalam bentuk grafik. Kebiasaannya dilukis dalam bentuk
rajah atau symbol.
3. Visual Organizatonal – Visual ini adalah rekaan grafik
yang dipermudahkan dalam bentuk flowchat, graf, peta
dan sebagainya. Kemahiran kepada pereka bentuk ini
adalah dari segi bentuk dan variasi warna yang digunakan.

Visual realistik Visual analogik Visual organizational

Bentuk-bentuk Visual

Piktorial Grafik

Gambar foto Ilustrasi Grafik ringkas simbol

Realistik abstrak

3
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
2.4. Tipografi
• Tipografi bermaksud seni memilih dan mengatur huruf. Seni ini
penting kerana hampir semua jenis rekaan grafik menggunakan huruf
untuk memberi makna dan maklumat. Melalui muka taip yang
sempurna penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan
sempurna.
• Terdapat dua jenis muka taip:

• Muka taip peraga – sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai


digunakan untuk tajuk utama, judul, logo dan apa saja bersifat
peraga atau iklan.
• Muka taip teks – sifatnya kecil dan sangat banyak digunakan
misalnya dalam reka letak sebuah akhbar, majalah, risalah dan
sebagainya.
Anatomi Muka taip

Lengkuk Asender
Serif (tiang atas)
muka taip

Taip teks
Asender
Tinggi

Desender
Desender
(tiang bawah)

Perbincangan:

1. Jenis-jenis muka taip.


2. Keluarga muka taip
3. Nama-nama font dalam komputer
4. Peranan muka taip dalam sesuatu penghasilan
grafik.

3. Kepentingan Komunikasi Visual


3.1. Dari segi reka bentuk:
• Secara umumnya kepentingan reka bentuk grafik adalah untuk
memberi kesan kepada audian dari segi komunikasi. Oleh yang
demikian reka bentuk grafik perlu memahami prinsip-prinsip dan

4
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
unsur-unsur grafik secara mendalam. Unsur pemujukan sangat
penting semasa proses rekaan.
• Reka bentuk grafik juga perlu memikirkan mesra pengguna. Terutama
apabila menghasilkan reka bentuk skrin multimedia interaktif. Audian
tidak mencari-cari dan terkeliru dengan reka bentuk yang dihasilkan.
• Merangsangkan audian adalah unsur penting dalam sesuatu reka
bentuk, walau bagaimanapun tidaklah sampai ianya boleh
menimbulkan keraguan dan unsur negatif diutarakan dalam reka
bentuk. Misalnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan negatif
pada agama dan budaya sesuatu kaum.
• Pereka grafik juga harus memikirkan dalam rekaannya agar reka
bentuk tidak mengelirukan audian. Kepentingan membuat kajian
sebelum menghasilkan sesuatu rekaan sangat penting. Misalnya
sasaran audian dikalangan masyarakat golongan tua jangan
dikelirukan dengan reka bentuk cara moden yang terlalu laju dan
bergaya bebas.
• Satu perkara yang penting dalam rekaan komunikasi visual seperti
billboard dan rerambu jalan ialah sesuai dengan alam sekitar. Warna
dan imej yang dikemukakan dalam reka bentuk perlu seimbang
dengan alam sekitar. Perkara ini penting kerana audian akan terkeliru
dan boleh menyebabkan pencemaran komunikasi.

3.1. Dari segi masyarakat:


• Melalui reka bentuk komunikasi visual masyarakat cepat mendapat
maklumat secara pantas. Reka bentuk komunikasi visual selalunya
ditempatkan dikawasan-kawasan strategi di mana audian secara
langsung dapat membaca dan melihat maklumat.
• Masyarakat juga mendapat pengetahuan sumber-sumber dari
komunikasi visual yang disampaikan secara berkesan. Sumber-
sumber pengatahuan melalui poster dan papan iklan atau billboard
disampaikan kepada pengguna secara langsung dan tidak langsung.
• Melalui komunikasi visual juga pengguna mendapat hiburan. Ini
terbukti dengan iklan-iklan yang terdapat di televisyen dan papan
iklan atau billboard elektronik dipersimpangan jalan memberi hiburan
kepada pengguna.
• Dapat membandingkan produk melalui pengetahuan pengguna yang
dibaca melalui iklan-iklan. Secara tidak langsung peranan komunikasi
visual dapat mendidik masyarakat melalui iklan produk yang
dikemukakan.

5
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
Perbincangan:

1. Aspek kepentingan semasa komunikasi visual


tertumpu kepada media elektronik
2. Kesan kebaikan dan keburukan komunikasi visual

4. Media Komunikasi Visual


4.1. Media konvensional
• Pereka bentuk komunikasi visual menghasilkan rekaan dengan
menggunakan alatan lukisan seperti cat, berus dan peralatan teknikal.
Kebiasaannya pelukis terkongkong dengan media yang ada dan
permukaan tertentu. Penggunaan media konvensional ini dilakukan
oleh pelukis-pelukis iklan. Contohnya poster, kain rentang, bidai
pengadang cahaya matahari (kedai), billboard dan sebagainya.

4.2. Media Cetak


• Media cetak adalah media yang paling popular diguna dalam
komunikasi visual. Pengiklanan akan menggunakan media ini untuk
mengiklankan barangan dan maklumat. Media ini lebih mudah dan
murah. Pereka bentuk hanya perlu berkemahiran dalam bidang grafik
terutamanya dari segi reka letak, menyusun huruf dan meletakkan
imej yang sesuai. Kini semua kerja-kerja reka bentuk grafik dihasilkan
dengan menggunakan perisian grafik komputer. Contoh kerja-kerja
grafik melalui medaia cetakan ialah poster, brocher, iklan akhbar dan
majalah dan sebagainya.

4.3. Media elektronik


• Media ini adalah adalah media yang mula diterokai dalam alaf ini.
Dengan menggunakan teknologi komputer media ini boleh
menghasilkan persembahan yang dinamik dan inovasi. Bentuk
komunikasi juga bebas dan tidak terikat dengan sesuatu bentuk. Kini
pengguna internet dapat menggunakan teknik animasi dan traksaksi
teks. Kesan seumpama ini juga terdapat dalam iklan-iklan di
televisyen. Oleh yang demikian pereka bentuk komunikasi visual perlu
memiliki kemahiran dalam aplikasi perisaian komputer grafik. Antara
contoh komunikasi visual yang menggunakan media elektronik ialah
bilbooard elektronik, internet, televisyen, CD ROM dan persembahan
multimedia.

6
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
Perbincangan:

1. Bincang kelebihan dan kelemahan Medaia-media


yang digunakan dalam penghasilan Komunikasi
visual. Perbincangan hendaklan dalam skop yang
lebih luas dari segi reka bentuk grafik, pengiklanan
dan reka bentuk multimedia.
2. Peranan komputer grafik terhadap perkembangan
reka bentuk komunikasi visual.

4.3.1. Perisian Komputer Grafik:


4.3.1.1. Rekaletak
 Quark Express
 Adobe PageMaker
 MS Publisher
4.3.1.2. Melukis ilustrasi dan imej
 Macromedia FreeHand
 Adobe Ilustrator
 CorelDraw
4.3.1.3. Mengedit foto dan membentuk imej
 Adobe Photoshop
 CorelPaint
4.3.1.4. Multimedia interaktif, linear dan Animasi
 Macromedia Director
 Macromedai Authorware
4.3.1.5. Reka bentuk 3-D dan animasi
 3D Studio Max
 AutoCAD
4.3.1.6. Reka bentuk laman web.
 Macromedia Flash
 MS Front Page
4.3.1.7. Mengedit filem
 Adobe Premiere

7
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
 Digital Video Producer
4.3.1.8. mengedit audio
 Sound Forge
 Sound Edit

4.3.2. Format fail komputer grafik:

Jenis Elemen Format Fail Preskripsi


Teks . txt Format fail ini digunakan untuk
.doc membuat dokumen biasanya
.rtf dalam MS Word.
Grafik .pcx/pict Format fail ini adalah bagi imej
.bmp foto atau ilustrasi.
.eps Kebiasaannya nilai kepada
.tif/tiff setiap format fail adalah
.jpeg berbeza dari segi kapasiti saiz.
.gif
.targa
Audio .wav Format fail yang akan
.aiff menentukan bentuk audio yang
.mid akan didengar.
.snd
Video .avi Format fail bagi audio digital.
.dvi Format ini bergantung kepada
.mov saiz dan bentuk video.
Animasi .flc Format fail yang akan
.dir menentukan jenis animasi dan
.fli perisian animasi.

4.3.3. Jenis-jenis imej grafik digital


Terdapat dua jenis imej grafik digital yang boleh diserasikan dengan reka
bentuk yang akan dihasilkan:
1. Imej Vektor (Vector)
Imej yang dihasilkan dengan perisian komputer seperti
Adobi Ilustrator, Macromedia FreeHand, CorelDraw dan
AutoCAD. Imej ini mempunyai kuali garisan yang padu dan tidak
bergerigi. Biasanya penghasilan ilustrasi adalah paling sesuai
menggunakan imej ini.
2. Imej Peta Bit (bitmap)
Imej ini dihasilkan dengan perisian komputer seperti
Adobe Photoshop, Corel Paint ,Xras dan imej pengimbas. Imej

8
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
yang dihasilkan jika dibesarkan terdapat bergerigi. Kebiasaan imej
ini adalah dari gambar foto yang di imbas dengan pengimbas
(scan).

Perbincangan:

Bincangkan imej grafik vektor (vector) dan peta bit


(bitmap) yang teradpat dalam perisian kompter grafik.
• Ciri-ciri perbezaan
• Kelebihan grafik imej Vector dan Bitmap
• Perisian

5. Kaedah Komunikasi Visual


Dalam menyampaikan mesej untuk berkomunikasi, pereka bentuk grafik
dan multimedia perlu memahami prinsip-prinsip asas dalam rekaan.
Antara lain ialah asas seni reka, prinsip rekaan dan mengorganisasikan
rekaan. Menurut Amy E. Arntson dalam Bukunya ‘Grafik design basics’
(1998) menyatakan dua perkara penting perlu difikirkan oleh pereka
bentuk grafik dan multimedia ialah:
1. Daya intelektual dalam mengembangkan idea
2. Penguasan pengetahuan mengenai dunia terkini.
Penyataan ini tentu sekali mengherankan kita, apa tah lagi apabila ianya
tidak dikaitkan dengan penguasaan ilmu visual. Namun, kenyataan ini
lebih bersifat bahawa keilmuan dan daya intelektual sangat penting
dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk. Sifat-sifat seorang pereka
bentuk perlu mempunyai nilai-nilai interlektual disamping nilai kreatif.
Di samping itu sesorang pereka bentuk juga perlu memikirkan dua
perkara yang dikira sebagai pengukuhan dalam sesuatu rekaan. Antara
lain ialah Pemikiran ‘subject matter’ atau uniti intelek dan reka bentuk
atau uniti visual.

Beberapa kaedah dalam reka bentuk komunikasi visual


Kaedah-kaedah ini merupakan sebahagian sahaja kaedah yang
digunakan dalam penghasilan rekaan komunikasi visual. Pelbagai
kaedah lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan yang
menarik. Menurut Amy E. Arntson (1998) pereka bentuk grafik adalah
seorang pelukis catan abstrak yang baik. Ini adalah kerana kebanyakan
reka bentuk memerlukan daya kreativiti visual yang kuat dan penghasilan

9
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
karya yang luar biasa. Sebagai contoh karya-karya grafik digital banyak
menguasai nilai-nilai catan abstrak.

Beberapa contoh:
Reka bentuk menggunakan Tipografi

Rekabentuk menggunakan Imej dan representasi

Reka bentuk Kombinasi imej/ Tipografi

10
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
Rekabentuk menggunakan Ilustrasi naratif

Rekabentuk Menggunakan Dekoratif

Rekabentuk bentuk herot-piut

11
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
Reka bentuk menggunkan Imej dan tipografi bersekuan.

6. Penutup
Pembelajaran komunikasi visual memberi penekanan kepada aspek teori
dan amali secara serentak. Keperluan maklumat yang mutakhir sangatlah
penting bagi pendedahan kepada pelajar. Untuk itu sumber yang paling
dekat dengan pelajar ialah internet. Reka bentuk ‘home page’ boleh
dijadikan panduan untuk pelejar-pelajar mempelajari reka bentuk yang
baru. Guru juga harus bersedia dengan bahan-bahan rujukan yang terkini
seperti majalah, internet, CD ROM dan buku-buku.
Penekanan pembelajaran amali kepada pelajar boleh dihasilkan dengan
rekaan-rekaan grafik seperti poster, brocher, reka bentuk kulit CD, reka
bentuk kulit majalah, Menghasilkan multimedia interaktif, multimedia
linear dan animasi.
Proses amali boleh dibuat secara manual dan digital (komputer).

Rujukan Buku:

Alan and Isabella (1994). Encyclopaedia Graphic design + Designers, New York:
Thames and Hudson.

Arntson, A. E, (1998). Grafik Design Basics, USA: Harcourt Brace College Pub.

Duane and Preble S, (1994). Art Forms (5th Edition), New York: Harper Collings
College Publishers.

12
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
Hassan Mohd Ghazali (2000). Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5,
Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Heinich, R., Molenda, M. dan Russel, J.D. (1993). Instruction Media And The New
Technologies Of Instructional .(edisi ke-5), New York: Macmillan.

Hollis, R. (1997). Graphic Design A Concise History. London: Thames and Hudson
Ltd.

Martin, D. (1990). Graphic Design Inspration and Innovation. Ohio: North Light
Books.

Meggs, P.B. (1998. A History of Graphic Design (3rd Edition), New York: John Wiley &
Son Inc.

Redman, S.A .(1999). Taking The Leap Into New Media, Ohio: North Ligh Books.

Rocsh, W.L., (1995). Multimedia Bible. USA: Sam Publication.

Smolucha, L. (1996). The Visual Art Companion, New Jersey: Prentice Hall.

Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., Vigg, P.R., Bone, R.O., & Sayton, D.L. (1999) Art
Fundamentals: Theory and Practice (8th Edition). New York: McGraw-Hill.

Rujukan Internet:
1. Laman Grafik Power : http://www.graphicpower.com
2. Laman Planet Photoshop: http://www.planetphotoshop.com
3. Laman Digital web magezine: http://www.digital-web.com
4. Laman Communication Arts: http://www.commarts.com
5. Laman Majalah HOW: http://wwwhowdesign.com
6. Laman Principles of Graphic design:
http://wwwmundidesign.com/presentation/index2.html.
7. Laman Destop publishing: http://www.desktoppub.miningco.com
8. Laman Graphic Art Monthly: http://www.gammag.com/index.html
9. Laman Head North Graphic: http://www.headnorth.com/graphics.html
10. Laman Pendidikan Seni Visual: http://www.geocities.com/hasmoli/
11. Laman ABC Typography: http://wwwabc.planet-typography.com

13
 Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

You might also like