2012 GARIS PANDUAN PROJEK PELAJAR Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bahagian Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Politeknik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar ini. Sumbangan yang tidak terhingga daripada semua pihak membolehkan politeknik mencapai matlamat dalam melahirkan graduan yang berkualiti serta menjana modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan negara. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan daripada semua pihak agar Garis Panduan Projek Pelajar ini ditambah baik dari semasa ke semasa. Bahagian Pembangunan Akademik Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Galeria PJH Aras 4, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 4 62570 WP Putrajaya  03 – 8891 9000 Fax 03 – 8891 9316  www.politeknik.gov.my  bki@mohe.gov.my Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w di atas kesempatan untuk menerbitkan Garis Panduan Projek Pelajar ini bagi membantu membangunkan modal insan negara yang mampu bersaing dengan negara maju di dunia, serta berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kaedah pelaksanaan projek berfungsi sebagai titik tumpuan yang memuncak di mana ia menggalakkan pelajar mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka sepanjang berada di politeknik seperti yang digariskan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia di mana pelajar perlu menguasai lapan domain hasil pembelajaran sebelum mereka bergraduat. Sehubungan itu Bahagian Pembangunan Akademik telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Garis Panduan Projek Pelajar bagi kegunaan pelajar dengan mengambil kira pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran berdasarkan Outcome Based Education (OBE) Justeru itu diharap garis panduan ini dapat membantu pelajar dan warga politeknik ke arah menghasilkan projek yang lebih berkualiti serta mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan garis panduan ini. Saya berharap Garis Panduan Projek Pelajar ini dapat melancarkan peranan dan tanggungjawab semua pihak tanpa mengekang kreativiti mereka. DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFAR Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Apa itu projek? Kursus projek merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian tertentu yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat bergraduasi. Projek memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan mereka dalam merealisasikan idea, kreativiti dan inovasi disamping menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar dibimbing oleh penyelia untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Satu laporan projek mengikut format perlu dihantar kepada jabatan dan pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format penilaian yang ditetapkan. Kursus projek merangkumi kursuskursus lain yang pelaksanaannya sama seperti kursus projek. Apakah matlamat dalam pelaksanaan projek? Matlamat kursus projek adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah kajian akademik secara saintifik dan sistematik dalam melahirkan graduan yang kompeten. Ini adalah selari dengan huraian tahap kelayakan yang digariskan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia bagi tahap diploma dimana diakhir pengajian pelajar berupaya: Kerangka Kelayakan Malaysia muka surat 8-9 Menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran praktikal dalam kerja. Membuat penilaian dan keputusan dengan mengambil kira isu sosial, saintifik dan etika dengan autonomi sederhana. Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian secara jelas dan meyakinkan kepada pakar dan bukan pakar Apakah hasil pembelajaran (CLO) kursus projek? Hasil pembelajaran menerangkan apa yang perlu pelajar tahu, faham dan boleh lakukan selepas menamatkan sesuatu kursus. Secara umumnya,hasil pembelajaran yang disasarkan melalui pelaksanaan kursus projek adalah pelajar berupaya untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari pembelajaran terdahulu. Berikut adalah CLO kursus projek program saya. CLO 1: CLO 2: CLO 3: Apakah yang sebagai projek? didefinisikan Projek merupakan satu tugasan yang ditetapkan sebagai latihan pembelajaran yang memerlukan pelajar melaksanakan penyelidikan dan pembelajaran kendiri. Projek mengaplikasi pengetahuan, konsep dan kemahiran yang diperolehi sepanjang program. Pelajar perlu menggabungkan beberapa aspek pengalaman mereka sepanjang program berkenaan. Projek berasaskan kepada kajian literatur, penyelidikan, penyelesaian masalah, rekabentuk, penghasilan prototaip atau penyediaan perancangan perniagaan Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus Politeknik. (Harolld Kerzner, 2009) Apakah jenis projek yang boleh saya jalankan? Projek Kajian Penyelidikan • Tertumpu kepada sesuatu kelakuan, fenomena atau ciri yang hendak dikaji. Hasilnya ialah data, maklumat, analisis dan tafsiran yang akan meningkatkan pengetahuan berkenaan kajian atau penyelidikan. Contoh projek: Kajian Masalah Lemah Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar Politeknik Projek Reka bentuk • Tertumpu kepada menghasilkan sesuatu reka bentuk untuk memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Contoh projek: Bangunan Melayu lama Projek Pembangunan Produk • Tertumpu kepada pembangunan produk (fizikal atau perkhidmatan) bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Contoh projek: Mesin pencucuk sate Projek Pembangunan Perisian • Tertumpu kepada pembangunan perisian komputer mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Contoh projek: Membangunkan permainan komputer Apakah asas pemilihan projek? Pemilihan projek yang berkualiti adalah berdasarkan kepada keaslian, penghasilan idea baharu yang kreatif dan inovatif bagi menyelesaikan masalah, menambahbaik produk atau perkhidmatan sedia ada. Pemilihan projek juga boleh berdasarkan kepada kemampuan dalam memberikan impak dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Projek yang boleh diaplikasi mengikut keperluan industri dan komuniti amat digalakkan. Projek yang dijalankan perlu mengambil kira kos keseluruhan serta boleh dilaksanakan di dalam tempoh masa yang diperuntukkan. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu pelajar membuat pemilihan projek: Tema/Kategori • Pihak jabatan digalakkan menetapkan tema/kategori projek bagi membantu pelajar menentukan projek yang bakal dilaksanakan. Contoh tema seperti Teknologi Hijau Contoh kategori seperti penggunaan teknologi hijau di pejabat Tajuk • Tajuk projek adalah berdasarkan cetusan idea sama ada daripada pelajar, pensyarah atau industri. www.mte.org.my (awardcategories) Apa yang dikatakan dengan keaslian projek? Keaslian projek merujuk kepada ketulenan karya atau idea yang dibangunkan oleh pelajar secara individu atau kumpulan. Projek yang dihasilkan dianggap tidak asli sekiranya wujud unsur plagiat atau cetak rompak. Sekiranya khidmat luar diperlukan, ianya boleh diperolehi dengan kebenaran jabatan. Bagi memastikan keaslian projek, pelajar perlu membuat akujanji bahawa projek yang dilaksanakan adalah hasil daripada idea sendiri. Plagiat bermaksud amalan membuat sesuatu petikan bahan daripada sumber tertentu tanpa memberikan penghargaan (acknowledgement) kepada penulis asalnya. Bahan tersebut mungkin merupakan satu ayat/perenggan/bahagian ataupun beberapa bahagian ayat yang dicantum. Siapakah yang akan membiayai projek saya? www.mosti.gov.my www.cradle.com.my TAKLIMAT!!!! Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek perlu diberi taklimat berkaitan pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar pada setiap awal semester oleh Penyelaras Projek Jabatan. Penerangan ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat mendapat maklumat yang selaras dan jelas dengan tugas serta tanggungjawab masingmasing ke arah penghasilan projek pelajar yang berkualiti. Apakah peranan saya sebagai pelajar? Pelajar yang memerlukan penyelia bersama dari pihak luar dikehendaki mengemukakan surat permohonan secara bertulis kepada Ketua Jabatan melalui penyelia/pensyarah kursus. Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard (kriteria penilaian) yang ditetapkan. Bertemu dengan penyelia atau menghadiri sesi pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan. Membuat kajian awal keperluan industri/komuniti dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea dan hala tuju projek yang mempunyai nilai komersil. Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran analitikal yang diperolehi sepanjang pengajian dan menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua domain pembelajaran. Menyerahkan buku log/portfolio/laporan projek kepada penyelia/pensyarah Melengkapkan borang-borang laporan kemajuan projek dan dokumen-dokumen lain sekiranya perlu. Menyerahkan laporan projek dalam bentuk softcopy/hardcopydan produk Peranan pelajar Memilih projek yang menyumbang kepada keperluan industri/komuniti dan digalakkan berkolaborasi. kursus untuk semakan dan pengesahan mengikut jadual yang ditetapkan. Menyediakan laporan akhir projek berserta produk (jika berkenaan) untuk proses penilaian. akhir projek kepada penyelia/pensyarah kursus bagi tujuan rekod dan rujukan. Apakah peraturan projek yang perlu saya patuhi? Pertukaran penyelia • Hanya dibenarkan apabila dipersetujui oleh penyelaras projek dengan kelulusan ketua jabatan. • Penyelaras projek berhak menentukan penyelia gantian yang baharu dengan kelulusan ketua jabatan. Pertukaran tajuk projek • Hanya dibenarkan apabila dipersetujui oleh penyelia projek dengan sokongan oleh penyelaras projek. • Penukaran tajuk projek dengan kebenaran boleh dilakukan sehingga minggu ke enam. Kebenaran melaksanakan projek • Kebenaran menggunakan fasiliti politeknik perlu mendapat sokongan penyelia projek dan di persetujui oleh pegawai yang bertanggungjawab. • Pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran menjalankan aktiviti luar politeknik daripada penyelia projek yang ditandatangani oleh pengarah. Bagaimana projek saya dinilai? Penilaian projek pelajar adalah merupakan penilaian kerja kursus yang dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian dan kebolehan pelajar dalam menyiapkan sesuatu projek. Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus perlu dirujuk untuk menilai projek pelajar (eDokumen di www.politeknik.gov.my). Hasil penilaian akan dipaparkan dalam bentuk gred bagi menunjukkan prestasi pencapaian pelajar. Laporan projek Portfolio Manual pengguna Bahan Fizikal Perisian Perkhidmatan Proposal Bentuk penilaian Hasil projek Pembentangan Buku log Bentuk penilaian projek adalah merangkumi mana-mana perkara berdasarkan silibus kursus yang berkaitan. Proposal Kertas cadangan untuk mengadakan/ menjalankan sesuatu Buku log Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan pencapaian pelajar seperti catatan aktiviti, isu, cabaran dan penyelesaian yang telah dilaksanakan. Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh penyelia. Laporan projek Suatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan, atau sebarang maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik BENTUK Main Idea PENILAIAN Pelajar dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi pembentangan yang ditetapkan. Pembentangan Sesi pembentangan ini memberi peluang kepada pelajar berhujah mempertahankan hasil projek serta bertukar pendapat secara ilmiah. Portfolio Pengumpulan sistematik hasil kerja pelajar yang mempamerkan keupayaan, perkembangan dan pencapaian dalam kursus berkaitan. Penilaian portfolio dilaksanakan dengan menggunakan rubrik yang bersesuaian. Manual pengguna Manual pengguna adalah dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pengguna menggunakan sistem tertentu. Kebanyakan manual pengguna mengandungi kedua-dua panduan bertulis dan imej-imej yang berkaitan. Hasil projek Arahan-arahan lengkap dalam bentuk atur cara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat. Perisian Bahan fizikal Perkhidmatan Saya ingin menyediakan proposal. Apakah kandungan yang perlu ada? Proposal projek perlu dikemukakan kepada jabatan bagi tujuan kelulusan melaksanakan projek. Secara umumnya, kandungan proposal projek adalah seperti berikut: a. Tajuk projek b. Pengenalan: i. Rasional projek ii. Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian (mana yang berkenaan) iii. Objektif projek iv. Skop dan limitasi projek v. Kepentingan dan impak projek vi. Anggaran kos projek c. Tinjauan/Kajian literatur d. Kaedah penyelidikan/Metodologi projek e. Pelan perancangan projek f. Kesimpulan Pelajar hendaklah merujuk kepada jabatan bagi mendapatkan panduan penulisan proposal yang telah ditetapkan. Apa pula yang perlu ada dalam laporan projek? Pelajar perlu menyediakan laporan secara terperinci dan lengkap yang mematuhi kaedah, format serta piawaian penulisan laporan yang ditetapkan oleh jabatan. Berikut dicadangkan kandungan laporan yang dikemukakan iaitu: a. Bahagian awal i. Halaman judul ii. Perakuan keaslian iii. Abstrak iv. Penghargaan v. Isi kandungan vi. Senarai jadual vii. Senarai rajah viii. Senarai simbol, singkatan tatanama ix. Senarai lampiran atau b. Bahagian Utama i. Pengenalan ii. Kajian literatur iii. Metodologi kajian iv. Dapatan dan perbincangan projek v. Kesimpulan dan cadangan c. Bahagian tambahan i. Rujukan menggunakan Association (APA) ii. Lampiran tan jaba ng a a ad kep umat y oran k u l ruj ap ak me kan m alam l ten u l r t pe ed pa l pa ajar enda kkan k an f ai l e P im on su bag dima ermoh u l per ntuk p u gaya American Psychological www.apastyle.org Apakah maklumat tambahan yang perlu saya ketahui? Hak milik projek • Hasil projek adalah hak milik politeknik. Politeknik boleh menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik dengan pelajar dan/atau penaja luar. Perkara: 5.16 Dasar Perancangan dan Penyampaian Kurikulum Penyertaan dalam pertandingan/seminar • Pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan dan pembentangan hasil atau inovasi projek di seminar dan kolokium di mana-mana peringkat. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik (JPP) www.mte.org.my Pendaftaran harta intelek • Politeknik digalakkan mengemukakan permohonan bagi mendaftar harta intelek projek pelajar seperti paten, cap dagangan, hak cipta dan rekabentuk perindustrian. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik (JPP) www.myipo.gov.my Pemasaran • Pelajar digalakkan memasarkan produk akhir yang mempunyai nilai komersial dengan kerjasama koperasi, alumni, kelab keusahawanan, kolaborasi, jualan terus dan organisasi/agensi. PERNYATAAN KUATKUASA Garis Panduan Projek Pelajar ini berkuatkuasa kepada semua Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi dan institusi di bawah kawalannya mulai Jun 2012. Proses pelaksanaan projek Mula Penyelaras projek Taklimat Projek Pemilihan Tajuk Projek & Penyediaan Proposal Pelajar Penyelia projek Semak proposal Pelajar Pembentangan proposal Panel/Penyelia projek Pembetulan Tidak Diterima? Ya Pelajar Aktiviti projek Penyerahan hasil projek dan draf laporan Pelajar Tidak Pembetulan/ penambahbaikan Diterima? Penyelia projek Ya Membentang projek Pelajar Menghantar laporan projek Pelajar Menyemak laporan dan menilai hasil projek Panel/penyelia projek Tamat Ahli jawatankuasa Penaung YBRS. MEJAR (K) HAJI MD. NOR BIN YUSOF Penasihat DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFAR TN. HJ. MOHD GHAUS B. AB. KADIR Pengerusi PN. SITI JARIAH BT. IBRAHIM TN. HJ. ZULKIFLI B. MD. SALLEH Timbalan Pengerusi PN. NOOR AIDI BT. NADZRI Pengurus Projek EN. AZWAN B. ABDULLAH Setiausaha PN. NOOR ROSMAWATI BT. YUSUF Ahli EN. ABDUL HANIF B. MUSTAPHA (PTSB) PN. NORLIA BT. MD DESA (PSAS) PN. AZIAM BT. MUSTAFA (PSA) EN. ABU BAKAR B. ABDUL HAMID (PIS) PN. NORMAH BT. CHEMAN (POLIMAS) PN. SALMIYAH BT. CHE AHMAD (PSP) EN. MAT ABDUL SHUKOR B. ABDUL WAHAB (BTN) EN. MOHSEN B. AHMAD (PNS) EN. ABDULLAH B. YUSOFF (PSAS) EN. MOHAMAD FAUZI B. CHE PA (PSIS) EN. KHAIRUL AZHA B. AHMAD (JPP)
Sign up to vote on this title
UsefulNot useful