You are on page 1of 12

1

KRM 3013 ASAS NOMBOR


TAJUK TUGASAN
TUGASAN 2 - INDIVIDU

KUMPULAN GROUP: UPSI-04 ( A121 PJJ )

DISEDIAKAN OLEH: NAMA CHONG LAI MEI NO. ID D20102045679 NO. TELEFON 012-5072120

NAMA PENSYARAH

DR. MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH

18 NOV 2012

KRM3013: TUGASAN 2

KANDUNGAN
PERKARA
1. Unit 1 Nombor Bulat 2. Unit 3 Nombor Pecahan 3. Unit 5 Nombor Perpuluhan 4. Unit 7 Wang

MUKA SURAT
3

5. Unit 9 - Peratus

11

KRM3013: TUGASAN 2

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1 TAJUK NOMBOR BULAT

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Sistem penomboran Hindu-Arab yang kita gunakan sekarang mengandungi sepuluh nombor asas, yang dipanggil digit. Digit-digit berkenaan adalah seperti berikut: 0, 1, 2, 3, 4,5,6,7,8, 9. Sistem penomboran Hindi-Arab mempunyai ciri-ciri penting yang berikut: a) Digit: setiap nombornya adalah dibina daripada sepuluh digit asas. b) Simbol Asas: terdapat simbol asas iaitu sifar, satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan dan sembilan. c) Perpuluhan: Sistem penomboran ini dibina berdasarkan nilai tempat yang menggunakan kaedah pengulangan berkumpulan asas sepuluh, yang dipanggil sistem perpuluhan. Setiap digit dalam sistem penomboran Hindi-Arab mempunyai 2 fungsi: Kedudukan digit dalam sistem penomboran mengandungi nilai tempat. Setiap digit mempunyai nilai muka, iaitu nilai sebenar sesuatu digit. Nombor bulat terdiri daripada nombor-nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11,.... Asas bagi nombor bulat adalah nombor asli. Algoritma adalah berasal daripada nama Mohammed al Khowarizmi. Algoritma bermaksud penggunaan prosedur yang sistematik bagi mencapai sesuatu penyelesaian. Verschaffel and De Corte(1996) mengelaskan penggunaan nombor bulat kepada 5 kategori, iaitu Menentukan kuantiti, Mengenal pasti, Mengukur, Reckon dan Menamakan. Penambahan nombor bulat boleh dilaksnakan dengan menggabungkan beberapa kumpulan objek atau set. 4 sifat penambahan melibatkan nombor bulat, iaitu Sifat tertutup, Sifat komutatif, Sifat asosiatif dan Sifat identiti. Terdapat 4 model boleh digunakan bagi melaksanakan operasi tolak nombor negatif iaitu Model Ambil Keluar, Model Melengkapkan, Model Perbandingan dan Model Garis Nombor. Operasi kira darab adalah merupakan cara mudah bagi mencari jumlah bagi beberapa nombor bulat yang serupa. William Oughtred (1575-1660)mula memperkenalkan penggunaan simbol x untuk kira darab. Kemudian Gottfried Wilhelm von Leibnitz (16461716) menggunakan simbol .. KRM3013: TUGASAN 2

Operasi kira bahagi nombor bulat boleh difahami melalui aktiviti sejumlah nombor dibahagi kepada beberapa bahagian yang sama banyak. Terdapat 3 strategi kira bahagi iaitu bahagi langsung, bahagi faktor tertinggal dan kira tolak berulang. Algoritma kira bahagi boleh dilakukan menggunakan kaedah scaffolding. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses, yang melibatkan 4 langkah utama, sebagaimana dijelaskan oleh Polya, iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali.

CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Bahan konkrit amat penting semasa pengajaran konsep bagi pelbagai jenis operasi Matematik. Selepas murid memahami konsep pelbagai operasi Matematik, pelajar barulah diperkenalkan algoritma atau prosedur untuk melaksanakan operasi Matematik. Miskonsepsi adalah kesukaran yang sering dialami oleh murid. Guru hendaklah selalu prihatin dan meramal kesilapan yang mungkin dan sering dilakukan oleh murid, menjelaskan bagaimana dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan serta membantu murid memperbetulkan miskonsepsi murid-murid. Ini dapat mengenalpastimurid-murid benar-benar menguasai apa yang cikgu ajar sebelum masuk ke topic atau kemahiran yang seterusnya. Dalam perancangan pengajaran dan pembelajran konsep nombor, guru hendaklah member penekanan kepada penguasaan 6 kemahiran asas yang berikut: a) mengelas dan membanding; b) memadan satu dengan satu; c) membilang; d) merekod dengan perkataan dan symbol; e) menyusun nombor mengikut tertib; f) memahami konsep nilai tempat. Guru boleh melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dengan menggunakan bahan konkrit atau menggunakan media dan teknologi semasa pengajaran dan pembelajaran.

KRM3013: TUGASAN 2

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 3 TAJUK NOMBOR PECAHAN

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT ADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Nombor pecahan telah digunakan oleh manusia sebelum masihi lagi. Nombornombor yang kita sering jumpai seperti , , dan lain-lain disebut sebagai nombor pecahan. Ia mempunyai perkaitan dengan nombor rasional. Bagaimanapun, nombor pecahan tidak semestinya nombor rasional. Untuk memahami pecahan, gambar rajah sesuai digunakan. Gambaran pecahan merupakan sebahagian kuantiti daripada keseluruhan kuantiti. Naobor rasional dan nombor pecahan menjadi lebih mudah difahami sekiranya digambarkan dalam bentuk garisan nombor. Pecahan wajar adalah pecahan a/b, yang mana 0 |a|<|b|. b0. Pecahan tak wajar ialah pecahan berbentuk , yang mana |a||b|>0. Nombor pecahan boleh dimudahkan dengan berpandukan Hukum Asas Pecahan. Menyusun nombor pecahan dalam satu urutan daripada suatu nilai yang kecil kepada nilai yang lebih besar, atau sebaliknya, lebih mudah dilakukan melalui perwakilan dalam situasi sebenar. Operasi kira tambah dan kira tolak nombor pecahan akan menjadi mudah dilaksanakan sekiranya penyebutnya adalah sama. Menambahkan 2 nombor pecahan yang denominator adalah tidak sama perlu dilaksanankan dengan menyamakan terlebih dahulu penyebutnya. Suatu nombor yang terbina daripada gabungan antara suatu nombor integer dan suatu nombor rasional dipanggil sebagai nombor bercampur. Operasi kira darab nomboe pecahan boleh difahami dengan lebih mudah sebagai penambahan berulang. Terdapat 5 sifat kira darab rasional iaitu sifat identity, sifat songsang, sifat taburan, sifat kesamaan dan sifat sifar. Memahami operasi kira bahagi melibatkan nombor pecahan, adalah lebih mudah kita menjadikan gambar rajah yang lebih konkrit. Algoritma kira bahagi yang melibatkan nombor pecahan boleh dilaksanakan dengan menggunakan prosedur yang khusus. Penyelesaian masalah melibatkan nombor pecahan dilaksanakan melibatkan 4 langkah iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian, KRM3013: TUGASAN 2 dan menyemak kembali. melaksanakan penyelesaian

CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Sebelum pengajaran dan pembelajaran operasi kira tambah, kira tolak, kira bahagi dan kira darab, murid-murid hendaklah menguasai konsep asas nombor pecahan. Untuk mengajar konsep asas nombor pecahan, bahan konkrit amatlah sesuai digunakan. Misalnya, guru menggunakan kek dan membahagikan kek untuk memperkenalkan topik ini. Gambar rajah dengan petak-petak yang sama besar juga sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Masalah miskonsepsi sering berlaku di kalangan murid dalam topik nombor pecahan. Guru hendaklah peka kepada miskonsepsi yang murid lakukan. Guru hendaklah menjelaskan kepada murid mengapa mereka melakukan kesalahan dan memastikan murid membuat pembetulkan sebelum masuk ke topik yang seterusnya. Guru hendaklah secara sengaja memberi tumpuan yang khusus tentang kefahaman mengenai konsep pecahan. Pengertian sebenar dalam konteks matematik, bolehlah diringkaskan sebagai sebahagian daripada keseluruhan. Guru hendaklah memberi tumpuan kepada murid tentang maksud pecahan pada awal pengajaran. Guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan konkrit seperti meminta murid melipatkan kad manila atau kertas. Kemudiannya murid diminta melorek bahagian pada kertas atau kad manila bagi mewakili nombor pecahan yang dinyatakan. Ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Selain itu, guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran secara induktif. Strategi ini dapat mengelakkan guru mengajar prosedur tanpa kefahaman kepada murid.

KRM3013: TUGASAN 2

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 5 TAJUK NOMBOR PERPULUHAN

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Perkataan perpuluhan atau dalam Bahasa Inggeris ialah decimal berasal daripada perkataan Latin decem yang bermaksud sepuluh. Nombor perpuluhan dan nombor pecahan mempunyai hubungan walaupun bentuk tulisan mereka berlainan. Sebenrnya, perkaitan antara perpuluhan dan nombor pecahan amat ketara sekali. Nombor perpuluhan boleh diwakili dengan nombor pecahan yang penyebutnya bernilai 10, 100, 1000 dan seterusnya. Pemelajaran nombor perpulhan boleh menjadi lebih mudah apabila digambarkandalam bentuk gambar rajah. Operasi melibatkan nombor perpuluhan adalah meliputi kira tambah, kira tolak, kira darab dan kira bahagi. Prinsip asas dalam melaksanakan operasi kira tambah dan kira tolak nombor perpuluhan dapat dihayati dengan mengubahnya menjadi nombor pecahan yang penyebutnya dalam kuasa 10, iaitu seperti 10, 100, 1000 dan sebagainya. Operasi dilakukan secara menambah atau menolak nombor yang penyebutnya serupa. Walaubagaimanapun, penambahan dan penolakan akan menjadi lebih mudah jika disusun dalam susunan menegak berpandukan kepada titik perpuluhan. Melaksanakan operasi kira darab, pada asasya boleh didarab dengan lebih mudah dengan cara menukar dahulu nombor perpuluhan menjadi nombor pecahan , di mana a dan b ialah integer, b 0. Operasi kira darab ini boleh diringkaskan dengan menggunakan algoritma berikut: i) nombor perpuluhan ditukar dahulu kepada nombor bulat. ii) mendarab 2 nombor bulat. iii) meletakkan titik perpuluhan mengikut jumlah bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi nombor-nombor yang terbabit. Secara umumnya, bilangan digit selepas titik perpuluhan adalah bersamaan dengan jumlah bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi kedua-dua nombor yang didarab. Operasi kira bahagi melibatkan nombor perpuluhan dilaksanakan sebagaimanan membahagikan 2 nombor bulat. operasi kira bahagi boleh dipermudahkan melalui algoritma. Pengetahuan dan kemahiran tentang nombor perpuluhan amat penting bagi muridmurid kerana kegunaannya merentasi kebanyakan daripada masalah dalam kehidupan manusia. Dalam hal penyelesaian masalah ini, ia merupakan suatu proses yang dijalankan dalam 4 langkah iaitu iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan KRM3013: TUGASAN 2 penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali.

CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Terdapat banyak miskonsepsi dalam kalangan murid dalam tajuk nombor perpuluhan ini adalah berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan nombor perpuluhan berbanding dengan nombor bulat dan cara pengajaran guru di bilik darjah. Guru hendaklah memperbetulkan miskonsepsi yang murid lakukan dan jelaskan cara penyelesaiannya. Secara umum, pengetahuan dan kemahiran nombor bulat menjadi asas penting sebelum meneruskan kepada pengajaran nombor perpuluhan. Pengajaran konsep perpuluhan sukar diajar persendirian,sebaliknya perlulah dilaksanakan bersama-sama dengan proses mengingat kembali konsep pecahan dan nombor bulat. Konsep nilai tempat perlu diberi penekanan dalam pengajaran nombor perpuluhan. Selain daripada yang disebut di atas, guru hendaklah menggunakan bahan konkrit ataupun media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan-bahan ini memudahkan murid menguasai konsep tentang nombor perpuluhan.

KRM3013: TUGASAN 2

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 7 TAJUK WANG

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Pada zaman dahulu, sistem barter atau sistem pertukaran barang telah digunakan secarameluas dalam sistem jual beli. Namun urusan jual beli menjadi lebih mudah apabila wang diperkenalkan. Dari segi sejarah, penggunaan wang telah diguna oleh manusia sebagaialat pertukaran barang semenjak sebelum Masihi. Wang merupakan objek yang diterima pakai sebagai alat pertukaran dalamurusan jualbeli oleh sesuatu masyarakat dan sah dari segi undang-undang sesebuah negara. Di Malaysia, nilai wang yang diterima pakai dan sah disisi undang-undang ialah ringgit dan sen. Ringgit diwakilkan dalam bentuk kepingan kertas manakal sen diwakilkan dalam bentuk syiling. Simbol bagi wang di Malaysia ialah RM yang mewakili Ringgit Malaysia. Asas dalam pertukaran mata wang ringgit dan sen adalah 1 ringgit bersamaan 100 sen. Dua bentuk pertukaran mata wang yang perlu diperlajaripelajar adalah pertukaran daripada sen kepada ringgit dan ringgit kepada sen. Nilai wang adalah merupakan gabungan daripada beberapa jenis wang lain dengan nilai yang lebih rendah. 4 operasi asas melibatkan wang ialah operasi tambah, operasi tolak, operasi darab danoperasi bahagi. Prasyarat untuk melaksanakan operasi kira tambah dan kira tolak ialah dengan terlebih dahulu menyusun kedua-dua nilai mata wang dengan meletakkan titik perpuluhannya di dalam satu turus. Operasi kira darab melibatkan mata wang boleh dilaksanakan sebagaimana operasi kira darab nombor perpuluhan. Pastikan simbol RM digunakan kepada nilai mata wang. Operasi kira darab melibatkan mata wang mematuhi prosedur kira darab nombor perpuluhan. . Operasi kira bahagi melibatkan mata wang boleh dilaksanakan sebagaimana operasi kira bahagi nombor perpuluhan. Pastikan simbol RM digunakan kepada nilai mata wang. Operasi kira bahagi melibatkan mata wang mematuhi prosedur kira bahagi nombor perpuluhan. Bab ini membincangkan tentang aplikasi tentang asas nombor, khususnya wang. Konsep wang seperti rupa bentuk wang, simbol, niali wang dan pertukaran ringgit dan sen. Operasi melibatkan wang KRM3013: TUGASAN 2 ditekankan. Selain itu, penyelesaian masalah merupakan satu daripada matlamat dalam Unit Pelajaran ini.

10

CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH Sekiranya murid menghadapi masalah dalam nombor perpuluhan dan peratus, biasanya mereka juga menghadapi masalah dalam kiraan wang. Selain itu, miskonsepsi tentang nilai wang sering berliku di kalangan murid. Penguasaan tentang nombor perpuluhan dan peratusan amat penting. Guru juga boleh melibatkan secara langsung muridmurid dalam urusan jual beli. Aktiviti ini dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan wang. Konsep wang penting diperlajari pelajar. Guru boleh menggunakan bahan konkrit seperti wang sampel, media dan teknologi semasa memperkenalkan rupa bentuk wang kepada murid. Aktiviti jual beli dengan menggunakan wang sampel (permainan) dijalankan dalam bilik darjah membolehkan murid mengenal nilai wang dan melibatkan diri secara langsung dalam urusan jual beli. Selain itu, guru boleh meminta murid membuat refleksi tentang kombinasi atau cara mengira wang bagi membeli sesuatu barang. Dengan cara ini, murid dapat mengetahui bahawa harga sesuatu barang boleh dibuat dengan berbagai cara atau kombinasi. Lembaran kerja adalah bahan yang penting dan tidak boleh diabaikan dalam pengajaran bab ini.

KRM3013: TUGASAN 2

11

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 9 TAJUK PERATUS

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Simbol % adalah perwakilan bagi perkataan peratus. Perkataan peratus berasal daripada perkataan Latin, iaitu per centum yang bermaksud perseratus. Peratus ialah nisbah bagi sesuatu kuantiti yang dibandingkan dengan nombor seratus atau 1/100. Konsep peratus merujuk kepada sebilangan bahagian daripada seratus bahagian. Peratus ini boleh diwakilkan dalam bentuk pecahan dengan penyebutnya ialah 100. Sebarang pecahan yang mempunyai penyebutnya bernilai 100 boleh terus ditulis dalam bentuk peratus. Nombor pecahan boleh ditulis dalam bentuk peratus dengan terlebih dahulu mencari pecahansetara dengan penyebutnya bernilai 100. Sebarang nombor peratus boleh ditukarkan kepada pecahan dengan nilai penyebutnya 100, dan seterusnya memudahkannya menjadi pecahan dan menjadi bentuk teringkas. Menukarkan nombor pecahan bercampur kepada peratus boleh dilakukan melalui 3 cara: a) peratus nombor bulat dan nombor perpuluhan dikira secara berasingan. b) nombor bercampur ditukar menjadi nombor pecahan tidak wajar, diikuti dengan menjadikan penyebutnya bernilai 100. c) nombor bercampur ditukar menjadi nombor pecahan tak wajar, dan seterusnya mendarab dengan 100%. Umumnya, nilai dalam bentuk peratus menggambarkan perbandingan antara suatu kuantiti dengan kuantiti keseluruhan. Perlu memberi maklumat kepada murid bahawa jumlah peratus bagi keseluruhan sesuatu kuantiti ialah100%, oleh itu, operasi matematikakan menjadi mudah melalui menggunakan formula berikut: Peratus = nilai sebahagian suatu kuantiti x100% Jumlah keseluruhan Penyelesaian masalah melibatkan peratus boleh diperoleh dalam berbagai bentuk. Antara masalah yang popular dalam konteks kehidupan masyarakat adalah konsep diskaun, untung dan rugi. Proses penyelesaian masalah membabitkan peratus ditekan dalam topik peratus.

KRM3013: TUGASAN 2

12

CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Pengajaran peratus merupakan aplikasi kepada pembelajaran yang dilaksanakan terdahulu, iaitu nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Jika pelajar menghadapi masalah dalam nombor bulat, pecahan dan perpuluhan, masalah juga akan muncul semasa pengajaran dan pembelajaran peratus. Selain itu, kesukaran yang dihadapi murid-murid dalam pembelajaran tentang peratus adalah untuk memahami konsep peratus. Terdapat juga murid mengahdapi kesukaran menggambarkan maksud perbandingan 2 kuantiti. Oleh itu, kefahaman murid tentang konsep peratus amat penting untuk membolehkan penyelesaian masalah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Peratus mempunyai perkaitran ketara dengan pecahan dan perpuluhan. Guru hendaklah menjelaskan hubungan ini dengan baik. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan pelbagai masalah miskonsepsi tentang peratus kepada murid-murid. Konsep peratus perlu dikaitkan dengan konsep-konsep asas yang lain seperti konsep nombor pecahan, konsep nombor perpuluhan, nilai wang dan diskaun. Guru hendaklah membuat refleksi tentang konsep-konsep asas seperti pengertian konsep peratus, perpuluhan dan pecahan, kemahiran dalam peratus, dan penyelesaian masalah peratus dalam pengajaran tentang peratus. Dalam pengajaran penyelesaian masalah tentang peratus, guru bolehlah merancang suatu aktiviti jual beli yang melibatkan pembelian diskaun di pasar raya. Aktiviti ini melibatkan murid secara aktif semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, guru hendaklah banyak menggunakan bahan manipulative supaya dapat meningkatkan kefahaman murid tentang konsep peratus.

KRM3013: TUGASAN 2

You might also like