You are on page 1of 2

Solat sunat Taubat ini dikerjakan setelah melakukan dosa atau merasa membuat dosa, kemudian

bertaubat pada Allah SWT. Solat sunat Taubat adalah solat yang disyariatkan.

Bila bertaubat dari sesuatu dosa bererti menyesal tentang perbuatan yang dilakukan dan bercita-
cita tidak akan melakukan lagi dan mohon ampun dari Allah. Terdapat empat cara mendirikan
Solat.

Sunat Taubat Solat Sunat Taubat (satu)

Jumlah rakaat Solat Sunat Taubat ini tidak terbatas. Tiap dua rakaat dengan satu salam.Waktu
mengerjakan, bebas.

Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Taubati Rak'ataini Lillaahi Ta'ala,Allahu Akbar

" Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Pada rakaat pertama lafazlah Al-Fatihah dan surah An-

Nas

Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar iaitu memohan ampun dari
Allah(sebut berulangkali)

" Aku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agong yang tiada Tuhan yang lain,melainkan
Dia, yang hidup dan berdiri-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya "

Solat Sunat Taubat (dua)

Jumlah rakaat solat sunat Taubat ini tidak terbatas. Tiap dua rakaat dengan satu salam.Waktu
mengerjakan tidak terikat.
Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Taubati Rak'ataini Lillahi Ta'ala, Allahu Akbar


"Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

You might also like