You are on page 1of 13

MINGGU KE 10

PENGHAWAAN DI DALAM BANGUNAN


1.0 PENGENALAN

Di dalam negara yang beriklim panas-lembap tropika seperti negara kita, tiupan angin atau alir udara diperlukan untuk mempercepatkan peroses penguapan supaya ketidaknyamanan oleh kelekitan kulit dapat dikurangkan. Proses ini sajalah yang didapati sangat berpengaruh untuk memberi kenyamanan kepada kulit di samping penurunan suhu udara yang kerap kali sangat sulit untuk dipenuhi sekiranya kita bergantung kepada metoda alami tanpa bantuan alat-alat mekanikal seperti pendingin hawa. Penghawaan dan alir udara untuk sesebuah bangunan perlu disediakan apakah secara alami atau secara mekanikal. Perkara ini jelas diperuntukkan di dalam Peraturan Bangunan Seragam 1984 (UBBL) yang menghendaki bukaan-bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan penghawaan alami. Perkara 39(1) hingga (4), 40(1) dan (2) dan 41 (1) hingga (4) di dalam peraturan ini lazimnya diberlakukan oleh pemerintah setempat tempatan terhadap rencana-rencana bangunan yang baru sebagai salah satu syarat perizinan. Di dalam hal ini kita jarang sekali mempersoalkan apakah peruntukan yang disediakan di dalam rencana itu pada akhirnya benar-benar dimanfaatkan oleh penghuninya ataupun sebaliknya. Kita seringkali bertemu dengan beberapa kes yang melibatkan renovasi bangunan diluar pengendalian, seumpama penutupan secara permanen telaga udara "air-wells" pada rumah-rumah deret yang pada asalnya diperuntukkan untuk tujuan penghawaan dan pencahayaan alami. Di dalam kes untuk mendapatkan perizinan rencana bangunan, terdapat juga kes pelepasan peruntukan untuk mematuhi perkara 39 dan 40, hanya dengan menuliskan di atas rencana bangunan perkataan "penghawa dingin akan digunakan". walhal setelah bangunan siap dan diduduki tidak ada sebarang alat penghawa dingin dipasang dan kalau dipasang sekalipun hanya seketika saja iaitu sewaktu pemeriksaan untuk izin menduduki sedang dilakukan. Contoh kasus diatas menggambarkan bahwa pemberlakuan tidak akan berpengaruh tanpa pemahaman terhadap kepentingan setiap peruntukan undang-undang yang berkaitan oleh orang banyak. Untuk menghargai peruntukan-peruntukan bukaan bangunan yang minimum sebagaimana yang dipersyaratani oleh peraturan bangunan seragam, kita perlu

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

meneliti beberapa perkara dasar yang berhubungkait dengan diri kita dari segi kesehatan dan kenyamanan. Penyediaan bukaan pada bangunan apakah dalam bentuk telaga udara, jendela, kekisi dan elemen-elemen dekoratif untuk tujuan penghawaan sebenarnya mempunyai pengaruh secara langsung dari segi fisiologi khususnya di dalam hal kebersihan dan pergerakan udara di dalam bangunan. Secara tidak langsung penghawaan juga mepengaruhi suhu dan kelembapan udara di dalam ruang ataupun pada permukaan dinding ruangan. Sebenarnya peruntukan penyediaan bukaan minimum sebagaimana yang tercantum di dalam peraturan bangunan ini masih lagi tidak mencukupi sekiranya tahap kenyamanan sebenar ingin dicapai, khususnya didalam iklim panas lembap tropika seperti negara kita. Garispanduan rancangan berteraskan iklim menghendaki luas bukaan pada bangunan di sekitar 40% hingga 80% dari luas dinding. Peraturan bangunan seragam pula hanya menghendaki bukaan seluas 10% hingga 20% dari keluasan lantai. Nyatalah bahwa bukaan yang lebih besar diperlukan untuk penghawaan alami yang lebih berpengaruh, bukan sebaliknya iaitu mengecilkan bukaan hingga ketahap kritikal dan memudaratkan. Gambar (1) menggambarkan contoh bukaan jendela pada rumah tradisional yang lazimnya memiliki bukaan boleh tutup dan juga bukaan permanen yang terdiri dari elemen dekoratif di bahagian atas jendela.

Gambar (1) Elemen-elemen dekoratif yang berfungsi sebagai bukaan permanen untuk alirudara alami

2.0 PERANAN PENGHAWAAN DAN ALIR-UDARA

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

Kita perlu memahami peranan atau fungsi penghawaan dan alir udara terlebih dahulu sebelum kita dapat menghargai betapa pentingnya peruntukan bukaan kepada bangunan yang sewajarnya dipatuhi. Kegagalan kita untuk menilai perkara ini akan menyebabkan kita mengambil ringan persyaratan-persyaratan dasar rancangan bangunan yang sensitif kepada iklim dan dapat memberi kenyamanan kepada penghuninya. Berikut ialah peranan-peranan yang dasar penghawaan dan alir udara didalam bangunan: a) Untuk memenuhi persyaratan kesehatan iaitu mengekalkan kualiti udara di dalam bangunan di atas satu paras minimum, iaitu menggantikan udara terpakai dengan udara bersih. Keadaan ini mesti dipatuhi dalam sebarang situasi dan rancangan. b) Untuk menghasilkan kenyamanan termal , iaitu untuk menambahkan kehilangan haba badan dan mengurangi ketidakselasaan oleh kulit yang lembab dan lekit. c) Untuk mendinginkan struktur bangunan apabila berlaku keadaan suhu didalam ruang bangunan meningkat lebih tinggi dari suhu di luar bangunan. 2.1 Penghawaan untuk memenuhi keperluan kesehatan Keperluan dasar ini perlu dipenuhi tanpa sebarang pengecualian. Secara mudah persyaratan ini bermaksud membekalkan oksigen dengan secukupnya untuk pernafasan dan aktivitas-aktivitas lain, serta untuk mencegah kenaikan kadar kandungan karbondioksid dan bau yang tidak diingini. Sebagai contoh, sekiranya sebuah ruang dapur tidak mempunyai lubang udara,ia mestilah dilengkapi dengan peralatan penghawaan mekanikal lain yang berupaya mengurangi kandungan karbondioksid dan hasil pembakaran lain dibawah paras bahaya. Syarat-syarat minimum seperti yang dipersyaratani oleh Peraturan Bangunan Seragam 1984 adalah untuk memenuhi fungsi kesehatan ini. Oleh itu sekiranya persyaratanpersyaratan ini tidak dipatuhi, perkara-perkara negatif yang mengancam kesehatan seperti sesak nafas, rasa terpengap dan bau yang tidak di ingini senantiasa mengganggu hidung akan dialami oleh penghuninya. Suasana tidak nyaman ini kerapkali berlaku pada waktu malam atau waktu hujan apabila penghuni menutup semua jendela dan tidak terdapat bukaan permanen diperuntukkan pada dinding atau atap bangunan. 2.2 Penghawaan untuk kenyamanan termal

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

Kandungan kelembapan udara dan panas matahari yang senantiasa tinggi menyebabkan kulit kita senantiasa terasa lekit dan tidak nyaman. Fenomena iklim panas lembap ini hanya boleh diredakan dengan meniupkan angin untuk mempercepatkan proses penguapan pada kulit. Di dalam hal menyediakan keadaan termal yang nyaman iaitu mencegah ketidaknyamanan yang disebabkan oleh kepanasan dan kelekitan kulit ini, bekalan udara yang cukup kelajuan dan kadar tukarannya adalah diperlukan. Kadar aliran dan kelajuan udara pula dipengaruhi oleh geometri ruang dan lokasi bukaan. Oleh itu penentuan awal iaitu semasa peringkat rancangan perlukan penelitian yang mendalam supaya perkara- perkara ini dapat diterapkan dan bukan sekadar agakan yang kurang tepat. Perlu juga diingat bahwa kelajuan udara untuk kenyamanan perlu bertambah apabila suhu semakin meningkat. Oleh itu metoda-metoda yang innovetif perlu difikirkan agar kenyamanan masih dapat dipermanenkan walaupun pengaruh iklim meningkat menjadi lebih kritikal khususnya pada waktu tengah hari dan lewat petang. Matlsangat rancangan kita mestilah memafaatkan angin yang sedia ada dengan memasukkannya kedalam bangunan serta melengkapkan bangunan dengan metoda bantuan sekiranya angin tidak diperolehi. 2.3 Penghawaan untuk penyejukan struktur Udara sebenarnya memiliki kapasiti termal yang rendah. Oleh itu sekiranya sesebuah bangunan tidak berpenghawaan, suhu udaranya tetap berada pada aras suhu permukaan dalam. Suhu permukaan dalam pula berubah mengikut purata suhu permukaan luar. Terdapat perhubungan terus di antara purata suhu permukaan luar dan dalam, iaitu ia dipengaruhi pula oleh warna dinding luar bangunan berkenaan. Suhu lazimnya meningkat sekiranya warna digelapkan. Tahap ketinggian turun-naik suhu ini pula ditentukan oleh kapasiti termal, rintangan termal dan julat suhu permukaan luar bangunan. Oleh itu suhu adara didalam bangunan terbukti dipengaruhi oleh ciri-ciri komponen binaan atau struktur banguanan. Hasil dari beberapa penyelidikan, telah terbukti bahwa pengaruh penyejukan oleh penghawaan sememangnya bergantung kepada perbedaan suhu luar dan dalam bangunan. Penghawaan berupaya menurunkan suhu pada bahagian luar bangunan dan seterusnya mengakibatkan penurunan suhu bahagian dalam dan suhu udara yang terkandung di dalamnya. Peranan ini perlu diambilkira khususnya bagi penurunan suhu atap dan ruang loteng bangunan.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

3. MEKANISME PENGUDARAN DAN ALIR UDARA Udara akan mengalir atau bergerak melalui sebuah bangunan hanya sekiranya terdapat perbedaan tekanan. Terdapat dua bentuk tekanan yang akan menyebabkan aliran ini berlaku iaitu: a) Tekanan termal iaitu cerunan suhu antara bahagian luar dan dalam bangunan. b) Tekanan angin yang akan mangalirkan angin luaran kedalam bangunan. 3.1 Tekanan termal Apabila purata suhu udara di luar dan di dalam bangunan adalah berbeda, maka perbedaan ketumpatan juga berlaku dan menyebabkan cerunan tekanan udara secara menegak terbentuk. Sekiranya suhu didalam lebih tinggi dan dua bukaan disediakan, satu pada bahagian atas dan satu lagi pada bahagian bawah dinding, udara akan mengalir keluar pada bahagian atas bukaan yang disebabkan oleh tekanan yang lebih tinggi terbentuk pada bahagian atas ruang bangunan. Sementara itu tekanan rendah terbentuk pada bahagian bawah yang menyebabkan udara sejuk mengalir masuk kedalam bangunan. Mekanisme ini dapat memenuhi keperluan kesehatan tetapi tidak berupaya meyebabkan udara bergerak laju untuk memenuhi keperluan kenyamanan termal. Di Pulau Pinang, Majlis Perkotaan Pulau Pinang biasanya mensyaratkan bangunan dilengkapi dengan serombong asap pada bahagian dapur kecuali dapur gas digunakan dan semua telaga udara tidak dibenarkan ditutup samasekali kecuali dengan penutup boleh ubah dan atap bertingkat yang berbukaan permanen (sila rujuk Gambar 2). Syarat-syarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyediakan tukaran udara bersih secara alami berlaku tanpa gangguan sepertimana yang dipersyaratani oleh Peraturan Bangunan Seragam.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

Gambar 2: Telaga udara boleh ditutup dengan atap bertingkat Prinsip tukaran udara menerusi tekanan termal dapat berfungsi dengan lebih aktif lagi sekiranya ketinggian rumah yang lebih dapat diadakan dengan bukaan pada bahagian teratas dan terbawah sekali. Sebagai contoh, konsep "split level" dan isipadu berganda dapat diterapkan dalam rancangan rumah kediaman untuk memastikan pengaruh yang optimum terhadap pertukaran udara. Gambar 3 menggambarkan bagaimana dapur berperanan sebagai sumber udara panas di dalam sebuah rumah diterapkan dengan konsep isipadu berganda untuk menghasilkan pengaruh tekanan termal yang lebih berpengaruh. Udara panas dari dapur akan bergerak keatas dengan lebih berpengaruh oleh pengaruh isipadu berganda dan keluar menerusi rongga di puncak atap. Seterusnya udara sejuk akan mengalir masuk melalui ruang tamu ke ruang dapur oleh proses perolakan. Prinsip rancangan ini sebenarnya lebih berpengaruh dari rancangan lazim yang meletakan dapur pada tingkat bawah dan mengharapkan tukaran udara berlaku menerusi bukaan pada tingkat bawah saja.

Gambar 3: Penerapan kosep isipadu berganda ( Tekanan termal menjadi lebih berpengaruh apabila perbedaan tingginya lebih besar)

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

Satu lagi contoh penerapan pengalirkan udara secara tekanan termal ialah menerusi prinsip peneduhan dengan menggunakan elemen landskap. Gambar (4a) menggambarkan peneduhan dan penghawaan secara terus iaitu pohon-pohon yang rimbun meneduhi atap rumah supaya panas matahari dapat dikurangkan. Gambar (4b) pula menggambarkan bagaimana udara sejuk dari rimbunan pohon-pohon yang berada berhampiran dengan rumah dapat disedut kedalam rumah secara tidak langsung dengan metoda tekanan termal.

Gambar 4a: Penyejukan secara terus

Gambar 4b: Penyejukan secara tidak langsung 3.2: Tekanan angin Salah satu sumber penghawaan alami ialah tiupan angin yang bertiup dengan kelajuan dan arah yang tertentu. Apabila angin bertiup kearah sebuah bangunan, alirannya yang lurus akan terpecah-pecah dan terlencong keatas dan kesisi bangunan berkenaan. Bahagian bangunan yang menghadap arah angin akan mengalami tekanan dan bahagian yang membelakangi arah angin akan mengalami pengaruh sedutan. Sekiranya terdapat bukaan pada kedua-dua bahagian bangunan ini, angin akan mengalir masuk menerusi ruang dalam bangunan (sila rujuk Gambar 4).

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

Gambar 4: Fenomena tekanan angin Disamping perubahan arah dan kelajuan, pengaruh-pengaruh sampingan lain juga akan terjadi apabila angin menghadapi halangan. Salah satu pengaruh sampingan ini ialah pengaruh sedutan dan aliran undur yang juga berupaya mengalirkan angin pada arah yang bertentangan tetapi memiliki kelajuan yang bersesuaian untuk kenyamanan. Pengaruh negatif ini sebenarnya dapat dimanfaatkan untuk tujuan penghawaan di dalam bangunan. Gambar 5a menunjukkan bagaimana sebuah bangunan tinggi yang diletakkan dibahagian belakang deretan rumah menyebabkan aliran undur terjadi. Gambar 5b pula menggambarkan sekiranya bangunan tinggi ini berada di hadapan, pengaruh sedutan oleh aliran undur menjadi lebih aktif lagi.

Gambar 5a: Bangunan tinggi berada di belakang deretan rumah-rumah

Gambar 5b: Aliran undur oleh halangan dihadapan 3.3: Pengaruh campuran Dalam keadaan sebenar, tekanan termal dan tekanan angin kerap bertindak bersama untuk menghasilkan alir udara dan penghawaan didalam bangunan. Penghawaan oleh kuasa termal bergantung kepada hasil perbedaan suhu di dalam

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

dan di luar bangunan serta perbedaan tinggi diantara bukaan yang teratas dan terbawah. Untuk bangunan kediaman, perbedaan tingginya terlalu kecil iaitu disekitar 2 meter saja, menyebabkan keberpengaruhannya kurang nyata. Apabila keadaan agak panas, kuasa termal terlalu rendah untuk menghasilkan aliran udara yang berpengaruh, kecuali tandas dan ruangan air yang mempunyai paip penghawaannya sendiri. Metoda ini sebenarnya akan menjadi lebih berpengaruh sekiranya saloran ventilasi boleh diadakan untuk bangunan bertingkat dengan mengambil kira ketinggian keseluruhan atau sebahagian bangunan ini. Kuasa termal yang membentuk aliran udara dengan perbedaan tekanan saja menghasilkan aliran dengan kelajuan yang rendah. Aliran udara yang dihasilkan oleh tekanan angin akan mengalirkan angin hampir keseluruh ruangan ruangan, sementara aliran oleh kuasa termal hanya tertumpu di bahagian yang berhampiran dengan bukaan saja. Sekiranya kedua-dua makanisme ini dapat dikawal menerusi perincian rancangan yang tepat dan dibenarkan bertindak bersama, alir udara yang lebih berpengaruh dari segi tukaran udara dan kelajuan akan dapat di hasilkan. Sebagai contoh, rumah tradisonal Melayu kerap menerapkan bukaan jendela yang memanjang hingga keparas lantai dan tidak ada bersiling supaya ketinggiannya menjadi optimum. Oleh yang demikian udara panas akan naik dan terus keluar pada bahagian tebar layar dipuncak atap. Angin pula akan bertiup mesilangi ruang rumah tanpa halangan. Kedua-dua metoda ini saling bantu membantu untuk menghasilkan penghawaan alami yang paling berpengaruh. 4.0 FAKTOR RANCANGAN YANG MEMPENGARUHI ALIRAN UDARA Untuk menghasilkan taburan aliran udara yang berpengaruh di dalam sesebuah ruang faktor-faktor yang mempengaruhinya perlulah diteliti terlebih dahulu. Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi corak aliran udara di dalam sesebuah ruangan: a. Taburan tekanan disekeliling bangunan b. Inersia udara yang bergerak. Keadaan topografi,tumbuh-tumbuhan, objek-objek tiga dimensi seperti bangunan dan tembok akan menyebabkan taburan tekanan di sekeliling dan di luar bangunan berubah atau menyebabkan arah asal angin utama melencong. Oleh itu objek-objek seperti tembok dan tumbuh-tumbuhan boleh diterapkan untuk memperbaiki taburan dan arah atau sebaliknya. Sebagai contoh pohon-pohon yang sederhana rimbunnya

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

boleh ditanam pada jarak yang sesuai supaya angin akan tertumpu pada arah yang dipersyaratani (sila rujuk Gambar 6). Kelajuan udara juga boleh ditingkatkan sekiranya angin dibenarkan menumpu melalui dua deretan pokok-pokok sebelum masuk kedalam bangunan (sila rujuk Gambar 7).

Gambar 6: Pelencungan angin oleh pohon-pohon

Gambar 7: Pengaruh penumpuan untuk meningkatkan kelajuan Disamping dua faktor yang tersebut di atas, terdapat juga faktor-faktor geometri yang boleh dikawal oleh perekebentuk serta berupaya menentukan corak dan juga kelajuan angin didalam ruang. Berikut ialah faktor yang berkenaan: a. Orientasi jendela Berdasarkan kepada beberapa kajian, angin pada arah 45 darjah kepada lubang masuk akan bertindak memenuhi seluruh ruangan dengan peningkatan kelajuan pada sisi dinding dan pada penjuru ruangan. Penghawaan yang lebih baik dicapai apabila aliran udara bertukar arah di dalam ruangan dari aliran yang terus menerus dari lubang masuk ke lubang keluar. Penemuan-penemuan ini sangat berfaedah kerana dapat membantu para perancangan dari terus terkonkong oleh andaian secara teori yang memerlukan arah angin mestilah menghala tepat kearah dinding dan sekatan- sekatan di dalam ruang akan menjadi penghalang terus aliran angin. Oleh itu orientasi untuk kemasukan angin adalah lebih fleksibel dari orientasi untuk haba matahari yang agak spesifik dan sekatan boleh diadakan tetapi mestilah dapat menghasilkan penghawaan yang baik.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

b. Ukuran jendela Sekiranya sebuah ruangan itu mempunyai bukaan masuk dan keluar dengan penghawaan silang yang baik, kelajuan udaranya boleh dikawal dengan menambahkan ukuran jendelanya. Dengan memperbesarkan bukaan masuk dan keluar secara serentak, kelajuan udaranya juga akan bertambah. Sekiranya ukuran jendela ruangan berbeda-beda, kelajuan udara yang lebih tinggi boleh diperolehi dengan ukuran bukaan keluar yang lebih besar dari bukaan masuk. Keadaan ini boleh dimanfaatkan di dalam rancangan bangunan khususnya di dalam mempelbagaikan rancangan fasad disamping memenuhi keperluan penghawaannya. c. Penghawaan silang Penghawaan silang dapat dipenuhi dengan menghubungkan ruang pada bahagian sedutan dan tekanan angin. Lazimnya bukaan pada dua sisi dinding yang bertentangan diperlukan untuk membolehkan keadaan ini berlaku. Tetapi di dalam keadaan sebenar, kita mungkin tidak dapat menyediakan bukaan pada sisi yang bertentangan kerana susunan ruangan yang tidak mengizinkannya. Walaubagaimanapun penghawaan silang masih boleh berlaku dengan menyediakan dua bukaan pada sisi yang sama dengan syarat aliran angin pada arah oblik. Sekiranya angin datang pada arah 90 darjah tepat kepada dinding, aliran udara tidak akan berlaku di dalam bangunan. Sebenarnya penghawaan yang lebih baik dapat dicapai dengan melengkapkan kedua-dua jendela dengan unjuran menegak (sila rujuk Gambar 8).

Gambar 8: Memperbaiki penghawaan silang bukaan pada satu sisi. Kesimpulannya, perubahan yang menggalakkan masih dapat dicapai oleh bangunan yang memiliki satu bahagian dinding luar seumpama bangunan pejabat atau ruangan-ruangan darjah, dengan syarat aliran angin mestilah pada arah oblik di antara 20-30 darjah dan bukaan ditambah dengan unjuran menegak tetapi tidak terlalu panjang sehingga mengganggu aliran jendela yang satu lagi. d. Lokasi jendela secara menegak Kedudukan jendela pada kedudukan menegak dan rancangan bukaan masuk adalah lebih kritikal dari bukaan keluar, kerana ia akan menentukan corak aliran angin yang

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

akan masuk ke dalam ruangan. Ketinggian ambang jendela akan menentukan samaada angin akan bertiup pada zon kediaman atau sebaliknya. Sekiranya ambang jendela terlalu tinggi, sudah tentulah angin tidak akan bertiup pada bahagian kepala saja dan begitulah sebaliknya. Begitu juga jendela yang berbagai jenis berupaya mempengaruhi aliran angin di dalam bangunan. Oleh itu pilihan yang paling baik dapat dibuat berdasarkan kepada keperluan. Sebagai contoh, jendela "nako" yang mempunyai bilah-bilah pepisau boleh laras berupaya menyalorkan angin pada arah yang dipersyaratani hanya dengan mengubah bilah-bilah pepisaunya (sila rujuk Gambar 9).

Gambar 9: Aliran dilaraskan oleh jendela boleh laras e.Sekatan dan pembahagian ruang dalaman Apabila lebar bangunan melebihi lebar sebuah ruangan, penghawaan untuk setiap ruangan lazimnya bergantung ruangan-ruangan yang lainnya. Masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan ruangan yang lebih besar menghadap arah angin dan ruangan yang lebih kecil pada bahagian belakangnya ( sila rujuk Gambar 10).

Gambar 10: Susunan ruangan yang optimum 6.0 PENGHAWAAN DAN PERANCANGAN KOTA Penghawaan alami bergantung sepenuhnya kepada angin yang sedia ada. Seperti yang telah disentuh di dalam bahagian 4, kehaziran dan kelajuannya dipengaruhi oleh keadaan persekitan yang sebahagian besarnya ditentukan pada tahap yang lebih dasar iaitu di tahap perancangan lagi. Oleh itu adalah penting untuk menanamkan pemahaman dan peri pentingnya dasar-dasar prinsip penghawaan secara menyeluruh di dalam aspek perancangan kota dan wilayah supaya penerapan elemen-elemen perancangan tidak bercanggah dengan keperluan kenyamanan manusia dan seluruh penghuni alam. Perancangan kota mempengaruhi faktor-faktor persekitaran yang penting kepada kenyamanan manusia, terutamanya cahaya matahari, peneduhan, ketinggian bangunan, pengawalan sinar matahari,

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

hujan, debu di luar bangunan dan keadaan penghawaan di dalam dan di luar bangunan. Ketinggian sesuatu struktur mesilangi potongan kota, jarak bangunan, persamaan dan perbedaan ukuran, tinggi, potongan, taburan dan pembahagian tempat lapang dan taman mempengaruhi aliran angin. Matlsangat perancangan kota di kawasan yang beriklim panas lembap tropika ialah mengioptimumkan penghawaan alami serta memaksimumkan pengendalian peneduhan matahari kepada bangunan, jalan dan tempat permainan. Sesebuah bangunan yang lebih tinggi dari bangunan di sekitarnya boleh mengubah corak aliran angin disekitar bahagian bawah bangunan. Oleh itu pengendalian angin serta hujan yang khusus sangat perlu untuk kenyamanan penduduk di sesebuah daerah. 7.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada penjelasan yang telah diberikan, penghawaan perlu diadakan didalam bangunan samaada secara alami atau mekanikal. Peruntukan bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan penghawaan secara alami telah pun tersedia sepertimana yang terkandung di dalam Peraturan Bangunan Seragam (UBBL) 1984. Pemahaman terhadap peranan bukaan (jendela, pintu dan bukaanbukaan permanen lain) pada bangunan khususnya di dalam menyediakan alir-udara secara alami dan kaitannya dengan kesehatan dan kenyamanan penghuni serta penyejukan ruang dalamam sesebuah bangunan akan dapat menginsafkan kita agar senantiasa mematuhi persyaratan (UBBL) dan persyaratan-persyaratan penguasa tempatan. Kita sepatutnya memperbaiki dan meperluaskan kefungsian bukaan secara kreatif dan bijaksana untuk memakmurkan dan memanjangkan hayat bangunan. Faktor-faktor seperti ukuran, kedudukan bukaan,dan ciri-ciri lain adalah di dalam pengendalian perancangan, perlu diterapkan dari peringkat awal lagi iaitu semasa diperingkat rancangan bangunan. Disamping itu faktor-faktor luaran yang terangkum di dalam aspek perancangan kota seperti susunatur, pengzonan, kawasan terbuka dan sebagainya juga perlu pertimbangan awal agar tiupan angin dapat dimanfaatkan. Seterusnya keseluruhan elemen-elemen landskap yang dapat membantu memberi kenyamanan menerusi penghawaan secara alami juga perlu disepadukan. Literatut tambahan: oleh Dr.Abdul Majid Ismail

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch ARSITEKTUR TROPIS

You might also like