You are on page 1of 3

Perbezaan Bahasa Melayu Standard dengan Dialek Terengganu...

Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain (Abdul Hamid Mahmood 1994). Dialek Terengganu mempunyai tujuh fonem vokal, iaitu i , , e, , a, u, kecuali , semua vokal-vokal itu boleh menepati lingkungan awal, tengah dan akhir kata. Vokal tidak menepati lingkungan akhir kata, iaitu sebelum kesenyapan. Oleh hal yang demikian, akhir kata a dalam ejaan diucapkan sebagai dalam dialek Terengganu. Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf g bagi kata-kata yang berakhiran dengan n. Contoh:
Ejaan Standard Dialek Terengganu

Makan Ikan Bukan Badan Pun Zapin Kemaman (nama daerah) Jalan Hujan

Makang Ikang Bukang Badang Pung Zaping Kemamang Jalang Hujang

Dalam dialek Terengganu huruf a di akhir kata juga diganti dengan bungi yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)
Ejaan Standard Dialek Terengganu

Apa Mana Ada

Ap Man Ad

Pengguguran huruf m didalam kata-kata seperti :


Ejaan Standard Dialek Terengganu

Jumpa Sampai

Jup Sapaa

Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:
BM Standard Dialek Terengganu

Duit

Pitih

Selalu Tampal Tipu

Sokmo Tepek Nawok

Terdapat juga beberapa perkataan utama untuk menggambarkan rasa dalam dialek Terengganu dan perkataan-perkataan tersebut adalahtawar, pahit, kelat, masam, manis, pedas, masin, payau (rasa seperti air sungai), hayai (rasa antara tawar dan manis), manis, lemak dan sebagainya. Dari perkataan-perkataan ini, hanya tujuh perkataan sahaja yang merujuk kepada rasa asas iaitu tawar, pahit, masam, manis, masin, pedas dan lemak. Rasa yang dirujuk oleh perkataankelat menggambarkan peleburan dua jenis rasa, iaitu pahit danmasam. Demikian juga payau yang memperlihatkan perkembangan dari rasa tawar ke rasa masin digabungkan dengan kelat, sedangkanhayai menunjukkan perkembangan dari manis ke tawar dan sebagaianya. Jadual tersebut menunjukkan konsep rasa yang dituturkan dalam bahasa melayu standard daan dialek Terengganu.

Bi Bahasa Melayu Standard l 1. Tawar 2. Pahit 3. Kelat 4. Manis 5. Pedas 6. Masin 7. Lemak 8. Payau

Dialek Terengganu Taw Pahit Kelat Manih Pdah Masin Lmk pay

Darjat kesangatan pada kata sifat tidak hanya didukung oleh pola-pola nahu yang ada tetapi juga oleh kolokasi dengan kata-kata lain, seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5.

Masam rebang Manis leting Pahit lepang Masin rebing Tawar heber

Sangat masam Sangat manis Sangat pahit Sangat masin Sangat tawar

Secara kesimpulannya, terdapat perbezaan antara satu dialek dengan dialek lain. Sebenarnya faktor perbezaan penggunaan dialek di setiap negeri dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya adalah faktor geografi, budaya, persekitaran, penjajahan, perdagangan sosial dan sejarah negeri tersebut. Walau bagaimanapun dialek Terengganu ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini walaupun masyarakat pada masa kini semakin maju dalam mengejar arus kemodenan negara. Dalam sistem

pendidikan, penggunaan sistem Bahasa Melayu Standard lebih dititikberatkan selaras dengan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Sebagai guru, kita haruslah menggalakkan pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu Standard semasa bertutur. Sokongan dan bantuan mestilah diberikan kepada pelajar supaya mereka berasa yakin untuk menggunakan Bahasa Melayu Standard di sekolah mahupun di luar bilik darjah. Selain itu juga, guru juga mestilah menggunakan Bahasa Melayu Standard semasa menyampaikan pengajaran dan elakkan menggunakan dialek di sekolah. Dengan itu, penguasaan penggunaan Bahasa Melayu Standard akan dapat dipertingkatkan.

http://iemaupsi89.blogspot.com/2012/03/entri-16-perbezaan-bahasamelayu.html

You might also like