You are on page 1of 17

Struktur Bahasa Melayu

Huraikan persamaan dan perbezaan pandangan antara Asmah (2008/1993) dan Nik Safiah Karim et al (2008) tentang gejala alomorf bagi morfem awalan meN / peN dalam tatabahasa Bahasa Melayu.
PENGENALAN Konsep dan Definisi Sebelum kajian ini dimulakan, perlu diperkenalkan definisi-definisi yang penting dalam morfologi atau kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.Antara istilah-istilah yang berkait rapat dalam morfologi ialah fonem, morfem dan alomorf. Fonem merupakan unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna seperti huruf d dan tdalam perkataan pedang dan petang. Fonem /d/ dan /t/ adalah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna tetapi kedua-dua /d/ dan /t/ tidak mendukung makna. Ini berbeza dengan definisi morfem. Morfem merupakan unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna seperti dalam contoh perkataan makan dan makanan. Dua perkataan ini menunjukkan persamaan dan perbezaan antara makna yang didukungnya. Persamaannya ialah pada makna yang didukung oleh makan dalam kedua-dua perkataan itu. Perbezaannya pula ialah keseluruhan makna kata makanan berbeza dengan keseluruhan makna makan. Yang menimbulkan perbezaan itu ialah akhiran an yang merupakan morfem. Maka dengan itu makanan mempunyai morfem makan dan an yang masing-masing mempunyai maknanya tersendiri. Alomorf pula merupakan varian morfem. Sesuatu morfem

diwujudkan dalam bentuk fonologi sebagai suku kata, dan suku kata pula diwujudkan oleh fonem. Yang kita dengar apabila disebut sesuatu kata, kata dasar atau morfem terikat ialah kewujudan yang sebenar. Kewujudan inilah yang dinamakan alomorf dalam ilmu linguistik. Misalnya, awalan me(N)- mempunyai banyak alomorf iaitu me-, mem-, men-, meny-, meng- dan menge-. Begitu juga

dengan

awalan

pe(N)

yang

mempunyai

alomorf pe-,

pem-,

pen-,

peny-,

peng- dan penge-. Batasan Kajian Kajian ini akan membataskan perbincangan kepada pandangan Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim perihal morfem yang memfokuskan kepada pengimbuhan awalan me(N). Dalam kajian ini akan dijelaskan pandangan serta pendapat kedua-dua penulis serta menghuraikan apakah persamaan dan perbezaan yang ketara antara kedua-dua penulis ini.

Bahan Kajian Kajian ini akan menumpukan pandangan dan pendapat yang terkandung dalam dua buah buku yang terkini iaitu Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar (2009) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim et al (2009).

ISI DAN PERBINCANGAN Nik Safiah Karim serta rakan-rakan seperjuangannya dalam buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009 hlm 43), mendefinisikan morfem sebagai unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian manakala morfem terikat hanya wujud bersama-sama morfem lain kerana morfem terikat tidak boleh wujud tanpa kata dasar (ibid, hlm 44). Antara contoh morfem bebas ialah rumah, sekolah dan ajar. Perkataan-perkataan ini dapat berdiri dengan sendiri dan dapat mendukung makna yang tersendiri tanpa memerlukan bantuan perkataan atau morfem lainnya. Dalam perkataan tersenyum, memasak dan pengelap pula, terdapat morfem terikat bagi setiap perkataan itu iaitu terdalam tersenyum,

me- dalam memasak dan penge-dalam pengelap. Morfem-morfem terikat yang tersenarai ini memerlukan kata atau morfem lain untuk mendukung makna. Dalam erti kata yang lain, morfem terikat ter- memerlukan morfem senyum untuk

menjadikan perkataan tersenyum itu bermakna. Terdapat morfem terikat ter- dan morfem bebas senyumdalam perkataan tersenyum. Menurut Nik Safiah Karim, perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada kata dasar dan kata bentuk terbitan. Kata dasar merupakan bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan manakala kata bentuk terbitan ialah bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Proses inilah yang dinamakan imbuhan. Dalam proses imbuhan, atau penambahan unit-unit bahasa yang tertentu, akan berlakunya perubahan makna nahu. Imbuhan terbahagi kepada awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Dan kajian ini akan hanya memberikan tumpuan kepada imbuhan awalan khususnya awalan me(N).

Jika Nik Safiah membahagikan morfem kepada morfem terikat dan morfem bebas, Asmah Haji Omar pula merincikan lagi pembahagian morfem atau varian morfem ini kepada dua jenis iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas. Rincian ini merupakan perbezaan yang amat ketara dalam perbezaan pendapat dan pandangan kedua-dua penulis.

Menurut yang wujudnya

Asmah itu

Haji

Omar, pada

alomorf

lingkungan

adalah tertentu

alomorf seperti

didasarkan

lingkungan-lingkungan

lingkungan fonologi, lingkungan nahu atau lingkungan leksikal. Salah satu ciri alomorf lingkungan ini ialah saling menyisihkan. Alomorf lingkungan fonologi merupakan alomorf yang wujudnya ditentukan oleh ciri bunyi atau ciri-ciri fonologi yang ada di sekitarnya. Alomorf lingkungan nahu pula ditentukan oleh ciri-ciri nahu sementara alomorf lingkungan leksikal pula ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata. a. Alomorf Lingkungan Nahu

Prof Asmah menjelaskan (ibid, hlm 10) bahawa untuk alomorf jenis ini, ditentukan oleh ciri-ciri nahu seperti dalam perkataan tertawa. Perkataan Proses Imbuhan

tertawa tulis

tiada pengguguran t digugurkan

mentertawakan menulis

Tiada pengguguran huruf t dalam perkataan mentertawakan manakala huruf t akan digugurkan dalam perkataan menulis. Ini disebabkan ter- dalam

perkataan mentertawakan adalah awalan dan pengekalan takan mempertahankan kedudukan ter- sebagai awalan. Dalam erti kata lain, terdapat dua penambahan dalam perkataan mentertawakan iaitu penambahan pertama, awalan ter- dan diikuti dengan penambahan kedua, awalan men-. Manakala huruf t akan digugurkan dalam perkataan menulis kerana awalan men-merupakan awalan yang diterima oleh kata dasar tulis.

a.

Alomorf Lingkungan Leksikal

Alomorf jenis ini ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata seperti dalam perkataan belajar. Kata Dasar ajar kerja Proses awalan belbePerkataan belajar bekerja

Hanya perkataan belajar sahaja yang menerima proses awalan bel-. Dalam erti kata yang lain, ajar hanya boleh menerima proses awalan bel- sahaja. Begitu juga dengan perkataan kerja yang hanya menerima be-dan tidak ber- atau bel-. c. Alomorf Bebas Menurut Prof Asmah, alomorf bebas merupakan alomorf yang

boleh menggantikan satu sama lain. (ibid, hlm 10) Dalam penggunaan bahasa lisan, perkataan tedaya dan terdaya seringkali kita ucapkan. Dalam bentuk lisan, timbul alomorf bebas te- dan ter-. Perlu ditegaskan bahawa untuk bahasa tulisan,

perkataan daya hanya menerima alomorf ter- dan bukan alomorf te-.

Jika Nik Safiah mengkategorikan morfem kepada morfem terikat dan morfem bebas, fungsi alomorf lingkungan oleh Asmah Haji Omar, yang dirincikan lagi dan terkandung di dalamnya tiga bahagian iaitu fonologi, merupakan ciri-ciri alomorf yang menentukan morfem. Berdasarkan penerangan yang terkandung dalam Nahu

Melayu Mutakhir , Asmah Haji Omar juga membahagikan morfem kepada morfem bebas dan morfem terikat. Sama seperti Nik Safiah Karim, definisi morfem bebas adalah morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat minimal. Sementara Morfem terikat pula merupakan morfem yang memerlukan bantuan morfem lain untuk membentuk kata (2009, hlm 13).

PENGIMBUHAN dan PENAMBAHAN Menurut Nik Safiah Karim serta rakan-rakannya

dalam Tatabahasa Dewan (2009 hlm 57), Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Perkataan-perkataan dalam bahasa ini terbentuk melalui proses

pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan yang digabungkan secara serentak. Nik Safiah Karim mendefinisikan imbuhan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya (ibid, hlm 45). Bentuk awalan merupakan salah satu bentuk yang tercakup dalam pengimbuhan selain daripada akhiran, apitan dan sisipan. Menurut

pandangan Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir, istilah yang digunakan ialah penambahan. Penambahan didefinisikan sebagai proses dimana sesuatu morfem terikat itu ditambahkan atai ditempelkan kepada morfem bebas (ibid, hlm 25) Proses ini terdiri daripada empat jenis iaitu penambahan awalan, penambahan akhiran, penyisipan dan penambahan serentak awalan dan akhiran. Dari penerangan ini, terdapat perbezaan istilah yang digunakan oleh kedua-dua penulis ini. Asmah Haji Omar menggunakan istilah penambahan manakala Nik Safiah Karim pula menggunakan istilah pengimbuhan. Walaupun istilah yang digunakan berbeza, tetapi maksud istilah penambahan dan

pengimbuhan adalah sama. Kedua-dua istilah ini menerangkan proses penerimaan atau gandingan morfem terikat dengan morfem bebas. Selain daripada definisi istilah yang digunakan membawa erti yang sama, kedua-dua penulis ini

mengklasifikasikan penambahan dan pengimbuhan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Menurut Nik Safiah Karim et al, dalam proses pengimbuhan, lahirlah bentuk perkataan yang disebut kata terbitan (2009, hlm 67). Dan kata terbitan ini terbahagi kepada empat iaitu kata terbitan awalan, akhiran, apitan dan sisipan (2009, hlm 72) Imbuhan me(N) merupakan salah satu kata terbitan berawalan yang wujud dalam kata kerja. Menurut Asmah Haji Omar pula, penambahan boleh berlaku pada tempat-tempat tertentu iaitu penambah awalan, akhiran, sisipan dan penambah terbahagi. Penambah boleh dikategorikan berdasarkan fungsinya dalam kata. Asmah Haji Omar berpendapat bahawa kata kerja terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan. Kata Kerja dalam bentuk akar merupakan kata kerja yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat padanya sebarang penambah, misalnya, tiup, bangun, alir, duduk dan sebagainya. Kata Kerja Berlapis pula merupakan kata kerja yang terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnya satu morfem terikat, atau yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua morfem terikat (2009, hlm 135). Bentuk berlapis untuk kata kerja ini dihasilkan dengan proses penambahan dan penambah me(N) merupakan salah satu penambah yang menghasilkan kata kerja berlapis. Terdapat persamaan dalam proses penambahan atau pengimbuhan. Kedua-dua penulis mengklasifikasikan penambahan atau pengimbuhan ini berlaku pada bahagian awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Yang membezakan kedua-dua penulis ini ialah istilah yang berbeza untuk menerangkan proses Kata Nama Terbitan. Asmah Haji Karim menggunakan istilah kata kerja berlapis manakala Nik Safiah Karim menggunakan istilah kata kerja terbitan. Selain perbezaan penggunaan istilah, kedua-dua penulis ini bersetuju bahawa penambah me(N) atau imbuhan me(N) menghasilkan kata kerja berlapis atau kata kerja terbitan.

1a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan meAwalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat varian iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Varian awalan meN- ini bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Awalan me- dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w dan y seperti dalam contoh perkataan-perkataan yang berikut: Awalan me- (ibid, hlm 151) Huruf Kata dasar Imbuhan meawal l m n ny ng r w y lawan masak nanti nyala nganga rayu wangi yakin melawan memasak menanti menyala menganga merayu mewangi meyakin(kan)

Ditambahkan juga ke dalam jenis ini kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya

iaitu mmenggantikan p, n menggantikan t, ng menggantikan k dan ny menggantikan s. Huruf awal p t k s Kata dasar pesan pukul tetap tari karang kata salin sinar Awalan me- (ibid, hlm 152) Digugurkan Digantikan p t k s m n ng ny Imbuhan mememesan memukul menetap menari mengarang mengata menyalin menyinar

1b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan meTerdapat perbezaan yang ketara dalam senarai varian me(N)-

pada pandangan Asmah Haji Omar. Jika Nik Safiah menyenaraikan hanya empat varian me(N)- iaitu me-, mem-, men- dan meng-, Asmah Haji Omar menyenaraikan enam varian me(N)dalam Nahu Melayu Mutakhir iaitu tambahan meny-

dan menge- (2009, hlm 9). Menurut Asmah Haji Omar, morfem awalan me dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, ng, ny, m dan w seperti dalam contoh perkataan-perkataan yang berikut: Awalan me- (ibid, hlm 9) Kata dasar Imbuhan melukis masak nganga nyanyi raung warna melukis memasak menganga menyanyi meraung mewarna

Huruf awal l m ng ny r w

Terdapat

perbezaan

pandangan

dalam

senarai

huruf

yang

memerlukan imbuhan me-. Menurut Asmah Haji Omar, huruf n dan y tidak termasuk dalam senarai bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang memerlukan imbuhan me. Selain perbezaan huruf n dan y, terdapat juga perbezaan pendapat serta pandangan oleh Asmah Haji Omar dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s. Lazimnya kata dasar yang bermula dengan huruf n dan y dalam Bahasa Melayu merupakan perkataan yang memerlukan bukan sahaja

awalan me- tetapi akhiran i atau kan, kecuali perkataan nanti. Huruf Kata dasar Imbuhan meawal

menanti nanti naik nafi nasihat n nama nikmat noda y yakin menantikan menaiki menaikkan menafikan menasihati menasihatkan menamai menamakan menikmati menodai meyakini meyakinkan

Tidak terdapat kata dasar yang lain selain daripada perkataan yakin, yang bermula dengan huruf y yang tersenarai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) yang menerima imbuhan me-.

2a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan memAwalan meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar

yang bermula dengan hurufb, perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Awalan mem- (ibid, hlm 152) Huruf Kata dasar Imbuhan memawal b beri bantu bilas memberi membantu membilas

Perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f,p dan v yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya seperti: Awalan mem- (ibid, hlm 153) Huruf Kata dasar Imbuhan mem-

awal f v fitnah fatwa veto pamer popular proses praktik plaster blok brek memfitnah memfatwa(kan) memveto mempamer(kan) Mempopular(kan) memproses mempraktik memplaster memblok membrek

Menurut Nik Safiah, terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalanmem- seperti contoh: Awalan mem- (ibid, hlm 153) Huruf Kata dasar Imbuhan memawal pelopor pelawa percaya punya peduli mempelopor(i) mempelawa mempercaya(i) mempunya(i) mempeduli(kan)

2b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan memHanya terdapat perbezaan pada pandangan Asmah Haji Omar perihal kata dasar yang bermula dengan huruf p. Tiada pengguguran yang berlaku dalam proses penambahan yang lain kecuali huruf p seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: Huruf awal pukul panjat pusing putar pandang memukul memanjat memusing(kan) memutar(kan) memandang Awalan mem- (ibid, hlm 9) Kata dasar Pengguguran Imbuhan mem-

p digugurkan

b f v

bancuh fail variasi

Tiada pengguguran

membancuh memfail memvariasi

3a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan menAwalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, perkataan yang bermula dengan huruf t,s serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s. Awalan men- (ibid, hlm 153) Huruf Kata dasar Imbuhan memawal d deru dayung duga cari cuci jemur jaja syarat syukur ziarah zalim menderu mendayung menduga mencari mencuci menjemur menjaja mensyarat(kan) mensyukur(i) menziarah(i) menzalim(i)

c j sy z

Terdapat

juga

perkataan

pinjaman

yang

mengekalkan

huruf

pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya iaitu: Awalan men- (ibid, hlm 154) Huruf Kata dasar Imbuhan memawal t tadbir tafsir takrif tauliah terjemah mentadbir mentafsir mentakrif mentauliah menterjemah

transkripsi sintesis swasta stabil skru

mentranskripsi mensintesis menswasta menstabil menskru

Terdapat

dua

kecualian

pada

bentuk

kata

dasar

iaitu ternak dan tertawa yang menerima awalan men- tanpa berlaku pengguguran. Awalan men- (ibid, hlm 154) Huruf Kata dasar Imbuhan memawal t ternak tertawa menternak mentertawa(kan)

3b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan menMorfem awalam men- pula dipengaruhi oleh kata dasar yang

bermula dengan s, t, c dan d. Hanya huruf s dan t sahaja yang gugur sewaktu proses penambahan seperti dalam contoh perkataan-perkataan berikut:

Huruf awal s t c d

Awalan men- (ibid, hlm 9) Kata dasar Pengguguran saman tanda cantas dongak s digugurkan t digugurkan Tiada pengguguran

Imbuhan menmenyaman menanda mencantas mendongak

4a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan meng-

Awalan meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh dan h (bunyi konsonan) dan semua huruf vokal. Awalan meng- (ibid, hlm 155) Huruf Kata dasar Imbuhan memawal g gh kh h a e i o u gali gulung ghairah ghaib khusus khayal hantar heret ambil alir ejek embun elak ikut ikat olah ulang ulit menggali menggulung mengghairah mengghaib(kan) mengkhusus mengkhayal menghantar mengheret mengambil mengalir mengejek mengembun mengelak mengikut mengikat mengolah mengulang mengulit

Menurut Nik Safiah, perkataan pinjaman yang huruf pertamanya huruf k, tidak akan mengalami pengguguran demi mempertahankan etimologi kata asalnya seperti berikut: Awalan meng- (ibid, hlm 155) Kata dasar Imbuhan memkabul kanun katalog mengkabul(kan) mengkanun(kan) mengkatalog(kan)

Huruf awal

kategori klasifikasi kritik

mengkategori(kan) mengklasifikasi(kan) mengkritik

Nik

Safiah

dan

rakan-rakan

seperjuangannya

telah

mengklasifikasikan menge- dalam penjelasan imbuhanmeng-. Imbuhan meng- akan bertukar menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman seperti: Awalan menge- (ibid, hlm 155) Kata dasar Imbuhan memcat mengecat bom mengebom sah mengesah pos mengepos tin mengetin kod mengekod

Berdasarkan penerangan Nik Safiah Karim, terdapat pengecualian pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan iaitu meng- tidak berubah menjadi menge- seperti dalam contoh: Awalan meng- (ibid, hlm 155) Kata dasar Imbuhan mengstor mengstor brek mengbrek klip mengklip

4b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan mengSeperti Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar juga berpendapat

bahawa morfem awalan meng-dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan

huruf k, g, h, kh, gh dan semua vokal. Hanya hurufk yang akan gugur dalam proses penambahan seperti dalam perkataan-perkataan berikut: Awalan meng- (ibid, hlm 9) Huruf Kata dasar Imbuhan mengawal k g h kh gh a e i o u kunci gari halau khatam ghairah ambil eram ikut olah upah mengunci menggari menghalau mengkhatam mengghairah mengambil mengeram mengikut mengolah mengupah

Walaupun,

penerimaan

imbuhan menge- akan

berlaku

sekiranya digabungkan dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata, seiring dengan pendapat Nik Safiah, Asmah Haji Omar pula berpendapat bahawa imbuhan menge- merupakan salah satu varian yang tersendiri dalam alomorf me(N). Morfem awalan menge- ditentukan oleh kata dasar yang mempunyai satu suku kata seperti contoh perkataan-perkataan yang diberikan. Awalan mengeSatu suku kata Imbuhan mengebom mengebom cam mengecam cat mengecat had mengehad pos mengepos

Lazimnya, pengguguran konsonan pertama dalam alomorf me(N) itu merupakan fonem yang tidak bersuara.

Menurut pandangan dan penerangan Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir (2009, hlm 9), awalan meny- dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s dan c. Dalam proses penambahan, hanya

huruf s yang akan gugur seperti dalam senarai di bawah. Awalan menyHuruf Kata dasar Imbuhan menyawal s sesuai salah sahut menyesuai menyalah menyahut

Tiada pula kata dasar yang bermula dengan huruf c yang menerima imbuhan meny- dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tiada penjelasan yang diberikan oleh Nik Safiah Karim mengenai imbuhan awalan meny-.

Rumusan Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Berlandaskan kajian yang telah dibentangkan ini, bahasa Melayu mampu berkembang dan berevolusi berlandaskan teori dan pendekatan yang ada sejajar dengan peredaran semasa. Walaupun terdapat dua cendekiawan yang menzahirkan pendapat dan pandangan yang bercambah, ianya merupakan sumber rangsangan serta memperkayakan pemikiran setiap pembaca terutama sekali kepada penuntut yang ingin mendalami bidang ini.
Asmah Haji Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2009. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/struktur-bahasa-melayu.html

You might also like