You are on page 1of 151

ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR

KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER

GENGATHARAN A/L MARIAPPAN

Tesis ini dikemukakan


sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Geomatik)

Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi


Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2005
PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦


JUDUL : ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR
KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH
BERKOMPUTER

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

Saya GENGATHARAN A/L MARIAPPAN


(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti
yang termaktub di AKTA RAHSIA RASMI 1972
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

__________________________ ___________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
NO.9, TAMAN PENGLY, PROF. DR. ABDUL MAJID ABD.KADIR
JALAN KAMUNTING LAMA, Nama Penyelia
34000 TAIPING,
PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh : APRIL 2006 Tarikh : APRIL 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Geomatik)”.

Tandatangan : ---------------------------------------------
Nama Penyelia : Profesor Dr.Abdul Majid A.Kadir
Tarikh : APRIL 2005
ii

“Saya akui penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………
Nama Penulis : GENGATHARAN AL MARIAPPAN
Tarikh : 5 APRIL 2006
iii

Untuk ayah, ibu, adik-beradik, anak-anak dan isteri ku Sivananthiny


yang tersayang
iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia projek


Profesor Dr. Abdul Majid Abd. Kadir ke atas segala panduan, bimbingan, nasihat
dan dorongan yang beliau telah hulurkan di sepanjang tempoh menjalankan
penyelidikan tesis ini.

Penghargaan juga turut disampaikan kepada Profesor Madya Ghazali bin


Desa, Dr.Abdullah Hisam bin Omar, En.Marzuki bin Mohd Kassim, bekas pengarah
Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang, Puan Jamilah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah
Ukur Pulau Pinang, En.Hassan bin Saat, bekas Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
Pulau Pinang dan kerjasama daripada kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau
Pinang, kakitangan Pejabat PTG Pulau Pinang dan kakitangan Pejabat Tanah dan
Daerah Larut Matang dan Selama, Taiping dan juga semua pihak yang membantu
samada secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan projek penyelidikan
ini.
v

ABSTRAK

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah memperkenalkan Sistem


Pengurusan Data Kadaster (SPDK) pada tahun 1997. Antara tujuan utama Sistem
Pengurusan Data Kadaster ini ialah untuk mempopulasikan Pangkalan Data Ukur
Kadaster (PDUK ) di semua Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri. Manakala
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pula telah melaksanakan Sistem
Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat-
Pejabat Tanah dan Daerah disetiap negeri bermula pada tahun 1995. Antara tujuan
utama sistem ini ialah untuk memudahkan proses pendaftaran surat hakmilik tanah,
pinda milik tanah, carian rekod tanah dan lain-lain urusan berkaitan tanah melalui
komputer. Kedua-dua sistem tersebut ( SPDK dan SPTB ) berasaskan komputer
tetapi berfungsi secara persendirian (stand-alone system) dan ini menyebabkan
maklumat-maklumat yang sangat bernilai tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk
pengurusan dan pentadbiran tanah yang cekap dalam era kemajuan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan untuk
mengkaji dan mengenalpasti isu-isu pengintegrasian kedua-dua sistem SPDK dan
SPTB supaya satu model konseptual pengintegrasian antara PDUK dan SPTB dapat
dibangunkan. Hasil kajian mendapati kedua-dua sistem, PDUK dan SPTB, boleh
diintegrasikan melalui prosedur dan peraturan kerja berlandaskan teknologi dan
konsep digital.
vi

ABSTRACT

The Department of Survey and Mapping Malaysia has introduced the


Cadastre Data Management System (CDMS) in the year 1997. One of the main
purpose of the CDMS is to repopulate the Digital Cadastral Database (DCDB) for the
Departments of Survey and Mapping at all states. On the other hand, The Ministry
of Natural Resources and Environmental formaly known as The Ministry of Land
and Cooperative Development has also introduced Computerized Land Registration
System (CLRS) at the State Land and Mines Offices as well as the Land Offices
throughout the country from the year 1995 onwards. The purpose of this system is to
ease the registrations of the land titles and land dealings using the computerized
system. Both systems are computer based stand-alone system whereby important
land informations to be used effectively and effeciently. Therefore, the aim of this
research is to investigate issues related to DCDB and CLRS in order to develope a
conceptual model that can integrate DCDB and CLRS. The results of this research
show that these two systems can be integrated base on procedure and regulation that
fit to the technology and digital environment working concept.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL TESIS i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Tujuan Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian 7
1.6 Kepentingan Dan Sumbangan Kajian 8
1.7 Metodologi Kajian 8
1.8 Struktur Kandungan Topik 11
viii

2 SISTEM KADASTER SPATIAL 13


2.1 Pendahuluan 13
2.2 Latar Belakang 13
2.3 Perkembangan Model-Model Kadaster 15
2.3.1 Model Data Kadaster 17
2.3.2 Model Organisasi Kadaster 19
2.3.3 Sistem Kadaster dan
Pembangunan Berterusan 21
2.4 Model Kadaster Spatial 22
2.5 Komponen Sistem Kadaster 24
2.5.1 Definasi Kadaster 25
2.5.2 Komponen Data Kadaster 26
2.5.3 Komponen Organisasi Kadaster 30
2.6 Rumusan 33

3 PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN


DATA KADASTER 35
3.1 Pendahuluan 35
3.2 Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer 36
3.3 Sistem Pengurusan Data Kadaster 37
3.3.1 Sistem Pemprosesan Kadaster 38
3.3.2 Sistem Pengesahan Kualiti (SPEK) 39
3.3.3 Sistem Pengurusan Imej Dokumen
(SPID) 40
3.3.4 Sistem Pendaftaran Rekod
Ukur (SRS) 42
3.3.5 Sistem Dagangan Elektronik 43
3.3.6 Sistem Maklumat Kaunter (CIS) 43
3.4 Peningkatan Sistem Pengurusan Data
Kadaster 44
3.4.1 Sistem Pengurusan Lapisan GIS 45
3.4.2 Sistem Pemetaan Desktop (DMS) 48
3.4.3 Browser Eksekutif (EB) 48
ix

3.4.4 Pusat Operasi SPDK (SOC) 49


3.4.5 Pusat Maklumat eSRS 49
3.4.6 Modul eSKL 48
3.4.7 Modul Produk Terakhir (DEP) 51
3.4.8 Modul Penambahbaikan
Perkhidmatan Kaunter 52
3.4.9 Modul Intranet 53
3.5 Rumusan 53

4 PANGKALAN DATA UKUR KADASTER 55


4.1 Pendahuluan 55
4.2 Latar Belakang 56
4.3 Pangkalan Data Ukur Kadaster 57
4.3.1 Kaedah Pempopulasian Data
Kadaster Ke Dalam PDUK 58
4.3.2 Pembangunan Pangkalan Data Ukur 61
4.3.3 Struktur Data PDUK 64
4.3.4 Peningkatan Ke atas PDUK 68
4.3.5 Isu-Isu Data Kualiti Dan
Integriti PDUK 69
4.3.5.1 Status Sempadan Lot 71
4.3.5.2 Status Keluasan Lot 73
4.3.5.3 Status Koordinat Sistem 74
4.3.5.4 Penggunaan Koordinat
Mempelot 75
4.3.5.5 Data Migrasi Dari Sistem
Mini-CALS 76
4.3.5.6 Maklumat Ukuran Kelas
Tiga (3) 76
4.3.5.7 Maklumat Yang Tidak
Lengkap Dan Terkini 77
4.4 Rumusan 77
x

5 SISTEM PENDAFTARAN TANAH


BERKOMPUTER 79
5.1 Pendahuluan 79
5.2 Pendaftaran Tanah 81
5.3 Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 81
5.3.1 Latar Belakang 82
5.4 Ciri-Ciri Sistem Pendaftaran Tanah
Berkomputer 83
5.5 Kandungan Maklumat 84
5.6 Hasil Pengeluaran Sistem SPTB 85
5.6.1 Dokumen Hak Milik Daftar
Komputer (DHDK) 85
5.6.2 Dokumen Hak Milik Keluaran
Komputer (DHKK) 86
5.6.3 Sijil Carian 86
5.6.4 Dokumen Verifikasi 86
5.7 Proses Pendaftaran Tanah 87
5.8 Dokumen Hakmilik Cetakan
Komputer 88
5.9 Struktur Teknikal 89
5.10 Pangkalan Data SPTB 91
5.11 Carian Dokumen 91
5.11.1 Carian Persendirian 91
5.11.2 Carian Rasmi 92
5.12 Penukaran Hakmilik Manual
Kepada Bentuk Hakmilik Komputer 93
5.13 Pendaftaran Urusniaga Dan Bukan
Urusniaga 94
5.14 Kegunaan Data SPTB 94
5.15 Rumusan 95
xi

6 ISU-ISUPENGINTEGRASIAN PDUK DAN SPTB 96


6.1 Pendahuluan 96
6.2 Isu-Isu Pengintegrasian 97
6.2.1 Ketiadaan Mekanisme Perkongsian
Data Antara Organisasi 97
6.2.2 Kelengkapan PDUK 99
6.2.3 Penyenggaraan Data Dan Sistem 99
6.2.4 Penstrukturan Agensi 100
6.2.5 Isu-Isu Pengoperasian 100
6.3 Elemen-Elemen Pengintegrasian 100
6.3.1 Kualiti dan Integriti Data 101
6.3.2 Fleksibiliti 101
6.3.3 Kemudahan Pencapaian Data 102
6.3.4 Hak Pemilikan Data Dan
Kerahsiaan Data 102
6.4 Peralatan 102
6.5 Cadangan Model Pengintegrasian 103
6.6 Model Jaringan Penyenggaraan 105
6.7 Ciri-Ciri Model Konseptual
Pengintegrasian 107
6.7.1 Organisasi 108
6.7.2 Teknologi 109
6.7.3 Pangkalan Data 109
6.7.4 Perundangan 110
6.7.5 Amalan Dan Prosedur Kerja 112
6.8 Rumusan 113

7 KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 114


7.1 Rumusan Kajian 114
7.2 Kesimpulan 115
7.3 Cadangan 118
7.4 Penutup 118
xii

BIBLIOGRAFI 120-124

LAMPIRAN A-G 125-131


xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Sistem Pasaran Tanah 22


3.1 Keterangan Modul Sistem Pemprosesan Kadaster 39
3.2 Keterangan Modul Sistem Pendaftaran Rekod Ukur 42
3.3 Sumber Penawanan Lapisan Data 46
3.4 Maklumat Fail Ukur Digital 50
3.5 Senarai Lampiran Dalam Modul eSRS 50
3.6 Maklumat eSKL 51
4.1 Format Fail ASCII JUPEM 60
4.2 Fail-Fail ASCII Out-Source 61
4.3 Jumlah lot Dalam PDUK Berbanding
Lot Siap Diukur 62
4.4 Model Data PDUK 66
4.5 Analisis Perbezaan Koordinat Sistem
Berbanding Koordinat Jilid Kira 75
5.1 Bilangan Hakmilik Di Negeri-Negeri
Semenanjung Malaysia 80
5.2 Kandungan Maklumat Dalam SPTB 84
5.3 Penukaran Borang Dokumen Hak Milik
Manual Kepada SPTB 89
xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 10


2.1 Perspektif Sistem Kadaster 16
2.2 Pengintegrasian Sistem Maklumat Tanah 18
2.3 Komponen Kadaster Pelbagai Guna 19
2.4 Model Konseptual Sistem Kadaster 20
2.5 Model Konseptual Bagi Pembangunan
Berterusan 23
2.6 Model Konseptual Sistem Maklumat Tanah 29
2.7 Bahagian Kadaster Bagi Sistem Maklumat Tanah 30
2.8 Hubungan Di antara Komponen Spatial
Dan Komponen Tekstual 32
3.1 Imej Raster Pelan Akui Dalam SPID 41
3.2 Menunjukkan Konfigurasi Sistem Pengurusan
Lapisan GIS 47
3.3 Rajah Skima Browser Eksekutif 48
4.1 Perhubungan Pangkalan Data Mini-CALS
dan PDUK 58
4.2 Pembangunan Pangkalan Data Kadaster 64
4.3 Model Hubungan Entiti Dan Atribut PDUK 65
4.4 Struktur Pangkalan Data PDUK 67
4.5 Sistem Rujukan Rekod-Rekod Kadaster 68
4.6 Kepincangan Sempadan Lot Dalam PDUK 71
4.7 Kepincangan Sempadan Lot Dalam PDUK 72
4.8 Kehilangan Lot Kecil Dalam PDUK 72
5.1 Konfigurasi SPTB 90
6.1 Model Konseptual Komunikasi Pengintegrasian
PDUK-SPTB 105
xiv

6.2 Model Jaringan Penyenggaraan Data Berdigit 106


6.3 Ciri-Ciri Model Pengintegrasian PDUK-SPTB 108
xvi

SENARAI SINGKATAN

ABT - Agensi Berkaitan Tanah


CALS - Computer Assisted Land Survey System
CAMS - Computer Assisted Mapping System
CCS - Coordinated Cadastre System
CIS - Counter Information System
CLRS - Computerized Land Registration System
CPS - Cadastral Processing System
DCDB - Digital Cadastral Database
DEP - Digital End Product
DMS - Desktop Mapping System
DHDK - Dokumen Hak Milik Daftaran Komputer
DHKK - Dokumen Hak Milik Keluaran Komputer
EB - Executive Browser
eSKL - Elektronik Surihan Kerjaluar
eSRS - Electronic Survey Record System
GIS - Geographic Information System
GLMS - GIS Layer Management System
ICT - Information And Communication Technology
IT - Information Technology
JUPEM - Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia
JTB - Juruukur Tanah Berlesen
JK - Jilid Kiraan
KTN - Kanun Tanah Negara
LAN - Local Area Network
LIS - Land Information System
MacGDI - Malaysian Center of Geospatial Data Infrastructure
NALIS - National Land Information System
PDUK - Pangkalan Data Ukur Kadaster
xvii

PTD - Pentadbir Tanah dan Daerah


PTG - Pengarah Tanah dan Galian
SOC - SPDK Operation Center
SPDK - Sistem Pengurusan Data Kadaster
SPEK - Sistem Pengesahan Kualiti
SPID - Sistem Pengurusan Imej Dokumen
SPTB - Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer
SQL - Structural Query Language
SRS - Survey Record System
TIFF - Tag Image File Format
UPI - Unique Parcel Indentifier
VPN - Virtual Private Network
WAP - Wireless Application Protocol
xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Konfigurasi SPDK 125


B Carta Alir Penawanan Data Imej SPID 126
C Konfigurasi Peningkatan SPDK 127
D Kewujudan Bersama Data Integrasi
Di antara SPDK Dan SPDK Upgrade 128
E Carta Alir Pempopulasian PDUK 129
F Contoh Borang B1 130
G Contoh Borang B2 131
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan teknologi dan kemajuan komputer telah mencetuskan


perubahan drastik secara global dan membawa satu revolusi baru kepada hampir
kesemua bidang yang melibatkan aktiviti manusia. Bidang kadaster, salah satu
bidang tertua di dunia turut menerima perubahan tersebut secara positif selari
dengan reformasi kadaster yang berlaku di peringkat antarabangsa. Sistem
pengukuran kadaster di Malaysia yang berfungsi untuk menyokong sistem
pendaftaran tanah negara telah mengambil inisiatif untuk menggantikan pengurusan
data kadaster analog kepada data kadaster berdigit. Keadaan ini, sangat dipengaruhi
oleh penggunaan komputer dan peralatan ukur yang mampu merekodkan cerapan
padang secara elektronik. Kewujudan data kadaster berdigit kini merupakan data
asas yang boleh digunakan sebagai data spatial yang merujuk kepada lokasi geografi
lot tanah dan juga data tekstual yang merujuk kepada maklumat atribut proses
pendaftaran dan pindah milik lot tanah tersebut.

Pengukuran kadaster dan pemetaan merupakan tanggungjawab kerajaan


persekutuan manakala pentadbiran tanah merupakan bidang kuasa mutlak kerajaan
negeri masing-masing. Dalam konteks ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) yang mana merupakan salah satu jabatan kerajaan persekutuan
bertanggungjawab mengendalikan aktiviti pengukuran kadaster sebagai salah satu
fungsi utama jabatan di setiap negeri selain daripada aktiviti pemetaan negara.
Aktiviti pendaftaran tanah pula dipertanggungjawabkan kepada Pentadbir Tanah
Daerah dan Pendaftar Hakmilik Tanah mengikut sempadan pentadbiran daerah dan
2

negeri masing-masing. Tanah pertanian yang kurang dari 10 ekar, pendaftarannya


kendalikan oleh Pentadbir Tanah dan Daerah manakala tanah pekan, tanah bandar
dan tanah pertanian yang keluasannya 10ekar dan keatas pendaftaran dikendalikan
oleh Pendaftar Hak Milik Tanah kecuali pemegangan tanah dibawah Akta
Penempatan Berkelompok 1960 (Group Settlement Act,1960).

Walaupun kedua-dua organisasi ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan serta


Pejabat Tanah dan Daerah berfungsi di bawah bidang kuasa berlainan iaitu kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri namun, persamaan ideologi politik di antara pusat
dan negeri serta kerjasama yang sedia wujud sejak zaman penjajahan British
dahulu, di antara kedua-dua jabatan ini dapat menyediakan satu sistem kadaster
yang cekap dan selamat dalam membekalkan maklumat lengkap ke atas tanah yang
dikeluarkan hak milik secara manual. Dalam pada itu, sebagai contoh misalnya
kepincangan yang mungkin wujud antara kedua-dua organisasi tersebut akibat
perubahan kerajaan negeri yang berlainan dari kerajaan pusat sudah tentu akan
mempengaruhi dan merumitkan lagi keadaan sistem pentadbiran dan pengurusan
tanah secara umum dan pendaftaran tanah secara khususnya di peringkat negeri
seperti berlaku ke atas negeri Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya tahun
1999. Oleh sebab itu keperluan di adakan satu mekanisme pengintegrasian di antara
agensi-agensi berkaitan tanah di antara jabatan khususnya Jabatan Ukur dan
Pemetaan Negeri, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah Daerah
boleh memainkan peranan dalam memodenkan pentadbiran dan pengurusan tanah
yang lebih cekap berlandaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi masa kini.

JUPEM telah ditubuhkan pada tahun 1885 di bawah sistem pemerintahan


penjajahan British dan merupakan salah satu jabatan kerajaan tertua di Malaysia
(Abdul Majid, 1997). Fungsi utama Jabatan pada masa itu adalah membekalkan
surat hak milik dengan pelan lot tanah berdasarkan Sistem Torrens. Perubahan
dasar kerajaan berhubung dengan aktiviti ekonomi berasaskan sektor pertanian
kepada sektor pembinaan dan perindustrian pada awal tahun 1980an menyebabkan
berlakunya pembangunan tanah secara pesat. Ini menyebabkan pertambahan beban
kerja kepada jabatan. Menyedari hakikat ini serta memenuhi kehendak
pembangunan tanah yang bakal dihadapi, JUPEM telah mengambil beberapa
langkah proaktif dalam operasi kutipan data di lapangan dan kerja pemprosesan di
3

pejabat. Pada awal tahun 1980an sistem komputer mula digunakan dalam operasi
pemprosesan data kadaster (Abdul Majid, 1994).

Melalui dasar modenisasi dan pengkomputeran, JUPEM telah memulakan


Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer (Computer Assisted Land Survey System,
CALS ) sebagai projek perintis di Negeri Johor pada tahun 1986. Perojek tersebut
dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dibawah Rancangan Malaysia Kelima 1986 -
1990. Walaupun sistem ini bertujuan untuk mempercepatkan pemprosesan jilid
kiraan dan penyediaan pelan akui, malah ia juga mendorong jabatan secara tidak
langsung penghasilan pangkalan data ukur kadaster (Ahmad Fauzi Nordin, 2001).
Seterusnya, sistem CALS tersebut dilaksanakan di negeri Pahang pada tahun 1994.
Kedua-dua sistem CALS di Johor dan Pahang terbukti mempercepatkan operasi
jabatan dalam menyediakan data kadaster berdigit. Hasil daripada kejayaan ini,
Sistem CALS akhirnya telah diperkenalkan di semua negeri di Semenanjung
Malaysia pada tahun 1995 dengan nama singkatan Mini-CALS.

Pangkalan data ukur kadaster Mini-CALS yang telah diwujudkan di semua


negeri pada mulanya digunakan untuk keperluan jabatan. Walau bagaimanapun,
data kadaster berdigit ini telah menjadi keperluan jabatan-jabatan kerajaan yang lain
serta agensi swasta untuk digunakan sebagai data asas dalam Sistem Maklumat
Geografi dan Sistem Maklumat Tanah. Keperluan ini turut didorong oleh kerajaan
untuk menubuhkan Sistem Infrastruktur Maklumat Tanah Kebangsaan (National
Land Information Infrastructure System/ NaLIS) pada tahun 1997 bertujuan untuk
menyediakan kemudahan dan koordinasi dalam aktiviti kutipan, penghasilan dan
penyebaran maklumat berkaitan tanah di kalangan agensi kerajaan berasaskan
kepada teknologi dan infrastruktur organisasi di peringkat kebangsaan (Ahmad
Fauzi Nordin, 2001). Pada 1 Disember 2002 NaLIS ditukar nama kepada
Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) dan kini dikenali sebagai Pusat
Infrastruktur Data Geospatial Negara (Malaysian Centre for Geospatial Data
Infrastructure, MaCGDI).

Memandangkan permintaan terhadap data kadaster berdigit kian meningkat


di kalangan agensi-agensi kerajaan, badan berkanun mahupun sektor swasta,
JUPEM telah mempertingkatkan Sistem Mini-CALS kepada Sistem Pengurusan
4

Data Kadaster (SPDK) pada tahun 1998 bagi memenuhi serta menyokong keperluan
data berdigit pelbagai pengguna (Multiple User). Dalam sistem SPDK terdapat
Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) dan lain-lain modul pemprosesan yang
direka khas untuk mengendalikan mekanisme pengumpulan, penyimpanan,
penyenggaraan dan penyerahan data kadaster berdigit dalam persekitaran teknologi
Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System/ GIS).

Pejabat Ketua Pengarah Tanah Dan Galian yang berfungsi dibawah


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dahulu di kenali sebagai Kementerian
Tanah Dan Pembangunan Koperasi memulakan projek perintis Sistem Pendaftaran
Tanah Berkomputer (SPTB) di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada tahun
1990. Antara tujuan utama SPTB ialah untuk memodenkan serta mempercepatkan
proses pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah di Pejabat PTD dan Pendaftar
Hak Milik di Pejabat PTG lebih kos efektif. Segala proses pendaftaran dan operasi
urusniaga dokumen hak milik tanah yang dijalankan melalui komputer mewujudkan
pangkalan data SPTB. Sistem pangkalan data tersebut dapat menyimpan maklumat
pendaftaran tanah dan rekod urusniaga tanah dalam bentuk data atribut.

Kedua-dua sistem PDUK dan Pangkalan Data SPTB ternyata mengandungi


maklumat data kadaster berdigit yang merangkumi data spatial lot tanah yang
penting dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah. Mengikut Sistem
Torrens yang diamalkan di Malaysia, Sistem Pendaftaran Tanah dianggap tidak
lengkap jika tidak disertakan dengan grafik pelan akui (data spatial) yang
mengandungi koordinat sempadan lot tanah yang menerangkan nilai-nilai bearing,
jarak dan keluasan untuk menentukan sempadan dengan sah dibawah undang-
undang Kanun Tanah Negara, 1965 (KTN sek.396). Malangnya kedua-dua sistem
ini beroperasi secara bersendirian (stand-alone system). Hubungan jalinan di antara
kedua-dua jabatan dalam perkongsian maklumat secara manual merupakan satu
pengabaian dalam era pembaharuan teknologi jaringan (modern networking
technology).
5

1.2 Pernyataan Masalah

Di bawah projek Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK), JUPEM di


semua negeri Semenanjung Malaysia telah menukarkan pelan-pelan kadaster ke
dalam bentuk digital dan disimpan dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK).
Memandangkan peta kadaster bersifat dinamik, maka perubahan yang berlaku ke
atas bidang tanah perlu dikemaskinikan dalam PDUK. Proses penyenggaraan
PDUK secara umumnya melibatkan dua aspek iaitu; pengemaskinian berterusan dan
penambahbaikan maklumat mengikut keperluan semasa (Williamson.I.P and
Enemark.S, 1996).

Sehubungan dengan ini, maklumat- maklumat yang disimpan dalam PDUK


dan SPTB adalah merupakan data berdigit hasil daripada penggunaan komputer di
jabatan masing-masing. PDUK mengandungi data spatial dan sebahagian data
atribut manakala SPTB pula mengandungi data atribut berkenaan dengan
pendaftaran dan urusniaga lot tanah. Dalam hal ini tanah merupakan objek
manakala PDUK dan SPTB merupakan subjek-subjek yang terlibat dalam aktiviti
pengumpulan, pemprosesan, pegemaskinian, penyimpanan dan penyebaran
maklumat dalam rangka kerja jabatan masing-masing. Malangnya aktiviti-aktiviti
tersebut dikendalikan oleh dua buah organisasi kerajaan berlainan (kerajaan pusat
dan kerajaan negeri) yang saling berinteraksi dalam rangka kerja kadaster. Pada
masa ini, semua proses perhubungan di antara kedua-dua agensi ini berlaku secara
manual menyebabkan faedah besar hasil daripada pengintegrasian antara PDUK dan
SPTB tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam aspek perkongsian dan
penyenggaraan data kadaster berdigit.

Dalam konteks ini, didapati tiada penyelidikan dan pendokumentasian yang


menyeluruh telah dijalankan ke atas pelaksanaan kedua sistem SPDK dan SPTB
serta pengintegrasian antara PDUK dan SPTB. Malah, isu-isu yang berkaitan
dengan penyenggaraan peta kadaster berdigit dan pengguna dikendalikan secara
berasingan di bawah bidang kuasa jabatan masing-masing belum lagi di beri
tumpuan serius. Hal ini telah mewujudkan proses pertindihan maklumat khususnya
6

dalam tindakan kutipan, pemprosesan dan penyimpanan data. Maka pangkalan data
kadaster berdigit perlu diselaraskan dari segi penyenggaraan dan pengemaskinian
untuk mewujudkan satu mekanisme pengintegrasian PDUK dan SPTB yang boleh
digunapakai oleh kedua-dua agensi ini, malah dapat dimanfaatkan sepenuhnya di
kalangan pengguna data kadaster berdigit yang lain.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Sistem Pengurusan Data


Kadaster (SPDK), Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) dan Sistem Pendaftaran
Tanah Berkomputer (SPTB) serta menghasilkan satu pendekatan bagi
pengintegrasian data PDUK dan SPTB dalam rangka kerja bidang kadaster.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian seperti berikut :

1. Mengkaji secara terperinci ke atas Sistem Pengurusan Data Kadaster


(SPDK) dan Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK).

2. Mengkaji secara terperinci ke atas Sistem Pendaftaran Tanah


Berkomputer (SPTB).

3. Membangunkan satu Model Konseptual bagi mengintegrasikan


PDUK dan SPTB.
7

1.5 Skop Kajian

Skop kajian untuk mencapai objektif pertama (1) adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti dan mendokumantasikan proses-proses pelaksanaan


Modul Pengurusan Imej Dokumen.
b) Mengenalpasti dan mendokumentasikan proses-proses pelaksanaan
Modul Sistem Maklumat Kaunter.
c) Mengenalpasti dan mendokumentasikan proses-proses pelaksanaan
Modul Perdagangan Elektronik.
d) Mengenalpasti dan mendokumentasikan fungsi Sistem Pengesahan
Kualiti.
e) Mengkaji struktur data dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.
f) Mengkaji proses mempopulasian semula koordinat tepat ke dalam
Pangkalan Data Ukur Kadaster.
g) Mengkaji aspek-aspek peningkatan sistem.

Skop kajian untuk mencapai objektif kedua (2) pula adalah seperti berikut:

a) Mengkaji proses-proses pendaftaran dokumen hak milik.


b) Mengkaji proses-proses pendaftaran urusniga tanah.
c) Mengkaji struktur data dalam Pangkalan Data Sistem Pendaftaran Tanah
Berkomputer.
d) Mengkaji kaedah penyenggaran pangkalan data.

Skop kajian untuk mencapai objektif ketiga (3) pula adalah seperti berikut:

a) Mengkaji dan mengenal pasti isu-isu pelaksanaan pengintegrasian.


b) Menentukan elemen-elemen yang terlibat dalam pengintegrasian.
c) Mengkaji dan menentukan alat pengintegrasian.
d) Mengkaji dan menentukan bentuk model konseptual bagi
pengintegrasian PDUK dan SPTB.
e) Membuat penganalisaan ke atas model konseptual yang akan
dibangunkan.
8

1.6 Kepentingan Dan Sumbangan kajian

Kajian ini amat penting kerana terdapat kecendurungan di kalangan agensi-


agensi kerajaan dan swasta untuk menggunakan sistem maklumat tanah yang
mengandungi maklumat pelan ukur dan pendaftaran tanah berdigit. Gabungan
maklumat digital ini sangat penting untuk melaksanakan perancangan pembangunan
tanah serta membuat keputusan tepat dalam menguruskan sumber alam sekitar
dengan lebih kos efektif. Pada masa ini, data-data berkaitan tanah disimpan dan
diuruskan oleh jabatan masing-masing yang berfungsi secara bersendirian (stand-
alone). Sistem-sistem komputer dalam jabatan masing-masing mengandungi
sumber maklumat tanah yang amat bernilai. Proses kutipan, penyenggaraan,
penyimpanan dan pengedaran data yang berkaitan tanah adalah merupakan perkara
yang memerlukan belanja yang tinggi dan mengambil masa yang panjang.
Sekiranya dapat diambil satu pendekatan dan penyelarasan bersepadu dalam
megintegrasikan data-data kadaster tersebut maka hasil kajian ini dijangka akan
memberi sumbangan khususnya kepada JUPEM, PTD dan PTG dan kepada kerajaan
termasuk lain-lain agensi berkaitan tanah pada amnya.

1.7 Metodologi Kajian

Metodologi kajian ini adalah berdasarkan kepada penyelidikan ke atas


pelaksanaan sistem-sistem pengkomputeran di Jabatan Ukur dan Pemetaan, Pejabat
Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah Daerah yang melibatkan komponen kepada
Sistem Kadaster di Semenajung Malaysia. Ini dilakukan melalui kajian literatur ke
atas laporan-laporan teknikal, kertas-kertas seminar, buku-buku, artikal-artikal dan
dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan penyelidikan ini.

Maklumbalas diterima dari pelaksanaan sistem-sistem tersebut dianggap


penting dalam mendedahkan isu-isu berkaitan, maka metodologi lawatan dan kaedah
perbincangan serta menemubual pegawai-pegawai yang mengendalikan sistem-
sistem tersebut serta maklum balas yang diterima dari mereka turut diambilkira dan
9

diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam membangunkan model konseptul


pengintegrasian PDUK dan SPTB.

Memandangkan kajian ini melibatkan beberapa objektif yang saling


mempunyai hubungan antara satu sama lain maka, Metodologi Kajian ini
diringkaskan seperti mana ditunjukkan dalam carta alir pada Rajah 1.1.
10

OBJEKTIF KAJIAN

KAJIAN LITERATUR
• SISTEM KADASTER SPATIAL

SISTEM PENGURUSAN DATA KADASTER(SPDK)


• Modul Pengurusan Imej Dokumen
• Modul Perdagangan Elektronik
• Modul Pengesahan Kualiti
Objektif I

PANGKALAN DATA UKUR KADASTER(PDUK)


• Struktur Data
• Pempopulasian Semula Koordinat Tepat
• Sistem Peningkatan

SISTEM PENDAFTARAN TANAH


Objektif II BERKOMPUTER(SPTB)
• Proses Pendaftaran Dokument Hak Milik
• Proses Pendaftaran Urusniaga Tanah
• Struktur Data
• Penyenggaraan Pangkalan Data

MEMBANGUNKAN MODEL
KONSEPTUAL
Objektif III • Isu-Isu Pengintegrasian
• Elemen-Elemen Pengintegrasian
• Alat Pengintegrasian
• Model Konseptual

KESIMPULAN / CADANGAN / PENUTUP

Rajah 1.1: Carta Alir Metodologi Kajian


11

1.8 Struktur Kandungan Topik

Penulisan tesis projek sarjana ini diaturkan melalui 7 Bab. Bab 1 bermula
dengan pengenalan memberikan penjelasan dan penerangan mengenai latar
belakang, pernyataan masalah, objektif, skop kajian dan metodologi kajian.

Bab 2, merupakan kajian literatur mengenai beberapa komponen kepada data


kadaster spatial, sistem kadaster dan konsep kadaster pelbagai guna dan infrastruktur
data spatial dalam konteks pembangunan berterusan. Dalam bab ini turut diberi
penerangan mengenai definisi kadaster oleh pasukan bertugas di bawah Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu serta penerangan mengenai komponen data dan organisasi
kadaster.

Bab 3, menerangkan mengenai Sistem Pengurusan Data Kadester.


Penerangan mengenai Sistem CALS disusuli latar belakang SPDK dimuatkan dalam
bab ini. Beberapa komponen dan sub-modul kepada sistem SPDK dan peningkatan
kepada SPDK telah dikaji dan diterangkan. Satu perhubungan mewujudkan
pangkalan-pangkalan data kadester dan lain-lain isu berkaitan dengan pelaksanaan
sistem SPDK telah dibincangkan.

Bab 4, menerangkan sistem Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK).


Beberapa pangkalan data yang wujud dibawah SPDK seperti SPID, SRS dan GLMS
dianalisis dari segi fungsi, kandungan dan kegunaannya. Aspek-aspek integrati data
dalam PDUK, serta status-status sempadan , keluasan dan koordinat tanda sempadan
lot turut dikaji, dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini.

Bab 5, memuatkan penerangan latar belakang mengenai Sistem Pendaftaran


Tanah Berkomputer di Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian. Dalam
bab ini turut diterangkan kaedah pendaftaran dokumen hak milik tanah serta operasi-
operasi yang dikendalikan oleh sistem tersebut.

Bab 6, berdasarkan kepada kajian terhadap komponen-komponen yang


diterangkan dalam bab-bab di atas serta kefahaman yang diperolehi dari kajian ini,
12

membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengintegrasian PDUK dan SPTB


dan membangunkan Model Konseptual Pengintegrasian.

Bab 7, merupakan bab kesimpulan dan cadangan yang dapat dirumuskan


daripada kajian ini. Bab ini memuatkan rumusan keseluruhan bab-bab yang
terkandung dalam kajian ini dengan beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian
dan aspek aspek yang perlu diambil kira sebelum mengadakan pengintegrasian
PDUK dan SPTB dan peningkatan sistem-sistem tersebut di masa hadapan.
Berakhir dengan kesimpulan hasil kajian dan penutup.
BAB 2

SISTEM KADASTER SPATIAL

2.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan tentang peranan peta kadaster dalam lingkungan


perundangan rangka kerja sistem kadaster. Tujuan bab ini ialah untuk mengutarakan
kepentingan peta kadaster dan pengemaskinian peta kadaster merupakan komponen
penting dalam sistem kadaster.

Dalam bab ini, dibuat kajian literatur mengenai sistem kadaster berhubung
dengan model konseptual dan penganalisaannya. Secara dasarnya, sistem kadaster
merangkumi komponen data spatial dan tekstual yang mana komponen spatial
merupakan komponen yang terpenting dalam sistem kadaster. Sehubungan itu,
model sistem kadaster dalam penyenggaraan peta kadaster yang melibatkan
komponen tekstual dan spatial dikaji melalui beberapa model konseptual.

2.2 Latar Belakang

Sistem Kadaster mula digunakan sejak zaman Mesir untuk menyokong sistem
kutipan cukai dan penilaian tanah (Dale and McLaughlin, 1988). Sebaliknya, sistem
kadaster perundangan berasaskan kepada pendaftaran tanah sah di bawah undang-
undang dalam urusniaga tanah telah berlaku kemudian. Dari masa ke semasa sistem
kadaster ini mengalami evolusi untuk menyediakan asas kepada sistem pentadbiran
tanah (Ting and Williamson 1999). Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa sistem
14

kadaster adalah berkait rapat dengan perundangan tanah dalam masyarakat moden.
Perkara ini telah ditekankan dalam kertas kerja bertajuk “Understanding Cadastrel
Maps” (Williamson and Enemark, 1996) yang mana menerangkan tentang sistem
kadaster dan peta kadaster.

Bengkel mengenai pangkalan data kadaster berdigit New Zealand dan


Australia telah merumuskan dan mentakrifkan Pangkalan Data Ukur Kadaster
seperti berikut (PSMA, 1996) :

“The considerable diversity between different DCDBs came as a surprise to


some and reinforced that jurisdictions have different cadastral systems, different title
registrations systems and different methods of maintaining and updating their
DCDBs.”

Sejarah perkembangan kadaster diterangkan dengan terperinci dalam buku


yang ditulis oleh Dale dan McLaughlin (1988), manakala tesis Ph.D Williamson I.P
(Williamson, 1983), menyediakan latar belakang mengenai sistem kadaster negara-
negara Barat. Pakar-pakar kadaster yang menerangkan mengenai Kadaster
Perundangan mengikut negeri adalah seperti berikut : Denmark (Williamson and
Enemark 1996), Austria (Hoflinger 1993), German (Hawerk 1995), Australia
(Williamson and Enemark 1996), Queensland (Cook 1994), Malaysia (Ahmad Fauzi
Nordin 2001) dan (Abd Majid A Kadir,1997).

Sistem Kadaster serta peta dan maklumat kadaster telah mengalami evolusi
dan mengambil peranan baru dalam sistem kadaster perundangan. Perubahan
terhadap sistem kadaster perundangan yang menjadi tumpuan bidang penyelidikan
(Ting and Williamson, 1999) adalah berdasarkan latar belakang serta sejarah sosial
dan kebudayaan, perbezaan keupayaan teknikal dalam mengendalikan sistem
kadaster yang memenuhi keperluan semasa selain daripada fungsi asalnya. Oleh
sebab itu, sistem kadaster yang berkesan merupakan asas kepada sistem pasaran
tanah yang efisien untuk penggunaan dan pengurusan tanah yang berterusan (UN-
FIG 1996).
15

2.3 Perkembangan Model-Model Kadaster

Kajian ke atas perkembangan model-model kadaster sejak kebelakangan ini


adalah untuk menentukan hubungan data kadaster spatial dalam bidang kadaster.
Pendokumentasian peta kadaster dalam sistem ini akan memastikan pembentukan
model kadaster yang bersesuaian dalam menentukan model konseptual
pengintegerasian di antara PDUK dan SPTB data yang menjadi salah satu objektif
kajian ini.

Penggunaan pelan kadaster dalam pendaftaran tanah dengan sah di bawah


undang-undang memerlukan peta-peta kadaster dikemaskini dan diindekskan semasa
dan selepas proses pengukuran. Dalam konteks di Semenanjung Malaysia, pelan
kadaster atau Pelan Akui menjadi ciri yang penting dalam menentukan sempadan lot
tanah. Dokumen hak milik kekal yang disertakan dengan cabutan dari salinan pelan
akui merupakan bahan bukti yang memperihalkan persempadanan dan keluasan
tanah tidak boleh disangkal (KTN, 1965). Namun demikian, Perkembangan yang
pesat ke atas pembangunan tanah telah mewujudkan suasana di mana peta-peta
kadaster diberi pengiktirafan sebagai komponen infrastruktur kepada pembangunan
berterusan (UN-FIG, 1999 ). Ini bermakna peta kadaster, di samping memenuhi
tujuan asal iaitu menyokong untuk pendaftaran tanah, turut digunakan untuk pelbagai
kegunaan yang melibatkan tanah. Rajah 2.1 menunjukkan hubungan di antara
kadaster pelbagai guna dan pengguna-pengguna data kadaster (Dale, 1979).

Menurut pandangan Dale(1979), model kadaster tersebut mengandungi ciri-


ciri data berkaitan dengan perundangan, aktiviti atau fungsi dalam pembangunan
tanah yang melibatkan organisasi atau pengguna individu profesional. Tambahan
pula, beliau telah menunjukkan pengaruh-pengaruh luar ke atas sistem kadaster
seperti sejarah, teknologi dan pendidikan dalam sesebuah negara.
16

SEJARAH

TEKNOLOGI
TANAH
PENDIDIKAN
Kegunaan
Pembangunan
Tanah
Tanah

PEMILIKAN Kadaster
TANAH EKONOMI
Pelbagai TANAH
Guna
KADASTER
Pentadbiran
Kadaster Kadaster Kewangan
Hak milik Fiskal

UNDANG-UNDANG KERAJAAN AWAM

Rajah 2.1: Perspektif Sistem Kadaster (Ubahsuai daripada Dale, 1979)

Selain daripada beberapa jenis kadaster, Dale (1979) telah menerangkan


bahawa kadaster yang mengandungi empat kuadran aktiviti-aktiviti ukur seperti
penetapan sempadan, penandaan sempadan, pengukuran dan menggambarkan
maklumat-maklumat ukur tersebut dalam bentuk grafik. Penerangan lanjut tentang
Kadaster Pelbagai Guna diberikan dalam NRC (1980). Definasi Kadaster Pelbagai
Guna adalah seperti berikut:

” An integrated land information system containing legal (e.g., property


ownership or cadastre), physical (e.g., topography, man-made features), and cultural
(e.g., land use, demographics) information in a common and accurate reference
framework. The reference framework typically is established with rigorous geodetic
and survey control standards and coordinate systems.”
17

2.3.1 Model Data Kadaster

Perkembangan sistem pengkomputeran sejak awal tahun 80-an, secara


teorinya model data kadaster tertumpu kepada posisi koordinat dalam LIS. Sistem
LIS secara umumnya telah berkembang untuk mengintegrasikan data-data berkaitan
tanah bagi satu kawasan tertentu. Ini meyebabkan sistem kadaster lebih mirip
kepada sistem LIS. Oleh sebab itu terdapat keperluan untuk meneliti definasi LIS.
Definasi LIS yang diberikan oleh International Federation of Surveyors adalah
seperti berikut:

“A Land Information System (LIS) comprises the systematic compilation of


all the relevant Data of a region with respect to soil and ground as a basis for legal
actions, administrations and economy as aids in the planning and development for
the maintenance and improvement of the standard of living.” (Andersson 1981)

Pengintegrasian pelbagai data lain dengan peta kadaster sebagai peta asas
dalam LIS menunjukkan pelbagai kegunaan yang tertumpu kepada data spatial
kadaster seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2( Dale, 1979). Dalam sistem
analog, peta kadaster digunakan sebagai peta pencartaan atau indeks sebagai
maklumat rujukan kepada maklumat kadaster yang lain dan sebagai alat (instrument)
kepada perundangan. Pada tahun 1980an, pemerhatian kritikal telah dikenalpasti
terhadap data kadaster berdigit sebagai unit asas kepada model data berkaitaan
dengan LIS. Tambahan pula, terdapat pengiktirafan data kadaster digunakan untuk
pelbagai kegunaan bagi memenuhi keperluan awam, sektor swasta dan pengguna
individu. Rajah 2.2 menerangkan hubungan pengintegrasian data-data lain di mana
peta kadaster merupakan peta asas yang menjadi sumber data spatial kepada
maklumat-maklumat lain.
18

Peta Pengangkutan Maklumat Ukur Peta Utiliti

Peta Inventori Peta Kadaster Maklumat


Tanah Pelbagai Guna Bancian

Maklumat Surat Maklumat


Maklumat
Hak Milik Penilaian Tanah
Perancangan

Rajah 2.2: Pengintegrasian Sistem Maklumat Tanah (Dale 1979)

American National Research Council, telah mencadangkan model konseptual


menunjukkan komponen kadaster pelbagai kegunaan. Rajah 2.3 menunjukkan model
data kadaster berlandaskan infrastruktur peta topografi serta geodetik. Ini
menunjukkan keunikan data spatial meliputi infrastruktur geodetik dan lapisan data
kadaster untuk mencapai integrasi dalam LIS seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
2.2. Menurut NRC (1980), model yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3 merupakan asas
kepada perkembangan model konseptual kadaster yang akan diterangkan dalam bab
ini kemudian.
19

Rekod Fiskal Rekod Rekod Lain-lain


Dan Surat Pentadbiran Sumber Rekod
Hak Milik Asli Tanah

Mekanisme Hubungan

Lapisan Kadaster

Peta Asas

Rangkaian Kerja Geodetik

Rajah 2.3: Komponen Kadaster Pelbagai Guna

Matlamat utama kebanyakan model data ini adalah untuk mengadakan


integrasi dengan lain-lain data berkaitan tanah untuk mewujudkan sistem maklumat
tanah yang lebih komprehensif dan tepat. Kecenderungan dalam sistem
pengkomputeran kawalan pusat dan kemajuan teknologi jaringan moden (modern
networking technology) dalam era internet, model konseptual dan sistem maklumat
berkenaan perlu diselaraskan dan digabungkan untuk mencapai pelaksanaan yang
lebih berkesan.

2.3.2 Model Organisasi Kadaster

Untuk membuat tafsiran dan perbandingan ke atas model-model kadaster


yang dikemukakan di atas, adalah penting untuk memahami dimensi halatuju yang
20

berbeza yang mungkin dialami dalam sistem kadaster pada masa hadapan. Rajah 2.1
merupakan pandangan holistik yang merangkumi bidang kadaster manakala Rajah
2.2 dan Rajah 2.3 lebih tertumpu kepada data kadaster. Dalam model ini,
pengurusan pangkalan data kadaster mengandungi maklumat ukuran kadaster,
pendaftaran hak milik tanah dan penyenggaraan maklumat hak milik lot tanah.
Williamson, (1983) dalam tesis Ph.D. nya yang bertajuk “A Modern Cadastre for
New South Wales ”, telah membangunkan model sistem kadaster yang menekankan
struktur organisasi seperti mana ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

Pangkalan
Data
Kadaster

Penguasa Penilai
Utiliti Umum
Pusat
Sistem
Maklumat
Tanah
Pengguna Kerajaan
Swasta Tempatan

Lain-lain
Jabatan
Kerajaan

Rajah 2.4: Model Konseptual Sistem Kadaster (Ubahsuai daripada Williamson,1983)

Dalam model tersebut organisasi pangkalan data kadaster adalah terdiri


daripada organisasi-organisasi yang terlibat dalam aktiviti pengukuran kadaster dan
pendaftaran dokumen hak milik tanah serta penyenggaraan data hak milik tanah dan
data parsel tanah. Pangkalan data kadaster seumpama ini menyediakan asas kepada
penubuhan Sistem Maklumat Tanah (LIS) yang bersepadu untuk menguruskan
kesemua data yang dikumpulkan sebagai Pusat Sistem Maklumat Tanah.
21

Merujuk kepada model konseptual Rajah 2.4 di atas, terdapat dua ciri aliran
data dapat perhatian. Pertamanya, data yang telah dikemaskini dan terkini diedarkan
kepada organisasi lain dengan memberikan rujukan spatial kepada sistem maklumat
tertentu. Ini menjadikan maklumat data kadaster berdigit telah berubah dari segi
peranannya hanya menyokong sistem pendaftaran pemegang hak milik tanah kepada
peranan yang lebih luas dalam pelbagai kegunaan lain. Keduanya, ialah data yang
diselenggarakan oleh pengguna masing-masing dihubungkan kepada pusat sistem
maklumat tanah untuk diedarkan semula kepada pengguna-pengguna lain. Model ini
mencadangkan aliran maklumat dua hala di mana pusat LIS berfungsi sebagai
perantara maklumat dengan nombor lot dan nombor plan kadaster yang unik menjadi
kaedah penjalinan dan pengintegrasian data. Ini membolehkan maklumat kadaster
berdigit berperanan sebagai infrastruktur untuk memudahkan perkongsian data di
antara organisasi dan jabatan.

2.3.3 Sistem Kadaster Dan Pembangunan Berterusan

Menurut Enemark (1998), dalam sistem kadaster, tempoh pemegangan hak


milik tanah (land tenure) merupakan salah satu infrastruktur yang boleh membantu
meningkatkan kegunaan tanah untuk membolehkan pembangunan tanah berterusan
dan pengurusan pemuliharaan persekitaran dijalankan lebih berkesan. Sistem
infrastuktur ini juga merupakan komponen untuk menyokong pasaran dalam bidang
pentadbiran tanah. Aspek-aspek Sistem Pasaran tanah dan tujuannya adalah seperti
ditunjukkan dalam Jadual 2.1.
22

Jadual 2.1 Sistem Pasaran Tanah

Sistem Pasaran Tanah Tujuan


Sistem Pemegangan Hak Milik Tanah Untuk menjamin hak miliknya ke
atas tanah tersebut
Sistem Penilaian Tanah Untuk menentukan nilai tanah dan
cukai taksiran nilai tanah

Sistem Kawalan Penggunaan Tanah Untuk memudahkan perancangan


guna tanah

Sistem Pembangunan Tanah Untuk menetapkan peraturan


pembangunan tanah

Rajah 2.5 menunjukkan peranan bidang kadaster sebagai asas kepada Sistem
Pasaran Tanah. Usaha rekacipta dan operasi sistem-sistem tersebut akan
memberangsangkan pasaran tanah yang lebih efisien dan sistem pengurusan guna
tanah yang lebih berkesan. Sistem pengurusan tanah efisien dan berkesan adalah
merupakan asas kepada pembangunan ekonomi, sosial dan persekitaran secara
berterusan (Enemark,1998).

Merujuk kepada Rajah 2.5 di muka sebelah, kadaster di dalam lingkungan


sistem-sistem pasaran milik tanah, nilai tanah, guna tanah dan pembangunan tanah
menggambarkan peranan pelbagai guna kadaster untuk menyediakan jalinan di
antara sistem pasaran tanah dan perkongsian data di antara sistem tersebut.

2.4 Model Kadaster Spatial

Model sistem kadaster menunjukkan perubahan konsep dalam kadaster dari


hanya bergantung kepada fungsi asal ukuran hak milik dan pendaftaran tanah dari
aspek perundangan tanah kepada menjadi komponen infrastruktur dalam
23

membekalkan data kadaster. Set data koodinat penjuru lot tanah, nombor dan
nombor pengenalan lot yang unik iaitu Unique Parcel Identifier (UPI) membolehkan
maklumat geoinformasi yang lain dapat dihubungkaitkan. Rajah 2.5 menunjukkan
hubungan di antara sistem-sistem pasaran tanah di mana bidang kadaster berperanan
sebagai perangsang kepada pasaran tanah berefisien dan pengurusan tanah yang
lebih berkesan.

Pasaran Tanah Pengurusan Guna


PEMBANGUNAN
Berkesan Tanah Berkesan
BERTERUSAN

●Ekonomi ●Sosial ●Alam Sekitar

●Tanah ●Nilai Tanah ●Guna Tanah ●Pembangunan


Milik Tanah
●Taksiran ●Kawalan
●Cagaran Nilai Tanah Guna Tanah ●Kelulusan
Easmen Pelan
●Cukai ●Polisi Perancangan
●Jaminan Hartanah Pembangunan
Hak Milik Spatial ●Peraturan dan
Pelaksanaan

●Lot Kadaster

●UPI

●Rekod Daftar dan Peta

Rajah 2.5: Model Konseptual Bagi Pembangunan Berterusan


(Ubahsuai daripada Enemark, 1998)

Sistem kadaster merupakan sumber utama untuk membekalkan maklumat


kepada kadaster pelbagai guna. Pelbagai kegunaan data kadaster yang berasaskan
maklumat lot tanah oleh pengguna-pengguna sama ada secara langsung atau tidak
24

langsung tidak semestinya melibatkan sistem kadaster atau pentadbiran tanah.


Urusan-urusan yang tidak berkaitan dengan pentadbiran tanah seperti sistem
pengangkutan jalan, pembancian penduduk, jabatan perangkaan dan lain-lain sektor
turut memerlukan penggunaan data kadaster (Eden,1988).

Kewujudan data kadaster berdigit mempamerkan penggunaan data di


kalangan pengguna-pengguna baru selain daripada pengguna tradisional. Sistem
pentadbiran tanah semasa, masih berasaskan kepada struktur kegunaan tanah kurun
ke-19 untuk memenuhi keperluan paradigma pasaran tanah masyarakat industri
ketika itu (Ting and Williamson, 1999).

2.5 Komponen Sistem Kadaster

Dalam kajian literatur, kebanyakan model menggunakan terminologi


kadaster, sistem kadaster, data kadaster dan peta kadaster. Juga terdapat sedikit
kekeliruan dalam memahami sama ada ia dirujuk kepada sistem kadaster secara
keseluruhannya atau komponen-komponen kadaster tertentu.

Matlamat utama kajian ini ialah mencari hubungan dalam data kadaster dan
proses-proses perkongsian data di antara komponen-komponen pangkalan data
kadaster yang melibatkan peta kadaster, data ukur, dan pendaftaran tanah. Untuk
tujuan itu adalah penting untuk mengenal pasti komponen-komponen yang wujud
dalam sistem kadaster pentadbiran tanah. Model-model yang telah dikemukakan tadi
menunjukan bahawa sistem kadaster terdiri daripada beberapa komponen.
Sehubungan ini, kajian dan penelitian dibuat ke atas definasi kadaster bagi
mengenalpasti komponen data dan organisasi kadaster.
25

2.5.1 Definasi Kadaster

Pasukan petugas kadaster dan sistem maklumat tanah yang berkhidmat di


bawah persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (1995) telah memberikan definasi
kadaster adalah seperti berikut :

“The cadastre is a methodically arranged public inventory of data on the


properties within a certain country or district based on a survey of their boundaries;
such properties are systematically identified by means of some separate designation.
The outlines of the property and the parcel identifier are normally shown on large-
scale maps which together with registers may show for each separate property, the
nature, size, value and legal rights associated with that parcel.”

Susulan daripada itu, The International Federation of Surveyors (FIG) telah


membuat satu definasi tentang kadaster di dalam sebuah persidangan yang diadakan
di Berlin pada tahun 1995. Pernyataan definasi tersebut telah diterima pakai secara
rasminya oleh 70 buah negara di seluruh dunia (Williamson, 1996) seperti berikut :

“A Cadastre is normally a parcel based and up-to-date land information


system containing a record of interests in land (e.g. rights restrictions and
responsibilities). It usually includes a geometric description of land parcels linked to
other records describing the nature of the interests, and ownership or control of
those interests, and often the value of the parcel and its improvements. It may be
established for fiscal purposes (e.g. valuation and equitable taxation), legal purposes
(conveyancing), to assist in the management of land and land use (e.g. for planning
and other administrative purposes), and enables sustainable development and
environmental protection.”

Definasi tersebut ternyata menerangkan petak lot tanah merupakan unit asas
yang merangkumi keluasan tanah untuk kegunaan tertentu. Keluasan tanah tersebut
secara eksklusif dikuasai oleh sama ada individu mahupun kumpulan. Kedua-dua
definasi yang dinyatakan di atas memberi penekanan tentang maklumat penilaian dan
pemegangan hak milik direkodkan. Ini bererti bidang kadaster mempunyai fungsi
dan peranan lebih dari ukuran kadaster dan pendaftaran tanah.
26

2.5.2 Komponen Data Kadaster

Merujuk kepada Rajah 2.5 kadaster terdiri daripada komponen pendaftaran


dan peta . Pernyataan FIG (1995) menerangkan sistem kadaster merangkumi rekod-
rekod dari segi kepentingan undang-undang dan deskripsi geometri kepada petak
tanah. Menurut Eden (1988), kedua-dua komponen dalam sistem kadaster ini
menggunakan terminologi data spatial dan data tekstual. Henssen (1995),
menggunakan kaedah merekod tanah untuk menerangkan komponen ini sebagai
rekod daftar tanah dan peta kadaster. Dengan itu, Henssen mentakrifkan komponen
peta kadaster dan pendaftaran tanah seperti berikut :

( i ) Peta Kadaster ialah:

“The outlines of the property and the parcel identifier normally are shown on
large-scale maps which, together with registers, may show for each separate
property the nature, size, value, and legal rights associated with the parcel.”

( ii ) Pendaftaran Tanah ialah :

“Land registration is a process of official recording of rights in land through


deeds or as title on properties. It means that there is an official record (land
register) of rights on land or of deeds concerning changes in the legal
situation of defined units of land.”

Ini menunjukkan pendaftaran terpisah daripada kadaster di Eropah. Rekod


yang mempunyai maklumat hartanah dikenali sebagai pendaftaran tanah (Land
Registary) dan di negara German ia dikenali sebagai ‘Grundbunch’ (land book).
Pendaftaran tanah tersebut merekodkan hak milik tanah, hak kepentingan ke atas
tanah, tanggungjawab dan larangan ke atas tanah individu tersebut.

Suruhanjaya Ekonomi Eropah telah mengadakan bengkel tentang komponen


kadaster yang telah dianjurkan oleh MOLA (Meeting of Officials on Land
Adminstrations, Oslo, 1997). Kertas Kerja Wolters (1997) telah dibentangkan di
27

dalam bengkel tersebut. Beliau telah menyenaraikan beberapa komponen kadaster di


negara Denmark seperti berikut :

• Rekod daftar maklumat lot tanah


• Rekod daftar titik kawalan
• Rekod ukur setiap lot tanah
• Peta Kadaster

Rekod daftar maklumat lot tanah mengandungi informasi tentang data


tekstual, nombor hartanah, keluasan tanah dan maklumat petak yang mengandungi
lebih daripada satu lot (Enemark, 1987). Di Denmark, maklumat tekstual berkaitan
dengan lot merupakan maklumat tambahan atau pertindihan dengan rekod
pendaftaran tanah.

Rangka kerja geodetik merupakan komponen infrastruktur kepada aktiviti


ukur dan pemetaan di sebuah negara. Titik-titik kawalan dalam sistem kadaster
diselaraskan supaya setiap lot yang diukur terikat dengan infrastruktur sistem
geodetik yang sedia ada. Kedua-dua maklumat titik kawalan (spatial point) dan
maklumat atribut (tekstual) mudah disimpan dalam pangkalan data komputer.

Maklumat-maklumat ukur lot-lot individu biasanya di tunjukkan di atas pelan


dan dikemaskinikan di atas syit kadaster. Pelan-pelan ini disimpan dalam bentuk
salinan cetak (hardcopy), bentuk digital dan sebagai imej imbasan. Penerangan
geometri data berdigit boleh di kemaskinikan dalam pangkalan data secara
berterusan.

Peta kadaster yang terikat dengan kawalan titik geodetik merupakan lot tanah
yang mempunyai set koordinat tepat. Kebanyakan peta kadaster yang mempunyai
set koordinat tepat bagi setiap penjuru lot tanah digunakan untuk pendaftaran tanah.
Sistem kadaster ini dikenali sebagai Sistem Kadaster Berkoordinat atau Coordinated
Cadaster System (CCS), (Williamson et.al, 1996). Di Malaysia, pelaksanaan CCS
ini telah dikaji oleh Ahmad Fauzi (2001) dalam tesisnya bertajuk Institutional Issue
28

On The Implementation Of The Coordinated Cadastrel System For Penisular


Malaysia, merupakan kajian dari aspek organisasi dan perundangan.

Dalam pembangunkan sistem kadaster berkoordinat, datum kawalan


merupakan salah satu komponen yang penting kerana segala pengukuran kadaster
yang dilakukan perlu merujuk kepada satu datum kawalan geodetik. Datum kawalan
rujukan geodetik dan jaringan infrastruktur kawalan kadaster yang berkualiti akan
lebih menjamin ketepatan kedudukan tanda-tanda sempadan. Jaringan kawalan yang
homogen dan berketepatan tinggi akan dapat mengurangkan berlakunya rambatan
ralat yang besar terutama pada lot-lot kadaster yang melintasi sempadan negeri
(Wong, 1999). Ciri ini adalah penting sekiranya ada kemungkinan untuk
mewujudkan pengintegrasian di antara pangkalan data ukur kadaster dan pangkalan
data pendaftaran tanah peringkat kebangsaan di masa hadapan. Sehubungan dengan
itu, Pelaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat di Semenanjung Malaysia dianggap
penting untuk mewujudkan Pangkalan Data Ukur Kadaster Kebangsaan.

Penerangan ini bukanlah untuk memberi takrifan kepada sistem kadaster,


malah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada aspek-aspek spatial dan tekstual
yang menjadi komponen kepada sistem kadaster. Biasanya, komponen tekstual
mengandungi satu atau lebih rekod pendaftaran, akan tetapi komponen spatial
mengandungi 3 elemen utama seperti berikut (Eden,1988):

• Jaringan Geodetik
• Pelan Ukur
• Peta Skala Besar
29

Rekod Dokumen Rekod Percukaian Lain-Lain Rekod


Hak milik (Fiskal) Pentadbiran Tanah

Proses Pentadbiran Tanah

Kadaster Grafik
Fail-Fail Maklumat Data Tanah

Peta Lapisan
Kadaster

Agensi-Agensi Pentadbiran Tanah


Pelan
Ukur
Jabatan
Jabatan Pejabat Tanah Jabatan Ukur
Tanah
Penilaian Daerah & Pemetaan
& Galian
Ukuran
Kadaster

Rajah 2.6: Model Konseptual Sistem Maklumat Tanah


(Ubahsuai daripada Eden, 1988)

Rajah 2.6 menerangkan cadangan model konseptual bagi Sistem Maklumat


Tanah yang telah diubahsuai(Eden, 1988). Merujuk kepada rajah di atas, komponen
pelan ukur, peta kadaster dan ukuran kadaster dalam bulatan bujur dikelaskan di
bawah kadaster grafik. Komponen rangka kerja geodetik tidak dinyatakan dengan
jelas. Dalam Model Kadaster Pelbagai Guna Queenslad, (Eden 1988), menunjukkan
komponen pengukuran dihubungkaitkan dengan penandaan monumen di bawah
rangka kerja geodetik. Komponen pendaftaran tanah diterangkan sebagai dokumen
surat hak milik.

Sehubungan dengan itu, huraian model konseptual bagi sistem kadaster bagi
negeri Australia Selatan seperti mana ditunjukkan dalam rajah 2.7 boleh dianggap
lebih sesuai kepada situasi di Malaysia.
30

Pangkalan Data Sistem Pendaftaran Tanah


Kadaster Berdigit

Sistem Pengukuran Sistem Pemindahan Hak Milik


Kadaster

Rangkaian Rujukan Geodetik

Rajah 2.7: Bahagian Kadaster Bagi Sistem Maklumat Tanah


(Ubahsuai daripada Toms et. al, 1987)

Komponen peta kadaster analog terdapat hampir di semua negeri-negeri di


Australia manakala data kadaster berdigit merupakan produk baru. Data peta
kadaster berdigit ini pada asalnya diwujudkan untuk kegunaan dalaman jabatan
untuk meningkatkan kegunaan data kadaster dalam persekitaran GIS dan bukan
untuk tujuan menyokong sistem pendaftaran tanah. Dalam konteks ini, keadaan ini
amat sesuai di Malaysia, di mana hampir kesemua peta kadaster atau pelan akui di
negeri-negeri Semenanjung Malaysia telah ditukarkan dalam bentuk digital yang
dikenali sebagai Pangkalan Data Ukur Kadaster (Digital Cadastral Database,
DCDB).

Dalam hal ini, sistem kadaster bukan sahaja terpisah dari segi komponen-
komponennya, malah turut berbeza dalam struktur organisasi untuk menyelenggara
komponen-komponen tersebut dalam satu rangka kerja kadaster. Kewujudan data
kadaster berdigit kini membuka ruang baru kepada organisasi-organisasi yang
terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan komponen data kadaster secara digital.

2.5.3 Komponen Organisasi Kadaster

Organisasi yang bertanggungjawab dalam pengendalian dan penyelenggaraan


komponen sistem kadaster di Semenanjung Malaysia, adalah merupakan kesan
31

peninggalan sistem pentadbiran penjajahan British. Ia berdasarkan kepada dasar


ekonomi penjajahan British, pengamalan sistem pentadbiran pecah bahagi dan
perintah (divide and rule). Sebagai salah satu langkah menguasai sepenuhnya
Semenanjung Malaysia, pihak British membahagikan negeri kepada beberapa daerah
dan daerah pula dibahagikan kepada beberapa mukim (Ahmad Fauzi, 2001).
Penandaan sempadan pentadbiran dan semua tanah kerajaan yang telah diberimilik
secara pelupusan diukur dan direkodkan dalam daftar tanah dan pelan.

Hasil dari perkembangan tersebut, kini di Semenanjung Malaysia terdapat


dua organisasi terlibat dalam pengendalian dan penyenggaraan komponen data
kadaster. Jabatan Ukur dan Pemetaan bertanggungjawab keatas pengukuran kadaster
dan penandaan sempadan tanah. Manakala Pendaftaran tanah merupakan
tanggungjawab Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Tanah
pertanian yang kurang daripada 10 ekar dan tanah yang dimajukan dibawah Akta
Tanah Berkelompok 1960 didaftarkan di Pejabat Tanah Daerah manakala tanah
bandar, pekan dan tanah pertanian yang melebihi 10 ekar didaftarkan di pejabat
Pendaftar Hak Milik. Pendaftaran tanah merupakan gabungan daripada data kadaster
spatial dan bukan spatial. Justeru, JUPEM menguruskan data spatial manakala
pejabat tanah menguruskan data bukan spatial. Perbezaan ini bukan sahaja wujud di
peringkat organisasi malah ia juga melibatkan dua sistem pentadbiran kerajaan iaitu
kerajaan persekutuan di peringkat kebangsaan dan kerajaan negeri di peringkat setiap
negeri.

Komponen kadaster dari segi institusi dan organisasi dan agensi memerlukan
koordinasi menyeluruh. Aktivit-aktiviti penyenggaraan dan pengesahan kualiti yang
melibatkan proses-proses pendaftaran hak milik, pindah milik, ukuran kadaster dan
pemetaan di bawah satu organisasi tunggal merupakan cadangan yang paling ideal
(Williamson et.al, 1996). Namun demikian, cadangan tersebut sukar untuk
direalisasikan kerana kekangan politik, undang-undang dan sejarah.

Penubuhan dan penyelenggaraan PDUK diusahakan oleh JUPEM di setiap


negeri. Pelan Kadaster yang telah diluluskan dikemaskini ke dalam PDUK. Usaha
juga sedang dijalankan untuk memasukkan pelan-pelan Permohonan Ukur (QT layer)
ke dalam PDUK. Data-data yang melibatkan urusan pendaftaran tanah berkomputer
32

dan urusan-urusan niaga dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian melalui Sistem
Pendaftaran Tanah Berkomputer yang merupakan pangkalan data tekstual. Di bawah
Sistem Torrens, sistem pendaftaran tanah memerlukan pelan tanah yang
menunjukkan butiran geometri lot tanah sebagai bukti yang sah di bawah undang-
undang. Asas ini adalah penting untuk mewujudkan penyelarasan dan koordinasi
penyenggaraan di antara kedua-dua sistem PDUK dan SPTB yang menjadi objektif
utama kajian ini.

Kewujudan struktur organisasi berlainan ini, bukan lagi halangan untuk


mengadakan pangkalan data berasingan seperti peta kadaster, pelan ukur, maklumat
rangka kerja geodetik dan pendaftaran (Williamson ,1987). Oleh sebab itu, integrasi
struktur organisasi yang bertanggungjawab ke atas data kadaster spatial dan bukan
spatial seperti mana ditunjukkan dalam Rajah 2.8 adalah penting untuk membentuk
pangkalan data kadaster yang lebih lengkap, tepat dan terkini.

Peta Kadaster Sistem


Kadaster

Infrastruktur
Geodetik Pelan
Akui
Komponen
Tekstual
Komponen Spatial

Rajah 2.8: Hubungan Di antara Komponen Spatial dan Komponen Tekstual


33

2.6 Rumusan

Ukuran kadaster adalah berkait rapat dengan undang-undang tanah di mana ia


dikenali sebagai sistem kadaster. Dari kajian literatur di atas, sistem kadaster ini
mengandungi maklumat tekstual dan spatial, maklumat mengenai geometri lot tanah
yang menghubungkan rekod-rekod tekstual pendaftaran tanah dan pemegangan hak
milik lot tanah. Model-model yang dikemukakan telah menyokong konsep terhadap
komponen-komponen spatial dan bukan spatial dalam sistem kadaster. Sistem
pengkomputeran yang diperkenalkan di organisasi-organisasi agensi berkaitan tanah
melibatkan kadaster secara keseluruhannya mewujudkan pangkalan data di bawah
organisasi berkenaan khususnya di Pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah.

Secara umumnya siasatan ke atas komponen ini mendapati terdapat sistem-


sistem kecil yang berfungsi secara bebas dalam organisasi tersebut. Komponen
spatial adalah titik kawalan ukur, pelan kadaster ukur dan peta kadaster. Apabila
diperhatikan, komponen data kadaster, rekod-rekod pendaftaran tanah (tekstual) dan
komponen spatial (peta kadaster, pelan kadaster dan maklumat geodetik) wujud dan
berfungsi secara berasingan dan tidak semestinya merangkumi dalam semua sistem
kadaster.

Dalam perspektif organisasi, sistem kadaster merupakan tanggungjawab


komponen kadaster individu yang meliputi beberapa organisasi yang berfungsi di
bawah kerajaan pusat dan negeri. Sejak kebelakangan ini, terdapat trend membawa
komponen-komponen organisasi kadaster ini bersama di bawah satu bumbung
(Kaufmann and Steduler,1998). Perkara ini adalah rumit kerana dalam konteks di
negara Malaysia ia melibatkan pindaan kepada perlembagaan, aspek-aspek sosio-
politik, undang-undang Kanun Tanah Negara dan undang-undang lain yang berkaitan
dengan pentadbiran dan peraturan tanah negeri.

Memandangkan skop kajian ini tidak merangkumi isu perlembagaan, kuasa


undang-undang negeri dalam pentadbiran tanah akan disentuh dari segi peraturan
undang-undang tanah yang sedia ada di bawah Akta Kanun Tanah Negara jika perlu.
Walau bagaimanapun, penyelenggaraan dan pengemaskinian komponen-komponen
kadaster ini dilaksanakan secara berasingan berdasarkan kepada piawaian tertentu
34

sudah memadai untuk mewujudkan pengintegrasian data di antara kedua-dua agensi


ini.

Model-model konseptual yang digambarkan dalam bab ini menunjukkan ciri-


ciri pengasingan dan saling pergantungan dalam komponen kadaster spatial.
Kewujudan pelan ukur kadaster dalam memperihalkan sempadan lot tanah ukur di
bawah proses pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah dibawah undang-undang
Kanun Tanah Negara memungkinkan komponen-komponen tersebut boleh
diintegrasikan dalam satu sistem kadaster. Oleh itu, sistem kadaster yang kini
beroperasi dalam persekitaran digital perlu bergerak untuk memenuhi keperluan
masyarakat berinformasi dengan menggunakan teknologi terkini sepenuhnya.
BAB 3

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN DATA KADASTER

3.1 Pendahuluan

Salah satu asas terpenting dalam pengintegrasian PDUK dan SPTB ialah
Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK). Ini kerana, melalui sistem ini
infrastruktur sistem pengkomputeran yang menyediakan pangkalan data kadaster
berdigit secara berkomprehensif dapat diwujudkan di semua Jabatan Ukur dan
Pemetaan Negeri. Bekas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Datuk Abdul Majid
Mohamad (Abd. Majid,1997) telah menyatakan bahawa projek SPDK ini merupakan
sebahagian usaha jabatan yang berasaskan teknologi maklumat (IT) dalam
mewujudkan reformasi kadaster mahu pun perubahan kepada struktur organisasi
jabatan kearah menuju pembentukan kerajaan elektronik.

Pengetahuan dan kefahaman sistem SPDK ini adalah penting kerana ia


merupakan saraf pemindahan maklumat ukur dari satu unit ke unit lain yang
melibatkan beberapa proses yang bermula dari pengumpulan, pemprosesan,
pengolahan, penyimpanan dan penyebaran maklumat melalui komponen-komponen
tertentu. Sehubungan dengan itu, bab ini akan tertumpu untuk meningkatkan lagi
kefahaman tentang sistem Mini-CALS dan pelaksanaan SPDK serta komponen-
komponen sistem SPDK dan hubung kaitnya terhadap pengemaskinian pangkalan-
pangkalan data kadaster. Justeru, tinjauan dan pemerhatian secara ilmiah ke atas
amalan dan prosedur yang terlibat dalam pelaksanaan SPDK, Peningkatan SPDK dan
komponen-komponen nya diberi tumpuan. Sehubungan dengan ini, komponen
Sistem Maklumat Kaunter dan Modul GLMS (GIS Layer Management System)
diberi lebih tumpun kerana kedua-dua komponen ini dianggap penting dari segi
36

pembentukan pangkalan-pangkalan data dan penyebaran maklumat kadaster melalui


sistem perkhidmatan kaunter dengan menggunakan Internet diterangkan dalam bab
ini.

3.2 Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer

Melalui Dasar Modenisasi dan Pengkomputeran, JUPEM telah memulakan


Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer (Computer Assisted Land Survey System,
CALS) sebagai projek printis di negeri Johor pada tahun 1986. Walaupun sistem ini
bertujuan untuk mempercepatkan pemprosesan jilid kiraan dan penyediaan Pelan
Akui (PA) yang tertunggak ketika itu, tetapi buat pertama kalinya memperlihatkan
penghasilan Pangkalan Data Ukur Kadaster (Ahmad Fauzi Nordin, 2001).
Seterusnya sistem CALS tersebut dilaksanakan di negeri Pahang pada tahun 1993.
Kedua-dua sistem CALS di Johor dan Pahang terbukti mempercepatkan dan
meningkatkan prestasi penghasilan data ukur kadaster berdigit. Kejayaan CALS di
Johor dan Pahang telah meyakinkan pihak pengurusan tertinggi jabatan untuk
melaksanakan Sistem Pengkomputeran di semua negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia yang dikenali sebagai sistem Mini-CALS berasaskan kepada komputer
peribadi dan work station dalam jaringan ‘local area network server’ dengan server
yang berkeupayaan tinggi (Abdul Majid Mohamad, 1997).

Pangkalan data kadaster Mini-CALS yang diwujudkan ini adalah untuk


memenuhi keperluan jabatan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengukuran
kadaster dalam Jabatan. Namun demikian, data kadaster berdigit ini lama-kelamaan
telah menjadi keperluan jabatan-jabatan kerajaan lain dan agensi-agensi swasta
dalam membangunkan Sistem Maklumat Geografi dan Sistem Maklumat Tanah
tersendiri di mana data kadaster berdigit digunakan sebagai data input.
37

3.3 Sistem Pengurusan Data Kadaster

Sebagai salah satu langkah untuk menghadapi desakan kerajaaan dan sektor
swasta untuk mendapatkan data kadaster berdigit tersebut serta untuk
mempercepatkan kelengkapan pangkalan data kadaster, JUPEM telah meningkatkan
Sistem Mini-CALS kepada Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK) pada tahun
1997. Konfigurasi SPDK adalah seperti ditunjukkan dalam Lampiran 'A'. Data yang
diperolehi dari sistem ini memiliki keperluan data berdigit pelbagai pengguna
(multiple user). Dalam sistem peningkatan SPDK ini terdapat Pangkalan Data Ukur
Kadaster (PDUK) yang direka bentuk khas untuk menyediakan mekanisme
pengumpulan , pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran maklumat data berdigit
dalam persekitaran teknologi GIS. Mengikut laporan Mesyuarat Pengurusan Bil.
2/2003 (JUPEM, 2003), sebanyak 5.1 juta lot parsel kadaster berdigit dari 450,000
pelan akui di seluruh Semenanjung Malaysia telah dimasukkan ke dalam PDUK
negeri masing-masing. Proses penawanan data ke dalam PDUK adalah merupakan
tindakan dinamik yang perlu dikemaskinikan secara berterusan. Data kadaster yang
ditawan dari ukuran padang, diproses dan diluluskan secara digital disimpan dalam
PDUK. Perubahan-perubahan yang berlaku keatas sempadan lot tanah disebabkan
oleh ukuran pecah sempadan, pecaha bahagian dan penyatuan sempadan akan
dikemaskinikan dalam PDUK. Data PDUK, boleh dicapai dan dicari semula
berasaskan kepada petak tanah mengikut nombor lot, mukim, daerah dan negeri
melalui UPI (Unique Parcel Identittifier). Nombor lot tanah adalah unik di setiap
mukim.

Pelaksanan sistem ini, turut mengambilkira pengesahan kualiti data dari


sumber-sumber luar di samping meningkatkan keberkesanan perjalanan sistem
tersebut. Sistem ini juga turut mewujudkan satu mekanisme penyebaran maklumat
yang berkesan. Pada umumnya, elemen-elemen penambahbaikan ini merangkumi
perkara-perkara seperti berikut:

a) Diadakan Sistem Pengesahan Kualiti untuk menyemak dan menilai data yang
diperolehi dari sumber-sumber luar.
38

b) Diwujudkan perpustakaan imej pelan-pelan akui di mana kesemua pelan akui


yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan negeri ditukarkan
dalam bentuk digital melalui proses imbasan, didaftar dan disimpan dalam
storan ‘disk array’ dan juga dikemaskinikan ke dalam pangkalan data SPID.
Pelan akui digital dalam berbentuk imej raster ini dapat dibekalkan kepada
pengguna khususnya kepada Juruukur Tanah Berlesen melalui internet dengan
menggunakan sistem Perdagangan Elektronik atau dengan nama ringkasnya
E-Dagang (E-Commerce) daripada halaman web JUPEM.

c) Diadakan Sistem Perkhidmatan Kaunter yang terkini (State-of-the-art) dengan


mempergunakan teknologi maklumat dalam penyebaran data spatial kadaster
berdigit kepada pengguna.

SPDK terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut :

i. Sistem Pemprosesan Kadaster


ii. Sistem Pengesahan Kualiti (SPEK)
iii. Sistem Pengurusan Imej Dokumen
iv. Sistem Pendaftaran Record Ukur
v. Sistem E-Dagang
vi. Sistem Maklumat Kaunter

3.3.1 Sistem Pemprosesan Kadaster (CPS)

CPS memproses data ukur daripada Pejabat Ukur Daerah untuk menghasilkan
Jilid Kiraan dan Pelan Akui. Data ukur ini terlebih dahulu diproses dalam perisian
DCPS melalui konsep ‘field-to-finish’ dalam automasi proses pengukuran kadaster.
Oleh sebab itu, penyemakan ke atas data ukur ini dibuat secara minima untuk
menghasilkan Jilid Kiraan dan Pelan Akui dengan lebih cepat.

Penerangan mengenai modul CPS dan fungsinya adalah seperti yang


ditunjukkan dalam Jadual 3.1 berikut :
39

Jadual 3.1 Keterangan Modul Sistem Pemprosesan Kadaster

Bil. Modul Keterangan

1. Modul Input a) Memasukan data secara manual dari


buku kerjaluar.
b) Muat turun data berdigit fomat ASCII
dari DCPS (Pejabat Ukur Daerah).
c) Muat turun data berdigit format ASCII
Juruukur Tanah Berlesen.

2. Modul Pemprosesan a) Login untuk mengesahkan fail digit


wujud dalam SRS.
b) Proses dan menjana Jilid Kiraan.
c) Proses dan menjana Pelan Akui.
d) Proses dan menjana data cerapan
matahari untuk menentukan azimut
akui.
e) Perkiraan asas dan opset untuk tanam
pastian.

3. Modul Output a) Menghasilkan produk akhir pelan akui


berdigit dan jilid kiraan.
b) Menghasilkan salinan cetak melalui
printer dan plotter dalam jaringan
local area network.

4. Modul Updating a) Menghantar fail data ke pangkalan


data Sistem Pendaftaran Rekod Ukur
(SRS) dan Sistem Pengesahan Kualiti
(SPEK).

3.3.2 Sistem Pengesahan Kualiti (SPEK)

Aplikasi SPEK ini menggunakan satu pangkalan data Oracle versi 7.3.1 yang
beroperasi di bawah sistem Unix Sun Solaris. Pangkalan data ini berkeupayaan
menyimpan dan memproses data yang banyak lagi rumit. Sistem Pengoperasian
40

Unix Sun Solaris ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan mampu
mengendalikan aplikasi dengan stabil. Sistem SPEK menggunakan aplikasi perisian
GIS (Arc View) untuk mengurus dan menyelenggara pangkalan data kadaster
(PDUK) berdasarkan kepada Spatial Database Engine (SDE) untuk melaksanakan
kerja-kerja pengemaskinian dan pertanyaan. Beberapa sub-modul yang berfungsi di
bawah sistem ini ialah :

i) Modul input papan kekunci


ii) Modul update
iii) Modul penyediaan syit piawai
iv) Modul penyediaan Pelan Hak Milik
v) Modul penyediaan Rajah Kerja Luar
vi) Modul Pertanyaan
vii) Sistem Penukaran Peta

3.3.3 Sistem Pengurusan Imej Dokumen (SPID)

Sistem SPID ini juga menggunakan satu pangkalan data Oracle versi 7.3 yang
beroperasi dibawah pelantar Unix Sun Solaris. SPID berjalan di atas pelantar
Window NT versi 4.0. Pangkalan Data SPID dihubungkan dengan server Unix
melalui jaringan komunikasi jenis TCP/IP. Perhubungan dengan server pangkalan
data Oracle dan ODBC (Open Database Connectivitiy) dilakukan melalui SQL*Net.
Ini membolehkan data-data dihantar dan diterima dari pangkalan data Oracle kepada
SPID.

Melalui sistem ini, keseluruhan pelan-pelan akui yang berbentuk analog


ditukarkan kepada bentuk digital imej raster dalam format TIFF seperti mana
ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Pelan-pelan akui yang telah diimbas dan diindeks,
disimpan di dalam Disk Array. Carta alir proses imbasan, indeks, semakan dan
kemaskini data ke dalam pangkalan data SPID ditunjukkan dalam Lampiran 'B'.
Pada peringkat awalnya jumlah pelan akui yang telah diimbas ke dalam pangkalan
data SPID dianggarkan 466,105 keping disemua JUPEM negeri. Kerja pengimbasan
41

tersebut telah dikendalikan oleh vendor projek SPDK. Kini kerja pengimbasan
pelan-pelan akui dibuat secara automatik dengan menggunakan modul DEP (Digital
End Product) secara berterusan sebaik sahaja pelan akui diluluskan oleh Pengarah
Ukur negeri secara digital. Secara purata, setiap pelan akui yang diimbas bersaiz 300
KB. Disk Array yang dibekalkan di setiap JUPEM negeri mempunyai kapasiti
maksimum sebanyak 80 GB. Modul-modul yang terdapat di bawah sistem SPID ini
ialah seperti berikut :

i) Modul Imbasan
ii) Modul Pengeditan
iii) Modul Indeks
iv) Modul ‘upload’
v) Modul Pemaparan imej SPID
vi) Modul Pengintegrasian SRS

Rajah 3.1: Imej Raster Pelan Akui Dalam SPID


(Sumber : JUPEM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
42

3.3.4 Sistem Pendaftaran Rekod Ukur (SRS)

Sistem ini adalah untuk kawal selia pergerakan fail ukur dari mula hingga
akhir. Tindakan pendaftaran fail bermula apabila diterima Permohonan Ukur (PU)
dari pejabat tanah. Pergerakan fail dapat diawasi dari satu peringkat ke peringkat
seterusnya sehingga pelan akui diluluskan dan dikemaskinikan data berdigit ke
dalam PDUK. Melalui modul SRS ini juga turut membuat pemantauan ke atas
pergerakkan fail Juruukur Tanah Berlesen. Sub-modul di bawah sistem ini adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2 berikut :

Jadual 3.2 Keterangan Modul Sistem Pendaftaran Rekod Ukur

Bil. Modul Keterangan

1. Modul Pendaftaran a) Fail Ukur Jabatan


Fail Ukur b) Fail Ukur Juruukur Tanah Berlesen

2. Modul Pengawasan a) Unit Pendaftaran


Fail Ukur b) Unit Surihan Luar
c) Pejabat Juruukur Daerah(JUD)
d) Unit CPS
e) Unit Juruukur Tanah Berlesen

3. Modul Penyenggaraan a) Daftar Lot


DaftarTeknikal Jabatan b) Daftar Pelan Akui
c) Jilid Kiraan
d) Daftar Buku Kerjaluar
e) Pelan Strata
f) Skim Strata

4. Modul Penjanaan a) Lot


Peruntukkan Nombor Siri b) Pelan Akui
Dokumen Secara Automatik c) Jilid Kiraan
d) eSKL
43

3.3.5 Sistem Dagangan Elektronik

Melalui sistem ini, pelanggan-pelanggan boleh membeli pelan akui melalui


laman web. Pelanggan perlu membuka akaun pra-bayar di mana-mana kaunter
JUPEM negeri dengan membayar wang pendahuluan yang ditetapkan. Protokol
pembayaran Secure Electronic Transaction (SET) belum dilaksanakan di sebabkan
aspek-aspek keselamatan yang sedang menunggu keputusan pihak pengurusan
tertinggi jabatan. Ini menghadkan pengguna-pengguna kad kredit untuk membuat
pembelian ke atas data berdigit terus melalui internet.

Server Pembayaran Pusat bagi semua JUPEM negeri terletak di Wilayah


Persekutuan, Kuala Lumpur. Ini berfungsi 24 jam untuk mengendalikan E-dagang
melalui akaun pra bayar. Fungsi Server Pembayaran Pusat adalah seperti berikut :

i) Mengesahkan pembelian pelan kadaster berdasarkan kepada identiti


pelanggan yang telah membuka akaun pra-bayar yang sah.

ii) Menjana maklumat secara elektronik untuk permintaan pembelian


pelanggan pra-bayar secara online.

iii) Mengurangkan harga pembelian dari akaun wang pendahuluan


pelanggan pra-bayar.

3.3.6 Sistem maklumat Kaunter (CIS)

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di bawah sistem ini adalah seperti


berikut:

i) Semua urusan kaunter, belian pelan kadaster diselaraskan melalui


sistem perakaunanan elektronik. Melalui sistem ini, resit turut
dikeluarkan secara elektronik.
44

ii) Dibekalkan Browser skrin sentuh di mana carian dan tempahan pelan
dibuat secara online.

iii) Resit dikeluarkan secara elektronik dengan nombor rujukan


pelanggan.

iv) Pencetakan produk secara online dibuat samada dalam bentuk salinan
cetak (hardcopy) atau dimuat turun ke cakera padat atau disket dalam
bentuk digital.

3.4 Peningkatan Sistem Pengurusan Data Kadaster

Peningkatan SPDK adalah bertujuan untuk mewujudkan penambahbaikan ke


atas beberapa modul yang telah dilaksanakan dalam SPDK dengan menggunakan
elemen-elemen baru terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT). Konfigurasi sistem Peningkatan SPDK adalah seperti dalam Lampiran 'C'.

Kebanyakan aplikasi SPDK dibekalkan di samping memperkenalkan modul-


modul baru yang boleh menyediakan infrastruktur merangkumi pengurusan data
lebih berkesan. Peningkatan SPDK ini direka khas agar ia berjalan selari dengan
SPDK antara muka yang menghubungkan di antara server SPDK dan server
peningkatan SPDK dengan terminal pengguna. Sistem Peningkatan SPDK terdiri
beberapa modul baru dan juga beberapa modul lama yang telah diubahsuai dari segi
penambahbaikannya untuk memenuhi kehendak semasa jabatan. Modul-modul
tersebut adalah seperti berikut :

i) Sistem Pengurusan Lapisan GIS (GLMS)


ii) Sistem Pemetaan Desktop (DMS)
iii) Browser Eksekutif (EB)
iv) Pusat Operasi SPDK
v) Pusat Maklumat eSRS
45

vi) Modul Surihan Kerjaluar


vii) Produk Digital Terakhir
viii) Penambahbaikan Perkhidmatan Kaunter
ix) Modul Intranet

3.4.1 Sistem Pengurusan Lapisan GIS

Pangkalan Data Ukur Kadaster dibawah SPDK hanya mempunyai tiga


lapisan iaitu lapisan lot, lapisan garisan sempadan dan lapisan tanda sempadan.
Ketiga-tiga lapisan ini membentukkan grafik lot menggantikan pelan akui manual.
Pelan digital ini biasanya digunakan sebagai peta asas di dalam model GIS. Oleh
kerana lapisan lot parsel (pelan akui) ini tidak lengkap dari segi liputan maka lot-lot
yang masih dalam tindakan ukur (PU) atau lot-lot belum diukur lagi (QT)
dimasukkan sebagai lapisan-lapisan tambahan untuk menggambarkan PDUK yang
lengkap. Pangkalan data yang diwujudkan dalam sistem ini ialah, lapisan ukur kelas
tiga atau ukuran demarkasi, Pelan Permohonan Ukur (PU) atau pelan hak milik
sementara (QT), garisan sambungan, nama jalan dan nama bandar/pekan/kampung.
Kerja-kerja pengemaskinian pangkalan data dan pertanyaan data spatial dilaksanakan
melalui aplikasi MapInfo. Pengintegrasian pangkalan data GLMS dari sistem
Peningkatan SPDK dan PDUK dari sistem SPDK ditunjukkan dalam Lampiran 'D'.
Aplikasi GIS seperti MapInfo dan perisian pengurusan pangkalan data Relational
Oracle 9i (RDBMS) digunakan untuk pengurusan dan penyenggaraan pangkalan
data. Sumber data bagi lapisan-lapisan tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam
Jadual 3.3. Rajah 3.2 menunjukkan konfigurasi Sistem Pengurusan Lapisan GIS.
Modul ini berfungsi dalam sistem operasi Windows 2000. Beberapa sub modul yang
terdapat dalam GLMS ialah :

a) Kemasukkan Data Melalui Papan Kekunci


b) Modul Pendigitan
c) Modul Pengemaskinian (Updating)
d) Modul Pengesahan Data
46

Jadual 3.3 Sumber Penawanan Lapisan Data

Bil. Lapisan Sumber

1. Ukuran Kelas 3/Demakasi Pelan Akui, Buku Kerjaluar dan Pelan


Demarkasi

2. Pelan Permohonan Ukur/Surat PU, Surihan Kerjaluar dan Data


Hak Milik Sementara Outsource

3. Garisan Sambungan Pelan Akui dan Buku Kerjaluar

4. Nama Jalan Pelan Akui, Peta Topografi dan Alat


GPS

5. Nama Bandar/Kampung Pangkalan Data Topografi


47

PDUK
SRS
*Window 2000 Advanced Server SPID *Window 2000 Advanced Server
*MapInfo Map Xtream Server *MapInfo Map Xtream Server
*Internet Information Server *Internet Information Server
EB Apllication EB Apllication
PDUK Connection PDUK Connection
SPID Connection SPID Connection
SPS Connection LAN SPS Connection
*ASP Application
*Mapxtrem server

LAN IMS NT Server

LAN
FTP GLMS Server
HTTP DMS Server
HTM;

Oracle Spatial
GLMS
LAN

LAN

.Window 2000 .Window 2000 .Window 2000 .Window 2000 .Window 2000
.Mapinfo .Mapinfo .Mapinfo .Mapinfo
Internet .GLMS Data .GLMS Data .GLMS Data .DMS
Browser Entry Client Updating Client Validating .Oracle Client
.Oracle Client .Oracle Client Client
.Oracle Client

Executive GLMS Data GLMS Data GLMS Data DMS


Browser Entry Client Updating Validating
Client Client

Rajah 3.2: Menunjukkan Konfigurasi Sistem Pengurusan Lapisan GIS


(Diubahsuai daripada Manual GLMS)
48

3.4.2 Sistem Pemetaan Desktop (DMS)

Sistem ini merupakan alat untuk menyediakan pelan berdigit dan pelan
salinan cetak mengikut kehendak pengguna dari PDUK dan lapisan-lapisan GLMS.
DMS merupakan alat penyelesaian penghasilan peta kadaster mengikut keperluan
pengguna dengan menggunakan aplikasi MapInfo. Kerja-kerja pengemaskinian syit-
syit lembar digital jabatan di hasilkan melalui modul ini.

3.4.3 Browser Eksekutif (EB)

Modul ini menyediakan infrastruktur kedua bagi pegawai-pegawai kanan


Jabatan untuk melihat dan mendapatkan maklumat dalam Pangkalan data untuk
tujuan pengurusan dan perancangan. Menggunakan aplikasi Map Info dan Map
Xtreme sebagai pencari enjin GIS. Ia berfungsi sebagai asas web-LAN memberi
akses kepada pangkalan data-pangkalan data spatial dan atribut seperti PDUK,
SPID, ESRS dan GLMS. Rajah 3.3 menunjukkan rajah skima Browser Eksekutif.

PDUK GLMS SRS SPID


PDUK
Attachments Doc
Towns/Kampong
DEMARCATION

Connection lines

File Movements

Raster Images
Street Names

Survey Files

File Minutes
3RD CLASS

CP Details
PU/QT
LOTS
LOTS

SPDK DATABASES

Executive Browser
Criteria
Interface Criteria
1. UPI
2. Lot number
3. Survey File Search by text Search by graphics 1. Index map
2. Zooming
4. PU 3. Windowing
5. Serial number mark 4. Click on object
6. Town name
7. Kampong name
8. Street name
9. Std sheet Features
10.Mukim name DISPLAY
11.RSO coordinates 1.Formatted
12.Single point coordinates 2.Hyperlink
13.Two corner coordinates 3.Text label Printable
14.Ad-hoc SQL 4.Scale independent
text 1.WYSIWYG
5.Zoom-able OUTPUT 2.Window area
6.Pan-able 3.Formatted text
7.Fixed display scale 4.Raster image

Rajah 3.3: Rajah Skima Browser Eksekutif


(Sumber: Manual SPDK, JUPEM )
49

3.4.4 Pusat Operasi SPDK (SOC)

Pusat ini diuruskan oleh pasukan petugas SPDK yang berfungsi sebagai alat
pengurusan dan pemantauan aduan dari pengguna melalui fail aduan (Fault Logs).
Semua aduan-aduan dari pengguna sistem ini dari semua JUPEM negeri disimpan
dalam Pangkalan Data Aduan (Fault Logs Database) untuk kerja-kerja pemantauan
dan pengurusan penyediaan laporan berkaitan dengan kegunaan Pasukan Petugas
SPDK.

3.4.5 Pusat Maklumat eSRS

Sistem ini mempunyai keupayaan untuk membuat carian dan pertanyaan dari
modul eSRS. Dalam sistem ini semua maklumat fail fizikal ukur ditukarkan kepada
format digital. Semua maklumat dan lampiran-lampiran seperti PU, surat kelulusan
pihak berkuasa negeri, surat-surat dari pejabat tanah yang berkaitan dengan
permohonan ukur disimpan dalam bentuk digital sepertimana ditunjukkan dalam
Jadual 3.4 dan Jadual 3.5 di bawah. Dengan ini, pergerakan fail fizikal tidak perlu
lagi. Ia merupakan alat (tool) berasaskan laman-web yang membolehkan pengurusan
dan pengawasan dibuat tanpa kertas (paperless management).
50

Jadual 3.4 Maklumat Fail Ukur Digital


Maklumat Lot-lot Yang Telah Didaftar Dalam Fail Ukur Ini
Luas Luas
Bil. Lot Nombor Mukim/
Negeri Daerah Seksyen Anggaran Muktamad
Didaftar Lot Bandar
(Ha) (Ha)
PULAU TIADA
1 627 UTARA 12 0.3960 0.0000
PINANG SEKSYEN
No. Fail Ukur PUPP26/2003
Jumlah Lot 1
Luas Anggaran (Hektar) 0.3960
Imej Charting GLMS [View]
Laporan GLMS [View]
Tarikh Fail Ukur Diluluskan Belum diluluskan
Status Sedang Query
PUPP23/2003
Nama Kumpulan

Maklumat Permintaan Ukur


No. PU 7/2003
Negeri 07 – PULAU PINANG
Daerah 02 – UTARA
Mukim 12 – 12
No. Pejabat Tanah PTB/A/1892
Tarikh Terima Permohonan 10/02/2003

Jadual 3.5 Senarai Lampiran dalam Modul eSRS


(Sistem SPDK Pulau Pinang)

Lampiran-lampiran

Muka
Keterangan Jenis Lampiran Lihat
Surat
Surat dari PTD,SPU diterima pada 10/02/2003 Surat Pejabat Tanah 1 View
Permintaan Ukur 7/2003 PU 2 View
Senarai nama pemohon Lain-lain 3 View
Surat cabutan kelulusan MMK Surat MMK 4 View
Surat samb.MMK Surat MMK 5 View
Lot 627 dikekalkan Pelan PU 6 View
Pelan PU tambahan Pelan PU 7 View
51

3.4.6 Modul eSKL

Sistem ini bertujuan untuk menyediakan surihan kerjaluar berdigit untuk


kegunaan ukuran lapangan. Sistem ini berkeupayaan untuk menerima input digital
dari Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) dan muat turun data dari GLMS yang
sedia ada untuk menghasilkan Rajah Surihan Kerjaluar dalam bentuk digital. Rajah
SKL digital tersebut boleh disimpan dalam fail ukur digital di mana ia boleh
dipaparkan bersama-sama dengan pergerakan fail. Jadual 3.6 menunjukkan
maklumat-maklumat yang disimpan dalam eSKL di mana maklumat-maklumat
grafik atau lakaran (layout) SKL dan Lapisan Rajah Permintaan Ukur boleh
dipaparkan serta dicetak melalui pencetak (printer) atau pemlot (ploter) jika perlu.

Jadual 3.6 Maklumat eSKL (Sistem SPDK JUPEM Pulau Pinang)

Maklumat Surihan Kerja Luar

No. Surihan Kerja


56/2003
Luar
Status DONE
Layout [View]
Fail SKL [View]
Fail SKB [View]
Fail Job [View]
Laporan SKL [View]

3.4.7 Modul Produk Terakhir (DEP)

Pelan akui yang dihasilkan data CPS adalah digital, namun perlu di cetak
secara salinan keras (hardcopy) di unit CPS untuk diluluskan oleh Pengarah Ukur
Negeri. Melalui modul ini pelan akui yang dijana dalam CPS dikemukakan kepada
52

pengarah ukur secara digital untuk ditandatangani secara elektronik. Kemudahan ini
membolehkan pelan akui tidak perlu dicetak dalam bentuk salinan keras (hardcopy)
tetapi memadai disimpan dalam bentuk digital.

Fungsi-fungsi yang terdapat dalam modul ini ialah:

a) Mengintegrasi dengan modul CPS untuk muat turun data dari server,
media storan atau disket.
b) Berhubung terus kepada server SPID.
c) Menukarkan Pelan Akui, Pelan Warta, Pelan Pelbagai, Pelan Trabas
Piawai kepada format TIFF dan JPEG.
d) Menukarkan Jilid Kiraan kepada format PDF.
e) Memasukkan tandatangan digital (digital signature) di atas pelan
digital oleh Pengarah Ukur Negeri.
f) Membolehkan output digital dicetak dan dipelot.

3.4.8 Modul Penambahbaikan Perkhidmatan Kaunter

Sistem perkhidmatan kaunter dengan bantuan komputer telah diperkenalkan


dalam SPDK. Sekiranya, berlaku kerosakkan pada server SPID maka perkhidmatan
kaunter akan tergendala sehingga kerosakan tersebut dibaik pulih semula. Melalui
penambahbaikan ini diwujudkan satu server replika SPID yang berfungsi apabila
berlaku kerosakkan. Dengan ini, perkhidmatan kaunter akan berjalan lancar.
Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terdapat di bawah modul ini ialah seperti
berikut :

a) Mengeluarkan resit pembayaran elektronik


b) Kiosk
c) Pra-bayar terbuka
53

3.4.9 Modul Intranet

Kemudahan intranet ini menyediakan hubungan di antara satu terminal


komputer kepada komputer pengguna lain melalui jaringan intranet berasaskan Local
Area Network (LAN). Dengan ini, pesanan elektronik, emel dan dokumen berkaitan
fail ukur dapat dipaparkan melalui skrin dan boleh dicetak jika perlu. Minit
pergerakan fail dibuat secara elektronik untuk mewujudkan sistem komunikasi
berhubung dengan aliran kerja dapat dilakukan lebih berkesan. Arahan, memo dan
peringatan kepada pengguna dalaman boleh disebarkan dengan menggunakan Modul
Intranet. Pergerakan fail dalam aliran kerja dilakukan melalui eSRS.

3.5 Rumusan

Antara tujuan utama SPDK ialah untuk mempopulasikan Pangkalan Data


Ukur Kadaster di setiap JUPEM negeri. Memandangkan kini hampir kesemua data-
data ukur kadaster ditawan dalam PDUK, maka usaha perlu diberikan untuk
menguruskan data melalui sistem ini secara digital.

SPDK telah mengubah kaedah pengurusan data dari bentuk analog kepada
bentuk digital. Oleh itu, kaedah pengurusan data dalam sistem ini boleh ditingkatkan
dengan mengubahsuai amalan-amalan lama yang tidak lagi menyokong pengurusan
data kadaster dalam persekitaraan digital. Ini termasuk amalan menandatangani
pelan akui dan amalan penyimpanan dokumen hardcopy seperti pelan kadaster , jilid
kiraan dan buku kerjaluar dalam bilik kebal. Pindaan kepada amalan ini mungkin
melibatkan perundangan perlu dikaji lebih mendalam bagi mengenalpasti
implikasinya. Buat masa ini, amalan-amalan lama jabatan seperti memasukkan minit
dalam fail-fail ukur di antara unit dan cawangan dan pengemaskinian peta kadaster
(syit litho dan syit piawai) walaupun dibuat secara selari, ia merupakan aktiviti yang
melambatkan proses kerja jabatan.

Langkah jabatan menyediakan dan menawan kesemua pelan-pelan akui ke


dalam perpustakaan imej (SPID) dalam bentuk raster (format TIFF) adalah satu
54

langkah baik. Ini kerana proses tersebut lebih cepat jika berbanding dengan PDUK.
Tambahan pula pelan akui dalam bentuk imej raster ini mudah didaftar serta diindeks
dan dibekalkan kepada pengguna melalui Internet. Penggunaan imej raster
merupakan langkah awalan sementara menunggu proses penyiapan dan
pengemaskinian PDUK. Kelengkapan data-data ukur berdigit ke dalam PDUK (data
vektor) akan menghadkan penggunaan dan pasaran ke atas data SPID (data raster).
Ini adalah disebabkan oleh sumber data yang lama di mana maklumat-maklumat di
atasnya kurang jelas dan mempunyai kualiti yang rendah selepas proses imbasan.

Pengurusan data merupakan satu proses penjagaan dan penyenggaraan data


secara berterusan. Ia bermula dari prosedur-prosedur pengumpulan, pemprosesan,
kemasukan data ke dalam sistem untuk menyemak, menyunting, menganalisis
sebelum menghasilkan sesuatu produk. Oleh itu, data perlu disimpan, dijaga dan
diurus dengan sentiasa mengambil kira aspek-aspek keselamatan di semua peringkat
pemprosesan data. Keselamatan data tidak semestinya tertumpu kepada peringkat
arkip sahaja malah merangkumi semua ciri-ciri keselamatan yang menghindari dari
kerosakan sistem, kekurangaan sistem kawalan yang rapi dalam akses, pengguna
yang tidak berwibawa, serangan virus elektronik dan dari sebarang pencerobohan.
BAB 4

PANGKALAN DATA UKUR KADASTER

4.1 Pendahuluan

Penyediaan dan pembentukan PDUK oleh JUPEM adalah untuk keperluan


pengurusan data ukur kadaster yang lebih berkesan selari dengan perkembangan era
digital. Data-data daripada PDUK ini boleh diintegrasikan dengan data kadaster
sahih dari Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) yang telah dilaksanakan
di Pejabat Tanah bagi menghasilkan satu sistem kadaster yang lengkap dan
komprensif. Memandangkan penyediaan dan pembentukan PDUK hampir lengkap
di setiap JUPEM negeri, usaha untuk menggunakan data PDUK dalam dalam proses
pendaftaran tanah secara SPTB harus diadakan satu mekanisme di antara jabatan
ukur dan pejabat tanah.

Selaras dengan kajian untuk mewujudkan pengintegrasian antara dua sistem


database, keperluan untuk memahami, mendokumentasi dan menganalisis PDUK
negeri adalah penting. Sehubungan dengan itu PDUK adalah merupakan sumber
domin kadaster yang penting menjadi asas kepada penyelidikan ini yang akan
diterangkan dalam Bab 6 di bawah tajuk Model Pengintegrasian Pangkalan Data
Ukur Kadaster dan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer.

Dalam Bab 4 ini, satu kajian terperinci dan menyeluruh akan dibuat terhadap
PDUK dari segi pengumpulan data ke dalam PDUK, modal data, dimensi data,
sistem penyenggaraan dan keperluan peningkatan pangkalan data di masa hadapan
dengan mengambilkira peranan pangkalan data kadaster untuk mewujudkan
perkongsian maklumat dalam rangka kerja kadaster. Seterusnya penerangan bab ini
56

akan merangkumi tujuan pangkalan data dan kaedah–kaedah yang terlibat untuk
mempopulasikan pangkalan data serta perbicangan isu-isu yang berkaitan dengan
kualiti dan integriti data PDUK.

4.2 Latar Belakang

CALS/Min-CALS telah dilaksanakan di semua Jabatan Ukur Dan Pemetaan


Negeri untuk mengendalikan kerja-kerja ukur kadaster bagi kegunaan jabatan di
mana data berdigit disimpan dan dikemaskinikan ke dalam pangkalan data. Akibat
perkembangan pesat dalam industri GIS / IT, data berdigit ini seterusnya menjadi
tumpuan agensi kerajaan dan sektor swasta sebagai sumber data asas kepada aplikasi
GIS jabatan masing-masing. Menyedari hakikat ini, JUPEM telah mengambil
langkah-langkah untuk mempercepat pembangunan pangkalan data yang lengkap
dengan data kadaster. Namun demikian, pangkalan data yang dihasilkan dari sistem
CALS dan Mini-CALS mendapati proses penukaran data dari pelan kadaster salinan
cetak (hardcopy) dengan kaedah kemasukkan secara papan kekunci (keyboard entry)
sama ada dari buku kerjaluar atau pelan akui tidak sesuai diamalkan. Proses ini
memerlukan masa yang panjang untuk melengkapkan pangkalan data kadaster.
Tambahan pula, dalam sistem Mini-CALS data disimpan dalam dua bentuk
pangkalan data iaitu Arc Storm dan Oracle. Pangkalan data Arc Storm untuk
menyimpan data grafik manakala Oracle untuk menyimpan data atribut. Kaedah
penyimpanan data sedemikian menyebabkan kegunaan data berdigit menjadi rumit
dan tidak dapat memenuhi keperluan pelbagai pengguna (multi user).

Tambahan pula, sistem CALS dan Mini-CALS mendapati beberapa


kelemahan hardware dan software yang terhad menyebabkan ia tidak dapat
memenuhi keperluan pelbagai pengguna. Justeru, JUPEM untuk mempercepatkan
pembangunan pangkalan data kadaster telah menggantikan sistem Mini-CALS dan
CALS kepada sistem SPDK di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK 7) pada
tahun 1997 untuk mempopulasikan Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) di setiap
JUPEM negeri.
57

4.3 Pangkalan Data Ukur Kadaster

Mengikut definasi International Federation of Surveyors (FIG, 1995),


kadaster adalah satu sistem maklumat tanah yang bersifat ‘parcel’ dan
pengemaskinian yang mengandungi rekod-rekod berkenaan tanah seperti hak,
sekatan dan tanggungjawapan ke atas tanah. Ia sentiasa menerangkan aspek
geometrik ke atas tanah dan berhubungan rekod- rekod yang menerangkan atribut
tanah tersebut. Maka, PDUK yang dibangunkan seharusnya bersifat piawai dan
boleh dikongsi oleh pelbagai pengguna untuk tujuan dan keperluan yang berlainan
selain daripada sumber rujukan untuk memperkemaskan maklumat data ukur
kadaster berdigit.

Terdapat dua kumpulan utama PDUK dapat diidentifikasikan (Williamson


et.al,1996). Dalam kumpulan pertama, rangka kerja kadaster ditunjukkan secara
grafik sebagai satu PDUK berkomputeran. Kriteria-kriteria yang penting di dalam
peta kadaster berdigit adalah ia menunjukkan semua lot tanah, topologi yang betul
dan rangka kerja lot yang sentiasa dikemaskinikan. Konteks koordinat di dalam
PDUK ini merupakan koordinat anggaran daripada koordinat yang dicerap sebenar.
Ketepatan koordinat di dalam peta kadaster amat bergantung kepada keperluan
pengguna dan aplikasinya lebih sesuai bagi keperluan perancangan dan penilaian.

Kumpulan kedua adalah peta kadaster berdigit yang dihasilkan berdasarkan


koordinat yang sebenar daripada cerapan padang yang memberi dan menerangkan
garis-garis sempadan lot tanah. Keputusan kumpulan ini adalah penghasilan
daripada pelaksanaan sistem ukur kadaster berkoordinat sepenuhnya. Ia merupakan
pembangunan PDUK lanjutan daripada kes kumpulan pertama. Ketepatan
koordinatnya adalah tinggi. Sebagai contoh, +0.03m bagi koordinat relatif horizontal
di kawasan bandar, +0.2m di kawasan luar bandar. Ketepatan vertikal ialah +0.5m
di kawasan tinggi dapat dicapai dengan sistem ukur kadaster berkoordinat bercirikan
PDUK yang tepat dan berkualiti. Kebanyakan PDUK di negeri-negeri di Malaysia
adalah berbentuk dalam kumpulan pertama iaitu berketepatan secara grafik sahaja
dan kedudukan lot ditentukan secara relatif . Revolusi pengalihan data kadaster
PDUK daripada kumpulan pertama kepada kumpulan kedua menjadi isu kritikal
dalam pengurusan maklumat tanah berdigit dengan mengambilkira perkembangan
58

teknologi maklumat pada masa yang akan datang dan hasrat kerajaan untuk
mewujudkan kerajaan elektronik (e-government). Sehubungan dengan itu, langkah-
langkah JUPEM melakasanakan Projek Perintis, Sistem Kadaster Berkoordinat di
Negeri Melaka dengan kerjasama pakar perunding Universiti Teknologi Malaysia
merupakan salah satu langkah yang bijak selari dengan perkembangan sistem
kadaster secara global. Projek Perintis ini adalah untuk tujuan re-coordination dan
pempopulasian PDUK dengan koordinat ukuran tepat (survey accurate coordinate).

4.3.1 Kaedah Pempopulasian Data Kadaster Ke Dalam PDUK

Dikenalpasti terdapat tiga kaedah digunakan untuk mempopulasikan data


kadaster yang berbentuk analog kepada yang berbentuk digital ke dalam PDUK di
bawah sistem SPDK selain dari data migrasi dari Pangkalan Data Kadaster sistem
Mini-CALS. Perhubungan di antara pangkalan data Mini-CALS dan PDUK adalah
seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.1. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:

a) Modul Kemasukan Data Secara Papan kekunci


b) Modul Outsource Kepada Jurukur Tanah Berlesen
c) Modul Pekeliling KPUP 1/1997

Arc Migration Oracle


Oracle
Storm

MINICALS
-------------------------------------------------------------------------------------
SPDK

ArcView GIS
SDE

Oracle PDUK

Rajah 4.1: Perhubungan Pangkalan Data Mini-CALS dan PDUK


59

a) Modul Kemasukan Data Secara Papan Kekunci

Kaedah ini dilakukan oleh kakitangan JUPEM sendiri dengan memasukkan


maklumat yang ditunjukan diatas pelan akui seperti bering, jarak, kelusan lot,
koordinat dan lain-lain maklumat tekstual yang berkaitan lot-lot berkenaan. Data-
data tersebut diproses melalui Modul Pengesahan Kualiti ke atas grafik, tikaian lurus
dan keluasan lot menjana fail-fail dalam format Arcview (shp, shx, dbf) sebelum
dikemaskini ke dalam PDUK. Carta alir pempopulasian PDUK dengan kaedah ini
ditunjukkan dalam Lampiran 'E'.

b) Modul Outsource Kepada Juruukur Tanah Berlesen

Jumlah keseluruhan bilangan pelan akui lot-lot siap diukur yang telah
diluluskan dianggarkan banyak 450, 000 di semua JUPEM negeri. Langkah-langkah
penukaran dan penawanan data dari sebahagian PA diserahkan kepada Juruukur
Tanah Berlesen (JTB) melalui tender sumber luaran (Outsource). Kemasukan data
bering, jarak dan koordinat dari PA dijana kepada tiga fail ASCII iaitu *.lot, *.bdy
dan *.stone. Format fail ASCII ditunjukkan dalam Jadual 4.1 dan fail-fail ASCII
ditunjukkan seperti mana dalam Jadual 4.2. Dengan menggunakan Modul SPEK,
format fail-fail Arcview (shp, shx, dbf) dijana untuk dikemaskinikan ke dalam
PDUK.

c) Modul Pekeliling KPUP 1/1997

Sebelum pelaksanaan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1/1997


(PKPUP 1/1997) penghantaran kerja-kerja Juruukur Tanah Berlesen (JTB) disemak
secara manual. Keadaan ini menyebabkan pihak jabatan memasukkan semula atribut
lot-lot ke dalam komputer secara berasingan sebelum lot-lot dikemaskinikan ke
dalam PDUK. Justeru, melalui Peleliling PKPUP 1/1997 Juruukur Tanah Berlesen
(JTB) dikehendaki mengemukakan data berdigit disamping mengemukakan hasil
kerja berbentuk salinan cetak (hardcopy) kepada JUPEM negeri.
60

Jadual 4.1 Format Fail ASCII JUPEM (Sumber : PKPUP 1/1997)

No Job Detail Field Book Lot Lot Boundary

Field Desc Char Field Desc Char Field Desc Char Field Desc Char

1. Survey File 18 Field Book no 8 UPI 16 UPI 16


No
2. Complete 10 Survey File No 18 Centroid E 12 From Mark Desc 13
date Coord
3. cv.app date 10 Field Assistant 35 Centroid N 12 From Stone No 10
Coord
4. Start 4 Area 16 From E Coord 12
Cal.vol.no
5. Stsrt Page no 3 Unit For Area 3 From N Coord 12

6. End Cal 4 From Coord 1


Vol.no Type
7. End Page no 3 Bearing 9

8. Distance 10

9. Unit For Dist 3

10. To Mark Desc 13

11. To Stone No 10

12. To E Coord 12

13. To N Coord 12

14. To Coord Type 1

15. Class of Survey 1

16. Survey Line 2


Code
17. Survey Value 2
Code
18. Cert.Plan No 12

19. Remark 12

FAIL
NAME JOBREF..JOB JOBREF..BKL JOBREF..LOT JOBREF.BDY

Mengikut Pekeliling tersebut JUPEM telah menetapkan dua jenis Format


Piawai Fail JUPEM berbentuk Format ASCII dalam storan disket 3.5” untuk
dikemukakan oleh semua JTB. Pertama, Format JUPEM-DCDB mengandungi
empat (4) fail ASCII ia itu Jobref.job, Jobref.bkl, Jobref.lot dan Jobref.bdy. Dua fail
pertama bertujuan untuk kemaskini pangkalan data SRS manakala dua lagi fail untuk
kemaskini PDUK. Kedua, JUPEM-Check Format yang mengandungi dua fail ia itu
61

Jobref.ncp dan Jobref.tps digunakan untuk semakan menyeluruh ke atas data berdigit
yang dikemukakan oleh JTB. Setelah dipastikan semua data berdigit didapati
direkodkan dengan teratur, perisian CPS digunakan untuk menjana fail-fail tersebut
untuk menghasilkan Jilid Kiraan dan Pelan Akui. Dengan menggunakan Modul
Sistem Pengesahan Kualiti (SPEK) format fail-fail Arcview (shp,shx,dbf) dijana
untuk dikemaskinikan ke dalam PDUK. PA salinan cetak yang dikemukakan oleh
JTB diluluskan oleh Pengarah Ukur dan disimpan dalam bilik kebal.

Jadual 4.2 Fail-Fail ASCII Out-Source


(Sumber : Pekeliling KPUP 1/1997)

FAIL ATRIBUT
*.LOT Area, Area Unit, X-Centroid,Y-Centroid
*.BDY Atribut Garisan Sempadan: From /To Boundary Marks, Boundary Mark
Numbers, From/To X-Coordinates, From/To Y-Coordinates
*.PCP Cerapan
*.TPS Definasi Trabas Blok
*.JOB Maklumat Kerja Ukur
*.BKL Maklumat Juruukur dan Nombor Buku Kerjaluar

4.3.2 Pembangunan Pangkalan Data Ukur.

Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) atau Digital Cadastral Data Base
(DCDB) merupakan pangkalan data yang diurus dan dikawal di bawah
pengoperasian SPDK di setiap negeri. Dalam kata lain, konsep pengurusan DCDB
di Semenanjung Malaysia pada masa sekarang lebih terletak pada dasar setiap negeri
dan DCDB tersebut lebih dikenali sebagai SDCDB (State Digital Cadastral Data
Base). Penyediaan dan pembentukan PDUK adalah untuk keperluan pengurusan
data ukur kadaster yang lebih berkesan. Data-data daripada PDUK ini boleh
integrasikan dengan data data kadaster sahih dari Sistem Pendaftaran Tanah
Berkomputer (SPTB) yang sedang dilaksanakan di Pejabat Tanah bagi menghasilkan
satu sistem kadaster yang lengkap dan komprensif.
62

Jadual 4.3 Jumlah Lot Dalam PDUK Berbanding Lot Siap Diukur
(Sumber: JUPEM )

Negeri Jumlah Lot Jumlah Lot


Siap Diukur Dalam PDUK
Pahang 433 256 429 589
Perak 760 431 759 977
Selangor 827 615 813 843
Johor 911 763 901 687
Kelantan 680 370 679 870
Kedah 553 048 541 485
Terengganu 430 002 427 757
N.Sembilan 439 174 437 443
W.P.K.Lumpur 148 380 146 602
Melaka 234 465 234 465
P.Pinang 250 901 249 552
W.P.Labuan 12 605 12 605
Perlis 66 178 66 178

Jumlah 5 748 188 5 701 053

Sehubungan dengan itu, penilaian dan kelengkapan PDUK dari segi data
integriti, kualiti dan struktur data akan diberi tumpuan dalam seksyen ini.
Pembangunan PDUK di semua negeri Semenanjung Malaysia telah di sempurnakan
pada penghujung tahun 2003. Pada keseluruhannya jumlah lot yang dapat ditawan
ke dalam PDUK di negeri-negeri ialah 5.7 juta lot sehingga akhir tahun 2004
Pecahan mengikut negeri adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.3 di atas. Ini
menunjukkan komitmen tinggi JUPEM untuk menawan data lot kadaster ke dalam
PDUK, hanya terdapat sebanyak 47 lot yang memisahkan perbezaan di antara jumlah
lot siap diukur dan jumlah lot dalam PDUK. Namun demikian, PUDK-PDUK negeri
ini perlu dikemaskini dengan data-data ukuran yang mana boleh diperolehi secara
63

digital pada masa kini. Persoalan yang timbul kini ialah apakah data-data dalam
PDUK di setiap negeri mempunyai data integriti? Adakah ketepatan data PDUK
telah memenuhi kehendak pengguna? Dan bagaimanakah data boleh dikongsi untuk
tujuan updating dan penyenggaraan PDUK? Dan bagaimanakah lot spatial yang
terkandung dalam PDUK seterusnya dapat digunakan untuk tujuan pendaftaran surat
hak milik kekal melalui SPTB oleh Pejabat Tanah?

Tinjauan dan siasatan yang dibuat ke atas PDUK dalam kajian ini, sedikit
sebanyak dapat memberi penjelasan yang benar mengenai status dan pembangunan
PDUK di semua negeri Semenanjung Malaysia. Dengan adanya kefahaman tersebut,
penulis berharap dapat memberikan pandangan dan cadangan untuk menjawab
persoalan-persoalan yang telah dikemukakan di atas dalam bahagian bab kesimpulan
dan cadangan nanti.

Pembangunan PDUK negeri adalah bergantung kepada setiap Jabatan Ukur


dan Pemetaan Negeri masing-masing walaupun pemantauan kemajuan dan
penentuan polisi serta dasar hala tuju pembangunan PDUK dikawal selia oleh Ibu
Pejabat Ukur dan Pemetaan Malaysia. Pembangunan PDUK pada setakat ini hanya
berorientasikan kepada ketepatan grafik sahaja dan tidak mempunyai sistem
koordinat berorigin homogen. Setiap negeri di Semenanjung mempunyai origin yang
berlainan. Dalam persoalan pembaharuan kadaster, PDUK yang berketepatan rendah
tidak lagi dapat menampung pelbagai keperluan pengguna. Penggunaan teknologi
moden di dalam bidang kadaster seperti GPS dan GIS yang mana sudah pasti akan
mempercepatkan kelengkapan pangakalan data kadaster berdigit yang berkejituan
tinggi. Ini akan membantu penyelenggaraan dan penyebaran maklumat data kadaster
berdigit dapat diuruskan dengan lebih berkesan. Sehubungan dengan itu siasatan ke
atas struktur PDUK serta integriti dan kualiti data PDUK adalah perlu untuk
mengkaji kesesuaiannya untuk digunakan sebagai data berdigit ke dalam dokumen
hak milik tanah. Rajah 4.2 menunjukkan pembangunan pangkalan data kadaster di
JUPEM negeri selari dengan peningkatan sistem komputer dari masa ke semasa.
64

CALS/Mini-CALS
Secara Papan Kekunci
1994 CDS
Arc Storm

SPDK

PDUK Secara Papan Kekunci


1997 Oracle 7.3 Data digit PA baru
Modul KPUP 1/97

SPDK Upgrade
PA data berdigit
Modul KPUP 1/97(LS)
PDUK --------------------------------
Upgrade Ukuran Kelas 3/
2003 Oracle 9i Demakasi
GLMS PU/QT
Jalan
Bandar/Pekan/Kg
Garisan Sambungan

Rajah 4.2 : Pembangunan Pangkalan Data Kadaster

4.3.3 Struktur Data PDUK

PDUK dibentuk dalam aplikasi GIS dan berlatarkan kepada Pangkalan Data
Relational melalui lapisan ukuran dari pelan akui (surveyed layer). Data-data dari
pelan akui dan data-data yang diproses dalam bentuk digital terus dari ukuran padang
sepertimana telah diterangkan dalam seksyen 4.3.1 melalui proses pengurusan
pengesahan kualiti. Model data merupakan bentuk takrifan yang diperlukan dalam
suasana GIS. Model data PDUK merupakan jadual struktur dan juga merupakan
gambaran entiti hubungan atribut sebenar. Dalam PDUK terdapat tiga jenis fail
utama yang menerangkan maklumat spatial yang berkaitan dengan lot yang telah
65

diukur dan diluluskan PA. Struktur data PDUK mengandungi tiga lapisan maklumat
ukur spatial iaitu:

• Lapisan Lot Kadaster (LOT.shp)


• Lapisan Garisan Sempadan (BDY.shp)
• Lapisan Batu Sempadan (STONE.shp)

Rajah 4.3 menunjukkan hubungan antara entiti dan atribut data model PDUK
berasaskan kepada lot, garis sempadan dan tanda sempadan. Setiap lot mempunyai
garis sempadan di mana garis sempadan tersebut dihubungkan kepada tanda
sempadan. Atribut-atribut kepada entiti berkenaan ia itu tanda sempadan, garisan
sempadan dan lot kadaster mewakili objek spatial Point, Polyline dan Polygon
masing-masing seperti mana ditunjukkan dalam Jadual 4.4.

Rajah 4.3: Model Hubungan Entiti dan Atribut PDUK


(Abdullah Hisham, 2003)
66

Jadual 4.4 Model Data PDUK


(Sumber: JUPEM)

ATRIBUT OBJECT
ENTITI SPATIAL
Pointkey, Apdate, Mark_desc, Serial,
Tanda Sempadan Coord_type, R_east, R_north, Point
S_comment, Status, GID
Apdate, Parcel_key, Bearing, Distance,
Units, Class, Line_code, Line_type,
Garisan Sempadan Polyline
Entry_mode, PA, Fnode,Tnode,
AdjParcel, Status, GID
Negeri, Daerah, Mukim, Seksyen, Lot,
Lot Kadaster Svy_area, Area_unit, Apdate, Polygon
Status,Lock_ID, GID

Merujuk kepada Jadual 4.4 di atas, setiap tanda sempadan lot mempunyai
unik Pointkey, tarikh lulus PA, jenis tanda sempadan , nombor serial tanda
sempadan yang berkaitan, jenis koordinat, komponen-komponen koordinat utaraan
dan timuran, status tanda sempadan samada paparan semasa atau arkib dan GID iaitu
nombor rujukan pengenalan geografi yang dijana oleh sistem bagi setiap rekod.
Rekod garisan sempadan pula menyimpan maklumat tarikh lulus PA, nombor garis
sempadan unik, maklumat bering dan jarak, unit samada meter, ling atau kaki, kelas
ukur, kod garisan, jenis garis, mod kemasukan data, nombor PA, Fnode dan Tnode
merupakan nombor kombinasi daripada Pointkey, nombor lot dan nombor PA, status
dan GID iaitu nombor rujukan pengenalan geografi yang di jana oleh sistem bagi
setiap rekod garisan. Lot kadaster disimpan sebagai UPI (Unique Parcel Identifier)
yang terdiri daripada kod negeri, daerah, mukim, seksyen dan nombor lot bagi setiap
lot. Maklumat sempadan-sempadan bagi setiap lot disimpan mengikut peraturan
pusingan jam (clock-wise rule). Maklumat seperti nombor PA, nama pengukur,
nombor fail ukur, tarikh kelulusan PA, nombor syit piawai dan lain-lain maklumat
yang wujud di atas PA disimpan sebagai data atribut atau tekstual.
67

Rajah 4.4: Struktur Pangkalan Data PDUK (Manual SPDK, JUPEM)

Rajah 4.4 di atas menunjukkan struktur PDUK. Merujuk kepada Rajah di


atas, status maklumat sempadan lot akan ditandakan sebagai ‘Y’ untuk ukuran terkini
dan ‘N’ untuk ukuran terdahulu di dalam field ‘status’ bagi setiap lapisan lot,
boundary dan stone. Setiap maklumat spatial lot kadaster dan data atribut lot
mempunyai UPI, koordinat centroid bagi x dan y, keluasan lot dan unit bagi keluasan
lot tersebut sepertimana ditunjukkan di atas pelan akui asal. Juga diperhatikan
bahawa ApDate (tarikh kelulusan PA) digunakan untuk menghubungkan ketiga-tiga
fail data mungkin kurang berkesan memandangkan terdapat keadaan dimana
beberapa PA diluluskan pada tarikh yang sama. Untuk mengatasi masalah ini
disyorkan untuk menggunakan UPI kerana ini akan memberi hubungan yang lebih
berkesan di antara satu lapisan dengan lapisan lain dalam pangkalan data GIS atau
LIS. Dale (1989) telah menunjukkan bagaimana UPI mampu mewujudkan jalinan di
antara lot kadaster dengan pelbagai fail data yang berkaitan dengan lot tersebut
sepertima tertera dalam Rajah 4.5. Kesemua data bering dan jarak bagi sempadan
bersama di antara dua lot dimasukkan dan disimpan sekali sahaja untuk mengelakkan
data redundancy di samping menjimatkan ruang storan di dalam pangkalan data.
Keadaan ini didapati berlainan pula dalam PDUK di mana maklumat bering dan
jarak dan spatial lot disimpan berbilang kali mengikut kewujudan PA walaupun
68

terdapat lot-lot yang mempunyai sempadan bersama. Perkara ini merupakan


kekangan kepada penggunaan data PDUK untuk tujuan penyediaan pelan dokumen
hak milik tanah malah lebih merumitkan kegunaan data dalam persekitaraan GIS.
Isu-isu yang berkaitan dengan data integriti PDUK akan ditinjau dalam seksyen
4.3.5.

Rajah 4.5 : Sistem Rujukan Rekod-Rekod Kadaster


(Sumber: Dale 1989)

4.3.4 Peningkatan Ke atas PDUK

Bagi memantapkan lagi PDUK supaya mengandungi data-data yang lengkap


dengan lapisan-lapisan tambahan, PDUK di semua negeri ditambahbaik dengan
menggunakan modul GLMS (GIS Layer Management System) dan perisian GIS
MapInfo dibawah projek SPDK Upgrade yang dilaksanakan pada pertengahan tahun
2003. PDUK yang sedia ada hanya mempunyai lapisan ukuran muktamad yang
terdiri daripada ukuran kelas satu, ukuran kelas dua dan sebahagian dari ukuran kelas
69

tiga. Walau bagaimanapun, pangkalan data tersebut didapati tidak berupaya


memenuhi kehendak pengguna lain mahupun penguna jabatan untuk pengurusan
maklumat lain seperti hak milik sementara, permohonan ukur, sempadan
pentadbiran, nama jalan, garisan sambungan dan lain lain lagi.

Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling KPUP Bil.2/2004 dikeluarkan oleh


Ibu Pejabat JUPEM menetapkan garispanduan untuk menjalankan kerja-kerja
pembentukan, penawanan dan penyenggaraan lapisan-lapisan tambahan seperti
berikut:

• Lot tanah hak milik sementara dan permohonan ukur


• Lot tanah yang telah diukur secara ukuran kelas tiga dan dermakasi
• Garisan ukuran sambungan antara lot
• Sempadan-sempadan pentadbiran
• Nama pekan, kampung dan jalan
• Ukuran trabas kawalan
• Sempadan kawasan pengwartaan
• Maklumat hidrografi
• Maklumat bangunan dalam lot

4.3.5 Isu-Isu Data Kualiti Dan Integriti PDUK

Kualiti data dalam PDUK merupakan isu terpenting kerana pengwujudan


pangkalan data ukur kadaster yang lengkap dan berintegriti tinggi akan
meningkatkan tahap penggunaan data tanpa keraguan oleh pengguna GIS. Di
samping itu, penggunaan semula data berdigit PDUK sebagai input kepada konsep
‘field to finish’ memerlukan tahap kebolehpercayaan dan integriti data PDUK tidak
boleh diabaikan. Memandangkan wujudnya kesedaran untuk mengadakan
perkongsian data dan pangkalan data di kalangan agensi-agensi kerajaan sebagai
salah satu langkah mengurangkan kos pembangunan dan penyenggaraan pangkalan
data maka, JUPEM sebagai agensi kastodian kepada data kadaster geospatial
70

mempunyai tanggungjawab besar untuk mempastikan PDUK mengandungi


maklumat data berkualiti dan berintegriti tinggi. Seperti sedia maklum dan
diterangkan dalam seksyen 4.3.1 data PDUK diperolehi melalui tiga (3) kaedah:

a) Kemasukan data melalui papan kekunci


b) Kemasukan data berdigit dari sumber luar Juruukur Tanah Berlesen
c) Kemasukan data yang diproses secara digit terus dari lapangan.

Kesemua data-data tersebut perlu melalui pemeriksaan kualiti melalui Sistem


Pengurusan Kualiti (SPEK) sebelum dikemaskini (update) ke dalam PDUK. Pada
keseluruhannya data kualiti PDUK adalah dipengaruhi oleh kaedah kutipan data di
padang dan proses penukaran data dari sumber asal salinan cetak (hadcopy) kepada
salinan lembut (softcopy) dan keupayaan operator SPEK mengesan ralat sebelum
dikemaskini ke dalam PDUK. PDUK dibangunkan berdasarkan kepada pelan akui di
mana setiap pelan akui ini diukur mengikut kelas ukuran tertentu samada kelas 1,
kelas 2, kelas 3 atau gabungan dari mana-mana kelas ukuran tersebut. Dengan sebab
itu, ketepatan PDUK adalah sangat bergantung kepada sumber data yang diperolehi
dari pelan akui berkenaan. Beberapa pra syarat yang ditetapkan dalam modul SPEK
untuk semakan maklumat setiap lot ialah:

i) Perbezaan keluasan antara sistem dengan PA tidak melebihi 0.5%.


Bagi lot dimana keluasanya kurang dari 100meter persegi had
perbezaannya tidak melebihi 1.0%
ii) Perbezaan antara koordinat sistem dengan koordinat jilid kiraan tidak
melebihi 0.5%
iii) Tikaian lurus yang dibekalkan oleh sistem menepati kehendak kelas-
kelas ukuran iaitu: tidak kurang dari 1:8000 bagi kelas satu, tidak
kurang dari 1: 4000 bagi kelas dua dan tidak kurang dari 1:2000 bagi
kelas tiga.

Sekiranya perbezaan-perbezaan tersebut di atas melebihi had yang ditetapkan


oleh jabatan, maka proses semakan ke atas data perlu dibuat semula agar tidak
berlaku sebarang kesilapan sebelum dikemaskinikan ke dalam PDUK. Kajian telah
71

dijalankan untuk mempastikan keadaan sebenar status PDUK dari segi sempadan lot,
keluasan dan komponen koordinat tanda sempadan.

4.3.5.1 Status Sempadan Lot

Kes 1

Merujuk kepada rajah 4.6 lot 1001 ialah lot ukuran terdahulu manakala lot
2002 ialah lot ukuran terkini. Garisan sempadan bersama di antara lot 1001 dan lot
2002 akan mempunyai dua nilai bering dan jarak mengikut ukuran lot masing-
masing. Nilai bering dan jarak A-B untuk lot 1001 dengan status ‘N’ dan A-C untuk
lot 2002 dengan status ‘Y’ dengan nilai ukuran terkini. Sebenarnya garisan
sempadan di antara lot-lot ini seharusnya digambarkan dengan nilai A-B dan B-C.

A
A A

1001
+ 2002
= 1001
2002
B B
C
C

Rajah : 4.6: Kepincangan Sempadan Lot Dalam PDUK

Kes 2

Daripada Rajah 4.7 pula, garisan sempadan di antara lot 10 dengan lot 22 dan
lot 33 telah ditandakan sebagai X-Y bagi lot 10, X-Z bagi lot 22 dan Z-Y bagi lot 33.
Selepas dikemaskini ke dalam PDUK, garisan sempadan ini akan mempunyai dua (2)
nilai iaitu X-Y bagi lot 10 yang berstatus ‘N’ dan X-Z bagi lot 22 yang berstatus ‘Y’.
72

X X X

22 22
10
+ Z

33
= 10
Z

33

Y Y Y

Rajah 4.7: Kepincangan Sempadan Lot Dalam PDUK

bagi nilai ukuran terkini begitu juga dengan Z-Y bagi lot 33 yang juga berstatus ‘Y’.
Masalah akan timbul apabila lot 33 dipecah sempadan menyebabkan garisan Z-Y
perlu dihapuskan dari PDUK. Oleh yang demikian, garisan sempadan yang tinggal
hanyalah X-Y dan X-Z. Keadaan ini telah menyebabkan maklumat garisan ukuran
terkini Z-Y tidak digambarkan di dalam pangkalan data.

Kes 3

203
200 201

16 205
15

204

202

Rajah 4.8: Kehilangan Lot Kecil Dalam PDUK


73

Merujuk kepada Rajah 4.8, menunjukkan lot-lot asal 15 dan 16 telah dipecah
sempadan kepada lot-lot baru 200 hingga 205. Disebabkan keluasan lot 202 terlalu
kecil atau jarak lot tersebut kurang dari 0.5 meter maka didapati lot tersebut tidak
dipaparkan dalam grafik PDUK. Kebanyakan kes-kes begini terdapat pada pelan
akui yang telah disediakan oleh Juruukur Tanah Berlesen.

Kes 4

Selain daripada itu, garisan sempadan lot yang dijana daripada dua titik atau
node juga mempunyai nilai bering dan jarak sistem yang sedikit berbeza dengan nilai
ukuran padang atau nilai attribut. Ini adalah kerana penjanaan garisan sempadan
adalah berdasarkan kepada dua (2) titik koordinat yang telah dilaraskan manakala
nilai di atas PA hasil dari nilai hitungan purata ( mean computation ) atau cerapan di
padang.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas data PDUK bagi beberapa
negeri Semenanjung Malaysia, hasil kajian ke atas koordinat sistem menunjukkan
peratusan besar perbezaan di antara nilai-nilai sistem dan atribut adalah di dalam had
yang dibenarkan.

4.3.5.2 Status Keluasan Lot

Keluasan lot-lot dalam PDUK adalah sepertimana ditunjukkan pada pelan


akui dipaparkan melalui data atribut. Dengan sebab itu, unit keluasan lot dinyatakan
dalam unit A, F, H dan M mewakili ekar, kaki persegi, hekter dan meter persegi
masing-masing. Semasa pengemaskinian PDUK, proses snapping telah
menyebabkan perubahan kepada bentuk lot dan mempengaruhi perubahan nilai
keluasan lot sistem berbanding luas lot atribut.
74

Kajian ke atas PDUK-PDUK negeri menunjukkan perbezaan nilai keluasan di


antara sistem dengan atribut berada pada had yang dibenarkan iaitu 1%. Kajian
secara menyeluruh menunjukkan 94% daripada lot-lot dalam PDUK mempunyai
perbezaan keluasan kurang dari 1% manakala bakinya 6% melebihi 1%. Perbezaan
ini adalah disebabkan oleh perubahan bentuk lot akibat snapping dan kesilapan yang
mungkin wujud akibat penukaran unit keluasan dan perkiraan keluasan sistem
berdasarkan kepada koordinat terlaras dalam sistem berbeza dengan koordinat
terlaras di atas jilid kiraan.

4.3.5.3 Status Koordinat Sistem

PDUK menggunakan satu set koordinat samada koordinat tegar atau


koordinat memplot sebagai asas kepada penjanaan koordinat sistem tanda-tanda
sempadan yang terkandung dalam pelan akui untuk penyimpanan dan pemaparan
grafik dalam komputer. Ini telah menyebabkan set nilai koordinat sistem berbeza
sedikit berbanding dengan set nilai koordinat yang telah dibekalkan dalam JK yang
mana disimpan sebagai data atribut dalam PDUK.

Satu kajian menyeluruh telah dibuat ke atas data-data PDUK untuk mengesan
tahap perbezaan antara koordinat sistem dengan koordinat JK. Kajian ini dijalankan
berdasarkan kepada data-data PDUK meliputi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Johor sepertimana
ditunjukkan dalam Jadual 4.5. Dari jumlah 10.37 juta titik yang dikaji didapati
sebanyak 1.81 juta titik dibekalkan koordinat 0,0 (tidak mempunyai nilai koordinat)
iaitu bersamaan dengan 17 %. Baki sebanyak 8. 56 juta titik tersebut yang
mempunyai koordinat sistem di mana perbezaannya kurang dari 0.1 meter adalah
91.31%; perbezaan melebihi 0.1 meter dan kurang dari 5meter ialah 8.49% dan cuma
0.20% mempunyai perbezaan nilai koordinat melebihi 5 meter berbanding dengan
koordinat atribut (koordinat JK).

Siasatan selanjutnya ke atas sebahagian 0.20% titik yang melebihi 5meter


tersebut mendapati kesilapan besar operator memasukkan data melalui keyboard-
75

enrty dan juga disebabkan oleh ketidaksamaan unit koordinat sama ada meter (M)
atau ling (L) di antara nilai koordinat sistem dengan nilai koordinat atribut.

Jadual 4.5 Analisis Perbezaan Koordinat Sistem


Berbandingan Koordinat Jilid Kiraan

(A) (B)
Negeri Jumlah Berkoordinat Perbezaan Koordinat (Meter)
Tanda ‘00’
Sempadan <0.1 >0.1<5 >5

Perlis 210 761 4 914 174 952 30 637 258

Kedah 1 568 350 9 330 1 429 854 129 045 121

P.Pinang 750 128 38 587 665 305 45 098 1 136

Perak 1 824 978 539 978 1 228 247 51 335 5 418

N.Sembilan 1 129 107 430 485 659 999 37 251 1 372

Kelantan 1 676 243 553 567 918 846 199 873 3 957

Terengganu 1 110 944 235 505 766 778 106 551 2 110

Johor 2 100 545 - 1 971 263 127 607 1 675

Jumlah 10 371 056 1 812 366 7 815 244 727 397 16 047

(A-B)
Peratusan 8 558 690 91.31 % 8.49 % 0.20 %

4.3.5.4 Penggunaan Koordinat Mempelot

Penggunaan koordinat mempelot yang tidak jitu dan tidak terlaras bagi tujuan
pengwujudan PDUK menyebabkan berlakunya pertindihan nilai koordinat yang
memerlukan proses snapping dilakukan. Di dalam hitungan koordinat mempelot,
hanya satu koordinat asas digunakan dan ini menyebabkan tikaian koordinat dan
pelarasan tidak dapat dilakukan dengan tepat.
76

Hal ini berbeza dengan hitungan koordinat tegar di mana dua koordinat asas
iaitu koordinat asas permulaan dan koordinat asas tutupan diperlukan. Tujuannya
ialah untuk menghitung tikaian bagi koordinat asas dan seterusnya membuat
pelarasan bagi koordinat-koordinat baru. Kebanyakan koordinat atribut yang
terdapat dalam PDUK sekarang ini adalah merupakan koordinat mempelot.
Koordinat-koordinat ini tidak dapat digunakan bagi menghitung tikaian koordinat
kerana nilainya kurang tepat.

4.3.5.5 Data Migrasi Dari Sistem Mini-CALS

Sistem pangkalan data Mini-CALS hanya dapat memberikan dua koordinat


yang mempunyai nilai sebenar mengikut jilid kiraan bagi setiap PA manakala
koordinat-koordinat yang selainnya diberikan nilai (0,0). Apabila data-data tersebut
dibuat migrasi ke PDUK, nilai-nilai yang sama telah dipindahkan. Oleh itu,
koordinat yang terdapat dalam PDUK tidak sama dengan koordinat sebenar yang
ditunjukkan dalam JK. Ini menyebabkan ianya kurang sesuai untuk digunakan bagi
kiraan bearing dan jarak (mean computation) untuk ukuran di kerjaluar dan semakan
pemprosesan di pejabat.

4.3.5.6 Maklumat Ukuran Kelas Tiga (3)

Data-data ukuran kelas tiga (3) telah dimasukkan dalam lapisan yang sama
dengan data-data ukuran kelas satu (1) dan kelas dua (2) di awal pembentukkan
PDUK. Kejituan data-data ini jauh lebih rendah berbanding dengan data-data ukuran
kelas 1 dan 2 dan tidak mempunyai sifat yang sama. Terdapat juga keadaan di mana
PA, ukuran kelilingnya diukur dengan kelas satu atau dua dan sempadan lot
dalamannya diukur dengan kelas tiga. Data-data tersebut turut telah ditawan ke
dalam PDUK. Ini menyebabkan kiraan bering dan jarak, koordinat dan keluasan
dalam sistem akan menjejaskan kejituan hasil kiraan tersebut.
77

4.3.5.7 Maklumat Yang Tidak Lengkap Dan Terkini

Pada masa ini, maklumat-maklumat yang terdapat dalam PDUK didapati tidak
lengkap dan terkini. Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh kelewatan Jabatan
menerima Permohonan Ukur (PU) daripada Pejabat Tanah walaupun pemberimilikan
tanah telah lama diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Terdapat juga kerja-kerja
JTB yang lambat dikembalikan kepada jabatan menyebabkan data-data tidak dapat
dikemaskini ke dalam PDUK. Di samping itu terdapat juga PA yang tidak lengkap
dengan maklumat simpanan jalan dan sungai dimasukkan ke dalam PDUK. Selain
daripada itu, kemasukan maklumat butiran seperti sungai, jalan, nama jalan, nama
kampung dan sebagainya yang di perolehi daripada data topografi berdigit yang tidak
terkini akan menjejaskan integriti data PDUK. Data-data PDUK yang tidak lengkap
dan tidak terkini akan menjejaskan kerja-kerja ukuran, perancangan, pengurusan
tanah dan sebagainya oleh Jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan khususnya
Pejabat Tanah dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian apabila membuat rujukan
kepada PDUK.

4.4 Rumusan

Kajian ke atas PDUK mendapati data ukur kadaster yang telah ditawan dalam
PDUK memerlukan proses pemantapan dan peningkatan bagi kegunaan agensi
jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang awam. Pengurusan dan keutuhan dan
integriti data ukur kadaster adalah penting bagi mempastikan kesahihannya dari segi
undang-undang.

Siasatan ke atas PDUK juga mendapati modul SPEK merupakan alat (tool)
yang penting untuk mengawal kejituan data sebelum dikemaskinikan ke dalam
PDUK. Namun demikian, operator SPEK hendaklah memastikan kualiti data
mengikut peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh jabatan. Kesilapan
manusia (human error) dalam memasukkan data ke dalam PDUK harus dielakkan
dari peringkat awal lagi.
78

Penyenggaraan data PDUK harus dilakukan secara berterusan untuk


membetulkan dan membersihkan data dari sebarang kesilapan. Sehubungan dengan
itu, data berdigit yang telah dibuat migrasi dari sistem Mini-CALS hendaklah
disemak semula agar tidak berlaku kehilangan feature dalam proses migrasi data
tersebut.

Proses kemaskinian (updating) data ke dalam PDUK mewujudkan masalah


kehilangan garisan sempadan apabila lot bersebelahan dibuat pecah sempadan
kepada beberapa lot. Ini disebabkan oleh model penawanan data kedalam PDUK
adalah berbentuk poligon iaitu mengikut pelan akui masing-masing lot. Keadaan ini
menyebabkan sempadan bersama lot yang telah diukur melalui PA yang berlainan
mempunyai nilai bering dan jarak berlainan dan nilai set koordinat bagi tanda
sempadan juga turut berbeza. Pada umumnya, perbezaan di antara nilai koordinat
jilid kiraan (disimpan sebagai data atribut) dan nilai koordinat sistem sebahagian
besarnya iaitu 92% berada dalam had kurang dari 0.5 meter. Tanda-tanda sempadan
yang dibekalkan dengan nilai koordinat ’00’ hendaklah dimasukkan semula dengan
koordinat lot tanda sempadan dari JK untuk tujuan semakan dengan koordinat
sistem.

Mewujudkan lapisan GLMS di bawah sistem peningkatan SPDK dan lain-


lain modul merupakan langkah yang baik untuk memasukkan butir dan lapisan-
lapisan baru telah meningkatkan fungsi-fungsi yang sedia ada di samping
meningkatkan lagi aplikasi semasa untuk membolehkan pengintegrasian sistem dapat
dilaksanakan dengan mudah.
BAB 5

SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER

5.1 Pendahuluan

Pentadbiran Tanah di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan Sistem


Torrens yang menjadi asas kepada Kanun Tanah Negara. Sistem Torrens adalah satu
sistem yang dapat memberi jaminan dan memudahkan proses urusan tanah. Hak
milik yang dikeluarkan menerusi sistem ini adalah bukti muktamad dalam
memperihalkan tuan punya tanah tanpa disangkal.

Secara amnya pentadbiran tanah adalah terbahagi kepada dua peringkat


bidang kuasa iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perkara 74
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tanah adalah suatu perkara di
bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Namun begitu, bagi maksud untuk
menentukan persamaan undang-undang dan dasar, Parlimen diberi kuasa di bawah
Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk membuat undang-undang
atau membuat pindaan ke atas undang-undang berkaitan dengan persetujuan Dewan
Undangan Negeri.

Pada masa kajian ini dibuat, mengikut laporan Bahagian Sistem Maklumat
Kemeterian Sumber Asli dan Alam Sekitar terdapat sebanyak 4,180,061 lot tanah
telah diberi hak milik kekal di seluruh negeri Semenanjung Malaysia . Dokumen-
dokumen hak milik ini disimpan dalam bilik kebal setelah didaftarkan ke dalam -
buku daftar tanah di Pejabat-pejabat Tanah Daerah dan Pejabat-pejabat Tanah dan
Galian Negeri . Pecahan kepada bilangan hak milik mengikut negeri adalah seperti
ditunjukkan dalam Jadual 5.1
80

Jadual 5.1 Bilangan Hak Milik Kekal Di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia


(Bahagian Sistem Maklumat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar)

Bil Negeri Bilangan Hak Milik


1 Perlis 60 000
2 Kedah 482 143
3 Pulau Pinang 160 637
4 Perak 593 000
5 Selangor 529 460
6 Wilayah Persekutuan 150 000
7 Negeri Sembilan 230 000
8 Melaka 176 621
9 Johor 750 000
10 Pahang 263 000
11 Terengganu 295 200
12 Kelantan 490 000

Jumlah 4 180 061

Dalam bab ini , di samping memahami sistem SPTB dan mendokumentasikan


sistem tersebut, juga dibincangkan aspek–aspek yang terlibat dalam proses
pendaftaran dan urusniaga-urusniaga tanah yang menghasilkan pangkalan data
SPTB. Pangkalan Data SPTB mengandungi maklumat-maklumat tanah dan urusan-
urusan berkaitan tanah yang merupakan komponen kepada data kadaster sepertimana
dibincangkan dalam Bab 2. Dalam bab ini, turut dikaji jenis-jenis set data tersebut
dan proses bagaimana data tersebut dikumpulkan, dikemaskini, disimpan dan
diuruskan dalam pangkalan data SPTB. Pengetahuan mengenai pelaksanaan SPTB
adalah penting kerana ia akan membantu untuk mewujudkan model konseptual
pengintegrasian PDUK dan SPTB yang akan dibicangkan nanti dalam Bab 6.
81

5.2 Pendaftaran Tanah

Tujuan utama pendaftaran tanah adalah untuk memberi perlindungan undang-


undang bagi menjamin hak-hak pemilik dan pihak berkepentingan ke atas sesuatu
tanah milik di bawah kuatkuasa Kanun Tanah Negara. Berdasarkan prinsip hak
milik tanah tidak boleh disangkal dan sebarang urusan mengenai tanah milik
mestilah didaftarkan mengikut peraturan dan undang-undang Kanun Tanah Negara
atau mana-mana undang-undang yang telah gunapakai sebelum pelaksanaan Kanun
Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965).

Urusan pendaftaran tanah dalam proses pengkomputeran sepertimana


diperuntukkan di dalam Jadual Ke 14 seksyen 5A Akta Kanun Tanah Negara 1965.
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) menggantikan Sistem Pendaftaran
Tanah yang dikendalikan secara manual sebelum ini dan pendaftaran secara manual
dijalankan dalam kes-kes tertentu sahaja. Mengikut seksyen 8 (1), Jadual Ke 14
KTN 1965, adalah menjadi tanggung jawab Pendaftar Hak Milik untuk menukarkan
semua dokumen hak milik daftaran ditukarkan kepada dokumen hak milik
komputer dengan tandatangan dan dimeteraikan oleh pendaftar hak milik. Namun
demikian, dokumen-dokumen hak milik keluaran yang lama berhubung kait dengan
hak milik daftar bentuk komputer tersebut terus kekal menjadi dokumen yang sah
sehingga tuan punya tanah memohon kepada dokumen hak milik keluaran komputer
yang baru.

5.3 Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer

SPTB dilaksanakan bagi mempercepatkan pendaftaran hak milik dan urusan


tanah milik di pejabat-pejabat tanah. Selain itu, ia turut bertujuan bagi mewujudkan
pangkalan data tanah bagi kegunaan pengguna-pengguna Sistem Maklumat Tanah.
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer dilaksanakan mulai 1 Januari 1992 di negeri
-negeri Semenanjung Malaysia berdasarkan kepada pindaan kepada undang-undang
Kanun Tanah Negara (KTN 1965) Jadual ke 14 seksyen 5A.
82

5.3.1 Latar Belakang

Di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (sebelumnya dikenali


sebagai Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi), Pejabat Tanah dan Galian
serta Pejabat Tanah dan Daerah di setiap negeri telah mengambil inisiatif untuk
melaksanakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer. Sistem Pendaftaran Tanah
Berkomputer(SPTB) merupakan satu sistem yang diwujudkan bertujuan untuk
memodenkan kaedah pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah di samping
mengatasi masalah tunggakan dalam proses penukaran surat hak milik sementara
kepada surat hak milik kekal. Selain dari itu, ia bertujuan untuk menjadikan prosedur
pendaftaran dan urusniaga tanah lebih kos efektif. Sistem ini berfungsi berasaskan
kepada penggunaan teknologi komputer terkini tanpa mengabaikan aspek-aspek
keselamatan.

Pada 23 September 1987, Kabinet telah meluluskan penubuhan satu


Jawatankuasa Perlaksanaan untuk mewujudkan satu pendaftaran tanah moden
dengan menggunakan teknologi komputer. Kajian kemungkinan telah dijalankan
oleh pakar perunding dari Sweden, dimana laporannya telah dikemukakan
laporannya kepada kabinet pada bulan Julai 1988. Setelah mendapat persetujuan
Majlis Tanah Negara (MTN), satu perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan
Sweden telah dimeterai pada bulan Mei 1990 untuk menubuhkan satu pasukan projek
perintis SPTB. Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah dipilih
menjadi projek perintis penubuhan SPTB dan diwartakan pada 1 April 1995.

Penggubalan Jadual 14 Kanun Tanah Negara (KTN)1965 dan pindaan


Seksyen 5A dan 5B telah diwartakan pada Januari 1992 untuk memasukkan elemen-
elemen pelaksanaan teknologi maklumat dan peruntukan pelaksanaan SPTB dalam
pentadbiran tanah. SPTB dilaksanakan di semua negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia secara berperingkat-peringkat menggunakan aplikasi yang telah
dibangunkan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sistem ini dilaksanakan dalam dua fasa iaitu negeri-negeri Perlis, Kedah,
Terengganu dan Pahang dalam fasa pertama pada tahun 1998 manakala negeri-negeri
Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan dalam
fasa kedua dimulakan pada 2001.
83

5.4 Ciri-Ciri Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer

SPTB adalah satu sistem “online” komputer mini yang beroperasi di dalam
persekitaran sistem terbuka UNIX. Pengguna utama sistem ini adalah Pejabat
Pendaftar Hak Milik Tanah Negeri dan Pejabat Tanah Daerah di negeri-negeri
Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Capaian maklumat dengan menggunakan terminal komputer boleh dilakukan


di semua Pejabat Tanah dalan negeri yang berkenaan sahaja. Walau bagaimanapun
segala urusniaga tanah milik hendaklah dilakukan di pejabat, di mana hak milik
tanah berkenan didaftarkan. Pendaftar Hak Milik hanya boleh melaksanakan
urusniaga terhadap tanah milik yang terletak di bawah bidang kuasanya sahaja.

Urusan transaksi hak milik tanah dilaksanakan dengan menggunakan terminal


komputer-komputer peribadi yang disambung kepada pemproses. Di akhir transaksi,
Dokumen Hak Milik Daftar Komputer (DHDK) dicetak untuk simpanan di Pejabat
Pendaftar dan Dokumen Hak milik Keluaran Komputer (DHKK) dicetak untuk
diberi kepada tuan punya tanah yang membuat permohonan.

Maklumat yang terkandung di dalam pangkalan data SPTB boleh dicapai


oleh pengguna-pengguna dengan menggunakan terminal komputer peribadi yang
disambung secara terus kepada pemproses di Pejabat Pendaftar atau menerusi data
line kepada pengguna luar secara remote. Sumber maklumat bagi sistem adalah dari
data dokumen hak milik Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah di mana pelan tanah
yang berkenaan diperolehi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri
berkenaan. SPTB membekalkan maklumat-maklumat tanah kepada agensi-agensi
kerajaan dan pihak swasta atas permintaan dengan dikenakan bayaran yang
ditetapkan.
84

5.5 Kandungan Maklumat

Maklumat yang terkandung di dalam pangkalan data SPTB adalah berasaskan


rekod-rekod yang tersimpan di dalam daftar hak milik tanah dan fail-fail berkaitan
tanah. Daftar hak milik tanah ini mengandungi butir-butir mengenai pengenalan
tanah, syarat pemilikan, rekod pemilikan, pihak-pihak berkepentingan dan maklumat
urusan yang telah dilakukan ke atas tanah berkenaan. Bagi setiap rekod hak milik,
pangkalan data SPTB mengandungi maklumat maklumat seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 5.2 berikut :

Jadual 5.2 Kandungan Maklumat Dalam SPTB

Bil. Maklumat Keterangan Mengenai Maklumat


SPTB
1. Pangkalan Data • Data jenis hak milik tanah, nombor hak
Hak Milik milik, lokasi tanah iaitu Negeri, Daerah,
Bandar / Pekan /Mukim, jenis kegunaan
tanah, jenis pemilikan dan tempoh pemilikan.

2. Pengenalan • Data nombor lot, keluasan, nombor syit


Tanah piawai dan nombor pelan akui

3. Syarat-Syarat • Syarat Nyata dan Sekatan Kepentingan.


Pemilikan
4. Rekod • Nama pemilik, nombor kad pengenalan,
Pemilikan kewarganegaraan dan alamat.
• Tarikh berimilik pertama, lain-lain urusan
tanah

5. Pihak • Mengandungi maklumat jenis kepentingan,


Kepentingan nama pihak berkepentingan, nombor kad
pengenalan, kewarganegaraan dan alamat.

6. Pelan Tanah • Borang B1 bagi surat hak milik kekal


• Borang B2 bagi surat hak milik sementara

7. Cukai Tanah • Kadar Cukai tahunan

8. Urusan Tanah • Pindah milik,tukar syarat,pecah sempadan,


pecah bahagian,memorial, surat kuasa wakil,
perserahan, pengambilan, gadaian, pajakan,
isemen dan lain-lain urusniaga berdaftar.
85

Sebelum pelaksanaan SPTB, pelan tanah yang menunjukkan lot tanah yang
didaftarkan dalam dokumen hak milik tersebut dilekatkan pada dokumen hak milik
dalam borang 5D. Setelah pelaksanaan SPTB, pelan tanah tidak dilekatkan dalam
dokumen hak milik sama ada daftaran atau keluaran tetapi ia ditunjukkan dalam
borang B1 bagi hak milik kekal dan borang B2 bagi hak milik sementara. Borang B1
atau B2 disediakan sekali semasa ditukar ganti hak milik atau pendaftaran baru hak
milik atau bagi tujuan pendaftaran hak milik sambungan. Borang B1 atau B2
hendaklah ditandatangani dan dimeterai oleh pendaftaran atau pentadbir tanah
berkenaan. Jika berlaku urusan pertukaran pindah milik, pemilik tanah asal perlu
menyerahkan borang B1 atau B2 berkenaan kepada pendaftar hak milik untuk untuk
disertakan sebagai lampiran kepada dokumen hakmilk yang baru didaftarkan secara
komputer dengan menggunakan sistem SPTB.

5.6 Hasil Pengeluaran Sistem SPTB

SPTB mengeluarkan beberapa jenis output sama ada secara “direct online” di
pejabat tanah atau secara “remote on-line” di luar, dengan menggunakan terminal
komputer peribadi dan alat pencetak. Dokumen rasmi yang dapat dikeluarkan ialah
Dokumen Hak Milik Daftar Komputer (DHDK), Dokumen Hak Milik Keluaran
Komputer (DHKK), Sijil Carian, Dokumen Verifikasi dan maklumat-maklumat
rujukan tanah yang lain.

5.6.1 Dokumen Hak Milik Daftar Komputer (DHDK)

Mengandungi segala maklumat mengenai pengenalan hak milik, pengenalan


tanah, pemilik, pihak berkepentingan, urusan yang telah didaftarkan dan segala
sekatan dan larangan yang telah dimasukkan seperti kaveat. Dokumen ini disimpan
dalam bilik kebal di Pejabat Pendaftar atau di Pejabat Tanah berkenaan.
86

5.6.2 Dokumen Hak Milik Keluaran Komputer (DHKK)

Mengandungi maklumat seperti DHDK tetapi dokumen ini dikeluarkan


kepada tuan punya yang didaftarkan namanya dalam dokumen ini. Apabila berlaku
sebarang urusan ke atas tanah dokumen tersebut perlu diserahkan kepada sama ada
Pentadbir Tanah Daerah atau kepada Pendaftar Hak Milik tanah berkenaan.

5.6.3 Sijil Carian

Mengandungi maklumat yang masih berkuatkuasa mengenai pengenalan hak


milik tanah, pemilik, pihak berkepentingan, urusan termasuk larangan yang terdapat
pada dokumen hak milik tersebut. Bayaran carian adalah mengikut kadar yang
ditetapkan oleh pejabat tanah di bawah pihak berkuasa negeri berkenaan.

5.6.4 Dokumen Verifikasi

Dokumen verifikasi adalah untuk mendapatkan atau menyemak mengenai


sesuatu rekod urusan dan perubahan isi kandungan yang terkini. Maklumat yang
lain yang boleh dihasilkan mengikut keperluan atas permintaan seperti berikut:

a) Maklumat bagi satu rekod


b) Senarai mengikut kriteria yang ditentukan
c) Laporan-laporan tertentu
d) Satu set maklumat untuk kegunaan pengguna sendiri
87

5.7 Proses Pendaftaran Tanah

Pemohon yang hendak membuat urusan pindah milik tanah harus mengisi
Borang 14A dan membuat perserahan di Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah
bersama borang-borang lain yang berkenaan. Maklumat tanah, butir-butir pemilikan
dan segala urusan berkaitan dengan tanah disimpan dalam pangkalan data SPTB.
Permohonan pembetulan dan pindaan kepada data SPTB hendaklah dikemukakan
kepada Pendaftar Hak Milik. Pembetulan dan Pindaan ke atas data SPTB hanya
boleh dilakukan setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Hak Milik.

Kerja harian di pejabat, dijalankan secara online, melalui dialog di antara


pendaftar atau kerani dan komputer. Kerani memasukkan jenis urusan yang dipohon,
contohnya pindahmilik tanah, nama dan alamat penyerah, pengenalan hak milik
terlibat, nombor suratkuasa wakil, surat kebenaran dan surat amanah jika berkenaan.
Kerani juga menandakan dalam komputer dokumen-dokumen yang disertakan
sebagai bukti perserahan.

SPTB memberi tarikh, masa dan nombor perserahan yang dijana dari sistem
bagi setiap urusan tersebut. Sistem juga membuat kiraan bagi jumlah yang perlu
dibayar dan mencetak resit bagi setiap urusan yang melibatkan bayaran. Maklumat
ini dihantar ke komputer dan beberapa semakan dijalankan untuk mengesahkan
penjual tanah itu adalah pemilik yang sah. Sebarang ketidaksamaan yang
ditunjukkan di skrin komputer perlu disemak dan dibuat pembetulan jika perlu dibuat
sebelum urusan berkenaan dapat diproses selanjutnya. Lain-lain mesej yang
berkaitan juga dipamerkan dalam komputer. Contohnya untuk mengenalpasti sama
ada terdapat sekatan atau kaveat ke atas tanah yang mungkin menghalang pindah
milik itu dari berlaku. Tanah pertanian yang kurang dari satu ekar tidak boleh
dipindah milik kepada lebih daripada seorang. Sistem membantu dalam
mencadangkan keputusan dengan memberi sebab jika sesuatu urusan itu perlu
ditolak atau digantung. Cadangan ini jika diterima boleh dibaiki oleh kerani
Pendaftaran Hak Milik.

Selepas urusan diproses oleh kerani pendaftaran, ianya akan dimajukan untuk
keputusan Pendaftar. Sistem juga membantu dalam proses ini dengan memberi
88

status berkenaan tanah yang hendak dipindah milik itu dan amaran berkenaan
sekatan jika ada seolah-olah befungsi sebagai satu sistem membuat keputusan
(Decision Support System, DSS). Apabila Pendaftar berpuas hati yang sesuatu
urusan itu boleh didaftarkan, beliau akan mendaftarkan urusan tersebut dalam SPTB.
Sistem seterusnya akan mengemaskinikan pangkalan data SPTB bagi memasukkan
urusan tersebut. Dua dokumen hak milik akan dicetak mengandungi nama dan
alamat pemilik baru, satu untuk dikeluarkan kepada pemohon dan satu lagi untuk di
simpan dalam pejabat.

Jika pendaftar membuat keputusan untuk menolak atau menggantung urusan


tersebut, dokumen hak milik baru tidak akan dicetak. Dokumen-dokumen yang
disertakan semasa permohonan akan dikembalikan kepada pemohon.

5.8 Dokumen Hak Milik Cetakan Komputer

Dalam SPTB, Dokumen Hak Milik Daftar (DHD) digantikan dengan


Dokumen Hak Milik Daftar Cetakan Komputer (DHDK). Proses tukarganti hak
milik hendaklah dilaksanakan bagi hak milik sedia ada yang didaftarkan di pejabat
tanah atau pejabat pendaftar berkenaan. Setiap kali berlaku urusan pindahmilik,
maka DHDK versi baru dicetak dan DHDK versi lama akan dimusnahkan.
Manakala Dokumen Hak Milik Keluaran lama digantikan dengan Dokumen Hak
Milik Keluaran Komputer (DHKK). Proses penukaran DHKK tidak dibuat serentak
dengan DHDK, hanya dibuat apabila berlaku urusniaga tanah yang melibatkan
Dokumen Hak milik Keluaran tersebut. Namun demikain, tuan tanah digalakan
untuk membuat permohonan secara suka rela untuk menggantikan Dokumen Hak
Milik lama kepada yang baru. Jadual 5.3 menunjukkan jenis pegangan hak milk dan
borang-borang berkaitan.
89

Jadual 5.3 Penukaran Borang Dokumen Hak Milik Manual Kepada SPTB
(KTN 1965)

Pegangan Hak Milik DHD dan DHK DHDK dan DHKK


(Manual) (SPTB)

Hak Milik Pejabat


Pendaftaran
1.)Geran Negeri Borang 5B KTN Borang 5BK KTN + B1
2.)Pajakan Negeri Borang 5C KTN Borang 5CK KTN + B1
3.)Hak milik Sementara Borang 11A KTN Borang 11AK KTN + B2

Hak Milik Pejabat Tanah


1.)Geran Mukim Borang 5D KTN Borang 5DK KTN
2.)Pajakan Mukim Borang 5E KTN Borang 5EK KTN
3.)Hak milik Sementara Borang 11B KTN Borang 11BK KTN + B2

5.9 Struktur Teknikal

Projek perintis Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer dibangunkan


menggunakan sistem komputer HP9000/847S dalam persekitaran sistem terbuka
Unix. Pangkalan data jenis Oracle relational database digunakan bagi pengendalian
data. Rajah 5.1 menunjukkan konfigurasi SPTB secara umum.
90

Sistem Komputer
Di Kementerian
(Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar)

Sistem Sistem Sistem


Komputer Komputer Komputer
Di Peringkat Di Peringkat Di Peringkat
Negeri Negeri Negeri

Pejabat Pengarah Pejabat Pengarah Pejabat Pengarah


Tanah dan Tanah dan Tanah dan
Galian Galian Galian

Sistem Sistem Sistem


Komputer Komputer Komputer
Peringkat Peringkat Peringkat
Daerah Daerah Daerah

Rajah 5.1: Konfigurasi SPTB


91

5.10 Pangkalan Data SPTB

Pangkalan data jenis ‘relational’, Oracle digunakan bagi mengendalikan data.


Projek perintis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya meliputi satu daerah,
oleh itu tidak terdapat komunikasi di antara pejabat-pejabat tanah. Bagi negeri-
negeri lain Pejabat Tanah Daerah disambung ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Negeri dan dari negeri ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Terdapat
beberapa jadual dalam pangkalan data SPTB bagi menampung data hak milik,
pemilikan dan segala urusan berkaitan dengan tanah yang wujud dalam skop Unit
Pendaftaran.

5.11 Carian Dokumen

Sekiranya sesuatu dokumen hak milik itu telah ditukargantikan ke dalam


bentuk hak milik komputer, maklumat hak milik berkenaan boleh dikeluarkan
dengan segera sekiranya permohonan carian yang lengkap mengenainya
dikemukakan, berbanding dengan beberapa hari atau bulan yang diperlukan untuk
membuat carian secara manual jika dibanding dengan carian dibuat dengan sistem
SPTB. Di antara dokumen yang boleh dimohon bagi tujuan carian ialah Sijil Carian
Rasmi dan Sijil Carian Persendirian hak milik. Catatan Rekod Perserahan bagi
sesuatu hak milik boleh juga diperolehi bagi urusan-urusan terhadap hak milik
berkenaan di mana rekod perserahan diberi semenjak 15 April 1994 iaitu mulai
tarikh penguatkusaan sistem SPTB.

5.11.1 Carian Persendirian

Mengikut amalan kerja sistem manual, pemohon menyerahkan permohonan


carian persendirian di kaunter. Kakitangan pendaftaran akan mencari Buku Daftar
yang mengandungi hak milik berkaitan. Sekiranya Buku Daftar berkenaan masih
92

digunakan oleh pemohon lain atau digunakan oleh pendaftar maka pemohon akan
dinasihatkan untuk datang pada hari lain yang akan diberitahu kemudian kelak.
Walaubagaimanapun, jika Buku Daftar berkenaan tidak digunakan oleh mana-mana
pihak maka pemohon berkenaan akan dipanggil untuk membuat bayaran. Pemohon
akan membuat carian persendirian di bilik carian yang disediakan dengan dibantu
oleh kerani carian yang membuat catatan mengenai carian tersebut.

Mengikut amalan kerja SPTB, apabila permohonan dikemukakan di kaunter,


pemohon dikehendaki membuat bayaran terus yang tetapkan mengikut kadar negeri.
Nombor carian akan diberi kepada pemohon untuk dimasukkan ke terminal yang
disediakan di bilik carian. Terminal komputer akan memaparkan butir-butir hak
milik berkenaan untuk pelanggan membuat carian. Sebagai pilihan, pemohon boleh
mendapatkan cetakan kepada butir-butir hakmilk yang berkenaan.

Perkhidmatan carian persendirian ini akan dipertingkatkan kepada bentuk


“remote search” iaitu dengan menggunakan talian data yang disambung terus dari
pejabat tanah ke pejabat pelanggan. Apabila SPTB dilaksanakan dan dilengkapkan
di seluruh Pejabat Tanah di Semenanjung Malaysia. Pengguna boleh mendapat
maklumat hak milik dari pejabat masing-masing melalui internet. Tetapi kemudahan
ini belum lagi dilaksanakan disebabkan oleh aspek-aspek keselamatan dan
perundangan yang ketat dan memerlukan kajian kesesuaian selanjutnya.

5.11.2 Carian Rasmi

Dalam sistem manual, permohonan carian rasmi diserahkan di kaunter dan


terus membuat bayaran yang ditetapkan. Pemohon akan diberitahu untuk mengambil
Sijil Carian Rasmi dalam tempoh yang ditetapkan. Kakitangan pendaftaran akan
menaip butir-butir hak milik yang berkenaan ke dalam borang Sijil Carian Rasmi.
Sijil Carian Rasmi dan Buku Daftar akan diserahkan kepada pendaftar untuk
pengesahan dan ditanda tangan. Sijil Carian Rasmi diserahkan kepada pemohon
mengikut tempoh yang ditetapkan. Proses ini adalah melambatkan dan kadang kala
mengambil masa berbulan-bulan bergantung kepada kes carian tersebut
93

Bagi carian rasmi mengikut SPTB apabila permohonan dibuat di kaunter dan
bayaran telah diterima maka kerani kaunter carian akan terus mencetak butir-butir
hak milik yang dikehendaki. Sijil Carian Rasmi yang telah dicetak tersebut akan
diserahkan kepada Pendaftar untuk pengesahan. Pendaftar akan menyemak Sijil
Carian Rasmi tersebut dengan komputer. Siji Carian Rasmi akan diserahkan kepada
pemohon selepas ditandatangani oleh Pendaftar.

5.12 Penukaran Hak Milik Manual Kepada Bentuk Hak Milik Komputer

Di Pejabat Tanah dan Daerah dan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
terdapat dua keadaan di mana sesuatu hak milik berbentuk manual ditukarkan
(convertion of title) ke dalam bentuk hak milik komputer. Keadaan pertama adalah
dengan membuat penukaran sekiranya terdapat sebarang urusan pendaftaran terhadap
hak milik berkenaan. Keadaan kedua ialah dengan memilih hak milik-hak milik
untuk ditukarkan secara berkelompok tanpa ada sebarang urusan kemasukan terlebih
dahulu.

Apabila dikenalpasti hak milik yang hendak dibuat penukarannya ke dalam


bentuk hak milik komputer, maklumat hak milik berkenaan yang telah dikutip ke
dalam pangkalan data dicetak dalam bentuk deraf dokumen hak milik daftar
komputer (DHDK versi ‘0’). Semakan dibuat dengan membuat perbandingan
dengan DHDK tersebut dengan hak milik daftar manual yang asal. Sekiranya
terdapat sebarang kesilapan, kerja-kerja kemaskini dan pembetulan dibuat pada
pangkalan data terhadap hak milik berkenaan. Setelah dikemaskini, borang-borang
B1 atau B2 dicetak bagi menampalkan pelan hak milik berkenaan. Borang B1
seperti dalam Lampiran 'F' disediakan untuk hak milik kekal manakala Borang B2
seperti dalam Lampiran 'G' disediakan bagi hak milik sementara.

Pendaftar akan menyemak deraf DHDK yang telah dikemaskini dan


dibandingkan dengan dokumen hak milik daftar asal. Sekiranya maklumat didapati
tepat dan kemaskini, Pendaftar menukar ganti hak milik berkenaan dari bentuk hak
94

milik manual kepada dokumen hak milik daftar komputer (DHDK versi ‘1’). Pada
masa yang sama catatan dibuat pada dokumen hak milik daftar manual bahawa
tukarganti hak milik telah dibuat terhadap hak milik berkenaan. Dengan itu, DHDK
akan menjadi dokumen yang sah yang diberi kuasa mengikut undang-undang Kanun
Tanah Negara.

5.13 Pendaftaran Urusniaga Dan Bukan Urusniaga

Bagi perserahan urusan urusniaga dan bukan urusniaga, sekiranya hak milik
berkenaan telah ditukar gantikan ke dalam bentuk hak milik komputer, proses
pendaftaran dijangkakan dapat diselesaikan dalam tempoh satu hingga dua hari
sahaja, berbanding dengan tempoh berminggu-minggu ketika urusan pendaftaran
dibuat secara manual.

5.14 Kegunaan Data SPTB

Maklumat-maklumat set data SPTB boleh digunakan untuk tujuan seperti


berikut:

i) Mendapatkan butir-butir hak milik tanah untuk tujuan jual beli,


mendapatkan pinjaman bank dan pinjaman perumahan kerajaan.
ii) Membuat perancangan bagi pengambilan tanah untuk projek-projek
pembangunan kerajaan.
iii) Membuat perancangan bagi pembelian tanah untuk projek-projek
pembangunan swasta.
iv) Membuat perancangan pembangunan tanah atau kawasan.
v) Membuat perancangan untuk penyediaan infrastruktur.
vi) Membuat perancangan untuk tanaman semula
vii) Membuat penganalisisan pemilikan tanah untuk tujuan perancangan
secara makro atau mikro.
95

5.15 Rumusan

Aplikasi SPTB yang telah dibangunkan di pejabat PTD dan PTG adalah
sebahagian daripada rancangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk
mempercepatkan pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah lebih kos efektif.
Namun demikian, Pangkalan data SPTB yang lengkap serta kemaskini adalah
penting untuk mewujudkan Sistem Maklumat Tanah Negeri dan seterusnya Sistem
Maklumat Tanah Kebangsaan di masa hadapan. Oleh sebab itu, sumber kutipan
data dan format penyimpanan data SPTB harus memenuhi kehendak piawaian
pengguna LIS. Sehubungan dengan itu, data SPTB hendaklah dipastikan ianya
sentiasa lengkap, tepat dan kemaskini.

Mewujudkan proses carian dokumen hak milik tanah secara digital adalah
satu langkah baik. Namun demikian, penggunaannya hanya boleh dilaksanakan di
kaunter Pejabat Tanah atau PTG sahaja. Dengan kemudahan teknologi Internet
semasa, perkhidmatan proses carian dokumen hak milik tanah seharusnya boleh
dibekalkan kepada pelanggan secara online dengan menggunakan aplikasi wab.

Data-data maklumat tanah SPTB berdigit ini mempunyai keupayan tinggi


digunakan dalam maklumat geografi yang melibatkan spatial analisis bagi
meningkatkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah serta pengurusan alam sekitar.
Untuk menambahkan nilai ke atas data SPTB adalah baik diwujudkan satu
mekanisme untuk mengintegrasikan data SPTB dengan data PDUK dimana dapat
dimanfaatkan kegunaannya di antara jabatan kerajaan malah memberi sumbangan
kepada agensi-agensi lain yang menggunakan data kadaster dalam aplikasi GIS.
BAB 6

ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PDUK DAN SPTB

6.1 Pendahuluan

Pengintegrasian data kedua-dua sistem ini elemen penting untuk mewujudkan


Sistem Maklumat Tanah diperingkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri.
Walaupun kedua-dua sistem ini berfungsi secara stand-alone di bawah agensi
berlainan namun dengan adanya kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) seperti aplikasi GIS, aplikasi berasaskan Web, Internet dan kemudahan
infrastruktur networking yang sedia wujud memungkinkan maklumat ini boleh
dicapai dan dapat diwujudkan pengintegrasian antara kedua-dua sistem ini secara
elektronik. Persoalan sekarang ialah bagaimana mekanisme pengintegrasian
tersebut dapat dirangka secara konseptual yang melibatkan Jabatan Ukur dan
Pemetaan Negeri, Pejabat Tanah Derah (PTD) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG)?

Dalam pengintegrasian antara PDUK dan SPTB, teknologi merupakan salah


satu ciri terpenting untuk membentukkan model konseptual ini namun beberapa
perkara lain yang terdapat dalam amalan di antara kedua-dua agensi ini akan
dibicangkan. Sehubungan dengan itu adalah wajar difikirkan koordinasi dan
kerjasama yang perlu ditingkatkan antara kedua-dua agensi tanah dan ukur ini yang
merupakan pemain utama dalam rangka kerja kadaster di Semenanjung Malaysia.
Pembangunan model konseptual pengintegrasian antara kedua-dua sistem dengan
mengambilkira aliran kerja yang melibatkan hubungan di antara kedua-dua agensi
berkenaan dalam konteks perkongsian pangkalan data. Apabila disebut pangkalan
data perkara yang perlu ditimbangkan ialah kandungan data, format data dan struktur
pangkalan data yang berorintasikan konsep GIS terbuka. Dalam hal ini, kedua-dua
97

sistem berasaskan kepada aplikasi GIS dan berlatarkan kepada pangkalan data oracle
di mana PDUK mengandungi maklumat spatial manakala SPTB mengandungi
maklumat atribut lot tanah. Oleh sebab itu, adalah dijangkakan bahawa
pengintegrasian kedua-dua pangkalan data tidak akan menghadapi banyak masalah
dengan meggunakan aplikasi RDBMS teknologi semasa. Apa yang perlu diberi
perhatian ialah bagaimana aktiviti-aktiviti penyenggaraan pangkalan data kedua-dua
sistem ini boleh mewujudkan satu hubungan maklumat di antara kedua-dua agensi
ini untuk memperbaiki pengurusan data kadaster secara optimum dan lebih efisien
sama ada di JUPEM mahu pun di PTD dan di PTG. Sehubungan dengan ini,
beberapa isu yang berkaitan dengan pengintegrasian wajar dibincangkan sebelum
mengenalpasti dan menetapkan ciri-ciri dan atribut model tersebut. Bab ini
menerangkan tentang isu-isu dan elemen-elemen pengintegrasian serta
membincangkan hasil kajian iaitu Model Konseptual Pengintegrasian PDUK dan
SPTB.

6.2 Isu-Isu Pengintegrasian

Pengintegrasian Pangkalan adalah berdasarkan kepada sumber-sumber yang


sedia wujud di antara ketiga-tiga agensi PTD, PTG dan JUPEM negeri dalam bentuk
digital dokumen hak milik dan maklumat-maklumat berkaitan parsel lot dapat
diuruskan lebih berkesan serta mengelakkan pertindihan dalam pengurusan data.
Sehubungan dengan itu beberapa isu di bincangkan dalam sub seksyen selanjutnya.

6.2.1 Ketiadaan Mekanisme Perkongsian Data Antara Organisasi

Data SPTB ditawan dan uruskan oleh agensi kerajan negeri manakala data
PDUK ditawan dan diuruskan oleh agensi persekutuan. Walaupun kedua-dua data
set ini merujuk kepada lot parsel namun tidak terdapat kordinasi dan mekanisme
yang terancang dalam proses kutipan data di mana pengunaan dan pengurusan data
yang lengkap saling bergantung satu sama lain. Tiada terdapat satu mekanisme di
98

mana agensi kerajaan negeri dan agensi pusat menetapkan garis panduan untuk
berkongsi data berdigit.

Maklumat pangkalan data SPTB boleh dicapai melalui terminal komputer


yang telah dipasang di pejabat-pejabat PTD dan di PTG. Maklumat yang terkandung
dalam pangkalan data adalah maklumat dokumen hak milik yang berkaitan yang
didaftarkan di pejabat-pejabat tanah dan pejabat PTG berkenaan sahaja. Ini
bermakna proses pendaftaran hak milik tanah dan pendaftaran urusniaga tanah dan
lain-lain urusan tanah berkaitan hanya boleh dilakukan di PTD atau di PTG di mana
dokuman hak milik tersebut didaftarkan. Geran dan Pajakan Negeri didaftarkan di
pejabat pendaftar hak milik manakala Geran Mukim dan Pajakan Mukim didaftarkan
di PTD berkenaan. Walaupun terdapat jaringan network online sesama PTD dan
PTG namun ia terhad kepada tujuan pemantauan dan pencapaian maklumat sahaja.

Hubungan JUPEM negeri, PTG dan PTD merupakan hubungan tiga hala
walaupun di setengah-setengah negeri terdapat PTD mengikut bilangan daerah negeri
dan juga daerah kecil kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya satu.
Aliran kerja di antara PTD-PTD dan PTG amat penting berhubung dengan
Permintaan Ukur (PU) dan penyediaan Pelan Dokumen Hakmilk (Borang B1). Di
samping itu JUPEM juga bertanggungjawab menyediakan serta mengemaskini syit
lembar piawai untuk kegunaan PTD dan PTG. Sebenarnya JUPEM tidak perlu lagi
buat kerja-kerja pengemaskinian syit lembar kerana wujudnya PDUK sekaligus
menggantikan semua dokumen yang dahulunya disenggara dalam bentuk buku
rekod, dokumen, jilid kiraan dan pelan kadaster dalam bentuk salinan cetak.

Kini hampir kesemua operasi teknikal JUPEM negeri dibuat secara digital
dan PDUK berkemampuan untuk menyalurkan maklumat ukur ke PTD dan PTG
juga secara digital. Kordinasi di antara PTD, PTG dan JUPEM untuk mewujudkan
Centeralised Server atau distributed server di jabatan masing-masing boleh berfungsi
sebagai file transporter dan jambatan kepada penyaluran maklumat digital di antara
SPTB dan PDUK.
99

6.2.2 Kelengkapan PDUK

PDUK mengandungi maklumat lapisan lot ukur (fail-fail sempadan, tanda


sempadan dan lot) manakala lapisan GLMS mengandungi maklumat lot dalam
ukuran kelas tiga, demarkasi, PU atau hak milik sementara, nama jalan, bandar,
kampong dan garisan sambungan. Kesemua lapisan ini tidak menggambarkan
keadaan sebenar di atas muka bumi. Justeru lapisan-lapisan seperti berikut perlu
dimasukkan sebagai lapisan tambahan ke dalam pangkalan data bagi kegunaan
pejabat tanah :

• Lapisan lot Geran dan Geran Mukim


• Lapisan lot Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim
• Lapisan lot Sempadan semula jadi
• Lapisan tanah pegangan LPS ( TOL)

Di samping itu, lapisan-lapisan seperti Sempadan Daerah, Mukim , Majlis


Daerah, Sempadan Hutan Simpan, Rizab Tanah Lapang dan lain-lain maklumat
spatial didapati masih tidak ditawan sepenuhnya. Maklumat-maklumat ini adalah
penting untuk pengurusan tanah yang lebih berkesan berdasarkan kepada keadaan
sebenar kegunaan tanah. Maklumat-maklumat tambahan ini sekaligus akan
menambah nilai PDUK.

6.2.3 Penyenggaraan Data Dan Sistem

Penyenggaraan data dan Sistem merupakan satu proses kerja berturusan.


Dalam persekitaran data digital perlu dikemaskini secepat mungkin agar data
sentiasa mencerminkan perubahan yang berlaku ke atas lot melalui pecah sempadan,
pecah bahagian dan pengambilan balik tanah. Kelewatan yang berlaku dalam
kutipan data ukuran di padang, kerja-kerja pemprosesan di pejabat dan proses
penyenggaraan data ke dalam PDUK atau SPTB akan menyebabkan perkongsian
data dan pengintegrasian sistem kurang efektif.
100

6.2.4 Penstrukturan Agensi

Struktur agensi semasa tidak ambil kira unit yang boleh bertanggungjawab
untuk mengendalikan penghantaran dan penerimaan data secara digital dari agensi
lain. Perkakasan, perisian, server dan aplikasi untuk mewujudkan komunikasi antara
PTD, PTG perlu dibangunkan untuk pengintegrasian data SPTB dan PDUK.
Sehubungan dengan itu, struktur agensi yang mengambil bahagian dalam
pengintegrasian perlu diubahsuai dari segi membekalkan infarastruktur jaringan
piawai dan sumber manusia yang terlatih dalam bidang IT serta yang berpengalaman
dalam hal teknikal jabatan.

6.2.5 Isu-Isu Pengoperasian

Isu-isu pengoperasian melibatkan beberapa perkara yang perlu diberi


perhatian. Di antara berkara tersebut yang memerlukan pengubahsuaian dan
penambahbaikan ialah seperti berikut:

• Peraturan dan Prosedur


• Penilaian dan pengesahan data kualiti
• Infrastruktur penstoran data
• Pengarkiban Data

6.3 Elemen-Elemen Pengintegrasian

Elemen-elemen pengintegrasian pangkalan data adalah penting untuk


menentukan perkara-perkara yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak meliputi
ketelusan berkongsi data atau pun mewujudkan satu mekanisme yang membolehkan
pemodelan data dan penstrukturan pangkalan data antara agensi memenuhi keperluan
101

kualiti dan integriti data, fleksibiliti dalam mengurus data, tahap pencapaian data
dan penentuan dalam spesifikasi data dan dasar dalam pemilikan serta tahap
keselamatan data berdigit terjamin.

6.3.1 Kualiti Dan Integriti Data

Ketelusan dalam pengesahan kualiti dan integriti data antara pangkalan data
perlu dipertingkatkan melalui mekanisme meta data keterangan mengenai data,
pemilikan, kaedah pengutipan dan tahap ketepatan data. Kualiti data yang tinggi dan
maklumat meta data akan meyakinkan pengguna data untuk menggunakan data
berdigit bagi tujuan tertentu tanpa sebarang keraguan.

6.3.2 Fleksibiliti

Kemudahan untuk menguruskan dan mengendalikan maklumat dari


pangkalan data harus memenuhi fleksibiliti sepeti berikut:

• Mewujukan piawaian dalam aplikasi pangkalan data dan sistem


pengoperasian.
• Mewujudkan kebolehan menambah data melalui pengintegrasian
seamless di antara aplikasi pengurusan pangkalan data untuk tujuan
analisis, pemodelan (modelling) dan pemaparan data.
• Mengubahsuai struktur data yang tidak selari dengan tujuan
pertukaran pengintegrasian data.
102

6.3.3 Kemudahan Pencapaian Data

Kemudahan pencapaian data boleh diwujudkan melalui aplikasi antaramuka


mesra pengguna berasaskan grafik dan teknologi Internet. Pengguna-pengguna yang
diberi kebenaran melalui sistem kawalan pusat yang bertanggungjawab kepada
pemantauan penyenggaraan dan keselamatan data hendaklah dipastikan agar tidak
dicerobohi. Selain dari Internet, VPN (Virtual Private Network) dicadangkan untuk
meningkatkan tahap keselamatan data.

6.3.4 Hak Pemilikan Data Dan Kerahsiaan Data.

Maklumat-maklumat data khususnya dari pangkalan data SPTB seperti


pemilikan tanah, dan status urusniga tanah dan lain-lain maklumat yang di anggap
sulit perlu dijaga agar tidak dapat diakses oleh pengguna yang tidak berwibawa.
Kewujudan data berdigit dalam pangkalan data untuk memudahkan laluan akses
kepada pengguna pelbagai (multi-user). Sementara mengambil pendirian fleksibel
menggalakan konsep penggunaan data berdigit secara meluas, garis panduan
mengenai hal-hal berhubung dengan pencapian data, perkongsian data, pencegahan
penggunaan data, data kastodian, harta intelektual dan polisi harga data berdigit perlu
diadakan dengan jelas.

6.4 Peralatan

Peralatan (tools) merupakan salah satu elemen penting yang boleh digunakan
untuk merealisasikan pengintegrasian di antara pangkalan data PDUK dan pangkalan
data SPTB. Ini boleh dilaksanakan apabila agensi-agensi berkenaan membuat
perolehan peralatan baru atau melaksanakan peningkatan ke atas sistem-sistem
berkenaan. Walaupun kedua-dua sistem ini berfugsi di bawah agensi berlainan
namun, proses perolehan peralatan komputer seperti peralatan hardware, software,
aplikasi GIS, aplikasi pangkalan data dan penggunaan infrastruktur jaringan
103

komunikasi sistem boleh diselaraskan. Dalam hal ini, Pihak Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar boleh memainkan peranan bagi menentukan jenis peralatan
yang lebih sepadan (compatible) serta membuat penyelarasan dalam perolehan
peralatan .

Dalam era teknologi sedang berkembang maju, kos peralatan komputer dan
infrastruktur jaringan komunikasi semakin berkurangan maka pengintegrasian ini
boleh dilaksanakan dengan mewujudkan koordinasi dan persefahaman dikalangan
agensi berkenaan apabila merancangkan program-program ICT. Peralatan (tools)
yang boleh digunakan dalam pengintegrasian ialah seperti berikut:

• Teknologi GIS
• Sistem Pengurusan pangkalan Data (Database management system)
• Internet
• VPN (Virtual Private Network)
• Peralatan Komputer dan perisian (Hardware dan Software)
• Pengubahsuaian atau Pindaan Undang-Undang Berkaitan
• Pengubahsuaian Peraturan dan Prosedur kerja

6.5 Cadangan Model Pengintegrasian

Berdasarkan kepada apa yang telah dibincangkan dalam awal bab ini dan juga
penerangan-penerangan yang telah diberikan dalam bab-bab sebelumnya, cadangan
untuk membangunkan model konseptual pengintegrasian adalah amat penting untuk
meletakkan JUPEM sebagai salah satu agensi peneraju kepada pengurusan data
kadaster berdigit sepenuhnya dalam aktiviti harian. Cadangan dalam model ini
bukanlah bertujuan untuk mengurangkan peranan dan tanggungjawab JUPEM dan
PTD atau PTG yang sedia wujud dalam amalan sekarang malah merupakan satu
pendekatan baru dengan menggunakan teknologi semasa untuk mengintegrasikan
pengautomasian komputer di agensi-agensi berkenaan. Cadangan model konseptual
berkomunikasi seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.1 untuk merealisasikan prinsip
104

asas ukuran kadaster dan pendaftaran hak milik tanah berfungsi sebagai satu
pangkalan data.

Pengintegrasian PDUK dan SPTB ini boleh dilakukan melalui dua fasa. Fasa
pertama mewujudkan hubungan dua hala di antara PDUK dan SPTB dengan
menyediakan infrastruktur komunikasi di antara JUPEM, PTG dan PTD. Perolehan
sistem-sistem komputer meliputi hardware, software, aplikasi pangkalan data, dan
aplikasi sistem pengurusan pangkalan data (database management system) yang
saling serasi (compatible) boleh berhubung dengan satu sama lain melalui server
yang ditempatkan di agesi masing-masing. Dengan adanya koordinasi dan
kesefahaman yang melibatkan aktiviti yang sama boleh diselaraskan dengan
perkongsian maklumat dalam pangkalan data.

Fasa kedua ialah mewujudkan satu pangkalan data tunggal hasil dari
gabungan antara PDUK dan pangkalan data SPTB. Pangkalan data yang telah di
integrasikan tersebut boleh digunakan oleh agensi-agensi terlibat melalui prosedur
dan peraturan berasaskan konsep digital sepenuhnya (fully digital). Kaedah dan
prosedur manual kerja semasa perlu dilihat dan dikaji semula dalam perspektif yang
baru selari dan secocok dengan suasana aliran kerja digital dengan menggunakan
kemudahan teknologi ICT. Pengintegrasian pangkalan data ini dijangka akan
membantu operasi aktiviti pengukuran kadaster jabatan dan memantapkan lagi
urusan antara jabatan berhubung dengan penyenggaraan data berdigit. Antara
faedah-faedah yang boleh dapat ialah seperti berikut:

• Mengurangkan kos
• Meningkatkan efisiensi
• Menyumbang kepada MacGDI
• Selari dengan hasrat konsep Kerajaan Elektronik
• Sistem Ukuran Kadaster berupaya mengambil peluang dan mendapat manfaat
daripada perkembangan teknologi
105

PTD PTD PTD JUD JUD

PTG JUPEM

SPTB SPDK

Pangkalan
Data PDUK
SPTB

Fasa Pertama

Fasa Kedua
Pengintegrasian Pangkalan Data
PDUK+SPTB

Mekanisme Carian Dan Hubungan Agensi Berkaitan Tanah


( ABT)

Rajah 6.1: Model Konseptual Komunikasi Pengintegrasian PDUK-SPTB

6.6 Model Jaringan Penyenggaraan

Kemampuan teknologi internet yang digunakan secara meluas pada masa kini
boleh digunakan untuk penyenggaraan data kadaster dalam persekitaran digital.
106

Dalam hal ini JUPEM boleh memainkan peranan sebagai agensi peneraju kepada
penyenggaraan dan pengemaskinian PDUK kepada lain-lain agensi yang bergantung
kepada data kadaster spatial.

ABT 1
ABT 2

ABT 3
Pelan
Cadangan Pelan
Digital Perancangan
Digital

PTG Internet dan JTB


E-Dagang

Urusan Penghantaran
Pentadbiran/ Data Berdigit
Kelulusan

PTD JUPEM
Negeri
Kemaskini

Paparan/Carian Kemaskini

Pengguna Tetap Data Berdigit Kadaster

Rajah 6.2: Model Jaringan Penyenggaraan Data Berdigit

Rajah 6.2 menunjukkan bagaimana data kadaster spatial boleh


dikemaskinikan di kalangan pengguna data dari mula hingga akhir dengan
menggunakan kemudahan jaringan Internet dan E-Dagang. Apabila Juruukur Tanah
107

Berlesen (JTB) berurusan dengan pihak berkuasa tempatan atau pemaju, maklumat
data digital PDUK seharusnya boleh digunakan untuk pelan perancangan atau pelan
cadangan. Pelan cadangan digital tersebut boleh digunakan untuk kemaskini
pangkalan data di agensi masing-masing. Sehubungan itu, pengalaman JUPEM
dalam penggunaan Sistem Dagangan Eletronik boleh dikembangkan kepada lain-lain
jabatan yang mengambil bahagian dalam jaringan penyenggaraan data kadaster
berdigit.

6.7 Ciri-Ciri Model Konseptual Pengintegrasian

Terdapat lima aspek utama perlu dipertimbangkan dalam model konseptual


pengintegrasian PDUK dan pangkalan data SPTB dengan disokong dengan elemen-
elemen yang merupakan atribut kepada ciri tersebut seperti mana ditunjukkan dalam
Rajah 6.3. Aspek-aspek tersebut ialah:

• Organisasi
• Teknologi
• Pangkalan Data
• Perundangan
• Amalan dan Prosedur Kerja
108

Maklumat
Tektual Koordinat
Lot parsel
Tepat
GIS

Struktur
Data INTERNET

Pangkalan Data
Teknologi
Koordinat
WAP
PDUK
Legal +
Pruduk SPTB
Digital VPN
Amalan dan
Organisasi
Prosedur
kerja
Digital
JUPEM
Environmen

Teknik PTG
Pelarasan
Konsep
PTD
Whole to
LJT
Part

Rajah 6.3: Ciri-Ciri Model Pengintegrasian PDUK-SPTB

6.7.1 Organisasi

Kerjasama di kalangan agensi-agensi yang terlibat secara langsung untuk


mendapatkan akses dan carian, kutipan data dan pengemaskinian pangkalan data
bersifat integrasi perlu mencari jalan penyelesaian melibatkan dua perkara. Pertama
bagaimana data dalam pangkalan data berintegrasi dapat diakses melalui jaringan
(network). Kedua bagaimana tahap kerjasama tersebut boleh dipertingkatkan untuk
109

berinteraksi dalam persekitaran digital. Sehubungan dengan itu jalinan serta


penyelarasan kerja yang bersepadu di antara agensi-agensi berikut adalah perlu :

• JUPEM
• PTG
• PTD
• JTB melalui LJT

6.7.2 Teknologi

Teknologi komputer masakini menyediakan ruang yang meluas dalam sistem


kadaster di mana ia merupakan maklumat berguna bagi sistam maklumat tanah.
Sebarang usaha peningkatan yang melibatkan pengoperasian dalam sistem komputer
mempunyai ruang untuk menyediakan penambahbaikan maklumat yang berkualiti,
berintegriti, bercirikan keselamatan merangkumi aspek perundangan. Pengurusan
data berasaskan konsep GIS di mana data kadaster boleh digunapakai untuk pelbagai
tujuan dan penyebaran data digital disalurkan melalui aplikasi protokol Internet,
WAP dan VPN. Dalam jangka masa yang panjang suasana kerja digital sepenuhnya
akan menjimatkan kos di samping merupakan saluran untuk mewujudkan
penyelarasan dan pertukaran maklumat di antara dua atau lebih agensi.

6.7.3 Pangkalan Data

Pengintegrasian pangkalan data merupakan satu proses iteratif dan


berterusan. Oleh sebab itu sebagai permulaan usaha perlu diambil untuk selaraskan
format data dan pengstrukturan pangkalan data melalui piawaian seragam. Dalam
tempoh masa panjang piawaian dan struktur data boleh dirangka mengikut keperluan
pengguna yang lebih luas meliputi peringkat kebangsaan. Pangkalan data perlu
mempunyai keupayaan untuk di kendalikan melalui web-base atau online. Ini boleh
110

dilakukan dengan adanya aplikasi-aplikasi RDBMS yang berupaya untuk


menguruskan pangkalan data ke arah lebih berinformasi dan mampu membuat
analisis spartial dalam persekitaran GIS.

Pangkalan data SPTB dan PDUK merupakan salah satu komponen kepada
infrastruktur data spatial negara. Gabungan set data SPTB dan PDUK ini penting
untuk diintegrasikan dengan lain-lain set data spatial. Oleh sebab itu, pangkalan data
PDUK hendaklah dilengkapkan dengan koordinat tepat berlandaskan kepada GDM
2000 yang boleh memberi penyeragaman kepada data melintasi negeri. PDUK yang
lengkap, tepat dan terkini dengan maklumat-maklumat lot parsel aktive dan data
historikal sangat berguna kepada pengurusan dan membuat keputusan tepat. Dari
kajian ini di dapati masih terdapat lot-lot demarkasi dan lot-lot bersempadan
semulajadi tidak ditawan lagi ke dalam PDUK. Lot-lot ini merupakan sebahagaian
daripada dukumen hak milik kekal. Lot-lot tersebut perlu ditawan ke dalam lapisan
berasingan dan ukuran boleh dijalankan mengikut keutamaan jabatan untuk
melengkapkan PDUK dengan maklumat sebenar tanah yang diberimilik dengan hak
milik kekal tersebut.

Setiap lot parsel mempunyai UPI tersendiri dalam PDUK yang mana ia
mampu membentuk hubungkait dengan pelan kadaster lot kepada rekod tanah dalam
SPTB. Ini akan memudahkan untuk membuat rujukan silang dengan maklumat-
maklumat yang diperlukan oleh pengguna-pengguna seperti agensi kerajaan
tempatan, perancang bandar, juru nilai dan pengguna peta utiliti.

6.7.4 Perundangan

Semua maklumat lot samada grafik atau tekstual yang dahulunya tersimpan
dalam bentuk hardcopy PA, kini telah ditukarkan dalam bentuk digital dan disimpan
dalam PDUK. Kaedah pempopulasian semula data berdigit lot-lot tersebut kedalam
PDUK telah pun diterangkan dalam Bab lima (5). PDUK kini merupakan data set
spatial yang mempunyai nilai tinggi untuk digunakan sebagai data set piawai supaya
111

analisis GIS boleh dilakukan dengan mudah. Namun demikian apakah dokumen
atau pelan kadaster yang dijana dari PDUK mempunyai nilai perundangan sah? Isu
perundangan yang berkaitan mengenai data digital ialah hakcipta, liabiliti di
sebabkan oleh kesilapan data, kerahsian data, sulitnya data, hak akses dan hak milik
data. Oleh sebab itu, tumpuan hendaklah diberikan kepada isu-isu berkaitan dengan
ketepatan, liabiliti dan pengesahkan pangkalan data mengikut peruntukan undang-
undang.

Berhubung dengan isu-isu ketepatan dan liabiliti kemungkinan besar timbul


masalah apabila PDUK diintegrasikan dengan set-set data dari pangkalan data lain.
Apabila dua set data dari pangkalan data berbeza diintegrasikan wujud keadaan di
mana mengurangkan kejituan set data asal. Kekurangan kejituan tersebut mungkin
disebabkan oleh kesilapan dalam kemasukan data koordinat atau lain-lain maklumat
atribut ke dalam pangkalan data. Untuk mengatasi masalah tersebut JUPEM
hendaklah menyediakan kenyataan penafian (disclaimer) kepada pengguna produk
digital tersebut. Tujuan penafian ini ialah untuk menarik perhatian pengguna bahawa
kemungkinan berlaku kesilapan apabila data spatial kadaster digunakan untuk tujuan
selain daripada kegunaan asal iaitu untuk penyediaan surat hak milik. Ini akan
mencegah JUPEM daripada dipertanggungjawabkan disebabkan kekurangan kejituan
atau data liabiliti dalam memenuhi kehendak pengguna.

Pelan Akui yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur negeri dan disimpan
dalam bilik kebal JUPEM digelar sebagai deposited plan (Seksyen 410 KTN,1965)
merupakan dokumen legal yang mana menjadi rekod bukti kekal kepada kedudukan
sempadan lot tanah. Apabila PA-PA tersebut disimpan dalam PDUK secara digital ia
merupakan pemaparan grafik yang berterusan. Dari PDUK tersebut pelbagai pelan
mengikut keperluan pengguna boleh dihasilkan. Memandangkan JUPEM sedang
berusaha untuk menjana terus pelan dokumen hak milik kekal dalam borang B1 TIFF
dari PDUK, maka keperluan untuk memberikan status legal kepada PDUK
hendaklah laksanakan dengan membuat pindaan-pindaan kepada KTN 1965 (Akta
56/1965).
112

6.7.5 Amalan Dan Prosedur Kerja

Amalan dan prosedur kerja semasa jabatan mencerminkan aliran kerja yang
masih terikut-ikut dengan amalan lama proses kerja manual. Tatacara kerja yang di
tetapkan dahulu adalah berdasarkan kepada proses-proses yang terlibat dalam amalan
kerja secara manual. Sebagai contoh kaedah merekodkan cerapan di padang adalah
mengikut amalan catatan di atas buku kerjaluar. Apabila konsep field to finish
diperkenalkan di mana segala cerapan padang direkodkan dalam memori kad atau
Tablet PC , kaedah dan amalan penyimpanan data cerapan masih dalam format buku
kerjaluar tetapi dalam bentuk elektronik.

Apabila diperhatikan prosedur kerja bermula dari proses kutipan data padang
hingga kepada pengemaskinian data berdigit kepada PDUK didapati amalan-amalan
aliran kerja masih terbawa-bawa dengan amalan kerja manual. Walaupun kutipan
data padang dibuat dengan alat total station secara digital, namun proses-proses
pembetulan dan pelarasan data masih lebih berdasarkan pada amalan lama. Di
sebabkan amalan kerja secara manual adalah terlalu rigid maka kegunaan peralatan
moden tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk menjamin kelancaran kerjaluar dan
pejabat.

Amalan memberhentikan pendaftaran fail hardcopy permohonan ukur dan


pergerakan fail ukur digital dari JUPEM ke pejabat JUD dan sebaliknya selepas
ukuran disiapkan adalah satu langkah baik yang meletakkan JUPEM pada landasan
yang betul sejajar dengan era digital. Namun demikian, tindakan-tindakan
meluluskan PA secara digital dengan meletakan digital signature diatas PA yang
dijana secara digital masih melambangkan amalan lama meluluskan PA hardcopy.
Setiap Pengarah Ukur dan Pemetaan telah dibekalkan private key oleh DIGI CERT ,
syarikat yang memegang lesen untuk bertanggungjawab kepada digital signature.
Dokumen yang diluluskan melalui digital signature adalah dianggap sah dari segi
Undang-Undang Siber Malaysia (Cyber Law of Malaysia) di bawah Akta Digital
Signature 1997 (Akta 562) dan peraturan 1998.

Apabila data digital diproses melalui komputer dengan aplikasi tertentu, hasil
akhir output tersebut telah melalui beberapa peraturan dan piawaian yang ditentukan
113

mengikut keperluan pengguna. Oleh yang demikian, semakan-semakan yang dibuat


mengikut amalan manual tidak selari dengan konsep suasana kerja persekitaran
digital.

Amalan mengemukakan pelan PU dan lain-lain dokumen berkaitan dari


Pejabat Tanah ke JUPEM masih dibuat dengan hardcopy. Proses kerja untuk
menukarkan kepada bentuk digital dan disimpan dalam GLMS memerlukan masa
dan sebarang kesilapan dalam rajah PU akan mengambil masa yang lama untuk
dibetulkan oleh Pejabat Tanah. Tindakan penawanan data PU dan QT dan lain-lain
urusan permohonan tanah perlu ditawan dan dikemaskini oleh Pejabat Tanah secara
digital. Tindakan awal oleh pejabat tanah akan mengelakkan berlakunya kesilapan
dalam PU dari peringkat awal lagi. Maklumat PU secara digital tersebut akan
membantu JUPEM untuk mengemaskini pangkalan data GLMS dengan cepat dan
tambahan pula boleh digunakan untuk penyediaan eSKL untuk kegunaan kerja
padang.

6.8 Rumusan

Bab ini menerangkan dan membincangkan tentang isu-isu dan elemen-


elemen yang terlibat dalam pengintegrasian PDUK dan SPTB. Model-model
konseptual yang telah dicadangkan adalah berasaskan kepada suasana kerja digital
dengan menggunakan aplikasi E-dagang dan teknologi Internet. Oleh itu,
pelaksanaan model-model tersebut bergantung kepada agensi-agensi yang berkaitan
tanah menyelesaikan isu-isu yang telah dikemukakan serta mencari jalan
penyelesaian bersepadu kearah pengintegrasian dapat di wujudkan di antara Pejabat
Tanah, Pejabat Tanah dan Galian dan JUPEM negeri malah konsep tersebut boleh
juga dikembangkan kepada lain-lain agensi yang menggunakan maklumat pelan ukur
kadaster dan pendaftaran tanah secara digital. Selain dari itu, pengguna tetap seperti
Juruukur Tanah Berlesen, Pemaju dan tuan tanah juga boleh boleh menggunakan
data berdigit tersebut dalam rangka kerja kadaster harian.
BAB 7

KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

7.1 Rumusan Kajian

Dalam kajian ini telah diambil suatu pendekatan yang memerlukan


kefahaman tentang sistem kadaster spatial yang mana telah dibuat melalui kajian
literatur dalam Bab 2. mengenai sistem kadaster spatial dan penganalisisan terhadap
model-model komponen kadaster. Model-model yang telah dikemukakan dalam bab
tersebut menunjukkan bahawa sistem kadaster terdiri daripada beberapa komponen.
Melalui kajian literatur tersebut, kefahaman dan definasi terhadap komponen
kadaster dan hubungan terhadap Sistem Maklumat Tanah dan Kadaster Pelbagai
Guna telah dibincangkan dan turut dikaitkan kepada komponen organisasi kadaster
di Semenanjung Malaysia.

Bab 3, merupakan kajian dan pendokumentasian terhadap pelaksanaan sistem


SPDK di JUPEM negeri. Beberapa komponen kepada sistem SPDK serta -
komponen peningkatan kepada SPDK dan modul-modul yang berfungsi di bawah
sistem ini turut dikaji dan diterangkan dalam bab tersebut. Seterusnya dalam Bab 3
tersebut, membincangkan bagaimana data kadaster berdigit diurus dan
dikemaskinikan ke dalam PDUK. Hasil kajian dalam Bab 3 ini juga mendedahkan
bahawa pengurusan data kadaster berdigit tidak diuruskan sepenuhnya dalam
persekitaraan digital tetapi masih terdapat amalan-amalan yang lebih mirip kepada
prosedur kerja manual. Sistem SPDK juga didapati tidak dapat menyediakan aktiviti
pegemaskinian lembar piawai dan peta kadaster secara automatik dengan penjanaan
sistem. Bab 4 pula, membekalkan kajian dan pendokumentasian terhadap PDUK
JUPEM negeri. Dalam bab tersebut, kajian telah dibuat secara terperinci mengenai
115

kaedah pempopulasian PDUK, struktur data dalam PDUK serta isu-isu berkaitan
dengan data kualiti dan integriti PDUK. Hasil kajian telah mendedahkan bahawa
terdapat kepincangan grafik mengenai status garisan sempadan, keluasan lot dan
status set koordinat tanda sempadan yang disimpan dalam PDUK. Analisis ke atas
model data PDUK mendapati proses kemaskinian selepas pecah sempadan
menjejaskan maklumat garisan sempadan dan lot parsel tidak menggambarkan
keadaan sebenar di atas tanah.

Bab 5, merupakan kajian dan pendokumentasian terhadap sistem SPTB yang


telah dilaksanakan di Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian negeri. Kajian ini
memberi kefahaman tentang ciri-ciri sistem, proses pendaftaran dokumen melalui
komputer, hasil keluaran sistem SPTB. Dari kefahaman tersebut dihasilkan struktur
teknikal sistem SPTB ditunjukkan sebagai Rajah Konfigurasi SPTB. Isu-isu
Pengintegrasian PDUK dan SPTB telah dibincangkan dalam Bab 6 adalah
berdasarkan kepada ketiga-tiga agensi iaitu PTD, PTG dan JUPEM negeri. Model
konseptual yang telah dicadangkan dalam Bab 6 adalah merupakan hasil kajian yang
telah diperolehi dari kefahaman dari kajian literatur Bab 2 dan perspektif
hubungannya melalui kajian Bab 3 hingga bab 5. Model-model konseptual yang
telah dicadangkan dalam Bab 6, ialah Model Komunikasi Pengintegrasian, Model
Jaringan Penyenggaraan dan akhir sekali ciri-ciri Model Pengintegrasian PDUK dan
SPTB.

7.2 Kesimpulan

Maklumat ukur kadaster dan maklumat pendaftaran tanah merupakan dua


komponen utama dalam sistem kadaster. Maklumat ukur kadaster mengandungi
maklumat spatial dan sebahagiannya tekstual dan maklumat pendaftaran pula
mempunyai maklumat tekstual. Kedua-dua komponen maklumat ini sangat berguna
untuk struktur LIS dan juga Infrastruktur Spatial Negara. Kedua-dua pangkalan data
PDUK dan SPTB yang beroperasi dengan baik di bawah agensi masing-masing
untuk memenuhi keperluan jabatan. Dalam era perkembangan maklumat yang pesat,
pangkalan data dijadikan alat perhubungan dan merupakan sistem sokongan untuk
116

membuat keputusan dengan bantuan penggunaan sistem GIS. Pangkalan data yang
memenuhi konsep pelbagai pengguna adalah dianggap lebih bernilai kerana ia dapat
diintegrasikan dan berkongsi dengan pangkalan data yang lain untuk membuat
keputusan dan analisis yang diperlukan. Pengintegrasian pangkalan data juga
membuka peluang kepada pengguna untuk mengakses kepada data secara online.
Keupayaan pengintegrasian antara kedua- dua pangkalan data PDUK dan SPTB
adalah amat penting kerana ia akan melengkapkan maklumat pangkalan data
kadaster yang mana sangat berguna untuk tujuan perancangan, pentadbiran dan
pengurusan guna tanah yang lebih teratur.

Keperluan pengintegrasian pangkalan data PDUK dan SPTB bukan bermakna


kedua-dua pangkalan data bergabung menjadi satu atau salah satu pangkalan data
akan kehilangan identiti fungsi asalnya. Tujuan kajian ini adalah mencari kaedah
yang sesuai untuk mengintegrasikan kedua-dua pangkalan data ini berdasarkan
kepada hubungan tradisional dua hala yang sedia wujud di antara kedua jabatan
tanah dan ukur sejak zaman penjajahan dahulu. Sehubungan itu kajian dibuat secara
terperinci untuk meninjau sejauh mana pengintegrasian pangkalan data tersebut
berupaya merapatkan skop komunikasi, penyenggaraan dan pengemakinian data
kadaster dalam hubungan dua hala secara digital berlandaskan teknologi semasa
dengan memantapkan lagi PDUK di setiap JUPEM negeri.

Sistem kadaster semasa secara umumnya adalah merupakan acuan


peninggalan pemerintahan pihak British ke atas negeri-negeri Semenanjung
Malaysia. Sejak pertubuhan Jabatan Ukur terawal di Negeri Johor pada tahun 1885
perubahan yang berlaku keatas sistem kadaster negara boleh dikatakan secara
evolosi. Dalam tempoh masa tersebut tidak banyak perubahan berlaku ke atas sistem
tersebut jika dibandingkan dengan kemajuan dan perubahan yang telah berlaku
kepada pembangunan negara dan rakyat Melaysia. Langkah yang telah diambil oleh
JUPEM untuk memperkenalkan reformasi kadaster dengan membangunkan PDUK
melalui Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK) yang telah dibincang dalam Bab
4. Matlamat pemodenan JUPEM dan langkah drastik yang telah diambil untuk
mengubah aktiviti kerja secara manual kepada sistem berasaskan kepada komputer
dan pengurusan data kadaster berdigit meletakkan JUPEM setanding dengan negara-
negara maju dalam bidang kadaster.
117

Sistem kadaster merupakan penyebar maklumat data kadaster kepada


pelbagai lapisan masyarakat khususnya agensi berkaitan tanah seperti Pejabat Tanah
dan lain-lain. Data ukur kadaster yang diintegrasikan dengan maklumat pendaftaran
tanah mempunyai nilai legal, sosial dan ekonomi kepada negara. Oleh sebab itu,
maklumat tersebut seharusnya dapat diakses, dicapai dan perolehi untuk kegunaan
awam dan swasta melalui saluran yang ditetapkan dalam peraturan. Salah satu cara
untuk berbuat demikian ialah dengan mengeksploitasi perkembangan teknologi ICT
kearah mengadakan pengintegrasian pangkalan data di kalangan agensi yang saling
bergantung antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, kajian mendalam telah dibuat ke atas kepentingan


data spatial kadaster, SPDK, PDUK dan SPTB. Hasil kajian ini, telah dibangunkan
tiga (3) model konseptual yang ada hubungan antara sistem dan agensi jabatan.
Pertama, model konseptual seperti Rajah 6.1 menggambarkan hubungan integrasi
antara PDUK dan SPTB dan komunikasi jaringan antara agensi. Ini boleh dilakukan
dengan mengadakan server di Pejabat-Pejabat Tanah dan JUPEM negeri untuk
bertukar maklumat antara kedua-dua sistem di mana pengemaskinian pangkalan data
dibuat oleh jabatan masing-masing. Fasa pertama untuk mewujudkan suatu
komunikasi yang harmoni di antara kedua-dua sistem PDUK dan SPTB. Dalam fasa
kedua pula, dicadangkan untuk mewujukan pengintegrasian di antara pangkalan data.
Model kedua, seperti dalam Rajah 6.2 merupakan konsep penyenggaraan data
kadaster berdigit dengan meggunakan teknologi internet dan e-Dagang. Dalam
model tersebut dicadangkan aliran pusingan data yang melibatkan penghantaran data
berdigit (digital lodgement), pelan perancangan, pelan cadangan kelulusan, urusan
pentadbiran dan pengemaskinian data dibuat dengan menggunakan teknologi Internet
dan Dagangan Elektronik. Manakala model ketiga, seperti dicadangkan dalam Rajah
6.3 merupakan model konseptual yang mengandungi ciri-ciri pengintegrasi antara
kedua sistem pangkalan data PDUK dan SPTB. Dalam model tersebut dicadangkan
lima (5) ciri utama dan elemen-elemen berkenaan yang dianggap penting untuk
pengintegrasian PDUK dan SPTB.
118

7.3 Cadangan

Pertama, sistem automasi dan pengintegrasian pangkalan data memerlukan


strategi peningkatan, penambahbaikan dan penstrukturan semula sistem pangkalan
data dan proses kerja baru secara digital sepenuhnya supaya faedah pengautomasian
dapat direalisasikan.

Kedua, prinsip asas konsep pengintegrasian ialah data spatial kadaster dan
maklumat bukan spatial seperti maklumat tekstual tanah dan dokumen surat hak
milik digital akan berupaya menjadi satu komponen digital yang boleh digunapakai
dan diuruskan secara online dengan menggunakan teknologi internet. Ini akan
membolehkan pengguna-pengguna maklumat tanah seperti Juruukur Tanah Berlesen,
Pemaju, Jurunilai Hartanah, Peguam boleh mengambil bahagian dalam jaringan
internet dan membangunkan jalinan baru berkenaan dengan pendaftaran dan
urusniaga tanah dalam persekitaran digital.

Ketiga, memandangkan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar


bercadang mewujudkan konsep eTanah (Elektronik Tanah) di semua Pejabat-Pejabat
Tanah, pertimbangan sewajarnya perlu diberi untuk mengadakan kerjasama dan
penyelarasan di kalangan agensi-agensi berkaitan tanah khususnya hubungan kerja
yang melibatkan Pejabat Tanah dan JUPEM negeri dalam hal-hal berkaitan dengan
perolehan sistem hardware, software dan aplikasi GIS serta RDBMS yang serasi
(compatible) memungkinkan pengintegrasian antara sistem dapat dilaksanakan
dengan mudah.

7.4 Penutup

Pada keseluruhannya hasil kajian ini telah mencapai ketiga-tiga objektif yang
telah ditetapkan. Pertama, telah dibuat kajian terperinci ke atas sistem-sistem SPDK
dan PDUK. Kedua, telah dibuat kajian terperinci ke atas sistem SPTB. Ketiga,
berjaya membangunkan Model Konseptual bagi mengintegrasikan PDUK dan SPTB.
119

Memandangkan teknologi ICT sedang berkembang maju ke era digital maka adalah
menjadi tanggungjawab agensi-agensi berkaitan tanah mewujudkan pengintegrasian
pangkalan data dalam suasana kerja digital untuk menjimatkan kos penyenggaraan
pangkalan data di samping meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada
rakyat secara umum dan khususnya kepada pengguna data kadaster berdigit .
120

BIBLIOGRAFI

Abdul Majid Mohamad (1997). Cadastral Reform in Malaysia. FIG Symposium on


Cadastral System in Developing Countries. Penang:, Malaysia.

Abd.Majid A.Kadir (1997). Towards the Implementation of Coordinated Cadastral


System for Malaysia: An Analysis of Results of a Pilot Study in the State of
Melaka.Symposium on Cadastral System in Developing Counties .Kuala
Lumpur, Malaysia.

Abd.Majid A.Kadir,Ghazali Desa dan Abdullah Hisam (2000). Sistem Maklumat


Tanah: Prinsip dan Amalan. Fakulti Kejuruteraan dan Sains
Geoinformasi,Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Fauzi Nordin (2001). Institutional Issue On The Implementation Of The


Coodinated Cadastral System For Peninsular Malaysia: A Study on the
Legal and Organisational Aspects. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Tesis Projek Sarjana.

Abdullah Hisam Omar (2003). The Development of Coordinated Cadastral System


for Peninsular Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tesis
Projek Sarjana.

Andersson, S. (1981). LIS, What is that? - An Introduction. FIG 301.1, XVI


International Congress of Surveyors, Montreux.

Beer,S.(1984). The Viable System Model: it’s provenance, Development,


methodology and pathalogy. Journal of the Operational Research
Society,35(1): 7-25.

Belconnen (1994). Geocentric Datum of Australia : A New Era of Australia,


Australian Surveying & Land Information Group.

Brown, A.G (1996). Defining the Cadastral Layer of a Municipal GIS Using
Registered Land Parcels. Proceeding of GIS/LIS, Annual Conference and
Exposistion. Denver, Colorado, USA, 19-21 November 1996.

Blick, G.H., Linnell,G., (1997). The Design of a New Geodetic Network and Datum
for New Zealand, Presented at the First Trans Tasman Surveyors Conference
12-18 April, 1997, Newcastle, Australia.
121

Cook, J. S. (1994). A Cybernetic Approach to Land Management Issues. PhD


Thesis,Queensland University of Technology.

Dale, P. F. (1979). A Systems View of the Cadastre. Survey Review,XXV(191): 28-


32.

Dale, P. F. and McLaughlin, J. D.(1988). Land Information Management: An


introduction with special reference to cadastral problems in Third World
Countries. Oxford: Clarendon Press.

DOLA (1986). Feasibility Study into a Coordinate Cadastre for South Australia,
Department of Lands (South Australia) System, The Canadian Surveyor.
Vol.29(1). 9-21.

DOLA (1995). Technical Report: Digital Cadastral Database In Australia, The


Australian Surveyor.40 (3).235-244.Deakin: The Institute of Surveyor
Australia.

Don Grant, Tadeusz Dawidowski & Ralph Winmill (1997). New Zealand Tenaure
2000 : Full Integration and Automation of the New Zealand Survey and Title
Systems, Presented at the annual conference of GeoComputation ’97 & SIRC
’97, University of Otago , New Zealand.

Dawidowski, T.A., Burgess, P., ( 1996). S Paradigm Shift-Surveying ini a Digital


Environment., Presented 37th Australian Survey Congress, Perth,Australia.

Effenberg.w. and Williamson,I.P.(1997). Digital Cadastral Database: The


Australian Experience. Proceding of AGI 97 Conference. Melbourne:
University of Melbourne.

Enemark, S.(1987). Legal Aspects by Introducing a Dynamic Digital Cadastral Map


in Denmark. OEEPE, Proceedings of the Workshop on Cadastral
innovations.Lausanne, 30 November 1987.

Enemark, S.(1997) (a). Updating Cadastral Maps- The Danish Experience.


Congress Preceedings, International Federation of Surveyors (FIG),
Commission 7. Brighton, England, April 1997.

Enemark, S.(1997) (b). Cadastral Applications for Land Management. Proceeding


of European Conference on Geographic Information, Eurogi, Vienna,
Austria, April, 1997

Enemark, S (1998). Reinforcing the Land Market Approch in Survey in Education.


Proccedings of MOLA- Managers of Land Information –Economic
Commission for Europe, Workshop on Land Market., Budapest, 30 November
1998.

Enemark, S.(1999). Land Administration in Denmark. The Danish Way. Danish


Association of Charter Surveyors, Copenhagen. 1 ISSN 1399-59 IX.
122

Eden, R. J.(1988). Modelling for Land Information System Development in Australia


and in particular Queensland. Ph.D Thesis, University of Queensland.

Elfick, M.H.(1995). Cadastral Geometry Management System. The Australian


Surveyor, 40(1): 35 – 40.

FIG (1995) Statement on the Cadastre. International Federation of Surveyors (FIG)


Bureau, Canberra, Australia.

Hawerk, W.(1995). Grundbuch and Cadastral Systems in Germany, Austria and


Switzerland. Proceedings of Commission 7, Seminar on Modern Cadastres
and Cadastral Innovation. Delft, The Netherlands, May 1995.

Henssen, J.(1995). Basic principles of the main cadastral systems in the world.
Proceedings of Commission 7, Seminar on Modern Cadastres and Cadastral
Innovation. Delft, The Netherlands, May 1995.

Hoflinger, E.(1993). From Cadastre to Land Information System. Proceedings of the


40th Congress of Italina Consiglio nazionale Geometri. Florence, Italy, June.

Hesse, W. and Williamson, I.P.(1990). A Review of Digital Cadastral Data Bases in


Australia and New Zealand. The Australian Surveyor, 35(4): 351-367.

JUPEM (1997). Manual Pengguna Sistem Pengurusan Pangkalan Data Kadaster.


Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

JUPEM (1997). Surat Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bil. 1/1997.
bertarikh 2 April. Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

JUPEM (2002). Kertas kerja-Kertas kerja Untuk Persidangan Pengarah-Pengarah


Ukur 2002. Kelantan: Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia.

JUPEM (2003). Laporan Pencapaian Setengah Tahun Pertama. Mesyuarat


Pengurusan Bil.2/2003. Kuala Lumpur: Jabatan Ukur Dan Pemetaan
Malaysia.

JUPEM (2003). Surat Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bil. 1/2003.
bertarikh 12 Mac. Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

KTN(1965). Kanun Tanah Negara (Akta 56 Tahun 1965) dan Peraturan.

KPTG (1998). Manual Pengguna Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer, Pejabat


Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, Kuala Lumpur.

Kaufmann, J and Steudler, D.(1998). Cadastre 2014: A Vision for a future Cadastral
System. Working Group 7.1 (1994-1998), Commission 7, International
Federation of Surveyors (FIG). No. 0644 4533 1.
123

Mc Laughlin, J.D.(1988). Land Information Management. 1st Ed. Oxford:


Oxford University Press.

Mohsin Hj. Ahmad (1993). Pelaksanaan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer


(SPTB) Di Negeri-Negeri. Bengkel Pelaksanaan Projek Sistem Pendaftaran
Tanah Berkomputer, Kuala Lumpur. Kementerian Tanah dan Pembangunan
Koperasi, Malaysia.

NRC (1980). Need for a Multi-purpose Cadaster. Panel on a Multi-purpose


Cadaster, Committee on Geodesy, Assembly of Mathematics and Physical
Sciences. National Academy Press. Washington, D.C.

Paul A. Longley, Michael F, Goodchild, David J.Maguire,David W.Rhind (2001)


Geographic Information System and Science, New York.

PSMA (1996). Report on the PSMA/ICSM Workshop on Digital Cadastral Data


Bases, Public Sector Mapping Agencies. Melbourne. 5-7 August 1996.

P.Van.Oosterom, C.H.J.Lemmen. (2001). Spatial Data Management on A very


Large Cadastral Database. Delft University of Technology, The Netherlands.

Ting, L. and Williamson I. (1999). Land administration and cadastral trends: the
impact of the changing humankind-land relationship and major global
drivers. Proceedings of the UN-FIG Conference on Land Tenure and
Cadastral Infrastructures for Sustainable Development. Melbourne,
Australia, 25-27 October 1999.

Toms, K. N., Williamson, I. P., and Grant, D. M. (1987). The Cadastre and The
Emerging Land Information System in South Australia: Some Administrative
Aspects. The Canadian Surveyor, 41(2) 125-142.

UN-FIG (1996) . The Bogor Declaration on Cadastral Reform. United Nations-FIG


Interregional Meeting of Experts on the Cadastre, Bogor, Indonesia, Land
Information Centre, NSW, Australia, 18-22 March, 1996.

UN-FIG (1999). The Bathurst Declaration. United Nations, International


Federation of Surveyors. Report on the Workshop on Land Tenure and
Cadastral Infrastructures for Sustainable Development, Bathurst, Australia.
8-22 October 1999.

Williamson, I. P. (1983). Modern Cadaster for New South Wales, Thesis Ph.D.
University of New South Wales.

Williamson, I. P. (1987). The Future Role of the Spatial Data Base Within the
Australian Capital Territory Land Information System. The Australian
Surveyor, 33 (5) 397-407.
124

Williamson, I.P.(1990). Cadastral Reform-A Vision for The 1990’sProfessor of


Suveying and Land Information The University of Melbourne, Parkville,
Victoria, Australia.

Williamson, I.P. (1991). Cadastral Reform-A Vision for the 1990’s. Proceedings of
the 4th South East Asia Survey Congress. 19-1 to 19-12. Kuala Lumpur:
Department of Survey and Mapping Malaysia,

Williamson, I.P. (1994). Cadastre System in the Asia-Pacific Region- Experiences


and lessons. FIG Land Records Conference / Geomatics Atlantic, Melbourne:
University of Melbourne.

Williamson, I. P. (1996). A Land Information Vision for Victoria. Department of


Treasury and Finance, Government of Victoria, Melbourne, Australia.

Williamson, I. P. and Enemark, S. (1996). Understanding Cadastral Maps. The


Australian Surveyor, 41(1): 38-52.

Wong Kok Siong (1999). Kearah Pelaksanaan Sistem Koordinat Homogen Untuk
Semenanjung Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tesis Projek
Sarjana.

You might also like