You are on page 1of 4

PRINSIP PENENTUAN DASAR LUAR MALAYSIA Malaysia telah menjalinkan hubungan luar yang baik dengan negara-negara lain

in di dunia ini semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam menjalinkan hubungan tersebut, Malaysia turut mengambil kira beberapa faktor penting yang mempengaruhi penentuan dasar luar Malaysia yang mencakupi aspek politik, sosial dan ekonomi. Antara faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia termasuklah:

FAKTOR Kepimpinan

HURAIAN Kepimpinan tertinggi negara pada satu-satu masa turut mempengaruhi hubungan luar Malaysia. Contohnya, ketika era awal kemerdekaan,

kedudukan politik di Malaysia berada dalam yang masih belum stabil sepenuhnya. Hal ini kerana negara menghadapi masalah ancaman komunis yang serius. Bagi mewujudkan keamanan dalam negara,

Perdana Menteri ketika itu mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan luar yang pro-Barat terutamanya dengan Amerika Syarikat yang antikomunis. Selain itu, Malaysia menjalinkan hubungan luar dengan British terutamanya dalam ekonomi dan pertahanan. Malah, Malaysia (Tanah Melayu pada ketika itu) menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain bagi membolehkan tentera New Zealand, Australia dan Britain. Kemudiannya, dasar luar Malaysia berubah apabila kepimpinan negara mulai bertukar. Contohnya, pengganti Tunku Abdul Rahman iaitu Tun Abdul Razak menukar dasar pro-Barat kepada dasar

berkecuali dan turut menjalinkan hubungan dengan negara-negara komunis seperti China, Korea Utara dan Jerman Timur.

Keselamatan

Faktor

keselamatan

negara

turut

memainkan

peranan penting dalam penentuan dasar luar Malaysia. Melalui dasar ini, Malaysia menggunakan

hubungan luar bagi mengelakkan diri daripada ancaman luar terutamanya daripada kuasa-kuasa besar dunia. Contohnya, apabila berlaku pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea, Malaysia menganggap

peristiwa tersebut mampu menggugat keamanan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, Malaysia memainkan peranan aktif dengan berusaha menamatkan konflik tersebut melalui beberapa inisiatif bersama dengan negara jiran lain termasuklah Mesyuarat Tidak Rasmi Jakarta.

Ekonomi

Malaysia secara umumnya adalah sebuah negara yang kaya dengan bahan mentah seperti kelapa sawit, getah, bijih timah dan petroleum.

Kebanyakan sumber ini boleh menjana ekonomi negara melalui eksport hasil keluaran dalam bentuk mentah dan barangan siap.

Bagi

memajukan

sektor

eksport,

Malaysia

memerlukan rakan dagangan dari negara-negara lain supaya barang dagangan dari Malaysia dapat dieksport ke serata dunia. Selain eksport, import barangan siap juga penting bagi memenuhi keperluan domestik Malaysia

seperti bekalan makanan, alat-alat teknologi dan kenderaan. Oleh itu, Malaysia menjalankan hubungan luar yang aktif dengan negara-negara di seluruh dunia bagi memajukan ekonomi negara. Pada zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir

misalnya, beliau mewujudkan jaluran perdagangan yang aktif dengan negara luar terutamanya negaranegara Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan terutamanya dalam mengimport barangan siap dan teknologi.

Sejarah

Faktor sejarah turut memainkan peranan penting dalam penentuan dasar hubungan luar Malaysia. Contohnya, hubungan Malaysia-China yang

dimulakan pada era Tun Abdul Razak adalah turut bersandarkan sejarah hubungan diplomatik lampau di antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming yang memerintah China pada abad ke-15. Selain itu, hubungan Malaysia dengan negaranegara serumpun seperti Indonesia, Brunei dan Singapura turut dipengaruhi oleh faktor sejarah lampau. Seterusnya, hubungan Malaysia dengan negaranegara Islam dalam OIC adalah disebabkan sejarah perkembangan Islam di Malaysia sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan sebelumnya.

Demografi

Latar

belakang

kependudukan

di

Malaysia yang

menyaksikan

kewujudan

masyarakat

berbilang kaum, agama dan adat resam di negara ini.

Keadaan ini menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang mementingkan dua prinsip iaitu perpaduan antara manusia dan penghormatan ke atas hak asasi manusia.

Oleh

itu,

Malaysia

menentang

bentuk-bentuk

penindasan dan diskriminasi ke atas mana-mana bangsa yang mencabuli hak asasi manusia. Dalam hal ini, Malaysia pernah mengambil hubungan yang yang

pendirian diplomatik

untuk tidak dengan

mengadakan Afrika

Selatan Apharteid

mengamalkan

Dasar

mendiskriminasi dan menindas golongan berkulit hitam dan berwarna di negara tersebut.

Geografi

Malaysia terletak dalam kawasan yang strategik di dunia terutamanya di kawasan perairan Selat Melaka yang menghubungkan laluan perdagangan Barat ke Timur.

Oleh itu, Malaysia telah mengamalkan dasar bebas dan berkecuali dan berusaha untuk menjadikan rantau Asia Tenggara bebas daripada sebarang pengaruh luar.

Oleh itu, Malaysia dan negara-negara ASEAN yang telah bersepakat menubuhkan kawasan rantau Asia Tenggara menjadi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

You might also like