You are on page 1of 6

Istiqamah Pengertian istiqamah Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam

dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah: 1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah. 2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam. 3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah. 4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan. 5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran. Istiqamah menjadi tuntutan agama. Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya . (Surah Fusilat Ayat ' 6) Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)...... (Rawahul Muslim) Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu. Ruang lengkap Istiqamah Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah: Contoh Istiqamah 1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman. 2. Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain. 3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.

Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq. Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala. Tahap-tahap Istiqamah Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu: 1. Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala. (Surah Al-Furqan ' ayat 32 ) Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. 2. Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. 3. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala: (Surah Ibrahim ' Ayat 27) Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..... Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.

Cara-Cara Beristiqamah: 1. Beriman sepenuh hati kepada Allah S.W.T. 2. Sentiasa taat dan tekun melaksanakan perintah Allah S.W.T. 3. Berdisiplin dan berkhemah tinggi. 4. Menghindari perkara yang ditegah Allah S.W.T. 5. Tabah dan sabar melaksanakan urusan atau pekerjaan.

Ciri-Ciri Istiqamah Al-Faqih Abu Laits menjelaskan : ciri-ciri Istiqamah yaitu memelihara 10 perkara sebagai kewajiban pada dirinya, iaitu : 1. Memelihara lisan, supaya tidak menggunjing, menunjuk firman Allah subhanahu wa taala : Janganlah sebagian kamu menggunjing yang lain . (Al-hujarat 12). 2. Menghindari prasangka buruk, menunjuk firman Allah Subhanahu wa taala ; Hindarilah umumnya pransangka buruk terhadap sesama umat Islam, sebab prasangka buruk termasuk / diantara perbuatan dosa, (Al-hujarat 12). Menunjuk pula sabda Nabi Shallallahu alaihi wasallam : Hindarilah prasangka buruk , sebab dugaan jelek itu katakata dusta terbesar (bahayanya). 3. Menghindari tidak hina/mengejek orang lain, menunjuk firman Allah Swt : Janganlah suatu kaum menghina kaum lainnya, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. ( Al-hujarat 11 ). 4. Membatasi pandangan mata/pejamkanlah dari hal-hal yang terlarang, menunjuk firman Allah Swt : serukanlah kepada orang-orang yang mukmin pria supaya merendahkan matanya dari melihat yang terlarang . (An-nur 30) 5. Berucap benar, menunjuk firman Allah Swt : Dan apabila kamu berkata, maka berlaku adillah/benar (Al-Anam 152). 6. Infaq fi sabilillah/membelanjakan hartanya pada keperluan agama Allah, menunjuk firman Allah Swt : Belanjakanlah yang baik-baik dari harta yang diusahakan olehmu. (Al-baqarah 267).

7. Tidak berlebih-lebihan, menunjuk firman Allah Swt : Janganlah berlaku terlalu boros ( Al-Isra 26 ). 8. Tidak menuntut keluhuran dan kebanggaan diri, menunjuk firman Allah Swt : Itulahl kampung akherat, Kami jadikan buat orang-orang yang tidak menuntut keluhuran dibumi/didunia, dan tidak pula berbuat binasa. Akibat yang baik bagi orang-orang bertakwa (Qashash 83) 9. Memelihara shalat 5 waktu, menunjuk firman Allah Swt : Peliharalah semua shalat dan shalat yang pilihan/Ashar. Tegakkanlah semata karena Allah dan mematuhiNya. ( AlBaqarahh 238) 10. Istiqomah pada Ahlus-Sunnah wal-jamaah menunjuk firman Allah Swt : Bahwasanya inilah jalanKu yang lurus, untuk itu turutilah jalanKu itu, dan janganlah kalian turuti jalanjalan lainnya, nanti kamu berantakan/berpisah-pisah dari jalanNya. (Al-Anam 153). (Tambihul Ghafilin) Akibat tidak beristiqamah: 1. Dihina masyarakat. 2. Mendapat kemurkaan Allah S.W.T. 3. Mempunyai keimanan yang lemah. 4. Hidup tidak berdisiplin 5. Mudah terpengaruh dengan maksiat. 6. Gagal dalam kehidupan

Hikmat Istiqamah Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri: 1.Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. 2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa. 3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam. 4.Ilmu dan maklumat yang cukup. 5.Strategi yang kemas dalam perjuangan. 6.Usaha yang berterusan. 7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala. 8.Berdoa dan bertawakal. 9.Bersyukur dan redha.

Rujukan http://www.slideshare.net/rapeahmustajam/akhlak-thn-6 http://www.al-azim.com/masjid/istiqamah.html http://nananadiya5.blogspot.com/2013/02/ciri-ciri-orang-yang-istiqomah.html http://uuzz.wordpress.com/2011/03/13/10-ciri-ciri-istiqomah-menurut-al-faqih-abu-laits/ http://islamwaysite.blogspot.com/2011/04/istiqamah-dalam-melakukan-ibadah.html

You might also like