You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KEM SUKAN SEKOLAH 2013 SMK 9LKTP0 CHEMOMOI 1. PENGENALAN.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza. 2. LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad-Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB sendiri. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011. Dasar 1MURID 1SUKAN ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental. Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah kecemerlangan sukan. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:i. Elemen keseronokan. ii. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan. iii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi. iv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

3. MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH. 3.1 3.2 Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah. Melalui rangsangan/tugasan murid dapat: i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan. ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab. iii. Membantu dalam penganjuran pertandingan. 3.3 3.4 Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab. Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).

4. OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH. 4.1 4.2 Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah. Melalui rangsangan/tugasan murid dapat: i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan. ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab. iii. Membantu dalam penganjuran pertandingan. 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab. Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games). Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan. Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

5. TARIKH DAN MASA CADANGAN Tarikh Masa Tempat : 10 September 2013 : 7.40 pagi hingga 6.00 petang : SMK (LKTP) Chemomoi

6. KUMPULAN SASARAN KEM SUKAN SEKOLAH. - Tingkatan 2 sahaja. - dua (2) orang wakil setiap kelab sukan dari Tingkatan 2 sahaja. - Bilangan maksimum peserta setiap kem 40 orang. 7. IMPAK / HASIL KEM SUKAN SEKOLAH. i. Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah dalam kalangan murid. ii. Murid yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan. iii. Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. iv.Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat. 8. JAWATANKUASA KEM SUKAN SEKOLAH. Pengerusi : Pn. Hjh Rosinawati bt Abdullah Naib Pengerusi 1 : En Saharudin bin Mohd Salleh Naib Pengerusi 2 : En Mah Hussain bin Awang Lah Naib Pengerusi 3 : Pn Helmiah bt Abdul Kudus Setiausaha : En Mohd Fitri Bin Saleh Bendahari : Cik Farisah Bt Harun Ahli jawatankuasa : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Latihan/Bengkel/Peralatan Majlis Penutup : En Roslan Bin Ab Ghani : En Zainal bin Abdullah : Cik Azmira bt Kadir (Pengetua) (PK Ko-kurikulum) (PK Pentadbiran) (PK HEM) (SU Sukan / Kem Komandan) (Bendahari PIBG)

Pendaftaran/Makanan: Cik Aminah bt Ibrahim Hadiah/Cenderamata/Sijil Jemputan/Sambutan/Buku Program : Pn Hanisa Bt Ngah Perubatan/Keselamatan/Pertolongan Cemas : Cik Nurmazaidaayu Bt Akmen Siar raya/Publisiti dan Dokumentasi : En Mohd Farid Bin Kodit

9. CADANGAN AKTIVITI / TENTATIF PROGRAM TARIKH HARI MASA 7.30 pagi : : 10 SEPTEMBER 2013 SELASA CATATAN Dewan TINDAKAN - Kem Komandan - JK Pendaftaran

AKTIVITI - Pendaftaran peserta - Pembahagian Kumpulan - Ucapan Pengetua - Ice Breaking -Nyanyian Lagu i. Negaraku ii. Negeri Pahang iii. Lagu Sekolah - Senamrobik Ceramah I dan LDK Minum pagi Kemahiran I Makan Tengahari dan

8.15 pagi

Padang

SMKC

/ - Kem Komandan - JK Bengkel

Dataran Perhimpunan

8.50 pagi 10.20 pagi 10.40 pagi 12.10 tghri 2.30 petang 4.00 petang 5.30 petang

Dewan Kantin Padang Solat Kantin dan Surau Dewan

- Kem Komandan - JK Bengkel JK Makanan - Kem Komandan - JK Bengkel Kem Komandan - Kem Komandan

Zohor Ceramah II dan LDK Mini Eksplorace Majlis Penutup

- JK Bengkel Kawasan Persekitaran - Kem Komandan Sekolah Dewan - JK Bengkel JK majlis Penutup

10. ANGGARAN PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PERKARA JUMLAH PERBELANJAAN PERKARA JUMLAH

Sekolah

(RM) 399.00

Fail poket ( 25 x RM0.60) Air Mineral (4kotak X RM14) Alat tulis pen (25 x RM1) Marker (10 x RM3.50) Makan Tengahari (20 x RM5) Roti (40 x RM 0.70) -minum pagi & minum petang Kertas Mahjong (10xRM 0.50) JUMLAH

(RM) 150.00 56.00 25.00 35.00 100.00 28.00 5.00 399.00

JUMLAH 11. PENUTUP

399.00

Diharapkan dengan penganjuran Kem Sukan Peringkat SMKC ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran sukan serta peka dengan isu semasa berkaitan pengurusan sukan terutamanya. Di samping itu, dengan pengisian yang diberi akan memberi manfaat kepada peserta-peserta seterusnya berkemampuan mengendalikan kelab sukan masing-masing kelak.

DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH,

DISAHKAN OLEH

............................................. (MOHD FITRI BIN SALEH) Setiausaha Sukan, SMK (LKTP) Chemomoi.

.......................................

.................................

You might also like