P. 1
69133228-assMEI2011BM

69133228-assMEI2011BM

|Views: 136|Likes:
Published by Pedot Elipsis
Shahnon
Shahnon

More info:

Categories:Types
Published by: Pedot Elipsis on Sep 01, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/02/2013

pdf

text

original

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER: MEI 2011

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

NO. METRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: 640625715328002 : 640625715328 : 0135497646 : hamidahismail@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN GAYA

Page 1

Judul. Analisis Karya Sastera 4.Latar belakang penulis . Muka depan 1 2.1 Latar belakang Teks . Penulis .2 Analisis pemikiran yang digarap dalam karya sastera . Rumusan 13 6.Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera . Pendahuluan 3 4.Genre.Contoh dan Sokongan Pandangan Sarjana berkaitan 7 . Isi Kandungan 2 3.12 5.Sinopsis karya sastera 4-6 4. Rujukan 14 Page 2 .HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Isi Kandungan *************************************************************************** 1.

Semua kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan pembaca atau masyarakat. terdapat pengarang yang memilih untuk berterus terang. Demikianlah pentingnya pendidikan untuk menengani pelbagai masalah sosial. dan menghibur. Page 3 . Di samping mengajar dan mendidik. menumpukan perhatian kepada keindahan dan mementingkan isi semata-mata. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU PENDAHULUAN “. Ditinjau dari sudut peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar. Setiap analisis yang dinyatakan ada diberikan contoh dan disokong dengan pandangan oleh sarjana yang berkaitan.Karya yang berkesan adalah karya yang di dalamnya mengungkapkan pelbagai mesej dan pandangan kepada khalayaknya”.. memperbaiki dan menajamkan pemikirannya. Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. karya sastera juga berfungsi menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. menggunakan cara halus dan kasar. memberi ketenangan serta kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni. Kesusasteraan Melayu merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada khalayak dan berguna kepada khalayak. (Dharmawijaya: 2003). mendidik. Ditinjau dari susut usaha para pengarang berkarya adalah untuk mendapatkan kepuasan serta keseronokan. Oleh sebab itu.. berbakti kepada masyarakat dan menyara kehidupannya. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap melengkapi. Dalam tugasan ini saya telah memilih sebuah karya sastera moden untuk dianalisis pemikiran yang digarap oleh penulis dalam karya tersebut.

saya telah memilih sebuah genre novel yang berjudul ‘Ranjau Sepanjang Jalan’. Sebuah karya nostalgik Shahnon Ahmad yang membawa kita mendalami erti kasih sayang. jerit perih keluarga tani ini adalah kehendak Yang Maha Kuasa. kekuatan. Judul Penulis Bagi menganalisis karya sastera. Malahan novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish. Page 4 . Ranjau Sepanjang Jalan. Sememangnya novel Ranjau Sepanjang Jalan adalah sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelbagai konfik yang berlaku dan juga peristiwa tersebut sangat menyayat hati para pembaca. French. Pengarangnya ialah Shahnon Ahmad.. Spanish. Ranjau Sepanjang Jalan dapat dianggap sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat yang sangat ghairah terhadap novel Ranjau Sepanjang Jalan maka novel ini telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini telah dihasilkan pada tahun 1966 oleh Shahnon Ahmad dan kini novel itu telah pun berusia 45 tahun..HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU ANALISIS KARYA SASTERA Latar Belakang Teks *Genre. kegigihan. ketabahan dan perjuangan. Rusia dan lain-lain.

Selain daripada itu novel Ranjau Sepanjang Jalan ini juga telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983 dengan arahan Dato‟ Jamil Sulung. tetapi bergelar Professor Emiritus dan merangkul gelaran Dato‟. Pernah menjadi askar. guru. pemalu dan tidak suka bercampurgaul dengan orang lain. Selepas tamat sekolah menengahnya. Australia pada 1980-an. Shahnon Ahmad hidup sepenuhnya di kampung Banggul Derdap. Page 5 . Beliau lebih mesra dengan panggila Cikgu Shahnon.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 telah menempatkan novel ini sebagai satu daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972. Shahnon Ahmad menerima pendidikan di sekolah Melayu. Di zaman kanak-kanaknya. Shahnon memperlihatkan bakatnya sebagai penulis. Sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar maka novel ini pernah dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun. Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam. Sifatnya yang sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah hidup manusia yang berlaku di sekelilingnya. Keadaan keluarganya dan latar belakang hidupnya juga menjadi pendorong yang besar untuk dia menulis terutamanya yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Selain itu novel hasil karya Shahnon Ahmad ini memang karya yang berkualiti dan menarik apabila terjemahan novel ini diangkat sebagai salah sebuah anatara 10 novel terbaik di Sydney. Alor Setar. dan lulus Senior Cambridge daripada Maktab Sultan Abdul Hamid. Shahnon Ahmad telah dilabelkan sebagai “Anak Kreatif Malaysia Merdeka” semasa menerima anugerah tersebut. pegawai penyelidik kamus di Universiti Kebangsaan Australia dan pensyarah. sekolah Inggeris di Alor Setar. Kemunculannya mungkin daripada sebab-sebab peribadi dan alam sekitar yang pernah dilaluinya. *Latar belakang penulis Shahnon Ahmad merupakan penerima Anugerah Sastera Negara yang ke-2 pada 9 Oktober 1982.

padi dan nasi serta bencana alam begitu sinonim dalam hidup Lahuma sekeluarga.W. beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. tiada apa yang dapat menghalang perjalanan hidup ini. mereka tetap menerima dengan penuh kesyukuran. Sebagai anak tani.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an. itulah pegangan Lahuma dan keluarganya sejak zaman nenek moyang. Bagi Lahuma. sawah bendang itulah satu-satunya sumber mata pencarian bagi menyara dirinya. Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi gelaran „Victor Hugo Melayu‟ kepadanya. Mereka tidak harus mati kelaparan. banjir besar dan kedatangan ketam serta burung tiak yang menjahanamkan padi perlu ditentang... Hidup mesti diteruskan! Tugas Lahuma perlu dipikul oleh Jeha dan anak-anaknya.T. ekonomi. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik. Oleh sebab itu. Dia berjaya membunuh ular yang mengancam nyawa Jeha. mereka nekad. Berbekalkan doa dan usaha. Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Apa sahaja kurniaan ILAHI. sawah padi perlu menguning. Suatu hari kaki Lahuma terkena duri nibung tetapi Lahuma enggan ke hospital dan akhirnya mati akibat tusukan duri itu. Meski dugaan sering melanda. Falsafah hidup ialah menyerah nasib kepada takdir. *Sinopsis karya sastera Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S. isterinya Jeha dan tujuh orang anak perempuannya. Jeha terus mengharungi hidup bersama anak-anaknya menentang ranjau hidup. Dan inilah salah satu sebab yang mendorong beliau meningkat daripada pemikiran membela orang yang tidak berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan kekuatan manusia lainnya.Lahuma dijemput menghadap ILAHI. namun mereka tetap mengharunginya dengan segenap tenaga yang ada.Hujan lebat. namun dalam masa 10 tahun. dan sosial menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Page 6 . Sawah bendang.

Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk bersastera semata. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang sedang menanti masak tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Mengapa persoalan kemiskian yang dipilih oleh Shahnon Ahmad dalam karya kreatifnya. Tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. tambahan juga penuntut-penuntut sangat miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan. kerana keluarganya sendiri miskin. dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran.mata.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Analisis pemikiran yang digarap dalam karya sastera *Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang terlintas di dalam fikirannya ke dalam sesebuah karya. tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan. atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains Malaysia. Page 7 . sanak saudaranya miskin. Shahnon Ahmad bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera. Ketam tersebut lantas memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. meneroka ke alam fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut. tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon dilihat mengetengahkan isu-isu kemiskinan penduduk kampungnya. serius dan mempunyai falsafahnya sendiri. murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin.

Page 8 . mereka bergelut melawan serangan burung tiak dan bencana alam seperti banjir dan kemarau. yang diruntuh dan dirubah. Revoluisoner menurut pandangan Shahnon Ahmad ialah perlunya bersuara keras dan bertindak keras untuk meruntuh dan menghancurkan sesuatu itu dan disertakan pula dengan daya cipta untuk membina sesuatu yang baru sebagai ganti yang lapuk. Beliau sebenarnya ingin memberitahu golongan atasan bahawa kemiskian dan kesusahan hidup masyarakat desa yang tidak pernah diambil peduli oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan. Banyak ahli politik mengatakan beliau mengucar-kacirkan masyarakat. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. hidup dengan flora dan fauna yang mengambarkan keindahan namun hidup masyarakatnya kais pagi makan pagi. Shahnon Ahmad bukan sekadar menghasilkan karya-karya yang menghibur dan ilmu untuk santapan masyarakat.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara terperinci. Shahnon Ahmad menceritakan tentang keadaan kampung Banggul Derdap seperti juga kampung-kampung tradisional yang lain pada masa itu. Pemikiran seorang intelek seperti Shahnon Ahmad kurang disukai oleh barisan kepimpinan negara kerana boleh mengugat kedudukan mereka melalui karya-karya kreatif Shahnon yang tajam serta memberitahu segala sesuatu yang pincang dalam masyarakat terutamanya golongan miskin. kais petang makan petang iaitu terpaksa bergelumang dengan selut di bendang dan bermandikan keringat di bawah terik matahari. Beliau lebih suka menyatakan haluan pemikiran atau hala tuju karyanya dengan berterus terang. namun tanggapan tersebut adalah silap kerana Shahnon Ahmad memperjuangkan sesuatu yang murni dan tulus dalam dunia sasteranya. Dengan tulang empat kerat. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani. Shahnon Ahmad telah memilih untuk menyempaikan aliran atau pemikirannya dengan menggunakan cara halus dan kasar. Shahnon Ahmad adalah seorang yang bersikap revolusioner dalam mengangkat martabat masyarakat miskin di negara ini. Contoh kesusahan tersebut dapat dilihat melalui petikan dibawah. walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni.

Anak-anak kita perlu makan siang malam. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Makan bergantung kepada sawah. Itulah hidup anak kita. kita mesti lawan. kita wajib melawan. Mesti dijaga. Ketam yang menyerang padi penduduk Kampung Banggul Derdap bukannya sedikit. Biar siapa datang menyerang. masyarakat tani khususnya boleh kebuluran.. Shahnon juga telah mengetengahkan permasalahan masyarakat tani yang dilema serangan ketam ke atas tanaman mereka. Betapa banyaknya binatang yang dianggap sial oleh masyarakat tani pada ketika itu.. Kalau musim padi sedang menguning. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu Page 9 .” “. Contohnya watak Jeha yang serba kekurang dalam membesarkan anaknya sangat sedih semasa sawah padinya ditumbangkan oleh ketam-ketam. Sebagai contoh Jeha teringatkan telatah suaminya Lahuma yang pernah mengumpulkan ketam-ketam tersebut sehinggakan hampir penuh dua bakul padi penuh. menjalar masuk bendang. anak-anak kita akan mati..Tapi kalau hujan turun dengan lebatnya di sebelah hulu Sungai Ceper. Air itu kerabat tebing. Mati hidup bergantung kepada sawah. banyak buahnya yang rosak dan banyak tengelam begitu saja. Orang kampung cuba melawan banjir tetapi banjir lebih kuat.. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Demikian apa yang saya teringat tentang Banggul Derdap. air sungai deras melimpah membawa kotoran yang terlalu banyak sampah sarapnya. Biar datang seribu musuh. Itulah hidup kita. 1991 : 5) Selain daripada masalah kemiskinan. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka tidak ada sumber untuk dimakan. Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi. banyak pokok padi yang rebah. Sakit segar bergantung kepada sawah. (Shahnon Ahmad. dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini. Tidak ada nasi. Begitu kasihannya penduduk Kampung Banggul Derdap pada ketika itu.Dia mesti dipupuk dan dijaga. Melalui ancaman ketam yang menyerang padipadi yang baru ditanam. Petikan dibawah mengambarkan betapa pentingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma . “Padi mesti ditanam. bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Seminar Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Mokhtar Hasan. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU sehingga (Shahnon Ahmad. Antaranya teori feminisme.” Menurut Shahnon Ahmad sememangnya bagi penduduk kampung. Skop seminar meliputi perbincangan karya Shahnon dalam pelbagai genre yang dikupas melalui pelbagai teori dan pendekatan. konseptual kata kunci oleh Mohd. Bahagian Teori dan Kritikan. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap. Page 10 . Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas. *Contoh dan Sokongan Pandangan Sarjana berkaitan Menurut Mohd. dan ranjau yang membunuh. Bagi mengungkapkan pemikiran dan idealisme pengarang tersebut. pascakolonial dan teori kritikan tempatan. Kedah. Sik. sedikit sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam menghasilkan karya-karya kreatifnya dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat desa khususnya. namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. tanpa padi mereka akan mati. Pengaruh daripada latar kehidupan beliau yang berasal dari kampung. duri. onak. membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin. dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan . 1995:185) sekarang. Yusof Hasan (1990 : 1) Sasterawan Negara yang ke-2 ini.

novel itu bukan saja telah menempatkan nama Shahnon Ahmad sendiri sebagai sasterawaan terbilang tetapi juga novel itu telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan dunia sastera tanah air di persada antarabangsa. Selaras dengan usia itu. ekonomi dan sosial menekan seperti peristiwa 13 Mei 1969.kegilaan Jeha dan deritanya Lahuma yang busung kakinya ditulis kemas tanpa meninggalkan walau setitis nanah pun yang mengalir. Daya visualisasi Shahnon Ahmad sangat cemerlang dalam memberi gambaran dan perasaan. Kegemilangan novel itu adalah selari dengan kegemilangan dan kecemerlangan yang dicapai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan USM. Seminar sehari ini diusahakan atas asas untuk membaca dan menilai semula kefahaman para sarjana dan khalayak terhadap pengisian novel Ranjau Sepanjang Jalan di era baru. Bahagian Kesusasteraan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa berhadapan dengan kekuatan manusia. Wilayah Utara mengambil inisiatif untuk mengimbau. isu kemiskian.manusia riak. Contohnya . Dalam komennya S. menilai.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Dalam seminar Pemikiran Shahnon Ahmad tersebut. Seminar anjuran DBP ini turut dihadiri dua orang Sasterawn Negara yang lain iaitu Arena Wati dan S Othman Kelantan. Dari kanvas Banggul Derdap melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon Ahmad mengambil latar kampung kelahirannya ini dalam menggambarkan nilai kemanusiaan. menikmati dan membaca semula karya dari pelbagai aspek kehidupan. Othman Kelantan memuji daya kepengarangan Shahnon Ahmad yang mampu mengembangkan satu titik menjadi titik-titik yang lain. Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan adalah kerana beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar lingkungan masyarakat bangsanya. keadilan dan kepimpinan dilorek dengan bagitu baik sekali. Beliau mempelopori sikap yang dinamakan Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu apabila keadaan politik. Page 11 . melainkan itu semua dicatat oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya. Hakikatnya. Mohd Riduan Khairi mengulas bahawa pengarang besar adalah pengarang yang mampu mengangkat nilai sejagat (universal) dalam karyanya.

tetapi bukti bahawa pengarangnya pernah hidup di Banggol Derdap. W. pengakuan Shahnon Ahmad di bawah ini memberi kesan mendalam kepada pembaca bahawa gambaran Shahnon dalam Ranjau Sepanjang Jalan bukan semata-mata imaginasi pengarang. Lantas penjelasan tentang personaliti dan kehidupan penulis menjadi kaedah tertua di dalam pengkajian kesusasteraan. Karyakaryanya dalam genre novel dan cerpennya mewakili aspirasi. status sosial serta nilai-nilai kehidupan pengarang dapat memberi keterangan tentang sikap dan erti karyanya. Oleh sebab itu. Hudson menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana sastera tidak akan menjadi agung sekiranya tidak menjelajah alam masyarakat serta alam kehidupan manusia sedalam-dalamnya.S. ”Aku dilahirkan serta dibesarkan di sebuah kampung kecil bernama Banggol Derdap. Selama tiga puluh enam tahun kebelakangan ini aku tidur dan makan minum bersama-sama dengan orang Melayuku yang buta huruf dan mundur itu … mereka terbiar di tengah-tengah penyakit yang bermaharajalela…” Page 12 . Sebagai contoh. beliau dapat menggambarkan sejelas mungkin kehidupan petani di Banggul Derdap secara lahiriah dan batiniah. Riwayat hidup pengarang dapat memperjelas kenapa sesebuah karya itu dihasilkan. Oleh demikian. Pertama.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Sasterawaan Negara Datuk Shahnon Ahmad merupakan antara ikon dalam perkembangan kreatif dan perkembangan bidang pendidikan serta kritikan sastera mutakhir tanah air. melihat secara luas sosiologi sasterawan yang menghasilkan sesebuah karya. meninjau diri seseorang pengarang memang merupakan kaedah yang amat membantu pendekatan ini kerana terhasilnya sesebuah karya kesusasteraan adalah kerana penulisnya. pemikiran dan idealisme masyarakat atau dengan kata lain sebagai lidah untuk menyuarakan pelbagai polemik sosial di negara ini. Pendekatan sosiologi menekankan tiga aspek di dalam menghadapi sesebuah karya seni.

Beliau merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Rumusan Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang jujur. Watak-watak di dalam novelnya selain dari diselubungi kemiskinan juga sering ditimpa bencana seperti kemarau. berterus terang dan tegas serta berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya penulisan yang tegas dan adakalanya secara halus dan kasar. namun sebenarnya penindasan seperti itu terdapat dimana-mana sahaja khususnya di kawasan kampung. Begitu kritis. Menurut penulis. Page 13 . Kelemahan golongan wanita dan juga penindasan orang tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung Banggul Derdap. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat (univeral). Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi. sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Itulah pemikiran dan hala tuju yang hendak disampaikan oleh Shahnon Ahmad. banjir dan wabak penyakit. Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat dikembangkan ke kawasan pendalaman khususnya kampung-kampung yang terperuk jauh di kawasan hutan. Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan orang tengah hanya di Kapung Baggul Derdap. Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah. kekurangan modal. dan kekurangan tenaga. Bercerita dari kisah dalam diri. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. beliau banyak mendapat ilham daripada kehidupannya dan juga ibunya yang sentiasa berkerja keras untuk keluarga sebagai bahan bagi karyanya itu. Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesususahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar akan bahan tulisannya akan bangkit dan merubah pendirian mereka yang kolot dan jumut. Menulis dari pengalaman peribadi. “Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah swt" Itulah prinsip hidup Lahuma iaitu watak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan.

66.my/Search. utusan.aspx?k=lumpur&d=5 [21.2011] Shahnon Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka http://dbp.6.multiply.php?Content=articles&ArticleID=719 [22..2011] Page 14 .gov.my/utusan/info..Cached [20.6.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-alam.2011] ESEI : SUMBANGAN SHAHNON AHMAD DALAM MENGANGKAT ISU KEMISKINAN DALAM NOVEL PILIHAN http://tajaulama90.6.6.2011] PUsat Rujukan Persuratan Melayu @DBP http://prpm.html [21.blogspot.2011] ranjau sepanjang jalan budaksedih. .gov.com.HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU Rujukan DBP anjur Seminar Pemikiran Shahnon .com/journal .dbp.my/lamandbp/main.Cached [20.asp?y=2007&dt=1108&pub=Utusan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->