P. 1
KOD NILAI MURNI DAN ETIKA JABATAN

KOD NILAI MURNI DAN ETIKA JABATAN

4.95

|Views: 5,935|Likes:
Nialai-nilai Murni pada semua penjawat awam.
Nialai-nilai Murni pada semua penjawat awam.

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Jan 26, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

12/21/2012

KOD NILAI MURNI DAN ETIKA JABATAN

PRAKATA Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan hidayatNya, satu risalah telah berjaya disusun yang bertajuk KOD NILAI MURNI DAN ETIKA bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seluruhnya. Risalah ini mengandungi nilai-nilai murni dan etika yang dipilih berdasarkan kepada keperluan dan keadaan suasana, sikap yang diingini dan etika yang terpuji. Kod ini bertujuan untuk dijadikan rujukan dan asas panduan bekerja oleh pegawai dan kakitangan JKKP bagi menuju matlamat memberi perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah. Akhirnya, saya berharap kod ini dapat difahami, dihayati dan diamalkan oleh setiap individu untuk meningkatkan lagi kecekapan, keberkesanan dan kualiti hasil kerja. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran dalam menyiapkan risalah ini. Ir HAJI ABU BAKAR CHE MAN Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

UNSUR-UNSUR NILAI UTAMA
Benar Taat Setia Amanah, Bersih, Jujur dan Ikhlas Bertanggungjawab Berintegriti Tegas, Adil dan Saksama Bijaksana Ketepatan Masa Sikap Jimat Cermat Telus Bekerjasama dan Semangat Berpasukan Cekal, Kuat Semangat dan Dedikasi Bersyukur

1.0

NILAI-NILAI MURNI

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yakin nilai-nilai murni perlu diterapkan di dalam diri setiap kakitangan dan dijadikan amalan harian. Nilai-nilai murni yang perlu dihayati adalah seperti berikut : o o o o o o o o o o o o o 1.1 Benar Taat Setia Amanah, bersih, jujur dan ikhlas Bertanggungjawab Berintegriti Tegas, adil dan saksama Bijaksana Ketepatan masa Sikap jimat cermat Telus Bekerjasama dan semangat berpasukan Cekal, kuat semangat dan dedikasi Bersyukur

Benar

Segala urusan yang dilakukan hendaklah tepat, betul dan tidak keliru. Amalan positif

-

· ·

Bercakap dan bertindak dengan betul, tepat dan tidak keliru Kepimpinan melalui teladan

Amalan negatif

1.2

· ·

Menyimpang dari tugas Menyalahgunakan kuasa Taat Setia

Taat Setia menghendaki setiap kakitangan JKKP pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada Yang di Pertuan Agong, Negara, Kerajaan dan Jabatan. Nilai ini amat perlu untuk dihayati oleh setiap kakitangan demi mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan agama. Amalan positif

-

· · ·

Taat setia dan patuh kepada arahan Sedia berbakti Sanggup berkorban setiap ketika

Amalan negatif

-

· · ·

Khianat dalam melaksanakan tugas Suka membangkang tanpa cadangan untuk membaikinya Tidak ikut peraturan

1.3

Amanah, Bersih, Jujur dan Ikhlas

Amanah adalah satu nilai yang perlu ada pada setiap kakitangan oleh kerana keadaan tugasnya yang berkait rapat dengan urusan-urusan pentadbiran dan menjaga kewangan serta harta benda Kerajaan dan rakyat yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakan. Setiap kakitangan mesti menunaikan amanah kepada Tuhan, diri, keluarga, majikan, negara dan masyarakat seluruhnya. Kebersihan yang dimaksudkan ialah dari semua segi sama ada kebersihan moral atau pun fizikal. Kebersihan moral bermakna sentiasa berfikiran bersih dalam apa juga tugas yang dilakukan. Segala-galanya dilakukan dengan niat yang baik dan murni, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong, tidak angkuh, tidak terlibat dalam sebarang jenayah dan rasuah. Dari segi fizikal, seseorang kakitangan hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan rapi. Perasaan jujur dan ikhlas merupakan satu nilai yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang. Nilai seperti ini sangat penting bagi seseorang dalam menjalankan amanah, tanggung jawab dan sebagainya kerana ia boleh mewujudkan ciriciri mulia dalam sesebuah masyarakat seperti bersikap rendah hati, bertolak ansur dalam hati setiap kakitangan. Amalan positif

-

· · · · ·

Menyempurnakan tugas dengan amanah Kemas/bersih dalam pakaian, pemikiran dan tindakan Bersih daripada sifat dengki Ikhlas dan bertimbangrasa Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab

Amalan negatif

1.4

· · · ·

Bersikap sombong dan suka menunjuk Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah Pengotor dan selekeh dalam pembawaan Selalu berpura-pura dalam tindakan

Bertanggungjawab

Seseorang kakitangan tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya atau berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab. Ia tidak boleh membenarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tanggungjawab awamnya. Ini penting untuk menentukan kakitangan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat. Bertanggungjawab juga membawa erti bahawa seseorang itu tidak terlepas dari dipersoal jika gagal melaksanakan beban tugasnya dengan sempurna. Amalan positif

-

· · · ·

Mempunyai komitmen terhadap kerja Bertanggungjawab dan sedia berbakti Menyempurnakan tugas dengan berkesan Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri

Amalan negatif

1.5

· · · ·

Menganggap kerja sebagai beban Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar Tidak dipercayai dan selalu dicurigai Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab

Berintergriti

Integriti biasanya sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Sebarang kerja yang dibuat hendaklah dilakukan dengan penuh ketulusan hati. Ini juga bermakna jika kakitangan jabatan telah diberi kuasa, mereka perlu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama. Amalan positif

-

· · · · · ·

Jujur dan ikhlas Bersih hati dan fikiran Bermaruah dan berhemah tinggi Senang didampingi oleh semua pihak Berdisiplin dalam segala perkara Bersikap profesional dan cekap

Amalan negatif

1.6

· · · ·

Sombong dan meninggi diri Sukar untuk membuat kebajikan Hipokrit serta berpura-pura Tamakkan pangkat dan kedudukan

Tegas, Adil dan Saksama

Sikap tegas berkehendakan setiap kakitangan sentiasa berpendirian teguh, tepat dalam membuat keputusan dan tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar yang dapat merubah pegangannya. Begitu juga dengan sikap adil dan saksama, iaitu semua kakitangan hendaklah sentiasa menanamkan sikap tersebut terhadap pelanggan dalaman dan pelanggan luaran dengan memberi mereka layanan-layanan yang mesra, teratur dan memuaskan. Amalan positif

-

· · · · · · ·

Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan Boleh menerima teguran Berlaku adil dalam semua tindakan Sedia menerima cadangan dan nasihat Bijaksana dalam membuat pertimbangan Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan Bertimbangrasa tetapi tegas

Amalan negatif

1.7

· · · · ·

Menyukarkan persoalan yang mudah Memperbesar-besarkan perkara kecil Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal Berat sebelah dalam membuat keputusan Tidak konsistan

Bijaksana

Kebijaksanaan dalam membuat keputusan adalah merupakan salah satu perkara penting dalam bidang pengurusan. Ini kerana dalam melaksanakan kuasa-kuasa yang berbentuk regulatori, pegawai perlu membuat keputusan dengan segera, tepat, adil dan saksama serta penuh berkeyakinan, berasaskan kepada akal budi, arif, kepandaian dan berhatihati. Dengan itu tindakan yang diambil dapat diterima oleh semua pihak. Amalan positif

-

· · · ·

Membuat keputusan dengan pemikiran yang dinamik Berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati dalam membuat pertimbangan Berpandangan jauh Berkeyakinan dalam tindakan dan tuturkata

Amalan negatif

1.8

· · · ·

Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan Gopoh dalam tindakan Cepat menghukum tanpa siasatan Tidak boleh menerima kritikan

Ketepatan masa

Penggunaan masa secara berkesan adalah satu asas yang baik dalam pembentukan sikap positif di kalangan kakitangan. Arahan menggunakan Kad Perakam Waktu bertujuan untuk memastikan kakitangan tiba di pejabat pada masa yang ditetapkan dan melaksanakan tugas dengan dedikasi dan tekun semasa di pejabat. Selain daripada itu mematuhi panduan bermesyuarat dengan mengamalkan masa yang optima seperti yang dijelaskan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. Amalan positif

-

· ·

Menepati masa Menyegerakan tugas

Amalan negatif

1.9

· · ·

Datang lambat ke pejabat Tidak menyegerakan tugas Mungkir janji

Sikap jimat cermat

Berjimat cermat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja berjimat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berjimat sebenarnya menghargai perkara atau

benda-benda yang dicermatkan itu. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu, menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakannya. Amalan positif

-

· · · · · · ·

Berhati-hati bila berbelanja Accountable Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan Menyelaras harta benda kerajaan dengan baik Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan Mengadakan sistem kewangan yang berkesan Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

Amalan negatif

1.10

· · · · · ·

Boros dan suka membazir Memperaga kehebatan dan kemewahan Suka bermewah dengan harta kerajaan Tidak cermat dengan harta kerajaan Suka berbelanja besar yang tidak kena pada tempatnya Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam Telus

Setiap kakitangan JKKP perlulah mengamalkan prosedur kerja yang bersistematik dan menerangkan dengan tepat dan jelas alasan bagi setiap tindakan yang diambil. Amalan positif

-

· · ·

Bekerja mengikut prosedur Amanah dalam menjalankan tugas Mengamalkan sikap terbuka dalam menjalankan tugas

Amalan negatif

1.11

· ·

Mengamalkan ‘double standard’ Tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat bila diperlukan.

Bekerjasama dan semangat berpasukan

Setiap kakitangan mempunyai tugas dan peranan yang berbagai. Oleh itu kita perlu mempunyai satu budaya yang dapat mempengaruhi kita supaya bekerjasama, berdisiplin dan rajin bekerja. Setiap kakitangan organisasi tidak mungkin dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan secara bersendirian. Justeru semangat berpasukan mestilah ditanamkan di dalam diri kakitangan-kakitangan di semua peringkat supaya objektif dan peranan masing-masing dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang telah ditentukan.

Amalan positif

-

· · · ·

Sedia memberi kerjasama Tolong menolong antara satu sama lain Suka membantu rakan sejawat Bekerja dengan penuh muhibah, kasih sayang dan kemesraan

Amalan negatif

1.12

· · · ·

Memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain Menganggap diri sendiri selalu betul Suka mementingkan diri sendiri Berhasad dengki

Cekal, kuat semangat dan dedikasi

Setiap kakitangan mestilah tekun, cekal, kuat semangat dan sentiasa bersungguhsungguh melaksanakan tugas-tugasnya tanpa rasa jemu dan kecewa. Meraka perlu sentiasa memberi perhatian dan penelitian terhadapnya tanpa leka dan lalai. Berusaha mengatasi sebarang masalah dengan bersungguh-sungguh samada secara berseorangan atau secara berkumpulan, adalah dituntut. Amalan positif

-

· · · · · · · · ·

Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar Rajin dan sentiasa berusaha Tekun dalam menjalankan tugas Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan Berdisiplin dalam setiap pekerjaan Bersemangat dalam menjalankan tugas yang diarah Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas Bercita-cita tinggi

Amalan negatif

1.13

· · · · · · · ·

Mudah tersinggung Tidak tekun Mudah putus asa Mudah mengalah Tidak bercita-cita tinggi Tidak bersemangat Tidak tahan dengan teguran Takutkan cabaran

Bersyukur

Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih.

Biasanya kata-kata pijian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi. Amalan positif

-

· · · ·

Menganggap kerja sebagai ibadah Menghargai kemudahan yang disediakan Bersyukur akan nikmat kerja yang dikecapi Mencintai kerjayanya dan berdedikasi dalam menjalankan tugas

Amalan negatif

2.0 2.1

· ·

Menganggap kerja sebagai beban Lupa daratan KOD ETIKA Dalam menjalankan tugas rasmi, pegawai dan staf hendaklah :

2.1.1 2.1.2 2.1.3

Mengutamakan kewajipan awam. Menjaga imej, kewibawaan, kredibiliti dan reputasi perkhidmatan awam. Sentiasa berusaha untuk menjalankan tugasnya dengan cekap, jujur, amanah, bertanggungjawab, tidak cuai dan sentiasa mematuhi arahan. Tidak menggunakan pengaruh luar dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan.

2.1.4

2.2

Seseorang pegawai atau staf tidak boleh : 2.2.1 2.2.2 Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian. Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya. Berkelakuan dengan apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kedudukannya bagi faedahnya sendiri. Berkelakuan sedemikian cara hingga mencemarkan nama perkhidmatan awam. Kurang cekap atau kurang berusaha. Tidak jujur atau tidak amanah. Tidak bertanggungjawab. Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, samada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam yang lain. memburukkan nama atau

2.2.3

2.2.4

2.2.5 2.2.6 2.2.7 2.2.8

2.2.9

Cuai dalam melaksanakan tugas.

2.2.10 Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->