You are on page 1of 13

SOALAN OBJEKTIF 1. Antara yang berikut, ayat yang manakah bukan ayat majmuk pancangan keterangan?

A) Perangainya ramah, malahan amat bersopan santun. B) Pemimpin itu akan terus berjuang, sekiranya mendapat sokongan daripada rakyat. C) Sementara menanti padi masak, para petani itu menanam jagung. D) Mereka berjalan perlahan-lahan agar tidak didengar oleh musuh. 2. Berikut merupakan bukan definisi morfologi kecuali, A) Morfologi ialah kajian penstrukturan kata, binaan kata, bentuk kata, dan golongan kata. B) Morfologi ialah kajian perkataan dari segi struktur, bentuk dan golongan kata. C) Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk, binaan dan golongan kata. D) Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan golongan kata. 3. Pilih akronim yang tidak terbentuk melalui proses cantuman suku kata perkataan sesedap sebutan. A) B) C) D) A) I,II B) I,IV C) II,III D) III,IV Mara Purata Cerpen Perhilitan

4. Antara yang berikut, yang manakah kata tunggal A) B) C) D) A) I,II B) I,IV C) II,III D) III,IV 5. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri ayat tunggal A) B) C) D) A) I,III B) I,II,IV C) I,III,IV D) II,III,IV 6. Antara yang berikut, ayat yang manakah merupakan ayat majmuk? A) Kamu mestilah datang dengan bas sekolah. B) Murid ini lebih rajin daripada rakan-rakan sekelasnya. C) Maznah masih kelihatan muda lagi cergas sungguhpun umurnya sudah lanjut D) Perkara itu sudah sekian lama menarik perhatian orang-orang kampung tersebut. Mempunyai subjek dan predikat Sama binaannya dengan ayat dasar Boleh dibina dalam bentuk ayat sonsang Boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Gurauan Rerambut Terompah Kosmopolitan

SOALAN STRUKTUR. 1. Berikan contoh kata ganda separa kata nama tunggal serta ayat yang bersesuaian dengan contoh tersebut (5 markah)

2. Berikan lima fungsi kata adjektif yang terdapat dalam bidang morfologi. (5 markah) SOALAN ESEI 1. Berikan takrif morfologi. Huraikan secara ringkas proses pembentukan kata serta contoh-contohnya dan bentuk kata serta contoh-contohnya. Huraian hendaklah meliputi ketiga-tiga proses pembentukan kata dan keempat-empat bentuk kata. Panjang esei hendaklah melebihi 120 patah perkataan. (50 markah)

SKEMA JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF 1. A 2. C 3. C 4. D 5. A 6. C SOALAN STRUKTUR SOALAN 1 Kata ganda separa 1. lelangit 2. gegelang 3. tetikus 4. bebola 5. sesungut 6. pepohon 7. lelaki 8. sesumbu 9. kekura Jawapan bergantung kepada kesesuaian makna mengikut kata ganda bagi setiap ayat. Contoh ayat

SOALAN 2 Secara umumnya, kata adjektif : boleh menjadi predikat ayat boleh mendahului kata penguat boleh mengikuti kata penguat

boleh diikuti unsur keterangan. Tidak boleh hadir di hadapan kata kerja SOALAN ESEI Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur kata, binaan kata, bentuk kata, dan golongan kata. Takrif Morfologi.

Bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian digunakan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses yang membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan.

Proses Pembentukan Kata.

Melalui tiga kaedah utama :

1. Pengimbuhan. Proses pengimbuhan ialah proses yang merangkaikan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Imbuhan dibagikan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Contoh imbuhan kata nama 1) Awalan : pelayar, petani. 2) Akhiran : ejekan, daratan. 3) Apitan : pedalaman, pemandangan. 4) Sisipan : seruling, cerucuk.

Contoh imbuhan kata kerja 1) Awalan : meminta, meronda. 2) Akhiran : bahasakan, jalankan.

3) Apitan : berajakan , berumahkan. 4) Sisipan : gementar, telangkup.

Contoh imbuhan kata adjektif 1) Awalan : terbesar, terkaya. 2) Apitan : kemelayuan, kebaratan. 3) Sisipan : selerak, gemuruh.

2. Penggandaan.

Proses penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk membentuk kata ganda. Pembentukan kata ganda terbahagi kepada tiga jenis iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak.

Penggandaan penuh Ialah proses menggandakan kata dasar.

Contoh penggandaan penuh kata nama : pekerja = pekerja-pekerja.

Contoh penggandaan penuh kata kerja : gelak = gelak-gelak. Contoh penggandaan penuh kata adjektif : manis= manis-manis.

Penggandaan separa. Ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

Contoh penggandaan separa bagi kata tunggal : lelangit, gegelang.

Contoh penggandaan separa bagi kata terbitan : asak-mengasak, ejekmengejek.

Penggandaan berentak Ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Penggandaan berentak terbahagi kepada tiga:

1. Penggandaan berentak pengulangan vokal.

Contoh : carut-marut, cirit-birit.

2. Penggandaan berentak pengulangan konsonan.

Contoh : bolak-balik, desas-desus.

3. Penggandaan berentak bebas.

Contoh : kusut-masai, simpang-siur.

3. Pemajmukan.

Ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk tidak dapat disisipkan dengan sebarang unsur dalam binaannya contohnya, pelajar dan bijak.

Kata majmuk dapat dikelompokkan kepada beberapa jenis:

1. Kata majmuk rangkai kata bebas. Contoh: kapal terbang, lebuh raya.

2. Kata majmuk istilah khusus. Contoh : lut sinar,pita suara.

3. Kata majmuk maksud kiasan.


Contoh : buah hati, kaki ayam.

BENTUK KATA

Bentuk kata terbahagi kepada empat bentuk:


Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda

Kata Tunggal

Kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggadaan. Kata tunggal hanya boleh mengandungi satu suku kata atau lebih.

Terdapat kata tunggal yang langsung tidak menerima imbuhan seperti itu, ini, sini, mereka dan sana, tetapi kebanyakan kata tunggal berpotensi menerima imbuhan untuk menjadi kata terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:

Satu suku kata :

Kata Nama Bus

Kata Kerja Cas

Kata Adjektif Zat

Dua suku kata :

Kata Nama Iblis

Kata Kerja Elak

Kata Adjektif Dalam

Kata Terbitan

Kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Terdapat empat bentuk kata terbitan :


awalan akhiran apitan sisipan

Imbuhan pula terdiri daripada imbuhan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan lainlain.

Jenis-jenis Kata Terbitan Awalan Kata Terbitan Akhiran Kata Terbitan Sisipan Kata Terbitan Apitan

Kata Nama peminat kutukan kemuning kediaman

Kata Kerja bersukan makanan telangkup ketinggalan

Kata Adjektif terhebat selerak kebaikan

Kata Majmuk Kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah kecuali kata majmuk yang mantap.

Kata Nama Setiausaha

Kata Kerja Menandatangani

Kata Adjektif Sukacita

Contoh kata majmuk mantap :

setiausaha, tandatangan, warganegara, tanggungjawab, sukacita, dukacita, jawatankuasa, bumiputera, beritahu, antarabangsa, tatasusila, tatatertib, kemaskini, pesuruhjaya, suruhanjaya.

Kata majmuk terbahagi kepada tiga kelompok a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya. b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus. Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan. c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara: a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh : duka + cita = dukacita jawatan + kuasa = jawatankuasa

b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.

c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.

d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh : pindah milik tukar ganti dipindahmilikkan ditukargantikan

e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh : campur aduk temu bual bercampur aduk

ditemu bual

Kata Ganda Kata yang terhasil dari proses mengulang kata dasar sama ada diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu. Kata Ganda terbahagi kepada tiga :

Penggadaan penuh Penggadaan separa Penggadaan berentak vokal, konsonan, rentak bebas

Penggadaan penuh Kata Nama Kura-kura Kata Kerja Lari-lari Kata Adjektif Cantik-cantik

Penggadaan separa

Kata Nama Rerama

Kata Kerja Berlari-lari

Kata Adjektif Kecil-kecilan

Penggadaan berentak

Jenis-jenis Vokal Konsonan Bebas

Kata Nama sayur-mayur gunung-ganang sahabat-handai

Kata Kerja selok-belok mandi-manda rebah-rempah

Kata Adjektif hina-dina licin-licau tinggi-lampai

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukit-bukau b) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupukupu c) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula d) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih. e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

You might also like