You are on page 1of 23

1.

0 Pengenalan Penguasaan empat operasi asas Matematik oleh murid amat penting kepada murid sekolah rendah kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep Matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran Matematik yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana

menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari Matematik. Konsep operasi nombor, perpuluhan, pecahan, pengukuran, masa dan ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan merupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik di peringkat sekolah rendah. Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik supaya murid mudah memahami isi pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran.

1.1 Refleksi Pengalaman yang Lalu Pengkaji telah menjalani tiga fasa praktikum di dua sekolah yang berlainan. Sekolah bagi fasa pertama dan kedua adalah sama dan merupakan sekolah di kawasan luar bandar. Praktikum fasa pertama dan kedua merupakan langkah permulaan yang baik untuk pengkaji. Ini disebabkan sosiobudaya sekolah seperti tingkah laku murid yang baik dan menghormati guru mampu memberi keyakinan untuk pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P & P). Ini juga menjadikan P & P pengkaji dapat dijalankan dengan baik dan mencapai objektif bagi setiap pembelajaran. Semasa di sekolah ini, bilangan murid yang sedikit memberikan faktor kejayaan pengkaji dalam mencapai objektif pembelajaran kerana pengkaji dapat memberi fokus yang lebih untuk mengajar murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Murid dari sekolah ini telah diberi tunjuk ajar untuk menggunakan Kaedah Lattice semasa menjawab soalan pendaraban. Mereka tidak menghadapi masalah yang besar semasa menjawab soalan pendaraban tetapi mereka menghadapi masalah apabila menjawab soalan penambahan yang dianggap lebih senang daripada soalan pendaraban. Bagi fasa ketiga, pengkaji telah menjalani praktikum di SJK(C) Kulai 1 yang berada di kawasan bandaraya Kulaijaya. Pengkaji telah mempelajari

perbezaan daripada aspek sosial dan ekonomi antara kedua-dua sekolah yang telah pengkaji jalani. Pengkaji mendapati bahawa bilangan murid sekolah ini mempunyai bilangan murid tiga kali ganda daripada sekolah sebelum ini. Pengkaji kurang berkeyakinan dalam kemahiran mengawal kelas pengkaji setelah pengkaji melihat bilangan murid yang pada hari pertama pengkaji praktikum. Pengkaji telah mengajar Tahun 4 kelas yang keempat iaitu 4 D. Pengkaji berpendapat bahawa majoriti murid kelas 4 D telah melakukan kesilapan semasa mengira soalan operasi menambah apabila menanda kertas ujian bulanan Mac. Melalui cara murid menjawab dalam kertas ujian, pengkaji dapat tahu yang murid ini dapat menambah dan tahu cara untuk menambah, hanya mereka menghadapi masalah pengumpulan semula semasa menambah. Pengkaji telah berbincang dengan guru kelas 4 D tentang masalah murid terhadap pengumpulan semula dan cara penyelesaiannya. Temu bual juga dijalankan antara pengkaji dengan murid untuk memahami latar belakang dan prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik. Pengkaji mendapatkan maklumat dari buku, jurnal dan internet tentang masalah pengumpulan semula. Berdasarkan perbincangan, temul bual dan pembacaan yang telah dibuat, pengkaji berpendapat kesilapan pengumpulan semula yang dilakukan oleh murid disebabkan kecuaian dan sifat pelupa. Pengkaji telah berbincang dengan Guru kelas 4 D tentang prestasi muridnya. Oleh itu, pengkaji akan membantu murid untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin agar murid tidak melakukan kesilapan yang sama dalam tajuk lain yang melibatkan pengumpulan semula operasi tambah dalam lingkungan 100 000. 1.2 Refleksi tinjauan literatur Terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi, pakar Matematik dan guru Matematik terhadapt operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula dan penggunaan kaedah Lattice dalam pendaraban. Menurut Clements & Sarama (2004), Semasa murid-murid

menyelesaikan masalah Matematik, perkara biasa yang sering berlaku adalah kesilapan umum. Antaranya adalah seperti petak nilai tempat ditinggalkan kosong, tidak meletakkan digit pada nilai tempat yang betul, tidak mengumpul

semula, kiraan yang salah dan susunan digit yang tidak tersusun mengikut nilai tempat. Ini memang tidak dapat dinafikan bahawa kecuaian dan kekurangan kemahiran sentiasa menyebabkan murid membuat kesilapan apabila menjawab soalan operasi tambah. Walaupun operasi tambah dianggap sebagai tajuk yang paling mudah dalam kesemua tajuk, murid masih membuat kesilapan. Murid terlalu yakin pada diri sendiri semasa menjawab soalan penambahan kerana operasi tambah adalah tajuk paling mudah. Ini telah menyebabkan murid tidak membuat semakan jawapan selepas siap semua soalan dan memberi peluang berlakunya kesilapan. Semakan sepatutnya dilakukan terhadap setiap soalan tanpa kira mudah ataupun susah untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Walle (2004) menyatakan bahawa kanak-kanak kurang memahami masalah operasi nombor dengan mengumpul semula seperti mengikut arahan, menggunakan nilai tempat serta penggunaan bahasa Matematik dalam nilai tempat. Muhamad Fairudz Yusof, Aziz Omar (2010) juga membuat kajian tentang penggunaan Kaedah Lattice untuk menyelesaikan masalah operasi pendaraban, terdapat beberapa kesilapan murid yang dapat dikenalpasti iaitu susunan bentuk lazim pada tempat yang betul, pengumpulan semula, dan kesalahan pendaraban. Selain itu, Maswani Ab Rashid, Samsiah Hassan (2010) juga mengatakan penggunaan algoritma yang tidak sesuai menyumbang ke arah kelemahan pemahaman murid terhadap konsep Matematik. Pola kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah kesalahan konsep nilai tempat dan kumpul semula. Kaedah Lattice dapat membantu murid mengelakkan masalah yang sering dilakukan seperti menulis jawapan di nilai tempat yang salah dan tidak membuat pengumpul semula. Ruang yang telah disediakan dapat mengelakkan jawapan daripada diletakkan di nilai tempat yang salah. Ruang kotak kaedah Lattice juga membolehkan murid menulis semua hasil kiraan ke dalam untuk mengelakkan berlakunya masalah pengumpulan semula. Menurut Nor Aziema Che Mustapa, Mohd Yusof Mohd(2010), Kaedah Lattice membantu untuk meningkat prestasi murid dalam pendaraban sebanyak 27.125%. Bagi menyokong dapatan data diskriptif, analisis dokumen, soal selidik dan pemerhatian digunakan. Segala kajian perlu dibuat secara teliti, pelbagai cara perlu digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data supaya

maklumat kajian tepat dan boleh dipercayai. Pelbagai instrumen digunakan untuk mengenalpasti kebolehpercayaan data-data untuk digunakan dalam kajian. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Ahmad Ashraf Md Yusof, Norizah Ahmad(2010), penggunaan Kaedah Lattice mampu meningkatkan keyakinan responden dalam menyelesaikan soalan pendaraban dalam Matematik. Murid menggunakan langkah kaedah Lattice untuk menjawab soalan akan

mengurangkan peluang berlakunya kesilapan. Dengan ini murid akan sentiasa memperoleh jawapan yang betul dan lebih berminat terhadap mata pelajaran Matematik. Murid juga akan semakin yakin pada diri sendiri yang mereka dapat menyelesaikan segala masalah dan berani untuk mencuba. Sehubung dengan itu, Aina Khalisah Azami, Mazlan Ibrahim (2012) telah menggunakan kaedah Diag-Box bagi meningkatkan kemahiran mendarab nombor 3 digit dengan 2 digit. Kaedah Diag-box merupakan salah satu kaedah pengiraan operasi pendaraban yang menggabungkan kaedah bentuk lazim dan kaedah lattice. Ini telah menunjukkan kaedah Lattice boleh diguna secara bebas. Kaedah Lattice bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dalam operasi darab malah ia juga boleh digunakan dalam operasi tambah. Kesimpulannya, melalui permerhatian yang dijalankan telah mendorong saya untuk menjalankan kajian ini demi membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Setelah berbincang dengan rakan sekelas, guru sekolah dan pensyarah pembimbing, pengkaji memilih untuk membuat kajian berdasarkan tajuk KeberkesaXXXXXXXX. Pengkaji akan menggunakan kaedah Lattice dalam kajian ini untuk membantu menyelesaikan masalah operasi tambah. Pengkaji percaya bahawa penggunaan kaedah Lattice dalam penambahan dapat menyelesaikan masalah pengumpulan semula dan meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik.

2.0 Fokus Kajian 2.1 Tinjauan dan analisis masalah Kajian ini memberi fokus kepada penggunaan Kaedah Lattice untuk membantu murid menjawab soalan penambahan. Operasi tambah

merupakan kemahiran asas yang mesti dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran Matematik supaya dapat melanjut ke tajuk-tajuk lain yang lebih kompleks. Murid yang lemah dalam operasi tambah bukan sahaja akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan malah akan menghadapi masalah dalam kehidupan harian yang memerlukan kiraan. Melalui pemerhatian di dalam kelas, penyemakan hasil kerja murid dan kertas ujian, pengkaji mendapati bahawa murid menghadapi masalah operasi tambah dalam lingkungan 100 000. Pengkaji telah berbincang dengan beberapa guru Matematik tentang masalah dan cara penyelesaiannya. Pengkaji diberitahu bahawa murid sekolah cina dilatih menggunakan kaedah algoritma bentuk lazim untuk menyelesaikan soalan dalam lingkungan 100 000. Oleh itu, masa perlu diambil untuk melatih murid sekiranya ingin memperkenalkan Kaedah Lattice kepada murid. Menurut Clements & Sarama, 2004, perkara biasa yang sering berlaku semasa murid-murid menyelesaikan masalah Matematik adalah kesilapan umum. Antaranya adalah seperti petak nilai tempat ditinggalkan kosong, tidak meletakkan digit pada nilai tempat yang betul, tidak mengumpul semula, kiraan yang salah dan susunan digit yang tidak tersusun mengikut nilai. Dengan ini, pengkaji telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Lattice bagi membantu murid menengani masalah operasi tambah. Kesimpulannya, pengkaji ingin mengkaji sama ada Kaedah Lattice dapat meningkatkan kemahiran penambahan murid dalam lingkungan 100 000. Pengkaji dapat menilai pemilihan fokus kajian berdasarkan kriteria berikut: 2.1.1 Kebolehtadbiran Fokus kajian yang ditetapkan boleh ditadbir kerana pengkaji sendiri mengajar mata pelajaran Matematik semasa menjalani praktikum

pada fasa ketiga. Oleh itu, intervensi dapat dijalankan semasa pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas atau di luar kelas. Kaedah pelaksanaannya juga mudah dan bersistematik. 2.1.2 Kepentingan Fokus kajian ini akan memberikan kepentingan yang besar kepada murid slow-learner. Hal ini kerana, operasi asas Matematik amat berkait rapat dengan proses kehidupan manusia yang dilalui sepanjang tempoh hayatnya. Perkara ini penting kerana akan membantu murid membuat perkaitan dengan isi pembelajaran yang baru. 2.1.3 Kebolehgunaan Intervensi yang ingin diaplikasikan tidak memerlukan pemikiran yang abstrak. Justeru itu, gambar kotak dapat membantu murid dalam penambahan. Selain itu, boleh dikaitkan dengan mata pelajaran yang lain seperti Sains. Hal ini kerana, Matemtatik adalah perkara yang dilalui oleh setiap orang dalam proses kehidupan. 2.1.4 Kawalan Aktiviti intervensi yang dijalankan mampu dikawal sendiri oleh pengkaji tanpa melibatkan orang lain. Antara aspek yang boleh dikawal oleh pengkaji adalah masa untuk menjalankan intervensi, subjek kajian dan pemilihan tajuk untuk menjalankan intervensi tersebut. Pengkaji tidap perlu menganggu waktu guru lain untuk menjalankan intervensi seperti yang dirancang. 2.1.5 Kolaborasi Bagi memastikan intervensi yang dijalankan oleh pengkaji mampu memberikan keputusan yang positif, kolaborasi dengan pihakpihak tertentu perlu dilakukan agar focus kajian ini berkualiti. Kolaborasi dengan pihak sekolah akan banyak membantu pengkaji mengumpulkan data. Kolaborasi dengan rakan pengkaji juga perlu untuk memembantu dalam membuat pemerhatian kepada subjek kajian. Kolaborasi dengan pensyarah pembimbing harus dilakukan agar segala maklumat dalam pengumpulan data dan ujian diagnostic merupakan data yang sah.

2.1.6 Kerelevenan kepada sekolah Fokus kajian ini akan membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi murid-muridnya. Intervensi yang dijalankan akan membantu meningkatkan motivasi kendiri murid secara tidak langsung. Perkara ini akan mengurangkan masalah disiplin murid tersebut.

3.0 Objektif kajian / Soalan-soalan Kajian 3.1 Objektif Kajian Melalui kajian ini, pengkaji akan membantu murid kelas 4 D untuk mengatasi masalah pengumpulan semula operasi tambah dalam lingkungan 100 000. Pengkaji percaya dengan kajian ini, keyakinan diri pengkaji akan meningkat semasa proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam kemahiran berkaitan dengan Matematik yang melibatkan pengumpulan semula operasi tambah dalam lingkungan 100 000. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk: i) Mengkaji sama ada penggunaan Kaedah Lattice dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula. ii) Mengkaji sama ada Kaedah Lattice dapat memupuk minat murid terhadap pengumpulan semula operasi tambah. iii) Menentukan sama ada terdapat kolerasi antara prestasi pengumpulan semula dan persepsi terhadap penggunaan Kaedah Lattice dalam pembelajaran 3.2 Soalan-soalan Kajian Dalam pengumpulan maklumat dan data bagi memenuhi kehendak objektif kajian, pelbagai persoalan akan diambil kira. Antaranya: i) Adakah Kaedah Lattice dapat meningkat prestasi murid terhadap operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula? ii) Adakah Kaedah Lattice dapat memupuk minat murid terhadap

pengumpulan semula operasi tambah?

4.0 Kumpulan Sasaran Kajian tindakan ini dijalankan di SJK(C) Kulai 1, Kulaijaya, Johor. Pengkaji telah memilih 6 orang murid dari kelas 4 D yang lemah dalam pengumpulan semula operasi tambah dalam lingkungan 100 000 untuk dijadikan kumpulan sasaran. Kelas 4 D merupakan kelas keempat bagi Tahun 4 dan majoriti muridnya mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana. Berdasarkan Ujian Bulanan Mac 2013 yang telah dijalankan, seramai 6 daripada 40 orang murid memperoleh markah terendah dalam mata pelajaran Matematik. Sampel yang dipilih terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Sampel yang dipilih adalah seperti berikut: Jadual 1: Senarai Responden BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. NAMA JANTINA LELAKI AGAMA RESPONDEN R1 R2 R3 R4 R5 R6

Merujuk kepada maklumat yang dicatatkan dalam Buku Maklumat Murid, majoriti murid terdiri daripada keluarga yang sederhana atau rendah dari segi ekonomi. Kebanyakan ibu murid bertanggungjawab sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Ibu bapa murid terlalu sibuk untuk mencari rezeki kehidupan keluarga dan tidak mengambil berat tentang akademik murid di sekolah. Ini telah menghilangkan minat murid terhadap pengajaran yang dijalankan dalam sekolah dan tidak membuat mengulangkaji apabila balik ke rumah. Segelintir murid juga perlu bekerja selepas sekolah untuk membantu ibu bapa yang bekerja sebagai penjaja.

5.0 Pelan Tindakan 5.1 Perancangan Pelan Tindakan Pengkaji memulakan kajian tindakan dengan mengenalpasti masalah murid yang sesuai dan berkaitan dengan matlamat professional perguruan. Pengkaji tertarik dengan masalah murid dalam pengumpulan semula bagi operasi tambah. Sejak Tahun 1, murid telah diperkenalkan dengan konsep operasi tambah. Konsep tersebut memainkan peranan penting kerana berhubung kait dengan tajuk Matematik lain yang lebih komplek seperti operasi darab dan perpuluhan. Sekiranya masalah ini diteruskan dalam Tahun 4,5 dan 6, murid akan berasa susah dan hilang minat terhadap mata pelajaran Matematik. Selepas mengenalpasti masalah murid, pengkaji berusaha mencari maklumat yang berkaitan dengan kaedah untuk menyelesaikan masalah pengumpulan semula operasi tambah. Pengkaji telah mencari dan melayari maklumat yang isu kajian di perpustakaan dan internet. Pengkaji memperoleh kemahiran mencari maklumat supaya dapat maklumat yang relevan dengan isu kajian. Maklumat yang diperoleh perlu dianalisis semula untuk mengenalpasti kualitinya. Melalui pembacaan, terdapat banyak cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid menguasai kemahiran pengumpulan semula bagi operasi tambah seperti algoritma potongan, algoritma cerakin, Kaedah Lattice dan melalui bahan maujud. Perbincangan antara pengkaji dengan guru Matematik SJK(C) Kulai 1 telah diadakan untuk menetapkan cara penyelesaian yang paling sesuai untuk mengatasi masalah pengumpulan semula operasi tambah bagi Tahun 4. Selepas pembacaan dan perbincangan, pengkaji memilih Kaedah Lattice untuk membantu murid Tahun 4 mengatasi masalah pengumpulan semula operasi tambah. Ujian saringan telah diadakan oleh pengkaji untuk memilih kumpulan sasaran. Pengkaji telah menyediakan sepuluh soalan operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Selepas menganalisis ujian saringan, pengkaji mendapati seramai 27 daripada 40 orang murid kelas 4 D tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul. Seramai 5 orang murid mendapat markah paling rendah iaitu mereka hanya dapat menjawab dengan tepat 5 daripada 10 soalan yang

diberi. Oleh itu, 5 orang murid tersebut dipilih sebagai kumpulan sasaran. Temul bual telah dijalankan antara pengkaji dengan guru kelas dan juga 5 murid yang terpilih untuk mengenalpasti faktor-faktor murid menghadapi masalah

pengumpulan semula dalam soalan operasi tambah. Pelbagai faktor telah dikesan melalui temu bual iaitu masalah kawalan masa ujian, sifat pelupa dan keliru terhadap nombor soalan dengan nombor pengumpulan semula. Oleh itu, pengkaji memperkenalkan Kaedah Lattice kepada murid bagi membantu mereka mengatasi masalah pengumpulan semula operasi tambah dalam lingkungan 100 000. Sila rujuk langkah-langkah berikut: Langkah 1: Pengkaji menunjukkan algoritma operasi tambah seperti biasa. Selepas itu, pengaji masukkan kotak-kotak segi empat sama di bahagian menulis jawapan. Terdapat satu kotak segi empat sama di bahagian jawapan setiap nilai tempat. Setiap segi empat sama dibahagi kepada dua bahagian dan menjadi dua segi tiga tepat. Contoh: 21 896 + 16 897 =

21 896 + 16 897

Langkah 2: Pengkaji menunjukkan cara mengisi hasil operasi tambah ke dalam kotak yang disediakan. Nombor ditambah mengikut nilai tempat yang sama sahaja. Setiap nilai tempat puluh bagi hasil operasi tambah tersebut ditulis di sebelah kiri dan nilai tempat sa pula di sebelah kanan. Sekiranya tidak mempunyai nilai tempat puluh, sifar akan ditulis dalam bahagian nilai tempat puluh. Contoh: 21 896 + 16 897 =

21 896 + 16 897
1 3 0 7 1 6 1 8 1 3

Langkah 3: Tambah nombor mengikut barisan yang condong (warna yang sama) dan tuliskan setiap hasil tambah di bawah untuk memperoleh jawapan. Contoh: 21 896 + 16 897 = 38 793 0 0 1 1 1 0 3+0=3 7+1=8 6+1=7 8+1=9 3

21 896 + 16 897
0 3 0 7 1 6 1 8 1 3

3 7 6 8 3

38 793

Sekiranya, hasil tambah melibatkan dua kali pengumpulan semula, maka langkah-langkah adalah seperti berikut: Langkah 1:Tambah nombor mengikut barisan yang condong (warna yang sama) dan tuliskan setiap hasil tambah ke dalam kotak yang disediakan di bawah lagi. Contoh: 21 896 + 16 807 =

21 896 + 16 807
0 0 3 3 0 0 7 8 1 0 6 6 0 1 9 0 1 0 3 3

Langkah 2: Sekali lagi, tambah nombor mengikut barisan yang condong (warna yang sama) dan tuliskan setiap hasil tambah di bawah untuk memperoleh jawapan. Contoh: 21 896 + 16 807 = 38 703

21 896 + 16 807
0 0 3 3 0 0 7 8 1 0 6 6 0 1 9 0 1 0 3 3

38 703
Pengkaji akan menyediakan proses rawatan ke atas 6 responden yang terpilih. Proses rawatan dijalankan sebanyak 6 sesi dalam masa 3 minggu. Sebanyak dua kali rawatan dalam seminggu dan tempoh masa untuk setiap sesi adalah 30 minit. Dalam sesi pertama dan kedua, pengkaji akan

memperkenalkan langkah penggunaan Kaedah Lattice dalam algoritma operasi tambah kepada 6 responden. Mulai sesi ketiga, soalan dan latihan yang melibatkan pengumpulan semula operasi tambah akan diberi kepada responden bagi melatih mengaplikasi kemahiran yang baru dipelajari. Sepanjang proses rawatan, pengkaji melakukan pemerhatian terhadap penglibatan responden dari pelbagai faktor seperti suasana pembelajaran, sikap responden terhadap kaedah rawatan, perkembangan dan pemahaman terhadap pembelajaran. Semua dapatan dari permerhatian akan direkodkan dalam jadual pemerhatian.

5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data Pengumpulan data boleh diperoleh melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik dan sebagainya (Akhiar & Shamsina,

2 0 1 1 ) . Tiga instrumen akan digunakan dalam kajian ini untuk mengumpulkan data iaitu ujian (saringan, pra dan pasca), pemerhatian dan soal selidik. 5.2.1 Ujian Saringan, Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian saringan bertujuan untuk mengenalpasti tahap murid dalam mata pelajaran Matematik. Set soalan mengandungi 10 soalan penambahan. Kertas soalan dipungut, disemak dan markah setiap murid dicatat. Melalui ujian pra, pengkaji dapat memerhati cara dan tingkah laku murid semasa menjawab soalan penambahan. Selepas menganalisis keputusan ujian saringan, 6 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Mereka tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan pengumpulan semula dengan betul. Ujian pra digunakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pengetahuan sedia ada sampel sebelum Kaedah Lattice diperkenalkan. Set soalan mengandungi 10 soalan penambahan dalam lingkungan 100 000 dan 7 daripadanya melibatkan pengumpulan semula. 3 soalan penambahan tanpa pengumpulan semula disediakan bagi mengenalpasti sama ada murid menghadapi masalah penambahan ataupun masalah pengumpulan semula sahaja. Rawatan akan dijalankan terhadap sampel mengikut sesi-sesi yang dirancangkan. Sampel akan dilatih menggunakan Kaedah Lattice semasa menyelesaikan masalah operasi tambah dalam masa 3 minggu. Ujian pasca akan dijalankan selepas murid menguasai Kaedah Lattice. Soalan ujian pasca adalah sama dengan ujian pra tetapi susunan soalannya diubah bagi mengelakkan murid menghafal jawapan ujian pra. Dengan menggunakan soalan yang sama dapat menguji keberkesanan Kaedah Lattice untuk menyelesaikan masalah pengumpulan masalah operasi tambah.

5.2.2 Pemerhatian Untuk mengenalpasti masalah serta kekuatan dan kelemahan responden, kaedah pemerhatian telah digunakan. Menurut Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal first hand encounter tentang perkara yang hendak dikaji. Proses pemerhatian dijalankan sepanjang masa kajian ini untuk memerhati perkembangan dalam kemahiran pengumpulan semula operasi tambah. Berikut adalah senarai semak borang pemerhatian yang digunakan untuk merekod data terhadap aspek-aspek permerhatian: No. 1. Aspek Suasana pembelajaran Tingkah laku 2. responden terhadap proses pembelajaran Kefahaman murid 3. terhadap isi pembelajaran 4. Penilaian terhadap kefahaman Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3

Senarai semak borang pemerhatian

5.2.3 Soal Selidik Menurut Sekaran (1992), soal selidik bagi mendapatkan data merupakan cara terbaik dalam pengumpulan maklumat. Pengkaji akan memberi borang soal selidik kepada responden selepas ujian pasca dijalankan. Soal selidik diberi untuk melihat pendapat responden terhadap penggunaan Kaedah Lattice bagi menyelesaikan masalah pengumpulan semula operasi tambah. Bentuk soalan yang dikemukan dalam soal selidik adalah soalan tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan kerana dia hanya memilih satu dari beberapa jawapan yang diberikan.(Syed Arabi:1993) Respon soal selidik akan dianalisis dan diinterpretasi untuk menyokong hasil dapatan kajian. Borang soal selidik adalah seperti berikut : Tidak pasti

No.

Soalan

Tidak

Ya

Adakah kamu suka belajar Matematik? Adakah soalan penambahan yang

melibatkan pengumpulan semula sukar bagi kamu? Adakah kaedah Kaedah Lattice

memudahkan kamu selesaikan soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula?

Adakah kamu berminat dengan kaedah ini? Adakah kamu akan menggunakan Kaedah

Lattice pada masa depan semasa menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula? Borang soal selidik

5.3 Perancangan cara menganalisis data Penganalisis data yang betul dan sistematik sangat diperlukan dalam sesuatu kajian tindakan. Hal ini kerana, dengan menganalisis data, keputusan yang sahih sesuatu kajian dapat ditentukan. Dalam kajian ini, data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan peratus dan dikumpulkan dalam jadual. Contoh jadual

Kemudian, daripada jadual yang dibuat, pengkaji akan menggunakan graf sebagai pewakilan data untuk mempamerkan keputusan kajian dalam bentuk visual dan memudahkan pengkaji membuat interpretasi. Graf dapat

menunjukkan perbezaan markah pelajar bagi pre tes dan pos test. Pie chart juga digunakan untuk mempamerkan peratus markah pelajar. Akhir sekali, pengkaji akan membuat laporan dan keputusan pencapaian murid berdasarkan purata dan sisihan piawai.

Penganalisaan dan pentafsiran data merupakan proses yang penting dalam sesuatu kajian tindakan. Semua data yang diperolehi daripada responden akan dikemaskini dan ditunjukkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan proses penganalisiaan. Contoh jadual adalah seperti berikut :

Markah No. Nama Ujian Pra (%) 1. 2. Sementelahan itu, pengkaji juga boleh menginterpretasi data dalam bentuk graf. Ujian Pasca (%)

5.4 Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan 5.4.1 Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan (Carta Gantt) No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Aktiviti Menerima maklumat Pembacaan Mengenal pasti masalah Ujian saringan Menulis cadangan kajian Persediaan kajian Ujian pra Analisis ujian pra Rawatan pertama Rawatan kedua Rawatan ketiga Rawatan keempat Rawatan kelima Rawatan keenam Ujian pasca Analisis ujian pasca Menulis laporan Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

5.4.2 Perancangan Kos Kajian Dalam kajian ini, tidak memerlukan kos yang tinggi. Semua alat tulis seperti pensel dan pembaris disediakan oleh responden sendiri. Pengkaji hanya perlu menyediakan kertas A4 bagi ujian saringan, ujian pra dan ujian pasca. Cenderahati juga akan diberi kepada responden untuk berterima kasih atas usaha mereka sepanjang kajian ini. Oleh itu, anggaran kos yang digunakan untuk kajian ini tidak melebihi RM50. Berikut adalah jadual perancangan kos :

No. 1 2

Items Kertas A4 Fotostat : Ujian saringan Ujian pra Ujian pasca

Harga seunit (RM) 10.00

Kuantiti 1

Jumlah (RM) 10.00

0.05 0.05 0.05 5.00

40 6 6 6

2.00 0.30 0.30 30.00 RM 33.60

Cenderahati Jumlah

Jadual perancangan kos

6.0 Tinjauan Literatur Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi, pakar Matematik dan guru Matematik terhadapt pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Terdapat juga kajian tentang penggunaan kaedah Lattice dalam pendaraban. Semasa murid-murid menyelesaikan masalah Matematik, perkara biasa yang sering berlaku adalah kesilapan umum. Antaranya adalah seperti petak nilai tempat ditinggalkan kosong, tidak meletakkan digit pada nilai tempat yang betul, tidak mengumpul semula, kiraan yang salah dan susunan digit yang tidak tersusun mengikut nilai tempat (Clements & Sarama, 2004). Menurut Walle (2004) kanak-kanak kurang memahami masalah operasi nombor dengan mengumpul semula seperti mengikut arahan, menggunakan nilai tempat serta penggunaan bahasa Matematik dalam nilai tempat. Murid selalu menulis jawapan tanpa mengumpul semula dan meletakkan nombor di nilai tempat yang salah. Terdapat juga murid yang tidak mengumpul semula langsung mungkin disebabkan oleh sifat pelupa atau tidak faham konsep pengumpulan semula. Menurut kajian yang dibuat oleh Nurul Fatehah Nasaruddin, Mohd Yusof Mohd(2010) , Kaedah Lattice berjaya meningkatkan tahap penguasaan pendaraban dalam kalangan 12 orang murid dengan peningkatan sebanyak 25.92% dalam ujian pasca daripada 58.83% dalam ujian pra. Ini telah membuktikan bahawa Kaedah Lattice dapat meningkatkan tahap penguasaan pendaraban murid dengan berkesan. Menurut Mohamad Basri Nadzeri, Sapiah Yusoff (2012), terdapat empat pola kesilapan murid yang dikenal pasti iaitu faktor sifir, konsep pendaraban, jawapan ditulis tanpa pengumpulan semula dan konsep sifar. Oleh itu, murid mungkin menghadapi masalah pengumpulan semula sebelum diperkenalkan dengan Kaedah Lattice. Menurut kajian Nor Aziema Che Mustapa, Mohd Yusof Mohd(2010), Kaedah Lattice membantu untuk meningkat prestasi murid dalam pendaraban sebanyak 27.125%. Bagi menyokong dapatan data diskriptif, analisis dokumen, soal selidik dan

pemerhatian digunakan. Dapatan menunjukkan Kaedah Lattice menyelesaikan masalah murid dan meningkatkan kemahiran serta minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Muhamad Fairudz Yusof, Aziz Omar (2010) telah membuat kajian penggunaan Kaedah Lattice untuk menyelesaikan masalah operasi pendaraban, terdapat beberapa kesilapan murid yang dapat dikenalpasti iaitu susunan bentuk lazim pada tempat yang betul, pengumpulan semula, dan kesalahan pendaraban. Melalui kajian ini juga menunjukkan bahawa Kaedah Lattice dapat mengelakkan murid daripada melakukan kesilapan semasa mendarab. Maswani Ab Rashid, Samsiah Hassan (2010) mengatakan penggunaan algoritma yang tidak sesuai menyumbang ke arah kelemahan pemahaman murid terhadap konsep Matematik. Hasil dapatan dari kajian pendaraban mereka

menunjukkan terdapat peningkatan dalam min pencapaian iaitu daripada 27.5% dalam ujian pra meningkat kepada 98.0% dalam ujian pos. Pola kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah kesalahan konsep nilai tempat dan kumpul semula. Tahap penerimaan murid terhadap Kaedah Lattice ini adalah positif. Dengan ini, murid pasti akan sentiasa menggunakan kaedah tersebut semasa menyelesaikan soalan pendaraban. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Ahmad Ashraf Md Yusof, Norizah Ahmad(2010), penggunaan Kaedah Lattice berjaya dengan 21 orang responden memperoleh markah 100% dan seorang mendapat 80% dalam Ujian Pasca dan mampu meningkatkan keyakinan responden dalam menyelesaikan soalan pendaraban dalam Matematik. Kajian ini telah menunjukkan keberkesanan Kaedah Lattice terhadap masalah pendaraban yang melibatkan konsep pendaraban dan pengumpulan semula. Aina Khalisah Azami, Mazlan Ibrahim (2012) telah menggunakan kaedah DiagBox bagi meningkatkan kemahiran mendarab nombor 3 digit dengan 2 digit . Kaedah Diag-box merupakan salah satu kaedah pengiraan operasi pendaraban yang menggabungkan kaedah bentuk lazim dan kaedah lattice. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min skor yang memberangsangkan antara ujian pra dan ujian pasca ialah sebanyak 74.75%.

Kesimpulannya, terdapat banyak kajian yang menggunakan Kaedah Lattice untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam operasi darab. Walau

bagaimanapun, pengkaji akan mengunakan Kaedah Lattice dalam kajian ini untuk menyelesaikan masalah pengumpulan semula yang terdapat dalam operasi tambah. Menurut Saifuddin (2008), warna dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan memudahkan mereka mengingati sesuatu konsep. Pengkaji boleh menggunakan bantuan warna semasa memperkenalkan Kaedah Lattice kepada murid untuk menyelesaikan masalah pengumpulan semula operasi tambah.

Merriam, S. B.& Associates (2002). Qualitative research in practice. Examples for discussion and analysis. San Francisco: Jossey-Bass.

Rancangan pengajaran harian dalam pengajaran dan pembelajaran (untuk bakal guru, guru dalam perkhidmatan dan persijilan ISO9001:2008) by Akhiar Pardi ; Shamsina Shamsuddin . ; Format: regular print Publisher: Penerbitan Multimedia : 2009 Puchong, Selangor,

Douglas H. Clements & Julie Sarama (2004).Engaging Young Children in Mathematics: Standards for Early Childhood Mathematics Education. Studies in Mathematical Thinking and Learning Series. Mahwah: Lawrence Erlbaum Associates.

Bas Braams (2003). The Many Ways of Arithmetic in UCSMP Everyday Mathematics. New York: New York University.

Van de Walle, J.A. (2004). Elementary and middle school mathematics: Teaching developmentally. New York: Pearson Education, Inc.

You might also like