P. 1
ETIKA MENJAWAB TELEFON

ETIKA MENJAWAB TELEFON

|Views: 993|Likes:
Published by ika

More info:

Published by: ika on Jun 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/25/2010

pdf

text

original

ETIKA MENJAWAB TELEFON Telefon bimbit kini dimiliki hampir semua individu sama ada yang masih belajar

, pekerja, tua atau muda tetapi secanggih mana sekali pun telefon, ia tidak bermakna jika individu yang menggunakannya tidak bijak mengendalikan panggilan yang diterima atau ketika membuat panggilan, apatah lagi sehingga mengganggu orang lain. PASTIKAN TUJUAN Pastikan anda tahu tujuan membuat panggilan supaya tidak menyusahkan orang yang dihubungi. Jikatidak keberatan, catatkan segala pertanyaan yang mahu diutarakan dan maklumat yang berkaitan supaya anda tidak perlu membuat panggilan semula untuk bertanyakan pelbagai soalan lagi. Selain itu, anda juga perlu pastikan nombor yang anda dial itu adalah individu yang perlu anda hubungi. MEMULAKAN PERBUALAN Saat memulakan perbualan, pastikan semua pertanyaan disuarakan dengan berhemah. Sebaikbaiknya mulakan pertanyaan dengan gelaran yang baik seperti encik, puan atau Datuk sekiranya penerima panggilan mempunyai gelaran itu. Pastikan juga, ucapan terima kasih diucapkan pada akhir panggilan supaya anda tidak dipandang sebagai individu yang pentingkan diri sendiri. Cara anda berbual di telefon menandakan keperibadian anda sebenar. NADA DERING Kecanggihan zaman teknologi memungkinkan pelbagai nada dering telefon boleh digunakan. Walau secanggih mana nada dering yang anda gunakan, ia perlu dimatikan atau ditukarkan kepada mod senyap setiap kali melangkah ke tempat tertentu seperti masjid, mesyuarat, atau seminar. Tidak salah menghormati orang lain apatah lagi majlis yang anda hadiri. Jangan bimbang dengan panggilan yang tidak berjawab kerana teknologi juga memungkinkan semua panggilan tidak berjawab direkod supaya anda boleh menghubungi semula individu yang membuat panggilan tadi. PILIH WAKTU Sebelum menghubungi seseorang, anda perlu pastikan sama ada waktu itu sesuai atau tidak. Waktu seperti selepas tengah malam, subuh atau maghrib dianggap sebagai antara waktu yang tidak sesuai. Ia adalah masa untuk berehat serta melakukan amal ibadat. Panggilan awal pagi atau lewat malam hanya dibenarkan sekiranya terdapat berita kecemasan yang perlu disampaikan. Gunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (sms) untuk bertanyakan sesuatu dan anda tidak perlu membuat panggilan. HAK PERIBADI Ada kalanya teman anda sering meninggalkan telefon bimbit mereka merata-rata. Anda dilarang sama sekali mengusik telefon mereka kerana ia dianggap sebagai harta peribadi. Pasti telefon bimbit berkenaan mengandungi senarai nombor rahsia atau mesej peribadi yang pasti tidak patut diketahui orang lain. Sekiranya telefon berkenaan milik ahli keluarga anda sekalipun, anda perlu meminta keizinan mereka terlbih dahulu. (FRI,20 MARCH 2009,METRO) (dayana@hmetro.com.my)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->