You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH

TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN TARIKH: 8 JULAI 2013 DIANJURKAN OLEH: GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA DENGAN KERJASAMA WARGA SEKOLAH, SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH

1.0

PENGENALAN Internship ialah satu program latihan dalam lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sebenar tugas guru permulaan. Guru pelatih juga dikehendaki merancang an melaksanakan perhimpunan mingguan sekolah. Lantaran itu, projek ini telah dirancang sebagai memenuhi tuntutan dalam program Internship pada semester ini. Projek ini bertujuan untuk mempersiapkan diri guru pelatih agar mampu mengendalikan program perhimpunan mingguan dengan tersusun dan lebih efisien. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara guru pelatih dengan warga sekolah sepanjang proses mengendalikan perhimpunan tersebut. Secara tidak langsung, keyakinan diri guru pelatih dapat digarap menerusi pengendalian perhimpunan ini di mana guru pelatih bukan sahaja perlu membuat persediaan sebelum perhimpunan berlangsung, malah semasa perhimpunan juga guru pelatih perlu melibatkan diri secara keseluruhannya bagi memastikan kelancaran perhimpunan tersebut. Guru pelatih juga akan menjadi lebih peka dengan setiap aktiviti yang telah dan akan dijalankan di sekolah.

2.0

RASIONAL 2.1 Merancang, melaksana projek / aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah. 2.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. 2.3 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. 2.4 Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa. 2.5 Memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih untuk mengendalikan perhimpunan mingguan di sekolah.

3.0

OBJEKTIF 3.2 Meningkatkan kepekaan guru pelatih terhadap segala aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut. 3.3 Meningkatkan keyakinan guru pelatih untuk berucap di hadapan khalayak. 3.4 Kemahiran komunikasi antara guru pelatih dan warga sekolah dapat ditingkatkan. 3.5 Memberi pengalaman sebenar kepada guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan perhimpunan mingguan. 3.6 Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan antara satu sama lain.

4.0

BUTIRAN PROGRAM 4.1 NAMA PROJEK Mengendalikan Perhimpunan Mingguan Sekolah 4.2 TARIKH PROJEK 8 Julai 2013 4.3 TEMPAT Tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah 4.4 MASA 7.30-8.00 pagi

4.5 KUMPULAN SASARAN Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah

4.6 ANJURAN Guru Pelatih PISMP Pendidikan Khas IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka dengan kerjasama warga sekolah Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah

5.0 JAWATANKUASA PROJEK PENASIHAT :TUAN HAJI ZAINAL BIN YUSOF (Guru Besar SKDA) PENGERUSI : TUAN HAJI YUNUS BIN ABDULLAH (Guru Penolong Kanan 1) NAIB PENGERUSI 1 : PUAN SITI ZUBAIDAH BINTI HAJI ALIAS (GPK Kokurikulum) NAIB PENGERUSI 2 : TUAN BADRUL HISYAM BIN TUAN ABDULLAH (GPK Hal Ehwal Murid) PENYELARAS : PUAN FARIDAH BINTI ESMAIL (Guru Pendidikan Khas) SETIAUSAHA : NUR HAFIZAH BINTI BACHOK (Guru Pelatih IPG KPM)

AHLI JAWATANKUASA Persiapan tempat Sistem siar raya Kawalan murid Pengacara majlis Bacaan doa Bendera

: : PN. MARIAH BINTI RANI PN. NOORANIZA BINTI MOHD NOOR : EN. SARAVANAN A/L MACHAP : EN. AZMAN BIN ABD. AZIZ : NUR HAFIZAH BINTI BACHOK : AHMAD ZAIM BIN . : UMAR AL FEROZE BIN. SHAHMI. ISKANDAR..

Ikrar Rukun Negara Konduktor

: MUHAMMAD IZUDDIN BIN : Nurul Izzah binti .

6.0 ATURCARA MAJLIS Perhimpunan pagi 7.30 pagi : - Murid berhimpun di tapak perhimpunan sekolah - Guru mengambil tempat - Ketibaan guru besar SK Datuk Abdullah - Nyanyian lagu-lagu rasmi - Bacaan doa dan Ikrar Rukun Negara - Laporan guru bertugas minggu lepas - Ucapan guru bertugas mingguan - Makluman daripada guru-guru - Penyampaian hadiah - Ucapan pihak pentadbir - Penutup - Perhimpunan bersurai

7.0 PENUTUP Diharapkan perhimpunan mingguan sekolah yang dianjurkan ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Selain itu, semoga sepanjang pengendalian perhimpunan mingguan ini dapat memberikan kepuasan kepada guru-guru sekolah serta murid-murid yang terlibat seterusnya merapatkan silaturrahim antara guru pelatih dan juga warga sekolah, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah. Pengalaman sepanjang mengendalikan perhimpunan ini sememangnya memberikan persediaan awal kepada guru pelatih dan akan diaplikasikan di sekolah kelak.

Disediakan oleh, .. (NUR HAFIZAH BINTI BACHOK) Setiausaha, Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melaka.

Disemak oleh, ......................................... (PUAN FARIDAH BINTI ESMAIL) Guru Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan.

Diluluskan oleh, .......................................... (TUAN HAJI ZAINAL BIN YUSOF) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, 73200, Gemencheh, Johor.

You might also like