You are on page 1of 17

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

TAFSIRAN
o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o o

Instrumen o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat

STANDARD

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

TAFSIRAN BAND

BAND 1 2 3 4 5 TAHU

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

TAHU DAN FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

MATLAMAT KURIKULUM
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid: 1 Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran. 2 Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit. 3 Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4


Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Menjaga kebersihan dan cara pengurusan diri semasa haid dan ihtilam; Menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain, serta cara menangani pelbagai situasi negatif untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri; Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia; Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan alkohol; Memilih cara mengurus konflik dan stres; Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial; Mengetahui kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga, serta cara meluahkan perasaan yang sesuai dalam pelbagai situasi; 8. 9. 10. Mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes; Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan; dan Mengetahui kepentingan bantu mula mengikut situasi dan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan.

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

BAND
1 2 3

PERNYATAAN STANDARD
Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013 BAND 1 Tahu PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS B1D1E1 Memberikan maksud akil baligh

B1 B1D1 Mempunyai pengetahuan tentang Mengetahui pertumbuhan dan asas kesihatan fizikal, mental, perkembangan fizikal yang sihat emosi, sosial dan persekitaran

10

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

2 Tahu dan Faham

B2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

B2D1 Memahami tanda- tanda akil baligh B2D2 Memahami kepentingan institusi kekeluargaan dalam menangani gejala sosial

B2D1E1 Mengenalpasti tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan B2D2E1 Menceritakan tentang kepentingan hubungan kekeluargaan B2D2E2 Menghubungkait tentang kepentingan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial

B2D3 Memahami penyakit tidak berjangkit B2D4 Memahami peranan rakan sebaya

B2D3E1 Mengenalpasti penyakit tidak berjangkit serta simptomnya B2D4E1 Menerangkan maksud rakan sebaya dan mengenalpasti peranan rakan sebaya B2D5E1 Menerangkan maksud bantu mula dan kepentingan bantu mula mengikut situasi

B2D5 Memahami maksud dan kepentingan bantu mula

11

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri

B3D1 Menjelaskan perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain

B3D1E1 Menunjuk cara menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan cara menghormati perubahan fizikal individu lain B3D2E1 Membina, mengenal pasti dan melabel kumpulan makanan mengikut aras Piramid Makanan Malaysia B3D2E2 Menjelaskankan dengan contoh kepentingan pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid makanan Malaysia dan kepentingan pengambilan sarapan yang sihat

B3D2 Mengamalkan pemakanan yang sihat

B3D3 Berkemahiran menolak pengambilan dan pembelian makanan dan minum beralkohol

B3D3E1 Menyatakan contoh makanan dan minuman yang mengandungi alkohol berdasarkan label dan berupaya mengaplikasikan kemahiran berkataTIDAK kepada pengambilan dan pembelian makanan serta minuman beralkohol

B3D4 Menjelaskan pelbagai jenis emosi

B3D4E1 Menjelaskan dengan contoh maksud konflik dan stres serta mengenal pasti tanda-tanda konflik dan stres dalam diri sendiri

12

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri

B3D5 Menjelaskan peranan institusi kekeluargaan dalam menangani gejala sosial

B3D5E1 Menjelaskan dengan contoh peranan dan tanggungjawab ahli keluarga dalam mencegah serta menangani gejala sosial

13

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4 Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran

B4D1 Memperkembangkan aspek keupayaan diri

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

B4D1E1 Menghitung tempoh kitaran haid dan menjelaskan melalui contoh tiada gangguan aktiviti harian semasa haid serta mengetahui perubahan yang mungkin dialami semasa haid B4D2E1 Memilih cara menangani pelbagai situasi negatif terhadap perubahan fizikal pada diri sendiri, rakan dan keluarga B4D3E1 Menterjemah kepentingan maklumat yang terdapat pada label makanan iaitu kualiti, tarikh luput dan kandungan bahan B4D4E1 Membezakan kesan jangka pendek dan panjang terhadap fizikal dan mental akibat pengambilan alkohol B4D5E1 Menjelaskan melalui contoh punca konflik dan stres dalam diri serta kesan konflik dan stres terhadap diri sendiri

B4D2 Berkemahiran menangani pelbagai situasi negatif terhadap perubahan fizikal B4D3 Mengamalkan pemakanan yang selamat B4D4 Berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat B4D5 Menguruskan emosi untuk meningkatkan kesihatan mental

14

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4 Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran

B4D6 Mengaplikasikan kemahiran interpersonal dan komunikasi dalam keluarga B4D7 Mempamerkan kemahiran psikososial dalam kehidupan harian B4D8 Berkemahiran untuk mengunakan kaedah bantu mula yang sesuai mengikut situasi

B4D6E1 Menjelaskan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga serta memilih cara meluahkan perasaan kasih sayang dalam keluarga B4D7E1 Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan B4D8E1 Membincangkan jenis kecederaan ringan dan membuat urutan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

15

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

B5 Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat

B5D1 Berupaya mengurus diri secara positif dan sihat

B5D1E1 Mewajarkan perubahan fizikal lelaki dan perempuan apabila akil baligh dan cara pengurusan diri apabila mengalami haid dan ihtilam B5D2E1 Membahaskan di kalangan rakan cara mengurus konflik dan stres

B5D2 Berkemahiran mengurus emosi dalam kehidupan seharian B5D3 Mengaplikasikan kemahiran interpesonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian B5D4 Mengaplikasi kepentingan menjaga keselamatan diri daripada pengaruh rakan sebaya

B5D3E1 Membuat keputusan cara meluahkan perasaan yang sesuai dalam pelbagai situasi

B5D4E1 Membahaskan di kalangan rakan berkenaan pengaruh positif dan negatif rakan sebaya dan cara-cara mengatasi pengaruh negatif rakan sebaya

16

DRAF DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 28 MAC 2013 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

B6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat

B6D1 Membuat pertimbangan dalam mengangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat B6D2 Berkeupayaan mencegah dan mengurus risiko penyakit tidak berjangkit

B6D1E1 Mencipta cara dan menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan kesan pengambilan alkohol kepada ahli keluarga dan rakan sebaya B6D2E1 Mereka bentuk cara dan menyebar luas maklumat yang berkaitan dengan jenis penyakit tidak berjangkit dan cara pencegahannya kepada orang lain

17

You might also like