You are on page 1of 8

Kata-kata hikmat Tokoh Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk

mendapatkannya Albert Einstein Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat Joseph Conrad Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya John Petitsenn Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu Whittier Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya Saidina Ali Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal kebahagiaan itu mudah, kerana bermula daripada dirinya sendiri Said Mustafa Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka Charles Cahier Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah Rahmohan Ghandi Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia Richard Brinsley Sheridan Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan Mognon Me Lauhlin Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah pada kesabaran Horatius Jika manusia masih tetap jahat walaupun beragama, bagaimana lagi jika tiada agama? -Benjamin Franklin

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang William J. Siegel Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran Flower A. Newhouse Lombong emas dalam diri kamu ialah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan Abdullah Mansur M.H Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang Samuel Johnson Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan benteng yang tidak dijaga Napoleon Bonaparte Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa Goethe Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang Anonim Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu daripada adab dan pertanyaannya, bukan daripada jawapan-jawapannya Voltaire Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya Voltaire Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menjadi sahabat sempurna seseorang Hamka Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat Khalifah Abdul Malik Marwan Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang Aristotle

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya

Khong Hu Cu Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai orang tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak mempercayai orang Frank Crane Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah T.S Matthews Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda Ray Kroc (Pengasas McDonalds) Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah Lao Tze Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi Confucius Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia Richard Brinsley Sheridan Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.Hidup menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan Harieta Wahab Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya Stahl P.J Kebahagiaan ialah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya Emerson Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya Marcus Aurelius Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji La Roche Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat Beng Tju Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh Albert Einstein Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa-apa yang boleh kamu buat untuk negara Abraham Lincoln Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti Hukama Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka Soekarno Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan ialah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan Andre Colin Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah Wahab B Munabin Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu ialah menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu Aflatun Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang Cecil B. DeMille Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya Albert Camus Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat Charles Cahier Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka Charles Cahier Semua pencapaian manusia dan kegagalan diterima ialah kesan langsung pemikirannya James Allen Menyimpang seinci, rugi seribu batu Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat Benjamin Disraeli Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain I. Salanter Lipkin Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya Aristotle Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. Jose Joaquin Olmedo Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat Joseph Conrad Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah Philip Massinger Kegagalan ialah asas kemenangan Lao Tze Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah Lao Tze Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang Samuel Johnson Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang Cecil B. DeMille Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. Peribahasa Arab Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya Confucius Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi Confucius Ilmu ialah kuasa

Francis Bacan Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah-tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah hilang Hamka. Kepuasan terletak pada usaha bukan kejayaan Mahatma Gandhi Jikalau satu-satunya yang ada hanyalah tukul, maka semua masalah akan dilihat seperti paku Maslow Orang yang dilahirkan di dalam kandang kuda, tidak semestinya akan menjadi kuda Pepatah Inggeris

SAYIDINA ABU BAKAR Sesungguhnya seorang hamba itu apabila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan Dia berkata kepada para sahabat,Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku! SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB Jika tidak kerana takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya dan barang siapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa-apa yang dia kehendaki. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untuk-Mu bukan untuk manusia. SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH

Cukuplah apabila aku berasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima? Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya. UMAR BIN AZIZ Orang yang bertakwa itu dihalang Sesungguhnya subahat itu pada yang halal Kemaafan yang utama itu ialah ketika berkuasa SUFFIAN AS THAURI Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara subahat Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir apabila dia gemar pada dunia Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat IMAM AS SYAFIE Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa-apa yang ada serta reda dengan keduanya Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan Orang yang berakal itu ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji) Barangsiapa yang menyukai apabila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia IMAM MALIK

Ilmu itu bukanlah dengan memperbanyak riwayat tetapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letakkan dalam hati Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan IMAM ABU HANIFAH Tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidakku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya apabila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar. Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak IMAM AHMAD Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya SUFFIAN BIN UYAINAH Dua perkara yang susah sekali untuk diubati ialah meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan ikhlas beramal untuk Allah Sesiapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia

You might also like