You are on page 1of 2

JURURAWAT KERJAYA MULIA

Perlu sentiasa tenang, sabar hadapi kerenah pesakit

Kerjaya sebagai jururawat sering dikaitkan dengan Florance


Nightingale, yang diingati sebagai ‘Wanita dengan lampu’ lantaran
usahanya menyediakan bantuan rawatan kepada yang menderita sakit
sejak berdekad lamanya. Sekalipun sudah lama meninggal dunia
namun usahanya diteruskan oleh beribu-ribu jururawat di seluruh
dunia. Malah, setiap jururawat berhasrat untuk memiliki semangat
Nightingale yang gigih menabur bakti kepada pesakit dalam keadaan
zaman serba kekurangan.

Bidang kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia dan


selalunya mereka yang terlibat dalam bidang ini disebut ‘unsung
heroes’. Walaupun keadaan sekarang sudah jauh berubah dan dunia
perubatan kini dilengkapi pelbagai peralatan dan kaedah moden,
kerjaya jururawat tetap mencabar dan amat menuntut kesabaran yang
tinggi terutama ketika melayani pesakit. Inilah juga yang membuatkan
bidang ini lebih dimonopoli wanita kerana mereka lebih sabar dan
tekun dalam menjalankan kerja yang memerlukan kesabaran yang
tinggi. Jururawat juga perlu sentiasa bertenang dan tidak mudah panik
dalam menghadapi situasi kecemasan.

Jika dikaitkan dengan sifat berkenaan, ada yang berpendapat kerjaya


itu hanya sesuai untuk kaum wanita tetapi keadaan sudah berubah
apabila golongan lelaki juga kini turut menceburi bidang
kejururawatan. Tugas mereka dianggap penting kerana bukan hanya
membantu doktor tetapi bertindak sebagai penolong kepada doctor
untuk melaksanakan tugas merawat dan menjalankan prosedur
klinikal. Berikutan itu kehadiran golongan lelaki dalam kerjaya sebagai
jururawat amat diperlukan kerana peranan yang dapat dimainkan
dalam membantu tugasan di hospital dan pesakit. Jururawat disifatkan
profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.
Bagaimanapun, kalangan generasi muda hari ini kurang berminat
menceburi bidang kejururawatan dan memilih kerjaya ini sebagai yang
terakhir.

Walaupun ada pelajar yang menyifatkan kerjaya itu tidak begitu


glamor jika dibandingkan dengan profesion lain, tetapi ia mampu
memberi jaminan dan masa depan cerah kepada pelajar yang
mengikuti kursus berkenaan. Sebenarnya, profesion jururawat adalah
satu bidang yang sangat berharga. Ini kerana ia mempunyai prospek
yang cerah dan nilai pasaran tinggi terutama di negara luar seperti
Timur Tengah yang bersedia menawrkan tempat untuk berkhidmat di
sana. Ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih
terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerina gaji
permulaan yang lumayan,termasuk pelbagai elaun dan insentif. Apa
yang penting, kerjaya sedia menanti bagi setiap jururawat yang lulus
pengajian.

Malah, jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke


peringkat ijazah sehingga ke doktor falasafah. Malah, bilangan
jururawat Negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.
Seperti biasa, selain mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya
itu, pelajar perlu juga menepati beberapa kelayakan yang diperlukan
sebelum berjaya mengikuti kursus kejururawtan. Penguasaan dan
pengetahuan pelajar yang baik dalam bidang sains dan matematik
salah satu kelayakan asas yang diperlukan memandangkan tugas
jururawat banyak berkaitan dengan perubatan.

Selain itu, jika seseorang pelajar sudah menetapkan matlamat untuk


mengikuti kursus kejururawatan, mereka sekurang-kurangnya boleh
membuat persediaan mengumpul pengetahuan serta maklumat
berkaitan bidang perubatan yang boleh menjadi kelebihan kepada
calon untuk melayakkan diri mengikuti kursus kejururawatan.
Seseorang jururawat juga digalakkan menguasai bahasa inggeris yang
baik kerana selain untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran
ke peringkat tinggi atau merebut peluang bekerja di luar negara,
jururawat juga berkemungkinan perlu melayan pesakit yang bahasa
ibundanya Bahasa Inggeris. Malah, kemahiran berbahasainggeris
membolehkan jururawat segera memahami arahan dan berurusan
dengan doktor pakar yang datang dari luae negara.

Secara purata, kerajaan meemrlukan lebih kurang 75,000 jururawat


bagi tujuan berkenaan, ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam
anggaran 5,000 jururawat setahun. Malah, kerajaan mensasarkan
nisbah bilangan kepada penduduk adalah bersamaan 1:200 menjelang
2010. Memandang negara masih kekurangan jururawat yang bukan
sahaja berlaku di hospital kerajaan, tetapi di hospital swasta juga,
maka peluang bekerja dalam bidang kejururawatan terbuka luas
kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Syarat kelayakan menyertai bidang kejururawatan:


-Lulus peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam mata

You might also like