You are on page 1of 13

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA


PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12, 15 DAN 18 TAHUN TAHUN 2012 1. NAMA 1.1 2. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak Bawah 12, 15 dan 18 Tahun.

ANJURAN 2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka ( MSSNM ).

3.

PENGELOLAAN. 3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka ( MSSNM ), Jawantankuasa Teknik Dan Pembangunan Bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka dan sekolah-sekolah yang dipertanggungjawabkan akan mengelolakan pada tiap-tiap tahun satu pertandingan peringkat umur MSSNM dimana penyertaan dibuka kepada ahli-ahli gabungan MSSNM termasuk sekolah-sekolah swasta dan persendirian yang berdaftar dengan MSSNM, yang selepas ini dinamakan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

4.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN. 4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kesatuan Persatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 4.2 Undang-Undang permainan bagi Bawah 12 Tahun adalah sebagaimana yang berkuatkuasa (4.1) diatas melainkan :a) Undang-undang I (Ukuran Padang / Gol) Panjang : 73.15 82.0 m / 80 90 ela Lebar Padang : 54.86 64.01 m / 60 x 70 ela Kawasan Gol : 14.63 x 4.57 m / 16 x 5 ela Kawasan Penalti : 32.92 x 13.72 m / 36 x 15 ela Jarak Tendangan Penalti : 9.15 m / 10 ela Tinggi Gol-ukuran bawah palang : 2.13 m / 7 kaki (warna putih) Lebar Gol ukuran dalam tiang : 6.40 m / 7 ela (warna putih) Saiz Tiang Gol : 4in / 10cm Jejari Bulatan Tengah : 7.32 m x 8 ela Jejari lengkok bulatan (arc) : 7.32 m/8 ela (pusat tanda penalti)
1

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

Tinggi tiang bendera penjuru (dari atas tanah) b) c) d) Undang-undang II (Bola) Saiz 4

5 kaki / 1.5 meter

Undang-undang III Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun adalah mengikut ketetapan FIFA dan FAM bagi kategori Dewasa. Undang-undag IV (Bola) Saiz 5

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :4.3.1 Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA DAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA.

4.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 4.4 5. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad.

PENYERTAAN. 5.1 Pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah dari pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah iaitu : 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Melaka Tengah. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Jasin.

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan menguruskan pendaftaran pemain. Borang Pendaftaran Individu M01 (Bawah 15 dan 18 Tahun) manakala Borang Pendaftaran Individu R01 (Bawah 12 Tahun), Borang Pendaftaran Pasukan R02 (Bawah 12 Tahun), dan Borang Pendaftaran Pasukan M02 (Bawah 12 Tahun,Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun) bertaip mesti dihantar kepada Setiausaha Pengelola Pertandingan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan atau pada tarikh yang akan ditetapkan oleh mesyuarat.

6.

KELAYAKAN PEMAIN. 6.1 Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah dan rakyat Malaysia yang belajar di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau sekolah-sekolah yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka serta

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

sedang belajar di sekolah dalam MSS Daerah tersebut sahaja layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 6.2 Seorang pemain yang telah didaftar dan bermain dalam satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak lagi mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama. Salinan Surat Beranak / kad pengenalan yang disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan (Bawah 12 Tahun sahaja) / Kad Pengenalan dan (yang disah atau dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara) boleh diterima pakai sebagai bukti umur. Semua dokumen akan diperiksa oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sebelum bermulanya setiap pertandingan. Bagi pemain Bawah 15 dan 18 tahun kad pengenalan asal mesti diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sebelum perlawanan dimulakan. Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad. Kelayakan umur pemain, adalah seperti berikut : 6.6.1 Bawah 12 tahun - Lahir pada atau selepas 2000

6.3

6.4

6.5

6.6

6.6.2 Bawah 15 tahun - Lahir pada atau selepas 1997 6.6.3 6.6.4 Bawah 18 tahun Lahir pada atau selepas 1994 Pelajar yang berdaftar dengan Akademi Bolasepak Negeri ( SSN SMK Seri Kota) tidak layak bermain dalam kejohanan ini. Kecuali pelajar tersebut tidak didaftarkan sebagai pemain dalam Kejohanan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia ( Liga KPM ).

7 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI. 7.1 Pendaftaran Pemain : Setiap pemain mesti mendaftar menggunakan Borang Pendaftaran Pemain M02 ( Bawah 15 dan 18 tahun) dan Borang Pendaftaran R02 (Bawah 12 tahun). Hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pendaftaran Pegawai : 7.2.1 Setiap pegawai ( Pengurus Pasukan,Jurulatih, dan Fisioterapi ) mesti mendaftar menggunakan Borang R02 atau M02. 7.2.2 Setiap pegawai mestilah KAKITANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ( DGA,DG,DC ) ATAU JAWATAN LAIN yang diperakui oleh Jawatan Kuasa Pengelola Negeri dan Kawasan.

7.2

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

7.3

Pendaftaran Pasukan : 7.3.1 Setiap pasukan mendaftar seramai 18 pemain dan 4 pegawai dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan M02 dan R02 diserahkan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. 7.3.2 Senarai pemain menggunakan Borang R02 dan Borang M02 yang lengkap mesti diserahkan kepada General Koordinator Pertandingan sebelum perlawanan. Salinan Surat Beranak / kad pengenalan pemain yang disahkan oleh Guru Besar / Pengetua sekolah berkenaan bersama dengan Borang Pendaftaran Pasukan M02 / R 02 yang ditandatangani oleh Pegawai Pendidikan Daerah (Bagi Pertandingan Antara Kawasan ) mesti diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan pada tarikh yang ditetapkan 18 pemain yang disenaraikan di dalam Borang Perlawanan (Start List) , 11 pemain ialah pemain utama dan bakinya 7 pemain ialah pemain simpanan. Penyenaraian itu adalah sama seperti yang didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pasukan M 02 / R 02

7.3.3

7.3.4

7.4

Dua set warna jersi berlainan hendaklah didaftarkan semasa mesyuarat Pengurus Pasukan. Nombor jersi hendaklah sama dengan pendaftaran rasmi pemain dan berukuran tidak kurang dari 10 inci di belakang dan tidak kurang dari 3 inci di hadapan jersi (dada). Sekiranya dua pasukan yang bertemu itu memakai jersi yang sama, pasukan tuan rumah perlawanan mesti menukar jersi yang berlainan warna.

8 SISTEM PERTANDINGAN. 8.1 8.2 8.3 8.4 Cara Liga 2 kumpulan. Pusingan Pertama Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi. Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Pusingan kedua ( Separuh Akhir ) Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.

8.5 8.6 8.7 8.8

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

8.9 8.10 8.11 8.12 8.13

Pertandingan akan dijalankan secara Kalah Keluar. Pusingan Akhir Pasukan menang didalam kedua-dua perlawanan menentukan Johan Naib Johan pertandingan. di atas akan

Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat. Pasukan yang disebut dahulu dalam Jadual Perlawanan akan diambilkira sebagai pasukan tuan rumah perlawanan dan perlu menukar warna jersi sekiranya terdapat dua warna jersi yang sama dalam satu perlawanan. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan menentukan jadual perlawanan, tarikh dan tempat perlawanan.

8.14

8.15 Perlawanan di peringkat Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara kalah-keluar. Sekiranya perlawanan tersebut berkesudahan seri setelah masa sebenar tamat maka kemenangan akan ditentukan dengan TAMBAHAN MASA BERMAIN DAN SEKIRANYA MASIH BERKEPUTUSAN SERI MAKA SEPAKAN DARI TANDA PENALTI SEBANYAK LIMA KALI SEPAKAN SETIAP PASUKAN akan dilakukan seperti yang dikuatkuasakan. 9 CARA MENENTUKAN KEMENANGAN 9.1 Dalam pertandingan pusingan awal pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai johan kumpulan dan seterusnya naib johan kumpulan. 9.2 9.3 Pemberian mata Menang 3 mata, Seri 1 mata dan Kalah 0 mata. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain aitu sekurang-kurangnya 10 pemain akan diberi kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan 2 jaringan. Jika didapati dua atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, kiraan pemenang (layak ke pertandingan seterusnya) akan ditentukan seperti urutan berikut : 9.4.1 9.4.2 9.4.3 Perbezaan jumlah jaringan gol (jumlah gol dijaring ditolak jumlah gol kena jaring). Jika masih lagi seri, kiraan akan dibuat berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan. Jika masih lagi seri, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan tersebut dikira pasukan yang layak ke pertandingan separuh akhir.
5

9.4

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

9.4.4 9.4.5

Jika masih lagi seri, sepakan penalti dari tanda penalti akan dijalankan sebanyak 3 kali sepakan bagi setiap pasukan. Sekiranya terdapat pasukan/sekolah yang menarik diri dari meneruskan Pertandingan setelah Pertandingan bermula maka segala keputusan perlawanan yang melibatkan pasuakan/sekolah terlibat adalah terbatal.Pasukan/Sekolah terlibat akan diambil tindakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

10 JANGKAMASA PERLAWANAN. 10.1 Masa permainan seperti ketetapan berikut : 10.1.1 Bawah 12 tahun : Masa permainan ialah 30 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit dengan keizinan pengadil.Bagi pertandingan Kalah Keluar masa tambahan mestilah mengandungi dua bahagian selama 7 minit setiap bahagian dengan rehat 5 minit. Bawah 15 tahun : Masa permainan ialah 35 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit dengan keizinan pengadil. Bagi pertandingan Kalah Keluar masa tambahan mestilah mengandungi dua bahagian selama 10 minit setiap bahagian dengan rehat 5 minit. Bawah 18 tahun : Masa permainan ialah 40 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit dengan keizinan pengadil. Bagi pertandingan Kalah Keluar masa tambahan mestilah mengandungi dua bahagian selama 10 minit setiap bahagian dengan rehat 5 minit.

10.1.2

10.1.3

11 PENGGANTIAN PEMAIN. 11.1 Tujuh (7) pemain yang didaftarkan dalam Borang Perlawanan (Start List) dan Borang R02 / M02 bagi perlawanan tersebut boleh diganti bila-bila masa. Mana-mana pemain yang ditukar tidak dibenar bermain semula dalam perlawanan yang sama.

12 PAKAIAN PEMAIN. 12.1 Semua pemain mesti memakai jersi seperti yang didaftar, dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut. Sebarang pameran pengiklanan jenama rokok, minuman keras dan lambang parti politik tidak dibenarkan. Kasut bola / 'boots' mesti mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Semua pemain mesti menggunakan alas betis / 'shin-guard'. Ketua pasukan mesti memakai lilitan lengan, dan sekiranya diganti lilitan lengan itu mesti diberi kepada pemain lain yang mengambil alih tugasnya.
6

12.2 12.3

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

13

MINUMAN DAN MAKANAN PEMAIN 13.1 Minuman dan makanan pemain disediakan oleh pasukan MSS Kawasan masing-masing.

14.

SUMBANGAN PENYERTAAN SEKOLAH 14.1 Sumbangan Penyertaan Sekolah a) Bagi Pertandingan Peringkat MSS Negeri Melaka Tiada Sumbangan Penyertaan Sekolah dikenakan kepada pasukan MSS Kawasan. 14.2 Sumbangan Pengadil a) Sekolah Rendah RM50.00 ( Lima Puluh Ringgit Malaysia ) sahaja bagi setiap perlawanan. b) Sekolah Menengah RM50.00 ( Lima Puluh Ringgit Malaysia ) sahaja bagi setiap perlawanan. . c) Bayaran Pengadil hendaklah diserahkan kepada Pengelola Kawasan secara Tunai. d) Pengelola Kawasan hendaklah menyerahkan Resit Pembayaran kepada sekolah yang mengambil bahagian e) Sekiranya berlaku penundaan/tertangguh perlawanan, sekolahsekolah yang terlibat perlu menjelaskan Bayaran Pengadil bagi perlawanan tertunda tersebut (Bayaran perlu mengikut Kategori Pertandingan ). f) Bagi Pertandingan Peringkat MSS Negeri Melaka Tiada Sumbangan Pengadil dikenakan kepada pasukan MSS Kawasan. Sekolah Pengelola Negeri akan membuat tuntutan untuk Sembangan Pengadil kepada Unit Sukan,JPM.

15.

PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN. 15.1.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut hendaklah dimainkan semula (Keputusan semasa perlawanan tertunda tersebut adalah terbatal ) pada satu tarikh baru, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat Pengerusi Teknik Bola Sepak Kawasan / Negeri. 15.1.2 Sekiranya Pengadil menghentikan perlawanan kerana tingkahlaku penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat Pengerusi Teknik Bola Sepak Kawasan / Negeri boleh mengambil keputusan-keputusan seperti berikut : 15.1.3 Keputusan perlawanan akan dimaklumkan setelah Jawatan Kuasa bermesyuarat dalam masa 24 jam. 15.1.4 Kemenangan diberikan kepada pasukan yang yang tidak menimbulkan masalah ( 15.2 ) dengan tiga (3) mata dan jaringan

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

gol 3 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan,jika ianya lebih. ( Setelah keputusan mesyuarat dicapai ) 15.1.5 Penggantungan pasukan untuk beberapa perlawanan musim itu atau musim-musim berikutnya. ( Atas Arahan JPN ) 16. TINDAKAN TATATERTIB. 16.1.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka akan membincang perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang buat aduan dan pengadil bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan. a. i. ii. iii. Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatis : Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan). Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan). Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana bersalah mengeluarkan kata-kata kesat / lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak. (penggantungan 3 perlawanan). Seseorang pemain diperintah keluar padang kerana membantah keputusan pegawai pertandingan. (penggantungan 3 perlawanan). Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi amaran selepas menjalankan penggantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima amaran keenam beliau hendaklah tampil ke hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya. Jawatankuasa Tatatertib boleh menggantung seseorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu maka Jawatankuasa Pengelola Pertandingan perlu dimaklumkan dan apa jua tindakan adalah tanggungjawab Jawatankuasa Tatatertib Majlis Sukan SekolahSekolah Melaka.

iv.

v.

b.

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

c. 17.

Keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

BANTAHAN.

17.1.1 Sebarang bantahan mestilah dibuat secara bertulis oleh Pegawai Pasukan yang berdaftar kepada Setiausaha Pengelola Pertandingan dan mesti diterima dalam masa 30 minit selepas perlawanan berkenaan berserta bayaran RM300.00. (Ringgit: Tiga Ratus sahaja). Wang tersebut tidak akan kembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya. a. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkaraperkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

18. DENDA DAN TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

18.1

18.2

18.3.

18.4

Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri, tindakan tata tertib akan di kenakan dan menyerahkan kepada Pengarah Pelajaran dan semua PPD untuk mengambil tindakan kepada pihak sekolah yang melanggar Peraturan Pertandingan( Tindakan Penarikan Diri Dari Kejohanan )setelah Jadual Perlawanan di persetujui dan diedarkan kepada sekolah-sekolah mengikut MSS Kawasan masing-masing serta Kejohanan di peringkat MSS Kawasan sedang berlangsung. Denda sebanyak RM300.00 ( Tiga Ratus Ringgit Malaysia ) berserta Surat Tunjuk Sebab kepada Guru Besar atau Pengetua hendaklah dikenakan oleh pihak Pengarah Pelajaran Negeri Melaka bagi sekolah-sekolah yang telah melanggar peraturan seperti di atas.( Guru Besar atau Pengetua diminta mengemukakan Surat Tunjuk Sebab mengapa tindakan tidak bolah diambil kepada pasukannya / sekolah dalam masa 24 jam setelah perlawanan dibatalkan ) Sekolah yang menarik diri setelah Jadual Perlawanan diedarkan dan Pertandingan sedang berlangsung mesti menjelaskan Sumbangan Penyertaan Kejohanan sebanyak RM20.00 ( Dua Puluh Ringgit Malaysia ) dan Sumbangan Pengadil mengikut jumlah perlawanan sekolah tersebut. ( Peringakat Pertandingan MSS Kawasan ) Guru Besar atau Pengetua yang mana pegawai, pemain dan pasukan di bawah kawalannya, jika didapati melakukan perkara berkaitan para (18 ) iaitu DENDA DAN TARIK DIRI ARAU GAGAL BERMAIN hendaklah menghantar satu LAPORAN BERTULIS kepada : PENGARAH PELAJARAN MELAKA dan salinan kepada Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Ketua Unit Sukan,JPM dan PPD masing-masing. ETIKA PEGAWAI,PEMAIN DAN PENYOKONG

19.

19.1Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulin.

BOLASEPAK MSS MELAKA

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

19.2Tertakluk kepada pengesahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya, dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain, atau pegawai dari apa-apa penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang ditimbang sesuai. 19.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain samada sengaja atau tidak adalah dianggap sebagai kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah juga sebagai satu kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak. Sekiranya Jawatankuasa Tatatertib mendapati ada pasukan yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab ini, maka Jawatankuasa Tatatertib akan melaporkan dan mengesyorkan jenis tindakan yang boleh diambil oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan antaranya adalah seperti berikut; 19.5.1 19.5.2 19.5.3 19.5.4 19.5.5 19.5.6 Amaran. Tindakan tatatertib. Penggantungan pasukan. Penggantungan pemain dan / atau pegawai yang terlibat. Penggantungan padang perlawanan untuk tempuh tertentu. Atau lain-lain tindakan yang difikirkan sesuai.

19.4

19.5

19.6 Para pemain yang terlibat bagi penerimaan hadiah dan sijil mestilah berpakaian lengkap sebagai seorang pemain bola sepak.Etika pemakaian secara kasual dan tidak sopan adalah dilarang sama sekali. 20. URUSAN PADANG 20.1 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan Pengerusi Teknik Kawasan Negeri adalah bertanggungjawab atas segala urusan penyediaan padang dan alatan kelengkapan dan hendaklah mematuhi Undang-undang Permainan bagi setiap perlawanan. Hanya padang dan venue yang diluluskan selepas diperiksa sahaja akan dibenarkan digunakan.

20.2

21.

PEGAWAI PERTANDINGAN 21.1 Ketua Pengadil Negeri hendaklah melantik Pengadil, Penolong Pengadil dan Pengadil Simpanan (jika perlu) dari kalangan Pengadil yang berdaftar dengan Persatuan Bola Sepak Melaka ( MAFA )

BOLASEPAK MSS MELAKA

10

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

21.2 21.3

21.4

Pengadil dari kalangan kakitangan pendidikan yang tidak berdaftar dengan MAFA boleh digunakan atas budibicara Ketua Pengadil Negeri. Sekiranya mana-mana pegawai perlawanan tidak hadir pada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu perlawanan, maka pengadil dari kalangan pendidikan atau sesiapa sahaja yang layak boleh digunakan degan syarat kedua-dua pasukan yang bertanding bersetuju ( secara lisan dan bertulis ) dan keputusan perlawanan tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas daripada itu. Perbelanjaan Sumbangan Pengadil perlawanan hendaklah dibayar oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sebaik sahaja tamat perlawanan atau bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak.

22.

GENERAL KOORDINATOR ( GC ) 22.1 22.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan hendaklah melantik seorang atau lebih GC yang bertanggungjawab untuk pengelolaan perlawanan. Laporan GC hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan pada hari yang sama atau selewat-lewatnya pada pada hari perlawanan berikutnya berlangsung.

23.

TARIK DIRI MEWAKILI SEKOLAH / KAWASAN / NEGERI 23.1 23.2 23.3 Pemain yang enggan mewakili sekolah, tidak dibenarkan mewakili pasukan MSS Kawasan dan MSS Negeri. Pemain yang enggan mewakili MSS Kawasan, tidak dibenarkan mewakili MSS Negeri. Pemain yang enggan mewakili MSS Negeri, tidak akan dibenarkan bermain dalam mana-mana pertandingan anjuran MSSNM berkuat-kuasa serta merta dan pada tahun berikutnya.

24. JURI RAYUAN 24.1 24.2. 24.3 24.4. 24.5 Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum). Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya Setiausaha Kejohanan - Ex-Officio Pengerusi Teknik Permainan MSSM berkenaan 3 orang Pengurus Pasukan MSSM yang berdaftar yang tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut.

25. LEMBAGA TATATERTIB 25.1 Lembaga ini terdiri daripada : 25.1.1 Pengarah Pelajaran,Jabatan Pelajaran Melaka wakilnya. 25.1.2 Ketua Sektor PPK JPM atau wakilnya. 25.1.3 Ketua Unit Sukan JPM. 25.1.4 Pegawai Pelajaran Daerah atau wakilnya. 25.1.4 Setiausaha Jawatakuasa Pengelola Ex-Officio. atau

BOLASEPAK MSS MELAKA

11

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

26. KAWALAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN 26.1 26.2 26.3 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan perlu memaklumkan Kepada pihak Polis bagi tujuan kawalan ketenteraman dan keselamatan semua pihak semasa pertandingan ini berlangsung. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan perlu menyediakan Pasukan bantu mula; St John Ambulan, Bulan Sabit Malaysia atau JPAM. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan perlu menghubungi Pusat Kesihatan atau Hospital berdekatan bagi tujuan kecemasan dan Kecederaan semasa pertandingan ini berlangsung.

27. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN. 27.1 Segala hal yang diperuntukkan dibawah peraturan ini dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselanggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang keputusannya adalah muktamad, kecuali diputuskan selainnya oleh Jawatankuasa Induk Pengelola Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka.

BOLASEPAK MSS MELAKA

12

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MSS MELAKA

BOLASEPAK MSS MELAKA

13

You might also like