You are on page 1of 5

SEJARAH SINGAPURA

Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara
sehinggalah Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British di situ. Di
bawah pemerintahan koloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat
strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India
dan China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke
hari ini. Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera Jepun dari tahun
1942 hingga tahun 1945. Diantara wira yang terkorban dalam mempertahankan
Singapura dalam perperangan ini adalah leftenan Adnan bin Saidi.

Selepas tamat peperangan, penduduk tempatan dibenarkan menjalankan pemerintahan


sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Seterusnya pada tahun 1963
Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan
Sarawak untuk membentuk Malaysia. Tetapi Singapura seterusnya keluar daripada
Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965

Sejarah Silam
Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada
kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut").

Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum


ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah bin Abdul Kadir
yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun
dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di
situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentakbiran (istana) di situ.

Selain daripada itu, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi turut menyatakan terjumpanya
satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur.
Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat
pentakbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris.

Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan Inggeris oleh
seorang jurutera Inggeris. Bagaimanapun, terdapat nota mengenai satu salinan tulisan
tersebut telah dihantar ke London tetapi gagal ditafsirkan. Sekiranya rekod salinan tulisan
itu dapat dijumpai kembali, ia boleh memberikan anggaran tarikh ia diukir melalui
terjemahan ataupun sekiranya masih gagal diterjemah, melalui jenis tulisan yang
digunakan.
[Sunting]

Penubuhan Singapura Moden (1819)


Di antara kurun ke-16 dan kurun ke-19, Kepulauan Melayu secara beransur-ansur
menjadi milik penjajah dari Eropah. Permulaan penjajahan dari Barat bermula apabila
Portugis tiba di Melaka pada tahun 1509. Manakala pada kurun ke-17, Belanda telah
menguasai kebanyakkan pelabuhan-pelabuhan utama di Kepulauan Melayu. Pihak
Belanda telah memonopoli kesemua perdagangan rempah ratus yang pada ketika itu
merupakan bahan perdagangan yang penting. Penjajah Eropah yang lain termasuk
British, cuma mempunyai hak perdagangan yang kecil.

Sir Stamford Raffles, Pengasas Singapura Moden

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah
pelabuhan British iaitu di Bengkulu, Sumatera. Raffles percaya bahawa British perlu
mencari jalan untuk menjadi kuasa dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan
membina sebuah pelabuhan baru di Selat Melaka. Pelabuhan British sedia ada seperti
Pulau Pinang adalah terlalu jauh daripada Selat Melaka manakala Bengkulu pula
menghadap Selat Sunda.

Pada tahun 1818, telah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk
mencari pelabuhan baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia
menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai
oleh seorang Temenggung Johor. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan
politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda
dan Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi
sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya
meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya
ingin dilantik menjadi sultan.
Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku
Hussein untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussein sanggup membenarkan British
membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang
tahunan kepada Tengku Hussein. Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819.

[Sunting]

Perkembangan Awal (1819-1826)


Raffles kembali ke Bengkulu tidak lama kemudian selepas menandatangani perjanjia
dengan Johor. William Farquhar mengetuai koloni baru British ini dengan bantuan
sepasukan askar British.

Disebalik masalah-masalah yang dihadapi Singapura berkembang pesat kerana statusnya


sebagai sebuah pelabuhan bebas. Pedagang-pedagang Arab, China dan India
menjadikannya tempat persinggahan mereka.

[Sunting]

Negeri-Negeri Selat (1826-1867)


Penubuhan Singapura oleh Raffles mendapat masalh apabila kerajaan Belanda menuduh
British mencampuri kawasan naungan pengaruhnya. Pada mulanya kerajaan British dan
Syarikat Hindia Timur Inggeris bersimpati dengan masalah ini tetapi lama kemudian
mereka mengabaikannya demi kepentingan kemajuan di Singapura. Menjelang tahun
1822, sudah jelas niat British bahawa mereka tidak akan sesekali menyerahkan
Singapura.

Status Singapura sebagai hak milik British diperkukuhkan dengan termeterainya


Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang mana Kepulauan Melayu terbahagi kepada
pengaruh dua kuasa. Kawasan utara termasuklah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
sebagai kawasan pengaruh British manakala kawasan di sebelah selatan di bawah
pengaruh Belanda. Pada tahun 1826, Singapura bersama-sama dengan Pulau Pinang dan
Melaka tergolong di bawah satu pemerintahan iaitu Negeri-Negeri Selat.

[Sunting]

Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945)


Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pearl Harbour. Salah satu objektif Jepun adalah
untuk menguasai Asia Tenggara kerana faktor ekonomi. Singapura yang merupakan
pangkalan utama Tentera Bersekutu ialah sasaran utama Jepun.

Di Singapura ramai beranggapan bahawa Jepun akan menyerangnya terlebih dahulu


sebelum menyerang Malaya. Pihak British bersedia apabila menyediakan antara
kontinjen perang terbaiknya. Hal ini termasuklah penghantaran kapal perang HMS Prince
of Wales dan kapal perang HMS Repulse. Mereka juga menghantar beberapa kapal perang
yang lain.

Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Selepas dua hari
askar-askar Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat
dimusnahkan oleh tentera Jepun. Tentera Jepun terus mara ke seluruh Tanah Melayu
menyebabkan tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura.
Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun,
tentera Jepun sudah berjaya menguasai kesuluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia
untuk menyerang Singapura.

Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar


British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada Tahun Baru Cina iaitu
15 Februari 1942. Lebih kurang 130,000 askar India, Australia dan British menjadi
tahanan perang. Kejatuhan Singapura merupakan penyerahan kalah terbesar British
dalam sejarah.

Singapura kemudiannya dinamakan semula menjadi Syonan-to (昭南島 Shōnan-tō,


"Cahaya Selatan) dalam bahasa Jepun. Singapura diduduki oleh Jepun dari tahun 1942
hingga tahun 1945.

[Sunting]

Pemerintahan Sendiri (1955-1963)


Pengerusi Parti Buruh, David Marshall, menjadi Ketua Menteri Singapura yang pertama.
Dia memerintah sebuak kerajaan yang tidak stabil dan mengakibatkan terjadinya peritiwa
mogok besar-besaran. Pada bulan April 1956, dia ke London untuk berbincang mengenai
kemerdekaan Singapura tetapi tidak berjaya kerana pengaruh komunis di Singapura.
Marshall terus menekan British bahawa dia akan meletak jawatan sekirannya British
tidak memberi kemerdekaan kepada Singapura. Tetapi British langsung tidak
menghiraukan ugutan Marshall dan akhirnya dia terpaksa melepaskan jawatannya. Ketua
Menteri Singapura seterusnya ialah Lim Yew Hock. Beliau mengambil tindakan yang
tegas terhadap ketua-ketua kesatuan sekerja dan ahli-ahli pro-komunis.

Tindakan tegas Lim menyebabkan British bersetuju untuk memberikan pemerintahan


sendiri kepada Singapura.

[Sunting]

Membentuk Persekutuan Malaysia (1963-1965)


Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan
Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat
dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan
Rakyat memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan
ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera.

Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew.
Jadi pada 7 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuang Singapura daripada Malaysia.
Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu
kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan
Singapura.

[Sunting]

Republik Singapura (1965-sekarang)


Selepas Singapura keluar daripada Malaysia, Singapura mula muncul sebagai kuasa
perdagangan dunia. Banyak kemudahan dan kemajuan dicapai semasa pemerintahan Lee
Kuan Yew.

Pada tahun 1990, Lee Kuan Yew bersara daripada politik dan memberi kuasa
pemerintahan kepada Goh Chok Tong. Pada tahun 2004 pula, Goh Chok Tong meletak
jawatan sebagai Perdana Menteri dan memberi laluan kepada anak Lee Kuan Yew iaitu
Lee Hsien Loong untuk memerintah

You might also like