You are on page 1of 56

PERUNDANGAN KOPERASI DI MALAYSIA

Maktab Koperasi Malaysia


PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 1

Skop Pembentangan
Akta Koperasi 1993 Akta Suruhajaya Koperasi Malaysia 2007 Peraturan-peraturan Koperasi Perintah /Arahan / Garispanduan Koperasi / Pekeliling Undang-undang Kecil Koperasi Aturan Aktiviti Koperasi Isu-Isu Perundangan Koperasi
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 2

PERUNDANGAN KOPERASI MALAYSIA


AKTA KOPERASI 1993

PERATURAN-PERATURAN KOPERASI 2010


PERINTAH SEK. 86A ARAHAN/ GARIS PANDUAN/ SURAT PEKELILING/ NOTIS -SEK. 86B

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI ATURAN


PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 3

SEJARAH PERUNDANGAN KOPERASI


Co-operative Societies Enactment 1922
Undang-undang pertama dikuatkuasakan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang) pada 01 Julai 1922. Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunapakai Enakmen koperasi masing-masing)

Co-operative Societies Ordinance 1948


Undang-undang ini dikuatkuasakan apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948 menggantikan semua Enakmen yang ada.
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 4

SEJARAH PERUNDANGAN KOPERASI


Ordinan Koperasi Sarawak 1949 di Sarawak dan Ordinan Koperasi Sabah 1958 di Sabah
Apabila Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak membawa bersama undang-undang koperasi masing-masing dan terpakai sehingga 21 Januari 1994

Pada 18 ogos 1983, Ordinan Koperasi 1948 telah disemak dan dipinda menjadi Akta Koperasi 1948 dan pemakaiannya terhad di Malaysia Barat sahaja.
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 5

Akta Koperasi 1948 telah disemak dan undangundang baru digubal untuk menggantikan undangundang yang sedia ada. Akta Koperasi 1993 berkuatkuasa pada 22 Januari 1994 bagi penyeragaman undang-undang koperasi dan Peraturan-peraturan Koperasi 1995 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1995. Akta Koperasi 1993 (Pindaan) 2007 berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 selaras dengan penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan PeraturanPeraturan Koperasi 2010 telah digubal.
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 6

AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007 Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

STRUKTUR SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA


JABATAN PEMBANGUNAN KOPERASI (JPK) SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

Agensi Kerajaan

Badan Berkanun Akta SKM 2007

Mengawal selia koperasi bukan pertanian dan perikanan

Mengawal selia semua jenis koperasi termasuklah pertanian dan perikanan

IMPLIKASI: PERUNDANGAN (Akta SKM dan Akta Koperasi 1993) STRUKTUR ORGANISASI KEWANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

OBJEKTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA Secara umum objektif SKM ialah: (a) Merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara; (b) Menggalakkan sektor koperasi yang kewangannya, progresif dan mapan; dan (c) Mengekalkan keyakinan dalam gerakan koperasi.
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 9

kukuh

FUNGSI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

(a) Menggalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor koperasi; (b) Bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi; (c) Menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur; (d) Memelihara nilai dan prinsip koperasi;

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

10

(e) Mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya;

(f) Mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi;


(g) Bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk koperasi;

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

11

(h) Menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi; dan (i) Menjalankan apa-apa fungsi di bawah manamana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

12

PERANAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA


MEMASTIKAN KESTABILAN DALAM SEKTOR KOPERASI

Menyediakan kemudahan mudah tunai kepada koperasi yang memerlukan Mewujudkan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (CLF) Koperasi Kredit dan koperasi bersaiz besar akan mencarum sejumlah peratus wang sumbangan (bergantung kepada saiz liabiliti yang layak) ke dalam CLF. Koperasi yang mempunyai masalah kecairan boleh meminjam daripada CLF. SKM diperuntukkan kuasa-kuasa untuk memberi pinjaman. SKM boleh melantik koperasi-koperasi yang layak untuk mentadbir CLF. SKM menentukan syarat dan terma peminjaman CLF. SKM akan menanggung risiko kredit.
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 13

Kumpulan Wang Likuiditi Pusat


Seksyen 42 Akta SKM 2007 Suruhanjaya boleh menghendaki mana-mana koperasi melalui perintah secara bertulis untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Likuiditi Pusat - GP 19 Garis Panduan mengenai Kumpulan Wang Likuiditi Pusat
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 14

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF UNTUK KOPERASI MENJALANKAN AKTIVITI Memperluaskan akses kepada pembiayaan oleh koperasi Lebihan dana semua koperasi didepositkan kepada Akaun Deposit Koperasi Mewujudkan Akaun Deposit Koperasi (CDA) Semua koperasi hendaklah mendepositkan wang berlebihannya yang tidak digunakan untuk kegunaan semasa ke dalam Akaun Deposit Koperasi (CDA). Koperasi yang memerlukan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan boleh meminjam daripada CDA. SKM boleh melantik koperasi-koperasi yang layak untuk menubuh dan menguruskan CDA. Terma dan syarat pinjaman ditentukan oleh koperasi yang terpilih. Risiko kredit ditanggung oleh koperasi yang dilantik. Membayar pulangan atas jumlah yang didepositkan dalam CDA.
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 15

Akaun Deposit Koperasi


Seksyen 43 Akta SKM 2007

Dalam masa dua tahun dari tarikh mula berkuat kuasa seksyen ini atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya, kesemua koperasi hendaklah mendepositkan kumpulan wang mereka yang tidak diperlukan dengan segera bagi operasi atau pelaburan ke dalam Akaun Deposit Koperasi.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

16

AKTA KOPERASI 1993 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengawalan dan pengawalseliaan koperasi, menggalakkan perkembangan koperasi mengikut nilai nilai kejujuran, kebolehpercayaan dan ketelusan koperasi bagi menyumbang ke arah mencapai objektif sosioekonomi negara dan perkara berkaitan dengannya.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

17

AKTA KOPERASI 1993 (Susunan Seksyen dan Bahagian)


Bahagian 1 - PERMULAAN (Seksyen 1-3) Bahagian II - PENDAFTARAN (Seksyen 4-10B) Bahagian III- KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN KOPERASI (Seksyen 11- 25) Bahagian IV - HAK DAN LIABILITI ANGGOTA (Seksyen 26-35) Bahagian V - ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI (Seksyen 36-49)
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 18

AKTA KOPERASI 1993 (Susunan Seksyen dan Bahagian)


Bahagian VI HARTA DAN WANG KOPERASI (Seksyen 50 57) Bahagian VII AKAUN DAN AUDIT (Seksyen 58-63) Bahagian VIII PEMERIKSAAN, SIASATAN, PEMBUBARAN DAN PERTIKAIAN (Seksyen 64-84A) Bahagian IX PELBAGAI (Seksyen 85-93A) Bahagian X PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN (Seksyen 94- 96)
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 19

Akta Koperasi 1993


Pindaan Akta Koperasi 1993 yang memberi kemudahan operasi dan meningkatkan tadbir urus koperasi. Seksyen 5 pengurangan bilangan individu untuk menubuhkan koperasi daripada 100 kepada 50 orang Seksyen 10A - Pengemukaan diri sebagai koperasi Seksyen 10B - Larangan penggunaan perkataan koperasi
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 20

Seksyen 39 Kuasa SKM untuk melanjutkan tempoh mengadakan MAT

Seksyen 42A Memberi kuasa kepada Lembaga melantik JAD yang dahulu kuasa di bawah MAT

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

21

Sekyen 43(2) memberi kuasa kepada SKM untuk menentusah calon yang akan dilantik sebagai anggota Lembaga supaya pemimpin yang dipilih dari kalangan yang berkelayakan dan berintegriti. Seksyen 44A Pendedahan kepentingan dalam pembiayaan islam atau kemudahan kredit oleh anggota Lembaga atau Ketua Pegawai Eksekutif koperasi

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

22

Seksyen 44B Pendedahan percanggahan kepentingan oleh anggota Lembaga atau Ketua Pegawai Eksekutif koperasi

Seksyen 57(1B) (a) dan (b) KWRS boleh digunakan tertakluk kepada peraturan dan UUK bagi membayar syer atau yuran yang dikeluarkan oleh anggota atau dengan kelulusan SKM bagi menerbitkan syer bonus kepada anggota
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 23

Seksyen 57(5)(b) koperasi perlu mendapat kelulusan bertulis daripada SKM bagi pembayaran dividen daripada mana-mana sumber selain untung bersih teraudit Seksyen 57(5)(d) keuntungan bersih koperasi boleh diagihkan untuk tujuan kebajikan anggota dan masyarakat dengan had yang ditentukan sendiri oleh koperasi.
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 24

Seksyen 91- Kesalahan-kesalahan Am. - Penalti bukan sahaja kepada koperasi malah pegawai koperasi dengan denda yang lebih tinggi. RM100,000.00 - sebagai tambahan didenda harian RM100.00 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

25

PERATURAN-PERATURAN KOPERASI
Seksyen 86, Akta Koperasi 1993 Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri membuat apa-apa peraturan di bawah seksyen ini sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan atau memberikan kuat kuasa kepada prinsip dan peruntukan Akta ini.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

26

PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN KOPERASI


Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 Peraturan-Peraturan Koperasi (Fi) 2010 Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi) 2010 Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi) 2010 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Kumpulan Wang Likuiditi Pusat) 2010
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 27

Peraturan-Peraturan Koperasi (Pelaburan) 2010 Peraturan-Peraturan Koperasi (Subsidiari) 2010 Peraturan-Peraturan Koperasi (Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi) 2010 Peraturan-Peraturan Koperasi (Pengkompaunan Kesalahan) 2010 Peraturan-Peraturan Koperasi (Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan) 2010

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

28

PERINTAH
Sek.86A. Akta Koperasi 1993 Suruhanjaya boleh dengan kelulusan Menteri membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan dan memberikan kuat kuasa kepada prinsip dan Akta ini.
Contoh : Perintah Pembayaran Kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 29

ARAHAN, GARIS PANDUAN, PEKELILING, NOTIS

Sek.86B. Akta Koperasi 1993 Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini termasuk perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa sepenuhnya kepada atau untuk menjalankan manamana peruntukan Akta ini.
Contoh : Arahan SKM Bil.1 /2011 Pembayaran Dividen atas Syer dan Yuran Anggota
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 30

Garis Panduan SKM


GP 1: Garis Panduan Kumpulan Wang Rizab Statutori GP 2: Garis Panduan Pembayaran Dividen GP 3:
Garis Panduan Bagi Pelantikan Atau Pelantikan Semula Anggota Lembaga Koperasi

GP4: Garis Panduan Pelantikan Dan Fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman


PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 31

GP5: Garis Panduan Mewajibkan Anggota Lembaga Koperasi Dan Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Menghadiri Kursus GP6 : Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi GP7 : Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam Oleh Koperasi
GP 7A : Garis Panduan Pengendalian Pemberian Pembiayaan Secara Berhemat

GP8: Garis Panduan Mengenai Perakaunan Untuk Geran/Bantuan PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

32

GP9 : Garis Panduan Mengenai Pengambilan Simpanan Khas Dan Deposit Atau Penerimaan Pinjaman GP10 : Garis Panduan Mengenai Skim Pelaburan Khas GP12 : Garis Panduan Penubuhan Koperasi GP13 : Garis Panduan Mengenai Etika Calon Anggota Lembaga Koperasi

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

33

GP14 : Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi GP15 : Garis Panduan Mengenai Skim Pembiayaan Mikro Oleh Koperasi GP16 : Garis Panduan Pelaburan Wang Koperasi Di Bawah Seksyen 54 Akta Koperasi 1993 GP17 : Garis Panduan Membentuk, Mempunyai, Memperoleh Atau Menubuhkan Subsidiari
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 34

GP18 : Garis Panduan Bagi Membuka Cawangan Koperasi Atau Subsidiari Sesuatu Koperasi GP19 : Garis Panduan Mengenai Kumpulan Wang Likuiditi Pusat GP20: Garis Panduan Mengenai Federasi Koperasi Kredit

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

35

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI


Tafsiran Undang Undang Kecil menurut Seksyen 2 Akta Koperasi 1993 Undang -undang Kecil ertinya UUK berdaftar yang dibuat oleh sesuatu koperasi pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar UUK itu

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

36

UNDANG-UNDANG KECIL HENDAKLAH MENGIKAT ANGGOTA


Seksyen 17 Akta Koperasi 1993 Undang-undang kecil sesuatu koperasi hendaklah, apabila didaftarkan, mengikat koperasi itu dan anggotaanggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil itu telah ditandatangani oleh setiap anggota dan mengandungi waad pada pihak setiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang kecil itu.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

37

PRINSIP UNDANG-UNDANG UUK ADALAH SUATU KONTRAK ANTARA ANGGOTA DAN KOPERASI

Lee vs Showmens Guild of Great Britain (1952) 1 All ER 1175 Lord Denning memutuskan: The Committee cannot extend their jurisdiction by giving a wrong construction to the contract, no matter how honest they may be. They have only such jurisdiction as the contract on its true interpretation confers on them, not what they think it confers. Sumber : Petikan dari alasan award kes Koperasi Doktor Malaysia Bhd (2010)
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 38

UUK MENYOKONG PERUNTUKAN AKTA KOPERASI


Contoh : Seksyen 13 Akta Koperasi Dokumen Terbuka untuk diperiksa. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah menyediakan(a)suatu salinan Akta ini dan peraturan-peraturan atau perintah, arahan atau garis panduan;

(b)suatu salinan undang-undang kecilnya dan akaun terauditnya yang terakhir;


PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 39

(c) suatu senarai anggotanya; (d) suatu senarai anggota Lembaga; (e) nama ketua pegawai eksekutifnya, jika ada; dan (f) suatu senarai pegawai koperasi yang berkenaan dengan pengurusan koperasi itu, jika ada;yang terbuka untuk diperiksa oleh anggota-anggotanya sahaja, tanpa apa-apa bayaran, pada segala masa yang munasabah di alamat berdaftar koperasi itu

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

40

(2) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan(a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

41

(b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh,sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Ia juga ada dinyatakan di dalam UUK 75 - Penyediaan Dokumen untuk diperiksa

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

42

Contoh : Bayaran wajar di bawah Seksyen 28 Akta Koperasi 1993 Ia diperjelaskan dengan lebih mendalam di dalam Peruntukan UUK 16 berkenaan dengan modal syer minima.

Contoh : Notis mesyuarat. Ia dinyatakan di dalam Undang undang Kecil 28

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

43

ATURAN AKTIVITI KOPERASI Bagi memudahkan pengurusan dan pengawalan aktiviti koperasi. Salah satu mekanisme kawalan dalaman koperasi.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

44

Tafsiran Aturan di dalam UUK Fasal 2


Aturan ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

45

Undang-Undang Kecil Koperasi 9(3)

Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti menurut fasal (1),Lembaga hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung itu.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

46

TUJUAN ATURAN AKTIVITI


Menyatakan dengan jelas kaedah bagi aktiviti yang dijalankan oleh koperasi Memastikan setiap aktiviti dilaksanakan berdasarkan apa yang terkandung dalam undangundang kecil koperasi Mengelakkan penyelewengan dalam pelaksanaan aktiviti koperasi Membantu dan memudahkan tugas-tugas pengauditan
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 47

Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil UUK 82(2)


Apa-apa urusan koperasi hendaklah tertakluk kepada Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil serta aturan aktiviti dan hendaklah dibaca bersekali.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

48

CONTOH ATURAN
Aturan Aktiviti kredit/Pinjaman Aturan Skim Simpanan Khas Aturan Yuran Aturan Pasar Mini dan Kafetaria Aturan Penyewaan Bangunan Aturan Kumpulan Wang Kebajikan Anggota dan Khairat Kematian
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 49

ISU-ISU PERUNDANGAN KOPERASI


- Isu Ketidakpatuhan undang undang
Kes : Pelanggaran Seksyen 10B Akta Koperasi 1993 Larangan penggunaan perkataan koperasi
SKM mendedahkan empat syarikat dan individu menggunakan nama koperasi dengan menawarkan peluang perniagaan, pelaburan dan kemudahan pinjaman palsu kepada orang ramai.
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 50

Empat syarikat tersebut adalah

Koperasi Nabinco Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise Koperasi Usahawan Siswazah Berhad Koperasi Siswazah Islam Malaysia
(Sumber : Bernama 17 Jun 2010)

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

51

ISU-ISU PERUNDANGAN KOPERASI


Koperasi terlibat dengan Skim Cepat Kaya
Kes : Bekas anggota Lembaga Koperasi Pelaburan Hartanah didenda RM110,000 dan RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku menjalankan aktiviti koperasi tanpa lesen dan perniagaan skim cepat kaya. Koperasi menjanjikan dividen 16% setahun sedangkan koperasi belum mempunyai aktiviti yang menjana pendapatan. (Sumber : Utusan Malaysia 7 Oktober 2011)
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 52

Pengambilan Deposit daripada bukan anggota tanpa kelulusan SKM Kes : 9 orang ALK Koperasi Dinamik Malaysia Berhad telah didakwa kerana
melakukan satu perbuatan di bawah seksyen 50(e) Akta Koperasi 1993 yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 91(1)(c) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah seksyen 91(2) Akta yang sama. Pertuduhan terhadap mereka adalah bagi kesalahan mengambil pinjaman daripada 7 orang yang bukan anggota Koperasi Dinamik Malaysia Berhad berjumlah RM135,000.00 tanpa kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
(Sumber : Sinar Edisi Kelantan 2010 & Laman Web SKM)
PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012 53

Pelanggaran Seksyen 10A Akta Koperasi dan pengambilan deposit tanpa kelulusan SKM Kes : Pendakwaan ke atas penyamaran pengerusi Koperasi Chaya Berhad yang memberi penerangan pelaburan perikanan sedangkan beliau tidak dilantik sebagai pengerusi dalam mesyuarat agung tahunan koperasi.

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

54

Koperasi juga mengambil deposit daripada bukan anggota tanpa kelulusan Suruhanjaya yang mana ia bercanggah dengan sek.50(e) Akta dan boleh didakwa di bawah sek 91(1)(c) Akta. Bagi kesalahan di bawah Sek10A, hukuman penjara 10 bulan dikenakan, manakala bagi kesalahan pengambilan deposit, didenda RM50,000 .
(Sumber : Utusan Malaysia Jun 2011 & Laman web SKM )

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

55

PUSAT CALL MKM @ Copyrights 2012

56

You might also like