You are on page 1of 4

Warkah Kekasih

Jam menunjukkan angka 4.00 pagi. Mataku masih belum menampakkan hendak tidur.
Kenapa pulak ni? Tiba-tiba ingatanku menerawang pada mak, abah, wan, atuk, adik-adik
dan Intan! Ahh! Terlanjur mata tak boleh nak tidur ni elok juga aku lakarkan sesuatu
untuk Intan. Aku bingkas bangun lalu menulis sesuatu untuk kekasih hatiku.

Bradford Street,
United Kingdom.

Assalamualaikum...

Kehadapan insan yang Abang sayangi. Semoga dengan kehadiran warkah ini, tidak
menganggu dirimu. Apa khabar sekarang? Tengah buat apa tu? Abang di sini
alhamdulillah sihat di samping teman-teman. Pelajaran Abang, alhamdulillah ok ajer.

Sayang nak tau tak sekarang ni kat sini musim salji tau. Seronok Abang main salji. Sejuk
sesangat. Sayang... sewaktu Abang mencoretkan kata-kata ini entah sebab apa tiba-tiba
Abang teringatkan Intan yang jauh di tanahair. Nak tidur pun tak boleh. Jadi Abang ambil
kertas dan pen terus melakarkan sesuatu untuk buah hati Abang.

Sayangku Intan...
Ketahuilah sayang bahawa di hati Abang hanya ada Intan. Walau pernah Abang katakan
pada Intan , Abang suka tengok gadis mat saleh tapi mereka tak ada apa-apa makna
dalam hidup Abang. Mana mungkin dorang nak kat Abang, Intan. Cuma Intan yang
Abang cintai dan sayangi. Insya Allah sehingga akhir hayat Abang.Percayalah!

Pernah Abang katakan dulu selagi ada nafas dan hayat Abang, Intan tetap di hati. Cinta
Abang tak pernah pudar walaupun dah hampir empat tahun kita bersama. Kasih sayang
Abang pada Intan masih seperti dulu. Seperti mana pertama kali Abang lafazkan kata
cinta Abang pada Intan. Intan adalah sebahagian dari hidup Abang. Benar Intan! itulah
kenyataannya.

Abang bukannya ahli falsafah yang pandai bijak bermain kata-kata. Cuma apa yang
Abang dapat lakukan bukan dengan lafaz cinta tapi dengan perlakuan, kasih sayang
Abang pada Intan. Sayangku padamu untuk selamanya. Terus terang Abang katakan yang
Abang sangat menyintai diri sayang dan Abang rasa tak boleh buat apa-apa tanpa sayang
di sisi. Bila Intan jauh, Abang rasa rindu, sunyi sangat. Lebih-lebih lagi bila Abang jauh
di perantauan. Dahlah di sini orang melayu kurang, nak bergurau ke nak pergi jejalan pun
kena pakai duit. Mana ada rumah saudara mara kat sini. Intan pun fahamkan? Walaupun
Intan jauh nun di sana, Abang tetap setia pada Intan. Hati Abang hanya untuk dirimu
seorang. Rindu dan hati Abang masih lagi seperti dulu. Harap Intan tidak melupakan diri
Abang.

Intan...
Tidak pernah terlintas di hati ini untuk mencari pengganti walaupun Intan tiada di sisi.
Walaupun jauh beribu batu. Abang tetap mengingati Intan. Pernah Abang berjanji tapi
Abang mungkiri namun semua itu bukan kehendak Abang. "Kita yang merancang, Tuhan
yang menentukan segala-galanya." Tapi kita tak boleh berharap pada takdir sepenuhnya.
Kita boleh merubah takdir dengan usaha. Intan nak tahu tak semasa di sini, kawan-
kawanlah penghibur hati. Sememangnya Intan sendiri sudah maklum yang Abang punyai
ramai kawan. Tak kira lelaki mahupun perempuan tapi semuanya tak lebih dari seorang
rakan. Intan juga istimewa di hati. Biar jauh di mata tapi tidak jauh di hati. Pernah
beberapa ketika, perasaan Abang meronta-ronta untuk mengekori di mana sahaja Intan
berada. Namun apakan daya, Abang tak mampu berbuat demikian. Ketahuilah Intan,
Abang sentiasa menantikan bilakah kita boleh bertemu lagi. Nampaknya dua tahun lagi
barulah Abang dapat kembali ke Malaysia. Sabar sayang.

Sayang...
Tiada siapa lagi yang dapat mengetuk pintu hati Abang. Cuma nama Intan Mazwin
sentiasa bertakhta di hati. Perkenalan dengan Intan banyak merubah perjalanan hidup
Abang. Hati Abang yang telah kosong terasa seolah-olah terubat dengan kehadiran Intan.
Semua bibit percintaan ini menjadi pengubat rindu Abang pada Intan.

Cinta ibarat langit dan bumi.Ternyata sukar untuk dipisahkan. Cinta yang dibina atas
dasar sayang,kasih ,rindu dan kejujuran adalah resepi utama membina sebuah
perhubungan. Begitu jugalah episod cinta antara Intan dan Abang... Seperti yang Abang
katakan di atas tanpa Intan di sisi tidak mungkin Abang dapat berdiri sendiri.Setiap
denyut nadi Abang adalah hanya untukmu. Setiap detik dan ketika hanya untuk dirimu
duhai kekasihku... Hanya namamu bertakhta di hatiku. Satu pinta Abang agar diri ini
tidak kecewa buat kesekian kalinya. Sesungguhnya Intan adalah insan yang berjaya
menambat hati Abang. Abang tertarik dengan keluhuran, sopan santun dan kelembutan
yang ditunjukkan oleh Intan. Senyuman Intan menyentuh kalbu. Abang tertarik pada
Intan bukan kerana keayuan ataupun kekayaan Intan. Bermula dari perkenalan kita
sehinggalah hari ini, Abang dapat rasakan Intan membuat Abang rasa bahagia. Abang
tidak menafikan kadangkala antara kita wujud persengketaan, perselisihan pendapat
hanya kerana sikap Abang yang panas baran dan emosional. Namun, Intan berjaya
melembutkan semula hati Abang, membuatkan Abang membuang ego Abang jauh-jauh
hanya kerana Intan. Abang tahu Abang bersalah, maafkan Abang.

Dalam diam Abang mengkagumi sikap Intan, disebalik kelembutan dan kemanjaan Intan,
ada sifat ketegasan dan kematangan. Intan sering mengingatkan Abang tentang masa
depan yang bakal dilalui. Betapa Intan seorang gadis yang banyak mengajar Abang erti
kehidupan, kasih sayang, kesabaran dan ketekunan. Intan turut menyedarkan Abang erti
perhubungan yang sebenar. Abang rasa, pilihan Abang untuk menjadikan Intan suri hidup
Abang sesuatu yang tepat. Pemaisuri yang bertakhta di hati telah Abang temui dan akan
Abang sunting diri Intan kelak bila semuanya sudah selesai. Maksud Abang pelajaran dan
kemudahan untuk kita. Walaupun antara kita masih ada kekurangan yang perlu di
perbaiki namun, Abang mengharapkan segalanya akan kita atasi bersama. Membina
sebuah perhubungan yang bahagia, memerlukan kesabaran, pengorbanan, kejujuran dan
ketekunan. Intan, seperti kata pujangga Hamka, "Cinta adalah tiang sendi segenap
keutamaan dunia ini. Kalau tidak ada cinta nescaya kiamatlah dunia". Begitu kuat sekali
pengaruh cinta. Intan masih ingat lagi kata-kata Abang sebelum Abang berangkat ke UK
tiga tahun dulu? Walau di mana Abang berada, Intan tetap di hati. Tak usah diragukan
cinta Abang, Abang pinta satu dari Intan, berilah kepercayaan pada Abang. Abang akan
buktikan kesetiaan Abang. Tolonglah percayakan Abang.Abang sayangkan Intan sepenuh
jiwa raga Abang.

Abang rasa cukup setakat ini untuk kali ini. Insya allah! Abang akan hantar surat untuk
Intan masa akan datang. Kirim salam untuk keluarga di tanah air. Tunggu kepulangan
Abang dua tahun lagi. Berjanjilah Intan akan setia menanti dan sentiasa merindui Abang,
laksana pungguk merindukan bulan. Abang doakan agar Intan di berkati Allah dalam
menjalani kehidupan seharian. Salam mesra dari Abang di sini.

Yang menyintaimu,
Ashraf Iskandar,
Bradford City, UK.

Aku melipat kemas surat tersebut lantas memasukkannya kedalam sampul surat yang
telah sedia bersetem. Esok akan ku poskan warkah cinta ini untuk kekasihku Intan! Biar
dia tahu betapa aku terlalu mengasihinya. "Is, kau tak tidur lagi? kau tak mengantuk ke?"
Aku tersentak, pantas menoleh pada Ikmal yang terpinga-pinga di katil. Entah apa yang
mengejutkannya aku sendiri tidak tahu. Selalunya dia tak kisah kalau aku tidur lambat.
Ketukan keyboard komputer juga tak pernah diambil peduli. Aku tersenyum sambil
memandangnya. Lantas bangun untuk menutup lampu.

TAMAT

You might also like