You are on page 1of 38

Tajuk

Tokoh sejarah
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Oleh
Muhammad redzuan
2Dinamik
950123-10-5929

Untuk
Puan Rohana

1
Muka hadapan 1

Tajuk kajian 3

Elemen satu 4-7

Elemen dua 8-21

Potret tun dr mahathir 22-25

Rujukan 26

Rumusan 27-36

2
Tajuk kajian saya ialah Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad mantan perdana Menteri Malaysia
yang keempat. Kerja kursus ini meliputi nama
tokoh, biodata dan latar belakang tokoh,
kejayaan tokoh, sumbangan tokoh kepada
masyrakat dan Negara, serta sifat- sifat
istimewa yang dimiliki tokoh.

3
Elemen
Satu

4
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya untuk
menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini.
Ribuan terima kasih, kepada guru sejarah Puan
Rohana yang telah banyak mencurah ilmu serta
membimbing saya untuk menyiapkan tugasan
ini.ucapan terima kasih juga kepada Tuan Pengetua
SMK Sri Gombak Puan Rahimah Binti Omar kerana
memberi kerjasama dan nasihat kepada saya
sepanjang menjalankan tugasan ini.
Penghargaan saya kepada kedua ibubapa dan
keluarga yang sentiasa memberi bantuan serta
sokongan dalam bentuk moral dan material ketika
saya memerlukan.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada sepupu saya Hakim Shahrin
bin Tauhid dari Sijangkang Jaya kerana memberi
kerjasama kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini

5
Objektif menjalankan kerja kursus Sejarah
21/2 dapat dibahagikan kepada objektif
am dan objektif khusus.
Objektif am ialah kajian yang telah
dijalankan oleh saya dapat mengenalpasti
sumber yang sahih untuk menyokong
kajian yang dijalankan. Pengalaman ini
akan membantu saya membuat satu
kajian ilmu mengikuti disiplin dan tatacara
yang betul, jelas dan tepat.
Objektif khusus pula bertujuan
mengenali tokoh yang dipilih dengan lebih
terperinci. Melalui kajian ini saya dapat
mengenali tokoh lebih dekat meliputi
aspek latar belakang tokoh, sumbangan
kepada masyarakat dan Negara, kejayaan
serta sifat-sifat istimewa yang dimiliki
tokoh.
Kajian ini juga akan menyedarkan saya
tentang cabaran yang dihadapi oleh tokoh
untuk mengisi ruang kemerdekaan Negara
hingga berjaya meletakkan Malaysia gah
di persada antarabangsa.

6
Melalui kajian ini juga saya akan lebih
menghargai erti kemerdekaan, berusaha
menjadi seorang warganegara yang
berwawasan serta lebih bersemangat
patriotik kepada kepada negara tercinta.
Kajian ini juga dapat mendedahkan
kepada saya kaedah mengumpul,
mengelas, menemuramah serta merekod
segala maklumat yang diperoleh ketika
kajian.

Ketika menjalankan kajian ini, saya telah


menggunakan beberapa kaedah utama
untuk memperoleh maklumat;
• Kaedah rujukan di internet
• Kaedah rujukan di perpustakaan
• Kaedah pemerhatian
• Kaedah penyelidikan

7
Elemen
Dua

8
Nama penuh tokoh yang dikaji ialah
Mahathir bin Mohamad Iskandar. Beliau
dilahirkan pada 20 Disember 1925
dirumah no. 28, Lorong Kilang Ais, Jalan
Pegawai, Alor Setar. Tun Dr. Mahathir
Mohamad merupakan anak bongsu
daripada 9 orang adik-beradik. 4 dari
mereka (2 lelaki dan 2 perempuan)
adalah saudara sebapanya, hasil
perkahwinan Mohamad bin Iskandar
dengan isteri pertamanya. Bapa beliau
merupakan seorang guru sekolah
Inggeris, ibunya Wan Tempawan binti
Wan Hanafi berketurunan Pemimpin
Melayu pada zaman silam. Ibunya
9
berketurunan Wan Su, iaitu Dato’
Temenggung Kulut, Bukit Lada, Kedah.
Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa
dia mempunyai berketurunan orang
India (daripada bapanya) yang
mempunyai kaitan dengan Kerala, India.
Pada tahun 1947, beliau melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan di
Singapura. Beliau berkahwin dengan Dr.
Siti Hasmah binti Mohd. Ali pada 5 Ogos
1956 dan dikurniakan dengan tujuh
orang cahaya mata iaitu Marina, Mirzan,
Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura,
dan Mazhar.

Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di


Sekolah Melayu Lelaki, Seberang Perak, Alor Setar
pada tahun 1932. Beliau kemudian melanjutkan
pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun
1934. Pelajaran beliau tergendala kerana Perang
Dunia Ke-2. beliau menghabiskan masa dengan
berniaga cendol, selepas itu membuka kedai kopi
dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu,

10
Alor Setar. Setelah lulus sijil Cambridge dengan
mendapat pangkat pertama beliau melanjutkan
pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII,
Singapura. Dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda
Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun
1953.

Kolej Sultan Abdul Hamid

Selepas menamatkan pengajian sebagai


pegawai perubatan di Hospital Pulau Pinang,
Langkawi, dan Alor Setar sebelum membuka
klinik sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik
di Alor Setar. Tun Dr. Mahathir mula terlibat

11
secara aktif dalam bidang politik pada tahun
1946.
Beliau adalah salah seorang yang pertama
mendaftarkan diri sebagai ahli sebagai
Pengerusi Parti Negeri Kedah dan Pengerusi
Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak
sengajanya menimbulkan perasaan marah di
golongan yang mempunyai perkaitan dengan
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila
beliau membentangkan kriteria-kriteria
kelayakan dalan pemilihan calon untuk
pilihanraya umum 1959. Berasa sakit hati atas
penuduhan bahawa beliau hendak memilih
calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir
enggan mengambil bahagian dalam
pilihanraya tersebut.
Pada pilihanraya ketiga pada tahun 1964,
Dr. Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota
Setar. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi
UMNO pada tahun 1965.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr.
Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam
Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas
pengedaran umum suratnya kepada Tunku
Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah
mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26
September, beliau telah dipecat keahliannya
dalam UMNO.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir masuk semula ke

12
dalam UMNO dan dilantik sebagai Senator
pada tahun 1973. Pada tahun 1974, beliau
menang tanpa bertanding dalam pilihanraya
umum bagi kerusi Kubang Pasu. Selepas
pilihanraya, Dr. Mahathir dilantik sebagai
Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul
Razak.
Beliau telah menyandang jawatan Naib
Presiden UMNO mulai tahun 1975. Pada 1976,
Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal
dunia secara mengejut dan penggantinya
Datuk Hussein Onn melantik Dr. Mahathir
sebagai timbalannya, sambil masih
mengekalkan portfolio pendidikan yang
disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr.
Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian.
Pada pertengahan 1981 Perdana Menteri
Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn
mengumumkan persaraannya dan menamakan
Dr. Mahathir sebagai penggantinya. pada 10
Julai 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang keempat. Lapan hari
selepas itu selepas itu beliau dilantik sebagai
Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003 Dr.
Mahathir bersara dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi
sebagai penggantinya.

13
Tun Dr, Mahathir Mohamad banyak berkorban
demi kegemilangan Malaysia tercinta. Pelbagai
rintangan dan cabaran yang terpaksa beliau
hadapi untuk meletakkan nama Malaysia di
persada antarabangsa. Beliau menghadapi
segala rintangan dengan tabah dan cekal. Tun
Dr, Mahathir berpewatakan yang terpuji serta
mempunyai pandangan yang bernas ketika
menyusun agenda pembangunan Negara.
Beliau juga seorang pegawai perubatan yang
prihatin terhadap golongan kurang
berkemampuan, beliau bukan sahaja
memberikan rawatan percuma kepada mereka
malah turut bersedekah kepada mereka ketika
mendapatkan rawatan di klinik beliau.
Beliau berpegang kuat kepada falsafah
‘apa jua orang lain boleh buat, beliau pasti
boleh lakukan’. Falsafah inilah yang menjadi
pegangan beliau ketikamenjadi Perdana
mMenteri. Atas segala sumbangan dan
kemajuan yang diusahakan beliau lebih
dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

14
Sejak masih kecil lagi Tun telah
menunjukkan watak yang terpuji. Beliau juga
mempunyai pandangan bernas yang sukar
ditandingi oleh orang lain. Beliau telah
menunjukkan bakat kepimpinan sejak menjadi
Pegawai Perubatan. Beliau amat prihatin untuk
meningkatkan mutu kesihatan rakyat yang
miskin. Beliau juga berusaha meningkatkan
status ekonomi rakyat dan Negara.

Tempatan
Tun Dr. Mahathir aktif dalam pertubuhan
sukarela. Beliau telah menganggotai Kesatuan
Melayu Kedah, SABERKAS dan UMNO. Beliau
menentang pengenalan Malayan Union melalui
penulisan di akhbar. Beliau tutur menggunakan
wang sendiri dan mengedarkan surat bantahan
kepada orang ramai ketika Malayan Union cuba
menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Ketika
meletus peristiwa 13 Mei 1969, beliau
bertindak menulis surat kepada Tunku Abdul
Rahman agar memberi tumpuan kepada
masalah perpaduan kaum. Ketika dilantik
sebagai Menteri Pelajaran, beliau telah
meluluskan Akta Kolej dan Universiti yang
bertujuan untuk mengawal tindakan yang

15
bertanggungjawab golongan mahasiswa di
universiti. Beliau turut menggalakkan rakyat
mencontohi etika kerja dan kegigihan rakyat
Jepun dan Korea Selatan melalui perlaksaan
Dasar Pangdang ke Timur. Beliau turut
meningkatkan imej perkhidmatan awan
dengan memperkenalkan kempen ‘Bersih,
Cekap, Amanah’. Penerapan nilai-nilai Islam
turut dipraktikkan agar jentera kerajaan
sentiasa bersifat adil, jujur, amanah, dan kuat.
Beliau turut menggalak rakyat agar mengubah
cara berfikir supaya setangding dengan bangsa
lain di dunia. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga
merupakan tokoh yang menggerakkan
pembangunan sains dan teknologi Negara

Antarabangsa
Pada peringkat antarbangsa, beliau telah
berjaya meletakkan Malaysia sebagai Negara
anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di antara tahun
1989 hingga 1990. berpegang kepada slogan
‘Malaysia Boleh’, beliau telah berjaya
meniupkan semangat jati diri dan patriotisme
yang tinggi dikalangan. Beliau juga turut
memperjuangkan nasib rakyat Bosnia, Palestin
di peringkat PBB. Beliau turut menetang
pengalaman dasar Aphar teid oleh regim Afrika

16
Selatan. Sebagai mengenang jasa beliau di
arena antarbangsa, kerajaan India telah
menganugerahkan pingat Jawarhalal Nehru
bagi kefahaman antarabangsa pada tahun
1996.

Sumbangan kepada Negara Islam


beliau turut dikagumi oleh negara-negara Islam
kerana idea dan kewibawaan beliau
membangunkan Malaysia sebagai Negara
Islam contoh. Ketika beliau menerajui negara,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan
Institusi Kefahaman Islam Malaysia telah
ditubuhkan. Usaha tersebut bertujuan
meningkatkan imej Islam di persada dunia.
Presiden Palestin, Yasser Arafat turut meminta
bantuan beliau untuk mengemukakan masalah
penderitaan rakyat Palestin di peringkat
antarabangsa. Tun Dr. Mahathir turut
dianugerahkan ‘the Dragon of Bosnia’ kerana
jasa beliau memperjuangkan nasib rakyat
negara Bosnia. Beliau turut dianugerahkan
pingat King Malik Faisal daripada kerajaan Arab
Saudi kerana sumbangan beliau menegakkan
kedaulatan Islam.

17
Sumbangan dalam bidang penulisan dan
kesenian
Tun Dr. Mahathir juga bergiat aktif dalam
bidang penulisan, beliau pernah dilantik
sebagai Ketua Editor The Cauldron, sebuah
majalah kesihatan Kolej King Edward ke VII,
Singapura. Beliau juga sering menulis artikel
dalam akhbar The Straita Times dengan
menggunakan nama nena Che Det. Beliau
turut menghasilkan beberapa buah buku yang
mengandungi idea yang agak kontroversi,
antaranya, the Malay Dilemma, the Voice of
Asia serta Menghadapi Cabaran. Sajak beliau
yang terkenal pula ialah Perjuangan Belum
Selesai serta Melayu Mudah Lupa.
Dalam bidang kesenian, beliau meminati
bidang pertukangan kayu, hasil kerja kayu
beliau sangat halus dan berseni. Beliau pernah
menerima anugerah antarabangsa dari
Worshipful Company Of Carpenter di London
pada tahun 1989. beliau turut mewujudkan
bengkel pertukangan di kediamannya.

Sumbangan dalam bidang sukan


Tun Dr. Mahathir Mohamad turut
mengilhamkan pembinaan litar Formula 1 di
Sepang. Selain itu, beliau turut
memperkenalkan perlumbaan basikal Le Tour
de Langkawi yang dianggap berprestij di dunia.

18
Tun Dr. Mahathir gemar membaca sejak kecil
lagi. Beliau suka membaca buku yang
berkaitan dengan ekonomi, pengurusan dan
teater. Kegemaran beliau yang lain ialah
memasak. Pada masa lapang beliau suka
memasak bersama isteri dan ibunya, setelah
menjawat jawatan Perdana Menteri beliau mula
meminati sukan kuda. Beliau menyertai sukan
berkuda pada waktu lapang.

19
Tun Dr. Mahathir telah berjaya memajukan
Malaysia setanding dengan Negara lain di
dunia. Kemajuan teknologi dan pembangunan
telah berjaya dilaksanakan oleh beliau. Rakyat
menyanjung tinggi jasa Tun Dr. Mahathir
kerana beliau banyak menyumbang kepada
kemajuan Negara.

20
Pada 22 Jun 2002, semasa ucapan
penggulungan Persidangan UMNO, Tun Dr.
Mahathir telah mengumumkan perletakan
jawatannya sebagai Presiden UMNO dan
Pengerusi Barisan Nasional. Peristiwa ini telah
mengejutkan seluruh Negara dan mendapat
tentanagn oleh semua perwakilan Umno yang
hadir. Ramai perwakilan UMNO telah
menitiskan air mata. Pengumuman ini juga
telah memberi kejutan kepada seluruh rakyat
Makaysia. Terdapat banyak pihak yang merayu
supaya beliau terus memimpin Negara, namun
beliau tetap berpegang teguh kepada
pendirian beliau.

21
Garis masa

22
23
24
Potret semasa kecil hinggalah sekarang

Tempat beliau bekerja semasa Perang Dunia ke-2

25
Kereta Proton
Saga yang pertama

semasa bergelar raja sehari tempat


kelahiran Tun Dr. Mahathir

26
Sukan kegemarannya, berkuda
semasa pelancaran buku ‘The Malay Dilemma’

Sewaktu
ingin melepaskan jawatannya
bersama isteri tersayang

27
1 Buku Ilmiah
(a) Wan Napsiah Wan Yusof, Lew Hee Men, Zulkifli
Abdul Ghaffar, Mansor Hassan, Muslimin Fadzil,
SUKSES Sejarah PMR, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2 vcd
(a)tajuk: Mahathir Pencetus Tamadun Insaniah,
JUZ’ART, Kuala Lumpur

3 Internet
http://www.my.kedah.com/e_20hallfemale20a_htm
http://wb.fskm.utm.my./Tun Dr Mahathir.htm
www.e-media.com
www.wikipedia.com/tundrmahathir
www.utusanmalaysiaonline.com

4 surat khabar
Utusan Malaysia (internet), 1/1/2003, 21/06/2002,

28
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan
Kerja Kursus Sejarah 21/2 dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini,
banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang
telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan
mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa
melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak
memperoleh maklumat tentang tokoh ini dalam
pembangunan dan kemajuan Negara. Oleh itu, saya
mesti menghargai erti kemerdekaan, kebebasan dan
kemajuan yang dikecapi dan berusaha untuk
mengekalkannya. Saya juga telah memperoleh
maklumat tentang keistimewaan tokoh ini yang telah
banyak mengubah status Negara yang membangun
kepada Negara yang maju. Tun Dr Mahathir selalu
menyeru rakyat Malaysia bersatu padu untuk
kepentingan Negara. Peranan dan jasa tokoh ini perlu
dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran,
ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-
rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan Kerja
Kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah
membuatkan saya bersama-sama rakan-rakan
berganding bahu untuk mencari maklumat tentang
tokoh ini.
Kerja Kursus ini juga memberi peluang kepada
saya untuk menguasai kemahiran membuat
penyelidikan dengan tatacara yang betul serta
meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu,
nilai yang telah saya peroleh ialah keberanian untuk
berkomunikasi, memupuk rasa setia dan bangga
kepada Negara. Kini, saya telah mengenali erti tidak
putus asa dalam melaksanakan tugas.

29
ARKIB : 01/01/2003

Kejutan Dr. Mahathir

Tidak ada peristiwa yang lebih mengejutkan sepanjang tahun 2002


selain pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad pada 22 Jun lalu, untuk melepaskan semua jawatan dalam
parti dan kerajaan. Walaupun arena politik tanah air sepanjang tahun
diwarnai oleh pelbagai kejutan sama ada yang berlaku dalam
kerajaan mahupun parti pembangkang, pengumuman beliau adalah
kemuncak semua itu.

Rakyat dan pemimpin tersentak dengan berita itu dan sukar


menerima, namun akhirnya terpaksa akur dan menghormati
keputusan tersebut.

Dr. Mahathir menetapkan untuk berundur selepas sidang kemuncak


Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) pada Oktober
tahun depan.

Dengan pengumuman awal persaraan itu, Malaysia bakal


menyaksikan peralihan kuasa secara licin dan teratur apabila
Timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih
pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri Kelima.

Sementara itu, tahun 2002 turut mencatatkan beberapa peristiwa


menarik dalam kalendar politik negara.

Parti Bersatu Sabah (PBS) membuka tirai lembaran dengan kembali


ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada 23 Januari iaitu selepas 11
tahun menjadi pembangkang. Parti Kebangsaan Sarawak (Snap)
pula melalui peristiwa memeritkan tahun ini apabila dibatalkan
pendaftaran pada 5 November kerana gagal menyelesaikan krisis
kepimpinan yang berlarutan sejak April.

30
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut menghadapi krisis
kepimpinan yang serupa tetapi mujurlah hanya disudahi dengan
pengekalan status quo penyandang jawatan.

Krisis MCA pula memasuki fasa baru apabila Perdana Menteri


terpaksa campur tangan dengan mengemukakan pelan damai untuk
kedua-dua kumpulan yang bertelagah. Pelan itu meliputi pengekalan
status quo semua penyandang jawatan dalam MCA dari peringkat
bahagian ke Pusat sehingga tahun 2005.

Persaingan
Di sebalik pelbagai kemelut yang melanda, BN terus utuh apabila
berjaya mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil DUN Indera
Kayangan pada 19 Januari dan DUN Ketari pada 31 Mac, mengatasi
lawan dengan majoriti lebih besar.

Di bawah pimpinan `Huguan Siou' Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan,


PBS pula berjaya `menebus balik' perbuatan menikam dari belakang
menjelang pilihan raya umum 1990, apabila memastikan
kemenangan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Gaya, 12 Oktober
lalu.

BN kian mantap apabila Puteri UMNO yang telah `turun padang'


menyertai jentera parti menggempur kubu-kubu pembangkang
sepanjang kempen pilihan raya kecil sejak tahun lepas, secara rasmi
mengadakan mesyuarat pertamanya 2 November lalu.

Dalam pada itu, tahun 2002 pula menyaksikan perubahan tampuk


pimpinan parti pembangkang Pas, ekoran kematian Presidennya,
Datuk Fadzil Noor pada 23 Jun iaitu sehari selepas pengumuman
peletakan jawatan Dr. Mahathir.

Kehilangan Fadzil memberi tamparan hebat kepada Pas apabila


gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pendang yang disandang
oleh bekas Ketua Pembangkang itu pada pilihan raya kecil 18 Julai
lalu.

Calon Pas Dr. Mohamed Hayati Othman kecundang di tangan calon


BN, Datuk Othman Abdul.

31
Namun parti itu berjaya mengekalkan penguasaan di peringkat
negeri apabila berjaya mempertahankan kerusi Anak Bukit, sekali
gus menggagalkan usaha BN untuk memperoleh semula majoriti dua
pertiga di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Ini ditambah dengan tindakan kerajaan negeri Terengganu pimpinan


Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluluskan segera Rang Undang-
Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas),
yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya
pertubuhan-pertubuhan wanita.

Sungguhpun undang-undang itu belum dapat dikuatkuasakan


sehingga kini, harapan untuk menyaksikan semula `penyatuan' orang
Melayu dengan dua ideologi politik berbeza seperti pernah berlaku,
hampir mustahil berulang

ARKIB : 21/06/2002

32
Budak kampung yang sederhana

Oleh AZNAN BAKAR

DATUK Seri Dr. Mahathir Mohamad di lahirkan pada 20


Disember 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor
Star.

Walaupun beliau sebenarnya dilahirkan lima bulan lebih awal


iaitu pada 10 Julai, tetapi bapanya telah melewatkan
pendaftaran atas pertimbangan pendidikan.

Dari hari pertama dilahirkan hingga ke zaman remaja, Dr.


Mahathir adalah seorang budak kampung yang sederhana.

Walaupun bapanya, guru besar dan dihormati di sekitar Alor


Star, namun kehidupan mereka tidak mewah mungkin
disebabkan oleh keluarga yang besar iaitu seramai sembilan
adik beradik dan Dr. Mahathir yang bongsu.

Malah beliau membesar dalam ruang lingkup yang


berlatarbelakangkan masyarakat Melayu yang miskin dan
serba kekurangan.

Persekitaran itu turut memberi kesedaran kepadanya


bahawa untuk berjaya perlu sentiasa berusaha.

Walaupun merupakan anak bongsu yang menjadi


kesayangan keluarga, ia tidak memberi lesen kepada Dr.
Mahathir untuk hidup bebas sesuka hati.

Bapanya amat mementingkan disiplin dan Dr. Mahathir tidak


terlepas daripada peraturan-peraturan bapanya itu.

``Saya membesar dalam sebuah keluarga yang sangat


berdisiplin. Bapa saya mengurus rumah seperti bilik darjah.

``Terdengar sahaja bunyi batuk ketika beliau pulang sudah


cukup untuk kami bertempiaran lari mencari buku,'' katanya

33
dalam temu bual dengan penulis J. Victor Morais dalam buku
Mahathir - Profile in Courage.

Bapanya seorang guru besar yang dihormati di Alor Star,


malah pernah menjadi guru kepada Tunku Abdul Rahman
Putra.

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu


Seberang Perak selama dua tahun sebelum menyertai
Sekolah Inggeris Kerajaan (GES).

Sejak di bangku sekolah lagi ciri-ciri kepimpinannya telah


menyerlah. Beliau merupakan tempat rujuk dalam kelasnya
dan sentiasa mendapat tempat pertama.

Walaupun beliau dikatakan ulat buku, namun di kalangan


kawan-kawan beliau dikenali sebagai peniaga.

Beliau menjual belon untuk dapat duit sekolah dan ketika


persekolahannya tertangguh di zaman Jepun, Dr. Mahathir
memilih untuk membuka warung kopi dan selepas itu
menjual pisang di Pekan Rabu.

``Saya terpaksa berniaga sikit, cari belon dengan harga dua


sen untuk dijual pada harga tiga sen di sekolah, jadi untung
satu sen,'' katanya pada satu majlis makan malam anjuran
Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid
(SAHOCA).

Beliau ke sekolah dengan pakaian seragam seluar pendek


hitam dan baju putih.

Tanpa mempunyai kasut beliau berulang-alik dari Seberang


Perang ke sekolah sejauh kira-kira dua kilometer.

``Masa itu (saya) tidak ada kasut, saya pi sekolah dengan


lanca balik tengah hari dengan lanca.

34
``Tapi kalau kena pergi sebelah petang, tidak ada lanca,
balik kena jalan kaki dari SAHC ke Seberang Perak jauh
juga. Tapi tak pakai kasut, lebih jauh,'' katanya.

Selepas itu kata Dr. Mahathir beliau dapat kasut, tetapi


kasut getah apabila dipakai lama-lama ia akan busuk.

``Semua orang dalam sekolah bau kaki orang. Ini cerita


lama jadi nostalgia,'' ujar beliau.

Selepas Jepun kalah, beliau menyambung kembali pelajaran


di Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC) sehingga lulus
cemerlang dalam Senior Cambridge Certificate.

Pada ketika itu beliau amat berharap akan mendapat


biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di London
dalam bidang guaman kerana minatnya dalam politik.

Tetapi cita-cita itu tidak kesampaian kerana beliau


ditawarkan biasiswa bagi mengikuti kursus perubatan di
Sekolah Perubatan King Edward VII, Singapura.

Alasan yang diberikan, ialah negeri Kedah pada ketika itu


memerlukan lebih ramai doktor.

Di sekolah perubatan itu menunjukkan minat dalam bidang


sukan tetapi beliau hanya berjaya sebagai pemain rugbi.

Di situ juga beliau meneruskan minat dalam bidang


penulisan dan dilantik sebagai editor majalah pelajar
perubatan di samping menyumbang rencana kepada akhbar
Straits Times Sunday Times atas nama samaran Che Det.

Dari zaman pelajar lagi beliau telah mengenengahkan isu


masyarakat luar bandar dan kemiskinan Melayu.

Hasilnya beliau memperoleh reputasi sebagai juara orang-


orang Melayu.

35
Reputasi itu kekal sehingga beliau tamat belajar dan mula
melibatkan diri dengan politik.

Antara pertubuhan pertama disertai beliau ialah Kesatuan


Melayu Kedah, Seberkas dan Kesatuan Pemuda Malaysia
Kedah.

Pada tahun 1945, beliau merupakan antara kumpulan orang


Melayu pertama yang menyertai UMNO yang baru
ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar. Ketika itu Dr. Mahathir
baru berusia 20 tahun.

Kesedaran yang mendalam mengenai nasib Melayu adalah


hasil daripada pengalaman beliau sebagai budak kampung
yang dikelilingi kemiskinan.

Malah beliau sendiri terpaksa sejak dari kecil lagi telah


mengharungi pelbagai kesusahan dan kesukaran sebelum
mulanya berjaya sebagai doktor dan selepas itu ahli politik.

Beliau berhenti sebagai doktor kerajaan dan membuka klinik


sendiri semata-mata untuk berkhidmat kepada rakyat
melalui politik.

Sebagai pegawai perubatan beliau tidak boleh bergiat cergas


dalam politik dan beliau tidak bebas untuk mengutarakan
pendapat dan pandangan mengenai nasib orang Melayu.

Beliau merupakan orang Melayu pertama membuka klinik di


Alor Star. Sebagai ahli perubatan ketika itu, beliau tidak
mementingkan keuntungan sebaliknya lebih kepada khidmat
kepada golongan kurang mampu.

Ada ketikanya, beliau memberi rawatan secara percuma dan


sanggup menerima apa sahaja bayaran daripada para
pelanggan biar sekadar 10 sen, 50 sen atau RM1 jika
mereka tidak mampu.

36
Atas rasa tidak puas hati dengan keadaan orang Melayu, Dr.
Mahathir secara lantang dan terbuka menyuarakan rasa
tidak puas hatinya itu dan turut mengkritik kerajaan sebagai

gagal melaksanakan polisi bagi membantu mereka.

Kemuncaknya, ialah kelahiran buku The Malay Dilemma


yang dihasilkan ketika beliau disingkirkan daripada UMNO
pada tahun 1969.

Ketika menjadi ahli parlimen pada tahun 1964, beliau orang


kuat `Back-Bencher' dan sering memberikan kritikan tajam
terhadap kerajaan.

Walaupun beliau tewas pada pilihan raya 1969 di Kuala


Kedah kepada Yusuf Rawa, namun beliau tidak pernah diam
menyuarakan rasa tidak puas hati dengan masalah
penduduk luar bandar dan akhirnya disingkirkan dari UMNO
oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun yang sama.

Sekembalinya ke pangkuan UMNO pada tahun 1972, beliau


mula diberi peranan dalam kerajaan termasuk memegang
beberapa jawatan penting dan kemudiannya dilantik sebagai
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Senator pada 1973.

Pada tahun 1974 beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran


oleh Tun Abdul Razak dan pada tahun 1975 dipilih sebagai
Naib Presiden UMNO.

Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia, Tun Hussein Onn


dilantik sebagai Perdana Menteri dan Dr. Mahathir telah
dilantik sebagai timbalan beliau.

Apabila Tun Hussein mengundurkan diri atas sebab-sebab


kesihatan pada tahun 1981, Dr. Mahathir mengambil alih
tampuk pemerintahan negara dan mula memperkenalkan
pelbagai pembaharuan yang telah menjadikan Malaysia
dihormati di mata dunia.

37
Walaupun ketika dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
beliau menimbulkan sedikit kebimbangan di kalangan bukan
Melayu kerana gelaran `ultra' Melayu yang dipegang beliau,
namun Dr. Mahathir membuktikan beliau hanya
memperjuangkan hak sama rata tanpa menganiaya sesiapa.

``Apa yang saya kata ialah Melayu perlu mendapat


bahagian yang sama dalam kekayaan negara, tidak lebih
dari itu,'' katanya.

Malah polisi beliau bukan membantu Melayu secara terus


tetapi melalui dasar-dasar yang membolehkan mereka
bergerak seiring dengan kaum lain tanpa perlu bergantung
secara berterusan kepada kerajaan.

``Bumiputera perlu bersedia untuk bersaing. Kita tidak


boleh hanya masukkan duit ke dalam poket mereka,''
katanya.

Yang nyata, daripada dasar-dasar yang dilaksanakan, Dr.


Mahathir telah berjaya memartabatkan orang Melayu iaitu
perjuangan yang disuarakan beliau sejak di zaman pelajar.

Sekarang orang Melayu boleh berdiri sama tinggi dengan


kaum lain dan tidak lagi dipandang rendah dan dihina
seperti ketika beliau di zaman kanak-kanak dahulu.

Walaupun tidak semua yang dihasratkan tercapai, tetapi ada


yang telah menjadi realiti termasuk melahirkan bangsa
Melayu yang berani menyahut apa juga cabaran.

38

You might also like