You are on page 1of 2

PENUTUP MORFOLOGI

Mata pelajaran Bahasa Melayu kini telah disebut sebagai Bahasa Malaysia yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan serta menjadi alat komunikasi utama dan tolenrasi kaum. Bagi pelajar Tahap I, murid-murid diajar kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan ilmu dari pelbagai sumber. Setiap pelajar pula belajar dalam kelas yang sama tapi mempunyai tahap penguasaan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Semua pelajar diwajibkan mempelajari morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu. Namun ramai pelajar tidak menguasai morfologi kerana pelbagai faktor. Di antaranya ialah apabila pelajar menggunakan bahasa ibunda sebelum melafazkan dalam Bahasa Melayu yang betul maka aspek imbuhan sering menjadi kesalahan dalam pertuturan dan penulisan pelajar. Kesilapan dalam struktur ayat menjadi semakin serius di kalangan golongan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua mereka. Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang melalui proses pengimbuhan, perkataan baharu penting kerana

akan terbina. Sifat imbuhan yang

sebegini menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian, sama ada dalam bentuk percakapan mahupun penulisan. Namun, proses pengimbuhan bukanlah suatu merangkumi proses yang mudah difahami kerana proses ini ini

banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Kadangkala proses

menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa, terutama sekali bagi mereka yang jarang membaca ataupun menggunakan bahasa Melayu secara gramatis dalam komunikasi harian. Berdasarkan Tesis Pakej Imbuhan : Meningkatkan Penguasaan Imbuhan

Pelajar yang disediakan oleh Ganda Sari Chokri dan Rafidah Abdul Razak, didapati bahawa semakin ramai pelajar menghadapi masalah menggunakan imbuhan yang tepat, baik dalam penulisan mahupun pertuturan. Berdasarkan pemerhatian guru juga, pencapaian pelajar dalam komponen imbuhan bagi Kertas Satu dan penulisan

karangan dalam Kertas Dua UPSR juga turut terjejas. Keprihatinan ini mendorong guru untuk menjalankan sebuah tinjauan bagi mencari huraian-huraian tentang

masalah yang dihadapi pelajar dalam mengaplikasikan

penggunaan imbuhan yang

betul dalam pembelajaran bahasa. Daripada tinjauan yang dijalankan, beberapa permasalahan pembelajaran telah dikenal pasti. Sebanyak 38.1% pelajar mendapati pengajaran imbuhan tidak dilakukan secara sistematik dan teratur. Sebanyak 31.4% pelajar tidak melihat kaitan imbuhan dan penggunaan bahasa seharian manakala bacaan dalam

sebanyak 28.6% pelajar pula yang kurang membaca bahan-bahan Bahasa Melayu. Ilmu morfologi harus diserap seawal

kemahiran-kemahiran

lain

untuk

membolehkan mereka menguasai kemahiran morfologi. Di samping membaca dan menulis huruf, kemahiran membentuk suku kata dengan menggunakan struktur ayat yang betul harus ditekankan. Hasilnya, murid-murid dapat menulis dengan tepat, gramatis dan berstruktur. Kemahiran ini menjadi teras untuk mempelajari pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih kompleks dan mendalam.

You might also like