You are on page 1of 8

Koleksi Mutiara Kata

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya


sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah
ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.


Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi
diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam
yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.


Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong.

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang
jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu
jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu


sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti
ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu
api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua akan
dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang
anda miliki itu kepada teman anda.

28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu
muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar
Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti
unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh


menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima
sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :

-> Kepada kawan - Kesetiaan


-> Kepada musuh - Kemaafan
-> Kepada ketua - Khidmat
-> Kepada yang muda - Contoh terbaik
-> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
-> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
-> Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri
mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu
satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang
yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi
dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
berteman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika elok menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan Anda akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57)"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal
abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusi! a untuk menyambut


kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

63) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata
keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan
gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan
taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "

Mutiara Kata

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang
harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk
mengesat benda -benda yang kotor

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah
kemajuan"

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada
ALLAH s.w.t akan abadi"

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar
akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu
muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN


BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun


terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI


SAHABAT ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH
UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar
Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI


DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK


ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK
DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN
BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI
DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.


Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti
unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher
seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula
terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan,
maka tiadalah perpisahan"

" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk
diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu
tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari
nenek moyang"
(Saidina Ali)

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain


menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal
pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal
abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan


yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

You might also like